Docstoc

53622484-fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa

Document Sample
53622484-fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa Powered By Docstoc
					                         BML 1043
         FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
                  PENDIDIKAN GEOGRAFI
                 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
                       KUMPULAN C
                    DISEDIAKAN OLEH:
BIL                 NAMA                     NOM. MATRIK
 1.     NOOR ZAFFIZA BTE MUHAMAD SAIRI       D20091035575
 2.       NUR¶AIN SYUHADA BINTI ATAM         D20091035579
 3.      NUR HASILAH BINTI SHANUDDIN         D20091035582
 4.        ROHANI BINTI ABDUL WAHAB          D20091035594
 5.       SITI ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM        D20091035632


      PENSYARAH: EN. NIK HASSAN BASRI NIK AB. KADIR




                             1
Isi kandungan


BIL                        TAJUK                               MUKA SURAT
 1.    Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan             1
                     bukan bunyi bahasa?

2.    Berikan tiga contoh bunyi bahasa dan tiga contoh bukan       3
                           bunyi bahasa.

3.       Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai,              5
        huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak
                            bersuara.

4.                 Bunyi vokal- vokal Melayu                       11
                            y Depan
                            y Tengah
                           y Belakang

5.                    Ciri-ciri setiap vokal.                      14

6.               Lambang vokal dan transkripsi.                    23

7.                    Jadual vokal Melayu.                         27

8.                         Bibliografi




                                         2
1.0 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?

Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara,
rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat dikaji dalam
tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat. Ketiga-tiga
bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang berbeza. Bahasa
pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh sistem bunyi. Manakala
bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu bahasa. Bahasa isyarat adalah
bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu berbentuk visual yang digunakan oleh
masyarakat yang mempunyai kecacatan pendengaran. Memahami perbezaan antara bunyi bahasa
dan bukan bunyi bahasa akan memudahkan manusia untuk mentaksir sebarang bentuk bunyi
yang dikeluarkan sama ada mempunyai makna tertentu atau pun tidak.

       Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan
bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang akan
membentuk perkataan. Perkataan tersebutlah dinamai sebagai ³bahasa pertuturan´. Hal ini
kerana apabila bunyi-bunyi tersebut didengari, bunyi tersebut dapat difahami maknanya oleh
mereka yang menggunakan bahasa yang sama. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan
Nurfarah Lo Abdullah (2007) menyatakan bahawa bunyi bahasa merupakan bunyi yang telah
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. Alat artikulasi yang
mengalami halangan dan ganguan akan menghasilkan pelbagai bunyi bahasa yang akan
diterjemahkan dalam bentuk bunyi dan mempunyai makna yang dapat difahami oleh manusia.
Pembunyian bahasa bermula apabila udara daripada para-paru di hembus keluar. Semasa proses
penghembusan, udara bergerak keluar melalui saluran suara yang melibatkan rongga tekak,
rongga mulut dan rongga hidung. Alatan dirongga tekak terdiri daripada glotis, pita suara dan
epiglotis. Manakala di rongga mulut pula ialah bibir, gigi, gusi, lelangit, lidah dan anak tekak.
Hal ini bermakna, udara dari paru-paru yang keluar melalui alat artikulasi adalah elemen utama
dalam berbahasa.    Contohnya, bunyi perkataan saya dapat difahami oleh pengguna rumpun
bahasa Melayu dan bagi pengguna bahasa lain perkataan saya tidak membawa apa-apa makna
kecuali perkataan saya secara kebetulan ada persamaan dengan bunyi sesuatu bahasa lain.




                                               3
        Bunyi yang dihasilkan tetapi tidak memberikan makna dan maksud tertentu pula
dianggap sebagai bukan bunyi bahasa. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed
(2005), bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau tidak menyamai mana-
mana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Sebaliknya bunyi yang
dihasilkan itu sekadar bunyi bersuara tanpa mengandungi apa-apa makna. Namun demikaian,
bunyi bahasa tersebut jika dilihat berdasarkan skop pragmatik, bunyi bahasa yang dikeluarkan
berkemungkinan mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan kepada masa dan tempat
peristiwa itu berlaku. Contohnya ³bersiul´ yang dilakukan oleh jejaka kepada gadis mungkin
bertujuan untuk menarik perhatian. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah
Lo Abdullah (2007), bunyi yang merupakan bukan bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan
oleh alat artikulasi tetapi tidak mempunyai makna dalam pertuturan harian manusia. Bunyi yang
dihasilkan daripada anggota badan manusia yang lain juga bukan bunyi bahasa kerana tidak
dikeluarkan daripada alat artikulasi dan juga tidak mengandungi makna dalam bahasa pertuturan
manusia. Contohnya ialah bunyi tepuk tangan dan lipatan jari.

        Berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah
memudahkan urusan komunikasi manusia.          Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang
dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang cuba
disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak memgambarkan
apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai lumrah kejadian
alam.    Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa juga dapat
mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya.




                                              4
2.0 Contoh bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

2.1 Bunyi bahasa

    Bil               Bunyi Bahasa                              Huraian dan Contoh
1         Bunyi Vokal


                Vokal Depan [ i ], [ e ], [ a ]            Bahagian hadapan lidah berperanan
                                                             menghasilkan bunyi vokal hadapan.
                                                           Contoh : saya, itu
                Vokal Belakang [ u ], [ o ]                Bahagian belakang lidah berfungsi
                                                             menghasilkan vokal belakang.
                                                           Contoh : untuk, orang
                Vokal Tengah [ e ]                         Bahagian tengah lidah berfungsi
                                                             menghasilkan vokal tengah
                                                           Emak, emas, engkau, lemas
2         Bunyi Konsonan


                Terdapat 26 konsonan iaitu:                Contoh : kakak, kami, baca, buku,
                (b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r,      jalan,   zaman,     syarikat   dan
                s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh, gh,        sebagainya.
                dz, th)
                Terdapat 18 konsonan asli dan 8
                konsonan pinjaman.
                8 konsonan pinjaman ialah
                (f, v, z, sy, kh, gh, dz, th)
                Konsonan-konsonan                  ini
                merupakan         pinjaman        dari
                bahasa      Arab      dan       bahasa
                Inggeris.




                                                     5
3       Diftong


              Bunyi geluncuran.                            Au - kerbau, pulau, kalau
              Mempunyai             satu      puncak       Ai - balai, salai, kedai
              kelantangan .                                Oi - dodoi, amboi, kaloi
              Diftong       hanya     hadir   dalam
              perkataan yang mempunyai dua
              suku kata atau lebih.




2.2 Bukan bunyi bahasa

Bil     Bunyi Bahasa                                   Contoh dan huraian


1             Bunyi yang dihasilkan oleh alat              Berdehem, berdengkur, sendawa,
              artikulasi.                                    bersiul, ketawa dan sebagainya




2             Bunyi yang dihasilkan oleh                   Menepuk tangan, meramas jari,
              anggota badan manusia.                         kentut dan sebagainya.




3             Bunyi yang dihasilkan oleh                   Berkokok,       mengembek         dan
              binatang.                                      sebagainya.




                                                  6
3.0 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara
dan bunyi tidak bersuara.

Penghasilan bunyi vokal dan konsonan adalah bersuara dan tidak bersuara. Perbezaan utama
penghasilan bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah keadaan pita suara. Keadaan pita
suara tersebut adalah secara dirapatkan atau dibuka. Semua vokal adalah bunyi bersuara. Tetapi,
bagi konsonan pula terdapat yang bersuara dan yang tidak bersuara. Gambar rajah dibawah
menunjukkan keadaan pita suara bagi bunyi bersuara dan bunyi yang tidak bersuara.




Rajah 1.0 Keadaan pita suara.

Dalam bahasa Melayu terdapat 19 konsonan asli yang boleh dihasilkan melalui bunyi bersuara
dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan
daerah artikulasi tertentu. Antara daerah artikulasi tersebut ialah dua bibir, gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung. Dengan berdasarkan daerah artikulasi
dapat membezakan antara bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara. Oleh itu, jadual dibawah
menunjukkan perbezaan dan contoh dalam perkataan bunyi konsonan dengan melibatkan daerah
artikulasi. Dengan ini perbezaan lain bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah
melibatkan alat artikulasi cara sebutan yang mempegaruhi pita suara.


