Docstoc

HBML1203

Document Sample
HBML1203 Powered By Docstoc
					                            ISI KANDUNGAN


BIL PERKARA                                      MUKA SURAT
1   PENGENALAN                                      3-4
    1.1 Definisi Fonetik
    1.2 Definisi Fonologi
2     KAJIAN PENGHASILAN BUNYI                      5 – 24
      2.1 Bunyi Vokal
      2.1.1 Cara Membunyikan Huruf Vokal
      2.2 Bunyi Konsonan
      2.2.1 Cara Sebutan
      2.2.2 Daerah Sebutan
      2.2.3 Keadaan Pita Suara
      2.2.4 Cara Membunyikan Konsonan
      2.3 Alat Antikulator
      2.4 Sifat-Sifat Vokal
      2.5 Kedudukan Vokal dalam Bahasa Melayu
      2.6 Bunyi-Bunyi Vokal Bahasa Melayu
      2.7 Transkripsi
      2.7.1 Transkripsi Fonetik
      2.7.2 Transkripsi Fonemik
3     PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON            25 – 26
4     CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DAN KEPENTINGAN     27 – 28
      DALAM KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU
      4.1 Tekanan
      4.2 Panjang-Pendek
      4.3 Jeda
      4.4 Tona
5     KESIMPULAN                                     29
6     BIBLIOGRAFI                                    30




    1. PENGENALAN
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu




       Manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Dalam sistem komunikasi
manusia ada penutur dan ada pendengar. Bagaimanapun, kajian ini adalah berfokuskan kepada
bunyi yang terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji
penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Manakala,
fonologi pula mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.




1.1    DEFINISI FONETIK


       Menurut Kamus Dewan (2005:354), menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik)
yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

       Manakala, Arbak Othman ( 1983 ), pula berpendapat bahawa fonetik adalah kajian
tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya.
Sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

       Selain itu, Abdullah Hassan (1993:40), menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang
mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.

       Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad ( 2006 ), dalam buku
Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 menyatakan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Selain itu, terdapat tiga pendekatan yang dipelajari dan sering digunakan dalam
mengkaji fonetik iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Auditor dan Fonetik Akustik.




                                                                                           2
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


1.2    DEFINISI FONOLOGI

       Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi adalah mengkaji
sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
dinyatakan daripada pendapat Dalbor, salah seorang ahli Linguistik Barat, “ Phonology is the
study of the function and patterning of speech sounds “, yang membawa maksud “ Fonologi ialah
kajian tentang fungsi dan pencorakkan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia.

       Fonologi merupakan bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa. Bagi memudahkan
deskripsi sistem bunyi atau fonologi itu, unit bahasa seperti Fonem diwujudkan. Apabila kita
mengkaji fonologi sebuah bahasa, kita mengenal fonem-fonem yang wujud dalam sesebuah
bahasa. Komponen fonologi ini mempunyai rumus-rumus yang disebut rumus-rumus fonologi
yang menukar struktur permukaan sintaksis kepada representasi fonetik, iaitu bunyi-bunyi
bahasa yang kita dengar.

       Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi dapat ditakrifkan sebagai ilmu
linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Oleh itu, bunyi bahasa ialah
bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

       Kesimpulannya,      bidang   fonologi   sebenarnya    merumuskan,   menghuraikan    dan
menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan
peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.




                                                                                             3
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2. KAJIAN PENGHASILAN BUNYI


2.1    Bunyi Vokal


       Kaedah yang digunakan bagi mendeskripsi bunyi-bunyi vokal ini berdasarkan vokal
kadinal yang dibentuk oleh D. Jones (1930). Beliau merakamkan lapan vokal menggunakan cara
di atas dan bunyi-bunyi ini tidak dipunyai oleh mana-mana bahasa, hanya bunyi-bunyi yang
digunakan sebagai rujukan dalam mendeskripsi bunyi vokal dalam sebarang bahasa. Dalam
mendekskripsi bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan
konsonan.




                        Rajah 1 - Kedudukan lidah menghasilkan vokal




                                Rajah 2 – Vokal yang dihasilkan


       Menurut Mohamad Yunus Maris (1964) juga, terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu. Ini diterapkan dalam rajah 2 berikut.


                                                                                        4
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu




       Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga
Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini
tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu
ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.


       Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya
udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai
ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan
atau geseran.


       Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu
iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama
ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari
paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau
dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga
rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis
dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga
separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.




