Docstoc

pengklonan

Document Sample
pengklonan Powered By Docstoc
					MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Pendahuluan Perkataan „klon‟ berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘klwn’ yang bermaksud tunas. Definisi ini menggambarkan keadaan asal proses pengklonan di mana ianya adalah proses pembiakan yang normal di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikro-organisma.Cara pembiakan ini juga dipanggil ‘vegetative reproduction’ atau pembiakan tumbuh-tumbuhan.Oleh kerana cara pembiakan ini tidak melibatkan apa-apa perlakuan seks, ia dikategorikan sebagai ‘asexual reproduction’ iaitu pembiakan tanpa seks. Pengklonan merupakan proses menghasilkan anak (bayi) melalui percambahan mana-mana sel badan manusia dan bukannya melalui percampuran antara seorang wanita dan lelaki (persenyawaan telur dan air mani). Klon ialah replika atau pendua (fotostat) daripada satu organisma. Klon yang dihasilkan adalah menyamai (atau hampir menyamai) organisma asal (penderma). Paling tidak, klon yang terhasil akan mewarisi 90% ciri organisma asal dan turut membawa ciri-ciri DNA ibu tumpang. Teknologi klon bukanlah sesuatu yang asing. Ianya telah dilakukan secara meluas dalam bidang pertanian melalui pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian klon, dan kelapa sawit klon.Isu pengklonan pembiakan manusia telah mula timbul dan diperkatakan oleh masyarakat dunia ekoran isu pengklonan manusia yang berlaku di Barat pada lewat tahun 2002. Ia telah menimbulkan polemik dan beberapa persoalan yang yang agak rumit terutama dari sudut agama, akhlak dan nilai-nilai kehidupan manusia secara keseluruhannya. Manusia klon adalah seperti pasangan kembar kepada penderma, cuma ia dilahirkan lewat berbanding kembarnya. Seperti pasangan kembar seiras normal, manusia klon ini dan pendermanya mempunyai cap jari yang berbeza. Hakikatnya, pengklonan manusia memang bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang perlu ialah pengetahuan, kepakaran dan peralatan yang lengkap. Namun, perlukah ia dilakukan? Apakah kebaikan menghasilkan manusia klon ini?
1

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Tidakkah ia melanggar ketentuan Tuhan, yang menetapkan bahawa kelahiran manusia atau keturunannya melalui institusi perkahwinan.

Latar Belakang / Sejarah Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung-julung kali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam.Pada tahun 1963, seorang embriologi Cina yang bernama Tong Dizhou, telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah diterbitkan dalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri, bernama Dolly, telah berjaya diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh, Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan disahkan meninggal dunia kerana menghidapi penyakit peparu. Akibatnya, ini mengakibatkan berlakunya kontroversi bahawa klon-klon species tidak hidup lama. Ahli sains Roslin membela bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu yang biasa dijangkiti oleh bebiri, terutamanya bebiri yang diperlihara di dalam bangunan. Memang tidak dapat disangkalkan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi dengan sekuriti yang ketat. Ini sebablah Dolly dijangkiti penyakit tersebut lalu meninggal dunia.Pada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai species berjaya diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet.

2

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telah dilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di America Syarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul. Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis aliens ini (saintis terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens), kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalam kelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang bayi yang tidak mengikut hukum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dan perempuan, persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana sel badan manusia untuk menghasilkan penduaan. (Dipetik daripada Wikipedia, The Free Encyclopedia) Jenis Pengklonan Saintis telah membahagi dua kaedah yang dijanjikan oleh pengklonan DNA dewasa melalui teknik pemindahan nukleus iaitu: i)Pengklonan Reproduktif Pengklonan mewujudkan seorang insan yang baru, yang mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus. Pengklonan dikatakan memberi kepuasan yang amat besar kepada pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan cahaya mata.

