Ceramah_Kursus_Induksi
Document Sample


TAKLIMAT UNTUK TUNTUTAN
PERJALANAN RASMI,BERKURSUS &
PENDAHULUAN STAF
OLEH: PUAN SALIZA MOHD SAAD
PENOLONG BENDAHARI
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3
Tahun 2003 & Bil 2 Tahun 2006
Kadar & Syarat Tuntutan Elaun,
Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan
Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota
Tentera & Anggota Polis)
TAFSIRAN
“Gred”- bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan
Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun
2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak
menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus
mengemukakan tuntutan elaun,kemudahan dan bayaran
di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori
masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau
Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana
yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan adalah
seperti di Lampiran 1A;
TAFSIRAN
“Ibu Pejabat”- bermakna tempat biasa seseorang
pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan
lingkungan jarak pentadbirannya ialah:
a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang
boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau
sungai;
TAFSIRAN
“Pegawai”- bermakna seseorang pegawai di dalam
Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan
Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang
dilantik secara sementara atau sangkut;
“Perbendaharaan”- bermakna Menteri Kewangan dan
termasuk pegawai-pegawai di bawah kawalan
pentadbiran atau arahannya; dan
“Tugas Rasmi”- bermakna tugas yang berkaitan dengan
tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang
dibenarkan.
SEKSYEN BAYARAN
1. SYARAT DAN PERATURAN TUNTUTAN
PERJALANAN
1.1 Pegawai yang menjalankan tugas rasmi atau mengikuti kursus yang
diluluskan oleh Universiti layak membuat tuntutan perjalanan
mengikut Peraturan Kewangan Universiti.
1.2 Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Bendahari
selepas bulan berkenaan tetapi sebelum atau pada 10 hb bulan
berikutnya.
1.3 Hanya elaun-elaun mengikut kadar yang ditetapkan dan perbelanjaan
sebenar yang disokong dengan resit boleh dituntut.
1.4 Borang tuntutan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikemukakan
bersama dengan dokumen kelulusan perjalanan dan dokumen
sokongan lain seperti bil, resit atau lain-lain dokumen yang dapat
mengesahkan perjalanan atau perbelanjaan.
1.5 Tuntutan hanya dikemukakan setelah perjalanan rasmi
disempurnakan.
1.6 Tuntutan hendaklah menggunakan borang-borang tuntutan
perjalanan yang bersesuaian.
1.7 Ketua Pusat Tanggungjawab adalah bertanggungjawab menentukan
tuntutan seseorang Pegawai itu teratur, munasabah serta cara
pengangkutan yang digunakan adalah paling ekonomik.
1. TUNTUTAN PERJALANAN KENDERAAN
2.1 Menggunakan kenderaan sendiri untuk tugas rasmi samada di
dalam atau di luar Ibu Pejabat. Kadar ditetapkan adalah seperti
berikut:-
Kelas Gaji Pokok Pegawai * Sukatan Silinder
A Tidak kurang dari RM 2,020.36 1400 ss & atas
sebulan
B Tidak kurang dari RM 1,795.30 1000 ss & atas
sebulan
C Tidak kurang dari RM 1,193.54 Di bawah 1000 ss
sebulan
D Kurang dari RM 1,193.54 sebulan Tidak kurang 175 ss
E Kurang dari RM 1,193.54 sebulan Di bawah 175 ss
* Gaji Pokok – tidak termasuk elaun, kecuali Elaun Memangku
2.2 “Gaji Pokok” adalah tidak termasuk elaun kecuali elaun memangku.
Contoh:
• Gaji Pokok Pegawai sebanyak RM 2,050.00 sebulan dan
kenderaan yang digunakan adalah 1,800 ss. Beliau layak
menuntut elaun perjalanan mengikut kelas A.
• Gaji Pokok Pegawai sebanyak RM 2,050.00 sebulan dan
kenderaan yang digunakan adalah 1,000 ss. Beliau layak
menuntut elaun perjalanan mengikut kelas B.
2.3 Seorang Pegawai yang menggunakan kenderaan Universiti atau
penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut
Elaun Perjalanan Kenderaan.
2.4 Elaun Perjalanan Kenderaan dikira mengikut kadar-kadar dalam
jadual berikut:-
Jarak Perjalanan bertugas Kelas
rasmi bagi tiap-tiap satu A B C D E
bulan (sen / kilometer )
500 km pertama 70 60 50 45 40
501 – 1,000 km 65 55 45 40 35
1,001 – 1,700 km 55 50 40 35 30
1,701 km dan seterusnya 50 45 35 30 25
2.5 Pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang
atau keretapi bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh
dihubungi terus dengan kapal terbang atau keretapi. Bagi
perjalanan ke destinasi berkenaan pegawai tidak layak menuntut
elaun perjalanan kenderaan melainkan dalam keadaan berikut :-
I. Jarak antara dua tempat adalah kurang dari 240 km
I. Perlu bertugas di beberapa tempat sepanjang perjalanan
I. Mustahak dan terpaksa menggunakan kenderaan sendiri.
I. Terdapat pegawai lain dalam perjalanan tersebut yang juga
menjalankan tugas rasmi
Kelulusan menggunakan kenderaan sendiri dari Ketua
Pusat Tanggungjawab hendaklah dilampirkan bersama
borang tuntutan bagi perkara (ii), (iii), (iv).
2.6 Pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di
satu tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km dari Ibu
Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan kapal terbang / keretapi
layak menuntut Tambang Gantian mengikut kadar tambang
pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya iaitu bersamaan
dengan tambang kapal terbang atau keretapi, mengikut mana yang
berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam borang
tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri.
