Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

USMAN AWANG

VIEWS: 151 PAGES: 27

									NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002




                     FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

       _________________________________________________
KOD KURSUS /COURSE CODE          :         HBML4203

TAJUK KURSUS /COURSE TITLE       :         KESUSASTERAAN MELAYU

SEMESTER /SEMESTER               :         MEI/ MAY 2012



                     PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

                             ABD HALIM BIN HJ AWANG

                                     740514035707

                                      013 7476909
                                     rm30sen@yahoo.com




                                        PENSYARAH :

                                     SITI AISAH BT YUSOFF




                                                                  1
 NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

 NO MATRIK : 740514035707002



                                       BIODATA




NAMA              : ABD HALIM BIN HJ AWANG

I/C               : 740514035707

TARIKH LAHIR      : 14 MEI 1974

TEMPAT LAHIR      : TUMPAT KELANTAN.

KELULUSAN         : SIJIL PERGURUAN

                   MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU,

                   BATU RAKIT,TERENGGANU

ALAMAT TEMPAT

BERTUGAS          : SK SRI CHIKU 01, GUA MUSANG, KELANTAN.

JAWATAN           : GURU CEMERLANG (DGA 32)

TEMPOH

BERKHIDMAT        : 15 TAHUN




                                                             2
  NAMA         : ABD HALIM BIN HJ AWANG

  NO MATRIK : 740514035707002


                               SEKAPUR SIRIH

                               Assalamualaikum w.b.t…


          Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
                                        memberikan

       kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan

              berterima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya PN.SITI AISAH BT YUSOFF

    kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi
                                        menyiapkan

 tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan
                                           tugasan

                     ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan.

 Disini beliau telah memberikan banyak penerangan untukmemastikan agar saya dapat menyiapkan
                                          tugasan

    ini dengan jayanya. Seterusnya tidaklupa juga kepada keluarga saya dimana telah memahami
                                           masalah

    dalammenyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama
                      daripada semua ahli kumpulan adalah dihargai.

Ini adalah hasil kerja saya jadi saya berharap agar sekiranya terdapat kesalahan yang terdapat harap

 dimaafkan, saya telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Akhir sekali saya sekali lagi
                                          ingin

 mengucapkan jutaan terima kasih kepada PN SITI AISAH BT YUSOFF dimana semangatnya didalam
                                        memberi

                             pengajaran kepada saya…..Wassalam….




                                                                                           3
NAMA           : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

     Kesusasteraan Melayu

     1.0. Definesi.

       Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang
bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya.Menurut pandangan J.S Badudu pula Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu
bahasa dan isi Menurut Hashim Awang pula sastera ialah ciptaan senia yang disampaikan
melalui bahasa.

1.1. Genre Sastera

        Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Menurut Kamus Dewan,genre sastera
didefinisikan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

1.2.Unsur – Unsur Dalam Kesusasteraan

     Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

a. Intelek.

 - Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah Karya
sastera.

b.    Emosi.

- Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

c.    Imaginasi.

- Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu
benda dan peristiwa.



d.   Teknik.


                                                                                        4
NAMA          : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

- Ia merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata,
mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya
dan lain-lain.

1.3.Kesusasteraan Melayu Klasik

       Kesusasteraan Melayu Klasik merupakan sastera tertua yang disampaikan secara lisan
dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.Ia
wujud sebelum adanya alat pencetak.Ia di hasilkan sebelum tahun 1800 dan merupakan hasil
yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.Ia disampaikan
dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.Punya nilai dan ukuran
yang tersendiri.Setiap karya adalah hak cipta bersama dan tiada nama
pengarang.Penulisannya jenis khayalan dan dicampuradukkan dengan kenyataan bertujuan
hiburan dan pengajaran.

     2.0.Kesusasteraan Lisan.

       Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain.Ia dikenali juga sebagai sastera rakyat.Contoh sastera lisan berbentuk cerita:

a.   cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
b.   cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c.   cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d.   cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e.   cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

            2.1.Peribahasa

         Peribahasa merupakan ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan
     mempunyai pengertian yang tertentu.Ia juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah
     seperti‘biar mati anak jangan mati adat’.

            2.2.Pantun

         Menurut Kamus Dewan,pantun adalah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri
     daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan
     pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya.




                                                                                       5
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002




          2.3.Mantera.

