Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Jimat Air - 6 Cara Terbaik

VIEWS: 23 PAGES: 2

									                              Jimat Air – Tips Terbaik Melalui 6 Cara



Bagaimana untuk menjimatkan air? Dengan krisis air sering berlaku akibat daripada peningkatan
permintaan dan pencemaran sungai yang makin berleluasa, kita boleh menjimatkan penggunaan air
dengan lebih efisyen.



   1) Baiki Paip Bocor
      Ok, kebocoran paip itu mungkin kecil tetapi apabila air dibazirkan tanpa berhenti 24 jam dam 7
      hari seminggu, ini menyebabkan pembaziran air dan duit.

       Kita boleh mengetahui paip bocor yang tersembunyi melalui bacaan meter, dengan menutup
       semua paip di rumah selama beberapa jam. Jika bacaan meter itu mempunyai perbezaan yang
       besar, itu bermakna ada paip bocor tersembunyi.

       Dengan meletakkan sedikit pewarna sebelum flush di dalam mangkuk tandas, kita boleh tahu
       kebocoran sekiranya pewarna ada di luar mangkuk tandas.

   2) Gunakan Air Hujan
      Kita boleh menggunakan air hujan untuk menyiram pokok-pokok di laman secara percuma !
      Ianya lebih menjimatkan apabila kita mempunyai kawasan pokok yang dekat dan menyiram
      kepada akar daripada daun pokok tersebut.

   3) Basuh Apabila Penuh
      Daripada kita membasuh baju berkali-kali, ianya membasuh baju sekali sehaja di dalam mesin
      basuh apabila sudah penuh, ini dapat menjimatkan air dengan banyak.

   4) Mandi
      Mandi dengan shower sebenarnya adalah lebih menjimatkan daripada menggunakan gayung
      atau tub kerana jumlah titisan air yang sedikit yang keluar.

       Kurangkan masa mandi anda, ianya boleh membawa perubahan kepada bil anda. Tutup pili air
       ketika memberus gigi atau bercukur.

   5) Gunakan Aerator atau Penyekat Span Pada Paip
      Aerator atau penyekat span akan memperlahan kelajuan jumlah air yang keluar pada paip dan
      penggunaan air dengan lebih efisyen apabila membasuh tangan dan pinggan.
    6) Gunakan Baldi Daripada Hos
       Kita boleh membasuh kereta dengan menakung air baldi daripada membiarkan air mengalir
       daripada hos kerana kita mungkin boleh membasir sehingga 1000L/sejam hanya untuk
       membasuh kereta sahaja !



Terdapat banyak lagi cara untuk menjimatkan air,dan ianya bergantung kepada kita untuk melakukan
perubahan. Selamat mencuba !



Kesimpulan

- Jimat air, duit boleh dijimatkan

- Baiki paip bocor secepat mungkin

- Ambil perhatian kepada isu air di kawasan anda, anda boleh bersedia apabila krisis air berlaku




Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi
alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

								
To top