                                                 7
  Alat artikulasi               Bunyi Bersuara                       Bunyi Tidak Bersuara


Vokal          dan Semua vokal [a,e,i,o,u]
konsonan             Konsonan [b], [d], [g]                 Konsonan [p], [t], [k], [f], [s].


Letupan dua bibir.   Bunyi konsonan [b]                     Bunyi konsonan [p]




                     Cara penghasilannya adalah dengan Cara penghasilan adalah dengan dua
                     dua     bibir   dirapatkan       untuk bibir         dirapatkan            untuk
                     menghalangkan sepenuhnya udara menghalangkan               sepenuhnya      udara
                     dari paru-paru yang keluar ke dari paru-paru yang keluar ke rongga
                     rongga mulut. Lelangit lembut dan mulut. Lelangit lembut dan anak
                     anak tekak pula dinaikkan dan tekak pula dinaikkan dan dirapatkan
                     dirapatkan kepada dinding tekak kepada dinding tekak bagi menyekat
                     bagi menyekat udara supaya tidak udara supaya tidak dapat keluar
                     dapat keluar melalui rongga hidung.    melalui rongga hidung.
                     Pita suara dirapatkan. Dengan ini, Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
                     udara dari paru-paru keluar dengan dari paru-paru keluar ke rongga mulut
                     menggetarkan pita suara ke rongga tanpa menggetarkan pita suara. Udara
                     mulut   dan tersekat     sepenuhnya tersekat      sepenuhnya       pada    bibir,
                     seketika pada bibir mulut, kemudian kemudian dilepaskan serta-merta.
                     udara dilepaskan serta-merta.          Antara    contoh     kehadiran      bunyi
                     Antara contoh kehadiran bunyi konsonan [p] dalam perkataan pula
                     konsonan [b] dalam perkataan ialah ialah          [#papan#],         [#sepa #],


                                                  8
               [#wbuwru #],            [#wtuwbuh#], [# atap#].
               [#kitab#].


Letupan gusi   Bunyi konsonan [d].                       Bunyi konsonan [t].




               Cara penghasilannya adalah dengan Cara penghasilannya adalah dengan
               hujung lidah dirapatkan pada gusi hujung lidah dirapatkan pada gusi
               untuk membuat sekatan penuh pada untuk membuat sekatan penuh pada
               arus udara yang keluar dari paru ke arus udara yang keluar dari paru ke
               rongga mulut. Lelangit lembut dan rongga mulut. Lelangit lembut dan
               anak      tekak    dinaikkan        dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
               dirapatkan pada dinding tekak untuk pada dinding tekak untuk menutup
               menutup      rongga hiding        supaya rongga hiding supaya udara tidak
               udara tidak dapat keluar melalui dapat keluar melalui rongga hidung.
               rongga hidung.                            Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
               Pita suara dirapatkan. Dengan ini, dari            paru-paru     keluar    tanpa
               udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara.
               menggetarkan pita suara.                  Antara    contoh     kehadiran   bunyi
               Antara contoh kehadiran bunyi konsonan [t] dalam perkataan ialah
               konsonan [d] dalam perkataan ialah [#tare #] dan [#wpuwtus#].
               [#dalam#],        [#pada #]         dan
               [# abad#].




                                             9
Letupan   lelangit Bunyi konsonan [g].                 Bunyi konsonan [k].
lembut




                   Cara penghasilannya adalah dengan Cara      penghasilan    adalah    dengan
                   belakang   lidah   dinaikkan    dan belakang     lidah     dinaikkan    dan
                   dirapatkan pada lelangit lembut dirapatkan pada lelangit lembut untuk
                   untuk membuat sekatan penuh pada membuat sekatan penuh pada arus
                   arus udara yang keluar dari paru- udara yang keluar dari paru-paru ke
                   paru ke rongga mulut. Setelah itu, rongga mulut. Setelah itu, lelangit
                   lelangit lembut dan anak tekak lembut dan anak tekak dirapatkan
                   dirapatkan pada dinding tekak untuk pada dinding tekak untuk menyekat
                   menyekat udara supaya tidak dapat udara supaya tidak dapat keluar
                   keluar melalui rongga hidung.       melalui rongga hidung.
                   Pita suara dirapatkan. Dengan ini, Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
                   udara keluar dari paru-paru dengan keluar      dari      paru-paru     tanpa
                   menggetarkan pita suara.            menggetarkan pita suara.
                   Antara contoh bunyi konsonan [g] Antara contoh bunyi konsonan [k]
                   dalam perkataan ialah [#wguwru#], dalam perkataan ialah [#kawan#],
                   [# aga #], dan [#beg#].             [#bakat#], [#wbuda #].