Apabila dibayar Tambang Gantian :-
– Pegawai tidak layak menuntut apa-apa tambang atau
bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal
terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke
lapangan terbang/stesen kereta api dan sebaliknya,
tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke
tempat penginapan dan sebaliknya, bayaran Cukai
Lapangan Terbang atau bayaran tempat tidur dalam kereta
api(berth charges );
Contoh 1
Elaun perjalanan kenderaan yang layak dituntut oleh seorang pegawai bergaji RM 2,800.00
yang menggunakan kereta Proton Waja ( 1,600cc) untuk perjalanan pergi dan balik sejauh
1,500 km
Kadar tuntutan perjalanan kenderaan pegawai adalah Kelas A dan kadarnya adalah seperti
berikut :
500 km pertama - 70 sen
501 – 1,000 km - 65 sen
1,001 – 1,700 km - 55 sen
1,701 km dan seterusnya - 50 sen
Jawapan :
Gaji = RM 2,800.00
Kenderaan = Waja 1.6
Kilometer = 1500 km
500 km x 0.70 RM 350.00
500 km x 0.65 RM 325.00
500 km x 0.55 RM 275.00
--------------
RM 950.00
=======
Contoh 2
Gaji = RM 2,800.00
Kenderaan = Waja 1.6 cc
Kilometer = 2000 km
200 km x 0.55 RM 110.00
1800 km x 0.50 RM 900.00
----------------
RM 1,010.00
========
Contoh 3
Gaji = RM 2,800.00
Kenderaan = Waja 1.6 cc
Kilometer = 2500 km
2500 km x 0.50 RM 1,250.00
----------------
RM1,250.00
========
1. PERJALANAN UDARA / KERETAPI
3.1 Tempahan tiket kapal terbang boleh dibuat oleh Pusat
Tanggungjawab masing-masing melalui syarikat penerbangan yang
dibenarkan oleh Universiti.
3.2 Syarat kelayakan :
Kapal Terbang
- Penerbangan Dalam Negeri :-
# Gred 53 dan ke atas - Kelas Business
# Gred 1 hingga 52 - Kelas Ekonomi
- Penerbangan Ke Luar Negeri :-
# Gred Utama / Khas ‘A’ dan ke atas - Kelas Satu
atau Ketua Setiausaha Kementerian
# Gred Utama / Khas ‘B’ dan ‘C’ - Kelas Business
# Gred 1 hingga 54 - Kelas Ekonomi
Keretapi
Gred 27 dan ke atas - Kelas Satu
Gred 1 hingga 26 - Kelas Dua
3.3 Tiket kapal terbang yang telah digunakan hendaklah dikepilkan
bersama borang tuntutan perjalanan.
3.4 Dalam keadaan tertentu, staf kumpulan sokongan boleh
menggunakan perkhidmatan kapal terbang kelas ekonomi dengan
syarat terbukti ianya lebih menjimatkan atau kesuntukan masa.
Perlu mendapat kelulusan khas Naib Canselor sebelum melakukan
perjalanan. Manakala untuk staf Kampus Kesihatan, kelulusan dari
Pengarah Kampus adalah memadai.
1. ELAUN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI
4.1 Seseorang Pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di
luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan
bayaran mengikut kelayakan masing-masing. Kadar-kadar adalah
seperti di Lampiran 1.
“Ibu Pejabat” adalah tempat biasa seseorang Pegawai melaporkan
diri untuk bertugas dan lingkungannya ialah 25 km.
Contoh:
• Pegawai USM yang bertugas di Kampus Induk boleh
menuntut elaun-elaun tugas rasmi jika menjalankan
tugas rasmi di Kampus Kejuruteraan Transkrian. Ini
kerana Kampus Kejuruteraan Transkrian adalah melebihi
25 km dari Kampus Induk.
1. Pegawai USM yang bertugas di Kampus Induk tidak boleh
menuntut sebarang elaun-elaun tugas rasmi jika
menjalankan tugas rasmi di KOMTAR kecuali elaun
perjalanan kenderaan atau tambang pengangkutan
awam. Ini kerana KOMTAR adalah dalam lingkungan 25
km dari Kampus Induk.
4.2 TUGAS RASMI DALAM NEGERI
Jenis tuntutan yang boleh dibuat:-
# Elaun Makan atau Elaun Harian
# Sewa Hotel atau Elaun Lojing
# Tambang Perjalanan
# Lain-lain tuntutan seperti telefon rasmi, belanja dobi, tol,
dan bayaran tempat letak kereta.
a) Elaun Makan
I. Seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai
dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan
mengikut kadar kelayakan masing-masing seperti di
Lampiran 1, Ruangan A.
Soalan :-
Pegawai yang menuju ke Kuala Lumpur bertolak daripada rumah
pada 13 Mac 2007, jam 8.00 pagi. Menaiki kapal terbang jam
9.00 pagi dan balik ke rumahnya selepas selesai tugas rasmi
pada 15 Mac 2007, jam 2.00 petang.
Berapakah elaun makan?
Jawapan :-
Elaun yang boleh dituntut adalah elaun makan.
Elaun Makan yang boleh dituntut ialah:-
- 2 hari x Kadar Elaun Makan (ikut kelayakan Pegawai)
I. Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang
melebihi 3 bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am
dan mingguan.
II. Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makanan
disediakan sepenuhnya.
III. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan
yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti
berikut:-
Pecahan Elaun Makan - 20 % sarapan pagi
- 40 % makan tengah hari
- 40 % makan malam
Soalan :-
Kadar Elaun Makan Pegawai ialah RM 40.00.
Makan tengah hari disediakan oleh Penganjur.
Tuntutan yang boleh dibuat ialah:
Jawapan :-
Kadar Elaun Makan Pegawai ialah RM 40.00.
Makan tengah hari disediakan oleh Penganjur.
Tuntutan yang boleh dibuat ialah:
- [20 % + 40 %] x RM 40.00 = RM 24.00
a) Elaun Harian
Seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tapi kurang dari 24 jam
adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh
daripada kelayakan Elaun Makannya.
* Kadar-kadar elaun harian bagi semua Pegawai adalah
mengikut kelayakan masing-masing seperti di Lampiran 1,
Ruangan B
Soalan :-
Seorang Pegawai bertolak dari rumah pada 11 Mac 2007, jam
8.00 pagi dan kembali ke rumahnya pada 13 Mac 2007, jam 2.00
petang.Apakah tuntutan yang layak dan bagaimana?
