Docstoc

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER

Document Sample
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER Powered By Docstoc
					                             INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
                             JABATAN TENAGA RAKYAT
                             ( KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA )
                             MALAYSIA


                             KERTAS PENERANGAN

KURSUS / TRADE                PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM RANGKAIAN

TAHAP / LEVEL                 2

DUTI / DUTY                   01 ESTABLISH COMPUTER NETWORK SYSTEM

TUGAS / TASK                  01-01 study plan layout

OBJEKTIF PENCAPAIAN               Study plan layout using tools, equipment and materials such as plan
PIAWAIAN / TERMINAL               layout document and office procedures so that plan layout is
PERFORMANCE                       obtained, examined and network structure is confirmed according to
OBJEKTIVE                         office procedures

NO. KOD                       D- 051-2 - 01.01- N1                 Muka : 1         Drp : 5




  TAJUK: PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER (COMPUTER NETWORK)


  TUJUAN:
  Supaya pelatih-pelatih mengenal pelan lakaran menggunakan alat dan peralatan serta bahan
  seperti dokumen pelan lakaran dan prosedur pejabat supaya pelan lakaran di kenalpasti,
  diperiksa dan struktur rangkaian di kenalpasti mengikut prosedur pejabat.


  PENERANGAN:


  Teknologi rangkaian komputer merupakan teknologi yang amat cepat berkembang. Sebaik sahaja
  rangkaian komputer diperkenalkan, ramai manusia yang cuba menggunakannya. Kini rangkaian
  menjadi sebahagian daripada kemudahan infrastruktur bagi kita. Rangkaian banyak digunakan
  untuk urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan,
  perakaunan dan urusan pentadbiran. Melalui rangkaian juga wujud teknologi-teknologi baru dan
  peluang pekerjaan yang baru.




 Tarikh Semakan : 25/09/02
NO KOD                                 D-051-2-01.01-N1                 Muka : 2   Drp : 5


    Terdapat 3 jenis rangkaian yang utama yang perlu diketahui iaitu:

    Rangkaian kawasan setempat (LAN)

    Rangkaian kawasan metropolitan (MAN)

    Rangkaian kawasan Luas (WAN)



    RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian
yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu
rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di
dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali
dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer. Naum begitu, jarang sekali
rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputer-komputer ini
dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian
optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh
rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan
aturcara yang tersimpan di dalam system rangkaian. Data atau atur cara yang dimntaoleh mesej
mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian
atau pada pelayan fail (server). Server biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan
mempunyai pemecu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada
rangkaian itu serta cakera padat (Compactr Disc). Server juga seharusnya mempunyai storan
semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu system rangkaian itu.

Selain daripada itu, server juga wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di
dalam system rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada server dikelani
sebagai stesen kerja (workstation). Workstation tidak semestinya berkuasa tinggi seperti server
namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera
keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat server
dikenali sebagai pelanggan atau client. Pencetak juga boleh boleh disambungkan kepada
rangkaian supaya iaboleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakanya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu
atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk
mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatanya. Sebaik sahaja komputer mendapat
perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer
kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak
muncul di komputer yang lain.

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatanya
secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.




Tarikh Semakan : 25/09/02
NO KOD                                   D-051-2-01.01-N1                 Muka : 3   Drp : 5


Ciri-ciri LAN

        LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km
        Menghantar data lebih kurang 10 mbps – 100 mbps
        Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi
         ataupun pejabat.
        Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS



RANGAKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Rangkaian kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu
kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN.
Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolahataupun
di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya
di dalam lingkungansusun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan
dengan meluas, cepat dan berkesan.

Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan
MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sector swasta. Satu contoh
penggunaan MAN di sini dikenali sebagai ‘the MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut
berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utamaberpusat
(centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakantalian telefon, kabel
koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communication prviders)

Ciri-ciri MAN

    MAN selalanya mempunyai kurang dari 50 km
    Gabungan LAN
    Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN
    Menghubungkan bandar ataupun metropolis-metropolis

                                 Direction of flow on bus A

    Bus A




    komputer
                            1            2                         3         N
                                                                                        Head End



    Bus B

                                             Direction of flow on bus B




RUJUKAN:
  1. Penulis. Tahun. “Tajuk Buku”. Penerbit. Muka surat


Tarikh Semakan : 25/09/02
NO KOD                                 D-051-2-01.01-N1              Muka : 4       Drp : 5

WAN (Wide Area Network)

                                                                   Router



                    LAN                                                      LAN




                       LAN                                             LAN




        Hubungan di antara LAN dengan LAN
        Boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara.
        Ia mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin ini
         dinamakan hosts.
        Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu host ke satu
         host.
        Kebanyakan WAN mengandungi dua komponen iaitu laluan penghantaran (transmission
         line) dan elemen pensuisan (switching element)
        Laluan penghantaran juga disebut trunks, saluran (channels) atau litar (circuits) yang
         digunakan untuk memindahkan bit-bit di antara mesin-mesin.
        Elemen pensuisan merupakan komputer khusus yang digunakan untuk menghubungkan di
         antara dua atau lebih laluan penghantaran.
        Apabila data tiba di laluan masuk (incoming line), elemen pensuisan akan memilih laluan
         keluar (outgoing line) untuk meneruskan proses penghantaran data.
        Beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan proses tersebut ialah Nod
         Pensuisan Paket (Packet Switching Nodes), Antara Sistem (Intermediate System) dan Data
         Switching Exchanges
        Satu lagi term yang digunakan ialah router. Router ialah sejenis komputer pensuisan
         (switching computer). Host akan dihubungkan kepada LAN melalui router. Dalam
         sesetengah keadaan host boleh berhubung secara terus kepada router. Tugas router ialah
         ia akan tapis paket-paket yang diterimanya dan akan halakan mana-mana data yang tidak
         diperlukan.
        Oleh itu, subnet ialah koleksi router dan laluan komunikasi (communication line) yang
         memindahkan paket-paket dari satu host ke satu host.

Store and forward subnet ialah term yang digunakan untuk menerangkan bahawa apabila paket
data diterima oleh router, router akan simpan data tersebut sehingga ada laluan keluar yang
kosong.




Tarikh Semakan : 25/09/02
NO KOD                                       D-051-2-01.01-N1   Muka : 5   Drp : 5

SOALAN

    1. Apakah cirri-ciri yang ada pada LAN




    2. Apakah cirri-ciri yang ada pada MAN




    3. Apakah cirri yang ada pada WAN




    4. Terangkan tentang LAN




    5. Apakah topologi yang digunakan untuk sistem rangakain LAN?




© Copyright Brian Brown, 1996-1999. All rights reserved.
http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer.htm



Tarikh Semakan : 25/09/02

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:196
posted:7/11/2012
language:
pages:5
Description: NOTA PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER