Docstoc

pemakanan sihat

Document Sample
pemakanan sihat Powered By Docstoc
					TAJUK TUGASAN :

      MERANCANG    DAN   MELAKSANAKAN    MENU    PEMAKANAN
      SEIMBANG DALAM PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH.


3.1 PENGENALAN
      Makan ialah keperluan asasi manusia. Melalui makanan kita dapat memenuhi
keperluan yang dikehendaki di dalam tubuh untuk meneruskan proses kehidupan.
Makanan biasanya berkait rapat dengan pemakanan. Makanan adalah sesuatu yang secara
fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa.
Merujuk kepada Kamus Dewan,”Makanan bermaksud bahan yang boleh dimakan dalam
bentuk pepejal atau cecair.Pemakanan pula membawa maksud kajian berkaitan dengan
pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan,pemulihan dan pengawalan kesihatan.”
Pemakanan seimbang pula merujuk kepada tabiat memilih makanan yang hendak dimakan
dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.Makanan yang seimbang perlu
mengandungi nutrient seperti    karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada
kadar yang betul.Kekurangan nutrient boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.
Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan.
Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.
Makanan yang dimakan itu ditukarkan menjadi bahan pembakar dalam bentuk gula ringkas
yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa ini penting untuk membekalkan haba, pembiakan sel
dan sumber tenaga. Organ-organ di dalam badan memerlukan makanan yang sesuai untuk
menjalankan tugas masing-masing. Selagi makanan yang bermutu dan berkhasiat ini
diperoleh, semua organ dalam badan akan memainkan peranan dengan cukup berkesan.
Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk memelihara kesihatan.Memakan
makanan yang sihat akan membantu otak yang sihat.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                        Muka surat : 1
3.2    Konsep makanan dan pemakanan kanak-kanak.

   Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang. Tadika
atau prasekolah memainkan peranan yang amat penting dalam penyediaan diet yang
mengandungi nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makan yang
seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam
aktiviti seharian mereka. Tambahan pula , pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan
badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal
dan perkeembangan otak yang sihat. Lantaran itu, menu untuk kanak-kanak di tadika atau
prasekolah hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang
disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makan atau pembantu pengurusan murid (PPM).
   Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat
nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda
mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi
membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah
makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang
sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini guru akan dapat
merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak. .
       Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan
dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu
mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang
betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijirin dan lain-lain.
       Amalan pemakanan yang berkhasiat ini penting terutamanya kepada kanak-kanak
prasekolah kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan secara langsung ke atas
pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa hadapan.
Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk konsep
dan tingkahlaku pemakanan yang sihat. Walker (2001, dalam Swadener, 1994) menegaskan
pemakanan yang berkhasiat menghasilkan kesihatan fizikal yang baik dan menyumbang
kepada kesihatan mental yang baik.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                              Muka surat : 2
      Matlamat utama pendidikan pemakanan untuk kanak-kanak prasekolah adalah supaya
mereka belajar berkaitan makanan yang berkhasiat dan seimbang dengan menggalakkan
mereka mencuba makanan yang pelbagai jenis. Walaubagaimanapun Guru Prasekolah perlu
membantu memilih makanan supaya kanak-kanak lebih bijak memilih makanan pada masa
hadapan. Pendidikan ini juga haruslah berterusan semasa berada di rumah, menonton tv,
bersiar-siar dan ketika membeli-belah di pasaraya.
      Selain itu kanak-kanak ini datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan budaya.
Ada keluarga yang menekankan pemakanan yang berkhasiat, sihat dan seimbang. Manakala
ada pula keluarga yang tidak mengambil kisah sama ada anak-anak mereka makan makanan
yang berkhasiat atau tidak kerana yang penting kanak-kanak itu cukup makan dan kenyang.
Oleh kerana keadaan tersebut, maka peranan Guru Prasekolah bagi menggalakkan amalan
pemakanan yang sihat sangat penting supaya pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
tidak terjejas dan menanam tabiat makan yang baik dan semulajadi yang akan kekal sehingga
kanak-kanak itu dewasa.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                   Muka surat : 3
3.3   Pemakanan seimbang untuk kanak-kanak prasekolah

      Amalan pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti
pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta
kesihatan kanak-kanak pada masa depan – Profesor Madya Norhashimah Hashim (2004).
Peranan Guru Prasekolah bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dikalangan
kanak-kanak adalah sangat penting.          Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu mendapat
makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak berkualiti akan
menjejaskan perkembangan kanak-kanak.Nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan
mereka akan membantu perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu
intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis
makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak
seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah
kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang
seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat
pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh
badan;

      a)       Karbohidrat
      Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam
      sistem    tubuh    manusia.   Karbohidrat       menyumbangkan     kira-kira    50%    daripada
      pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada
      gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
      dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak
      terdapat dalam bijiran seperti beras,gandum dan sepertinya.


      b)       Protein
         Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
         kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula
         mengandungi     protein    kelas     kedua    dan   sedikit   protein      kelas   pertama.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                               Muka surat : 4
     c)        Lemak
      Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
      karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting
      kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang
      diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan
      355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan
      asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.


     d)           Galian
          Zat galian mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
          manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang
          diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral
          banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan
          sayuran.

     e)        Vitamin
          Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia
          membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein,
          karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel
          darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti
          karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi
          membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

     f)      Serat
          Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
          sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan
          sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum
          banyak air.
              Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien
      untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk
      aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                        Muka surat : 5
       jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup
       untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.


      Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai jenis makanan yang baik dan
berkhasiat kerana tidak ada satu jenis pun makanan yang membekalkan semua zat makanan
yang kita perlukan.   Makanan yang disediakan haruslah berasaskan “piramid makanan”
supaya makanan yang berat dan ringan dapat diseimbangkan dan berkhasiat serta bermutu
tinggi.Piramid   makanan    Malaysia    memberi    panduan     tentang   bagaimana   untuk
mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari .          Makanan yang pelbagai membantu
kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan .         Berpandukan ‘piramid makanan
Malaysia’, gabungan makanan setiap hari dapat dipilih.




                           Rajah 1 : Piramid Makanan Malaysia


PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 6
   Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang besar daripada kumpulan makanan yang
berada di bawah piramid dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian atas.
Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan
berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.


   a) Makan / guna sedikit : Terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam
   b) Makan sederhana      : Susu dan produk tenusu ( 1-2 hidangan) , Ikan,
                             ayam itik, daging dan kekacang (2-3 hidangan)
   c) Makan lebih          : Buah-buahan dan sayur-sayuran
                             ( minimum 3 – 5 hidangan)
   d) Makan banyak         : Nasi, mee, roti, bijirin lain dan produk bijirin dan
                             ubi ( 8 – 12 hidangan)




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                          Muka surat : 7
                                               Aras 1 : Bijirin dan ubi-ubian


           Kanak-kanak perlu diberi makan lebih banyak makanan dari kumpulan ini (karbohidrat)
yang membekalkan tenaga utama untuk tubuh dan otak, juga sebagai sumber serat yang larut
air.        Kumpulan ini mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.                              Contoh
makanan : nasi , mee, roti, bubur, capati dan sebagainya. Kanak-kanak memerlukan 6 hingga
8 hidangan setiap hari
Keperluan tenaga untuk sehari:
                UMUR                                  LELAKI                          PEREMPUAN
             1-3 TAHUN                                980 kcal                           910 kcal
             4-6 TAHUN                               1340 kcal                          1290 kcal
            Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2005




  Satu hidangan bijirin dan sumber                                       Bilangan hidangan sehari
                    bijirin dan ubi                                     2-3 tahun           4-6 tahun
1 keping roti ‘whole meal’
                                                                                6-8 hidangan
½ cawan nasi                                                             Nota : Bilangan hidangan sehari
½ capati                                                                  bererti jumlah hidangan untuk
1 cawan bubur                                                             semua jenis makanan dalam
1 biji kentang (sederhana besar)                                          kumpulan makanan


5 keping biskut ‘krim krakers masin’




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                                                   Muka surat : 8
                               Aras 2 : Buahan dan sayuran


      Kanak-kanak perlu diberi lebih makanan daripada kumpulan ini. Ia membekalkan
vitamin, mineral, dan serat kepada kanak-kanak untuk mengelakkan sembelit. Kanak-kanak
memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 hidangan daripada kumpulan ini setiap hari bagi
pertumbuhan yang sihat dan meningkatkan sistem imun


   Satu hidangan sayur-sayuran               Bilangan hidangan sehari
                                            2-3 tahun          4-6 tahun
½ cawan sayuran hijau yang telah               2 hidangan setiap hari
   dimasak




     Satu hidangan buah-buahan                Bilangan hidangan sehari
                                             2-3 tahun         4-6 tahun
   a) ½ biji jambu saiz sederhana atau
   b) I biji buah oren @ berwarna hijau
      (pear/epal) atau                          1 hidangan setiap hari
   c) 1 biji pisang saiz sederhana atau
   d) 1 hiris betik, tembikai atau nanas.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 9
                  Aras 3 : Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu


        Kanak-kanak harus mengambil kuantiti makanan pada aras ini dalam keadaan
sederhana.        Makanan dalam kumpulan ini menghasilkan protein, vitamin B dan mineral.
Protein daripada sumber haiwan adalah berkualiti tinggi manakala protein dari sumber
kekacang berkualiti rendah dan kurang. Protein kombinasi daripada sumber kekacang dan
haiwan adalah yang terbaik.
Keperluan protein untuk sehari adalah seperti berikut :
            UMUR                                 LELAKI       PEREMPUAN
       1 - 3 TAHUN                                  17 g         17 g
       4 – 6 TAHUN                                  23 g         23 g
       7 – 9 TAHUN                                  32 g         32 g
   *   Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2005



   Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian
serta 2 -3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.            Kanak-kanak haruslah
digalakkan untuk mengambil susu dan hasil tenusu kerana bahan ini adalah sumber kalsium
yang terbaik untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.
   Selain dari itu juga, makanan ini kaya dengan zat besi bagi mengelakkan anemia dan
keletihan. Fe simpanan untuk zat besi dalam badan akan berkurangan selepas 4 - 6 bulan
pertama..
   Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian:
   a) 1 potong sederhana ‘paha ayam’ atau
   b) 1 ekor ikan kembung sederhana atau
   c) 2 ketul daging saiz kotak mancis atau
   d) 5 sudu penuh ikan bilis tanpa kepala atau

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                        Muka surat : 10
   e) 1 biji telur saiz sederhana atau
   f) 1 keping tempe atau
   g) 1 keping tauhu atau
   h) 2 sudu makan mentega kacang atau
   i) ½ cawan ubi-ubian/ kacang yang telah dikeringkan atau
   j) 4 ekor udang saiz kecil
* 2 hidangan setiap hari ( umur 2 – 6 tahun)
   Satu hidangan hasil tenusu :
   k) 1 gelas susu
   l) 1 cawan dadih
   m) 1 keping keju




                Aras 4 : Lemak, minyak dan kumpulan gula
   2-3 hidangan setiap hari ( umur 2 – 6 tahun)


   Lemak penting tetapi pengambilan berlebihan perlu dielakkan. Lemak diperlukan untuk
simpanan tenaga dan pengangkutan vitamin larut lemak. Omega 3 dan 6 penting untuk
perkembangan otak, saraf dan mata. Pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini
haruslah dikurangkan dan dalam kuantiti sederhana.
      Kanak-kanak juga haruslah digalakkan mengurangkan pengambilan gula dan garam.
Ini kerana makanan manis tinggi kandungan tenaga tetapi kurang zat pemakanan.
Pengambilan tenaga berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak.             Sumber yang
mengandungi gula yang berlebihan ialah gula-gula, minuman bergas/kotak dan makanan dan
minuman yang manis.



PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                    Muka surat : 11
       Pengambilan garam berlebihan pula akan meningkatkan tekanan darah.
Sumber yang mengandungi garam berlebihan adalah seperti jeruk, keropok dan makanan
ringan.Kanak-kanak boleh diberikan makan snek yang sihat tetapi snek tidak boleh
menggantikan waktu makan utama. Snek yang sihat boleh diambil antara waktu makan utama
sebagai mengalas perut. Antara contoh snek yang sihat ialah sandwich, biskut mill penuh,
buah dan pau kacang


Amalan makanan sihat
       Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk memelihara kesihatan.
Memakan makanan yang sihat akan membantu otak yang sihat. Dengan memakan pelbagai
diperoleh. Pengambilan makanan perlu seimbang, iaitu makanan pada aras bawah jenis
makanan daripada lima kumpulan makanan , semua zat yang diperlukan badan dapat piramid
perlu dimakan sedikit setiap hari.

Makan Lebih Sayur-sayuran dan Buah-buahan

       Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimakan setiap hari kerana makanan ini kurang
mengandungi lemak dan dapat membekalkan vitamin , zat-zat dan serat yang sangat penting
untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik. Pelbagai jenis sayur-
sayuran seperti sayur berdaun hijau , berubi , dan berbuah boleh dimakan segar ataupun
dimasak tidak terlalu lama supaya zat dapat dikekalkan. Buah-buahan pula dapat dimakan
segar sebagai pencuci mulut ataupun diminum perahan atau jus tanpa gula. Buah-buahan
tempatan seperti pisang , tembikai , dan betik banyak mengandungi zat yang diperlukan oleh
tubuh badan.


Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kurang Manis


       Terlalu banyak lemak dapat meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin
ahmar, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain. Namun begitu, lemak adalah sumber
tenaga yang baik dan perlu bagi pencernaan vitamin larut lemak. Selain itu, lemak memberi
rasa dan kualiti tekstur yang menjadikan makanan berperisa. Antaranya ialah soya,
kekacang, ikan, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang digoreng


PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                       Muka surat : 12
dengan minyak yang banyak seperti ayam dan kentang goreng atau makanan segera perlu
dikurangkan.
      Pemilihan makanan yang direbus, dibakar atau dipanggang, dan kukus tanpa
menggunakan minyak amatlah digalakkan. Pemilihan makanan segera dan makanan yang
diproses perlu dikurangkan kerana makanan sedemikian mengandungi banyak gula dan
garam. Amalan pemakanan yang sihat adalah dengan memilih makanan daripada bahan
semulajadi atau pun disediakan segar dan bersih .       Penggunaan gula dan garam dalam
masakan perlulah secara berhemah dan sederhana. Penggunaan bahan perisa pula tidak
digalakkan. Contoh snek yang mudah dan berkhasiat serta sihat adalah seperti buahan segar,
bertih jagung tanpa gula, sandwich dan ubi rebus .