Jawapan :-
Tuntutan yang layak ialah 2 Elaun Makan sahaja iaitu :-
# 11/03/2007 – 12/03/2007 - 1 Elaun Makan
# 12/03/2007 – 13/03/2007 - 1 Elaun Makan
# 13/03/2007 ( 8.00 pagi - Hanya 6 jam sahaja
hingga 2.00 petang)
Soalan :-
Seorang Pegawai bertolak dari rumah pada 11 Mac 2007, jam
8.00 pagi dan kembali ke rumahnya pada 13 Mac 2007, jam 8.00
malam. Apakah tuntutan yang layak dan bagaimana?
Jawapan :-
Tuntutan yang layak ialah 2 Elaun Makan sahaja iaitu :-
# 11/03/2007 – 12/03/2007 - 1 Elaun Makan
# 12/03/2007 – 13/03/2007 - 1 Elaun Makan
# 13/03/2007 ( 8.00 pagi - 1 Elaun Harian
hingga 8.00 malam )
Soalan :
Syarat pembayaran elaun makan ialah….
A. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 7 jam
B. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 24 jam
C. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 12 jam
D. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 10 jam
Jawapan :
B. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di
luar pejabat melebihi 24 jam
Soalan :
Syarat pembayaran elaun harian ialah…
A. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 5 jam tetapi kurang daripada 24 jam
B. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 12 jam tetapi kurang dari 16 jam
C. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam
D. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 10 jam tetapi kurang dari 24 jam
Jawapan :
C. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar
pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam
a) Sewa Hotel
I. Kadar kelayakan sewa hotel adalah mengikut kelayakan
masing-masing seperti di Lampiran 1, Ruangan C.
Seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan
cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai
tambahan kepada maksimum kelayakannya
Contoh A
Kelayakan kadar sewa hotel RM 125.00
Sewa bilik RM 125.00
Bayaran Perkhidmatan RM 6.25
Cukai Perkhidmatan RM 12.50
_________
JUMLAH RM 143.75
* Pegawai layak menuntut balik RM 143.75
Contoh B
Kelayakan kadar sewa hotel RM 125.00
Sewa bilik RM 145.00
Bayaran Perkhidmatan RM 7.25
Cukai Perkhidmatan RM 14.50
_________
JUMLAHRM 166.75
* Pegawai hanya layak menuntut balik RM 143.75 iaitu
(RM 125.00+6.25+12.50 = RM 143.75)
I. Pegawai Gred 53 dan 54 yang mana kelayakannya adalah
kadar sebenar sewa bilik, hendaklah menginap di bilik hotel
yang harganya adalah munasabah.
II. Jika kemudahan penginapan disediakan oleh Universiti /
Pihak Penganjur, Pegawai tidak dibenarkan menuntut Sewa
Hotel atau Elaun Lojing.
I. Bil asal hotel hendaklah dikemukakan bersama tuntutan
perjalanan sekiranya Pegawai membayar sendiri sewa hotel
berkenaan.
a) Elaun Lojing
• Dibayar jika pegawai tidak menginap di hotel atau dalam
perjalanan.
Contoh :
Pegawai bertolak ke Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007, jam 9.00
malam dan bertolak balik ke Gelugor pada 15 Mac 2007, jam 11.30
malam.
Elaun Lojing dibenarkan untuk 2 malam iaitu pada 13 Mac 2007
dan 14 Mac 2007.
I. Tidak dibayar jika penganjur menyediakan tempat
penginapan (walaupun Pegawai tidak menginap di bilik yang
disediakan itu)
a) Lain-lain tuntutan yang dibenarkan
• Tambang Pengangkutan Awam
Tambang boleh dituntut jika pengangkutan tidak disediakan
oleh pihak Universiti/Penganjur untuk perjalanan berikut :-
- Pergi balik dari rumah ke lapangan terbang / stesen
keretapi / stesen bas
- Pergi balik dari lapangan terbang / stesen keretapi /
stesen bas ke tempat penginapan
- Pergi balik dari tempat penginapan ke tempat urusan
rasmi pada hari-hari urusan rasmi.
Resit-resit tambang berkenaan hendaklah dikemukakan bersama
borang tuntutan perjalanan
Tuntutan tambang teksi hendaklah berasaskan kos untuk
satu penumpang/tempat duduk sahaja dan bukan kos
sebuah teksi
I. Telefon, Faks dan Pos
Bayaran panggilan telefon, faks dan pos atas urusan rasmi
yang disokong dengan resit dengan menyatakan urusan
rasmi berkenaan di borang tuntutan.
• Belanja Dobi
Belanja Dobi yang disokong dengan resit apabila Pegawai
menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam.
I. Cukai Lapangan Terbang
Bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan
resit
I. Bayaran ‘Excess Baggage’
Bayaran ‘Excess Baggage’ untuk barang-barang rasmi yang
disokong dengan resit.
I. Bayaran Kenderaan
Bayaran tol, tempat letak kereta dan bayaran feri yang
disokong dengan resit. Jika menggunakan kad Touch & Go,
tuntutan hendaklah dinyatakan plaza tol masuk dan keluar
dengan jelas. Tuntutan bayaran adalah berasaskan kepada
bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak PLUS.
