Docstoc

PERJUANGAN PARTI POLITIK MIND MAP

Document Sample
PERJUANGAN PARTI POLITIK MIND MAP Powered By Docstoc
					             PERJUANGAN PARTI POLITIK

     PERJUANGAN PARTI- POLITIK

           Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
           Malayan Indian Congress (MIC)
           Malayan Chinese Association (MCA)
           Parti Malaya Merdeka (IMP)
           Parti-Parti Berhaluan Sosialis
           Parti-Parti Berlandaskan Islam
           Parti Perikatan




Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
-Tujuan:Untuk menyatukan padukan orang-orang melayu.
-Ditubuhkan pada 11 Mei 1946
-Di ketuai oleh Datuk Onn Jaafar
-Matlamat utama UMNO:untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan
menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
-Congan kata utama:”Hidup Melayu” digunakan untuk menyatupadukan orang
melayu dan mempertahankan kedudukan mereka serta hak istimewa mereka.
-Dalam perlembagaan Umno yang baru(1949) tujuan utama yang ditetapkan pada
parti ini ialah kerajaan sendiri dan kemerdekaan Tanah Melayu.
-UMNO menjadi tulang belakang kepada pergerakan Tanah melayu untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu(31 Ogos 1957).




  Malayan Indian Congress (MIC)
  -Ditubuhkan pada 8 0gos 1946
  -Diketuai John Thivy sebagai presiden
  -Matlamat utama MIC:untuk menjaga kepentingan politik politik,ekonomi
  dan sosial kaum di Tanah Melayu.
  -Menjadi saluran utama berkerjasama dengan kaum lain untuk
  memperjuangkan kemajuan politik.
  -MIC menyertai Parti Perikatan yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan
  MCA.
                 PERJUANGAN PARTI POLITIK




Malayan Chinese Association (MCA)
-Ditubuhkan 27 Februari 1949.
-Diketuai oleh Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama.
-Matlamat utama MCA:melindungi hak dan kepentingan
ekonomi,politik,dan sosial kaum cina di Tanah Melayu,melindungi
masyarakat Cina daripada ancaman pengganas komunis,membuktikan kepada
kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu dan
bekerjasama dengan kaum yang lain di Tanah Melayu untuk mencapai
kemerdekaan.




    Parti Malaya Merdeka(IMP)
    -Ditubuhkan 16 September 1951
    -Ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar
    -IMP ditubuhkan setelah usahanya untuk menjadikan orang
    UMNO sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang-orang
    melayu.
    -Walaupun terbuka kepada semua kaum,IMP gagal untuk
    mendapat keahlian daripada kaum bukan Melayu.




Parti-Parti Berhaluan Sosialis
-Antara politik yang cuba menggunakan tindakan agak radikal ialah
Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM),Angkatan Pemuda
Insaf(API),Angkatan Wanita Sedar(AWAS),Ikatan Pemuda Tanah
Air Melayu(PETA).
-Kebanyakan parti ini mendapat inspirasi kemerdekaan daripada
perjuangan nasionalis-nasionalis Negara jiran khususnya
Indonesia.
                        PERJUANGAN PARTI POLITIK




       Parti-Parti Berlandaskan Islam
       -Antara parti politik yang berlandaskan perjuangan islam ialah Hizbul
       Muslimin yang mempunyai matlamat utama untuk menubuhkan
       sebuah kerajaan islam di Tanah Melayu.
       -Parti Se-Malaya(PAS) telah ditubuhkan 24 November 1951.
       -Matlamat PAS ialah menjadikan agama islam sebagai agama
       rasmi,bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mengetatkan peraturan
       kerakyatan.




Parti Perikatan
-Usaha awal untuk mengabunggkan parti berbilang kaum dalam satu ikatan bermula
apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama untuk menghadapi
pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (1952)
-Pakatan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
-Seterusnya,pakatan ini memenangi pilihan raya perbandaran Johor Bharu,Muar
dan Melaka.
-Kejayaan ini mencerminkan bahawa usaha bersama antara kaum dapat
menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama.
-Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk parti perikatan
peringkat kebangsaan(1952).
-MIC turut menyertai parti perikatan(1955).
-Parti Perikatan merupakan parti yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah
Melayu.
-Dalam pilihan raya umum yang pertama bagi Perseketuan Tanah Melayu,Parti
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi Dewan Perundangan yang
dipertandingkan.
- Kejayaan ini adalah berasaskan sokongan daripada semua kaum di Tanah
Melayu,perjuangan ke arah perpaduan yang mencerminkan aspirasi rakyat,dan
manifesto parti yang menjanjikan kemerdekaan yang diinginkan oleh rakyat
dalam masa singkat iaitu empat tahun.
-Ini menunjukkan bahawa rakyat berbilang kaum telah memberikan mandat
kepada parti Perikatan untuk memperjuangkan Tanah Melayu.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7
posted:7/16/2012
language:
pages:3