Docstoc

Peranan Tamadun Melayu

Document Sample
Peranan Tamadun Melayu Powered By Docstoc
					                    Peranan Tamadun Melayu
                                       Dalam
                Pembinaan Tamadun Malaysia
PENGENALAN.
Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga
kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan
kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk
mencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian
yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan
kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu
setelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.
        Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa
Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang
untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.
Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem
pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa
Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang
progresif dan tangkas.
       Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah
perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti
berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.
        Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi
asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.
     i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu
        sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau
        Semenanjung Tanah Melayu.
     ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan
         gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
         mempertahankan tanah air mereka.
     iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.



 PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU
 Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malkaysia dengan
 berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh
 masyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu
 pra-Islam.
        Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta Melayu mulai berubah dari
 fahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh
 sistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi
 pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat,
 manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sbagai
 tempat atau alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia
 menjalan nsegala urusan untuk kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk
 kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan difahami dan diamalkan oleh orang
 Melayu.
       Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah
memahami bahawa hidup mereka.tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid atau
kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayu
memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnya
sebagai tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain sepertimana
dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.
       Pada asanya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan
semesta dan prinsip tamadun berasakan wahyu seperti berikut:
   i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam
      dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada
      kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam
      dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
   ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi
       segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki
       mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insane
       muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak
       dan ihsan.
   iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
       pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;
       balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah,
       balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka /
       kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan
       dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.



   iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih,
       benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,
       keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan
       makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan
       kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan
   yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak
   memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;
    segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana
    kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu
    kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,
    2004:38-39)
Berdasarkan prinsip dan asas di atas, tampak bahawa umat Melayu meletakkan agama
Islam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam pembinaan dan pembentukan tamadun
Melayu Islam dari era awal islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama islamlah yang
telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalam
satu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan Islam itu sendiri.




                    PEMBUDAYAAN ILMU
                                           &
                  PENGUKUHAN BAHASA
Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan
terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu masyarakat dan
bangsa.
    Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu berperanan
memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan
oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semagat Iqra’ antara aspek social yang
mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam Melayu. Islam telah
mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga menganggapnya
sebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam,
golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikan
penghormatan yang cukup tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Ada sebahagian
daripada mereka yang menjadi rujukan kepadapihak istan dan sekaligus menggantikan
peranan pawing dan bomoh yang sebelumnya amat penting dalam industry pemerintahan.
        Kedatangan islam juga Berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan
dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan seperti
di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah kepada
penubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang terpenting ialah
iastan, masjid, madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam sejarah keagungan Islam di
Alam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang cukup besar sebagai pusat
perkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan bangsawan dan pembesar. Begitu juga
dengan peranan yang dimainkan oleh industry madrasah dan pondok dalam memberikan
pendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah meunasah, rangkang dan dayah
bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkat-peringkat pendidikan yang
diamalkan (Azyumardi,2000:156).
    System pendidikan Islam yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawi
amat relaven dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu
pengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaan
dalam masyrakat.
    Oleh kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam membina
peradaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)
mengariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.
Antaranya ialah:


       i. Mementingkan ilmu pengatahuan
       ii. Berkekalanya hasil ilmiah
       iii. Berterusnya usaha keilmuan
       iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
       v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi
          merealisasikan budaya keilmuan.
       vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum manita.
        Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawa
kejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahaman
yang sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh dalam
pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu pengatahuan telah mengakar dan
sebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kits
msmpu menegakkan peradaban moden seperti, pasti mkita akan mampu membangun
peradapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.
PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN
       Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan
yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti
perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.
        Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan
kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah
nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan
globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat
diperincikan menerusi:
    i.   Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
         kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
         menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
    ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
         menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia
         dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia
         tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).
    Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya
    umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat
    Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang
    syamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwa
    dan berakhlak mulia.