                                              10
Letusan       lelangit Bunyi konsonan [       ].                   Bunyi konsonan [ ].
keras-gusi.




                      Penghasilannya         adalah        dengan Penghasilannya adalah dengan depan
                      depan lidah dirapatkan pada daerah lidah dirapatkan pada daerah lelangit
                      lelangit keras-gusi untuk membuat keras-gusi untuk membuat sekatan
                      sekatan pada arus udara dari paru- pada arus udara dari paru-paru ke
                      paru ke rongga mulut. Lelangit rongga mulut. Lelangit lembut dan
                      lembut dan anak tekak dinaikkan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
                      dan     dirapatkan     kepada        dinding kepada dinding tekak untuk menyekat
                      tekak     untuk      menyekat         udara udara daripada memasuki rongga
                      daripada memasuki rongga hidung.             hidung.
                      Pita suara dirapatkan. Dengan ini, Pita suara dibuka. Dengan ini, udara
                      udara dari paru-paru keluar ke dari paru-paru keluar ke rongga mulut
                      rongga mulut dengan menggetarkan tanpa menggetarkan pita suara dan
                      pita suara dan tersekat pada daerah tersekat pada daerah lelangit keras-
                      lelangit keras-gusi.                         gusi.
                      Antara contoh bunyi konsonan [ ] Antara contoh bunyi konsonan [ ]
                      dalam perkataan ialah [#w uga#] dalam perkataan ialah [#wcuti#], dan
                      dan [#whu an#].                              [#wsuci#].




                                                      11
Dalam jadual ini juga menunjukkan dengan lebih mudah perbezaan konsonan yang bersuara dan
tidak bersuara dengan melibatkan alat artikulasi. Bagi konsonan cara sebutan sengau [m], [n],
[ ],dan [ ] merupakan konsonan bersuara.

Daerah
sebutan/      Dua bibir    gusi         Gusi          Lelangit     Lelangit      Pita suara
Cara                                    lelangit      keras        lembut
sebutan                                 keras
Letupan tak        p              t                                      k
bersuara

Letupan            b              d                                      g
bersuara

Letusan tak
bersuara
Letusan
bersuara
Sengau            m               n


Geseran tak                       s
bersuara

Geseran                                                                               h
bersuara

Getaran                           r


Sisian                            l


Separuh           w                          y/j
vokal




                                               12
4.0 Bunyi- bunyi vokal Melayu




                     Rajah 2.0: Kedudukan vokal Bahasa Melayu



Dalam rajah 1.0 diatas telah menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa melayu.

Terdapat enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [   ] serta vokal
belakang terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ]. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian
hadapan lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah. Manakala garis yang melintang menunjukkan garis ketinggian
lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan [ u ] lidah
haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a ], kedudukan
lidah terletak paling rendah. Kesimpulannya, dapat kita rumuskan bahawa alat artikulasi lidah
merupakan kriteria penting dalam pembahagian bunyi vokal.