Minum banyak air kosong




               Air kosong


      Minumlah 6- 8 gelas air kosong sehari kerana air sangat penting kepada tubuh badan
manusia.    Ini adalah kerana air dapat mengekalkan suhu dan mengeluarkan bahan
sisa/perkumuhan badan. Setiap hari badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2 ½
liter air. Satu liter diperolehi daripada makanan kita dan 1 ½ liter lagi daripada meminum air
kosong.
      Air perlu diminum secukupnya bagi menggantikan cecair yang hilang akibat daripada
penglibatan yang aktif dalam aktiviti harian atau fizikal dan dalam keadaan cuaca yang panas.
Kita digalakkan supaya minum sebelum terasa dahaga. Minumlah air kosong supaya lebih
sihat kerana minum air bergas atau berkarbonat dan minuman bergula mempunyai bahan
pengawet, campuran gula yang berlebihan dan kalori yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                        Muka surat : 13
3.4     Kepentingan konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan
        awal kanak-kanak.

Persidangan Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969 ) telah
menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang antara lain :
    Pemakanan merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-
        kanak    untuk hidup, membesar sihat dan cergas serta mempunya tenaga yang
        secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan.
    Setiap kelas makanan mempunyai fungsi tertentu bagi tumbesan,perkembangan dan
        metabolisma tubuh badan.
    Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan.
    Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan,ekonomi dan psikologi
        kehidupan masyarakat setempat.
    Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeza dari segi kuantiti.
    Pengendali makanan penting dalam menentukan keselamatan,rasa,kos dan hidangan
        (John Brewer, 1995)
   Melalui pendidikan tentang konsep makan dan pemakanan kanak-kanak ini,ia boleh
membuka minda guru dan PPM prasekolah akan kepentingan nutrisi makanan kepada kanak-
kanak sebagai penyumbang kepada perkara-perkara berikut:
   a. Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
   b. Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat.
   c. Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif.
   d. Memelihara adab sopan dan peraturan makan.
   e. Berpeluang memperoleh bimbangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin
        dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat.
   f.   Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.
   g. Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 14
3.5    Menggalakkan kanak-kanak untuk makan

       Ibu bapa atau penjaga malah Guru disekolah perlu memantau kanak-kanak semasa
waktu makan walau pun ketika mereka berselera dan berminat untuk makan. Terdapat banyak
cara yang boleh dilakukan untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk makan. Di
antaranya ialah duduk bersama dengan mereka semasa mereka makan. Berikan galakkan,
bantuan serta perhatian semasa kanak-kanak menghadapi hidangan dan bercerita tentang
khasiat makanan yang sedang dimakan kanak-kanak ketika itu.


       Kanak-kanak perlu diberi masa untuk menikmati hidangan. Jangan terburu-buru atau
mendesak mereka makan dengan cepat.         Berikan sedikit ruang untuk mereka bermain
semasa makan. Kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk makan jika diberi pujian kerana
makan dengan baik dan tertib. Makanan diberi dalam bekas berasingan agar mendapat jumlah
makanan secukupnya. Kanak-kanak juga boleh diberikan jenis makanan yang boleh dipegang
atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi jumlah makanan yang cukup
perlu dipastikan.


       Jika seseorang kanak-kanak memilih makanan kegemarannya, makanan lain
seharusnya dicampur bersama makanan kegemarannya. Contoh : mihun goreng yang
digemari bolehlah dicampur dengan sayur yang dipotong lebih kecil supaya kanak-kanak tidak
boleh mengasingkan bahan tersebut dan akhirnya dimakan bersama. Sebaiknya makanan
diberikan terus kepada kanak-kanak semasa mereka lapar kerana kemungkinan selera makan
akan hilang kerana terpaksa menunggu terlalu lama.     Yang penting, jangan beri mereka
makan semasa mereka mengantuk bagi mengelakkan kecederaan.


       Kanak-kanak jangan dipaksa makan kerana boleh meningkatkan tekanan dan
mengurangkan selera makan.      Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
Minum dengan banyak seharusnya dielakkan sebelum atau semasa kanak-kanak makan
kerana boleh mengganggu selera makannya. Menyanyi, berbual atau bermain sedikit boleh
meningkatkan selera kanak-kanak untuk makan lebih banyak.
Kreativiti menghias semasa menghidangkan makanan juga penting dalam merangsang selera
kanak-kanak kerana mereka sememangnya tertarik dengan hiasan yang cantik dan menarik.

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                    Muka surat : 15
Contoh terdekat ialah hiasan ising pada atas kek. Selain makan dirumah, ibu bapa juga Guru
prasekolah boleh membawa kanak-kanak untuk makan diluar. Contohnya dikantin atau taman
permainan serta ditepi pantai (berkelah). Kanak-kanak juga diberi snek yang berkhasiat dan
digemari contohnya : susu, buah atau sandwich. Elakkan memberi snek kepada kanak-kanak
terlalu dekat dengan waktu makan utamanya untuk mengelakkan dia hilang selera makan.
( Rujuk Lampiran B untuk ilustrasi gambar penyediaan makan untuk murid-murid
prasekolah saya/ CD di sediakan juga)
      Penting bagi seorang Guru ialah mempelbagaikan jenis makanan yang segar dari
semua kumpulan makanan tanpa lebihan lemak, kolesterol, gula dan garam. Diet sihat adalah
penting   bagi membekalkan nutrien dan kalori yang penting.       Makanan yang sihat juga
mengandungi serat yang tinggi. Kepentingan serat adalah untuk :


          a) Melawaskan pembuangan air besar
          b) Mengelakkan sembelit dan penyakit usus (buasir)
          c) Mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser


3.6   Menu yang baik

   Berdasarkan pengumpulan maklumat tentang pemilihan makanan dan menu yang
seimbang,saya mendapat kesimpulan bahawa menu yang baik adalah seperti berikut:

   a) pemilihan daripada pelbagai jenis makanan
   b) Jumlah makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan badan
   c) Makanan yang dijarakkan dengan baik sepanjang hari
   d) Makanan yang mampu diperolehi
   e) Cara masak yang berbeza dan sedap
   f) Dihidang dengan cara yang menarik dan lazat


      Selain itu,dalam pemilihan menu untuk kanak-kanak Prasekolah,ia bukan hanya
sekadar untuk sedap dimakan dan dilihat, tetapi juga mementingkan kesepaduan zat-zat
makanan tersebut.Contohnya,sayur-sayuran dan buah-buahan adalah bahagian yang paling
penting dalam makanan seimbang. Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat-zat

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 16
makanan seperti karbohidrat (tenaga). Serat seperti vitamin A,C dan E dan juga mineral
terutamanya kalsium.      Sayur-sayuran dan buahan juga tidak mengandungi kolesterol dan
sangat rendah kandungan lemak, natrium dan kalori. Disamping itu, ia dapat menjadi snek
yang senang disediakan.         Menghilangkan dahaga dan rasa lapar, merangsang dan
melawaskan sistem penghadaman, membantu melawas dan mencegah sembelit dan
mengurangkan risiko penyakit sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser.
   Guru juga perlu selalu mengingatkan kanak-kanak mengamalkan makanan yang sihat
kerana tabiat pemakanan yang buruk boleh mengakibatkan :
a) keadaan yang memudaratkan iaitu kegemukan (obesiti)
b) Menghadapi beberapa risiko penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, tekanan darah
      tinggi, kerosakan gigi dan beberapa jenis kanser


3.7     Makanan yang harus dielakkan di kalangan kanak-kanak.

       a..Makanan ringan disebabkan oleh pewarna tiruan, perasa atau gula berlebihan yang
             boleh merosakkan kesihatan.
       b. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh
             menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa.
       c. Makanan dalam tin.
       d. Buah-buahan jeruk.
      Perlu dingatkan bahawa beberapa jenis makanan walaupun dalam kelas makanan
       tertentu dan memberi tenaga kepada kanak-kanak tidak boleh dimakan pada kadar yang
       tidak berlebihan, contohnya;
       a.Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan
        penyakit-penyakit lain apabila dewasa.
       b.Makanan yang berlemak dan berminyak.
         
                  Perkara pokok yang ditekankan semasa membuat persediaan makanan untuk
             kanak-kanak ialah kegemaran mereka. Sia-sia saja kita menyediakan makanan
             yang mahal-mahal jika kanak-kanak tidak memakannya. Oleh itu menu hendaklah
             dirancang                                                            mengikut
             kegemaran mereka, tetapi mesti mengambil kira keperluan makan makanan yang

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 17
           seimbang. Untuk memastikan makanan sentiasa segar dan khasiatnya tidak hilang,
           cara pengendalian yang betul sebelum dimasak penting diamalkan. Semasa
           membuat persediaan makanan, kita hendaklah utamakan kebersihan pada setiap
           masa.
        Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
        Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran
           untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
        Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan
           mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat


3.8   Cara penyediaan makanan kanak-kanak

      a.     Setiap makanan yang dihidangkan untuk kanak-kanak hendaklah bersih dan
             berkualiti. Segala bahan mentah yang dibeli hendaklah segar. Bahan-bahan
             seperti timun dan lobak merah yang hendak dimakan mentah harus dibasuh
             dengan air garam dahulu sebelum dimakan. Amalan ini membantu kita
             menghapuskan bakteria yang terdapat pada sayuran itu. Kalau dimasak pastikan
             makanan tidak dimasak terlalu lama sehingga termusnah segala khasiat yang
             ada.
      b.     Alat-alat yang digunakan untuk memasak dan untuk menghidangkan makanan
             juga perlu bersih. Alat-alat yang tidak mudah berkarat amat sesuai. Pastikan
             kesemua alat ini dibersihkan dan lebih baik sekiranya kesemua alat ini dijemur di
             bawah panas matahari sebelum disimpan. Bakteria akan terhapus dibawah
             panas yang terik ini.
      c.     Bahan mentah yang dibeli hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan
             bekas yang bertutup rapat atau bahan bungkusan, seperti; ‘Cling film’ supaya
             makanan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mencegah
             merebaknya pembiakan bakteria yang boleh membawa penyakit.


      (Rujuk lampiran A:Gambar Penyediaan makanan di prasekolah)




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                       Muka surat : 18
3.9      Keracunan makanan.

