panduan membuat graf by BafHcD3

VIEWS: 0 PAGES: 102

									 KARTOGRAFI
SECARA GRAFIK
• jadual, graf, carta dan sebagainya merupakan
  media yang paling berkesan di dalam proses
  kartografi.
• Dengan menggunakan graf dan carta, data dapat
  dianalisis, ditafsir, dijelaskan dan seterusnya
  disampaikan kepada pengguna dengan mudah
  dan berkesan.
• Ianya juga dapat membantu di dalam proses
  perbandingan arah aliran, nilai dan juga
  perhubungan data.
• Graf dan carta menggunakan simbol-simbol titik,
  garisan dan kawasan selain daripada huruf dan
  angka bagi mempersembahkan sesuatu data.
 PRINSIP ASAS REKABENTUK GRAF
 DAN CARTA

• Sebelum sesuatu graf dan carta dihasilkan, 2
  prinsip asas yang perlu diperhatikan ialah:
   i. Kefahaman data
   ii. Pemilihan jenis yang paling sesuai dengan data
• Data yang ingin dipersembahkan di dalam bentuk
  graf dan carta difahami terlebih dahulu.
• Data perlu dianalisis, contohnya dengan
  menggunakan kaedah statistik tertentu dan ditafsir
  bagi memperolehi jumlah, taburan, perhubungan
  dan sebagainya.
• Pemilihan jenis graf dan carta yang paling sesuai
  bergantung kepada jenis data, tujuan, format
  persembahan dan kumpulan pengguna.
• Contonya, bagi data yang mempunyai julat yang
  terlalu besar, jenis yang paling sesuai ialah Graf
  Logaritma. Manakala bagi data yang mempunyai
  julat yang sederhana, jenis yang paling sesuai
  ialah jadual, graf atau carta.
• Sekiranya tujuan persembahan adalah untuk
  menunjukkan perbezaan, pertumbuhan atau arah
  aliran, jenis yang paling sesuai ialah Poligraf.
• Manakala carta dan jadual sering digunakan di
  akhbar-akhbar untuk menyampaikan maklumat
  kepada orang ramai.
• Secara umum, 4 kriteria yang boleh digunakan
  untuk membuat pilihan jenis-jenis graf dan carta
  linear ialah :
      i. Pengkelasan pembolehubah
      ii. Kesesuaian teknik
      iii. Ketepatan isi
      iv. Kejelasan
• Sekiranya jenis-jenis graf dan carta yang dipilih
  mempunyai kesemua kriteria berkenaan dengan
  tepat, jelas, menarik dan mampu memberikan
  gambaran secara spontan, maka jenis yang
  dipilih adalah yang paling sesuai.
 Pengkelasan pembolehubah

• Pembolehubah atau elemen sesuatu data perlu
  dipilih dengan betul dan tepat bagi memastikan
  kejelasan jenis teks bukan linear yang telah dipilih.
• Contoh pembolehubah ialah umur, tahun, jumlah
  dan sebagainya.
• Untuk graf atau atau carta, pemilihan paksi yang
  tepat bagi setiap pembolehubah juga akan
  mempengaruhi kejelasan graf atau carta tersebut.
• Manakala bagi jadual pula, kejelasannya juga
  dipengaruhi oleh kesesuaian pemilihan lajur dan
  baris bagi mewakili pembolehubah yang terdapat di
  dalam data berkenaan.
  Kesesuaian teknik
• Kesesuaian teknik merangkumi pemilihan jenis-
  jenis graf dan carta serta penggunaan simbol yang
  tepat
• Penggunaan simbol, nombor, huruf dan bentuk-
  bentuk gometri yang bersesuaian juga akan
  mempengaruhi kualiti teks berkenaan
• Selain itu, pemilihan warna, corak lorekkan, teknik
  melukis dan jenis kerta juga akan mempengaruhi
  kualiti jenis-jenis graf dan carta yang ingin
  dihasilkan
• Penggunaan teknik yang lemah akan meyebabkan
  kehilangan maklumat, sukar untuk difahami serta
  tidak dapat menarik perhatian pengguna.
 Ketepatan isi
• Isi atau data yang dipindahkan ke dalam graf dan
  carta mestilah tepat dan lengkap
• Penghasilan graf dan carta mestilah berasaskan
  kepada data yang diberikan di dalam petikan atau
  sebagainya, bukannya daripada sumber yang
  berasingan.
• Unit ukuran data yang menjadi sumber untuk
  membentuk jenis-jenis graf dan carta tidak boleh
  diubah atau ditukar, contohnya unit tinggi dalam
  meter tidak boleh ditukar kepada kaki dan
  sebagainya (kecuali diminta untuk berbuat
  demikian)
• Perubahan data daripada nilai asal kepada
  peratusan atau sebaliknya mestilah dibuat dengan
  tepat atau dengan kadar ralat yang paling minimum
Kejelasan
• Graf dan carta yang tidak jelas akan menyebabkan
  ianya tidak dapat difahami dengan mudah dan
  pantas.
• Aspek-aspek kejelasan meliputi elemen berikut:
    – Pemilihan dan pembentukan skala
    – Unit skala
    – Simbol dan singkatan
    – Petunjuk
    – Label
    – Sumber
    – Tajuk (biasanya diperolehi daripada soalan)
  JADUAL
• Jadual merupakan jenis/medium yang paling
  ringkas dan selalu digunakan di dalam proses
  kartografi.
• Jadual senang dihasilkan, mudah untuk difahami
  dan dapat menerangkan beberapa tema/perkara di
  dalam sesebuah jadual.
• Di dalam jadual, pembolehubah-pembolehubah
  data dinyatakan di dalam lajur (column) dan baris
  (row).
• Antara bentuk jadual yang selalu digunakan ialah
  jadual di dalam sektor dan jadual antara sektor
    Jadual 3.1: Gunatenaga di Malaysia Tahun 1999