       Mantera merupakan kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib
(untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)

          2.4.Teromba.

       Menurut Kamus Dewan,teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk
perbilangan, tombo, riwayat dan merupakan susunan kata-kata adat.

          2.5.Gurindam.

        Didefinisikan sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai
pengajaran.Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima
akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama.

          2.6.Seloka

       Menurut Kamus Dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran,
jenaka, dll) .Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’. Bentuk puisi
lama yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah
sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai
pembayang.

          2.7.Teka-Teki.

       Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar
atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal.

          2.8.Kesusasteraan Tulisan.

       Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada
awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat pencetak,
banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan
Sejarah Melayu Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di
perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil.Sastera bertulis
berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

                                                                                         6
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

          2.9.Novel.

       Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa,
biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah
hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu
persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.
Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :

  Novel Perwatakan                                  Novel Sejarah

  Novel Psikologi                                   Novel Sosial

  Novel Peristiwa                                   Novel Politik

  Novel Resaman                                     Novel Lawan Alam




          2.10.        Cerpen.

      Menurut Kamus Dewan cerpen ialah cerita pendek.Cerpen ialah bentukcereka pendek,
yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim
Awang)

       3.3.Drama.

      Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan.Ia selalunya dipentaskan.
Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.

  3.0. Sastera Bertulis Berbentuk Cerita.


          3.1.Esei

       Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek
daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Menurut Encyclopedia Britannica pula
bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.




                                                                                     7
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

       4.2.Sajak.

       Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-
peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian
untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

  4.0.TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU.

      Terdapat ramai tokoh-tokoh sasterawan melayu yang terkenal.Mereka juga telah
menaikkan nama dan martabab bahasa melayu.Bahasa Melayu mula mendapat tempat dihati
peminat hasil sastera mula membuka mata.Kesemua mereka telah memainkan peranan besar
dalam perkembangan sastera melayu sehingga kini.Di antara tokoh yang terlibat ialah:-

         4.1.TUN SRI LANANG

       Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah
keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka
Temenggung Ahmad. Oleh sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah
pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi
Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang
pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak
berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka
Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612.

       Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh.
Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di
Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam
buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat
meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita
mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.

         4.2.HAMZAH FANSURI

       Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman
kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai
seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam,
Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga
mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun


                                                                                    8
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf
dari Singkel.

       Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-
pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan
Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai
seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta
teladan kepada manusia.

       Hal ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia
umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair Burung Pungguk, Syair
Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’. Manakala karangan beliau yang lain ialah
dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’.
Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan
bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama
dalam Sastera Kitab.




          4.3.BUKHARI AL- JAUHARI

        Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17. Beliau berasal dari Johor,
tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada
tahun 1603, beliau mengarang ‘Taj al-Salatin’ yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah
kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus
sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, ‘Taj al-Salatin’ sangat terkenal di Alam Melayu,
dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan
Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas.

        seorang pengarang, tidak syak lagi bahawa beliau ialah penyumbang kepada genre
ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada
zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami
sesebuah negeri.




                                                                                       9
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  6.0.Tokoh Sasterawan Pilihan.

  USMAN AWANG (Usman bin Awang, Dato', Pejuang Sastera, Sasterawan Negara,
  Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat
                                   Warrant, U.A., Zaini)




                                         LAHIR : 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung
                                         Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul
                                        Takzim.ALAMAT : 4, SS 1/33, Kampung Tunku,
                                        47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.




       6.1. Biodata Usman Awang

               Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor,
pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke
Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi.
Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman
melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya
mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

             Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6
                      Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya
                         mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan
                           walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah
                            di Kuala Sedili (1936),Mersing(1937)dan Bandar Maharani
                            (1940) hingga lulus Darjah 6.Ketika Jepun menjajah Malaya
                           bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak
                          tani di Segamat.

                       Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair
  Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas
  beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.Usman Awang menjadi
  anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani
  latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951,beliau

                                                                                    10
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu
  Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita.Sesudah itu bekerja di Mingguan
  Melayu sebagai sidang pengarang.

              Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu
  sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi
  pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.Pada tahun Malaya mencapai
  kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur.Usman Awang turut serta
  berhijrah dengan memegang jawatan yang sama.Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam
  peristiwa pemogokan Utusan Melayu.Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

              Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan
  bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan
  Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan
  Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan
  Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai
  Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan
  Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga
  bersara pada bulan Julai 1985.

             Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas
  dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan
  Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah
  Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah
  meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia.
  Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat
  Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

             Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden,
  khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Kerana itu nama Usman Awang
  paling terkenal di kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat
  dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan
  budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu
  sastera kita.

            Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat
  menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi.

             Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang
  menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian, beliau menjadi buruh paksa Jepun dan

                                                                                    11
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat.
  Usman Awang pernah menjadi `budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman
  Jepun dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa
  minggu menjalani latihan, Jepun menyerah kalah.

              Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah Tanah
  Melayu pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan
  tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota
  polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman
  diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian
  menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu.

              Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu,
   mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat
  menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu
  mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang
  turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan
  Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur
  buat beberapa waktu.

              Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan
  setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai
  sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan
  Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai
  Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei
  1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

              Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu
  moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar
  budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat
  menarik bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, malah
  menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi.
  Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak
  Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, dan “Salam Benua.

             ”Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat
  dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan
  yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar
  menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna
  yang hendak disampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang.

                                                                                     12
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

             Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang
  lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan
  manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman ditafsirkan sebagai seorang
  seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis.

              Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama
  ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam
  tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya
  yang lebih ketara terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat” yang didukungnya sebagai
  anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpen-cerpennya hanyalah berupa
  rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan
  segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu
  khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan
  pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis. Degup Jantung adalah
  satu-satunya kumpulan cerpennya setakat ini.

             Sejauh ini Usman Awang hanya berhasil menerbitkan sebuah novel sahaja,
  iaitu Tulang-tulang Berserakan. Novel ini pun tidak lebih daripada rakaman peristiwa
  peribadi beliau sewaktu bekerja sebagai anggota polis dan bidang novel nampaknya
  bukanlah bidang penulisan Usman Awang.

               Selain puisi, satu lagi bidang kreatif yang mengharumkan nama Usman ialah
  drama. Bidang ini telah diterokanya sejak awal tahun 1960-an dengan menulis drama
  untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang terkenal termasuklah “Serunai
  Malam”. “Malam Kemerdekaan”,”Tamu di Bukit Kenny”, “Matinya Seorang Pahlawan”,
  “Degup Jantungnya” dan sebuah dramanya yang banyak diperkatakan ialah drama
  “Muzika Uda dan Dara”. Drama ini telah dipentaskan oleh Gemaseni pada tahun 1972.
  Kisah “Uda dan Dara” ini sebenarnya merupakan idea awal daripada sebuah puisi Usman
  Awang yang dihasilkannya dalam tahun 1956 berjudul “Gadis di Kuburan”. Puisi tersebut
  diolah semula menjadi sebuah cerpen dengan judul “Uda dan Dara”. Pada tahun 1972,
  kisah yang sama disesuaikan pula untuk persembahan TV dan akhirnya menjadi sebuah
  drama pentas yang popular dan lagu-lagu dalam “Muzika Uda dan Dara” telah dirakamkan
  ke piring hitam oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

             Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanah air, sumbangan dan penyertaan
  Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti
  penulis. Beliau bukan saja hidup sebagai pencipta karya yang asli dan halus, malah
  sebagai penggerak yang berani kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau
  merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha
  ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962 – 1965). Beliau juga adalah
                                                                                   13
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka
  Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua
  Seni dan banyak lagi aktiviti seni lainnya. Antologi puisi “Keranda 152” dan “Teluk
  Gong” adalah hasil daya usaha Usman Awang bersama-sama penyair-penyair lain.

              Sebagai penyair dan dramatis, Usman Awang pernah diundang melawat
  Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, dan Rusia. Beberapa buah karyanya telah
  diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Thai,
  Czechoslovakia, Danish, Tamil, Itali, dan Rusia. Barangkali beliau adalah penyair
  Malaysia yang paling banyak puisinya diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dikenali
  di luar negaranya.

              Usman Awang masih terus memainkan peranannya dalam kesusasteraan
  Melayu. Beliau masih menulis. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel
  Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh
  Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Anugerah ini berupa surat penghargaan dan wang
  tunai RM10 000.00. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya,
  beliau dilantik menjadi Setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah panel penilai
  anugerah kesusasteraan yang tinggi di tanah air.