STAF
Destinasi Ada Perkhidmatan Destinasi Tiada Perkhidmatan
Kapalterbang atau Keretapi Kapalterbang atau Keretapi
Tuntutan Elaun
Perjalanan Kenderaan
(Mileage)
Tidak Melebihi Melebihi 240KM
240KM Sehala Sehala
Atau Atau
Tambang Kenderaan Tambang Kenderaan
Kapalterbang Sendiri Kapalterbang Sendiri
atau Keretapi atau Keretapi
Atau
Tambang Kelulusan Ketua Jabatan
Gantian (Lengkapkan Borang
Permohonan Menggunakan
Kenderaan Sendiri
Tuntutan Elaun Perjalanan
Kenderaan (Mileage)
Tuntutan Elaun Perjalanan
Kenderaan (Mileage)
LAMPIRAN 1 - KADAR ELAUN TUGAS RASMI
RUANGAN A B C D E
ELAUN MAKAN ELAUN HARIAN SEWA HOTEL ELAUN LOJING SEBERANG
KUMPULAN (RM) (RM) (RM) (RM) LAUT (RM)
(GRED) I II I II I II I II HOTEL ELAUN
MAKAN
Utama/Khas 115.00 165.00 57.50 82.50 * Standard Suite 80.00 85.00 * Suite 340.00
“A” & ke atas
Utama/Khas 100.00 130.00 50.00 65.00 * Bilik Superior 75.00 80.00 # 300.00
“A” “B” & “C”
53 dan 54 85.00 115.00 42.50 57.50 * Bilik Biasa 70.00 75.00 # 270.00
45 hingga 52 60.00 80.00 30.00 40.00 180.00 200.00 60.00 70.00 # 200.00
41 hingga 44 45.00 65.00 22.50 32.50 160.00 170.00 55.00 60.00 # @
17 hingga 40 40.00 55.00 20.00 27.50 100.00 120.00 35.00 40.00 # @
1 hingga 16 35.00 50.00 17.50 25.00 80.00 100.00 30.00 35.00 # @
•- Dibayar atas Perbelanjaan Sebenar
I - Bagi Semenanjung Malaysia
II - Bagi Labuan, Sabah & Sarawak
# - Perbelanjaan Sebenar Bilik Biasa
@ - Seperti di Lampiran 2
4.3 TUGAS RASMI DI LUAR NEGERI
Jenis tuntutan yang boleh dibuat:-
# Elaun Makan atau Elaun Harian
# Sewa Hotel atau Elaun Lojing
# Tambang Perjalanan
# Elaun Pakaian Panas
# Bayaran Tip dan Poterage
a) Elaun Makan dan Elaun Harian ( Perkara 5.1 PP 3/2003 )
I. Elaun makan semasa tugas rasmi di Luar Negeri adalah
seperti di Lampiran 2.
Gred Kadar (RM) sehari
Utama/Kelas ‘A’ dan ke atas 340.00
Utama/Kelas ‘B’ dan ‘C’ 300.00
53 dan 54 270.00
45 hingga 52 200.00
1 hingga 44 seperti di Lampiran 2
Contoh:-
Pegawai bergaji pokok RM 2,300.24 dan dalam Gred 41 bertolak dari rumah
ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pada 1 Mac 2007, jam 8.00 malam
menuju ke Jakarta dan balik semula ke Pulau Pinang pada 4 Mac 2007, jam
10.00 malam. Penginapan dibayar oleh penganjur dan tidak ada tuntutan
lain.
Elaun Makan yang layak dituntut ialah:-
* 3 hari x RM 195.00 = RM 585.00
a) Sewa Hotel
I. Bayaran sewa hotel adalah mengikut perbelanjaan sebenar
yang dibayar oleh Pegawai mengikut taraf bilik seperti
berikut:-
Kumpulan Pengurusan dan Profesional:-
Gred Utama / Gred Khas ‘A’ - Bilik Standard Suite
Lain-lain pegawai - Bilik Biasa
Bagi maksud memohon pendahuluan diri, kadar bayaran hotel
seperti Lampiran 2 adalah digunakan sebagai panduan.
b) Elaun Lojing
Syarat pembayaran elaun lojing sama seperti perjalanan urusan
rasmi dalam negeri kecuali kadarnya adalah seperti di Lampiran
2.
a) Lain- Lain Tuntutan Yang Dibenarkan
I. Tambang Pengangkutan Awam
- Jika tidak disediakan oleh Penganjur/ Kerajaan
I. Belanja Dobi
- Yang disokong dengan resit
I. Bayaran Cukai Lapangan Terbang
- Yang disokong dengan resit
– Excess Baggage
- Untuk barang – barang rasmi yang disokong dengan resit
I. Bayaran Tip & Poterage
- 15% daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran tips,
gratuities atau poterage
I. Gantirugi Pertukaran Wang Asing
- 3% daripada jumlah tuntutan elaun perjalanan
I. Bayaran Telefon, Faks dan Bayaran Pos atas urusan rasmi
- Yang disokong dengan resit
I. Elaun Pakaian Panas
- Elaun Pakaian Panas dibayar sebanyak RM1,500.00
apabila bartugas rasmi atau berkursus di negeri beriklim
sederhana sekali dalam tempoh 3 tahun.
I. Peraturan Tuntutan Pakaian Panas
- Pegawai mestilah memperolehi surat kelulusan
daripada Jabatan Pendaftar yang mengesahkan Pegawai
tidak pernah dibayar Elaun Pakaian Panas dalam tempoh 3
tahun sebelumnya dan surat kelulusan ini hendaklah
dikemukakan ke Jabatan Bendahari untuk bayaran.
Soalan :-
Pegawai (Gaji pokok RM 2,300.24, Gred 41) menjalankan urusan
rasmi di Jakarta. Bertolak pada 1 Mac 2007 jam 8.00 pagi dan
kembali ke Pulau Pinang pada 8 Mac 2007 jam 10.00 malam. Kos
tambang teksi dari rumah ke Lapangan Terbang ialah RM 10.00
sehala. Kemudahan Hotel disediakan. Apakah elaun yang layak
dituntut dan berapakah jumlah tuntutan beliau?