         Keracunan makanan membawa maksud makanan yang telah tercemar oleh bahan
kimia seperti raksa dan plumbum, mikroorganisma @ toksin ataupun racun. mikroorganisma
@ toksin, ataupun racun. Keracunan makanan mengakibatkan cirit-birit dan muntah-muntah .
         Banyak faktor yang boleh menyebabkan keracunan boleh terjadi,antaranya ialah
kandungan racun lading yang berlebihan, penyediaan makanan yang kurang bersih,makanan
yang terdedah kepada pencemaran, makanan yang melebihi tamat tempoh, makanan yang
tinggi kandungan bahan kimia dan sebagainya.Makanan laut juga berpotensi untuk
mengakibatkan keracunan makanan jika air laut itu telah tercemar dengan bahan kimia yang
lain.
         Pengambilan makanan yang tidak sihat akan mengakibatkan obeseti @ kegemukan,
penyakit diabetes, kerosakan pada pembuluh-pembuluh darah dan ginjal sehingga
menyebabkan pengidapnya menghadapi masalah kekurangan insulin dalam badan.Kanser
usu juga dikaitakan dengan corak pemakanan.
         Kanak-kanak yang kurus selalunya disebabkan tidak mengambil makanan yang cukup
untuk menampung keperluan tubuh badan dalam menjalani kehidupan hairan.Pengambilan
gizi makanan yang tidak seimbang juga akan menyebabkan penyakit beri-beri,kwasyiorkor dan
riket.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                    Muka surat : 19
3.10 Menu pemakanan seimbang
       Setelah meneliti dan mendapat bahan serta rujukan tentang makanan dan
pemakanan murid prasekolah saya telah mengatur menu makan untuk murid
prasekolah bagi tempoh seminggu iaitu bagi minggu pertama dan minggu ke
dua.
                                MENU SARAPAN PAGI

       HARI                      MAKANAN                MINUMAN

       ISNIN                     Biskut                 Milo

       SELASA                    Roti                   Susu

       RABU                      Koko Crunch            Milo

       KHAMIS                    Kuih-muih              Milo

       JUMAAT                    Roti                   Horlick




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                             Muka surat : 20
                          MENU MAKAN PAGI (MINGGU A)

                                                        PENCUCI
      HARI                 MAKANAN        MINUMAN       MULUT

      ISNIN          BIHUN GORENG         RIBENA        LIMAU

      SELASA           NASI LEMAK       AIR MASAK       TEMBIKAI

      RABU                 LAKSA          OREN          PEAR

      KHAMIS          NASI TOMATO       AIR MASAK       LIMAU

      JUMAAT          MEE GORENG          OREN          EPAL



                          MENU MAKAN PAGI (MINGGU B)

                                                        PENCUCI
      HARI                 MAKANAN        MINUMAN       MULUT

      ISNIN             KUETEOW          RIBENA        PISANG
                        GORENG
      SELASA          NASI DAGING       AIR MASAK       BETIK

      RABU              BIHUN SUP         OREN          LIMAU

      KHAMIS          NASI KUNING       AIR MASAK      TEMBIKAI
                     AYAM BERKICAP
      JUMAAT           MEE REBUS         RIBENA          PEAR




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                  Muka surat : 21
3.10.1       Menu Pilihan
          a) Nasi kuning + ayam masak kicap
          b) Air masak
          c) Buah tembikai




                   LEMAK & GULA
                   Gula, garam dan
                      margerin



                      DAGING
                       ayam


  SAYURAN DAN
      BUAHAN
  Ubi kentang,lobak
   merah,tembikai



         BIJIRIN
          Nasi




RAJAH 2 : Kandungan makanan dalam peneyediaan menu pilihan prasekolah mengikut
                       garis panduan Piramid Makanan.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                           Muka surat : 22
JADUAL 1 : Jadual agihan kuantiti mengikut menu yang disediakan.

BAHAN                                             KUANTITI
BAHAN A (untuk Nasi )
Beras                                             25 pot
Sedikit garam                                     Secukup rasa
Margerin                                          3 sudu kecil
Daun pandan                                       3 helai
Serbuk kunyit sebagai pewarna                     2¼ sudu kecil


BAHAN B (untuk hidangan/lauk)                     3
Ayam                                               ekor
Kicap                                             Secukupnya
Madu                                              Secukupnya
Minyak untuk menumis                              2 cawan
Ubi kentang                                       25 biji
Lobak merah                                       10 batang
Bawang putih                                      5 labu
Bawang merah                                      10 labu besar
Halia                                             6 inci
Sos tiram                                         secukupnya
Cili merah                                        4   biji
Daun sup dan daun bawang                          anggaran RM 2.00
Garam dan gula                                    secukupnya
BAHAN C (untuk minuman)                           I gelas untuk satu hidangan murid
Air kosong
BAHAN D (Pencuci mulut)
Buah tembikai                                     1 biji (saiz besar)
JUMLAH HIDANGAN :
Untuk makanan 75 orang kanak-kanak Prasekolah     RM 1.80 x 75 = RM 135.00




