; notacpr-110428083423-phpapp02
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

notacpr-110428083423-phpapp02

VIEWS: 19 PAGES: 22

  • pg 1
									             CARDIO PULMONARY RESUSCITATION


PENDAHULUAN

CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untuk
mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya
bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR
mempunyai 2 matlamat iaitu:-

a).    Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
b)     Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.




CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang
anda lakukan adalah sesuatu yang mudah:-

a)    Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak masuk
      udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah

b)    Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan

Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orang
dewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan jantung itu. 75% selalunya
berlaku di rumah. Mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia awal 60an dan
wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding wanita.


Dalam setiap 10 mangsa yang mengalami masalah jantung terhenti yang dimasukkan ke
hospital, hanya tiga berjaya diselamatkan. Mengapa?

                                             1                        Email : kamafiq@yahoo.com
KITAR MANDIRI


Kitar Mandiri adalah rangkaian / rantai dalam tindakan menyelamat yang berkait antara
penyelamat apabila memberi bantuan mangsa. Terdapat 4 rangkaian / rantai dalam Kitar Mandiri.




          Tindakan Awal         CPR Awal        Defibrilasi Awal        ACLS Awal




Tindakan Awal

Hubungi EMS ( Emmergency Medical Service ) dan beritahu :-

a)    Nombor telefon panggilan dibuat.
b)    Tempat Kejadian.
c)    Jenis Kemalangan.
d)    Kecederaan yang dialami.
e)    Jumlah perlu bantuan

CPR Awal

a)    Bila dan bagaimana bantuan pernafsan diberi.
b)    Bila dan bagaimana tekanan dada dilakukan.

Defibrilasi Awal

Menggunakan alat elektrik defibrillator untuk menghidupkan jantung yang terhenti dari berfungsi.

ACLS Awal / Tindakan Lanjutan Awal

Merupakan rawatan yang dilakukan oleh pihak doktor, paramedik, jururawat terlatih atau
sebagainya.




                                               2                         Email : kamafiq@yahoo.com
SISTEM PERNAFASAN

Pernafasan merupakan sistem biologi      yang penting kepada semua organisma     yang
membabitkan pertukaran gas untuk meneruskan kehidupan. Bagi manusia tubuh badannya
memerlukan 4.5 % Oksigen daripada 21% oksigen yang berada di udara kasar. Udara kasar
mengandungi Oksigen, Nitrogen, Karbon Dioksida dan Gas Nadir.

Sistem pernafasan manusia mengandungi
a)   Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau
     berfungsi.

b)   Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu.

c)   Larinks, atau peti suara

d)   Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchi

e)   Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.

f)   Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveoli

g)   Diafragma




Alveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh
pergerakan sangkar kerangka (rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untuk
menarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.




                                              3                     Email : kamafiq@yahoo.com
SISTEM PEREDARAN DARAH

Sistem Peredaran Darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini
mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel
di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

Peredaran Pulmonari

Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-
paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari

Peredaran Sistemik

Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan
dan balik ke jantung. Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung, Saluran darah dan
Darah

a)      Jantung:

       i)      Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang
               sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari
               kanan ke kiri.




                                             4                        Email : kamafiq@yahoo.com
     ii)    Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia
            dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.

     iii)   Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu Pericardium (luar),
            Myocardium (tengah), Endocardium (dalam).

     iv)    Jantung mempunyai 4 ruang iaitu 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium dan 2
            ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

     v)     Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di
            dalam jantung

     v)     Aliran darah di dalam jantung

            Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
            Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap
            tricuspid. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam
            arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon
            dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari
            ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral
            (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap
            aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. Jantung berdenyut 60 – 80
            kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut
            keadaan, seperti bersenam.


b)   Salur Darah

     Salur darah terdiri daripada 3 jenis salur darah yang utama iaitu Arteri ,      Vena dan
     Kapilari

     i)     Arteri
            Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-
            bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh
            tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri
            bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah
            beroksigen kecuali arteri pulmonari. Antara arteri utama ialah Temporal, Carotid,
            Bracial, Radial dan Femoral.