.
     Bil         Gunatenaga          Jumlah (‘000)
      1    Bilangan bekerja (%)          96.5
      2    Menganggur (%)                 3.5
      3    Jumlah tenaga buruh          9,151.5

    Sumber : Buku Perangkaan Malaysia Tahun 2000
Penghasilan jadual

• Jadual merupakan medium yang paling ringkas
  dan mudah untuk dihasilkan
• Tidak terdapat satu cara yang khusus untuk
  menghasilkan jadual. Langkah-langkah berikut
  dapat membantu untuk menghasilkan jadual yang
  tepat dan mudah difahami:
   a) Pilih tajuk untuk jadual
   b) Tentukan pembolehubah-pembolehubah
   c) Cari nilai-nilai bagi setiap pembolehubah
   d) Tentukan bilangan lajur atau baris bagi setiap
       pembolehubah
   e) Bina jadual dan buat semakkan
 GRAF GARISAN
• Merupakan satu siri titik nilai atau kuantiti yang
  diplot mengikut koordinat segi empat dan kemudian
  disambung supya membentuk satu garisan yang
  bersinambungan.
• Sistem koordinat merujuk kepada sepasang garisan
  lurus yang saling bertemu, yang dikenali sebagai
  paksi yang dilukis pada sudut tepat
• Garisan atau paksi menegak dikenali sebagai paksi
  Y manakala garisan atau paksi mengufuk/mendatar
  dikenali sebagai paksi X
• Paksi X dan Y membahagikan dataran kepada 4
  bahagian atau sukuan yang dikira mengikut pisingan
  jam bermula dengan sukuan atas sebelah kanan.
               Paksi Asas Sistem Koordinat
                                      X


                                 5
         SUKUAN IV
                                                  SUKUAN I
           - X, + Y
                                 4                 + X, + Y

                                 3
                                                          P   X = 2.5
                                 2                            Y = 3.0


                                 1


Y                                                                           Y

    -5    -4     -3    -2   -1            1   2       3         4       5
                                 -1


                                 -2

          SUKUAN III                               SUKUAN II
                                 -3
            - X, - Y                                + X, - Y
                                 -4

                                 -5


                                      X
• Graf garisan selalu digunakan untuk menerangkan
  data statistik, fizikal, penduduk, ekonomi dan
  sebagainya secara grafik
• Gras garisan dapat memudahkan pentafsiran,
  menunjukkan proses kemajuan, perkembangan
  atau anjakan sesuatu aktiviti atau perkara di dalam
  tempoh masa tertentu.
• Lazimnya paksi menegak (Y) akan menerangkan
  bilangan atau jumlah sesuatu perkara/fenomena
  yang ingin ditunjukkan/diterangkan
• Paksi mendatar/mengufuk (X) pula akan
  menerangkan temph masa tertentu seperti hari,
  bulan.
KOMPONEN UTAMA GRAF GARISAN
• Terdapat 5 komponen utama iaitu Tajuk, Skala,
  Angka Skala, Garisan Grid dan Titik Plotan.
• Tajuk mestilah ringkas, padat dan tepat/
• Tajuk biasanya diletakkan di sebelah atas atau di
  luar kawasan graf
• Tajuh seharusnya dapat menjawab soalan APA, DI
  MANA dan BILA
• Skala penting bagi memastikan graf yang
  dihasilkan dapat menjelaskan semua maklumat
• Kesilapan memilih skala akan menyebabkan
  sebahagian daripada maklumat hilang, menjadi
  kurang jelas dan sebagainya.
• Skala mengufuk dan menegak yang diplot perlu
  mempunyai angka skala dan petunjuk yang
  menjelaskan skala dan simbol yang digunakan
• Penggunaan angka skala yang berbeza akan
  menghasilkan bentuk graf garisan yang berbeza.
• Garis Grid diplot bagi memudahkan rujukan
  terhadap nilai atau angka skala yang digunakan
• Bilangan garisan grid perlu diminimumkan untuk
  memudahkan kita melihat nilai pada sebarang titik
  di atas garisan yang diplot
• Titik plotan dilukis bagi menunjukkan nilai-nila
  tertentu di sepanjang garisan graf bagi mewakili
  tempoh masa atau nilai tertentu.
 B          A          KEMATIAN AKIBAT BATUK KERING 1950-2000
C    70

     60

     50                                     E
     40            D
     30

     20

     10

      0
          1950    1960       1970    1980       1990       2000

           Batuk kering        G                       F
•   A – Tajuk
•   B – Angka Skala Paksi Y
•   C – Petunjuk Skala Untuk Paksi Y
•   D – Garisan Grid
•   E – Titik Plotan
•   F – Angka Skala Paksi X
•   G – Petunjuk
          Jenis-jenis Graf Garisan

Terdapat pelbagai jenis/bentuk graf garisan.
Antara graf garisan yang selalu digunakan ialah:

     i. Graf Garisan Mudah
     ii. Poligraf
     iii. Poligraf 3 paksi
     iv. Graf Majmuk Menokok
     v. Graf Logaritma
     vi. Lain-lain bentuk
  GRAF GARISAN MUDAH
• Graf mudah yang mengandungi satu garis
• Mempunyai 2 paksi – menegak dan mengufuk
• Lazimnya paksi menegak untuk nilai dan paksi
  mendatar untuk tempah masa (tahun, bulan dll)
• Garisan dihasilkan dengan menyambung titik-titik
  koordinat yang menunjukkan perhubungan
  pembolehubah paksi menegak dan paksi mendatar
• Nilai unit selalunya bermula dengan sifar
• Ia sering digunakan untuk menunjukkan jumlah,
  perkembangan, pertumbuhan atau kemajuan
  sesuatu fenomena seperti aktiviti ekonomi,
  pengeluaran, import dan sebagainya.
                     Graf Garisan Mudah