Jawapan:-
Tambang teksi dari rumah
ke Lapangan Terbang ( pergi & balik) RM 20.00
7 hari Elaun Makan (RM 195.00 x 7) RM 1,365.00
1 hari Elaun Harian (RM 97.50 x 1) RM 97.50
----------------
RM 1,482.50
- Bayaran Tips dan Poterage RM 222.38
(15 % x RM 1,482.50)
- Bayaran kerugian matawang asing RM 50.55
(3 % x RM 1,365 + RM 97.50 ---------------
+ RM 222.38) RM 1,755.43
========
LAMPIRAN 2 - KADAR ELAUN TUGAS RASMI LUAR NEGARA
KATEGORI ELAUN MAKAN (RM) SEWA HOTEL (RM) ELAUN LOJING (RM)
KATEGORI I 175.00 400.00 100.00
KATEGORI II 195.00 440.00 120.00
KATEGORI III 215.00 480.00 140.00
KATEGORI IV 235.00 520.00 160.00
KATEGORI V 255.00 560.00 180.00
Petunjuk Kategori Negara
KATEGORI I = Afganistan Bulgaria Colombia India Maldives Nepal Peru Samoa Tonga
Bangladesh Cambodia Ecuador Kiribati Mauritius North Korea Philippines Sri Lanka Tuvalu
Bolivia Chile Fiji Laos Myanmar Pakistan Portugal Tanzania Vietnam
KATEGORI II = Angolia Ghana Indonesia Mali Namibia Paraguay Senegal Swaziland Uganda
Argentina Greece Lesotho Malta Nauru Poland Seychelles Taiwan Uruguay
Botswana Guinea Madagascar Morrocco New Zealand Republik Czech South Africa Thailand Vanuatu
Ethiopia Hungary Malawi Mozambique Papua New Guinea Republik Slovak Solomon Island Tunisia Zimbabwe
KATEGORI III = Albania Austria Brunei Darussalam Egypt Ireland Kenya Libya Netherland Russia Turkmenistan
Algeria Azerbaijan China Georgia Jamaica Kuwait Lexembourg Norway Spain Ukraine
Armenia Bahrain Cuba Gibraltar Jordan Kyrgyzstan Moldova Qatar Sudan Uzbekistan
Australia Balarus Cyprus Iraq Kazakstan Lebanon Mongolia Romania Tajikistan
KATEGORI IV = Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela
Bosnia- Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen
Herzegovina Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia
Brazil Denmark Guyana Serbia&Montenegro Syria
KATEGORI V = Barbados Hong Kong Macau South Korea Trinidad & Tobago United Kingdom
Dubai Iran Mexico St. Lucia Turkey USA
Finland Italy Oman Sweden United Arab Emirates
Japan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3
Tahun 2005
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun,
Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus
Kecuali Kursus Pra-Perkhidmatan
TAFSIRAN
“Gred”- bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan
Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun
2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak
menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus
mengemukakan tuntutan elaun,kemudahan dan bayaran
di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori
masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau
Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana
yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan adalah
seperti di Lampiran 1A;
TAFSIRAN
“Ibu Pejabat”- bermakna tempat biasa seseorang
pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan linkungan
jarak pentadbirannya ialah:
a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh
dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai;
TAFSIRAN
“Kajian Luar”- bermakna sebarang aktiviti yang
diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus di luar
pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu
penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan
termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh
berkursus;
“Kursus”- bermakna sebarang kursus atau latihan yang
berupa akademik atau praktik, lawatan sambil
belajar,seminar dan bengkel, yang bercorak latihan;
“Kursus Panjang”- bermakna sebarang kursus sepenuh
masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan termasuk
hari hujung minggu dan kelepasan am;
TAFSIRAN
“Kursus Pendek”- bermakna sebarang kursus sepenuh
masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk
hari hujung minggu dan kelepasan am;
“Kursus Sambilan”- bermakna sebarang kursus yang
dijalankan secara sambilan selepas waktu pejabat;
“Pegawai”- bermakna seseorang pegawai
tetap/sementara di dalam Perkhidmatan Awam. Bagi
maksud ini, pegawai adalah termasuk juga anggota
dalam perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia dan
Angkatan Tentera Tetap Malaysia;
TAFSIRAN
“Pekeliling Bertugas Rasmi yang Berkaitan”- bermakna
Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkuat kuasa bagi
Perkhidmatan Awam, Polis Di Raja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia;
“Penganjur”- bermakna badan yang membiayai
sebahagian besar perbelanjaan kursus;
TAFSIRAN
“Pusat Pengajian”- bermakna tempat yang sebahagian
besar sesuatu kursus itu dijalankan dan bagi tempoh
kursus itu,Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu
Pejabat; dan
“Yang Setaraf”- bermakna pangkat-pangkat setaraf
seperti yang terdapat di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi
yang berkaitan.
1. ELAUN SEMASA BERKURSUS
Kursus pendek dalam negeri bermaksud kursus kurang daripada 3
bulan yang dianjurkan di Malaysia.
Surat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar hendaklah disertakan
bersama tuntutan perjalanan.
Apa yang boleh dituntut semasa menjalani kursus?
• Elaun Makan atau Elaun Harian
• Sewa Hotel / Elaun Lojing
• Pengangkutan awam / perjalanan kenderaan
Tuntutan kursus hendaklah dibuat selepas kursus
disempurnakan dan jika terdapat urusan rasmi dalam
bulan berkenaan kedua-dua tuntutan hendaklah
disediakan dalam satu borang.
5.1 KURSUS PENDEK DALAM NEGERI
5.1.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
a) Elaun Makan dan jika perlu menginap bayaran Sewa Hotel yang disokong
dengan resit atau Elaun Lojing.
Kadar Elaun Makan dan Sewa Hotel/Lojing adalah seperti di Lampiran 3
Ruangan A bagi Semenanjung Malaysia, dan Ruangan B bagi Sabah,
Sarawak dan Labuan.
a) Jika kemudahan penginapan disediakan Pegawai hanya dibayar Elaun
Makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak
disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:
a) Sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan;
b) Makan Tengah hari – 40% daripada Elaun Makan; dan
c) Makan Malam – 40% daripada Elaun Makan;
c) Kadar Sewa Hotel/Lojing dan elaun makan bagi satu hari sebelum
dan satu hari selepas kursus adalah dikira berdasarkan kadar tugas
rasmi seperti di Lampiran 3. Bayaran perkhidmatan dan cukai
perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel
tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian
daripada Kadar Bayaran Sewa Hotel itu.
Contoh:-
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (bergaji pokok RM
3,980.25 sebulan, Gred 48) menghadiri Seminar di Kuala Lumpur.
Bertolak ke Kuala Lumpur pada 6 Mac 2007, jam 7.00 petang dan
sampai balik ke Pulau Pinang dan membayar Sewa Hotel sebanyak
RM 120.00 semalam. (Pegawai telah membayar sendiri Sewa
Hotel).