3

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

ii)Pengklonan Teraputik Para saintis mengatakan bahawa faedah yang bakal diperolehi dari pengklonan DNA Dewasa untuk Tujuan Perubatan menjanjikan pelbagai kebaikan dan tidak patut dihentikan. Menurut mereka, ia berbeza daripada pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedah dijanjikan termasuk: a). Bagi memperolehi 'stem cell' yang akan membantu pertumbuhan sel baru; b). Bagi mencipta organ-organ penting c). Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan air tulang sum-sum; d). Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit genetik. (Dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Isu Pengklonan Dari Sudut Syariah)

Pandangan Agama Agama Islam Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel ovum.Bayi yang dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik, iaitu gabungan ciri genetik daripada ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya . Dalam kata lain, bayi klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu. Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetik sama. Namun, dengan adanya teknologi pengklonan manusia ini,
4

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

membolehkan klon manusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan „induk‟ yang menyumbangkan DNA.Persoalannya, apakah hubungan di antara klon dengan induknya? Adakah ia sama seperti hubungan anak dengan bapa? Atau, adakah kerana ciri genetik keduaduanya adalah sama, maka mereka adalah kembar? Oleh itu, dari pandangan agama Islam, Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud: “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat 54). (Dipetik daripada artikel - Implikasi Pengklonan ke atas Fitrah Manusia, Shaikh Mohd. Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, Fellow Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia). Dalam ayat tersebut, jelaslah diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia. Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusia untuk bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu kelahiran manusia atau keturunannya melalui perkahwinan. Perbuatan pengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan. Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan. Perbuatan ini menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.
5

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Selain itu, Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat menekankan perlunya institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam. Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1). (Dipetik daripada artikel – Pengklonan manusia lebih banyak bawa mudarat, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, fellow kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia). Oleh itu, dari pandangan agama Islam, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, telah membuat keputusan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah diharamkan kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT. (Dipetik daripada artikel – Isu Pengklonan Dari Sudut Syiarah, Pengarah Bahagian Perkhidmatan ICT, Pro Jakim).
6

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan) ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya. Agama Buddha Ajaran agama ini yang dipenuhi dengan kasih sayang mengharam penganutnya membunuh segala benda yang bernyawa termasuk manusia, binatang dan tumbuhan. Agama ini menyebarkan ajaran tentang karma, semua perbuatan sama ada salah atau baik akan diambil kira oleh kuasa alam. Oleh itu, ajaran ini menasihat penganutnya memelihara dan menjaga nyawa sehingga mencapai Nirwana. Oleh itu, dalam kes pengklonan manusia ini, kesan yang dibawa lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan telah menentang dengan ajaran karma yang menegas perbuatan baik ini kerana pengklonan manusia boleh mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklonkan. Menurut laporan akhbar - The Independent, pengalaman yang diperoleh melalui kajian pengklonan haiwan menunjukkan, dalam kes tertentu di mana janin dalam proses membesar, ia biasanya terlalu besar dan sekali gus mendedahkan ibu kepada bahaya ketika melahirkannya dan ia juga boleh menyebabkan anak yang dilahirkan mati. (Dipetik daripada Berita Harian, Ahli Sains Desak Pengklonan Manusia Diharam, September 2003). Dengan jelasnya, ajaran agama ini menentang perbuatan ini kerana agama ini mengutamakan kasih sayang dan tidak akan menggalak penganutnya untuk membunuh segala benda yang mempunyai nyawa.

7

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Dalam konsep karma, penganut Buddhisme dinasihati agar hidup secara bermoral supaya mendapat karma yang baik dengan mematuhi Panca Sila (Lima Rukun Moral). “ Jangan Membunuh” merupakan satu nilai yang terdapat dalam Panca Sila ini. Secara tidak langsungnya, terdapat penyelidikan menunjukkan pengklonan manusia mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklon serta terdapat jumlah yang tinggi janin dijangkiti penyakit dan pengguguran di kalangan janin baru lahir terhadap kajian haiwan telah menentang dengan konsep karma. Agama Kristian Menurut ajaran asas Jesus Christ yang berkaitan rapat dengan kehidupan beretika ialah Rukun 10 (Ten Commandments) yang dicatatkan dalam buku “Exodus” dalam Perjanjian Lama Kitab Injil (Old Testament). Salah satu rukun adalah jangan membunuh dan jangan berzina. Perbuatan pengklonan manusia ini yang akan mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklon serta menyebabkan bayi yang dilahirkan mati telah bertentangan dengan ajaran Krstian yang berkonsep menghargai nyawa seseorang. Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual dan homoseksual akan dijadikan „bahan permainan‟ hanya untuk memenuhi nafsu manusia dan ini adalah bertentangan dengan ajaran Kristian – Rukun 10 – tidak berzina.
8