                                            5                          Email : kamafiq@yahoo.com
ii)    Vena
       Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian
       lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar
       jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada
       tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran
       yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena
       dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam
       satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah
       mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan
       venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.




iii)   Kapilari darah
                                      6                         Email : kamafiq@yahoo.com
             Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah
             menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu
             sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-
             bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.




c)   Darah

     Darah terdiri daripada Pepejal (sel darah ) 40% dan Cecair (plasma) 60%. Tubuh
     manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada
     plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet).

     i)      Plasma
             Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut
             dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan larut
             yang terkandung dalam plasma ialah Garam-garam, Bahan-bahan makanan iaitu
             glukosa, asid amino, Protin darah, fibrinogen, globulin, albumin dan bahan-bahan
             kumuh terutama urea serta Hormon.

     ii)     Sel Darah Merah (Eritrosit)
             Berbentuk ceper dwicekung. Tidak mempunyai nucleus. Mengandungi pigmen
             hemoglobin yang memberikan warna merahnya. Saiz dan bentuknya
             menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini
             menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan
             plasma. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati
             dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.


     iii)    Sel Darah Putih (Leukosit)
             Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata. Tiap-tiap leukosit
             mempunyai nucleus. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan
             kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam. Terdapat pelbagai jenis sel
             darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia memainkan peranan
             yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.




     iv)     Sel Pembeku Darah (Platelet)
                                            7                        Email : kamafiq@yahoo.com
               Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan
               serpihan- serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai
               nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup
               selama lebih kurang 10 hari.


       Fungsi Darah

       Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. Melawan
       jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-
       enzim. Memberi warna kepada kulit Mengawal suhu badan.



PENYAKIT KORONARI


Penyakit Koronari berpunca daripada pengumpulan dan pemendapan lemak dan lain-lain bahan
yang menebal dan mengasarkan dinding arteri dalam dinding salur darah. Proses ini dipanggil
ARTEROSKLEROSIS yang menyebabkan saluran darah utama menjadi sempit dan
menyebabkan pembekuan darah. Antara-antara tanda-tanda penyakit Koronari ialah sakit dada
(Argena Pektoris), Serangan Jantung dan kematian mengejut Kardiak




                                             8                        Email : kamafiq@yahoo.com
KEMATIAN MENGEJUT


Terdapat beberapa sebab kematian mengejut berlaku antaranya ialah jantung terhenti, renjatan
elektrik, lemas, termakan ubat, kesesakan reaksi alergi, trauma (pendarahan) dan strok.




Serangan Jantung

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit
jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia
(Ischaemic Heart Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan
kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian
yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit
kardiovascular. Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai
penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah
kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan
kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan
jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung
iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.

Penyakit jantung iskemia kini menjadi ancaman utama terhadap kesihatan masyarakat di seluruh
dunia. Kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan tertinggi di Finland, Scotland
dan Ireland Utara. Dianggarkan bahawa seorang dari lima orang lelaki akan mengidap penyakit
jantung iskemia pada umur di antara 60 - 65 tahun. Di Malaysia, kematian disebabkan oleh
penyakit ini adalah sebanyak 35 % daripada jumlah keseluruhan kematian yang disebabkan oleh
penyakit kardiovaskular dari tahun 1975 - 1989. Kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh
penyakit jantung iskemia telah meningkat kepada 34,358 kes pada tahun 1997 berbanding
dengan 14,754 kes pada tahun 1985.


a)      Angina Pektoris
                                               9                         Email : kamafiq@yahoo.com
       Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung
       iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang
       disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di
       bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila
       pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana
       pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun,
       kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit
       memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

b)     Infarksi miokardia

       Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak
       dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-
       tanda infarksi miokardia adalah :-

       i)      Sakit dada:
               Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian
               lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau
               merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan
               ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.

       ii)     Sukar bernafas

       iii)    Pening kepala

       iv)     Muntah berterusan


Kematian mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina pektoris atau infarksi miokardia
tidak dikawal


c)     Faktor risiko serangan jantung

.      Terdapat 3 faktor risiko serangan jantung iaitu tidak boleh diubah, boleh di ubah dan
       faktor lain yang mempengaruhi.

       i)      Faktor tidak boleh diubah :-
               - Keturunan.
               - Jantina.
               - Umur.