2.1.1 Cara Membunyikan Huruf Vokal
       Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang
wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan
alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.


   i) Vokal depan sempit [i]
       Dihasilkan apabila hujung lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan
       mulut, tetapi lidah tidak menyekat aliran udara dari paru-paru. Bibir dileperkan. Udara



                                                                                                  5
                              HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


         ditekan keluar dari paru-paru. Antara bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan
         sempit [i] seperti pada perkataan berikut:


Awal                               Tengah                            Akhir
Ikan                               Bila                              Tali
Ibu                                Tiba                              Padi




      ii) Vokal depan separuh sempit [e].
         Hujung lidah bahagian depan dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit. Udara
         dari paru-paru ditekankan keluar. Dua bibir dileperkan. Ini menghasilkan bunyi vokal
         depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:


Awal                               Tengah                            Akhir
Enak                               Teleng                            Tauge
Elok                               Leher                             Tempe


      iii) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].
         Hujung lidah diturunkan 1/3 lagi dari kedudukan separuh sempit. Dua bibir dileperkan.
         Udara ditekankan keluar dari paru-paru. Ini menghasilkan bunyi vokal depan separuh
         luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:


Awal                               Tengah                            Akhir
Esa                                Belek                             Tauge
Enak                               Belok                             Tempe


      iv) Vokal depan luas atau lapang [a].
         Hujung lidah ditarik ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Kemudian udara
         ditekan keluar dari paru-paru. Kedua bibir juga dileperkan dalam menghasilkan bunyi
         vokal ini. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada
         perkataan yang berikut:



                                                                                                 6
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu




Awal                              Tengah                           Akhir
Awan                              Kadar                            Siapa
Anak                              Beras                            Nama


  v) Vokal belakang sempit [u].
        Vokal ini dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin tetapi tidak
        menutup aliran udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan. Udara ditekankan keluar dari
        paru-paru. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada
        perkataan yang berikut:


Awal                              Tengah                           Akhir
Ubat                              Bulat                            Batu
Ular                              Sudu                             Palu


  vi) Vokal belakang separuh sempit [o].
        Belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling tinggi dan yang paling rendah di
        belakang lidah. Bibir dibundarkan. Apabila udara ditekankan keluar maka terhasillah
        bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:


Awal                               Tengah                        Akhir
Orang                              Tolong                        Pidato
Otak                               Bohong                        Koko


  vii) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫.]כ‬
        Belakang lidah diturunkan lagi 1/3 dari kedudukan separuh sempit. Bibir dibundarkan.
        Udara ditekan keluar dari paru-paru. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah
        [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut:


Awal                           Tengah                         Akhir



                                                                                                7
                                HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


 Orang                             Borong                         Soto
 Oleh                              Bolot                          Teko
      viii) Vokal tengah [ə].
          Vokal tengah tidak dimasukkan ke dalam jenis vokal kardinal. Vokal tengah dihasilkan
          dengan lidah terhampar di lantai rongga mulut. Bahagian tengah lidah diangkat sedikit.
          Udara keluar melalui rongga mulut tanpa gangguan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi
          vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:


 Awal                                      Tengah                        Akhir
 Emak                                      Penat                         Sosialisme
 Empat                                     Tenat                         Behaviurisme




2.2      Bunyi Konsonan


         Aliran udara dari paru-paru boleh dihalang, disekat, dan disempitkan semasa melalui
rongga mulut ataupun rongga hidung. Bunyi-bunyi yang dihasilkan begini dikatakan bunyi
konsonan. Ada tiga faktor penting bagi mendeskripsi bunyi konsonan iaitu;


2.2.1 Cara Sebutan
         Ini lebih kepada bagaimana bunyi itu dihasilkan iaitu apabila udara dari paru-paru boleh
disekat dengan merapatkan dua alat sebutan seperti dua bibir, bibir-gigi, lidah-lelangkit keras dan
lain-lain, kemudian udara dilepaskan dengan serta merta. Ini akan menghasilkan bunyi letupan.
Bunyi bahasa dihasilkan dengan beberapa cara, iaitu letupan, letusan, sengauan, geseran, getaran
dan sisian.


2.2.2 Daerah Sebutan
         Segala organ sebutan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi juga dikira penting. Yang
mana, ada perbezaan antara organ yang terletak di bahagian atas rongga mulut dipanggil daerah
sebutan dan organ yang terletak di bahagian bawah rongga mulut dipanggil alat sebutan.
Bermacam-macam bunyi dapat dihasilkan dengan mengubah daerah dan alat sebutan.