              Dalam tahun 1982, Usman Awang telah terpilih menerima S.E.A. Write
  Awards. Pada 11 Ogos 1983, Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat
  (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah
  Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman
  Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985, iaitu untuk kategori Penulis Terkenal
  (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan
  sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Untuk projek ini Usman
  sedang menyiapkan sebuah puisi epik yang bertemakan nasionalisme.

             Menghargai sumbangan beliau dalam bidang sastera, Usman Awang telah
  dianugerahi gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh DYMM Sultan Azlan
  Shah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1991. Kini, beliau adalah Pengerusi
  Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan Penasihat Kebudayaan Maybank.

  6.2. Karya-Karya Usman Awang.

  Puisi       : Gelombang, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 96 hlm.
                Diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979; Puisi Baru
                Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan


                                                                                     14
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

               Bahasa dan Pustaka, 1961, 266 hlm.; Duri dan Api, Melaka: Penerbitan
               Abbas Bandung, 1966, 95 hlm.; Himpunan Sajak (antologi bersama),
               Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.; Sajak-
               sajak Melayu Baru/Moden Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa)
               (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
               1969 (cetakan keempat), 135 hlm., (cetakan pertama 1963); Suara
               Tujuh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Setia Murni,
               1969, 74 hlm.; Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur:
               GAPENA, 1975, 57 hlm.; Titian Zaman (Peny. Bersama Ismail
               Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168 hlm.;
               Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur Dewan
               Bahasa dan Pustaka, 1979, 168 hlm.; Tinta Pena (antologi bersama),
               Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.; Salam Benua: Greetings to the
               Continent (dwibahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
               1982, 95 hlm.; Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur:
               Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.; Bintang Mergerdip
               (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984,
               75 hlm.; 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-
               Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.; Bunga Gerimis
               (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986,
               132 hlm.; Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur:
               PENA, 1986, 141 hlm.; Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry
               1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
               Pustaka, 1988, 167 hlm.; Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi
               bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.;
               Malaysia dalam Puisi (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan
               Bahasa dan Pustaka, 1991, 316 hlm.; Puisi-puisi Pilihan Usman
               Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 192 hlm.;
               Cempaka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
               Pustaka 1992, 167 hlm.; Suara Rasa (Voice From Within) (antologi
               bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.
Cerpen        : Cerita-cerita Pendek DBP (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan
                Bahasa dan Pustaka, 1958, 180 hlm.; Mekar dan Segar (antologi
                bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1960 (cetakan
                kedua), 160 hlm., (cetakan pertama 1959); Dua Zaman (antologi
                bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 191 hlm.;
                Degup Jantung, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1963, 158
                hlm.; Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur:


                                                                                      15
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

               Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.; Dongeng Merdeka
               (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,
               339 hlm.
Novel         : Tulang-tulang Berserakan, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru,
                1966, 224 hlm. (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur:
                Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 221 hlm.
Drama         : Dari Bintang ke Bintang, Kuala Lumpur: Penerbitan Angkatan Baru,
                1965, 163 hlm. Serunai Malam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
                Antara, 1966, 106 hlm.; Tamu di Bukit Kenny, Kuala Lumpur: Dewan
                Bahasa dan Pustaka, 1968, 133 hlm.; Di Bawah Matahari, Kluang:
                Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1969, 76 hlm.; Tirai Zaman, Kluang:
                Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1969, 58 hlm.; Kaki Langit, Kuala
                Lumpur: Asiah Enterprise, 1971, 112 hlm.; Muzika Uda dan Dara,
                Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 64 hlm.; Tinta Pena
                (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.; Di Atas
                Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing &
                Trading Sdn. Bhd., 1984. 209 hlm.; Hujan Malam (antologi bersama),
                Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 109 hlm.; Drama-
                drama Pilihan Usman Awang (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala
                Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 331 hlm.
Esei/         : Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama A. Samad Said),
Kritikan        Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.; Asas
                Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur:
                Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1973, 548 hlm.; Panduan
                Menulis Cerpen (bersama Abu Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan
                Bahasa dan Pustaka, 1973, 49 hlm.; Esei Sastera ASAS 50 (antologi
                bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216 hlm.;
                Usman Awang: Sikap dan Pemikiran (disusun oleh Dinsman dan
                Sutung Umar Rs.), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983,
                225 hlm.
Wawan-        : Wawancara Sastera (disusun oleh A.M. Thani), Kuala Lumpur:
cara            Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm.




                                                                                         16
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

       6.3. Sumbangan Dan Anugerah yang diperolehi.

      Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden
dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi
Melayu dan perikemanusiaan.Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik.
Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi
mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara
mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam
Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

       Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan
harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam
penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan
tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada
pada Usman Awang.

       Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah
lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang
malang.Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.Usman Awang pernah diundang
                                       melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina,
                                       China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair
                                       terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya
                                       telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
                                       China,     Jepun,    Korea,     Peranchis,     Thai,
                                       Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan
                                       lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang
                                       berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-
                                       jemu memperkayakan budaya negara.

        Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan
juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.
Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi
setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah
air.Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11
Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti
Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.
Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985
iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan
kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah


                                                                                      17
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal
beliau adalah :-

  Novel               : Tulang2 Berserakan

  Cerpen               : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang
  Terlibat dan lain-lain.




                                                       Tulang-Tulang Berserakan (2006),
                                                    ISBN 978-983-3742-00-9

                                                       Satu-satunya novel karya beliau
                                                    yang     berkisar   antara    pengalaman
                                                    hidupnya sebagai seorang anggota
                                                    polis yang bertugas di negeri Melaka
                                                    pada Zaman Darurat yang penuh
                                                    dengan      keganasan,       pembunuhan,
penderitaan, ketakutan dan kesengsaraan hidup rakyat. Yang menjadi pokok ceritanya ialah
perjuangan sepasukan Polis Hutan atau Jungle Squad menentang pengganas Komunis yang
bersembunyi di sebalik hutan belantara.

       Akan tetapi jika diteliti dengan lebih luas, nyata benar Usman Awang mengisahkan
persoalan yang besar iaitu perikemanusiaan yang universal sifatnya. Mesej kemanusiaan ini
disampaikan menerusi watak utamanya, Leman – seorang anak muda yang memiliki rasa
kemanusiaan yang sangat unggul.

       Sewaktu menempuh segala dugaan dan cabaran pada zaman inilah beliau mula
membuahkan segala perasaannya di atas kertas dengan pena yang tajam. Kesedaran ini telah
menjadi penentuan kerjaya beliau sebenar yang tersemat di hatinya.




                                                                                        18
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

                                                         Turunnya        Sebuah   Bendera
                                                  (2007), ISBN 978-983-3742-01-

                                                         Antara 18 buah cerpen menarik
                                                   yang member gambaran tentang situasi
                                                  kehidupan rakyat sebelum, sewaktu dan
                                                  sesudah Merdeka. ‘Turunnya Sebuah
                                                  Bendera’     diangkat     sebagai   tajuk
                                                  antologi cerpen ini kerana ia merupakan
                                                  puncak     semangat      Merdeka    yang
mewakili cerpen-cerpen yang lain yang dimuatkan dalam buku ini.

       Penghormatan buku ini adalah kepada tema sambutan 50 tahun kemerdekaan negara
  kita. Visi buku ini adalah untuk memberi gambaran jelas kepada anak-anak generasi
  selepas Merdeka untuk mengenal kepahitan hidup ibu, ayah, nenek, moyang mereka pada
  zaman sebelum Merdeka.

       Ceritera dari kompilasi cerpen-cerpen ini, separuhnya belum pernah dibukukan lagi.
   Perasaan apresiasi atas pengorbanan yang selalu diambil mudah dan tidak dipedulikan
  oleh anak-anak generasi kini dapat dihayati, disedari dan dihormati. Minda mereka akan
  lebih terbuka dan negara mendapat generasi baru yang lebih berwibawa.

  Jiwa Hamba/Enslaved Soul (2009), ISBN 978-983-068-310-2

                                                   Buku ini adalah sebuah antologi puisi
                                                dwibahas     kompilasi     yang   berunsur
                                                patriotik ini mengandungi 35 buah puisi-
                                                puisi beliau. Antara karya yang masyhur
                                                diselitkan juga dengan beberapa karya
                                                awal beliau yang hanya pernah diterbitkan
                                                di akhbar dan majalah sekitar tahun 50-an.


                                                                                      19
NAMA          : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002




  Suara penanya menggambarkan harapan dan impian sebuah bangsa yang negaranya
  terjajah.