25

20

15

10

5

0
1995   1996   1997    1998   1999   2000   2001   2002   2003   2004
  POLIGRAF
• Mempunyai ciri-ciri asas yang sama seperti graf
  garisan mudah.
• Mengandungi 2 atau lebih garisan yang mewakili
  cerapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai unit
  nilai yang sama.
• Titik-titik yang mewakili cerapan yang berbeza diplot
  berdasarkan kepada koordinat menegak dan
  mengufuk, sama seperti graf garisan mudah.
• Setiap garisan yang mewakili satu cerapan perlu
  dibezakan di antara satu dengan yang lain.
• Salah satu cara yang mudah untuk menunjukkan
  perbezaan ialah dengan menggunakan warna.
• Warna yang terang/pekat lazimnya digunakan untuk
  mewakili perkara yang ingin ditonjolkan
• Jika garisan yang dihasilkan adalah banyak, salah
  satu cara yang boleh digunakan ialah dengan
  mengubah bentuk atau ketebalan garisan graf
  berkenaan
• Mempunyai kegunaan yang sama dengan graf
  garisan mudah
• Poligraf mampu memberi gambaran yang jelas
  untuk membuat perbandingan ciri-ciri antara dua
  atau lebih perkara.
• Ianya juga boleh menunjukkan titk perseimbangan,
  titik pertumbuhan, menunjukkan lebihan serta
  kekurangan bagi perkara-perkara yang berkaitan.
                              Poligraf
45
40
35
30
25
20
15
10
 5
 0
     1960   1965    1970     1975     1980   1985     1990     1995   2000

                   Kelapa sawit     Getah    Kayu balak      Koko
         POLIGRAF TIGA PAKSI
• Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
  poligraf
• Mempunyai 2 atau lebih garisan yang mewakili
  cerapan atau perkara yang berbeza-beza dan juga
  mempunyai nilai cerapan yang berbeza
• Graf ini mempunyai nilai paksi mendatar (Paksi X)
  yang mewakili tempoh masa tertentu
• Mempunya 2 paksi menegak (Paksi Y) di sebelah
  kiri dan kanan yang bagi 2 cerapan yang berbeza
• Contoh paksi kiri = Jumlah pengeluaran untuk
  ladang dan pekebun kecil bagi tanaman getah
• Paksi kanan = jumlah keluasan bagi ladang dan
  kebun kecil yang ditanan dengan getah
• Graf jenis ini sesuai untuk menunjukkan
  perhubungan antara tiga perkara yang saling
  berkaitan iaitu jangka masa, keluasan dan
  pengeluaran.
• Ianya juga sesuai untuk membuat perbandingan
  dari segi perkembangan dan perbezaan di antara
  dua sektor/perkara yang saling bersaingan seperti
  sektor import dengan sektor eksport,
  perbelanjaan dengan pendapatan dan
  sebagainya.
                                 Poligraf Tiga Paksi
25000                                                                                   160
                                                                                  B
                                                                                        140
20000
                                                                                        120

                                                                                   A
                                                                                        100
15000
                                                                                   D 80

10000
                                                                                        60

                                                                                   C 40
5000
                                                                                        20

   0                                                                                    0
        1950   1955     1960   1965    1970   1975   1980   1985   1990   1995   2000
                      A – Luas estet     B – Pengeluaran estet
                      C – Luas kebun     D – Pengeluaran kebun
    GRAF MAJMUK MENOKOK
• Mempunyai paksi yang serupa dengan graf garisan
• Setiap komponen di dalam sesuatu tempoh (contoh
  satu bulan) akan ditambah/ditokok dengan nilai-
  nilai sebelumnya.
• Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai bagi setiap
  bahagian di dalam satu komponen data/maklumat
  (contohnya Jum. Perbelanjaan bulanan = makanan
  + pakaian + pengangkutan + pendidikan +
  simpanan + lain-lain perbelanjaan)
• Setiap bahagian/ruangan akan diwarna/lorek
  secara berbeza-beza bagi menunjukkan perbezaan
  setiap nilai.
                     Graf Majmuk Menokok

1200
1000
 800
 600
 400
 200
   0
    Jan     Feb      Mac    April       Mei      Jun   Julai      Ogos

       Makanan    Pengangkutan      Pendidikan   Simpanan      Lain-lain
  GRAF LOGARITMA
• Logaritma (log) merupakan kuasa berganda 10.
  Contohnya log 10 = 1, log 100 = 2, log 100,000 = 5
• Lazimnya skala menegak diplot dengan skala biasa,
  tetapi untuk nila yang mempunyai julat yang terlampau
  besar, contohnya 5,000,000, maka skala biasa tidak
  mampu untuk memplot nilai berkenaan.
• Nilai tersebut akan diplotkan dalam skala logaritma
  dengan nilai 1,10,100,10000, 100000, 1000000 dan
  seterusnya.
• Terdapat kertas graf yang khas untuk melukis graf
  logaritma.
• Pemilihan skala logaritma adalah bergantung kepada
  nilai yang ingin dikemukakan.
                           Graf Logaritma
100000000
                                                                    Pembuatan
10000000

