Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

ADA MASALAH

VIEWS: 6 PAGES: 1

Assalamualaikum W.R.T, sesungguhnya dan pastinya keyakinan serta kepercayaan manusia bukan di bina atas logik akal semata-mata dan illusi tetapi apa yang dilihat dengan mata kepala seseorang itu yang membina keyakinan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada zahir atau batin. Apa yang jelas dilihat atau yang tak nampak pada mata kasar akan tetapi boleh dilihat dengan mata hati. Banyak sekali manusia pada abad yang serba canggih ini percaya bahawa semua perkara mestilah bersandarkan kepada sebab dan musabab. Adakah mungkin makanan atau emas akan jatuh daripada langit tanpa seseorang itu perlu berusaha?? Adakah sesuatu itu akan zahir tanpa usaha daripada tuan punya badan ?? Dan jawapannya benar dan telah terbukti, pernah anda mendengar seorang wanita yang kuat beribadat kepada Tuhannya lalu dianugerahkan makan secara tiba-tiba di sisinya, atau seorang hamba yang beribadat beratus tahun di dalam batu di dasar laut tapi tidak mati kelaparan akibat dikurniakan rezeki daripada Tuhannya? Dan yang paling benar dan sememangnya benar pernahkah anda berusaha untuk mendapatkan sepasang tangan, dua biji bebola mata, dua helai cuping telinga atau segenggam jantung yang menghidupkan anda hingga saat ini? Semua itu adalah rezeki anugerah Allah S.W.T yang diberi kepada hamba-Nya sama ada dia beriman atau kufur. Jadi apakah kita masih ragu-ragu bahawa segala nikmat dan pemberian yang kita kandung hari ini ialah anugerah daripada Allah Tuhan sekalian alam? Tapi sayangnya masih ramai di antara manusia hari ini yakin serta percaya bahawa rezeki dan nikmat kemewahan yang mereka rasa adalah semata-mata hasil usaha mereka sendiri dan lebih parah lagi mereka bergantung kepada makhluk lain seolah-olah makhluk ciptaanAllah itulah yang menaburkan rezeki ke atas mereka. Ingat, percaya dan yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah lah Tuhan yang memberi rezeki dan nikmat, sesiapa bersyukur dengan pemberian Allah pasti dilipatkali gandakan nikmat itu tetapi sesiapa

More Info
To top