                                                                                                 8
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2.2.3 Keadaan Pita Suara
       Apabila menghasilkan bunyi konsonan, keadaan pita suara juga penting. Keadaan pita
suara bermaksud sama ada pita suara bergetar atau tidak. Ini dapat membezakan dua jenis bunyi,
iaitu bunyi bersuara apabila pita suara bergetar dab bunyi tidak bersuara apabila pita suara tidak
bergetar.


       Ketiga-tiga perkara ini, dapat memberi kita kaedah dalam mendeskripsi bunyi-bunyi yang
dihasilkan dengan tepat. Seperkara penting dalam menghasilkan bunyi, iaitu sama lelangit
lembut diturunkan, maka rongga hidung terbuka, maka udara keluar melalui rongga hidung,
bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau, atau lelangit lembut dinaikkan rapat menemui dinding
belakang tekak, bunyi yang dihasilkan adalah suatu bunyi biasa. Penghasilan konsonan bahasa
Melayu boleh dirujuk pada rajah 3.




                                  Rajah 3 – Konsonan bahasa Melayu


                                                                                                9
                             HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


       Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh
penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu
terdapat 9 jenis konsonan iaitu :


           a. Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
           b. Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
           c. Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
           d. Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
           e. Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
           f. Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan
               geseran glotis bersuara ( h ).
           g. Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
           h. Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
           i. Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )




       Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua
bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.




                                                                                           10
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu




2.2.3 Cara Membunyikan Konsonan
          Terdapat lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat
diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:


 Daerah sebutan
 Cara sebutan     Bibir           Gigi-gusi       Lelangit keras Lelangit           Glottis
                                                                   lembut
 Letupan          Pb              Td              -                Kg               -
 Letusan          -               -               Cj               -                -
 Sengau           M               N               (ny)             (ng) ŋ           -
 Geseran          -               S               -                -                H
 Getaran          -               R               -                -                -
 Sisian           -               L               -                -                -
 Separuh          W               -               Y                -                -
 vokal


          Terdapat hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir
perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan j bab, had, koc dan kolej.
Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada
akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti


          Huraian berikut adalah penjelasan tentang peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat
artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan
konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu
memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.


i. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].
   Cara membunyikannya adalah seperti berikut :




                                                                                                11
                                  HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


     Bunyi konsonan [p]                                   Bunyi konsonan [b]
1. 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat                   Cara      membunyikan         sama   seperti
     sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru membunyikan konsonan [p]. yang berbeza
     ke rongga mulut.                                     ialah:
                                          1.
2. 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang 1. Pita suara dirapatkan.
                                             2.
     atau ke dinding rongga tekak untuk membuat 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
     sekatan udara dari paru-paru ke rongga rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.
     hidung.                                        3.     3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
3. 3. Pita suara direnggangkan.                           bibir bersuara [b].
4. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga
     mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
     merta.
     5.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
     bibir tidak bersuara [p].


  Contoh perkataan bagi konsonan adalah seperti berikut :


        Huruf                    Awal                     Tengah                 Akhir
        Konsonan [p]             Palu                     Lapik                  Atap
        Konsonan [b]             Batek                    Rabun                  Adab



  ii. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
       Cara membunyikannya seperti yang dinyatakan di bawah :


     Bunyi konsonan [t]                                     Bunyi konsonan [d]
1. 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti
     membuat sekatan penuh pada arus udara.                 membunyikan konsonan [t]. yang berbeza
2. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke ialah:
                                               1.
     belakang atau ke dinding rongga tekak untuk 1. Pita suara dirapatkan.
     menutup arus udara ke rongga hidung.                2. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui



                                                                                                    12
                             HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


3. 3. Pita suara direnggangkan .                     rongga mulut dengan menggetarkan pita
4. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui suara.
   rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 3.     3.Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
5. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan bersuara [d].
   gusi dilepaskan serta-merta.
6. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi
   tidak bersuara [t].




  Contoh perkataan:


   Huruf                     Awal                    Tengah                  Akhir
   Konsonan [t]              Takut                   Batas                   Padat
   Konsonan [d]              Dalam                   Tanduk                  Abad




  iii. Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut
      bersuara [g]. Cara membunyikannya:


    Bunyi konsonan [k]                             Bunyi konsonan [g]
1. 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti
    lembut untuk membuat sekatan penuh pada membunyikan konsonan [k]. yang berbeza
    arus udara .                                   ialah:
                                              1.
2. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan 1. Pita suara dirapatkan .
                                           2.
    ke rongga tekak bagi menyekat arus udara 2. Arus udara dari paru-paru yang keluar
    dari paru-paru ke rongga hidung.               melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.
 3. 3. Pita suara di renggangkan.              3. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
4. 4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui lembut bersuara [g].
    rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.