Kursus mula 7/3/2007 = 9.00 pagi
Tamat 12/3/2007 = 5.00 petang
6/3/2007 – 7.00 petang (dari K.Lumpur) = 6 hari 14 jam
13/3/2007 – 9.00 pagi (balik ke P.Pinang)
Tuntutan dibenarkan:-
Sewa Hotel pada 6/3/2007 = RM 120.00
Elaun Harian = RM 30.00
{6/3/2007 (7.00 ptg) hingga 7/3/2007 (9.00 pg)}
Sewa Hotel = RM 600.00
(7/3/2007 sehingga 11/3/2007) ($120 x 5 hari)
Elaun Makan = RM360.00
(7/3/2007 sehingga 12/3/2007 jam 5.00 ptg) ($60 x 6 hari)
Sewa Hotel pada 12/3/2007 = RM 120.00
-----------------------
JUMLAH RM 1,080.00
============
(d) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:
(i) Perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali
sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada
keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah
kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;
( ii ) Seseorang pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan
diarahkan oleh Ketua Jabatan / Pegawai Pemerintah itu bagi
menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat
sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi
yang berkaitan;
( iii ) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah tertakluk kepada syarat
penggunaan kenderaan sendiri sepertimana yang diperuntukkan di
dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;
( iv ) Seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut mana
l lebih murah dan yang sepatutnya dinaiki tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
• Kereta Api
Penggunaan perkhidmatan kereta api adalah dibenarkan mengikut
kelayakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas
Rasmi yang berkaitan;
• Kapal Terbang
Penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai
hanya dibenarkan sekiranya difikirkan sangat perlu dan mustahak bagi
seseorang pegawai sampai ke Pusat Pengajian pada masa yang
ditetapkan. Cukai Lapangan Terbang layak dituntut;
• Lain-Lain
Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang
dinyatakan di atas adalah dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan
kepada tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali
sahaja;
(v) Seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaannya sendiri layak
menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan balik sahaja
bersamaan dengan tambang lazim perkhidmatan pengangkutan awam yang
sepatutnya dinaiki mengikut kelayakan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar
tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan
( vi ) Seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa
tambang atau apa-apa bayaran tambahan bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau
kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api dan
sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat berkursus dan
sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang, bayaran tempat tidur dalam kereta api
(berth charges), bayaran tol dan sebaliknya;
5.1.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
–
`
Pegawai dibayar elaun sebanyak RM 15.00 sehari pada hari-
hari berkursus seperti di Lampiran 3 Ruangan C dengan
syarat:-
i. Kemudahan makan tidak disediakan oleh penganjur.
i. Kursus diadakan di luar kompleks tempat biasa Pegawai
menjalankan tugas.
i. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang
Pengangkutan Awam spt di 5.1.1 (d).
5.2 KURSUS PANJANG DALAM NEGERI
Kursus panjang ertinya kursus yang tempohnya adalah melebihi 3
bulan dan SELAIN daripada kursus yang diiktiraf sebagai Kursus
Diploma, Ijazah Pertama atau Lanjutan yang dianjurkan di Malaysia.
5.2.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
• Elaun Sara Hidup sebanyak RM 25.00 sehari untuk tempoh
kursus dengan syarat kemudahan makan dan penginapan tidak
disediakan seperti di Lampiran 3, Ruangan D.
• Sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan, maka
elaun yang tidak disediakan itu layak dituntut mengikut
pecahan unsur elaun iaitu 50% untuk penginapan dan 50%
untuk makan.Jika sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, maka pegawai layak menuntut bahagian makan
yang tidak disediakan mengikut peratusan bagi kadar tugas
rasmi.
5.2.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
a) Elaun Makan/Harian dan Sewa Hotel/Lojing bagi sehari
sebelum atau sehari selepas berkursus mengikut kadar-kadar
urusan perjalanan rasmi.
b) Elaun perjalanan kenderaan sama seperti kursus pendek Luar
Kawasan Ibu Pejabat seperti di 5.1.1 (d).
5.2.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
• Elaun Sara Hidup sebanyak RM 15.00 sehari untuk tempoh
kursus dengan syarat kemudahan makan tidak disediakan dan
kursus diadakan diluar kompleks tempat biasa Pegawai
bertugas, seperti di Lampiran 3, Ruangan E.
• Tambang pengangkutan sekali perjalanan pergi balik, seperti di
para 5.1.1 (d).
5.3 KURSUS PENDEK LUAR NEGARA
Seseorang pegawai yang berkursus pendek di luar negara adalah layak
menuntut elaun kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat
seperti berikut,
a) Kadar-kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi sepanjang
tempoh kursus sekiranya kemudahan makan tidak disediakan
adalah seperti berikut:-
Gred/Kategori
Kadar Sehari
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas RM300.00
atau Yang Setaraf
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang RM 270.00
Setaraf
53 dan 54 atau Yang Setaraf RM 240.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf RM 200.00
Pegawai selain daripada di atas Seperti di Lampiran 4
atau Yang Setaraf
Kadar bayaran Hotel/Elaun Lojing layak dituntut bagi sepanjang
tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan
adalah seperti di Lampiran 4. Bayaran perkhidmatan, cukai
perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel
tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari
kadar Bayaran Sewa Hotel itu.
b) Elaun pakaian panas sebanyak RM 1,500.00 berkursus di kawasan iklim
sederhana dengan syarat belum pernah dibayar elaun pakaian panas dalam
tempoh 3 tahun sebelumnya.
c) Bayaran Sewa Hotel/Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari
sebelum dan sehari selepas adalah dikira berdasarkan kadar tuntutan tugas rasmi
di luar negeri mengikut kadar di lampiran 1, Ruangan E.
a) Bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit.
b) Elaun perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut;
(i) Perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke
lapangan terbang, sekali sahaja;
(ii) Perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan
sekali sahaja;
(iii) Perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke
Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat
penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan
untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah
kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6
hari;
(iv) Seseorang pegawai yang disangkut ke sesuatu
pejabat dan diarahkan oleh Ketua Jabatan bagi
menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun
Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan
Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang
diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan;
Walau apapun peruntukan di atas, seorang pegawai yang mengikuti
kursus di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan
yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan.
5.4 KURSUS PANJANG DI LUAR NEGARA
Seseorang pegawai yang mengikuti kursus panjang sama
ada yang diiktiraf atau tidak sebagai kursus peringkat
Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk
kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan.