                                                 Sahabatku; Puisi-puisi 5 Bahasa (2009),
                                                 ISBN 978-983-3742-06-6

                                                 Sebuah buku penghormatan sempena
                                                 menyambut hari lahir yang ke 80, pada
                                                 12hb Julai, 2009, Sasterawan Negara
                                                 Malaysia yang ketiga, Usman Awang.
   Beliau telah meninggal dunia pada 29hb November 2001. Buku khas ini memaparkan 12
  buah puisi karya beliau yang mencerminkan watak dan peribadinya sebagai seorang lelaki,
  kekasih, ayah dan sahabat.

       Beliau adalah seorang penyair yang cinta pada manusia, tanahair, alam dan berjuang
  dengan mata penanya demi kesaksamaan sejagat. Puisi-puisi ini diterjemahkan ke Bahasa
  Inggeris, Bahasa Madarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Iban sebagaimana yang diimpikan
  Usman Awang. Beliau idamkan satu bangsa Malaysia dari dulu lagi




                                                                                    20
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002




             Karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ (Dr) Usman Awang ini
  adalah sebuah drama muzikal yang pada zahirnya drama ini adalah sebuah kisah cinta
  antara dua sejoli bernama Uda dan Dara.

             Idea awalnya daripada sebuah sajak yang beliau tulis pada 1956 bertajuk
  ‘Gadis Di Kuburan’. Kemudian diolah menjadi sebuah cerpen bertajuk ‘Uda dan Dara’.
   Pada 1972 cerpen itu dijadikan sebuah drama untuk persembahan TV dan seterusnya
  dipentaskan sebagai ‘Muzika Uda dan Dara’ – musikal pertama di Malaysia, 1972.

             Namun cerita sastera klasik Melayu ini sebenarnya memaparkan etika dan
  moral penghidupan berbeza antara buruk dan baik, kemuliaan dan kejahatan. Ia adalah
  contoh tauladan dan peringatan untuk manusia sejagat kerana sifat lemah akan nafsu dan
  pelupa harus disedarkan. Sifat kemuliaan manusia yang tinggi akan menyelamatkan
  kesejahteraan bumi, semua bangsa dan tiap-tiap tanahair di dunia ini.

  UDA DAN DARA




                                                                                   21
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  Uda dan Dara
  Bertemu wajah rasa
  Burung-burung menyanyikannya
  Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi
  Melindungi kasih sayang agung dan murni.

  Uda dan Dara
  Bersumpah keramat cinta
  Kering lautan runtuh langit
  Terbelah gunung gugur matahari
  Berdua bersama berdua sehidup semati.

  Uda dan Dara
  Bersanding tak berpelamin
  Berijabkabul malam bening
  Pohon-pohon mewali laut malam saksi
  Malam bersatu kiamatlah alam dua hati

  Telah dipentaskan semula di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 10 – 20
  Julai, 2010.




                                                                                22
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  Pelancaran Jiwa Hamba/Enslaved Soul dan Scattered Bones




  Usahasama antara UA Enterprises Sdn Bhd dengan Institut Terjemahan Nasional
  Malaysia (ITNM) – buku yang dilancarkan adalah Jiwa Hamba/Enslaved Soul dan
  Scattered Bones oleh Allahyarham Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail.
  Kedua-dua buku tersebut dipasarkan ke peringkat antarabangsa di Frankfurt International
  Book Fair pada 9-14 Oktober 2008.



      Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di
  Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
  Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga
  Popi dan lain-lain.Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan
  penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam
  banyak aktiviti penulis.

      Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai
  penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak
  tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka
  (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965).




                                                                                    23
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

         Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan
  Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung
  Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda
  152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.
  Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat
  banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua
  pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau
  luar negara.Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan
  yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu.Beliau
  adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam
  pelbagai zaman dan situasi.

         6.4. Syarikat Penerbitan

         UA Enterprises Sdn. Bhd., telah di tubuhkan oleh Seniman Usman Awang pada
  tahun 70′an. Syarikat ini di kendalikan warisnya sekarang. Objektif utama syarikat ini
  ialah untuk menjaga hakcipta karya-karya SN Usman Awang. Sesiapa yang ingin
  mengguna karya-karya beliau hendaklah menulis tentang tujuan dan maklumat lengkap
  kepada : lyna@snusmanawang.com




         7.0. Karyanya Terkenal Diperingkat Antarabangsa

         Dengan niat tulus untuk memakmurkan dunia sastera, Usman Awang menggunakan
  jawatan beliau sebagai penyunting sastera di akhbar mingguan Utusan Zaman untuk
  mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sastera negara. Antara sasterawan yang
  mendapat didikan daripada beliau ialah Kemala, Firdaus Abdullah dan S. Othman Kelantan.
  Usaha Usman Awang menyatukan penulis mapan dengan penulis muda telah membentuk
  barisan sasterawan yang mantap pada masa itu.