                                                                                              13
                                HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


     5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang
     lidah dilepaskan serta merta.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
     lembut tidak bersuara [k].




  Contoh perkataan adalah seperi berikut :


     Huruf                   Awal                     Tengah                   Akhir
     Konsonan [k]            Kala                     Makan                    Tamak
     Konsonan [g]            Garam                    Pagar                    Dialog




  iv. Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
       a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
            untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
       b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
       c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
       d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.
            Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:


     Awal                            Tengah                            Akhir
     Anak                            Saat                              Lemak
     Ikan                            Rakyat                            Budak


  v. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras
       bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:


     Bunyi konsonan [č]                               Bunyi konsonan [Ĵ]
1. 1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti
     membuat sekatan pada arus udara.                 membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza




                                                                                                    14
                               HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ialah:
                                          1.
   ke belakang atau ke dinding rongga tekak 1. Pita suara dirapatkan.
                                           2.
   untuk membuat sekatan terhadap arus udara 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
   dari paru-paru ke rongga hidung.                  rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. 3. Pita suara direnggangkan.                   3. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
4. 4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga keras gusi bersuara [Ĵ]
   mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di
   lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
   keras gusi tidak bersuara [č].




  Contoh perkataan adalah seperti berikut :


   Huruf                    Awal                     Tengah                   Akhir
   Konsonan [č]             Cara                     Laci                     Koc
   Konsonan [Ĵ]             Jala                     Kanji                    Kolej


  vi. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
      a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
      b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
           udara dari paru-paru ke rongga hidung.
      c) Pita suara di renggangkan.
      d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
      e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan
           geseran gusi tidak bersuara [s].
  Contoh perkataan:
   Awal                              Tengah                           Akhir
   Silap                             Lasak                            Pedas
   Satu                              Lesu                             Lemas




                                                                                                 15
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


vii. Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
   a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
   b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat
         sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
   c) Pita suara dirapatkan.
   d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
   e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
             Awal                          Tengah                          Akhir
             Rapat                         Tiram                           Sabar
             Rugi                          Seram                           Lebar


i) Konsonan gusi bersuara [I]:
   a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
   b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat
         sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
   c) Pita suara dirapatkan
   d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
   e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang
berikut:
 Awal                             Tengah                           Akhir
 Lagu                             Tilam                            Tebal
 Lipat                            Kelam                            Kekal


viii. Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
   a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
   b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
         paru-paru ke rongga hidung.
   c) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.


                                                                                                 16
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


   d) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
   e) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti yang berikut :
 Awal                                  Tengah                         Akhir
 Macam                                 Teman                          Ketam
 Murah                                 Lumba                          Badam




ix. Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
   a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
   b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
         paru-paru ke rongga hidung.
   c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
   d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut :
 Awal                            Tengah                            Akhir
 Naga                            Tanah                             Taman
 Nilam                           Panah                             Laman




x. Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
   a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
   b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
         keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
   c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
   d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
   e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-
         perlahan.




                                                                                             17
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang
dinyatakan di bawah :
 Awal                                 Tengah                           Akhir
 Ngilu                                Bingka                           Lalang
 Ngeri                                Rangkap                          Tulang


xi. Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] ּת‬Cara membunyikannya:
   a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
   b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
         terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
   c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
   d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
   e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )ּת‬seperti perkataan
yang berikut:
 Awal                             Tengah                           Akhir
 Nyaris                           Banyak                           -
 Nyala                            Senyap                           -


xii. Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
   a) Bibir di bundarkan.
   b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
   c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara
         dari paru-paru ke rongga hidung
   d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
   e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
         membunyikan vokal tengah [w].




                                                                                            18
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti yang berikut :


 Awal                               Tengah                         Akhir
 Waris                              Kawan                          Takraw
 Wajar                              Lawan                          -


xiii. Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya adalah seperti berikut :
       a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
       b) Bibir di hamparkan.
       c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-
           paru ke rongga hidung.
       d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan
           vokal [j].
       e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]


Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada
perkataan berikut:
Awal                                Tengah                         Akhir
Yakin                               Tayang                         -
Yuran                               Payah                          -




2.3      Alat Antikulator


         Kajian fonetik dan fonologi menunjukkan pengelibatkan organ pertuturan manusia secara
lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia
dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur
tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.