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Selain itu, menurut agama Kristian dalam “Holy Bible, New International Version, Genesis Chapter 2, Adam and Eve” tercatat bahawa: “Tuhan mencipta manusia mengikut rupanya, dengan imej Tuhan diciptanya satu lagi dia. Tuhan telah mencipta leleki dan perempuan.” Selain itu, Tuhan berdoa dan berkata kepada ciptaannya, “Jadilah isitimewa dan tambahkan bilangan kamu untuk memenuhi bumi ini.” Oleh itu, dengan jelasnya, ayat suci ini memperkatakan hanyalah Tuhan yang mencipta manusia, bukan manusia mencipta manusia. Tuhan telah mencipta setiap manusia dengan keistimewaan masing-masing. Keistimewaan ini tidak sama antara setiap individu dengan individu lain. Sedangkan dalam pengklonan, orang yang diklonkan itu mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus itu. Agama Hindu Agama Hindu melarang penganutnya melakukan sesuatu yang tidak menghormati nyawa orang lain. Ajarannya menekankan Ahimsa, iaitu kasih sayang yang menyatakan bahawa tidak boleh melakukan kekejaman terhadap sebarang makhluk hidup, tidak mengira manusia atau binatang. Oleh itu, perbuatan pengklonan ini yang menghadapi risiko kegagalan lebih tinggi dari kejayaan mungkin akan menyebabkan lebih banyak orang atau haiwan menjadi korban semasa menjalankan teknologi klon. Hal ini adalah bertentangan dengan ajaran Hinduisme ini.

9

MPW 2153 Pengajian Moral Semester Januari 2009

Daniel Ak Anthony ( DY05N0097 )

Kesimpulan Berlandaskan ajaran kebanyakan agama, umpamanya Islam, Kristian dan Buddha, Tuhan sahaja yang boleh mencipta manusia. Manusia dilahirkan dalam dunia ini adalah kerana kekuasaan Tuhan semata-mata dan memesongkan akidah kita sebagai manusia. Mengikut ajaranajaran agama, manusia tidak mempunyai hak untuk mempunyai kuasa Tuhan. Tindakan mengklon boleh dianggap adalah sesuatu tindakan yang keterlaluan yang melanggar tradisi ajaran agama dan norma masyarakat yang diwarisi turun-temurun ini. Sehinggalah hari ini, kontroversi pengklonan manusia masih berterusan. Pertikaian ini akan tidak berhabis-habisan kerana memang sukar untuk membuat keputusan sama ada menyokong atau menentang.Setakat ini, kebanyakan negara dan agama menentang pengklonan manusia secara keras. Pengklonan manusia masih tidak boleh diterima oleh masyarakat pada hari ini. Pada pendapat saya, pengklonan patut diharamkan selama-lamanya. Saya berpandangan bahawa kemudaratan yang dibawa oleh pengklonan manusia adalah lebih serius daripada kebaikan yang ada.Saya berpendapat bahawa sistem manusia yang akan menjadi kucar-kacir adalah kemudaratan utama yang dibawa oleh pengklonan. Masalah- masalah seperti kekeliruan identiti, populasi manusia yang tidak terkawal dan campur tangan akan kuasa Tuhan akan timbul. Meskipun pengklonan dikatakan mengembangkan bidang perubatan dan mendatangkan kesan baik yang lain, tetapi haruslah manusia sederhana dan tidak keterlaluan.

10


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:11644
posted:10/6/2009
language:Malay
pages:10