                                              13
Cara penghasilan bunyi vokal

Jenis vokal    Keadaan         Kedudukan       Lelangit dan Pita suara         Bunyi vokal
               bibir           lidah           anak tekak
Vokal depan
Sempit         Hampar.         Depan lidah Menutup             Pita    suara [ i ]
                               dinaikkan       rongga          dirapatkan
                               setinggi        hidung          supaya udara
                               mungkin kea supaya udara keluar dengan
                               rah gusi.       tidak keluar.   menggetarkan
                                                               pita suara ke
                                                               rongga mulut.
Separuh        Bibir           Depan lidah Dinaikkan           Pita    suara   [e ]
sempit         dihamparkan     dinaikkan       untuk           dirapatkan
               separuh         separuh         menutup         supaya udara
               sempit.         tinggi kea rah rongga           dari    paru-
                               gusi.           hidung          paru keluar.
                                               supaya udara
                                               tidak keluar.
Separuh luas   Hampar          Depan lidah Dinaikkan           Pita    suara   [      ]
               separuh luas.   dinaikkan       untuk           dirapatkan
                               separuh         menutup         supaya udara
                               rendah      kea rongga          dari    paru-
                               rah gusi.       hidung          paru    dapat
                                               supaya udara keluar.
                                               tidaka dapat
                                               keluar.
Depan luas     Hampar          Depan lidah Dinaikkan           Pita    suara   [a]
                               diturunkan      menutup         dirapatkan
                               serendah        rongga          supaya udara
                               mungkin.        hidung.         dapat keluar.


                                               14
Vokal
belakang
Belakang       Bundar.   Belakang        Dinaikkan         Pita     suara [ u ]
sempit                   lidah           menutup           dirapatkan.
                         dinaikkan       rongga
                         setinggi        hidung
                         mungkin         supaya udara
                         kearah          tidak     dapat
                         lelangit        keluar.
                         lembut.
Belakang       Bundar.   Belakang        Dinaikkan         Pita     suara    [o]
separuh                  lidah           supaya            dirapatkan
sempit                   dinaikkan       menutup           supaya udara
                         separuh         rongga            dari     paru-
                         tinggi kearah hidung.             paru     keluar
                         lelangit                          ke      rongga
                         lembut.                           mulut
                                                           menggetarkan
                                                           pita suara.
Belakang       Bundar    Belakang        Dinaikkan         Pita     suara    [   ]
separuh luas             lidah           untuk             dirapatkan
                         dinaikkan       menutup           supaya udara
                         kearah          rongga            dari     paru-
                         lelangit        hidung.           paru     keluar
                         lembut.                           dengan
                                                           menggetarkan
                                                           pita suara ke
                                                           rongga mulut.
Vokal tengah   Hampar    Tengah lidah Dinaikkan            Pita     suara    [ ]
                         dinaikkan       menutup           dirapatkan
                         sedikit     kea rongga            supaya udara

                                         15
                                   rah      lelangit hidung           yang     keluar
                                   keras.           supaya udara dar paru- paru
                                                    tidak      dapat ke       rongga
                                                    keluar      dari mulut
                                                    rongga            menggetarkan
                                                    hidung.           pita suara.
Jadual 1.0: Cara penghasilan bunyi vokal.

Jadual 1.0 di atas menunjukkan cara penghasilan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu yang
terbahagi kepada tiga iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maksud vokal
menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ), menyatakan bahawa
semua vokal bersuara dan apabila vokal itu dihasilkan udara dari paru- paru akan keluar secara
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Selain
itu, bunyi vokal mempunyai ciri- ciri kelantangan dan kepanjangan. Simbol bagi kepanjangan
ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau tanda titik bertindih di sebelah kanan
vokal. Sebagai contoh ialah [ a: ] atau [ ã ], [ u: ] atau [   ] dan [ i: ] atau [ ].

        Selain itu, kriteria yang menentukan jenis- jenis vokal ialah lidah sama ada di bahagian
hadapan, tengah atau belakang lidah. Bahagian hadapan lidah untuk bunyi vokal hadapan, tengah
lidah untuk bunyi vokal tengah manakala bahagian belakang lidah untuk bunyi vokal belakang.
Terdapat empat kriteria yang boleh dirumuskan tentang bunyi vokal iaitu bahagian hadapan lidah
memainkan peranan penting sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang, ketinggian lidah
sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah atau separuh rendah, keadaan bibir sama ada bibir
hampar atau bundar dan yang terakhir ialah pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.




5.0 Ciri-ciri vokal

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan (Abdul Hamid
Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan bahawa vokal adalah bunyi bersuara
yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami gangguan,
sekatan auat himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran.