 1000000

  100000
                                                                  Perkhidmatan

   10000

    1000
                                                             Perlombongan
     100

      10
                                                                       Pertanian

       1
            1960   1965   1970   1975   1980   1985   1990      1995      2000
          LANGKAH-LANGKAH
      MENGHASILKAN GRAF GARISAN
• Tidak terdapat langkah yang khusus untuk
  menghasilkan jenis-jenis graf garisan
• Pengalaman dan kebolehan seseorang untuk
  melukis, mengnalisis data dan
  mempersembahkan data tersebut ke bentuk grafik
  akan menentukan mutu graf yang di hasilkan.
• Secara umum beberapa langkan yang boleh
  dijadikan panduan asas untuk menghasilkan graf
  garisan ialah:
• Menganalisis data/maklumat yang diberikan
• Menentukan unit dan pembolehubah yang
  diperlukan
• Menentukan skala yang sesuai (nilai min/mak)
• Lukis paksi menegak dan mendatar
  (bergantung kepada saiz kertas)
• Membina garisan-garisan
• Melukis simbol dan petunjuk
• Membina tajuk rajah
• Menulis sumber
• Melukis bingkai (jika perlu)
• Membuat semakan/pembetulan/kemasan
  terhadap rajah yang dihasilkan
 Jumlah (‘000 ekor)
4000

                          3600
3500


3000                                      3000

2500
                                          2350

2000
                                                             1700
1500        1500
                          1400
                                                                             1200
                                                             1000
1000        1100
                                                                             800
         480              650                               450
                                          600
500
                                                                             400
            200           180                                250             170
                                          200
  0
         1995          1996           1997                1998            1999

                      lembu      kerbau         kambing          bebiri
JENIS-JENIS
  CARTA
   CARTA
• Merupakan satu medium kartografi yang selalu
  digunakan untuk mempersembahkan data
• Seperti mana graf, carta perlu disesuaikan dengan
  jenis data supaya matlamat proses kartografi dapat
  dicapai.
• Apabila data dianalisis, persoalan berikut selalu
  dikemukakan iaitu:
   i.    Apa yang paling penting?
  ii.    Bagaimana sesuatu fenomena berubah?
  iii.   Apakah yang akan terjadi?
  iv.    Bagaimana kesan arah aliran yang terjadi?
• Setiap soalan akan memberi implikasi tentang
  kaedah yang paling asas untuk menghasilkan carta
  iaitu membuat perbandingan data.
• Perbanding data boleh dibuat terhadap sesuatu
  fenomena yang ingin diterangakan (contohnya
  pertumbuhan ekonomi) pada satu masa tertentu
  atau pada masa-masa yang berbeza.
• Dalam proses membentuk carta, matlamat terakhir
  carta berkenaan ialah dapat mempersembahkan
  hasil daripada perbandingan yang paling bekesan
  dan seterusnya dapat menerangkan situasi
  fenomena yang ingin dikemukakan.
• Perbandingan data merupakan asas kepada proses
  pembentukan carta
    JENIS - JENIS CARTA
•   Carta bar mudah
•   Carta bar kompaun
•   Carta bar komponen (jumlah)
•   Carta bar komponen (jumlah)
•   Carta bar bertindan
•   Carta bar terapung
•   Carta bar dan keluk (satu paksi)
•   Carta bar dan keluk (dua paksi)
•   Carta bar memesong
•   Carta piramid
•   Carta pai mudah
•   Carta pai berbanding
•   Carta pai bertindih
•   Carta pai bertingkat

• Setiap jenis carta mempunyai fungsi, kelebihan dan
  kekurangan masing-masing bagi menerangkan
  sesuatu fenomena
• Kesilapan memilih jenis carta akan menyebabkan
  maklumat yang ingin diterangkan menjadi tidak
  jelas, hilang dan boleh mengelirukan pengguna
• Analisis perbandingan perlu dilaksanakan sebelum
  memilih sesuatu jenis carta.
  CARTA BAR MUDAH
• Berbentuk turus atau bar yang saling berpisah
  antara satu sama lain
• Mempunyai dua jenis iaitu carta bar menegak (carta
  turus) dan carta bar mendatar (carta bar)
• Setiap bar mesti dilorek/warna dengan
  menggunakan warna yang sama kerana mewakili
  satu perkara/fenomena sahaja
• Skala unit/ukuran fenomena/perkara yang dikaji
  mestilah berkadaran tetap – 10,20,30,40,50,…..
• Ianya sesuai untuk menjelaskan satu
  perkara/fenomena di dalam satu siri masa/tempoh
  tertentu sahaja.
Langkah-langkah menghasilkan carta bar mudah
• Tidak terdapat satu cara yang khusus
• Saiz dan rekabentuk bergantung kepada data, jenis
  kertas, masa yang diperuntukan dan tujuan carta
  berkenaan dihasilkan
• Langkah berikut boleh dijadikan panduan
  - Menentukan skala (nilai minimum dan maksimum)
  - Melukis paksi X dan Y
  - Menentukan unit bagi setiap bar/turus
  - Melukis turus atau bar
  - Mewarna atau melorek turus atau bar (1 warna)
  - Menulis tajuk, petunjuk dan sumber
                   Carta bar turus

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
    Ahad   Isnin   Selasa   Rabu   Khamis   Jumaat   Sabtu
              Carta bar menegak

 Sabtu

Jumaat

Khamis

 Rabu

Selasa

  Isnin

 Ahad

          0   20    40     60     80   100
          CARTA BAR KOMPAUN
• Mengandungi bebrapa kelompok turus/bar yang
  mewakili sesuatu fenomena/perkara yang berbeza
• Mempunyai dua jenis iaitu carta kompoun menegak
  dan carta kompoun mendatar
• Setiap bar mesti diwarnakan dengan warna yang
  berlainan untuk menunjukkan perbezaan
• Ianya sesuai untuk menenrangkan satu fenomena
  yang mempunyai ciri-ciri atau perkaitan yang
  berbeza dalam satu siri masa/tempoh tertentu
• Contohnya pengeluaran kelapa sawit mengikut zon
  Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dari
  tahun 1950 hingga 1990
  Langkah-langkah membuat carta bar kompaun