       ii)     Faktor boleh dibah :-
               - Merokok
               - Tekanan darah tinggi.
               - Aras kolesterol tinggi.
               - Kurang aktiviti fizikal.

       iii)    Faktor lain mempengaruhi :-
               - Kencing manis.
               - Berat badan berlebihan.
               - Tekanan jiwa




                                              10                      Email : kamafiq@yahoo.com
Strok

Infak (infarct) ialah bahagian otak yang telah "mati" disebabkan oleh kekurangan oksigen. Tisu
otak boleh musnah atau mati disebabkan oleh dua perkara :

a)      Strok iskemik (ischaemic stroke) berlaku apabila terdapatnya sekatan atau pun
        pengurangan aliran darah dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak. Ini
        adalah punca yang sering berlaku yang menyebabkan infak.

b)      Strok hemoragik (hemorrhagic stroke) pula merujuk kepada berlakunya pendarahan
        dalam dan di sekeliling otak dan menyebabkan berlakunya mampatan dan kecederaan
        pada tisu.

c)      Strok hemoragik (Hemorrhagic stroke)

        Strok jenis ini disebabkan oleh pendarahan yang terjadi di dalam dan di sekeliling otak.
        Pendarahan yang berlaku di antara otak dan tengkorak dikenali sebagai pendarahan
        subaraknoid (subarachnoid hemorrhage). Ia biasanya disebabkan oleh aneurisma
        (aneurysm) yang pecah, malformasi arteriovena (arteriovenous malformation) dan juga
        kecederaan di kepala. Pendarahan di dalam tisu otak dikenali sebagai pendarahan
        intraserebrum (intracerebral hemorrhage) dan ini berpunca dari tekanan darah tinggi.

        Aneurisma ialah satu keadaan di mana dinding arteri menjadi lemah, menyebabkan ia
        anjal dan mengembang. Pada lazimnya ia berlaku di cabang-cabang arteri.

        Hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah peningkatan tekanan darah yang
        menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak pecah . Darah yang terbebas di
        dalam tisu otak akan menekan arteriol-arteriol yang berhampiran menyebabkan ia pecah
        dan membawa kepada pendarahan yang lebih banyak. Tekanan darah tinggi juga boleh
        menyebabkan infak kecil (miniature infarct) yang hampir menyerupai strok, tetapi pada
        tahap yang lebih kecil.

        Malformasi arteriovena (arteriovenous malformation, AVM) ialah satu keabnormalan
        pada pembuluh darah di mana arteri bersambung terus dengan vena tanpa melalui
        jaringan kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang melalui arteri menjadi terlalu
        tinggi untuk diterima oleh vena dan ini menyebabkan ianya mengembang
        Pengembangan ini mampu menyebabkan vena itu pecah dan berdarah.

d)      Strok iskemik

        Strok jenis ini berlaku kerana terdapatnya sekatan atau pengurangan aliran darah ke
        bahagian bahagian otak. Sekatan ini berlaku disebabkan oleh arterosklerosis dan juga
        pembentukan bekuan darah. Arterosklerosis (artherosclerosis) atau pengerasan arteri
        adalah hasil dari pemendakan kolesterol (cholesterol) dan plak pada dinding arteri.
        Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar untuk menyempitkan pembuluh
        darah dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk mengurangkan
        kemampuan arteri untuk anjal.

        Trombus atau bekuan darah terjadi pada permukaan plak arterosklerosis yang terbentuk
        pada dinding arteri. Trombus mampu membesar dan seterusnya menyekat laluan dalam
        arteri. Sebahagian dari trombus ini boleh pecah lalu membentuk embolus. Embolus akan
        melalui saluran darah dan mampu menyekat arteri-arteri yang lebih kecil. Biasanya,
        embolus terhasil dari jantung di mana beberapa penyakit boleh menyebabkan
        pembentukan trombus.




                                               11                        Email : kamafiq@yahoo.com
e)   Kejadian yang menjurus kepada strok

     Mangsa strok biasanya akan mengalami "strok kecil" ataupun tanda-tanda amaran
     sebelum berlakunya serangan strok yang sebenar.