                                                    16
Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi
bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita
suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang
dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita
suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu
bunyi vocal dengan frekunsi yang tertentu.




                           Rajah 3.0 : Kedudukan vokal Bahasa Melayu


Berdasarkan rajah 1.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah di atas, bahagian sebelah kiri
merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian
belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula adalah bahagian tengan lidah. Garis melintang yang
terdapat pada rajah merupakan gambaran ketinggian lidah apabila membunyikan vokal-vokal
tersebut. Hal ini kerana bunyi vokal dapat dibezakan mengikut tinggi atau tendah lidah diangkat
ketika membunyikan vokal tersebut.




                                              17
Selain lidah, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.




                       Rajah 4.0 : Keadaan bibir ketika membunyikan vokal.


   Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
       a) vokal depan sempit [ i ]
          Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam
       menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang
       terlibat.




                                             18
   Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah
lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup rongga hidung,
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.




     awal                            tengah                           akhir
Ikan [ # ikan# ]                 Bila [ #bila# ]                  Tali [ #tali# ]
Iman [ # iman# ]                 Sila [ #sila# ]                 Padi [ #padi# ]




                                       19
b) vokal depan separuh sempit [ e ]




  Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah
  gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya
  udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui ronnga mulut
  sambil menggetarkan pita suara.
              awal                          tengah                    Akhir
       Ekor [ # ewkor# ]              Sepet [ #sepet# ]           Sate [ #sate# ]
       Elok [ # ewlo # ]              Leher [ #leher# ]          Kole [ #wkole# ]




                                       20
c) vokal depan luas [ a ]




Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.
Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara
tidak keluar melaluo rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara.


            awal                        tengah                   Akhir
      Aku [ # aku# ]              Saya [ #saya# ]            Kita [ #kita# ]
    Alam [ # alam# ]              Hati [ #hati# ]            Bila [ #bila# ]




                                   21
d) vokal tengah pendek [ ]




  Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah
  lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit keras. Bagi menutup rongga
  hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui
  rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita
  suara.
                      awal                       tengah
               Emak [ #      mak# ]         Lelah [ #l lah# ]
              Empat [ #      mpat# ]        Tenat [ #t nat# ]




                                       22
e) vokal belakang sempit [ u ]




  Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke
  arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup
  rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar melalui
  rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita
  suara.
             Awal                         tengah                     Akhir
        Ulat [ # ulat# ]           Bulat [ #wbulat# ]          Dadu [ #dawdu# ]
       Ulam [ # ulam# ]           Sulam [ #wsulam# ]            Batu [ #bawtu# ]




                                     23
  f) vokal belakang separuh sempit [ o ]




    Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah
    lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongga
    hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui
    hidung. Oleh itu, udara keluar melaui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.


       awal                            tengah                         Akhir
Ombak [ # omba # ]               Sorak [ #wsora # ]              Soto [ #wsowto# ]
 Obor [ # owbor# ]                 Bola [ #wbola# ]             Koko [ #wkowko# ]




                                           24
6.0 Lambang vokal dan transkripsi.

6.1 Lambang vokal

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal iaitu, [i], [e], [a], [ ],[u], dan [o]. Vokal-vokal
ini terbahagi kepada tiga jenis bunyi iaitu bunyi vokal depan, bunyi vokal tengah dan bunyi
vokal belakang. Setiap vokal mempunyai lambang tersendiri. Rajah 1 menunjukkan lambang-
lambang vokal dalam bahasa Melayu.




        Vokal hadapan                        vokal tengah                  vokal belakang

    i                                                                                           u




           e                                                                                    o




                      a

                              Rajah 5.0: Lambang vokal dalam bahasa Melayu.




                                               25
Dalam bahasa Melayu, terdapat vokal primer dan vokal sekunder. Vokal primer ada enam iaitu
a,e, ,i,o, dan u. Rajah di bawah menunjukkan lambang vokal primer serta contoh perkataan yang
menggunakan vokal-vokal primer.

