CONTOH REFLEKSI KERJA KURSUS by AzAzlinaHassanBakri

VIEWS: 936 PAGES: 3

									CONTOH REFLEKSI KERJA KURSUS
REFLEKSI

      Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.

      Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa
begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia
ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amatlah sedikit. Namun
demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba
menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan
melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori pembelajaran iaitu teori
pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan sosial. Keempat-empat teori
pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk diikuti di dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-
maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami
lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di
sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar subjek ini.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika guru
pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh
murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu
kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil
bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja juga
perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh disiapkan
oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru perlu
menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji kefahaman
murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk menguji
kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.

Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses
pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi
lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk membuat
BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks sahaja kerana
bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang
diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam
proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang
lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik
secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan
pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak membantu
kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga
dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini
dapat disiapkan.

Disediakan oleh,
……………………………………….

(MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH)

								
To top