                                                                                                19
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


       Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi
konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini
berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat
sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang
terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu
udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi
yang tidak bersuara.




2.4    Sifat-Sifat Vokal

       a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
       b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
       c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.




                                                                                             20
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2.5    Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

       a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
       b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
       c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".




                   Awal            Tengah Akhir        Terbuka           Akhir Tertutup
         E         e/kor           Belas               Sate              Telek
         I         i/bu            Bilah               Kali              Saling
         A         a/yam           Malu                Saya              Botak


2.6    Bunyi- Bunyi Vokal Melayu


       Terdapat enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [    ] serta
vokal belakang terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ]. Bahagian di sebelah kiri merupakan
bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian
tengah merupakan bahagian tengah lidah. Manakala garis yang melintang menunjukkan garis
ketinggian lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan [ u ]
lidah haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a ],
kedudukan lidah terletak paling rendah.




                                                                                              21
                           HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


       Selain lidah, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.
Keadaan bibir ketika membunyikan vokal.Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
a) vokal depan sempit [ i ]Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat
dalam menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yangterlibat.




2.7    Transkripsi


       Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-
lambang tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi
sebutan kedalam bentuk lambang-lambang fonetik setepat mungkin mengikut sebutan sebenar
penutur sesuatu bahasa (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).


       Terdapat dua jenis transkripsi dalam bahasa Melayu iaitu transkripsi fonetik dan
transkripsi fonemik. Dua jenis transkripsi ini juga dikenali sebagai transkripsi sempit dan
transkripsi luas. Transkripsi fonetik dikenali tulisan sebagai transkripsi sempit dan transkripsi
fonemik dikenali sebagai transkripsi luas.




                                                                                              22
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


2.7.1      Transkripsi Fonetik


        Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat
terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau yang dipindahkan ke dalam transkripsi
fonetik tersebut. Terdapat pelbagai lambang dalam transkripsi fonetik ini. Sebagai contoh,
lambang pembibiran               penyegauan   (nasalisasi)   [      ],    perengkungan
penglelangitkerasan          pengglotisan                transkripsi fonetik terdapat segala bunyi
segmental, jenis koartikulasi dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan
atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat
mungkin semua sifat yang terdapat pada pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau
bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi wujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid
Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007).




2.7.2 Transkripsi Fonemik


        Transkripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik
tiada artikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan
fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh
itu,transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik
tidak menggunakan ciri-ciri artikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam       transkripsi
fonetik.




                                                                                                 23
                              HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


3.   PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON

           Fonem adalah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna
atau perkataan. Kaedah pasangan minima terdekat digunakan bertujuan untuk mengenal pasti
sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata
yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja. Perbezaan ini wujud pada
lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh
dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen
dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya
adalah seperti berikut :

[ tari ]      [ dari ]

[ tuli ]      [ duli ]

[ pagar ]     [ pakar ]

[ patah ]     [ padah ]




           Alofon merupakan anggota-anggota kepada fonem. Alofon juga merupakan kelainan
bunyi antara satu sama lain. Kaedah penyebaran saling melengkapi adalah kaedah utama dalam
usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep penyebaran saling melengkapi ini
wujud apabila terdapat dua segmen ( yang terdiri dari satu kelompok yang sama ) tidak
boleh hadir dalam lingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya
boleh hadir di lingkungan awal kata ( ia tidak boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata ).
Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah
dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen                     yang
memperlihatkan penyebaran saling melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Contohnya
adalah seperti berikut :

[ kita ] [ suka ] [ to ]

[ kaju ] [ baki ] [ soro ]

[ kalau ] [ suka ] [ gaga ]



                                                                                              24
                          HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


Contoh-contoh di atas memperlihatkan kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen
[ k ] dan [o] adalah saling melengkapi. Segmen [ k ] hanya hadir pada awal dan tengah kata.
Manakala segmen [ ] pula hanya boleh hadir pada akhir kata. Oleh demikian, segmen [ k ] dan
[o] adalah alofon kepada sesuatu fonem.




