EP enggal 3B Pengurusan

Document Sample
EP enggal 3B Pengurusan Powered By Docstoc
					1
2
Bahagian Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia
dalam sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga
tajuk, iaitu

     Penulisan Kreatif
     Pengurusan
     Multimedia Dalam Sastera

Fokus pembentangan ini ialah Pengurusan



                                                    3
                Tajuk
2 Pengurusan
  2.1 Prinsip asas pengurusan
        2.1.1 Perancangan
        2.1.2 Pengorganisasian
        2.1.3 Tenaga kerja (Staffing)
        2.1.4 Kepimpinan
        2.1.5 Kawalan


   2.2 Terapan terhadap teks

                                        4
            Tajuk
2.3 Organisasi sastera
     2.3.1 Pengurusan organisasi
     2.3.2 Pengurusan projek




                                   5
                    PENGURUSAN
                Prinsip Asas Pengurusan


                   Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a)   menjelaskan maksud dan konsep asas pengurusan;
(b)   menghuraikan prinsip asas pengurusan organisasi.




                                                         6
                    PENGURUSAN
                   Terapan terhadap Teks


                   Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a)   mengenal pasti unsur pengurusan daripada teks kajian;
(b)   menganalisis asas pengurusan dalam organisasi yang
      wujud dalam teks kajian.




                                                         7
                  PENGURUSAN
                  Organisasi Sastera


                 Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a)   menjelaskan aspek perancangan kerja dalam
      organisasi sastera;
(b)   menghuraikan aspek pengurusan projek seperti
      seminar, kursus, pertandingan, dan pementasan.



                                                  8
Penggal     Kod dan                                   Markah
                            Jenis Ujian                           Masa Pentadbiran
Pengajian   Nama Kertas                               (Wajaran)

Penggal 3   922/3           Ujian Bertulis               75       2 jam Pentaksiran
            Kesusasteraan                             (26.67%)          berpusat
            Melayu
            Komunikatif 3   Bahagian B:                  25

                            Pengurusan

                            Soalan esei
                            2 soalan diberikan
                            Jawab 1 soalan daripada
                            2 soalan
                   PENGENALAN

 Pengurusan yang efektif merupakan kunci kejayaan
  sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat atau
  objektifnya.

 Walau apapun profesyen yang diceburi termasuk
  penulis dan menguruskan organisasi yg berhubung
  dengan kesusasteraan, pengurusan amat penting
  dipelajari.

 Dengan adanya pengetahuan tentang pengurusan,
  diharapkan seseorang itu akan menjadi lebih kreatif,
  kritis dan dinamis dalam membuat sesuatu tindakan.



                                                     10
              DEFINISI PENGURUSAN

 Menurut Juhary Haji Ali, organisasi merupakan unit
  sosial yang terdiri daripada manusia yang
  berkerjasama dan saling bergantung antara satu sama
  lain untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan
  organisasi (Prinsip dan Amalan Pengurusan, KL: DBP,
  2004)

 Pengurusan suatu proses yang melibatkan kerjasama
  manusia dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
  matlamat atau objektif organisasi.



                                                    11
 Jaafar Muhammad (Asas Pengurusan, Shah Alam:
  Penerbit Fajar Bakti, 1999) “pengurusan ialah satu
  proses mengagihkan input organisasi (termasuk
  sumber ekonomi dan sumber kakitangan) dengan cara
  perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
  pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (segala
  barangan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya
  objektif organisasi tercapai”.




                                                    12
 Berdasar definisi itu, kata kunci yang perlu diketahui
  ialah proses untuk mencapai matlamat atau objektif
  sesebuah organisasi. Proses sebagai satu cara yang
  sistematik dalam melaksanakan sesuatu kerja atau
  sekumpulan tugasan. Di samping itu, kerjasama
  kelompok manusia dalam organisasi itu secara efektif
  dan efisien amat diperlukan bagi mencapai matlamat
  atau objektif organisasi.




                                                       13
          PENGURUSAN KESUSASTERAAN
Ismail Ahmad        (Dewan Sastera, Oktober, 1990):
“Pengurusan Kesusasteraan” ialah mereka yang bertugas
di sesebuah institusi untuk mengembangkan sastera,
termasuk institusi penerbitan sastera, juga adalah ejen.
Kerja utamanya ialah mengurus, bukan mencipta. Kalau
ingin menjadi pencipta sepenuh masa, maka ikutilah jejak
beberapa sasterawan yang menjadikan menulis sebagai
pekerjaan utama, bukan pengurus yang memikul
tanggungjawab untuk mengembang dan memajukan
kesusasteraan melalui sesuatu organisasi atau badan
yang tertentu. Tugas pengurus dan tugas penulis adalah
tugas yang berlainan. Tugas penulis ialah menulis, dan
tugas pengurus (sama ada sastera mahupun bukan)
adalah mengurus, memikir dan merancang untuk
membina      dan      mengembangkan,       dan    dalam
kesusasteraan: mengembangkan kesusasteraan, penulis
dan karya.”                                             14
Dalam konteks ini dapat dirumuskan bahawa pengurusan
kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua aspek,
iaitu:

Pengurusan yang berkaitan operasi dalam sesebuah
organisasi yang berteraskan kesusasteraan

      Contohnya GAPENA; Jabatan Kesusasteraan
      Melayu; pengurusan drama atau penganjuran
      pertandingan deklamasi sajak.



                                                   15
Pengurusan yang terdapat dalam sesebuah teks
sastera

     Contohnya dalam Saudagar Besar dari Kuala
     Lumpur. Pengurusan menyambut ketibaan
     DYMM Sultan ke Kampung Pulai dalam novel
     Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya
     Keris Mas.




                                                 16
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN

        Perancangan

      Pengorganisasian

    Tenaga Kerja (Staffing)

         Kepimpinan

           Kawalan



                              17
                 PERANCANGAN

 Gary Dessler: Perancangan sebagai kaedah-kaedah
  yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum
  membuat sesuatu.

 Andrew F. Sikula: Perancangan mengandungi aktiviti-
  aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum
  berlakunya sesuatu.

 Harold Koontz: Perancangan sebagai penentuan
  tentang sesuatu yang hendak dibuat, bagaimana
  melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi
  pelaksana.

                                                    18
 Dalam konteks pengurusan yang berkaitan operasi
  dalam sesebuah organisasi yang berteraskan
  kesusasteraan, contohnya sebelum menganjurkan
  pertandingan deklamasi sajak, perancangan perlu
  dilakukan terlebih dahulu. Ini melibatkan penetapan
  objektif dan langkah-langkah untuk mencapai objektif
  pertandingan deklamasi sajak dianjurkan.




                                                     19
          KEPENTINGAN PERANCANGAN

 Dapat menentukan hala tuju sesebuah organisasi

 Merupakan faktor penyatu dalam membuat keputusan

 Menolong para pengurus untuk mengenal pasti
  peluang pada masa depan

 Sebagai penanda aras untuk mengukur prestasi



                                                     20
PERINGKAT DALAM PERANCANGAN

      Menetapkan matlamat atau objektif


Merangka strategi bagi mencapai matlamat atau objektif


 Menghasilkan berbagai alternatif untuk perlaksanaan


Menilai keberkesanan setiap alternatif dalam mencapai
            matlamat atau objektif


  Memilih satu alternatif yang dianggap paling efektif


   Membuat penilaian dan kajian semula (jika perlu)
                                                         21
                PENGORGANISASIAN

 Pengorganisasian dari kata akar organisasi.

 Maksud pengorganisasian ialah penyusunan sumber-
  sumber sesebuah organisasi dalam bentuk kesatuan
  dengan cara yang berkesan agar matlamat atau
  objektif dan sasaran organisasi dapat dicapai.




                                                 22
       PROSES DALAM PENGORGANISASIAN

 Menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan
  untuk mencapai matlamat atau objektif yang telah
  ditetapkan.

 Mengumpulkan aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan
  mengikut kesesuaian kelompok atau kumpulan kerja.

 Mengagihkan aktiviti-aktiviti berkaitan kepada tenaga
  kerja berdasarkan kebolehan masing-masing.

 Mengadakan     penyelarasan       kerja-kerja   untuk
  pengendalian yang berkesan

                                                       23
 Dalam konteks pengurusan yang berkaitan operasi dalam sesebuah
 organisasi yang berteraskan kesusasteraan, contohnya struktur organisasi
 dalam menganjurkan pertandingan berbalas pantun:

                              Pengarah


                             Setiausaha



                             Bendahari




    JK          JK          JK          JK          JK         JK
Cenderamata   Teknikal    Peserta    Sambutan     Jamuan      Hakim
Pengurusan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ketika
perayaan menyambut lawatan DYMM Sultan ke Kampung Pulai,
dibentukkan struktur organisasi bagi acara tersebut seperti berikut:
                                 Penaung
                             (Pegawai Daerah


                                  Penasihat
                      (Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad)

                                Pengerusi
                                 (Sudin)

                                Setiausaha
                                  (Jahid)

                                 Bendahari
                                (Pak Salim)




         J/Kuasa
                                  J/Kuasa                J/Kuasa
       (Jamaluddin)
            TENAGA KERJA (STAFFING)

 Umumnya aktiviti-aktiviti dalam sesebuah organisasi
  dijalankan oleh tenaga kerja yang berkebolehan dan
  berkeupayaan dalam mencapai matlamat atau objektif
  organisasi berkenaan.