• Hampir sama dengan langkah-langkah
  menghasilkan carta bar mudah
• Skala ditentukan berdasarkan kepada komponen
  yang mempunyai nilai yang paling banyak
• Saiz setiap bar dan jarak di antara bar ditentukan
  oleh jumlah keseluruhan komponen
• Corak warna atau lorekan mestilah dibezakan bagi
  setiap komponen supaya setiap komponen mudah
  untuk dikenal pasti
• Jarak antara kolompok komponen dengan
  kelompok yang lain mestilah berkadaran tetap
            Carta bar kompaun

50
45
40
35
30
25
20
15
10
 5
 0
     1950   1960   1970    1980   1990
    CARTA BAR KOMPONEN (JUMLAH)
• Mengandungi beberapa bar yang saling berpisah
  antara satu sama lain
• Setiap bar dibahagikan kepada komponen-
  komponen tertentu yang mewakili sesuatu
  fenomena/perkara
• Setiap bar diplot mengikut jumlah/nilai mutlak
  fenomena/perkara yang dikaji
• Setiap komponen diwarnakan secara berasingan
  bagi menunjukkan perbezaan
• Ianya sesuai untuk menunjukan perbezaan,
  pertumbuhan atau jumlah sesuatu komponen di
  dalam sesuatu fenomena dalam siri masa tertentu
         Langkah-langkah menghasilkan
          carta bar komponen (jumlah)
• Hampir sama dengan carta-carta sebelumnya iaitu:
  - Mengira jumlah bagi setiap perkara/fenomena
  - Menentukan skala (nilai maksimum dan minimum)
  - Menentukan unit bagi setiap komponen
  - Membina turus atau bar
  - Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
  - Melukis petunjuk
  - Membuat tajuk rajah
  - Menulis sumber
  - Membuat semakan terhadap rajah
                Carta bar komponen (jumlah)
160000

140000

120000
                                               Lain-lain
100000
                                               Ragut
 80000                                         Curi motosikal
                                               Curi kereta
 60000
                                               Pecah rumah
 40000

 20000

     0
         1997      1998   1999   2000   2001
    CARTA BAR KOMPONEN (PERATUS)
• Hampir sama dengan carta bar komponen (jumlah)
• Setiap bar dibahagikan kepada saiz reletif setiap
  komponen tanpa mengambil kira jumlah nilai
  mutlak fenomena/perkara yang dikaji.
• Setiap fenomena dianggap sebagai mempunyai
  nilai 100 % dan setiap komponen akan diplot
  berdasarkan kepada peratusan nilai komponen
  berkenaan daripada jumlah keseluruhan fenomena
  yang dikaji
• Carta ini lebih mudah digunakan untuk tujuan
  perbandingan tetapi tidak dapat melihat jumlah
  keseluruhan sesuatu fenomena di dalam satu siri
  masa/tempoh tertentu.
         Langkah-langkah menghasilkan
          carta bar komponen (peratus)
• Hampir sama dengan carta komponen jumlah :
  - Mengira % bagi setiap perkara/fenomena
  - Menentukan skala
  - Menentukan unit bagi setiap komponen
  - Membina turus atau bar
  - Mewarna/melorek turus/bar (warna berasingan)
  - Melukis petunjuk
  - Membuat tajuk rajah
  - Menulis sumber
  - Membuat semakan terhadap rajah
             Carta bar komponen (peratus)
100

 90

 80

 70                                         Pengeluaran
                                            Pertanian
 60
                                            Perkhidmatan
 50                                         Jurujual
                                            Perkeranian
 40
                                            Pentadbiran
 30                                         Profesional
 20

 10

  0
      1970        1980    1985     1990
           CARTA BAR BERTINDIH
• Mempunyai bar yang saling bertindan di antara satu
  sama lain
• Turus yang menggambarkan nilai yang paling tinggi
  akan terletak di bahagian belakang
• Ianya sangat berkesan untuk menunjukkan
  perbezaan khususnya perbezaan siri masa/tempoh
• Pertindihan bar boleh menjimatkan ruang
  terutamanya apabila melibatkan data yang
  mempunyai komponen yang banyak atau siri masa
  atau tempoh yang panjang
• Saiz bar yang terletak di bahagian hadapan mudah
  mengelirukan pengguna kerana saiznya lebih kecil.
          Langkah-langkah menghasilkan
               carta bar bertindih

•   Menentukan skala
•   Menentukan saiz setiap bar
•   Menentukan unit bagi setiap komponen
•   Melukis turus/bar
•   Mewarna/melorek turus/bar
•   Membina tajuk
•   Menulis petunjuk
•   Membuat semakkan terhadap rajah
            Carta bar bertindih
30


25


20



15



10


5


0
     1980            1990         2000
           CARTA BAR MEMESONG
• Digunakan untuk mewakili data yang mempunyai
  nilai positif dan negatif
• Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus
  yang menghala ke atas paksi X
• Sektor yang bernilai negatif akan diwakili oleh turus
  yang menghala ke bawah paksi X
• Carta ini sesuai untuk menjelaskan data-data seperti
  pertumbuhan ekonomi, perubahan mata wang,
  perubahan nilai saham, import, eksport, KDNK dan
  sebagainya
• Ianya juga sesuai untuk menunjukkan perubahan
  dan membuat perbandingan mengikut tempoh/siri
  masa tertentu
         Langkah-langkah menghasilkan
              carta bar memesong

