7 Kesan Bahan Kimia Terhadap Manusia
Document Sample


Bahan Kimia dan Kesan – Info 7 Bahan Kimia Yang Berbahaya
Di zaman sekarang, bahan kimia digunakan secara meluas di dalam semua perkara, daripada sector
pembinaan hinggalah makanan yang kita makan, namun begitu terdapat kesan bahan kimia yang
berbahaya yang perlu kita ambil tahu. Di sini, ada info mengenai kesan 7 bahan kimia yang selalu
berada bersama kita.
1) Karbon Monoksida
Gas yang datang daripada pembakaran tidak lengkap oleh kenderaan dan pembakaran terbuka.
Gas ini berbahaya kerana ianya mengganggu system pernafasan kita dengan mengurangkan
pengambilan oksigen oleh sel darah merah di dalam badan. Banyak kes kematian anak-anak
berlaku akibat kealpaan ibu bapa sendiri dengan membiarkan anak-anak terlalu lama di dalam
kereta di mana kes ini ada dilaporkan di akhbar Kosmo pada tahun 2011.
2) Plumbum (Lead)
Plumbum boleh dijumpai di dalam permainan di mana ia digunakan sebagai cat. Kebanyakan
negara telah mengharamkan penggunaan plumbum dalam permainan tetapi The New York
Times, banyak kilang yang menggunakan plumbum terutamanya dari China. Plumbum boleh
menyebabkan kerosakan otak terutamanya kepada kanak-kanak, sawan, koma dan kematian.
3) Particulate Matter 10 (PM10)
PM10 atau lebih senang disebut debu ada di mana-mana tetapi ianya lebih tertumpu di kilang
pembinaaan dan kilang kayu. PM10 menyebabkan asma dan kanser paru-paru apabila terdedah
dalam jangka masa yang lama
4) Benzene
Bahan kimia ini ada di dalam asap rokok dan minyak petrol di mana ianya lebih mudah masuk ke
dalam badan melalui asap rokok kepada orang yang berdekatan dengan perokok atau dikenali
sebagai perokok sekunder. Kajian Agensi Kanser Antarabangsa (IARC,2012) menyokong benzene
sebagai carcinogen iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser di dalam badan.
Kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan pertumbahan tumor akibat pendedahan
kepada benzene.
5) Kerosene
Kerosene atau minyak tanah mudah diperolehi di kedai runcit, di dalam botol kaca. Namun
dengan kelalaian kita,ia boleh menyebabkan kebakaran kerana kerosene adalah bahan mudah
terbakar. Kerosene boleh menyebabkan iritasi kulit kepada orang yang sensitive dan beracun
sekiranya ditelan oleh kanak-kanak. Simpan di tempat yang tinggi dan jauh daripada sumber api
untuk keselamatan.
6) Melamine
Tiada siapa yang kenal bahan kimia ini sehingga kes melibat skandal export susu China ke
seluruh dunia. Melamine digunakan oleh syarikat kerana ianya boleh meningkatkan isipadu susu
di samping meningkatkan protein. Melamine berbahaya ianya menyebabkan penghasilan Kristal
di dalam buah pinggang terutamanya kanak-kanak. Kebanyakan negara menarik balik eksport
susu China oleh kerana kes melamine .
Kesimpulan
-Pengetahuan mengenai mengenai bahan kimia dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda
- Ambil perhatian kepada makluman tentang sesuatu produk makanan atau permainan, di
televisyen atau di surat khabar, terutamanya daripada kerajaan atau persatuaan pengguna.
- Kelekaan terhadap penyimpanan bahan kimia boleh membawa padah
Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi
alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.
Get documents about "