     Serangan Iskemik Sementara atau Transient Ischaemic Attack (TIA) merupakan
     serangan amaran (warning strokes) yang biasanya mengambil masa dari beberapa minit
     hingga ke 24 jam. Tanda-tanda atau simptom yang timbul ini biasanya akan pulih
     sepenuhnya. Adalah satu kelaziman bagi seseorang pesakit mengalami beberapa siri
     serangan TIA ini sebelum mendapat strok yang sebenar.

     Reversible Ischaemic Neurological Deficit (RIND) pula ialah serangan yang berakhir lebih
     daripada 24 jam. Jangkamasa pemulihan biasanya ialah 3 minggu. Selepas setiap
     serangan RIND, tidak akan ada tisu-tisu yang musnah, tetapi selepas satu serangan
     RIND, risiko mendapat infak yang lengkap akan meningkat. Infaksi lengkap adalah
     serangan yang boleh menyebabkan pemusnahan kekal pada tisu otak, dan boleh
     menyebabkan masalah seperti pengurangan fungsi sistem saraf (neurologi) yang lebih
     serius. Penyembuhan biasanya tidak sepenuhnya dan akan mengambil masa lebih
     daripada tiga minggu.


f)   Fungsi Otak Normal

     Otak terbahagi kepada 2 bahagian; hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan dan
     hemisfera kiri mengawal bahagian kanan badan. Setiap hemisfera mempunyai 4
     bahagian yang dipanggil lobus. Satu lagi bahagian yang dipanggil serebelum
     bertanggungjawab mengawal fungsi-fungsi harian kita. Jenis masalah atau kecacatan
     neurologi yang berlaku pada mangsa strok bergantung pada bahagian otak yang terlibat.

     Mendapat khidmat pemulihan ialah satu kemestian bagi pesakit strok. Jurupulih Anggota
     dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk "mempelajari semula" fungsi-
     fungsi yang telah hilang dan bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.

g)   Faktor - Faktor Risiko

     Faktor risiko boleh diubahsuai untuk strok ialah seperti berikut :

     i)      Penyakit jantung
     ii)     Tekanan darah tinggi - faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal.
     iii)    Arterosklerosis - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit
             jantung
     iv)     Kejadian TIA yang lalu - akan lebih mudah untuk mendapat strok
     v)      Paras kolesterol yang tinggi - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi
             dan penyakit jantung
     vi)     Pengambilan alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah
     vii)    Obesiti - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
     viii)   Merokok - kerosakan pada jantung
     ix)     Mengambil pil perancang keluarga - berserta dengan merokok, mampu
             meningkatkan risiko strok

h)   Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai

     i)      Umur - risiko meningkat dengan peningkatan umur
     ii)     Jantina - lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita
             yang putus haid.
     iii)    Rekod perubatan - jika seseorang mempunyai diabetes, fibrilasi atrium atau
             penyakit jantung yang lain, atau TIA, risiko untuk mendapat strok adalah lebih
             tinggi

                                              12                          Email : kamafiq@yahoo.com
     iv)     Sejarah perubatan yang lalu - sekiranya anda pernah mengalami strok, risiko
             untuk ianya berulang adalah tinggi
     v)      Sejarah perubatan keluarga - sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat yang
             mengalami strok, risiko anda juga akan meningkat

i)   Tanda-Tanda Strok

     Apabila ada perkara-perkara berikut yang berlaku tanpa sebarang amaran :

     i)      Terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutamanya
             pada sebelah bahagain badan.
     ii)     Berlaku kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu.
     iii)    Kabur penglihatan, sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata
     iv)     Masalah pada pergerakan atau kawalannya (kawalatur) seperti kesukaran untuk
             berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan mengimbang atau mengawal
             pergerakan.