•   Melukis paksi X dan paksi Y
•   Menentukan skala
•   Menentukan unit bagi setiap komponen
•   Melukis turus/bar
•   Mewarna/melorek turus/bar
•   Membina tajuk
•   Menulis petunjuk
•   Membuat semakkan terhadap rajah
            Carta bar memesong
6


4


2


0


-2


-4


-6
     1990   1992           1994         1996   1998


                   Pound   Euro   Yen
            CARTA BAR TERAPUNG
• Bar atau turus dalam carta ini kelihatan seolah-olah
  terapung kerana ianya tidak mencecah paksi X atau
  paksi Y
• Ini adalah kerana setiap nilai yang mewakili setiap
  fenomena/perkara tidak bermula dengan sifar tetapi
  melebihi sifar
• Tapak dan puncak setiap bar akan mewakili nilai
  minimum dan maksimum sesuatu fenomena
• Ianya sesuai untuk menggambarkan perbezaan nilai
  minimum dan maksimum seperti nilai saham, nilai
  matawang, perubahan harga, perubahan
  permintaan dan sebagainya di dalam tempoh masa.
      Langkah-langkah menghasilkan
           carta bar terapung

• Menentukan skala
• Menentukan nilai minimum dan maksimum
  bagi setiap komponen
• Melukis bar
• Mewarna/melorek bar (warna sama)
• Membina tajuk
• Menulis petunjuk
• Membuat semakkan terhadap rajah
              Carta bar terapung




Harga saham syarikat terpilih pada tahun 1998
                CARTA PIRAMID
• Terdiri daripada bar mendatar yang disusun
  berlapis-lapis di atas satu sama lain sehingga
  membentuk satu gambaran seperti piramid.
• Setiap piramid mempunyai 2 skala di kiri dan kanan
  yang seragam
• Ketebalan setiap lapisan bar boleh mempengaruhi
  kesan pengamatan/penglihatan seseorang
• Untuk menentukan ketinggian piramid seimbang
  dengan lebarnya, 2 perkara perlu dipertimbangkan,
      - Bilangan lapisan bar yang akan dilukis
      - Ukuran bar yang maksimum
• Jika bilangan bar yang handak dilukis lebih daripada
  lima, maka ketebalan setiap bar haruslah tidak lebih
  daripada 1/10 atau 0.1 daripada ukuran mengufuk
  bar yang paling panjang
• Contohnya ukuran bar yang paling panjang ialah 20
  cm, maka lebar setiap bar mestilah tidak lebih
  daripada 2 cm.
• Jika lapasan bar yang ingin dilukis kurang daripada
  5, maka ketebalan setiap bar perlu ditingkatkan
  supaya piramid yang dihasilkan akan kelihatan lebih
  seimbang dan menarik
• Carta piramid selalu digunakan untuk jumlah dan
  komposisi penduduk, pekerjaan, pencapaian
  pelajaran, pendapatan dan sebagainya.
        Langkah-langkah menghasilkan carta
                       piramid
•   Menentukan skala
•   Menentukan ukuran bar yang maksimum
•   Menentukan bilangan lapisan bar yang diperlukan
•   Menentukan ketebalan bagi setiap bar
•   Menentukan unit bagi setiap komponen
•   Melukis bar
•   Mewarna/melorek bar (sama/berbeza)
•   Membina tajuk
•   Menulis petunjuk
•   Membuat semakkan terhadap rajah
                    Carta piramid
                            90++

                         80-90 th

                         70-80 th

                         60-70th

                         50-60 th


                         40-50 th

                         30-40 th


                         20-30 th

                         10-20 th


                          0-10 th


-40   -30   -20    -10              0   10      20   30   40


                  Lelaki            Perempuan
   CARTA BAR DAN GARISAN 1 PAKSI
• Kombinasi antara carta bar dengan graf garisan
• Digunakan untuk menerangkan dua perkara
  atau fenomena yang berbeza
• Kedua-dua fenomena/perkara ini mempunyai
  unit ukuran/skala yang sama
• Ianya sesuai jika ingin menunjukan perbezaan,
  persamaan atau membuat perbandingan dalam
  jumlah atau pertumbuhan di antara dua
  fenomena
• Selalu digunakan untuk menunjukkan dua
  fenomena yang saling berkaitan atau yang
  terlalu kontra di antara satu sama lain.
      Langkah-langkah menghasilkan carta bar
            dan graf garisan satu paksi

•   Menentukan skala
•   Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan garisan
•   Menentukan unit bagi setiap bar
•   Melukis bar dan titik plotan
•   Mewarna/melorek bar dan garisan
•   Membina tajuk
•   Menulis petunjuk
•   Membuat semakkan terhadap rajah
               Carta bar dan garisan 1 paksi
60000



50000



40000



30000



20000



10000



   0
        1990       1992      1994      1996           2000   2002

                          Pendapatan   Perbelanjaan
     CARTA BAR DAN GARISAN 2 PAKSI
• Kombinasi antara carta bar dengan graf garisan
• Digunakan untuk menerangkan dua atau lebih
  perkara atau fenomena yang berbeza
• Setiap fenomena/perkara mestilah mempunyai 2
  unit ukuran atau skala sahaja (tidak boleh > 2 ) iaitu
  di paksi kiri dan kanan carta berkenaan
• Carta ini boleh menggabungkan antara lain:
  - Graf garisan mudah dengan carta bar mudah
  - Poligraf dengan carta bar kompoun
  - Graf garisan dengan carta bar memesong
  - Graf garisan dengan carta bar komponen dll.
• Sesuai untuk menjelaskan banyak fenomena sama
  ada membuat perbandingan dari segi jumlah,
  pertumbuhan, aliran dan sebagainya
• Penjelasan atau petunjuk yang bersesuaian perlu
  dinyatakan untuk mengelakkan kekeliruan
• Penentuan skala adalah bergantung kepada nilai
  maksimum bagi setiap komponen di skala kiri dan
  skalan kanan
• Penentukan skala dan juga warna/corak lorekan
  bergantung kepada saiz kertas yang digunakan,
  masa yang diperuntukan dan tujuan carta
  berkenaan dihasilkan
• Tajuk mestilah jelas dan dapat menerangkan
  keseluruhan data/maklumat, tetapi handaklah
  ringkas dan padat.
  Langkah-langkah menghasilkan carta bar
         dan graf garisan 2 paksi

