Paraquat BM
Document Sample


Perjuangan Menentang
Paraquat
Racun Perosak
Kontroversi Syngenta
Pesticide Action Network
Asia and the Pacific (PAN AP)
Box: 1170, 18050, Penang, Malaysia
Tel: +(604) 657 0271 Fax: 6583960
Email: panap@panap.net
Web: http://www.panap.net
Paraquat Mengancam
Kesihatan Manusia
Paraquat adalah sejenis racun rumpai yang sangat
merbahaya dan tidak dapat diubati
Satu sudu teh paraquat yang pekat boleh
mengakibatkan maut dan tiada penawar.
Keadaan dan situasi penggunaan (Conditions of
Use) racun perosak ini di kebanyakan negara
membangun menyebabkan peraturan dan kaedah
yang disarankan di label sukar dipatuhi.
Kesannya sangat buruk kepada pekerja terutama
sekali semasa membancuh dan memikul. Ia boleh
mengakibatkan keracunan yang membawa maut.
Jika terdedah untuk jangka masa yang panjang, ia
juga akan mengakibatkan kematian.
Paraquat boleh memasuki badan melalui:
mulut - makan atau minum
kulit – resapan melalui kulit
hidung – terhidu wap-wap
Tanda-Tanda keracunan:
Rasa pedih di mulut, tekak, dada, perut
paru-paru bengkak
sakit pankreas,
sakit buah pinggang
Mengancam sistem saraf pusat dan
boleh mengakibatkan stroke/lumpuh.
Tangan kering dan berpecah-pecah,
kuku dikakis, menjadi rapuh dan
tertanggal.
Kulit gatal, berbisul dan
sebagainya.
Boleh mengancam nyawa dan
membawa kesan buruk kepada
perut, usus kecil dan besar, hati,
jantung dan organ yang lain.
Semakin banyak bukti yang
mengaitkan paraquat dengan penyakit
“Parkinson”.
Perjuangan
Menentang Paraquat
Kajian Pusat Racun Negara dari tahun
1987-1997 menunjukkan bahawa 27% daripada
kes keracunan dan kematian akibat paraquat adalah
disebabkan pendedahan semasa penggunaan
sepanjang hari dan akibat kemalangan semasa
mengendalikan paraquat.
Pekerja- pekerja ladang biasanya ditugaskan untuk
menyembur racun perosak ini enam hari seminggu, 10
bulan dalam setahun atau lebih. Ini mengakibatkan
pekerja mengalami pendedahan yang tinggi kepada
paraquat.
Paraquat ialah racun rumpai di bawah senarai WHO ,
kategori II. Tetapi ia disenaraikan dalam Kelas 1(B)
dalam Akta Racun MakhlukPerosak Malaysia 1974
Ini adalah kerja rutin di ladang di mana pekerja mengalami kesan
buruk terhadap kesihatan mereka. Wanita merupakan tenaga buruh
utama di ladang Malaysia. Terdapat kira-kira 30,000 pekerja wanita.
Kebanyakan pekerja adalah kaum wanita dan mereka
terdedah kepada paraquat sepanjang hari
Kesan buruk kepada kulit
Kes-kes Keracunan Paraquat
Dalam bancian yang terbaru:
Costa Rica & Amerika Selatan
60 % pekerja yang diracuni mengalami kesan kulit
yang gatal dan terasa seperti dibakar.
26 % mengalami kecederaan dan sakit mata
14 % mengalami hidung berdarah dan kuku cedera.
Di ladang kopi, pekerja juga mengalami kanser kulit.
Afrika Selatan
126 pekerja telah diperiksa dan didapati daya upaya
paru-paru sudah berkurangan sebanyak 10-15 %.
Industri Racun Perosak Malaysia
(2005)
Jumlah jualan – RM 328 juta
Anggaran pasaran haram – RM 35 juta
Racun Rumpai – RM 218 juta (66%)
Sejumlah 70% penggunaan Racun
Rumpai digunakan di ladang-ladang.
Siapa Untung?
Jualan Racun di Dunia (racun rumpai,racun
fungi dan racun serangga) adalah $35 juta
pada tahun 2004.
10 syarikat mengawal 84% ($29 juta) jualan
racun di dunia.
Mengawal
6 Syarikat 71 %
Besar jualan
(TNC) Racun di
dunia
SIAPA UNTUNG DARI JUALAN
PARAQUAT
Jumlah jualan
paraquat pada
SYNGENTA tahun 2003
adalah bernilai
US $ 300 JUTA
Syngenta
Pengeluar Terbesar
Jualan tahunan paraquat di seluruh dunia dijangka
melebihi $1,000 juta = 25,000 tan
Pengeluar terbesar paraquat pada masa kini ialah
sebuah syarikat Switzerland yang bernama
Syngenta-jualan hampir $300 juta pada tahun 2003
Sekurang-kurangnya hampir 62% daripada jualan ini
adalah daripada negara-negara membangun,
terutamanya Asia dan Latin Amerika
Negara China telah menjadi pengguna kedua
terbesar Gramoxone iaitu 2 tahun selepas Syngenta
membuka kilang paraquat di Nantong, China.
ICI – Imperial Chemical Industries
1993 ICI spin-offs its agricultural and pharmaceuticals
BUSINESS into a separate company
ZENECA
ASTRA, a Swedish
pharmaceutical company
ASTRAZENECA
1999
CIBA-GEIGY AND
SANDOZ OF
SWITZERLAND
MERGED FORMING
NOVARTIS
SYNGENTA - 2000
Kempen untuk Pengharaman
Paraquat Sedunia!
Kempen PAN
Kempen “DIRTY
DOZEN” di
lancarkan pada 1985
12 jenis racun
perosak yang
disarankan
Paraquat ialah salah
satu racun yang
disarankan untuk
diharamkan di
seluruh dunia
Pelancaran Kempen untuk
Memperkasakan Pekerja Peladang
Kempen untuk
mengharamkan
paraquat di Malaysia
telah berterusan lebih
dari 20 tahun.
Pada tahun 1999- 2001 -
PAN AP & Tenaganita
bekerjasama dengan
pekerja ladang wanita
untuk menjalankan
pemantauan kesan-
kesan kesihatan racun
perosak.
Pemantauan Racun Perosak Berasaskan
Komuniti
Penglibatan Pusat Racun Negara
dalam laporan dan aktiviti yang
dianjurkan oleh Tenaganita dan PAN
AP telah mencetuskan reaksi dari
pegawai –pegawai kerajaan Malaysia.
Paraquat diharamkan di Malaysia
pada Ogos 2002.
“Poisoned and Silenced”
dilancarkan pada tahun 2001,ia
mengenal pasti paraquat Sejak pengharaman,
sebagai ancaman utama di
ladang kelapa sawit.
Syngenta telah menjalankan
Pengharaman paraquat ini banyak aktiviti dan taktik
bersama racun perosak lain untuk membatalkan
dalam senarai WHO Kelas 1 pengharaman ini.
juga disarankan.
Kegiatan-kegiatan Kempen mengharamkan
Paraquat sedang dijalankan di negara Switzerland
untuk mendedahkan masalah yang berpunca
daripada paraquat di seluruh dunia.
Ibu pejabat Syngenta terletak di Switzerland.
Kempen di Switzerland itu akan melibatkan
kempen kesedaran awam melalui media, poster,
sidang akhbar, seminar, mesyuarat dengan
pegawai kerajaan, mesyuarat bersama pemegang
saham, lawatan ke sekolah dan sebagainya.
Gabungan PAN, Berne Declaration(Deklarasi
Berne), Swedish Society for Nature Conservation
dan beberapa persatuan yang lain telah
menguatkan perjuangan dan telah menerbitkan
buku "Paraquat - Syngenta’s Controversial
Herbicide" pada 2002.
Kerajaan Sweden mendakwa kesatuan EU supaya
mengharamkan paraquat
Kempen Paraquat diteruskan
Perjuangan Kempen di Malaysia untuk
mengharamkan Paraquat diteruskan
Paraquat masih dijual di Indonesia, China,
Thailand dan negara-negara lain. Oleh itu
kempen ini diteruskan dengan sokongan
PAN Asia Pacifik.
Kempen diteruskan di Costa Rica
Kempen ini juga disokong oleh PAN
International (PAN Antarabangsa) di
Amerika Syarikat, Europe, Afrika dan
Amerika Selatan
Pada bulan Januari, 2003 PAN AP, Tenaganita, PAN
Philippines, Thanal, PAN AP, APVVU dan persatuan lain
telah mengadakan Perbicaraan Awam mengenai
Keracunan Racun Perosak di Hyderabad, India
Dua pekerja wanita ladang telah memberi keterangan
mengenai kesan paraquat ke atas kesihatan mereka
Dua orang dari Filipina dan dua orang dari Kasargod,
Kerala di India memberi keterangan mengenai kesan
racun makhluk perosak ke atas kesihatan mereka.
Hakim-hakim di Perbicaraan Awam tersebut
telah mendapati syarikat tersebut “Bersalah”
kerana menghasilkan racun Paraquat dan
racun yang lain.