j)   Komplikasi

     Kecacatan Neurologi Biasa (Common Neurological Deficits) selepas strok

k)   Strok di bahagian kiri

     i)      Lumpuh (paralysis) pada bahagian kanan badan
     ii)     Kesukaran bertutur
     iii)    Gerakan yang perlahan dan berhati-hati
     iv)     Hilang daya ingatan terhadap bahasa
     v)      Mengalami disartria di bahagian muka sebelah kanan
     vi)     Mengalami afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga bertutur dengan
             bahasa yang baik
     vii)    Mengalami apraksia iaitu tidak mampu untuk mengawal gerakan otot

l)   Strok di bahagian kanan

     i)      Lumpuh pada bahagian kiri badan
     ii)     Kekurangan tumpuan dan persepsi
     iii)    Memiliki tingkah laku yang pantas dan mengikut gerak hati
     iv)     Mengalami hemianopia pada ruang penglihatan sebelah kiri.
     v)      Hilang daya ingatan
     vi)     Mengalami disartria di bahagian sebelah kiri muka.

m)   Istilah istilah Berkaitan

     i)      Lumpuh - kehilangan fungsi otot dan juga rasa
     ii)     Hemiparesis - mengalami lemah pada sebelah bahagian badan
     iii)    Hemianopia - kehilangan atau pengurangan separuh medan pandangan
     iv)     Afasia - Hilang kebolehan untuk memahami dan mengeluarkan bahasa
     v)      Apraksia - hilang kebolehan untuk mengawal otot dan pergerakan
     vi)     Disartria -berlaku masalah pada bahagain mulut yang menyebabkan kurang
             keupayaan untuk bertutur dengan baik.




                                           13                        Email : kamafiq@yahoo.com
n)   Pencegahan

     i)     Bagi pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan, perkara berikut boleh
            membantu di dalam mengelakkan kejadian strok berulang lagi.

            -   Berhenti merokok - merokok boleh menyempitkan arteri
            -   Elakkan kegemukan - jaga berat badan
            -   Amalkan diet yang seimbang, kurangkan pengambilan makanan berlemak
            -   Lakukan senaman secara berkala, seperti senaman aerobik (berbasikal,
                berjoging dan berjalan)
            -   Elak dan kawal tekanan perasaan atau stress


     ii)    Secara amnya, bagi setiap individu yang berisiko, berikut ialah beberapa cara
            yang boleh dilakukan untuk mengelakkan strok

            -   Dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda. Sekiranya, anda tidak
                mengetahui tekanan darah anda, dapatkan pemeriksaan dengan segera.
                Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan mungkin mempunyai
                risiko untuk mendapat strok tanpa anda sedari.

            -   Berhenti merokok. Merokok meningkatkan risiko anda untuk mendapat sakit
                jantung, strok dan juga kanser. Kombinasi merokok, dan juga pengambilan
                pil-pil perancang keluarga akan meningkatkan lagi risiko strok di kalangan
                wanita.

            -   Makan makanan yang rendah lemak. Makanan tersebut akan mengurangkan
                paras kolesterol dan dapat membantu mengurangkan berat badan dan
                seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan risiko
                yang kuat untuk mendapat strok. Sekiranya anda mempunyai berat badan
                yang berlebihan beserta dengan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat
                badan boleh menurunkan tekanan darah anda.

            -   Amalkan kehidupan yang aktif. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko
                strok dengan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit
                jantung.

            -   Ambillah ubat yang diberi oleh doktor. Sekiranya perubahan cara hidup tidak
                mencukupi untuk mengurangkan risiko strok anda, doktor anda mungkin
                akan memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah, dan paras kolesterol
                disamping ubat-ubat lain jika perlu.

     Kurangkan pengambilan minuman keras. Mengambil lebih daripada satu gelas sehari
     cukup untuk meningkatkan tekanan darah. Meminum minuman keras secara berlebihan
     mampu membawa kepada strok.




TERCEKIK

                                          14                        Email : kamafiq@yahoo.com
TERCEKIK adalah satu kemalangan serius yang patut dielakkan kerana kesannya boleh
mengakibatkan kematian dan trauma. Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila makanan,
permainan atau objek tersangkut pada kerongkong manusia yang boleh menyebabkan
seseorang itu sukar bernafas. Kejadian tercekik boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-
kanak. Menurut beberapa kajian, kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga setahun
adalah paling berisiko tercekik. Oleh itu, ibu bapa digalakkan mempelajari cara menyelamatkan
anak yang tercekik. Terdapat dua kategori tercekik, iaitu separa tercekik dan tercekik
sepenuhnya.