Lambang fonetik                 Contoh perkataan             Nota

[a]                             asap,anak

[è]                             ela, semak, sate

[i]                             iring, kita, ciri

                                                             Tidak    terdapat   di   hujung
[ ]                             emak, tekad
                                                             perkataan

[o]                             obor, botak

[u]                             ular, sultan, paku




Vokal sekunder pula ialah vokal yang hadir selepas konsonan sengauan iaitu konsonan
[m,n, , ]. Apabila vokal primer menerima pengaruh konsonan sengauan, vokal tersebut akan
menjadi vokal sekunder. Vokal sekunder ini akan menerima tanda nasalisasi/penyegauan (~).
Nasalisasi merupakan proses merubah atau memberi nasal (sengau) kepada fonem-fonem.
Contoh huruf vokal sekunder ialah [ã,õ, , ].

Contoh perkataan yang sudah menerima nasalisasi :

          [#mãnã#]

          [#d   ãn#]

          [#samãn#]

           [# n s#]




                                                    26
6.2 Transkripsi

Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-lambang
tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi sebutan ke
dalam bentuk lambang-lambang fonetik setepat mungkin mengikut sebutan sebenar penutur
sesuatu bahasa (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).

       Terdapat dua jenis transkripsi dalam bahasa Melayu iaitu transkripsi fonetik dan
transkripsi fonemik. Dua jenis transkripsi ini juga dikenali sebagai transkripsi sempit dan
transkripsi luas. Transkripsi fonetik dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi fonemik
dikenali sebagai transkripsi luas.

6.2.1 Transkripsi fonetik

Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat terperinci
dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik
tersebut. Terdapat pelbagai lambang dalam transkripsi fonetik ini. Sebagai contoh, lambang

pembibiran [ ], penyegauan(nasalisasi) [     ], perengkungan [ , ,     ], penglelangitkerasan [   ]
dan pengglotisan [ ].

       Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan juga
ciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,
transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat             pada
pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi
wujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).

6.2.2 Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiada
koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan fonem-
fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh itu,
transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik tidak
menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik.




                                                27
Transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudah
dalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja.




Jadual 3 menunjukkan perbezaan dan persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi
fonemik.

 Tulisan rumi                    Transkripsi fonetik       Transkripsi fonemik
 Saya                            [#saja#]                  [#saja#]
 Mata                            [#ma ta#]                 [#mata#]
 Untuk                           [# un to #]               [#unto #]
 Kecuali                         [#k     uali#]            [#k uali#]
 Jenis                           [#    n s#]               [#   nis#]
 Harimau                         [#harima         #]       [#harimau#]
 Sauh                            [#      uh#]              [# auh#]



Tulisan rumi

1) Bangunan itu cantik.

2 ) Buku ini keluaran terbaru.

3) Perniagaan saya hampir berjaya.




                                                  28
Transkripsi fonetik

   1) [ #ba una n itu anti             #]
   2) [#       bu ku ini     k    luaran t rbaru #]
   3) [# p rni        aga an saja hampir beryaja #]

Transkripsi fonemik

   1) [ #ba unan itu canti        #]
   2) [# buku ini k luaran t rbaru #]
   3) [# p rnigaan saja hampir beryaja #]

   Dalam transkripsi fonetik, mesti terdapat alat artikulasi tambahan, manakala transkripsi
   fonemik tiada alat artikulasi tambahan. Persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi
   fonemik ialah kedua-dua transkripsi ini tidak menggunakan semua tanda baca dalam bahasa
   Melayu.

7.0 Jadual vokal Melayu.

Ketinggian                 Hadapan                    Tengah           Belakang
Sempit                     i/ i                                        u/ u
Separuh sempit             e/e                                         o/ o
Tengah                                                e/
Separuh luas               e[     ]*                                   o[     ]*
Luas                       a/ a                                        a[     ]*
*Bukan standard yang terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman.

Jadual 2.0: Jadual vokal melayu.




                                                      29
Bibliografi


Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur
      Syarikat Percetakan Bintang Baru.


Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi
      Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.


Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada
      http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011.


Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala
     Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS
        Profesional 2002.


Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.


Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada
      http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA.


Sistem        Fonologi.       Diperoleh      pada      januari   12,   2011   dipetik   daripada
         http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu


Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.




                                                      30

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:584
posted:7/21/2012
language:
pages:30