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                   Muka surat : 23
Cara-cara Penyediaan Nasi Ayam


  1. Ayam dibasuh bersih dan dikukus (jangan dipotong)


a) Nasi ayam


  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan
  2. Panaskan 3 sudu marjerin. Tumiskan sebiji bawang besar yang ditumbuk bersama 2
     ulas bawang putih.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras dan air kukusan ayam tadi secukupnya.
  4. Masukkan garam dan serbuk kunyit serta daun pandan yang telah diikat.
  5. Tanak beras/nasi hingga masak


b) Ayam


  1. Ayam yang telah dikukus tadi dipotong empat
  2. Gaulkan ayam yang dipotong bersama 2 biji bawang putih, halia bersama seulas
     bawang besar yang ditumbuk
  3. Madu dan kicap juga digaul bersama
  4. Biarkan seketika sebelum digoreng
  5. Goreng ayam hingga masak dan dipotong ukuran sederhana


c) Sup


  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan sebiji bawang besar bersama 3 biji bawang putih
     dan halia yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan lebihan air kukusan ayam bersama bahagian ayam seperti kepak, kaki, dan
     leher ( bahagian yang kurang isi )
  3. Masukkan rempah sup
                                             -18-
  4. Renehkan hingga mendidih
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dihiris

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                   Muka surat : 24
d) Sos


1. Masukkan cili merah yang dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk kecil
2. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukupnya
4. Masak hingga mendidih dan agak pekat




e) Air oren


  1. Masukkan gula secukupnya
  2. Tuangkan sesenduk pati oren sunquick
  3. Masukkan sedikit air panas. Kacau hingga gula larut
  4. Masukkan air kosong secukupnya bersama ais
  5. Tuangkan dalam gelas semasa menghidang


f) Buah epal


  1. Buah epal dikupas kulitnya dan dipotong dua
  2. Basuh bersih dan digaul bersama sedikit garam
  3. Hidangkan selepas makan nasi ayam




Cara menghidang


  1. Sukat nasi dengan mangkuk kecil dan tangkupkan di dalam pinggan
                                               -19-
  2. Letakkan ayam (lauk) ditepi nasi bersama hirisan timun dan daun salad
  3. Tuangkan sedikit sos cili yang dimasak ke atas ayam
  4. Sup dihidang berasingan dan dimasukkan ke dalam mangkuk
  5. Hidang nasi bersama sup di atas meja

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                    Muka surat : 25
   6. Letakkan air oren di hadapan pinggan nasi
   7. Sedia untuk dimakan


   ** Hidangkan sepotong/sebelah buah epal yang telah siap dikupas dan makan selepas
selesai makan nasi ayam.




   Keperluan dan Kepentingan Bahan yang digunakan


   a) Nasi


   Nasi berada dibahagian aras pertama dan terpenting dalam piramid makanan Malaysia.
Nasi terdiri daripada kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang
merupakan sumber tenaga utama. Makanan ini membekalkan vitamin , mineral, serat dan
sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling
banyak. Ianya merupakan sumber yang kaya dengan tenaga yang penting. Penyediaan
makanan mengikut bekalan nutrien yang cukup dengan keperluan pertumbuhan pada
peringkat remaja. Ini adalah kerana, apabila kanak-kanak berubah dewasa mereka akan
memerlukan lebih banyak tenaga fizikal dan mental untuk melakukan kerja-kerja harian
mereka


   b) Timun, salad dan buah epal


   Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di aras 2 Piramid Makanan Malaysia. Makanan
ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-
                                              -20-
buahan dan sayuran dengan banyak dan pelbagaikan pilihan bagi setiap hidangan.Bahagian
makanan ini juga merupakan bahagian yang paling kurang lemak dan tidak mempunyai
kolesterol dan bahan bioaktif.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                       Muka surat : 26
       Setiap sayuran mempunyai nutriennya tersendiri dan berbeza jumlah dan jenis nutrien
yang dibekalkannya. Vitamin dan mineral dalam sayuran membantu perkembangan, membina
sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan
secara keseluruhannya. Jika anak-anak kita kekurangan bahan semulajadi ini, mereka
mungkin lebih mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit. Serat diet yang
terdapat dalam sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah
berlakunya sembelit. Karotenoid pula adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi
anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik.


   c) Ayam
   Ayam terletak pada aras 3 dalam Piramid Makanan yang disarankan. Makanan ini kaya
dengan protin, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging yang rendah lemak
dan buang semua lemak yang kelihatan terutama kulit ayam. Sesekali tukarkan penggunaan
ayam dengan kekacangkerana ia rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang
yang terbaik ialah kacang soya yang dibuat tempe dan tauhu dan airnya yang sedap diminum
dan berkhasiat.


   d) Gula, garam, dan minyak


   Penggunaan marjerin menggantikan minyak berada pada aras ke 4 dalam Piramid
makanan yang disarankan. Bahan ini perlu dikawal penggunaannya bagi mengelakkan
kemudaratan dan mendatangkan penyakit ( seperti yang telah dibincangkan/dicatatkan
sebelum ini di atas).