 Dalam hal ini sebelum seseorang itu dilantik dalam
  sesebuah     organisasi,    pengkajian     mengenai
  pengimbangan di antara aktiviti yang perlu dilakukan
  dengan keperluan tenaga kerja.

 Maklumat mengenainya perlu dianalisis secara teliti
  sebelum penghasilan spesifikasi kerja yang diperlukan
  dalam sesebuah organisasi.

                                                      26
Format yang umum digunakan untuk menulis spesifikasi
kerja seperti yang berikut:

 Nama jawatan: Nama jawatan yang dipilih mestilah
  ringkas, mudah dan menerangkan tugas jawatan
  tersebut.

 Ringkasan kerja: Bidang tugas diterangkan dengan
  ringkas, jelas dan tepat.

 Senarai tugas: Senarai tugas disusun mengikut
  keutamaan.

                                                   27
Dalam pemilihan tenaga kerja, sesebuah organisasi
perlulah memilih seseorang yang menunjukkan minat dan
berketrampilan (competent) dalam bidang tugasnya.

Proses pengambilan tenaga kerja baharu yang
bersesuaian dengan matlamat atau objektif organisasi
adalah satu proses yang penting kerana kejayaan
organisasi pada masa akan datang, bergantung kepada
keupayaan tenaga kerjanya.




                                                    28
                KEPIMPINAN

   Umumnya kepimpinan didefinisikan sebagai
    seni atau proses       seseorang       dalam
    mempengaruhi kegiatan manusia ke arah
    pencapaian matlamat atau objektif organisasi.




                                                    29
             TIGA GAYA KEPIMPINAN

 Pemimpin yang autokratik
  Segala arahannya mesti dipatuhi tanpa mengambil
  kira pandangan tenaga kerjanya.

 Pemimpin yang demokratik
  Menggalakkan penglibatan dan penyertaan daripada
  tenaga kerjanya dalam pembuatan keputusan.

 Pemimpin laissez-faire
  Sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi
  kebebasan      kepada   tenaga   kerjanya untuk
  mengendalikan kerja mereka.
                                                 30
       FAKTOR KEJAYAAN SEORANG PEMIMPIN

Visi
Pemimpin yang berwawasan sudah pasti mempunyai visi
yang tersendiri dalam proses pengurusannya. Visi
diperlukan untuk menentukan matlamat atau objektif
yang perlu dicapai.

Perancangan
Pemimpin yang berjaya apabila perancangan ke arah
objektif organisasi tercapai. Berdasarkan perancangan
seorang      pemimpin       dapat     mengagih-agihkan
tanggungjawab       tenaga kerjanya bagi mencapai
matlamat atau objektif organisasi.

                                                     31
Keberkesanan Komunikasi
Matlamat atau objektif sesuatu pengurusan ditentukan
oleh keberkesanan komunikasi dua hala antara pemimpin
dengan tenaga kerjanya. Pemimpin akan berkomunikasi
dengan orang lain untuk menyatakan visinya dan
seterusnya mengajak orang lain agar bersama-sama
mencapai visi yang diidamkan.




                                                    32
                     KAWALAN

 Kawalan ialah satu proses untuk memastikan kegiatan
  dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sesebuah
  organisasi terarah kepada pencapaian matlamat atau
  objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

 Jika didapati ada tanda menunjukkan kesukaran atau
  ketidakupayaan dalam mencapai matlamat atau
  objektif dan sasaran organisasi maka tindakan
  pembetulan atau pemulihan perlu dilakukan.


                                                    33
 Kajian terperinci perlu dilakukan untuk meneliti punca
  perkara tersebut boleh berlaku.

 Proses pembetulan atau pemulihan perlulah
  mengambil kira punca berlakunya perkara tersebut
  agar perkara yang sama tidak akan berulang pada
  masa hadapan.




                                                       34
            PROSES KAWALAN
                   Perancangan &
                      Objektif


                  Kegiatan untuk
                 Mencapai Objektif


                   Hasil Kegiatan



  Tiada          Mungkinkah Objektif           Kawalan dan
Perubahan            Tercapai?                  Perubahan

            Ya                         Tidak
                   BIBLIOGRAFI

Jaafar Muhammad, Asas Pengurusan, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti, 1999

Koontz, Harold dan Heinz Weihrich, Pengurusan, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997

Rahim Abdullah, Asas Pengurusan, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1998.



                                                   36
37

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:35
posted:7/30/2012
language:
pages:37