• Menentukan skala di paksi kiri dan kanan
• Menentukan saiz setiap bar dan ketebalan
  garisan
• Menentukan unit bagi setiap bar
• Melukis bar dan titik plotan
• Mewarna/melorek bar dan garisan
• Membina tajuk
• Menulis petunjuk
• Membuat semakkan terhadap rajah
             Carta bar dan garisan 2 paksi
100                                                                        9

 90                                                                        8

 80
                                                                           7
 70
                                                                           6
 60
                                                                           5
 50
                                                                           4
 40
                                                                           3
 30
                                                                           2
 20

 10                                                                        1

  0                                                                        0
      1980      1985             1990          1995          2000   2005

                       Eksport      Tempatan          Pertumbuhan
CARTA PAI
                   CARTA PAI
• Carta pai ini berbentuk bulatan penuh 3600
• Setiap bulatan dibahagikan kepada beberapa
  komponen berdasarkan kepada data yang
  diberikan.
• Sudut setiap komponen dikira dengan formula
  berikut:
     Sudut =       Jumlah sektor       x 3600
                 Jumlah keseluruhan
• Jejari bulatan pula dikira dengan formula berikut:

     Jejari =    Jumlah keseluruhan
                           
• Kebiasaannya susunan pembahagian sudut sektor-
  sektor bermula daripada jumlah terbesar kepada
  yang kecil
• Jumlah peratus hendaklah ditulis pada setiap sektor
  (jumlah jarang ditulis kecuali kes-kes tertentu)
• Setiap sektor akan dilorek atau diwarna secara
  berbeza-beza untuk memudahkan data/maklumat
  dikenalpasti antara satu dengan yang lain
• Jumlah keseluruhan akan dinyatakan di bahagian
  bawah carta pai
• Untuk menghasilkan carta pai yang berkesan,
  bilangan komponen biasanya tidak lebih daripada 5
  kecuali kes-kes tertentu sahaja.
              Jenis-jenis carta pai
• Carta pai mudah
• Carta pai berbanding (2 atau lebih)
• Carta pai bertindih
• Carta pai bertingkat
• Lain-lain
• Setiap jenis carta pai mempunyai fungsi, kebaikan
  dan kelemahan masing-masing
• Jenis data, saiz kertas, masa yang diperuntukan
  untuk menghasilkan carta pai, kategori kumpulan
  pengguna dan kehendak soalan akan menentukan
  jenis carta pai yang akan dipilih.
            CARTA PAI MUDAH
• Mempunyai 1 bulatan penuh 3600. Panjang jejari
  bergantung kepada jumlah keseluruhan
• Langkah-langkah menghasilkan carta pai mudah
     1. Mengenalpasti sektor-sektor
     2. Menentukan sais jejari
     3. Menentukan sudut setiap sektor
     4. Melukis bulatan penuh 3600
     5. Membahagikan bulatan kepada sektor-sektor
     6. Melorek/mewarna setiap sektor
     7. Menulis peratus setiap sektor
     8. Menulis jumlah keseluruhan dibawah bulatan
Contoh carta pai mudah
    13%               13%




                            17%




  57%


          12,345 kg
          CARTA PAI BERBANDING
• Mempunyai 2 bulatan penuh
• Digunakan untuk membuat perbandingan antara 2
  tahun
• Setiap sektor yang sama akan dilukis mengikut
  urutan yang sama dan lorekan/warna yang sama
• Skala untuk carta pai mestilah sama
• 2 carta pai berkenaan mestilah dilukis pada muka
  surat/lembaran yang sama( tak boleh dipisahkan)
• Jejari bulatan adalah berdasarkan jumlah
  keseluruhan bagi setiap tahun
• Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai
  berbanding adalah sama dengan carta pai mudah
           Contoh carta pai berbanding

                                           12%

  13%           13%

                            31%



                                                 19%
                      17%




57%



      1969 = 45289                 38%

                                  2005 = 78314
            CARTA PAI BERTINDIH
• Mempunyai 2 bulatan yang dilukis secara bertindih
• Digunakan untuk membuat perbandingan
• Bulatan yang mewakili jumlah yang sedikit akan
  diletakkan dibahagian dalam dan jumlah yang besar
  akan diletakkan di bahagian luar bulatan
• Titik tengah bagi 2 bulatan ini ialah sama, 1 titik
• Saiz bulatan berdasarkan kepada jejari
• Jumlah keseluruhan ditulis di bawah bulatan
• Peratus ditulis di setiap sektor
• Langkah-langkah untuk menghasilkan carta pai
  bertindih adalah sama dengan carta pai berbanding
          Contoh carta pai bertindih
                                                         1997


                                                         1999
       28%

                24%                              37%
                                        27%




           20%
     7%                                 16%


                          13%

             13%
                                  15%


    Petroleum     Sawit   Balak    Getah      Industri


1997 = RM 1279 juta 1999 = RM 2018 juta
          CARTA PAI BERTINGKAT
• Berbentuk silinder atau tong
• Mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian permukaan
  dan bahagian tepi/tinggi
• Bahagian permukaan :
   – Biasanya menunjukkan sektor, komoditi,
     kumpulan dan sebagainya
   – Berbentuk bulatan penuh seperti carta pai
     mudah
   – Nilai peratus dinyatakan pada setiap sektor
   – Setiap sektor diwarnakan/dilorek berbeza-beza
• Bahagian tinggi/tepi
  – Selalunya menunjukkan negara, tahun, kaum
    dan sebagainya
  – Tinggi bahagian tepi biasanya tidak melebihi 10
    cm (tinggi yang selalu diguna ialah 10 cm)
  – Pembahagian tinggi bagi setiap bahagian yang
    digunakan adalah berdasarkan jumlahnya
  – Peratus bagi setiap bahagian ketinggian perlu
    dinyatakan
  – Lorekan bagi setiap bahagian ketinggian juga
    adalah berbeza-beza

         Jumlah keseluruhan perlu dinyatakan
              di bahagian bawah carta
    Langkah-langkah membuat carta pai bertingkat

•   Menentukan jejajari dan lukis bulatan penuh
•   Kira sudut sektor dan melukis sektor tersebut
•   Warna/lorek setiap sektor
•   Tulis peratus bagi setiap sektor
•   Tentukan skala garisan menegak
•   Tentukan tinggi setiap kumpulan menegak/tepi
•   Melukis tinggi setiap kumpulan menegak
•   Warna/lorek setiap kumpulan menegak
•   Tulis peratus setiap kumpulan menegak
•   Menyatakan jumlah keseluruhan
•   Menulis tajuk, skala, petunjuk dan sumber
   Contoh carta pai bertingkat
                         12%



         31%



                               19%




                                     Bumiputra lain

                   38%
                                     India

                                     Cina

               Mukim C (50%)         Melayu


               Mukim B (32%)

               Mukim A (18%)

Jumlah tahun 2004 : 25,789 orang
      JENIS-JENIS CARTA YANG LAIN
HISTOGRAM
• Terdiri daripda turus bar yang disusun rapat-rapat
• Digunakan untuk menunjukkan maklumat tentang
  kekerapan, pengulangan dan ferekuensi sesuatu
  perkara/fenomena
• Maklumat/data tentang perkara/fenomena yang
  ingin digambarkan melalui graf haruslah
  dibahagikan kepada nila sela (0-50, 51-100,dll)
• Setiap bar mesti diwarna/lorek dengan warna yang
  sama
• Contoh histogram seperti berikut:
20            Contoh histogram


15




10




 5




 0
     0-9   10-19   20-29   30-39   40-49   50-59   60 >>
  BULATAN BERKADARAN
• Terdiri daripada beberapa bulatan penuh
• Setipa bulatan hanya dapat menggambarkan jumlah
  sesuatu fenomenan atau selang kelas sesuatu nilai
• Ianya bukan sahaja dapat menunjukan imbangan
  saiz dan bandingan ciri, malah selalu digunakan
  untuk menunjukkan lokasi.
• Kegunaannya tidak begitu meluas kecuali untuk
  menggambarkan jumlah sesuatu fenomena
  khususnya penduduk
• Ianya juga tidak sesuai untuk menggambarkan nilai
  yang terlampau besar dan terlampau kecil.
• Namun mudah dibuat dan ditafsirkan.
    Langkah-langkah menghasilkan carta
            bulatan berkadaran
• Tentukan nilai setiap pembolehubah
• Menentukan skala
• Mengira jejari bulatan bagi setiap
  pembolehubah
• Melukis bulatan
• Mewarna/melorek bulatan
• Menentukan tajuk, menulis skala dan sumber
  rujukan
• Semakkan dan kemasan rajah
Contoh bulatan berkadaran




    300 >>

    200-299

    100-199

    < 100
                  CARTA TITIK
• Terdiri daripada nilai-nilai yang diplot dengan
  menggunakan simbol titik, bulatan, segi tiga, tanda
  pangkah dan sebagainya.
• Dikenali juga sebagai Gambarajah Sebaran
• Biasanya digunakan untuk melihat taburan dan
  perkaitan antara dua perkara
• Corak titik-titik yang diplot akan menjelaskan sama
  ada terdapat perkaitan atau sebaliknya
• Satu garisan atau anak panah akan dilukis untuk
  menunjukkan corak yag sepatutnya dijangka atau
  dilihat
• Contohnya corak dalam persamaan kolerasi
                   Perhubungan positif
300

250

200

150

100

50

 0
      0   5   10      15    20    25     30   35   40
              Perhubungan negatif

350

300

250

200

150

100

50

 0
      0   5   10   15   20   25     30   35   40
                   Perhubungan keluk

350

300

250

200

150

100

50

 0
      0   5   10      15    20    25   30   35   40
                   Tiada perhubungan
350

300

250

200

150

100

50

 0
      0   5   10    15   20   25   30   35   40   45
                CARTA SEGI TIGA
• Berbentuk segi tiga mempunyai paksi yang sama
• Boleh digunakan untuk menggambarkan
  data/maklumat yang mempunyai 3 komponen
• Setiap komponen mesti dinyatakan di dalam peratus
• Jumlah keseluruhan ketiga-tiga komponen = 100%
• Nilai setiap komponen diwakili oleh 3 paksi segi tiga
• Garaf ini amat berkesan untuk menunjukkan data
  banci, data fizikal, ekonomi dan sebagainya.
• Contoh, kawasan A mempunyai penduduk yang
  tediri daripada 50 % Melayu, 25% Cina dan 25%
  India, maklumat tersebut boleh ditunjukan oleh carta
  segi 3 seperti berikut:
    Melayu




0    50      100%
Cina
India
Komposisi penduduk di Kawasan A

             0




                              0

 0               50         100%

								
To top