Separa tercekik tidak membahayakan kerana mangsa masih boleh bernafas dan bercakap
kerana masih ada saluran udara pada kerongkong. Tindakan yang perlu diambil bagi
mengeluarkan objek yang tersangkut adalah dengan memaksa diri batuk sehingga objek itu
keluar. Bagaimanapun, bagi individu yang tercekik sepenuhnya ini bermakna makanan atau
sesuatu objek menghalang saluran pernafasan. Ini menyebabkan mangsa menjadi sukar untuk
bernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan batuk. Mangsa akan serta merta memegang
leher dan jika dibiarkan lama, kulit mangsa akan bertukar kepada warna biru.


Heimlich maneuver adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh orang di sekeliling untuk
menyelamatkan mangsa yang tercekik bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.
Bagi melakukan heimlich maneuver, seseorang perlu berada di belakang mangsa kemudian
menekan perutnya di antara pusat dan hulu hati menggunakan tangan dengan kuat sehingga
mangsa memuntahkan objek yang tersangkut di tekaknya itu. Heimlich maneuver juga boleh
dilakukan dengan membaringkan mangsa terutama selepas mangsa pengsan. Selepas
dibaringkan, tekan pahanya dengan kedua-dua kaki kemudian tekan perut mangsa iaitu daripada
pusat dan hulu hati dengan kuat sehingga objek tersangkut di tekak mangsa berkenaan keluar.
Objek itu akan keluar serta merta kerana tekanan yang kuat pada abdomen perut mengeluarkan
sisa oksigen yang masih terdapat dalam paru-paru melalui saluran tekak mangsa.

Bagi bayi, heimlich maneuver yang dilakukan amat berlainan daripada kanak-kanak dan dewasa.
Heimlich maneuver untuk bayi bawah satu tahun ialah dengan meniarapkan bayi di atas paha,
pastikan kepala bayi lebih rendah daripada badannya. Kemudian tepuk belakang bayi iaitu pada
tulang belikat selama lima kali. Cara kedua untuk bayi pengsan adalah dengan baringkannya
kemudian tekan pada tulang dada di antara dua puting bayi. Ulang sehingga sedar.
Selepas melakukan rawatan heimlich maneuver, telefon ambulans atau bawa mangsa ke hospital
dengan segera. Tercekik adalah perkara yang serius. Oleh itu bagi melakukan rawatan heimlich
maneuver, perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan
kecederaan lain, terutama kepada kanak-kanak dan bayi. Jika mangsa dibiarkan selama 10 minit
dalam keadaan tercekik, otak mangsa mula tidak berfungsi kerana kegagalan darah dan oksigen
disalurkan ke otak. Ini boleh menyebababkan kematian. Dalam masa empat minit, sel-sel otak
mangsa mula mati sekali gus menyebabkan kulit mangsa terutama pada bahagian muka menjadi
kebiruan. Bagaimanapun, jika mangsa berhenti bernafas, heimlich akan dilakukan bersama
dengan rawatan cardiopulmonary resuscitation (CPR). CPR ini boleh dilakukan oleh mereka yang
arif melakukannya.


Perkara yang perlu dihindari ketika membantu mangsa tercekik, jangan menepuk belakang
ketika mangsa berdiri. Ini boleh menyebabkan objek yang tersangkut pada kerongkong tadi akan
masuk lebih ke dalam. Jangan korek mulut mangsa untuk melihat objek yang tersekat dan beri
galakan kepada mangsa untuk terus batuk.




CARA MENGHINDARI DARIPADA TERCEKIK

                                             15                       Email : kamafiq@yahoo.com
a)   Makan secara perlahan-lahan. Kunyah secukupnya makanan yang dimakan terutama
     makanan yang besar dan pejal atau liat.

b)   Duduk ketika makan dan jangan bercakap atau ketawa ketika mulut sedang penuh.

c)   Perhatikan kanak-kanak terutama bayi kerana mereka gemar memasukkan objek ke
     dalam mulut mereka. Contoh seperti permainan kecil, belon, penutup pen, duit, manik
     dan bateri. Jauhkan objek kecil ini daripada mereka.


