do'a bagi orang dzalim

Document Sample
do'a bagi orang dzalim Powered By Docstoc
					Keharusan berdoa kepada orang yang dizalimi supaya ditimpakan laknat dan musibah kepada orang yang zalim. Ia
berdasarkan alasan berikut:

1. Sabda Rasulullah saw :

‫اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين هللا حجاب‬
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan
Allah swt tiada hijab - halangan - ] (ibnu Hibban

2. Terlebih dahulu lihatlah kutukan laknat dari Allah swt mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim
malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7
:


‫فويل للمصلين الذين هم عن صالتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون‬

[Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang
riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang
selayaknya]

3. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang
Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat
mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . ‫] الدعاء سالح المؤمن‬

4. Adapun langkah menyebut nama di dalam doa sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw
pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat
hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud
dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa


‫اللهم عليك بقريش‬

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy [ sebanyak 3 kali ]

5. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba
terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :


‫اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط‬


Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin
Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu
terbunuh didalam peperangan Badar. Sirah Ibnu Ishaq

6. Dalam Quran Surah al Lahab. Allah swt telah berfirman maksudnya :


٥( ‫) َتبَّت َيدَا أَبِي لَهب و َتبَّ (١) مَا أَغ َنى ع ْنه مَالُه ومَا كسَبَ (٢) س َيصْ لَى َنارً ا ذاتَ لَهب (٣) وامرَ أَته حَ مَّالَة ا ْلحَ طب (٤) فِي جيدهَا حَ ْبل مِنْ مسد‬
   ٍَ َ     ٌ         ِ ِ         ِ َ       َ          ُُ ْ َ         ٍ َ     َ                  َ         َ َ ُ ُ َ               ْ                 َ ٍ َ              ْ


Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta
bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan asuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya ,
pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

7. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara
angkara kezaliman

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:46
posted:7/6/2012
language:Malay
pages:1