                       LAIN-LAIN PERANAN
                SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang
berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedah
arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsa
Malaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu
sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-
Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
       Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang
mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Selat.
        Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan
utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia
ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah
oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (skarang ini system
pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada
tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang
di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam
pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan
ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan
pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman
(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
        Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan
baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atau
suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan paksi
kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja
berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak
atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam
Perlembagaan persekutuan Malaysia.




                 SISTEM PERUNDANGAN
Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri yang
berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak)
        Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah
pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang,
Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari
1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu
dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat
ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang
sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)
       Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan
Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang
Melaka.
       Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan
kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya.
Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-
undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan
memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir, 2005:68).




            AGAMA DAN ADAT ISTIADAT
Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat
Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen penting
kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling
melengkapi dan berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor definiti
Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu, berbaha
Melayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang.
Takrifan ini secara umum bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di
rantau alam Melayu.
        Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja
menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan
Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan
Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini
termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi
peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang
seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang
terbatas dan tertentu sahaja.
        Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia,
tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi
bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal
atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.
       Dalam konteks pengamal adat dikalanagan orang Melay, Ahmad Ibrahim
(1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat
yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.




                BAHASA, KESENIAN DAN
                   KESUSTERAAN
Tamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh Masyarakat
Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat dipisahkan
daripada peranan penting yang diamankan oleh Bahasa Melayu. Bahasa Melayu
merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi
menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi.
        Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno
iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sunkrit. Bahasa Melayu
Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat memakai huruf yang
berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Palava. Menurut de Caparis,
bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan oleh
orang Melayu di kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah
sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu bermula di bahagian
pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai yang
boleh diharungi (Asmah, 1987:543).
       Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab,
bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali
sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat
sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
       Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah
meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara
penhujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan
yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,
2001:179).
       Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru
dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru
kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai
untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian
lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan
oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan
penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)
       Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh
masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya
mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat
dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa,
2002:10).
        Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan
bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu
yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen
penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah
Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik,
pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula
menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan
mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang
terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Riffles,
merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation,
the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan
falsafah romantik, teori social dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
       Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas
Negeri-negeri Mealyu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan
Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam
mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).
        Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa
Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua
peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris
mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper
tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa
Mealayu (Wan Hashim, 200587).
        Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakan
penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang diwajaibkan
oleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common Law British dan
sistem pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan bahasa Melayu di
negara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan Persekutuan untuk
member kedudukan kepada bahasa Melayu ini.
        Pekara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa Melayu
menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua
maksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan dipelajari, tetapi
bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, baik di
peringkat rendah, menegah dan tinggi.
        Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masih
tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar
mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan. Ini
ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan para
pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya badan yang
dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan
Pustaka.Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi
Kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap mana-mana
pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawa kebangsaan ini.
       KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG
        MELAYU DAN BUMI PUTERA
Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransi yang cukup tinggi
oleh kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semasa penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan syarat-syarat
kewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan peminpin-peminpin
bukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu dan orang Islam.
        Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963,
taraf kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera ini telah dimaktubkan
menurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal Abidin, 2001:198).
        Selain itu, Pelembagaan Persekutuan juga mengiktiraf peranan undang-undang
adat yang dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan juga masyarakat bumiputera
atau peribumi di Sabah dan Sarawak. Undang-undang adat yang dapat lama berkembang
iaitu semenjak adanya undang-undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi
perlaksanaannya dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal
Abidin, 2001:198).




GLOBALISASI DAN WAWASAN 2020
Dalam usaha untuk memajukan negara sebagai sebuah negara maju dan negara industry
didalam acuannya sendiri, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia
yang bersatu menjelang tahun 2020.




KESIMPULAN
Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang pasti ialah
budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perlu
diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa
Malaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah membuktikan kepada
dunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh
dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.
       Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan yang sempurna
bagi semua dimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era kegemilangan seperti mana
yang dikecapi oleh umat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini kembali
memahami dan menghayati ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam
adalah yang dinamik dan progesif .

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:24
posted:8/13/2012
language:Malay
pages:13