Pegawai Penerbitan by idasyida17

VIEWS: 36 PAGES: 2

									                           IKLAN JAWATAN KOSONG TAHUN 2012

1.   (a)   Jawatan                     :    Pegawai Penerbitan

     (b)   Kumpulan Perkhidmatan       :    Pengurusan dan Profesional

     (c)   Klasifikasi Perkhidmatan    :    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

     (d)   Gred Gaji                   :    N41

2.   Syarat Lantikan                   :    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
                                            berikut :-

                                            (a)    warganegara Malaysia;

                                            (b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
                                                   tutup iklan jawatan;

                                            (c)    (i)     ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh
                                                           kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
                                                           tinggi tempatan atau diploma Sebaran Am
                                                           daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf
                                                           setaraf dengannya.

                                                   (ii)    ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf
                                                           oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                                                           pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
                                                           yang diiktiraf setaraf dengannya serta
                                                           diploma Percetakan daripada London College
                                                           Of Printing atau kelayakan yang diiktiraf
                                                           setaraf dengannya.

                                                           (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T2); atau

                                                   (iii)   ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf
                                                           oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                                                           pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
                                                           yang diiktiraf setaraf dengannya.

                                                           (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3);

                                      dan   (d)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
                                                   lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
                                                   Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
                                                   dengannya oleh kerajaan;

3.   Taraf Jawatan                     :    Tetap atau kontrak.

4.   Penaklukan Di Bawah Syarat-       :    Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah
     syarat Skim Perkhidmatan               tertakluk kepada syarat-syarat skim          perkhidmatan
                                            berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-
                                            pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.



                                                                                                        1/2
5.   Fungsi Bidang Tugas   :   Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat
                               termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan
                               sistem dokumentasi.




                                                                               2/2

								
To top