6. KURSUS SAMBILAN DI DALAM NEGERI
1. Seseorang pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan yang dihadiri
atas arahan Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah kerana kepentingan
perkhidmatan adalah layak menuntut bayaran seperti berikut;
6.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
6.1.1 Bayaran sebanyak RM 10.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya
terdiri daripada RM 5.00 untuk bantuan makan dan RM 5.00 untuk bantuan perjalanan
sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur;dan
6.1.2 Bagi tujuan menghadir Kursus Sambilan pegawai tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam; dan
6.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
6.2.1 Bayaran sebanyak RM 8.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya
terdiri daripada RM 5.00 untuk bantuan makan dan RM 3.00 untuk bantuan perbelanjaan
perjalanan sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan. Pegawai
yang mengikuti Kursus Sambilan di dalam bangunan/kompleks yang sama tidak layak
menuntut bayaran di atas.
Seorang pegawai Gred 41 dikehendaki mengikuti kursus seperti berikut :
Tarikh : 14 Februari 2007 ( 8.00 pagi ) – 17 Februari 2007 ( 5.00 ptg )
Tempat : INTAN, Kuala Lumpur
Penginapan : Disediakan sepanjang kursus
Makanan disediakan : Pagi & Tengah hari ( sepanjang tempoh kursus )
Pengangkutan : Tidak disediakan
Kadar kelayakan : Elaun Makan ( RM 45.00 )
Elaun Harian ( RM 22.50 )
Sewa hotel ( RM 130.00 )
Elaun Lojing ( RM 55.00 )
Pegawai berikut bertolak dari rumah jam 8 malam ( 13 Feb. 2007 ) dan bertolak pulang ke Pulau Pinang
pada jam 8 malam ( 17 Feb. 2007 ) dan tiba di rumahnya pada 3 pagi ( 18 Feb. 2007 ) dengan
menggunakan waran penerbangan Universiti. Berikut adalah pengangkutan yang telah digunakan oleh
pegawai tersebut :
Tambang teksi dari rumah ke Lapangan : RM 60.00
Terbang ( Bayan Lepas )
Tambang teksi dari KLIA ke INTAN ( Kuala Lumpur ) : RM 100.00
INTAN Kuala Lumpur ke KLIA ( tumpang kenderaan rakan )
Tambang teksi dari Lapangan Terbangan ( Bayan : RM 60.00
Lepas ) ke rumah
Kirakan jumlah kadar elaun makan dan pengangkutan yang layak dituntut oleh pegawai tersebut.
Jawapan :
Tempoh kursus
Elaun Makan 4 x ( RM 45.00 x 40% ) = RM 72.00
( tempoh 14 Feb. 2007 – 17 Feb. 2007 )
Tambang teksi
Rumah ke Lapangan Terbang ( Bayan Lepas ) RM 60.00
KLIA ke INTAN Kuala Lumpur RM 100.00
Lapangan Terbang ( Bayan Lepas ) ke rumah RM 60.00
--------------
RM 220.00
=======
Jumlah tuntutan : RM 72.00 + RM 220.00 = RM 292.00
LAMPIRAN 3 - KADAR ELAUN KURSUS
A B
C D E
RUANGAN I II III I II III
RM RM RM
RM RM RM RM RM RM
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Bilik
atau Yang Setaraf 90.00 80.00 120.00 Bilik 85.00 15.00 25.00 15.00
Biasa Biasa
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau
Yang Setaraf 90.00 Bilik 75.00 120.00 Bilik 80.00 15.00 25.00 15.00
Biasa Biasa
53 dan 54 atau Yang Setaraf
70.00 Bilik 70.00 90.00 Bilik 75.00 15.00 25.00 15.00
Biasa Biasa
45 hingga 52 atau Yang
Setaraf 60.00 145.00 60.00 80.00 160.00 70.00 15.00 25.00 15.00
A - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) - Sem.Malaysia.
B - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) – Sabah, Sarawak & Labuan
C - Kursus Pendek Dalam Negeri ( Kawasan IbuPejabat)
D - Kursus Panjang Dalam Negeri (Luar IbuPejabat)
E - Kursus Panjang Dalam Negeri (Kawasan IbuPejabat)
I – Elaun Makan
II – Sewa Hotel
III – Lojing
LAMPIRAN 3 - KADAR ELAUN KURSUS……. SAMB...
A B C D E
RUANGAN I II III I II III
RM RM RM RM RM RM RM RM RM
41 hingga 44 atau Yang
Setaraf 45.00 130.00 55.00 65.00 140.00 60.00 15.00 25.00 15.00
17 Hingga 40 atau Yang 40.00 80.00 35.00 55.00 100.00 40.00
Setaraf 15.00 25.00 15.00
1 hingga 16 atau Yang 35.00 65.00 30.00 50.00 80.00 35.00
Setaraf
15.00 25.00 15.00
A - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) - Sem.Malaysia.
B - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) – Sabah, Sarawak & Labuan.