2 ribu pekerja dan petani telah menghadiri
acara ini di Hyderabad.
Hentikan Paraquat!
PAN melancarkan hari “NO Pesticides Use
Day”tiap-tiap tahun untuk menumpu kepada
Paraquat
Untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar, PAN
International telah menyeru:
Syngenta, pengeluar paraquat terbesar
(Gramoxone) memberhentikan pengeluaran
paraquat.
Syngenta mengambil tanggungjawab sepenuhnya
dan menanggung liabiliti terhadap kesihatan
komuniti yang diracuni paraquat.
Semua pihak berkuasa mengharamkan
penggunaan paraquat.
Paraquat diganti dengan cara pengawalan
perosak yang lebih selamat dan mampan.
Pennggunaan Kod FAO
Pada Sept 2004, PAN AP dan badan-badan yang lain telah
menghantar surat yang tegas kepada Pengarah FAO mengenai
cara pengiklanan Syngenta yang tidak megikut peraturan FAO.
Syngenta telah melancarkan satu cabutan bertuah sebagai
promosi untuk Gramoxone Gold cap di Thailand.
Hadiah-hadiahnya termasuk jaket, kemeja-T, motosikal dan trak
Pengiklanan tersebut juga menyatakan bahawa pembelian
Gramoxone akan menyumbangkan kepada ’Tabung Syngenta
untuk Generasi Petani Baru’ kononnya menyokong makanan
yang lebih selamat.
‘Kami sangat bimbang kerana pengiklanan
agresif ini hanya satu taktik untuk membuangkan
produk ini ke Thailand selepas pengharaman di
Malaysia”
…..nota Sarojeni V. Rengam, Pengarah Eksekutif
PAN AP – merujuk kepada pihak berkuasa
Malaysia untuk mengharamkan paraquat pada
Ogos 2002.
REAKSI FAO
Pada 10 Sept 2004, PAN AP telah menerima surat daripada
En.Mahmoud Solh, pengarah Bahagian Perlindungan Tanaman,
UN FAO:
‘ saya mengucapkan tahniah kepada PAN AP untuk inisiatif ini,
yang setara dengan provisi di bawah pindaan ‘ International Code
of Conduct on the distribution and Use of pesticides’,
terutamanya Artikel 12, perenggan 12.9 pada ’Pengawasan dan
Pemantauan kod”
En. Solh juga menyatakan:
‘FAO telah menulis surat kepada Kementerian Pertanian di
Thailand untuk membawa perhatian pihak berkuasa yang
bertanggungjawab”
Perarakan Rakyat untuk tanah
dan makanan tanpa racun
Perarakan Rakyat menyeru untuk
tanah dan makanan tanpa racun
Perarakan Rakyat (PC) telah bergerak dari
komuniti ke komuniti, dari kampung ke
bandar di 16 negara Asia & Eropah.
PC telah memaklum dan memobilisasi
rakyat tentang isu dan tema berkaitan
dengan:
Hak kepada tanah, sumber pengeluaran
dan makanan
Mengharamkan WTO dari Pemakanan dan
Pertanian!
Penghapusan Racun Perosak dan
Kejuruteraan Genetik
Menentang Syarikat Agrokimia
Menyokong konvensyen rakyat ke atas
Kedaulatan Makanan dan
menggunakannya dalam polisi nasional
program makanan dan pertanian
Haramkan Racun Perosak!
Semasa Perarakan
Rakyat 2004, pekerja
ladang Malaysia
telah melawat ke
beberapa negara
untuk memberi
keterangan tentang
Paraquat
(Gramoxone), yang
dijual oleh syarikat
Syngenta.
Tindakan di Konvensyen PIC 2004
Mesyuarat Pertama Parti (MOP) Persidangan
Rotterdam/PIC telah berlangsung di Geneva pada
September 2004
PAN AP telah menayangkan video selama 10 minit
untuk menyuarakan kebimbangan penggunaan
paraquat & keperluan untuk memasukkannya ke
dalam senarai PIC.
Video PAN AP yang ditayangkan telah
menyinggung wakil Syngenta.
Intervensi telah diteruskan pada Persidangan
kedua parti PIC di Rome, September 2005
Tindakan di
Konvensyen PIC
2005
Di Persidangan kedua PIC, (PIC
COP2) di Rome, Italy iaitu dari 26-30
September, 2005 ; PAN AP telah
menyokong penglibatan petani.
Nagamah, ketua pekerja ladang wanita dan mangsa
kepada pendedahan racun perosak seperti paraquat telah
mewakili Tenaganita. Beliau menceritakan situasi sebenar
bekerja di ladang, kesan buruk racun perosak terhadap
kesihatan dan sebagainya.
