Docstoc

Panduan Memulakan Perniagaan Internet

Document Sample
Panduan Memulakan Perniagaan Internet Powered By Docstoc
					                                                                1 

 


      PANDUAN RINGKAS MEMULAKAN
                  PERNIAGAAN INTERNET




                                      Oleh: Alem Salleh

                             www.PanduanIM.TheProReviews.com

                                                 




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                               2 

 


                                Isi Kandungan.



    1. Perniagaan Internet


    2. Perkara yang perlu anda timbang sebelum memulakan perniagaan internet


    3. Perancangan membina perniagaan internet


    4. Penutup




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                 3 

 


                      Perniagaan Internet

    Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat

tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia.

Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan

kehidupan.




Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet

adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi

keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk

mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan

berada di samping keluarga yang tersayang.




Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu

sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa

perniagaan memerlukan produk yang jelas.




Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia kerana apa

yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang

dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah

namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda.

Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                  4 

 

Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia

realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu

jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu

rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.




Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana anda boleh

memulakan perniagaan anda sendiri.




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                 5 

 

            Perkara Yang Anda Perlu Fikir Sebelum

                 Memulakan Perniagaan Internet



Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin

lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ?

Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik

beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan

perniagaan internet akan berakhir.




Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara

berikut :




1.     Jenis perniagaan di internet.


Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah

perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis?

Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda

tentukan apa yang terbaik untuk anda.




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                  6 

 

Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu.

Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda

akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.


2.     Rancangan perniagaan.


Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa

modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan

yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?


3.     Persediaan tempat kerja dan alatan.


Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda

menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan

semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi,

printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.


4.     Adakah perniagaan anda halal atau haram?


Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di

bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan

perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                    7 

 

      Perancangan Membina Perniagaan Internet



Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara

ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah

umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet.




    1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.



       Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan,

       produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan.

       Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.



       Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche

       anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum

       bergerak ke niche yang lain.




    2. Dapatkan produk.



       Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak lain (

       jual melalui affiliate)



Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                8 

 

    3. Pengurusan produk.



       Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang

       bagi anda.




    4. Cari nama jenama perniagaan anda.



       Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama

       perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan

       perniagaan anda.




    5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran



       Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website anda sama

       ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri.

       Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda

       tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal.

       Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan

       anda.




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                     9 

 

    6. Dapatkan hosting.



       Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang

       anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia

       boleh membantu perniagaan anda.




    7. Bina mailing list.



       Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-

       mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa

       berkongsi tips dengan senarai email anda.




    8. Pasarkan laman web anda.



       Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.




Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  
                                                                                 10 

 

                                        Penutup



Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet. Tidak

mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet anda akan jadi

jutawan.




Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika anda tidak mulakan sekarang

selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusia yang sama.




Semoga perkongsian ringkas ini memberikan sedikit sebanyak panduan buat anda yang

ingin memulakan perniagaan di internet. Semoga berjaya.


Ikhlas,




Alem Salleh
http://www.facebook.com/AlemSallehFB
www.PanduanIM.TheProReviews.com



Hak cipta terpelihara   ©   www.PanduanIM.TheProReviews.com  

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:29
posted:7/16/2012
language:English
pages:10
Description: Mulakan dengan Langkah yg tepat