C - Kursus Pendek Dalam Negeri ( Kawasan IbuPejabat)
D - Kursus Panjang Dalam Negeri (Luar IbuPejabat)
E - Kursus Panjang Dalam Negeri (Kawasan IbuPejabat)
I – Elaun Makan
II – Sewa Hotel
III – Lojing
LAMPIRAN 4 - KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL/ELAUN LOJING
SEMASA BERKURSUS DI LUAR NEGARA
KATEGORI ELAUN MAKAN (RM) SEWA HOTEL (RM) ELAUN LOJING (RM)
KATEGORI I 100.00 200.00 100.00
KATEGORI II 120.00 300.00 120.00
KATEGORI III 140.00 400.00 140.00
KATEGORI IV 160.00 500.00 160.00
KATEGORI V 180.00 600.00 180.00
Petunjuk Kategori Negara
KATEGORI I = Afganistan Bulgaria Colombia India Maldives Nepal Peru Samoa Tonga
Bangladesh Cambodia Ecuador Kiribati Mauritius North Korea Philippines Sri Lanka Tuvalu
Bolivia Chile Fiji Laos Myanmar Pakistan Portugal Tanzania Vietnam
KATEGORI II = Angolia Ghana Indonesia Mali Namibia Paraguay Senegal Swaziland Uganda
Argentina Greece Lesotho Malta Nauru Poland Seychelles Taiwan Uruguay
Botswana Guinea Madagascar Morrocco New Zealand Republik Czech South Africa Thailand Vanuatu
Ethiopia Hungary Malawi Mozambique Papua New Guinea Republik Slovak Solomon Island Tunisia Zimbabwe
KATEGORI III = Albania Austria Brunei Darussalam Egypt Ireland Kenya Libya Netherland Russia Turkmenistan
Algeria Azerbaijan China Georgia Jamaica Kuwait Lexembourg Norway Spain Ukraine
Armenia Bahrain Cuba Gibraltar Jordan Kyrgyzstan Moldova Qatar Sudan Uzbekistan
Australia Balarus Cyprus Iraq Kazakstan Lebanon Mongolia Romania Tajikistan
KATEGORI IV = Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela
Bosnia- Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen
Herzegovina Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia
Brazil Denmark Guyana Serbia&Montenegro Syria
KATEGORI V = Barbados Hong Kong Macau South Korea Trinidad & Tobago United Kingdom
Dubai Iran Mexico St. Lucia Turkey USA
Finland Italy Oman Sweden United Arab Emirates
Japan
7. PENDAHULUAN PERJALANAN
7.1 Pegawai boleh memohon pendahuluan perjalanan (Dalam Negeri) bagi
tujuan bayaran sewa hotel dan makan yang dikira mengikut 90%
daripada anggaran Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh
perjalanan. Manakala untuk perjalanan Luar Negeri, Pegawai boleh
memohon pendahuluan perjalanan bagi tujuan bayaran Sewa Hotel
dan Elaun Makan dikira mengikut 100% daripada anggaran Sewa
Hotel dan Elaun Makan.
7.2 Permohonan pendahuluan perjalanan hendaklah dibuat melalui borang
yang ditetapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari 7 hari
sebelum tarikh perjalanan.
7.3 Jika pendahuluan diambil dan Pegawai tidak mengemukakan penyata
perbelanjaan SEBELUM 14 HB bulan berikutnya, pendahuluan
dianggap tidak digunakan dan potongan akan dibuat daripada gaji
Pegawai.
7.4 Jika jumlah tuntutan perjalanan adalah kurang daripada jumlah
pendahuluan, Pegawai hendaklah membayar balik lebihan ini dengan
serta merta selepas membuat perjalanan. Pendahuluan berlebihan ini
jika tidak dibayar balik akan dipotong daripada gaji pegawai berkenaan
tanpa sebarang notis.
8. ELAUN HADIR MAHKAMAH
8.1 Pegawai yang disapina oleh mahkamah untuk memberi keterangan
bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar, dibayar elaun untuk
tempoh perjalanan dan perbicaraan seperti menjalankan tugas rasmi.
9. ELAUN SEMASA MENGHADIRI ISTIADAT
9.1 Pegawai yang dianugerahkan pingat dan Darjah Kebangsaan layak
menuntut elaun-elaun perjalanan seperti menjalankan tugas rasmi
bagi dirinya dan 2 orang tetamu yang diundang.
Kadar dan kemudahan tuntutan adalah seperti di Lampiran 1.
9.2 Pegawai adalah layak menuntut bayaran pakaian istiadat di mana had
tuntutan adalah RM 750.00
9.3 Bagi bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi had tuntutan adalah
RM 300.00
Kemudahan bayaran bagi perkara 8.2 dan 8.3 diberi kepada Pegawai
setiap tiga (3) tahun sekali. Tuntutan balik kemudahan ini
hendaklah berdasarkan resit dan kad jemputan upacara rasmi
tersebut.
• Pakaian Istiadat - Pakaian upacara rasmi yang direkabentuk
khas untuk sesuatu perkhidmatan.
• Pakaian Menghadiri - Pakaian Kebangsaan Hitam atau Dark
Upacara rasmi Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang
bersesuaian bagi wanita.
LAMPIRAN 1A -JADUAL PERUBAHAN/PERBANDINGAN
BAGI PEGAWAI YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MENERIMA SISTEM SARAAN MALAYSIA
KUMPULAN (JKK 1976) GRED/KATEGORI (SSB) GRED (SISTEM SARAAN
MALAYSIA
Kumpulan A Kumpulan Pengurusan Kumpulan Pengurusan
Tertinggi/Pengurusan Dan Tertinggi/Pengurusan
Profesional Profesional
TingkatanTertinggi‘A’dankeatas GredUtama/Khas‘A’dankeatas GredUtama/Khas‘A’danke
atas
TingkatanTertinggi‘B’dan‘C’ GredUtama/Khas‘B’dan‘C’ GredUtama/Khas‘B’dan‘C’
TingkatanTertinggi‘D’ Kategori I bergaji RM4,794.02 dan ke Gred 53 dan 54
atas
Tingkatan Tertinggi‘E’ Kategori I bergaji RM4,794.01 dan ke Gred 53 dan 54
bawah
TingkatanTertinggi‘F’dan‘G’ Kategori II dan III bergaji RM3,905.88 Gred 45 hingga 52
dan ke atas
Tingkatan Kanan Kategori III bergaji RM3,080.66 hingga Gred 45 dan 46
RM3,905.87
Kategori IV bergaji RM3,017.74 dan ke Gred 41 hingga 44
atas
Tingkatan Biasa Kategori III bergaji RM3,080.65 dan ke Gred 45 dan 46
(Pegawai-pegawai Lain) bawah
Kategori IV bergaji RM3,017.73 dan ke Gred 41 hingga 44
bawah
Kumpulan B Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan
Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori V dan VI Gred 31 hingga 40
Tingkatan Biasa Kategori VII Gred 27 hingga 30
(Pegawai-pegawai Lain)
Kumpulan C Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan
Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori VIII Gred 21 hingga 26
Tingkatan Biasa Kategori IX Gred 17 hingga 20
(Pegawai-pegawai Lain)
Kumpulan D Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan
Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori X Gred 13 hingga 16
Tingkatan Biasa Kategori XI Gred 1 hingga 12
(Pegawai-pegawai Lain)
… SEKIAN ...
..::: TERIMA KASIH :::..
Get documents about "