HEIMLICH MANEUVER
a)   Rawatan kecemasan tercekik untuk bayi sedar (Umur tidak lebih 1 tahun).

     i)     Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.

     ii)    Jika tiada, beri 5 tepukan di belakang.

     iii)    Kemudian beri 5 tekanan di dada.

     iv)    Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.

     v)     Jika bayi itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong
            atau mulut. (Jangan korek dengan     jari). Alihkan bendasing hanya sekiranya
            kelihatan.


b)   Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak sedar (Umur 1 - 8 tahun).

     i)     Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.

     ii)    Lakukan tujahan di perut (Heimlich Manoeuvre) berulang kali sehingga
            bendasing itu terkeluar.

     iii)   Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar.

     iv)    Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa benda asing di
            kerongkong atau mulut. (Jangan korek     dengan jari). Alihkan benda asing
            hanya sekiranya kelihatan.

     Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher
     sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu
     mangsa tersebut.


c)   Rawatan kecemasan untuk orang dewasa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke
     atas dan orang dewasa)

     i)     Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda
            cuba membantu.

     ii)    Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.

     iii)   Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian
            bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
     iv)    Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang
            tersekat itu keluar.



                                            16                     Email : kamafiq@yahoo.com
       v)     Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik
              perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh
              membantu.

       vi)    Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan
              bahagian bawah tengah tulang rangka anda.

       vii)   Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.

       Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan
       di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

d)     Rawatan kecemasan Mangsa Pengsan

       i)     Baring dan terlentangkan mangsa.
       ii)    Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
       iii)   Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
       iv)    Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan
              periksa pernafasan.
       v)     Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika
              tiada tindakbalas dari mangsa.
       vi)    Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan
              sama seperti CPR).
       vii)   Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang
belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.



KEMAHIRAN ASAS CPR

Kemahiran Asas ini adalah amat mustahak dalam mengendalikan seseorang mangsa yang
memerlukan CPR. Terdapat 3 kemahiran asas yang mesti difahami dan diikuti dalam proses
menyelamat mangsa.



a)     A-AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)

       Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta
       merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian
       belakang lidah atau epiglotis selalu menghalang pernafasan mangsa yang tidak
       sedarkan diri. Oleh kerana lidah atau epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang,
       dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu ke atas ianya
       boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak untuk
       membolehkan saluran pernafasan terbuka.




                                            17                        Email : kamafiq@yahoo.com
b)   B-BREATHING (PERNAFASAN)

     Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai bekalan oksigen yang masih
     ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung
     akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan antara
     mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru
     mangsa. Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya
     bagi menampung sebahagian dari keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu
     diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para professional
     terlatih sampai.



c)   C-CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

     Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari dan organ-
     organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke
     mulut juga patut dilakukan bersama.


     i)     Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada
            pesakit, mulakan tekanan di dada.

     ii)    Letakkan tangan di dada di antara 2 puting dan tekan ke dalam 1½ ke 2 inci
            sebanyak 30 kali pada kadar 80-100 kali seminit.

     iii)   Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan
            tiba.




     PERHATIAN

     Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat
     dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di
     dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan.


                                         18                       Email : kamafiq@yahoo.com
PERLAKSANAAN CPR


MANGSA DEWASA ( 8 tahun dan ke atas)


a)      Hembusan Pertama           -      2 kali lembut dan dalam, jarak hembusan 1 ½
                                          hingga 2 saat.

b)      Periksa Nadi               -      Carotid di leher menggunakan 2 jari.

c)      Tindakan CPR               -      30 tekanan 2 hembusan 5 kitaran menggunakan
                                          2 belah tangan. Ke dalaman tekanan 1 ½ hingga
                                          2 inci.

d)      Tekanan 1 minit            -      80 hingga 100 kali tekanan dada.

e)      Tindakan EAR               -      1 hembusan setiap 5 saat.




MANGSA KANAK-KANAK (1 tahun hingga 8 tahun)


a)      Hembusan Pertama           -      2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½
                                          saat.

b)      Periksa Nadi               -      Carotid di leher menggunakan 1 atau 2 jari.

c)      Tindakan CPR               -      5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan
                                          sebelah tangan. Ke dalaman tekanan 1 hingga
                                          1 ½ inci.

d)      Tekanan 1 minit            -      100 kali tekanan dada.

e)      Tindakan EAR               -      1 hembusan setiap 3 saat.


Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahulu selama 2 minit
sebelum menghubungi ambulans.

MANGSA BAYI ( 1 tahun dan ke bawah)


a)     Hembusan Pertama            -      2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½
                                          saat.

b)     Periksa Nadi                -      Bracial di leher menggunakan 1 atau 2 jari.

c)     Tindakan CPR                -      5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan
                                          2 jari. Ke dalaman tekanan ½ hingga 1 inci.




                                         19                        Email : kamafiq@yahoo.com
d)        Tekanan 1 minit               -       100 kali tekanan dada.

e)        Tindakan EAR                  -       1 hembusan setiap 3 saat.


Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahullu selama 2 minit
sebelum menghubungi ambulans.




PERLAKSANAAN TERCEKIK


Mangsa Dewasa

a)        Tekanan Abdomen               -       5 kali

b)        Korekan Mulut                 -       menggunakan jari telunjuk




Mangsa Kanak-kanak

Boleh menggunakan pelaksanaan mangsa bayi atau dewasa


Mangsa Bayi

a)        Tepukan Belakang              -       5 kali.

b)        Tekanan dada                  -       5 kali tekanan menggunakan 2 jari.

c)        Korekan Mulut                 -       menggunakan jari kelingking.




ATURCARA PRAKTIKAL


SEORANG PENYELAMAT MANGSA DEWASA (CPR)

Kelas 1      -     kejutkan mangsa

Kelas 2      -     minta bantuan

Kelas 3      -     buka saluran pernafasan

Kelas 4      -     pandang,dengar dan rasa ( 3 - 5saat )

Kelas 5      -     hembus EAR 2 kali lembut dan dalam ( 1 ½ hingga 2 saat )


                                               20                        Email : kamafiq@yahoo.com
Kelas 6   -   periksa nadi carotid ( 5 - 10 saat )

Kelas 7   -   keputusan :-

              -     Tiada nadi tiada nafas ( 30 tekanan 2 hembusan – 5 kitaran )
              -     Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 5 saat )
              -     Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )



SEORANG MANGSA KANAK-KANAK (CPR)

Kelas 1   -   kejutkan mangsa

Kelas 2   -   minta bantuan

Kelas 3   -   buka saluran pernafasan

Kelas 4   -   pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )

Kelas 5   -   Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )

Kelas 6   -   periksa nadi carotid ( 5- 10 saat )

Kelas 7   -   Keputusan :-

              -     Tiada nadi tiada nafas ( 5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran )
              -     Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat )
              -     Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )



SEORANG MANGSA BAYI (CPR)

Kelas 1   -   kejutkan mangsa

Kelas 2   -   minta bantuan

Kelas 3   -   buka saluran pernafasan

Kelas 4   -   pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )

Kelas 5   -   Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )

Kelas 6   -   periksa nadi bracial ( 5- 10 saat )

Kelas 7   -   Keputusan :-
              -    Tiada nadi tiada nafas (5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran)
              -    Ada nadi tiada nafas (Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat)
              -    Ada nadi ada nafas (kedudukan pemulihan / penyedaran )




                                             21                     Email : kamafiq@yahoo.com
TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA DEWASA

Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR dewasa

Kelas 5   -     hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
                lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.

Kelas 6   -     5 tekanan abdomen

Kelas 7   -     periksa mulut mangsa dan korek

Kelas 8   -     Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
                masuk, periksa nadi Carotid )



TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA KANAK-KANAK

Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanak

Kelas 5   -     hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
                lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.

Kelas 6   -     5 tekanan abdomen

Kelas 7   -     periksa mulut mangsa dan korek

Kelas 8   -     Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
                masuk, periksa nadi Carotid / Bracial)



TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA BAYI

Kelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanak

Kelas 5   -     hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali
                lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.

Kelas 6   -     5 tekanan abdomen

Kelas 7   -     5 tekanan dada

Kelas 8   -     periksa mulut mangsa dan korek

Kelas 9   -     Ulang kelas 5 (jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut
                masuk, periksa nadi Bracial).




                                          22                       Email : kamafiq@yahoo.com

								
To top
;