Wakil-wakil PIC telah mengatakan,“Itulah cerita yang perlu
kami dengar!". Wakil US EPA juga menyatakan, “Mengapa
Nagamah tidak membuat pembentangan di Persidangan
Sesi Utama?"
Negara-Negara yang telah
mengharamkan dan menghadkan
pengunaan paraquat
Austria - diharamkan
Slovenia - diharamkan
Cambodia – diharamkan dalam pertanian
Denmark - diharamkan
Indonesia - dihadkan
Finland - diharamkan
Hungary - dihadkan Philippines - dihadkan
Kuwait - diharamkan
Sweden- diharamkan
Syria – di haramkan Malaysia - (haramkan)
Switzerland – tidak 2002 sehingga pendaftaran
didaftarkan untuk paraquat berakhir. Tetapi
penggunaan …… paraquat masih di
Norway – tarik balik dari izinkan dijual (2006)
pasaran dengan sukarela
Tindakan Membantah Keputusan EU
PAN AP, PAN Europe & Persatuan Alam sekitar Sweden
telah menulis surat bantahan kepada EU Commission -
mengenai Syngenta yang menggunakan keputusan EU’s
untuk bertanding pengharaman paraquat di Malaysia
2 inisiatif bermula di Sweden pada 2003:
Kerajaan Sweden telah mengambil tindakan mahkamah di
Mahkamah Eropah supaya menentang keputusan EU
Commission untuk menerima paraquat.
Rakyat dan gabungan kumpulan-kumpulan tertentu
mengambil tindakan mahkamah sivil (civil). Terdiri
daripada kumpulan:
International Union of Food, Agricultural, Hotel,
Restaurant, Catering, Tobacco and Allied Workers'
Associations (IUF), the IUF's European regional
organization EFFAT-IUF, the European Environmental
Bureau (EEB), Pesticides Action Network (PAN) Europe,
the Dutch Society for Nature and Environment and the
Swedish Society for Nature Conservation (SSNC)
Pengharaman di Malaysian Diancam
April 15, 2005 - Kerajaan Malaysia
bercadang untuk mempertimbangkan
pengharaman paraquat.
Kementerian Pertanian dan Agro
Industri membuat keputusan untuk
mengkaji semula selepas
pembentangan oleh pemilik ladang
kecil dan industri utama.
April 20, 2005 - PAN AP, Tenaganita &
lebih dari 20 pekerja ladang wanita
telah pergi ke parlimen untuk melobi
Ahli parlimen dan mengadakan Sidang
akhbar.
PAN AP melancarkan kempen rayuan
“Kita akan meneruskan perjuangan sedunia untuk mengekalkan
kami untuk mengekalkan pengharaman pengharaman paraquat di Malaysia.
paraquat” Kata Nagamah, ketua
pekerja ladang wanita.
Banyak kumpulan dari seluruh dunia
Menteri membalas bahawa kuasa
telah menghantar surat kepada
untuk menukar keputusan
Perdana Menteri, Menteri Pertanian
pengharaman itu diberi kepada
dan juga Pengarah Badan Makhluk
Lembaga Racun Makhluk Perosak.
Racun Perosak.
Pengharaman di Malysia Diancam lagi
Pengharaman sepenuh paraquat
sepatutnya bermula pada 2005 tetapi
kerajaan telah melanjutkan fasa
penggunaan sehingga 2007 selepas rayuan
dari Industri Racun Perosak dan Industri
Kelapa Sawit.
Walaubagaimanapun, 5 syarikat
dikecualikan dari fasa ini, iaitu syarikat
yang mendaftar untuk racun perosak untuk
digunakan pada kawasan kelapa sawit yang
kurang dari 2 tahun. Ini adalah disebabkan
desakan dari industri yang hanya inginkan
keuntungan.
Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi
Dalam persidangan parlimen sesi April 2006,
Setiausaha Parlimen Industri Pertanian, Datuk Rohani
Abdul Karim, memaklumkan bahawa negara seperti
Amerika masih menggunakan paraquat tetapi dengan
pengawasan yang ketat untuk melindungi pengguna.
Petani-petani juga perlu memohon lesen untuk tujuan
penyemburan paraquat.
“Petani di Amerika juga dilatih untuk mengendalikan
paraquat. Situasi di negara maju amat berbeza jika
dibandingkan dengan Malaysia. Oleh itu, paraquat
tidak boleh digunakan di Malaysia”. Beliau
menegaskan bahawa pengharaman paraquat akan
diteruskan.
Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi
Tetapi seperti yang tertera di pekeliling Konvensyen
Rotterdam yang ke -23 pada Jun 2006,
‘Seketariat PIC juga ingin memaklumkan bahawa
Malaysia telah menarik semula notifikasi paraquat di
bawah artikel 5, Konvensyen Rotterdam. Lembaga
Racun Makhluk Perosak memaklumkan kepada
seketariat bahawa 5 syarikat telah dibenarkan untuk
berdaftar, tetapi hanya untuk mengawal lalang di
kawasan kelapa sawit yang di bawah umur 2 tahun.
Pengharaman di Malaysia Diancam
Lagi
Pada bulan September tahun 2006, kerajaan
telah memberi keizinan untuk menggunakan
paraquat.
Pekeliling bulan September 2006 daripada
Lembaga Racun Makhluk Perosak telah
menyatakan bahawa permohonan untuk
pendaftaran baru racun paraquat diterima
semula.
Tindakan Seterusnya
PAN AP akan mengawasi tindakan kerajaan dalam
pengharaman paraquat di malaysia.
PAN AP & Tenaganita akan mengumpul sokongan
untuk mendapatkan pengharaman semula.
Banyak kumpulan di Asia sedang mengawasi
masalah paraquat dan berjuang untuk pengharaman
di negara masing-masing termasuk Sri Lanka, Korea
& Thailand
SSNC(Sweedish Society for Nature Conservation)
akan terus menyeru kerajaan Sweden untuk
mendaftar Paraquat di senarai PIC.
Kempen Perbicaran Awam
Deklarasi Berne (Berne Declaration) telah memulakan kempen
perbicaraan awam melalui internet untuk menentang
Syngenta. Tujuaannya ialah untuk memobilisasi lebih 50,000
orang untuk mengundi dan sahkan kesalahan yang telah
diperlakukan oleh Syngenta – ini adalah sama seperti
referendem awam yang telah di buat di Switzerland.
Dengan bantuan PAN AP dan Tenaganita, gambar dan juga
kajian kes mengenai mangsa paraquat yang terselamat di
Malaysia telah dimasukkan ke dalam laman web tersebut.
Tetapi Syngenta menyatakan bahawa kajian kes mangsa
paraquat di Malaysia adalah palsu. Dengan itu PAN AP telah
menyeru Tenaganita untuk membuat rakaman video temubual
dengan mangsa tersebut. Video ringkas (5 minit) ini juga telah
digunakan dalam sidang akhbar semasa pelancaran kempen.
Keputusan Perbicaraan Awam
7 Februari 2007- Deklarasi Berne(BD) bertindak di luar ibu
pejabat Syngenta (semasa keuntungan syarikat diumumkan
dimana hampir semuanya dari jualan paraquat).
Hasil daripada perbicaraan awam - Lebih 34,000 individu
dan hampir 90 organisasi dari 29 negara telah sahkan
bahawa Syngenta bersalah kerana meracuni manusia di
seluruh dunia.
Kumpulan-Kumpulan tertentu
telah mengutuk Syngenta
kerana tidak bertanggungjawab
atas kesalahannya.
Seruan juga dibuat supaya
Syngenta berhenti
menghasilkan paraquat.
Menggalakkan Cara Pertanian
Alternatif
• Pertanian Mampan di India
Pengawalan perosak
yang diintegrasikan
(IPM) di Indonesia
TIADA KEADILAN, TIADA
KEHARMONIAN!
Mengenai PAN AP
PAN Asia dan Pasifik bertanggungjawab untuk
memperkasakan terutamanya pekerja wanita, orang asli
dan pekerja ladang di Asia Pasifik dan dunia dengan ilmu
dan semangat.
Kami berdedikasi untuk melindungi kesihatan dan
keselamatan manusia; dan alam sekitar daripada
penggunaan racun perosak dan kejuruteraan genetik
dalam makanan dan pertanian.
Kami mempercayai sistem yang mengutamakan manusia,
pembangunan wanita melalui kedaulatan makanan,
pertanian ekologi dan kehidupan mampan.
PAN AP bersatu dengan lebih daripada 150 kumpulan,
bekerjasama secara konsisten dengan 50 kumpulan
dalam 18 negara di kawasan Asia Pacifik.
Pesticide Action Network (PAN)
PAN International terdiri daripada 5
pertubuhan serantau:
PAN Afrika di Dakar, Senegal
PAN Asia dan Pasifik (PAN AP) di
Pulau Pinang, Malaysia
PAN Eropah c/o PAN UK di London
(dengan PAN Germany)
PAN Latin Amerika (RAP-AL) di
Santiago de Chile
PAN North America di San Francisco,
U.S.A
Get documents about "