         Karya-karya Usman Awang telah pun dikenali di peringkat supranasional. Hasil


                                                                                     24
NAMA       : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

  kreatif beliau diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara bahasa utama
  berkenaan ialah bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Perancis, Rusia, Czechoslovakia, Portugal,
  Arab, Macedonia dan Jerman. Tema sejagat yang dibawa melalui garapan puisi, cerpen dan
  drama-dramanya menjadikan pemikiran Usman Awang tersebar ke seluruh dunia. Walau
  bagaimanapun, pengiktirafan masyarakat dunia terhadap Usman Awang harus disusuli
  dengan kesedaran rakyat tempatan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan sastera
  dan tamadun Malaysia.

         8.0. Kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah

         Pemergian Allahyarham Usman Awang ke rahmatullah dalam bulan Ramadan pada 29
  November 2001 adalah satu kehilangan besar bagi dunia sastera Melayu dan negara Malaysia.
  Namun, Usman Awang kekal menjadi contoh dalam usaha penulis kini menampilkan diri
  sebagai sasterawan jati yang tahu peranan dalam melahirkan masyarakat bertanggungjawab
  kepada diri sendiri, bangsa, agama dan negara. Usman Awang bukanlah penyair romantis
  semata-mata sebaliknya pejuang bahasa, bangsa dan negara yang kental semangat
  kenegaraannya.Siapa manusia yang tiada putus asa Hiruplah udara baru yang segar
  berkembang Isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian Hembuskan nafas pada malam
  yang lena (“Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini”, 1959)

         9.0. Kesimpulan.

         Sebagai kesimpulannya dapatlah kita lihat dengan jelas bahawa Usman Awang adalah
  merupakan salah seorang tokoh sasterawan Negara yang amat memainkan peranan besar
  dalam perkembangan seni.Sumbangan dan peranan beliau dalam meningatkan martabat
  bahasa dan kesusasteraan melayu bersama rakan-rakan yang lain telah memyebabkan bidang
  sastera di Negara kita berkembangan dengan pesat.Peranan beliau juga dalam megangkat
  bahasa melayu di mata dunia telah menyebabkan banyak pecinta –pencinta bahasa atau
  sastera menjadikan karya beliau sebagai model atau contoh.Oleh yang demikian besarlah
  pegorbanan dan tanggunjawab beliau dalam memartababkan kesusasteraan melayu.Kini
  beliau dikenali dengan ‘sasterewan sepanjang zaman’.


                                                                                       25
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

          Rujukan




Abdul Rahman Napiah. (1987). Drama moden Malaysia: perkembangan dan perubahan. Kuala

       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan Melayu moden. Balakong: Pustaka Sistem

       Pelajaran.

Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. Balakong: Pustaka Sistem

       Pelajaran.

Harun Jaafar. (2002). KBSM Komsas dalam bahasa Melayu tingkatan 5. Balakong: Pustaka

       Sistem Pelajaran.

Harun Jaafar. (2002). Restu. Balakong: Pustaka Sistem Pelajaran.

Harun Jaafar. (2002). Teori dan kritikan sastera. Balakong: Pustaka Sistem Pelajaran.

Harun Jaafar. (2002). Wacana kesusasteraan Melayu klasik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

       Pendidikan Sultan Idris.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala

       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya: Longman.

Jamilah Ahmad & Jalila Sharif. (1993). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur:

       Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (1996). Warna sari sastera Melayu tradisional. Kuala Lumpur:

       Dewan Bahasa dan Pustaka.

                                                                                        26
NAMA        : ABD HALIM BIN HJ AWANG

NO MATRIK : 740514035707002

Muhammad Haji Salleh. (1988). Pengalaman puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurazmi Kuntum. (1990). Sastera sebelum dan sesudah 1800. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Rahmah Bujang. (1994). Dari skrip ke pentas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1987). Glosari istilah sastera. Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors.

Rahman Shaari. (1991). Lukisan zaman. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors.




                                                                                       27

								
To top