   Contoh-contoh Menu seperti yang disarankan oleh Pn. Meriam Bidin, Pegawai Diabetik
U48, Hospital Sultan Abdul Halim.


1 – 3 Tahun
 MASA MAKAN                         HIDANGAN                 SAIZ HIDANGAN
Sarapan pagi            Roti @                              1 keping
                        Bijirin sarapan pagi@               ½ cawan


PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 27
                   Mee/bihun/keowteow/nasi@   ½ cawan
                   susu + serbuk koko         1 cawan
Minum pagi         Serbuk coklat + susu       1 cawan
(kudapan)          Kuih                       1 biji
Makan tengahari    Nasi                       ½ cawan
                   ikan/ayam/daging           ½ ketul
                   Sayur                      ½ cawan
                   Buah                       1 potong/1 biji
Minum petang       Kuih                       1 biji
                   Bubur                      ½ cawan
                   Teh susu                   1 cawan
Makan malam        Mee/bihun/koew teow        ½ cawan
                   Buah                       1 potong/1 biji
Minum malam        Serbuk coklat + susu       1cawan
                   Biskut                     2 keping


Umur 4 - 6 tahun
MASA MAKAN         HIDANGAN                   SAIZ HIDANGAN
Sarapan pagi       Roti @                     2 keping
                   Bijirin sarapan pagi@      ¾ cawan
                   Mee/bihun/keowteow/nasi@   ¾ cawan
                   susu + serbuk koko         1 cawan


Minum pagi         Serbuk coklat + susu       1 cawan
(kudapan)          Kuih                       1 biji
Makan tengahari    Nasi                       1 cawan
                   ikan/ayam/daging           1 ketul
                   Sayur                      ¾ cawan
                   Buah                       1 potong/1 biji
Minum petang       Kuih                       1 biji
                   Bubur                      1 cawan


PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                           Muka surat : 28
                     Teh susu                                1 cawan
Makan malam          Mee/bihun/koew teow                     1 cawan
                     Buah                                    1 potong/1 biji
Minum malam          Serbuk coklat + susu                    1cawan
                     Biskut                                  3 – 4 keping




             “Makan sihat, badan sihat, otak sihat”
      Kepentingan Makanan Seimbang


1. Memastikan kadar metabolisme yg seimbang
- kanak-kanak terutamanya amat memerlukan mkn yg seimbang bg memastikan mereka
cukup zat & mineral utk metabolisme yg seimbang. Kanak2 wajar diberikan hidangan yg
menepati 7 kelas mkn agar mereka tidak mengalami kekurangan nutrsi. Makanan seimbang
dpt menjamin pertumbuhan kanak2 yg sihat. Mereka tidak akan terlalu gemuk@kurus




2. Mengekalkan kesihatan bdn agar sentiasa cergas & bertenaga
- mkn seimbang akan dpt memberikan tng dan haba yg cukup kpd bdn seseorang. Seseorang
itu akan kelihatan ceria & cergas utk menjalani tugasan harian. Pengaliran darah yg lancer
akan memastikan oksigen dpt dialirkan ke seluruh tuuh dgn baik. Tng yg cukp perlu utk
kehidupan yg aktif




3. mengelakkan jankitan penyakit
- pengambilan mkn yg seimbang juga mampu membina kekuatan terhdp jangkitan & serangan
penyakit. Antibodi yg dihasilkan mampu melawan penyakit. Keadaan bdn yg cukup vitamn,
garam mineral, kalsium, dan sbgnya akan melindungi drpd penyakit spt skurvi, selesema, dan

PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                          Muka surat : 29
rabun malam




4. memblhkan pembinaan tisu-tisu baru
- mkn seimbang yg digambarkan oleh pyramid mkn memblhkan pembinaan tisu2 baru bg
menggantikan tisu2 bdn yg lama @ rosak. Hal ini memungkinkan luka akan cepat sembuh dan
pembinaan tisu baru yg normal




5. melambatkan proses penuaan
- glg dewasa wajar mengambil mkn seimbang bg memastikan tubuh bdn sentiasa m’dpt
vitamin yg cukup & mengekalkan btk bdn yg cantik & kulit yg sihat




6. menjamin minda & otak yg cerdas
- mkn seimbang mampu merangsang otak agar sentiasa cerdas. Pertumbuhan otak kanak2
dan bayi amat penting utk melahirkan individu yg pintar dan bijak. Pembinaan molekul genetic
@ DNA yg sihat akan menjamin pertumbuhan saraf2 otak yg baik
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Sel




   Jadi sebagai Guru prihatinlah dengan penyediaan pemakanan kepada kanak-kanak
prasekolah. Ikutlah piramid makanan yang dianjurkan dan jagalah kebersihan semasa
menyedia, menyimpan dan menghidangkan makanan.




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)                                      Muka surat : 30
                                        -23-




PPG /PRA-B/013/06/11 (730308-08-6416)          Muka surat : 31

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:113
posted:8/8/2012
language:Unknown
pages:31