                                                                                        25
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


4.   CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DAN KEPENTINGANNYA DALAM

     KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU




       Terdapat empat ciri-ciri suprasegmental dan kepentingannya dalam kemahiran lisan
bahasa Melayu. Ciri-ciri tersebut seperti yang dinyatakan di bawah

4.1 Tekanan

       Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan ataupun suku kata. Tekanan merupakan ciri
lemah atau kerasnya suara penyebut suku kata. Bunyi segmental x disertai dengan unsur tekanan
ini. Bagi membezakan bunyi ataupun unsur tekanan ini, tanda [ ꞌ ] digunakan. Tekanan pada
vokal biasanya berlaku dalam bahasa melayu. Selain itu, bunyi vokal juga perlu disebut dengan
lantang dan panjang. Selalunya, dalam bahasa Melayu tekanan juga kuat berlaku pada suku kata
kedua dalam sesuatu perkataan.

       Sebagai contohnya,
       [ kiꞌ ta ]
       [ baꞌ pa ]
       [ saꞌ tu ]




4.2 Panjang-pendek


       Ada bunyi panjang dan ada bunyi yang pendek. Ini bukan bunyi yang diucapkan dua kali
atau bunyi biasa yang diucapkan dengan panjang. Bunyi ini memang sifatnya panjang. Dalam
bahasa Melayu unsur ini tidak ada. Walaupun mana-mana bunyi memanglah boleh dipanjangkan
tetapi bunyi tersebut tidaklah distingtif. Unsur panjang ini diberi lambang titik yang dipanggil
mora. Lambang [ . ] dipanggil setengah mora, lambang [ : ] dipanggil satu mora, dan lambangt
titik [ :: ] bermakna dua mora.




                                                                                             26
                             HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


4.3 Jeda


       Jeda merupakan unsur senyap dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik
iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda turut dikenali sebagai persendian. Jeda persendian
mempunyai lambang [ + ] dalam perkataan.             Sebagai contohnya frasa pukul lima dapat
ditranskripkan sebagai [pukul+lima]. Manakala dalam ayat jeda ditandai dengan lambang [ /+/ ].
dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza rangkai kata dan ayat. Sebagai contoh,


       Rangkai kata : basuhkan + tin “ membasuh tin = tin yang dibasuh “


4.4 Tona


       Tona ialah unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan. Tona ini juga menggunakan
unsur lain seperti nada, kelantangan, tekanan, panjang, dan lain-lain bagi menimbulkan pola lagu
dalam perkataan yang dipanggil tona itu. Nada digunakan untuk perkataan sahaja. Ia dapat
membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu. Misalnya, nada dapat dilambangkan dalam
dua jenis lambang ataupun tanda bagi membezakan keadaan bunyi perkataan sama ada tinggi
atau rendah. Pertamanya ialah penggunaan lambang mendatar, meninggi, turun-naik dan
menurun. Contohnya adalah seperti berikut :


       Nada datar          - [ma] ' ibu '
       Nada meninggi       ' [ma] ' guni'     [mai] ' memanam'
       Nada turun-naik ˇ [ma] ' kuda' [mai] ' membeli'
       Nada menurun            [ma] ' marah' [mai] ' menjual'


       Penggunaan tanda kedua ialah tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan
       seperti berikut :
       NADA                                            NOMBOR
       Tinggi ( sangat keras )                         1
       Sederhana tinggi ( keras )                      2
       Rendah ( lemah )                                3
       Sangat rendah ( sangat lemah )                  4



                                                                                             27
                         HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


5. KESIMPULAN

       Secara kesimpulannya, dapatlah kita ketahui bahawa fonetik dan fonologi adalah dua
bidang yang mengkaji ilmu bahasa, iaitu fonetik lebih kepada penyebutan bunyi terutama
bunyi yang digunakan dalam pertuturan yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan
juga memberikan lambang kepada bunyi-bunyi, manakala fonologi pula mengkaji sistem
bunyi-bunyi dalam bahasa secara sinkronik.




                                                                                        28
                            HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


6. BIBLIOGRAFI

  1) Abdul Hamid Mahmood Dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa
             Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn Bhd.
  2) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd ( 1994 ). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur :
             Fajar Bakti.
  3) Abbdullah Hassan (2005), Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Editor
             Siri Prof. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd
  4) Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanid ( 2000 ). Linguistik Am. Kuala Lumpur : Penerbitan
             Sarjana.
  5) Dr. Ali Mahmood ( 2012 ), HBML1203 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu. Open University
             Malaysia (OUM ), Kuala Lumpur.
  6) Dewan Bahasa Dan Pustaka ( 1988 ). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
             Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  7) Mangantar Simanjuntak (1987), Penghantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
             Dan Pustaka.




                                                                                                29

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:330
posted:7/19/2012
language:
pages:29