pendidikan islan

Document Sample
pendidikan islan Powered By Docstoc
					       PENDIDIKAN ISLAM
           PIK2102W
        DPLI-SR SEJARAH
             AQIDAH
“LANGKAH –LANGKAH PENCEGAHAN
    DAN PENGUKUHAN AQIDAH
          DISEDIAKAN OLEH :
        NORMA BINTI IBRAHIM
      RAIDAH BINTI ABDUL HAMID
           MAKNA AQIDAH
     Sesungguhnya ‘aqidah dan keimanan’
    adalah “kepercayaan yang meresap ke
    dalam hati, dengan penuh keyakinan,
    tidak bercampur syak dan ragu, serta
    memberi pengaruh kepada pandangan
    hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-
    hari.”
   Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman
    ataupun pegangan yang kuat atau satu
    keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

   Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan
    yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak
    bercampur dengan syak atau keraguan pada
    seseorang yang berakidah sama ada akidah
    yang betul atau sebaliknya
 Akidah Islam ialah :
 Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah
  serta beriman dengan nama-namaNya dan
  segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
  adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari
  Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama
  ada baik atau buruk termasuk juga segala apa
  yang datang dari Allah.
 Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran
  dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah
  keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan
  RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul
  dan dilaksanakan dalam kehidupan
    RAMUAN KEPADA ‘AQIDAH MANTAP

   Tahap terbaik adalah tahap “yakin yang
    teguh”, tidak dapat digugat oleh apa jua
    faktor, menjadi kukuh kerana taat dan
    runtuh kerana maksiat. Iman yang teguh
    mesti dibaja dan disuburkan dengan ilmu
    yang berguna (al-’ilm al-nafi’), iman yang
    benar (al-iman al-sadiq),’ibadah yang ikhlas
    (al-’ibadah al-khalisah), peribadi yang
    mantap (al-khuluq al-qawim) akan
    melahirkan “buah” yang lumayan.
     LANGKAH- LANGKAH
PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN
          AQIDAH
    LANGKAH PENCEGAHAN PENYELEWENGAN
                 AQIDAH
   Antara langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan
    untuk memelihara akidah dari terpesong ialah:
   Mempelajari asas aqidah berdasarkan pada al-Quran
    dan As-Sunnah
   Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam
    bidang akidah
   Membina ketahanan akidah dengan memperbanyakkan
    doa
   Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan
    ajaran sesat
   Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan segala
    larangannya..
   Mendekatkan diri dengan program-program keagamaan
           LANGKAH PENGUKUHAN AQIDAH
1.    Istiqamah dalam beriman dan beribadah :
    Istiqamah bermaksud; “berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap
     ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan,
     pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak berganjak
     sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan
     rintangan.”

    Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rhm; ‘Hadis ini antara ungkapan yang ringkas dan
     padat. Dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orang-orang yang berkata;
     “Tuhan kami adalah Allah dan kemudian mereka beristiqamah di mana
     mereka tidak berpaling dari tauhid dan berterusan pula mereka beriltizam
     menta’ati Allah S.W.T. hinggalah mereka menemui kematian di atas iman
     dan istiqamah tersebut”
    Jadi Istiqamah menurut Qadhi ‘Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas landasan
     tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah Soheh Muslim,
     Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)
2. IKHLAS DALAM SEGALA URUSAN

 Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan,
  dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi
  taala.
 Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya
  kepada Rasulullah s.a.w :
  "Bagaimanakah tentang seseorang yang
  berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya,
  sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?”.
  Baginda menjawab: “itu adalah kegembiraan
  awal yang diberikan kepada seorang
  Mukmin"(riwayat Muslim)
3. BINCANGKAN ISLAM MELALUI PENGAJARAN
   MODEN
   Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain.
    Menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu
    aqidah Islam. Al-Quran dijadikan sumber rujukan utama kerana
    di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada
    dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan kaedah
    pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu
    aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan
    saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar
    untuk mengkajinya.

   Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan
    utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan,
    ekonomi dan sistem bermasyarakat.
4. MENANAMKAN AQIDAH DALAM DIRI ANAK-
   ANAK
   Menurut Drs. H. Syahrin Nasution, sejak anak itu
    pandai bercakap (lebih kurang umur dua tahun), ibu
    bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan
    kalimah-kalimah seperti berikut:
     a) Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat
      kerja-kerja lain.
     b) Alhamdulillah - selesai makan atau minum.
     c) Astagfirullah - ketika terlanjur membuat kesalahan.
     d) Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa
      mengkagumkan.
     e) InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain.
     f) Subhanallah - ketika melihat keindahan alam.
5. MENYEMAI KEFAHAMAN AQIDAH SECARA
TIDAK LANGSUNG.
   Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-
    anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti
    harian dengan ilmu aqidah:

   a) setiap kali makan bersama tanamkan dalam
    jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah
    pemberian Allah s.w.t.,
    b) apabila melihat bencana yang berlaku di luar
    negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab
    Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat,
    c) semasa memakai kasut, ajarkan supaya
    memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut
    sunnah Nabi.
6. IKHLAS MEMPERBANYAKKAN AMALAN
   SUNNAT
   Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh
    kita lakukan antaranya:

   Melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al
    Quran, solat tahajud dan bersedekah. Aktiviti sebegini,
    menenang dan mententeramkan jiwa dan hati. Keadaan
    ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan
    amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan
    dapat mengukuhkan aqidah. Walaupun perkara ini
    bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan
    dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya
    setiap hari adalah antara cara yang terbaik
    mengukuhkan aqidah.
7. SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

   Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga
    boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam
    kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita
    melakukan dosa atau tidak.

   Contohnya, dalam melakukan amalan seperti Solat,
    belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh
    mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan
    mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik
    adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada
    Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi
    Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa
    sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak
    terlepas dari melakukan dosa.
8. MEMPERBANYAKKAN ILMU PENGETAHUAN
   DUNIAWI DAN AKHIRAT
   Selain itu, kita mestilah sentiasa mendalami
    pengetahuan dan ilmu keagamaan agar pengaruh-
    pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita.
   Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak
    terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama
    ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai
    manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai
    sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk
    membuatkan diri mereka terkenal.
   Ada segelintir manusia yang terlalu pandai menganggap
    mereka sebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan.
    Dengan mendalami pengetahuan agama, kita mampu
    menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan
    dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan
    serta keimanan kepada Allah SWT.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEORANG PENDIDIK
  UNTUK MENCEGAH PENYELEWENGAN
                AKIDAH.
1. Hubungan dengan Allah s.w.t.
   Pendidik hendaklah mempunyai hubungan yang erat
    dengan Allah s.w.t. Keadaan ini dapat memberi
    keyakinan yang kukuh kepada pendidik dan guru dalam
    menghadapi rintangan dalam kehidupan.

   Dalam mendidik dan mengajar orang yang mempunyai
    pelbagai karenah, tingkah laku, tabiat, latar belakang
    dan sebagainya, seorang pendidik mesti bersabar dan
    tenang.

   Orang berilmu, mahir dalam ilmu agama dan beramal
    serta dekat hubungannya dengan Allah adalah seorang
    yang mampu mendidik manusia ke arah jalan yang
    benar.
2.MENGAWAL HAWA NAFSU.

   Pendidik perlu membaiki dirinya sendiri dan mengawal hawa
    nafsunya. Pendakwah perlu membaiki dirinya terlebih dahulu.
    Contohnya, seorang pendakwah ingin membaiki seseorang
    daripada sifat bakhil.

   Perkara yang penting bagi para pendidik Islam ialah
    mendalami dirinya sendiri dan seterusnya mengubati atau
    membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam dirinya.

   Hanya dengan cara itu pendidik dapat menjadi contoh yang
    baik kepada orang lain dan sekaligus menyebabkan orang lain
    mematuhi apa yang disampaikan oleh pendidik.
3. KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN
MENDAPAT KEPERCAYAAN MASYARAKAT.
   Pendidik hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya dan segala
    prinsip yang didakwahkannya.

   Pendidik perlu menjadi seorang manusia yang berhemah tinggi,
    mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur dengan kelakuan
    mengikut al-Quran dan al-sunnah serta beramal dengan kedua-
    duanya.

   Pendidik juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta mengetahui
    dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang bijak mengubati
    penyakit jiwa manusia dan mampu menjadi penawarnya.

   Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada diri pendidik, dia dapat
    dipercayai oleh masyarakat ketika menyampai ajaran Allah dan
    RasulNya serta masyarakat tidak terseleweng daripada ajaran sesat.
4. MENCINTAI DAKWAH DAN SEMANGAT
BERKORBAN UNTUK MELAKSANAKAN DAKWAH.

   Sifat ini adalah antara sifat yang patut dimiliki
    oleh seorang pendidik. Ia menunjukkan
    kecintaan pendakwah terhadap tugasnya
    tanpa berbelah bagi.

   Dakwah merupakan jalan yang benar dan ia
    tidak akan meninggalkan dakwah tersebut
    dengan begitu sahaja.
5. LUHUR DAN DIHORMATI.
   Untuk menyampaikan ilmu agama dengan berkesan pendidik
    perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah terpengaruh
    dengan orang lain. Dengan sifat sedemikian. beliau akan
    sentiasa dihormati.

    Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang lelaki
    penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu menjawab,
    ‘Hassan al-Basri’. Lelaki Arab itu bertanya lagi, ‘Bagaimana dia
    mengetuai kamu semua?’ Lelaki itu menjawab, ‘Manusia
    berhajatkan ilmunya, tetapi dia tidak mengingini balasan (wang)
    daripada mereka’.

   Ini menunjukkan pendidik tidak boleh mendahulukan kehendak
    atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat mementingkan diri
    sendiri.
6. SABAR DAN TABAH MENGHADAPI
   KESUSAHAN.
   Banyak halangan dan masalah yang perlu dihadapi seperti
    musuh-musuh Allah yang bertujuan menjauhkan mereka
    daripada Allah.

   Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan para pendidik
    dengan memberi kesusahan dan ujian ketika ia
    melaksanakan tugasnya. Ujian tersebut adalah untuk
    membuktikan keikhlasan pendidik terhadap Allah s.w.t. dan
    membersihkan dirinya daripada perkara syubhah (buruk).

   Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama dengan
    kaumnya lebih kurang 950 tahun, menyeru kaumnya ke
    jalan Allah tetapi mereka menutup telinga dan menyelubungi
    diri mereka dengan pakaian supaya mereka tidak
    mendengar dakwah yang disampaikan. Mereka tetap degil.
7. TAWADHU’.

   Tawadhu’ merupakan salah satu akhlak mulia yang perlu dimiliki
    oleh setiap pendakwah.

   Sifat tawadhu’ adalah lawan bagi sifat takbur. Maksiat pertama
    yang berlaku selepas Allah mencipta nabi Adam ialah sifat takbur
    yang menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah.

   Tawadhu’ adalah sifat rendah diri dan berkasih sayang terhadap
    sesama muslim. Sifat ini dapat membantu pendakwah
    menyatupadukan umat Islam dan menyuburkan perasaan kasih
    sayang.

   Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat mahmudah yang
    terpancar daripada pendakwah akan membuatkan ia disenangi
    dan menjadi contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi
    oleh orang lain, maka dakwahnya akan mudah diterima dan
    berkesan.
8. PENYANTUN
   Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang mempunyai
    pelbagai perangai dan ragam yang berbeza. Pendakwah yang
    memiliki sifat penyantun akan berhadapan dengan manusia
    sebegini dengan hati yang terbuka dan berinteraksi dengan
    setiap orang dengan cara yang berkesan dan bermanfaat.

   Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun apabila
    berhadapan dengan kejahilan orang yang jahil. Seseorang yang
    memiliki sifat ini tidak menggunakan kezaliman apabila
    mempertahan haknya.

   Modal pendakwah ialah modal agama, pendidikan yang betul
    dan kebijaksanaan, rasa tanggungjawab untuk mengetahui
    tabiat manusia, masyarakat dan alam sekitar serta mempunyai
    kesungguhan meneroka disiplin ilmu sesuai aktiviti dakwahnya.

   Pendakwah amar makruf dan nahi munkar mesti bersikap
    sederhana, bersikap mencegah bukannya menghukum dan
    berupaya bercakap dalam bahasa yang sesuai.
                      RENUNGAN…
“Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang
 ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan.
  Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak
  mana harta yang kita ada dan semulia mana kita di sisi
manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan
   tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk
                   meraih redha ALLAH,
                      Wallahua'lam.”
                SEKIAN WASSALAM………

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3
posted:7/24/2012
language:
pages:25