Docstoc

Jutawan yang Belum Anda Kenali

Document Sample
Jutawan yang Belum Anda Kenali Powered By Docstoc
					SIRI JEJAK JUTAWAN
Keluarga anda kenali beliau, rakan a nda temui beliau, cuma anda sahaja ya ng tidak kenali beliau ..siapakah beliau ?

Jutawan
Belum Anda Kenali
Mulakan Hidup Bebas Kaya Bergaya dengan Menjadi Usahawan Bermula Daripada Rumah!

yang

Pan dua n Ko mpre he nsif Ya ng Saintifik, Praktis, Pragmatik Da n Filosofi K e Ara h Me nj adi Us ah a wan Berjay a B ermul a Daripada Ruma h

Muhammad Amin Al-Farabi

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah
Kandungan Prakata 1. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? 2. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? 3. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Tentang Hidup Anda 4. Senjata Paling Berkuasa Manusia 5. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa 6. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia 7. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur 8. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil 9. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak 10. Kebangkitan Gergasi Anda 11. Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda 12. Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda 13. Realiti 14. Apakah Realiti ? Muka surat 3 5 6 7 8 9 10 11 12 12 13 14 15 16 17 18 20 21 22 24 25 26 28 29 30 31 32 33

Jutawan yang Belum Anda Kenali

15. Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 16. Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda 17. Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah Berlaku Di Dalam Minda Anda
18. Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk Menyemai Minda Separa Sedar 19. Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda 20. Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda 21. Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda 22. Praktikkan Keyakinan Anda 23. Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya 24. Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? 25. Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan... 26. Kegagalan Hanya Satu Illusi 27. Kata-kata Hikmat

1

Jutawan Yang Belum Anda Kenali
34 35 36 37 38 40 41 42 43 47 48 49 50 51 52 53 54 55 57 59 60 63 64 65 66 i ii

28. BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda 29. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 30. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 31. 7 Kebijaksanaan Manusia 32. Idea-idea Projek 33. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 34. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 35. Inovasikan Perkhidmatan Anda 36. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 37. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin 38. Persediaan Premis SOHO Anda 39. Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 40. Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 41. Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 42. Bagaimana Mendapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 43. Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 44. Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 45. Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 46. Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 47. Seni Kejurujualan (I) 48. Seni Kejurujualan (II) 49. Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 50. Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 51. Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui Penggunaan Internet 52. Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 53. Langkah Tindakan Anda hari Ini! 54. Kupon : Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer

Versi digital ini boleh diedarkan secara percuma dan bebas, asal anda tidak mengubah sebarang isi kandungannya yang asal.
Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara Muhammad Amin Al Farabi ©

Edisi Pertama 2005

2

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Prakata
Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidak melakukannya’ juga bermakna anda ‘melakukan sesuatu’ iaitu menghancurkan apa yang mesti anda lakukan....Amin Al Farabi Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan mendapat pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu pengetahuan baru yang akan menambah keyakinan diri yang seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan ataupun menjadi insan yang lebih gagah. Percayalah! Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan. Di dalam bahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermula daripada rumah. Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini. Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadi usahawan daripada rumah. Anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti. Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri. Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika anda berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai motivasi diri dan perihal keusahawan.

Muhammad Amin Al Farabi amin_alfarabi@yahoo.com

3

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Siapakah Jutawan Yang Belum Anda Kenali?
Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang mesti membukanya sendiri.... Ada antara anda pasti bertanya kenapa Muhammad Amin Al-Farabi ini bersusah payah menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada orang ? Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amat selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di dalam buku “The Greatest Money-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale. Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali bertanyakan anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif sekali lokasinya? Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati memberikan maklumat yang sebaik-baiknya agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah perasaan anda selepas membantu orang yang tidak anda kenali itu ? Anda merasa amat selesa bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ? Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawa mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut, anda mungkin keberatan sedikit. Atau anda mungkin terdetik hati anda, orang ini mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau setelah beliau membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka. Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama lebih 10 tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi bersama dan ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj professional. Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-ragu mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500 seminggu untuk mengetahui selok belok perniagaan. It’s nothing personal , just business. Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga saikologi RM29.90 tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain. Dan saya disini bukannya hendak mempromosikan kursus saya. Oleh sebab itu saya lebih selesa menggunakan nama pena saya ini. Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam buku percuma ini boleh diambil ringan. Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di rumah anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya perbincangkan di dalam buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan kini bergantung kepada anda sahaja samada hendak berlari atau merangkak ataupun berpatah balik menuju ke tempat yang ingin anda tuju.

4

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ?
Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripada rumah sahaja. Ramai usahawan-usahawan besar yang berjaya memulakan projek usahanya bermula daripada rumah. Lebih ramai pula orang biasa yang bekerja daripada rumah ataupun menjalankan perniagaan daripada rumah. Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projek katering daripada belakang dapur rumahnya sehingga menjadi jutawan dalam masa beberapa tahun sahaja. Perusahaan kecilannya menjadi konglomerat yang meliputi penerbitan, multimedia, rancangan TV dan gaya hidupan. Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikut tempahan daripada bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kini selepas 18 tahun nilai pendapatannya adalah sebanyak $31 billion. Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripada rumah. Ada yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , ada yang menjadi penulis novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafik dan pelbagai lagi. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut akan idea-idea projek yang boleh anda mulakan di bahagian II buku ini dan anda cuma perlu ikuti terus membaca buku ini. Pengalaman Penulis Sebagai Bukti Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan juga perunding bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selama hampir 10 tahun penulis menjalankan perniagaan daripada rumah sebagai seorang pakar perunding bebas sambilan. Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untuk menghadiri seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh para konsultan. Pembaca sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakan amat mahal bukan? Ya, memang benar, dan tidak hairanlah perunding-perunding bebas ini rata-rata hidup mewah dengan memperuntukkan masa bekerja yang sedikit sahaja. Orang ramai berlumba-lumba untuk mendengar maklumat-maklumat terkini daripada para konsultan daripada luar negeri. Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminar yang berjaya (penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupan perunding bebas tersebut selama setahun! Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sememangnya terdapat cara menjana pendapatan daripada rumah jika saudara tahu kaedahnya. Kini dengan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi trend ini menjadi semakin popular dan tidak semestinya dilepaskan oleh anda sekalian. Oleh itu teruskan membaca buku ini untuk mengetahuinya!

5

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan?
Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia-rahsia untuk berjaya. Keinginan ini mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-seminar dan pelbagai program yang memberangsangkan dewasa ini. Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasa mendengar pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti Anthony Robbins, Dr Stephen R. Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalangan pakar-pakar tempatan pula tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Dr Fadzilah Khamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah Iskandar dan ramai lagi adalah antara namanama yang popular di arena sirkit motivasi diri. Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R. Covey ini sahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyak RM 990. Seminar ini membincangkan tajuk beliau yang amat popular iaitu “7 Tabiat Orang Yang Berkesan”. Saya tahu pakar seperti Dr Stephen memberikan maklumat yang berguna kepada para pesertanya. Namun terpulang kepada peserta tersebut untuk menafaatkannya pula.

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula
Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu anda berjaya walau apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula ini membuatkan anda tidak akan temui kegagalan kerana kegagalan itu sendiri tidak wujud dan segala sentuhan anda menjadi emas. Baik bukan ? Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membaca lain-lain buku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yang agak egoistik bukan? Bukannya niat saya begitu cuma... Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 + 1 = 2. Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ? Adakah anda perlu mencuba tanda - ÷ x menggantikan tanda + di dalam persoalan di atas ? Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaan yang sedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebut anda dapati daripada formula yang berdasarkan sains dan matematik, kerana ilmu sains dan matematik adalah ilmu alam sunatullah yang tetap dan teruji. Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membaca bab-bab ini ... Mari kita mulakan sekarang..

6

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Tentang Hidup Anda
Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ? Anda bertanya...kepada saya tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda boleh berjaya jika anda percayakan faktor kejayaan yang mudah ini. Anda boleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang ingin anda ceburi dengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda. 1. Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya 2. Minat yang tulin dan amat mendalam terhadap bidang pilihan anda 3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda tersebut Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperinci dan panjang lebar di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasuki kursus saya yang berharga ratusan ringgit saya akan mengajarnya selama dua hari suntuk agar anda dapat menghayatinya. Setelah menghayatinya, saya jamin anda akan mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap diri anda yang hampir tidak terbatas. Apabila anda mempunyai keyakinan yang tidak terbatas bermakna anda seakan-akan mempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch). Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidak akan temui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-mana buku, televisyen atau sebarang media massa yang ‘mainstream’. Objektif bab ini adalah supaya anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dan kaitannya dengan alam semesta. Seterusnya setelah anda dapat mengenali ciriciri , anda akan memahami rahsia di sebalik faedah yang dapat anda gunakan daripada ciri-ciri manusia tersebut. Di dalam Bahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ... 1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana para saintis terkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan 2. Keistimewaan akal (minda) 3. Apakah senjata paling berkesan manusia 4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh minda anda 5. Teknik visualisasi Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik di dalam bab-bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani di dalam mencapai apa sahaja impian anda khususnya jika anda ingin menjadi kaya sebagai usahawan.

7

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Percaya dan Yakin Tanpa Batasan : Senjata Paling Berkuasa Manusia
Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan kepada orang Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan perkara-perkara berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman, sembahyang, puasa dan sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di dalam setiap perbuatan kita setiap hari untuk berjaya. Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan segenap lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya akan gunakan perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan yang lebih universal. Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak terbatas iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka kuasa mukjizat di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum alam seperti peristiwa Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya laut merah oleh hentakan tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan Nabi adalah insan terpilih, manusia biasa yang tidak dianugerahkan keyakinan yang luarbiasa sebegini atas nama Allah SWT mustahil melakukan perkara-perkara sedemikian. Secara universalnya ramai orang bukan Islam menggunakan konsep Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di dalam pelbagai perkara yang mereka ceburi. Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun percaya atau yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan kepercayaan dan keyakinan beliau pada usaha eksperimen beliau sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya berjaya. Jika anda berada di zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila. Tetapi Thomas Edison mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku dan akhirnya anda dan saya dapat merasai manafaatnya. Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan senjata paling merbahaya jika di salahgunakan? Mari kita lihat satu contoh , seseorang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang diamalkan boleh memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar kepercayaan tersebut beliau akan yakin dan menjadi lebih berani dan mungkin ‘kebal’ kerana mindanya melampaui realiti sebenarnya. Tetapi malang sekali kerana beliau bersandarkan kepercayaan tersebut kepada tangkal dan jampi maka hukum ke atas beliau adalah beliau menjadi syirik dan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diterima taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan dan keyakinan jika salah digunakan.

8

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa
Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan. Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukannya. Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentari bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukis biasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan dengan hanya kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh pakar-pakar saintis barat kini. Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejak awal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats (February 1846). Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Citton yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objek persekitarannya. Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di mana peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekat ke tubuh badan beliau. Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang mentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia Hebat’ . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama, kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusia cuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud di alam maya untuk digunapakai oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikan kepada manusia lain agar terus kaji dan mengkaji keistimewaan minda ini. Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik semulajadi sememangnya sudah lama terdapat pada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini dapat menghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kirakira kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil. Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika minda kita percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Jika kita tidak memahami dan mengkaji dan jahil kita akan menganggap kuasa tersebut adalah daripada makhluk halus, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan oleh Allah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalam alam maya untuk dikaji dan akhirnya boleh dimanafaatkan oleh kita.

9

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia
Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling berharga menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk. Kebiasaannya kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita mengira, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar (conscious mind). Namun terdapat bahagian minda yang sangat penting tetapi tidak disedari dan digunakan oleh manusia sendiri yang dikenali dengan minda separa sedar ‘subconscious mind’.

Apakah Kekuatan Minda Separa Sedar ?
Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yang memikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala perjalanan darah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka anda, adakah anda fikirkannya ? Tugas ini amat kompleks dan jika di andaikan disuruh minda sedar anda untuk memikirkannya, nescaya anda akan jadi kelam kabut. Inilah antara tugas minda separa sedar anda. Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya juga merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Himpunan pengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi, kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melalui pancaindera kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidup kita sebenarnya tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam minda kita. Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ? Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara pada satu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat perkataan-perkataan di depan mata anda ini. Fokus anda ialah pada tulisan ini, namun jika dibelakang anda ada kedengaran kicauan burung , anda ‘tidak mendengarnya’ kerana anda tidak fokuskannya. Namun kicauan burung tersebut tetap direkod ke dalam minda separa sedar anda. Ini bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti tidak mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetap merekod apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu. Bayangkan anda mempunyai perakam video yang merakam setiap bunyian dan visual sejak anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang anda dengar dan lihat tetap direkod oleh minda separa sedar anda sejak anda kecil lagi. Ianya tidak pernah terpadam. Jika umur anda sekarang 25 tahun, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya kapasiti filem yang diperlukan untuk merekod segala maklumat sepanjang tempoh itu ?

10

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur
Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang! Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkan di dalam sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahui sekarang. Selalunya sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1 jam dan andaikan anda berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akan memerlukan kira-kira 219,000 keping CD untuk merekod segalanya kehidupan anda dalam tempoh 25 tahun itu. Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 ‘CD” pengalaman bermaklumat tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang! Lebih menakjubkan terdapat CD kosong yang berjumlah berbillion-billion keping sedia untuk digunakan di dalam minda anda sekarang ini! Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jika diandaikan anda hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi , nescaya, akan tidak kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampai bila-bila.. inilah kekuatan minda anda!

Hati atau kalbu Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbu atau hati batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedar dengan zat Allah SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbu kerana takut anda akan terbayangkan hati biologi yang anda lihat seperti jantung dan paru-paru. Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa hati yang sentiasa berdoa dengan yakin akan mengubah takdir kehidupan seseorang. Allah sentiasa tahu apa yang tersirat dan niatkan. Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas (infinite). Untuk mendapat pertolongan daripada Allah Maha Bijaksana (Infinite Intelligence) kita mestilah mempunyai juga kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yang wajib kita percaya di dalam hati kita. Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehingga Allah memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Cuma Iblis sahaja yang memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuat daripada tanah dan engkar untuk tunduk.

11

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
Knowledge is limited. Imagination encircles the world." Albert Einstein Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya menggunakan hanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah tepat sekali. Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendah lagi...mungkin 5% sahaja! Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakat aktiviti mengira matematik, membuat keputusan, pergi membuat pekerjaan , bawa kereta dan sebagainya anda mungkin tergolong mereka yang hanya menggunakan 8% sahaja. Jika anda anggap kemahiran mengira pantas adalah proses berfikir yang tinggi, nescaya anda mungkin akan menjadi robot yang mempunyai sebuah kalkulator yang berharga RM5 di dalam otaknya.

Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak
Anda telah pun membaca daripada mukasurat sebelumnya bagaimana hebatnya maklumat yang terkandung di dalam minda anda sekarang dengan anggaran kira-kira 219,000 keping CD dan potensi seterusnya dengan berbillion-billion CD kosong sedang sedia untuk digunapakai. Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikan gergasi besar yang sedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya, tidur yang amat nyenyak.

Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?
Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja untuk mencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi sangat mudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apa sahaja perniagaan, inilah rahsia falsafahnya. Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di bawah dan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan penjelasan perenggan ringkas ini. Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpa batasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam kotak minda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan. Siramkan ia dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan bersyukur. Jika anda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalami satu semangat luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut anda lakukan dengan minda dan semangat begini, nescaya perlakuan anda tersebut akan menjadi sebab-sebab yang ditakdirkan untuk mencapai realiti yang anda inginkan.

12

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kebangkitan Gergasi Anda
Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa hadapan mudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh melakukannya. Jangan buat apa-apa dahulu. Tangguhkan dahulu samada anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya. Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya , Yakin.... Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam, disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan dapat dikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali dengan semangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedar anda. Apabila semua entiti ini bangun dan bersatu, keajaiban akan berlaku. Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk ke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa. Anda boleh baca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapa banyak kursus untuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunci akhirnya ialah ... Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh melakukannya. Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apa yang perlu saya buat?” Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :

Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda
Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda mempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin. Adakah kalbu dan minda separa sedar juga sedemikian ? Di dalam konteks buku ini, mari kita uji tahap kepercayaan dan keyakinan anda untuk menjayakan projek anda. Sila jawab dengan soal semak di bawah.. 1. 2. 3. 4. 5. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ? Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ? Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk memulakan perniagaan ? Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ? Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda lakukannya?

Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa kerana cuba membuktikan bahawa suara boleh bergerak tanpa wayar. Kepercayaan dan keyakinan telah membenarkan keajaiban berlaku di mana teori beliau menjadi benar akhirnya. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat anda apabila diperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ?

13

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda
Sains membuktikan bahawa mataerial tidak wujud dan realiti adalah illusi minda
Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, and the Quantum Theory” oleh Arthur Fine (Chicago: University of Chicago Press, 1986) saya menemui beberapa fakta sains yang agak mengkagumkan tetapi jarang sekali diketahui oleh masyarakat kita. Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khusus mengkaji akan sifat-sifat atom. Pada tahun 1911, Lord Rutherford daripada University Cambridge telah membuktikan kewujudan sub-atom yang dikenali sebagai elektron. Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atom merumuskan fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudan dunia material yang anda anggap benar-benar material ini. Pada peringkat lebih mendalam sub-atom, elektron sentiasa mengorbit mengelilingi proton dan neutron. Putarannya yang sangat laju ini membentuk dinding atom tersebut dengan 99.9999% ruang kosong di tengahnya Akhirnya tubuh anda dan semua benda yang wujud di alam maya ini hanyalah elektron. Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom apabila ‘butiran’ ini mengelilingi neutron selaju cahaya. Pelik bukan ? Lihat tubuh anda, ia hanyalah himpunan bertrilion-trillion atom yang membentuk daging dan darah anda. Bentuk bulat atom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentuk oleh putaran elektron disekelilingnya. Kandungan elektron dan nukleas hanya 0.0001% daripada kandungan atom dan 99.9999% atom adalah ruang kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang adalah 99.99999% ruang kosong !

Contoh sebutir atom karbon umpama bola yang berisi angin

Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang kosong adalah satu fakta sains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat elektron yang mempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupun gelombang mengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikaji tersebut. Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya ‘benda’. Ia adalah hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat ‘benda’ jika seseorang saintis fikirkan ia begitu. Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC², sendiri gagal menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintis lain tentang sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sains fizik kuantum dan menyerah kepada satu interpratasi yang dikenali sebagai “Copenhagen Interpretation” di mana dwi-sifat elektron ini diterima pakai kerana pada peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamai lintasan fikiran manusia itu sendiri. Oleh itu adalah selamat jika dikatakan bahawa elektron boleh dikonsepkan mengikut apa sahaja yang difikirkan oleh saintis yang mengkajinya itu. Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari jawapan kepada persoalan ini.

14

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu mahukan elektron dikenali sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya boleh diubah-ubah mengikut persepsi saintis atau orang yang mengkajinya. Werner Heisenberg seorang lagi saintis genius yang turut terlibat di dalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”, merumuskan bahawa kewujudan partikel subatomik elektron tersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian ke atasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebut elektron tersebut langsung tidak wujud! What we observe is not nature itself, but nature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikan bukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada kaedah persoalan kita.

Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri
Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris oleh seorang saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifat elektron yang menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawa setiap elektron-elektron di dalam alam maya adalah bersatu dan saling berhubungan di antara satu sama lain tidak kira ianya berada berjuta-juta batu jauhnya. Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains di seluruh dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan di dunia sains kerana dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan). Alain menggunakan aspartus eksperimen daripada sifat cahaya photon berpolar yang disalurkan melalui satu kristal calcite. Untuk menerangkan perincian eskperimen adalah diluar bidang buku ini. Anda boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang kejayaan eksperimen beliau. Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai “The Aspect Experiment”, apakah maknanya kepada anda ? Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung dengan elektron saya malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekor ikan di dalam lautan. Anda , saya dan alam semesta tercipta pada satu unsur yang sama pada peringkat sub-atom (elektron). Jesteru itu, anda, saya dan keseluruhan manusia dan alam saling berhubung kait dan berhubungan antara satu sama lain tidak kira di mana anda berada pada peringkat sub atomik. Anda boleh memahamkan konsep ‘penyatuan’ ini seperti kawah yang penuh dengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawah tersebut. Segala tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesan kepada setiap molekul air yang ada di dalam kawah tersebut. Ianya umpama jika saya meletakkan jari di atas permukaan kawah tersebut, maka akan wujudlah gelombang yang merata ke seluruh permukaan air tersebut.

15

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti
Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini... Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu, Apa yang anda tahu anda sukar hendak dijelaskan tetapi anda dapat rasakannya. Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat anda selama ini. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dunia anda ini. Anda tidak tahu apakah ianya , tapinya ada di situ , ada di sini , sentiasa bermain di fikiran anda yang kadangkala membuat anda kegelisahan kerana ingin mencapainya. Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu apa yang saya katakan ini ? Ianya Realiti itu sendiri. Anda tahu apakah ia ? Realiti ada di mana-mana . Ianya berada disekeliling kita. Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda baca ini, di dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk keluar tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Anda boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda pergi membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda. Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripada melihat hakikat sebenarnya. Apakah hakikat sebenarnya ? Anda adalah tawanan. Seperti semua orang , anda telah ditawan. Anda ditawan di dalam penjara minda anda yang anda cipta sendiri. Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti itu sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ... Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini. Anda tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu buat hanya melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi saya hanya boleh tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah sendiri yang terpaksa melangkahnya sendiri ....

16

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Realiti ?
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one." Albert Einstein Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanya adalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana imej tersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda. Anda tidak percaya ? Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihat gambarajah mudah di bawah.

Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub atau kotak 3-D sekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihat kiub tersebut seperti kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ? Kebanyakkan orang yang saya tanya akan menjawabnya daripada sisi. Ini mungkin kerana kita kerap melihat objek berbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya melalui pandangan sisi. Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebut hanyalah cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atas skrin komputer ? Imej perspektif di dalam minda andalah yang memberi sifat kedalaman 3D-nya dan seterusnya menggambarkan ianya sebagai sebuah kiub. Bukankah itu yang sebenarnya. Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab serta merta, apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melalui pengalaman anda akan imej 3-D yang anda lihat di atas ? Jika anda jujur menjawabnya dalam masa 2 saat, itulah jawapan daripada yang lahir daripada minda separa sedar anda... Kotak ? TV ? Dadu ? Kaabah ?

17

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia
What we observe is not nature itself, but nature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg

Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam bukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...
Regardless of whether there is a material world or not, a human being watches only the world of perceptions in his brain. No one can ever come across the true original of anything. Furthermore, it's enough for everyone to perceive the copy. For example, someone who wanders around a garden with colorful flowers is not seeing the original, actual garden, but the copy of it in his brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone receives some pleasure from it, as if the garden were real, when strictly speaking, it is imaginary. (Matter: The Other Name for Illusion, p.50) Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia ini hanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih tidak mempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman materialis seperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk menjelaskan sifat sementara ini , saintis kuantum fizik telah pun membuktikan bahawa material tidak wujud. Yang wujud hanya elektron yang bersifat gelombang atau bersifat ‘benda’ jika cetusan fikiran saintis itu fikirkan begitu.

Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?
Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana di dalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat sekarang. Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul daripada pokok akan diterima oleh retina mata anda dan seterusnya ditukarkan kepada isyarat elektrik sebagai signal kepada otak yang menterjemahkannya sebagai imej pokok. Sebenarnya imej pokok tersebut boleh juga anda lihat tanpa membuka mata iaitu semasa anda bermimpi. Semasa anda bermimpi anda tidak tahu samada ianya mimpi selagi anda tidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa yang anda lalui di dalam minda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar. Pancaindera mata anda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej di dalam mimpi anda tetap anda rasakan sebagai benar. Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihat dengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar boleh dirakam melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya. Saya rasa anda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan ibunya yang terhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah anda kagum kerana ikan lumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehan sonar yang dapat melihat dengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.

18

Jutawan Yang Belum Anda Kenali Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebut nampak dengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya merupakan segumpalan lemak-lemak protein? Sebenarnya ‘benda’ pokok itu ada di situ kerana imejnya wujud di dalam minda anda sahaja. Tubuh anda kini yang anda fikir ada ini wujud kerana imejnya wujud di minda anda. Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang mempunyai 99.9999% ruang kosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat 17, di mana kiub 3D yang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisangarisan lurus. Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa minda anda tidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruang kosong . Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukar menerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis seperti Karl Marx mempercayai bahawa kehidupan hanya dunia material yang mutlak.

Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi
Anda boleh membaca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalam buku , pendakwah Turki, Harun Yahya di dalam bukunya “ Matter : Another Name of Illusion” dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material ini adalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya. Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini boleh dipersepsi oleh minda anda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realiti sebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini menjadikan anda mendapat satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda, kelebihan minda manusia mengawal realitinya semua ini adalah kerana kuasa Allah SWT dan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah. Manusialah yang mempunyai pilihan untuk mengubah realitinya. Firman Allah SWT : Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11) Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yang membuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan anda. Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan muncul di dalam realiti anda. Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim yang dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau pemabuk. Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi seorang usahawan yang berjaya , manakala adiknya bukan sahaja mengikut jejak ayahnya menjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula. Apabila ditanya bagaimana perkara ini berlaku kepada mereka , kedua-duanya menjawab jawapan yang sama , “Saya menjadi begini adalah kerana bapa saya seorang pemabuk.”

19

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda
Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalu fikirkan duit, tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung bulan...camner tu?” Saya menjawab,”Itu adalah kerana awak selalu fikirkan tiada duit !” Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan muncul di dalam realiti anda. Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imej kekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah mendapatnya pada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama imej yang anda visualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapat satu semangat. Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untuk anda mengesan petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melalui pancaindera anda di dunia realiti anda. Langkah kedua ialah anda mencari petunjuk-petunjuk agar material yang kini tersimpan di dalam kotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan seterusnya menjadi milik anda. Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan ini , akan mengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada tenaga yang sama dengannya di dalam alam maya ini. Semangat adalah satu perasaan yang kuat, sebagai contoh, semangat cintakan Allah akan membuat seseorang itu sanggup mati syahid, dan ganjarannya juga adalah tinggi. Namun membicarakan bab tersebut memerlukan forum lain yang khusus. Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakan kekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin terbayangbayangkan imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda terlalu asyik hinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadis tersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang paling pelik, mata anda sentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitar anda dikaitkan dengan kekasih anda. Walaupun melihat bumbung bas berwarna biru, anda teringatkan bumbung rumah kekasih anda. Terpandang sahaja huruf yang berpangkal ‘M’ anda teringatkan nama kekasih anda bernama Maria. Lebih pelik ialah masa berjalan agak pantas semasa berdua dengannya, tetapi menjadi terlalu lama semasa menunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktu dunia realiti anda tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut api menggigit anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu semangat!! Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancaindera mengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda merasa diri anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda mendapat ilham ?

20

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah Berlaku Di Dalam Minda Anda
"You become successful the moment you start moving towards a worthwhile goal" Baiklah, kini mungkin minda separa sedar anda telah bersedia, seumpama tanah sawah yang tersedia untuk disemai. Langkah seterusnya ialah anda membaja dan menyuburkan minda separa sedar anda tersebut agar ianya lebih berkuasa , agar realiti yang wujud di dalam minda separa sedar tersebut dapat direalisasikan ke dunia material ini. Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya, langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda imiginasikan di dalam minda anda keadaan anda semasa anda menjadi kaya. Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah mendapatkannya dan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah yang besar , imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jika anda belum beristeri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeri yang cantik duduk bahagia di sebelah anda. Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej material tersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej tersebut. Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa ria, sedang bersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkan sekarang imej-imej tersebut dengan mendalam sekarang. Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imej yang benar atau palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Pedulikan benar atau palsu. Anda tanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalam minda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi satu realiti kebenaran kepada anda masa depan. Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh anda percaya ialah diri anda sendiri, kuasanya adalah akal yang dianugerahkan daripada Allah.

"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"

21

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk Menyemai Minda Separa Sedar
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasulullah SAW ; “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat yang tidak khusyuk selama tujuh puluh tahun”. Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat visual di dalam kotak fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan yakin realiti yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda kehendaki ialah menanamkan visual kejayaan anda pada masa hadapan di dalam minda separa sedar anda. Persamaan peristiwa lepas dengan peristiwa yang akan datang ialah kedua-dua peristiwa tersebut boleh dibayangkan secara visual di dalam minda anda sekarang, dan minda separa sedar anda sebenarnya tidak tahu yang mana satu pernah terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi. Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk berlaku tetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh perasaan dan keyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dan secara automatik berusaha untuk meneroka dan mencari ke dalam lembah takungannya yang luas dengan segala pengalaman, fantasi, imaginasi anda untuk dikaitkan dengan persoalan anda. Jawapannya akan anda temui di dunia realiti anda sebagai petunjuk untuk anda laksanakan dan seterusnya menjadi akibat kepada realiti yang anda kehendaki tersebut. Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasi anda, akan membuatkan hati/kalbu anda timbul satu semangat luarbiasa. Hatilah atau kalbu yang menjadi tali penghubung kepada Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui ketulusan permintaan yang dikehendaki oleh manusia di dalam hati. Anda pada bila-bila masa waktu yang tenang (selepas solat) membuat visualisasi seperti berikut : Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa sekarang dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda imbas kembali kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana anda pernah menerima sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat gembira di dalam kehidupan anda. Anda mungkin boleh bayangkan saat anda mendapat anak yang comel yang tanpa cacat celanya atau anda pernah terselamat daripada kemalangan ataupun anda mendapat ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua perkara-perkara baik ini adalah hadir kerana izin Allah SWT. Hayati visual tersebut. Tanam segala perasaan suka, kegembiraan dan kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan mengujudkan satu semangat di dalam jiwa anda . Dan biarkan imej kenangan tersebut bermain di fikiran anda selama beberapa saat. Apa yang anda rasa ialah satu perasaan atau

22

Jutawan Yang Belum Anda Kenali semangat masa lepas itu ? Adakah anda dapat menyelami kembali saat tersebut? Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yang menitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepada rahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?) Saya pasti anda merasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja ucapan Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benar menusuk ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dan kepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran anda dilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu anda. Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan kuasa infiniti yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT. Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang anda inginkan telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa hadapan tersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepada Allah. Oleh itu semua peristiwa pada masa hadapan telahpun diketahui oleh Allah, anda perlu bersyukur segala peristiwa yang bakal anda terima kerana saat anda berdoa dan percaya kepada Allah, Allah sudah janji bahawa doa anda akan dimakbulkan. Hanya masa sahaja yang menentukan. Kepastiannya akan tiba, dan mengapa anda tidak perlu bersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernah mungkir itu ? Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalah ciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuan Allah SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia . Jika Allah tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga seperti makhluk lain. Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas tahap kesabaran anda melalui ujian yang akan diberi bukannya masa. Ini kerana sabar adalah separuh daripada iman itu sendiri. Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat Allah dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah yang agak sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan dengki ke atas kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat menghayati kesyukuran ke atas nikmat Allah SWT yang diterima oleh orang lain bermakna, hati anda benar-benar tulus di dalam segala kesyukuran anda kepada Allah SWT. Kesannya adalah luarbiasa, kerana anda akan merasai satu semangat baru menyelinap serta merta di dalam sanubari anda. Firman Allah SWT, Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikankah sholat sebagi penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (QS al-Baqarah: 152-153)

23

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda
Firman Allah SWT, “Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7) Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakin apa sahaja keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamat anda. Ini adalah kerana anda telah berniat dengan Allah akan tujuan anda tersebut. Tiada yang mustahil di sisi Allah, dan setakat mencapai matlamat ‘besar’ anda, tiada susahnya. Hanya masa sahaja menentukannya. Anda jangan teringatkan Allah hanya apabila anda berada di dalam kesusahan. Inilah kesilapan manusia. Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah. • Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai ‘sentuhan emas’ ialah anda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah dan sedang anda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur kerana masih mampu menghirup udara milik Allah SWT untuk terus hidup hari ini dan secara khususnya anda bersyukur setiap kejadian khusus yang telah berlaku ke atas diri anda. Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan orang lain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin Allah jua. Inilah kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripada sifat dengki. Jangan sesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang lain.

•

Anda mestilah sentiasa bersyukur secara lisan, di dalam hati dan ketika sedang melaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untuk menuju ke matlamat anda tersebut. Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam diri sendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan berasa bersemangat. Secara sub-atomik perasaan bersemangat ini mengeluarkan ‘tenaga’ elektron yang berhubung dan bergabung dengan semua kejayaan orang lain yang serupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka berada. Elektron adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengan tenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi pemikiran mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka yang sama dengan anda. Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan memberi kesan fizikal kepada dunia realiti anda kelak.

24

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Semangat : Kebangkitan Gergasi Di dalam Jasad Anda
Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedar anda dirangsangkan dan menjurus kepada objektif kejayaan anda. Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalam jasad anda sebagai semangat. Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertama anda bekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangat sehingga menitiskan air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ? Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan ‘aura’nya. Elektron-elektron orang yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang ke segenap alam. Pancaindera seperti mata atau telinga orang yang bersemangat sensitif kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamatnya kerana minda separa sedarnya telah terangsang berterusan. Gergasi anda telah bangkit! Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana, mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satu masalah, kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ? Tiada sukarnya jika terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi, idea, fakta dan inspirasi yang terangsang di dalam minda separa sedar bersatu membantu beliau membuat keputusan. Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk ke arah kejayaan. Orang yang sedang bersemangat , sentiasa dahagakan kejayaan. Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianya disemai. Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilah yang kita tidak mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengar ceramah motivasi atau pulang dari kursus motivasi, dan bersemangat, namun apa selepas dua tiga hari, anda kembali kepada rutin lama. Ini berlaku kerana anda tidak semaikannya, melalui teknik visualisasi (yang diterangkan sebelum ini). Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerja atau sedang melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat dengan penuh yakin dan percaya, perbuatan yang sepatutnya ‘gagal’ pun tidak akan gagal kerana anda tidak percayakan kegagalan. Semangat hidup apabila segala entiti posiif minda separa sedar terangsang. Tanpa semangat anda hanyalah robot. Renungkan kehidupan anda sekarang adakah anda hidup dengan bersemangat atau anda hidup hanya sebagai satu rutin menghadapi hari tua ? Adakah anda hidup seperti manusia atau seperti robot yang diprogramkan untuk menjalankan kerja yang sama sepanjang hayat?

25

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda
"To succeed you have to believe in something with such passion that it becomes reality" Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yang sangat meluas di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikir secara sedar untuk mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanya menggunakan maklumat yang terhad di dalam bank memori yang kita. Untuk mencapai tujuan ini kita menggunakan PERASAAN. Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaan kepercayaan (belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan (hope) dan berani (brave) Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utama iaitu takut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu (jealousy) dan tamak (greed) PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripada minda separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita. Seumpama , jika kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mata atau jika kira berperasaan takut menyebabkan jantung kita berdebar-debar malahan tubuh kita menggeletar tanpa kawalan kita. Fikiran sedar kita tidak boleh mengawalnya. Itu adalah yang biasa kita alami. Namun sebenarnya perasaan yang digabungkan dengan kekuatan entiti minda separa sedar boleh memberi kesan kepada dunia realiti. Seumpama mereka yang pernah bercinta, perasaan lapar terhapus malahan perjalanan masa juga menjadi sangat cepat atau terlalu lambat mengikut diri mereka. Malahan jika kita mempunyai perasaan takut, tunggul pun kita sangka pontianak! Kunci kepada kekuatan seseorang ialah apabila beliau boleh mengawal perasaannya di dalam apa jua situasi. Kadangkala situasi dunia relaiti hanya illusi, di mana hakikatnya ( he truth) sebenarnya bagaimana persepktif kita t melihat situasi tersebut.

Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Di dalam Minda Separa Sedar Anda
PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masa yang serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku minda separa sedar akan menjadi keliru. Ingat, ‘fikiran’ adalah bentuk tenaga. Tenaga fikiran ini mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yang mempunyai sifat

26

Jutawan Yang Belum Anda Kenali serupa dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-ulang, tenaga ini akan menarik tenaga-tenaga lain yang berkaitan didalam ‘subconcious mind’ iaitu maklumat, imaginasi, perasaan, inspirasi dan pengalaman lepas yang tersimpan di dalam minda separa sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuat ianya akan menarik tenaga (fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain. Selalunya apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita imiginasikan kembali peristiwa atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dan kebaikan daripada Allah SWT. Jika kita tumpukan perhatian dan khusyuk melakukan ini, maklumat relevan yang tersimpan selama ini yang kita tidak sedar di dalam bank minda separa sedar akan terangsang (magnetized) . Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesan banyak peristiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disemai melalui sifat bersabar dan bersyukur akan menghasilkan perkara-perkara yang menakjubkan Pancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yang menjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita, malahan zat Allah Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lain yang sehaluan dengan matlamat kita dan seterusnya memberi kita peluang (cause) untuk mencapai keinginan kita.

27

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Praktikkan Keyakinan Anda
Firman Allah SWT, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya.” (Q.s. ath-Thalaq: 2-3). Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidak cukup dan tidak lengkap. Anda mesti melakukan sesuatu. Sebagaimana sembahyang yang bermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilah disusuli dengan perbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya. Jika kunci kepada keberkesanan sembahyang ialah anda khusyuk melakukannya maka begitu juga dengan kehidupan anda seharian iaitu bertakwa. Anda bermula dengan niat ingin mencapai sesuatu , di dalam konteks buku ini anda ingin berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan. Saat anda berniat sahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada Allah . Dan Allah Maha Pemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya orang yang tidak memahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-mandai berkata bahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadi salah faham di sini adalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujian dan tidak yakin dengan doa mereka sendiri dan duduk ‘goyang kaki’ menunggu permintaan mereka turun dari langit. Setelah anda berniat anda mestilah suburkan niat anda tersebut dengan kepercayaan dan keyakinan agar ianya hidup di dalam jiwa anda. Niat yang kecil itu kemudiannya akan membesar dan menjadi kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan. Apabila anda mempunyai niat dan kepercayaan yang betul, secara automatis, tabiat anda juga akan melakukan yang betul. Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita, Akan membentuk kepercayaan kita, Apa yang kita percaya di dalam hati kita, akan membentuk pemikiran kita dan apa yang membentuk pemikiran kita akan menghasilkan perbuatan kita, dan perbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause) yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita. Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan, pemikiran anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan dan aktiviti yang boleh merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yang paling jelas ialah melalui keusahawanan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda ; “9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan” Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.

28

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya
Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yang kita jadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda sendiri tidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan berakar umbi di dalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalam bidang perniagaan. Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataan manakah yang ‘SALAH’ mengenai bidang perniagaan : 1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan 2. Anda perlukan modal wang yang banyak 3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok kejurujualan 4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda berjaya 5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang telah dibolot oleh orang-orang tertentu. 6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan peribadi bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan. 7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut ajaran agama 8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti kebahagiaan 9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan 10. Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi anda sebagai manusia Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalah salah. “Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan, tentunya beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....”

29

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ?
“You are what you believe!”
Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira dan lihat keputusan anda. 1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh dicari atau. 2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain. 3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan nasib. 4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'. 5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan pengetahuan. 6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda mencipta peraturan baru. 7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidak mengulanginya. 8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang belum tiba. 9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijak daripada boss anda! 10. Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda bekerja kerana jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja sendiri! Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk tidak. Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda untuk menjadi usahawan. Jika anda mendapat markah 5 – 8 , anda mempunyai potensi untuk menjadi usahawan. Jika anda mendapat 9 – 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda sekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah menjadi kerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang. Hidupkan semangat usahawan anda , yakin dan sahut cabaran!

30

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan...
"Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up" Winston Churchill Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkata menjadi jutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, Datuk Yusuf Haslam , jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bas tetapi kini seorang jutawan. Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda. Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil.... þ Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin saya akan mengumpul modal untuk berniaga. þ Kehidupan say adalah kehidupan makan gaji tidak pernah saya fikirkan untuk berniaga. þ Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusan perniagaan, jurusan pengajian saya adalah berbeza. þ Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai ‘contact’ atau kenalan dengan orang atasan sahaja. þ Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabat daripada terpaksa ‘menjual’ muka untuk mendapatkan hasil jualan. þ Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyai modal langsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan saya pada masa sekarang. þ Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin dengan pekerjaan saya ini. Pendapatan daripada perniagaan tidak menentu. Kadang-kadang untung , kadang-kadang rugi. þ Tunggulah sehingga saya pence nanti. Pada masa itu mungkin dengan masa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpanan KWSP saya rasa saya ingin berniaga. þ Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualan langsung (MLM). Pengalaman saya merujukkan saya memang tidak berbakat langsung untuk berniaga.

"The pessimist sees difficulty in every opportunity . The optimist sees opportunity in every difficulty"

31

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kejayaan Tulin Perlukan Ujian Untuk Menguji Tahap Kesabaran
“Sabar itu separuh daripada iman” Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. ‘Gagal’ hanya wujud istilah perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Katakan anda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapa ‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnya anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya anda makan dan kenyang. Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti berniat melakukan perkara yang hendak anda lakukan. Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering, anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorang rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja. Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda , terus melupakannya . Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saat anda berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telah tersedia untuk anda. Allah SWT akan sediakan sedikit cabaran sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran adalah ukurtara tahap keimanan itu sendiri. Rasullullah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”. Setelah anda laluinya, anda pasti berjaya. Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkan anda. Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada anda untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri anda semasa menempuhi jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akan memantapkan akan diri anda untuk mencapai kejayaan yang anda impian dalam ertikata sebenarnya. Ingat anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yang tiba-tiba wujud di depan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada dan qadar. Ini bermakna anda mestilah melakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalam hati, lisan dan perbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan matlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah Taala, apa yang akan berlaku ialah segala perbuatan yang patut ‘gagal’ pun akan menuju ke arah matlamat anda tersebut. Menarik bukan ? Inilah yang dinamakan ‘tuah’! Anda seakan-akan bebas kegagalan! “Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.”

32

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kata-kata Hikmat
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

33

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

BAHAGIAN II
Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda

34

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah
"All achievements , all riches, have their beginnings in an idea" Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakan sesuatu perniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-idea atau projek perniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian ini semuanya mengikut keserasian dan minat seseorang. Ini adalah kerana secara lumrahnya seseorang lebih mudah berjaya mengikut bidang yang diminati manakala jika perniagaan yang tidak anda minat selalunya akan membuatkan anda cepat berputus asa jika menemui sedikit kebuntuan. Perniagaan yang melibatkan minat atau hobi anda ianya tidak akan gagal kerana anda sememangnya gemar melakukannya tanpa dibayar! Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyak ideaidea perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapang anda. Pendekata tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri anda begitu sahaja. Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akan dapati beratus-artus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda. Anda perlu meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda ini sekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi dan harga yang berpatutan dan pada masa dan tempat yang sesuai. Cuba fikirkan siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atau perkhidmatan anda itu. Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan Cuba Persoalkan ? 1. 2. 3. 4. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ? Apakah risikonya ? Berapakah kadar keuntungannya ? Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?

Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ? 1. 2. 3. 4. Kreativiti manusia tiada hadnya. Kebolehan manusia tiada batasannya. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat. Kebolehan manusia berbeza-beza.

35

Jutawan Yang Belum Anda Kenali Bagaimanakah Saya Boleh Menandingi Pesaingan Saya ? Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang dicadangkan. Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-pesaing yang secara langsung bersaing dengan anda 1. Siapakah pesaing terdekat anda ? 2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ? 3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiri yang khusus’? Terangkannya . 4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih baik dan lebih diterima oleh pesaing anda ? 5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke atas pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan pelanggan mereka? 6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan perkhidmatan tersebut daripada rumah ? Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda jika anda tiru semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan semua amalan mereka yang tidak baik.

36

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda
"If you do anything just for a money, you don't succeed" Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinan untuk berjaya apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialah hendak menterjemahkan keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktiviti yang boleh menjana wang iaitu secara ringkasnya projek niaga. Namun apakah projek niaga yang perlu anda beri keutamaan pertama sekali ? Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah bidang di mana anda mempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan mempunyai bakat masing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dan kemahirn tersendiri anda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukan kepada kerja-kerja pejabat anda. Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda, • • • Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ? Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ? Adakah anda melalui kemahiran anda yang unik ?

Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yang bakal anda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jika disebut mengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyai minat dan hobi. Ada yang minat ... • • • • • • • Memasak Muzik Menanam pokok Memelihara ikan Membaca novel, menulis sajak, lagu Melukis Banyak lagi!

Fikirkan samada anda boleh • • • Tawarkan khidmat mengajar minat anda tersebut Menjual produk hasil daripada hobi anda tersebut Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi anda tersebut

Menggunakan minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan anda mempunyai beberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang anda libatkan mestilah sesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakin dan percaya, sesuatu yang anda sanggup lakukan walau apapun keuntungan yang anda perolehi. Lihat sajalah Chef Wan, yang berpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebih berjaya sebagai pakar tukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam

37

Jutawan Yang Belum Anda Kenali bidang masakan. Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yang sememangnya terlatih sebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ? Mengapa pula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalam bidang memasak ? Fikirkan ... Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari dan meningkatkan kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebih cepat, walaupun pada asalnya anda tidak mempunyai kemahiran seorang pakar. Ilmu pengetahuan dapat diserap dengan semulajadi jika anda bersemangat dengan projek niaga anda. Namun percayalah, jika anda benar-benar mempunyai minat yang tulin , keuntungan akan datang secara semulajadi, asalkan anda belajar serba sedikit strategi untuk mengkomersialkan aktiviti anda tersebut. Minat yang tulin akan memberikan anda stamina tambahan terutamanya semasa mula-mula anda memulakan projek niaga anda. Jika anda membuat sesuatu yang anda tidak suka demi untuk wang, anda tidak akan merasa keseronokannya 100%. Pelik bunyinya, namun itulah, wang bukanlah segala-galanya.

38

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

7 Kebijaksanaan Manusia
Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalah istimewa. Anda juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagai makhluk paling istimewa. Anda adalah istimewa. Adalah satu kesilapan pertama yang teramat besar, jika anda cuba menafikan keistimewaan anda. Jika selama ini semua orang memperkecilkan diri dan kebolehan anda , SAYA akan berdiri teguh dibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda sendiri kurang yakin dan percaya akan saya akan memberitahu anda bahawa itu adalah kerana hasil daripada ‘brain wash’ senyap selama ini oleh orang-orang yang tidak ingin melihat anda berjaya. Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkan orang yang kaya tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijak di dalam pelajaran. Apa yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan mereka yang unik dan selarikan dengan usaha-usaha yang mendapatkan hasil untuk diri mereka. Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapat di dalam diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkin mempunyai gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana, namun jarang sekali orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan ini serentak. Contohnya anda mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal) dan juga menyanyi (kebijaksanaan lisan). 1. Kebijaksanaan Lisan. Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca . Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis atau lisan. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Penulis , novelis § Pelakon 2. Kebijaksanaan Visual/Artistik. Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapat menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Penerbit buku-buku bergambar, halaman web § Pengarah Sinematografi

39

Jutawan Yang Belum Anda Kenali 3. Kebijaksanaan Fizikal. Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatu secara praktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu mempelajari sesuatu secara bergerak. Kegemaran masa lapang selalunya aktiviti gerakkerja. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer) 4. Kebijaksanaan Muzikal. Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik sebagai cara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadi kepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Komposer lagu § Penyanyi 5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal. Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan . Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut susunan : "Pertama…Kedua….dan ketiga…" Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Usahawan perisian komputer § Usahawan Kejuruteraan 6. Kebijaksanaan Diri Dalaman Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir. Memahami motif beliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukan sesuatu perkara. Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu idea dan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Ahli falsafah, saikologi § Penyajak 7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal). Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan ramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : § Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey) § Pakar Perunding

40

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek
“Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa banyak idea dahulu...” - Anon Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi. Sebagai contoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh juga mencari idea yang lebih sesuai dengan jiwa anda. Perkhidmatan • Agen/broker jualan berkomisyen (contoh ; agen pencetak) • Konsultan / Juruperunding Bebas (Pelbagai Subjek) • Tutor matapelajaran sekolah/ Komputer • Jurulatih Aerobik / Seni Tari / Seni Mempertahankan Diri • Khidmat Mengurut Perniagaan Menyewa Barangan Dan Peralatan • Alat-alat untuk mengadakan majlis keramaian. • Peralatan Rakaman Filem video. • Komputer • Kereta/lori/van • Pakaian pengantin dan peralatan perkahwinan. Kraftangan Dan Hobi • Pertukangan kayu halus dan ukiran kayu. • Membuat bingkai (frame) gambar. • Memelihara, menternak dan menjual binatang.(ikan akuarium) • Senireka barangan terbuang (reycle arts). • Seni foto. Penulisan • Menjadi wartawan – sementara atau tetap. • Menulis rencana, cerpen, sajak dan novel. • Menterjemah (translating). • Menulis skrip drama radio, TV dan pentas. • Menyunting karangan (editing) dan membaca pruf. Perusahaan Memproses Makanan • Gula-gula, kacang ataupun asam yang dipaket kecil.. • Perusahaan memproses air tauhu, Dadih atau tapai • Roti canai segera.

41

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif
Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikan projek perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan dengan mendalam bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang baik dengan..... 1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya. 2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu. 3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran. 4. Mendengar rungutan. 5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan. 6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat. 7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda. 8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu. 9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan. 10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing. 11. Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan. 12. Menyelesaikan sesuatu masalah. 13. Menyediakan keperluan asas. 14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri. 15. Memanafaatkan bahan yang terbuang. 16. Mendengar harapan/rungutan orang. 17. Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan. 18. Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan. Mencetus Pemikiran yang Kreatif Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif. Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yang tidak bijak. Oleh itu ; a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpa mengira apa jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akan terhasil daripada adunan idea-idea yang anda baca. b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya) c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran anda (selalunya satu idea akan melompat keadaan idea yang lain) d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak lain e) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah dengan menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekanan melampau akan menghalang pemikiran kreatif anda pula!) Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalah bahan api kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatif sahaja yang menghalang proses pemikiran kreatif ini.

42

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang!
Sebagai usahawan generasi ’lama’ , ikhlas saya katakan bahawa saya bukanlah seorang yang pakar di dalam hal-hal teknikal komputer, namun , saya penyokong paling kuat akan kuasa penggunaannya dan kepentingannya kepada dunia perniagaan SOHO. Kira-kira beberapa bulan lepas seorang rakan saya, telah membeli sebuah buku bertajuk ‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda’ . Setelah membaca beberapa mukasurat, saya terus memesan untuk membelinya kerana sangat tertarik idea-idea projek yang boleh dilakukan oleh saya melalui projek yang didedahkan. Terus terang saya katakan pengalaman keusahawanan saya selama ini pun tidak dapat menyedari akan potensi sebenar kekuatan komputer yang mampu menjana wang dengan mudah sekali. Apa yang lebih menarik ialah dengan menggunakan komputer, apa sahaja minat anda selama ini boleh dijadikan sumber pendapatan kerana komputer akan menterjemahkan minat anda kepada projek-projek viable yang boleh mendatangkan pendapatan. Samada anda minat memasak, memancing, membuat kraftangan, muzik dan apa sahaja minat anda dapat diolah menjadi wang melalui idea-idea yang didedahkan melalui buku ini. Saya sudah lama sebenarnya berfikir kenapalah komputer saya yang canggih itu kadangkala terperap begitu sahaja, tanpa membawa apa-apa hasil. Terdapat 30 idea-idea projek yang konkrit dan praktikal yang telah terbukti dijayakan oleh ramai orang tidak kira apa sekalipun minat dan kemahiran sediada mereka. Salah satu prinsip yang saya suka ialah anda menghasilkan produk atau perkhidmatan anda sendiri. Tiada orang tengah dan penggantungan kepada stok orang lain. Sebagai contoh anak saya telah menggunakan salah satu idea konsep dan prinsip asas penggunaan komputer untuk membuat projek suka-sukanya dengan menghasilkan cenderamata melalui komputer. Keuntungan projek ‘suka-suka’nya melebihi gaji seorang kerani. Bagi diri saya pula, saya memilih satu idea projek yang bersesuaian dengan saya minat saya, iaitu menghasilkan produk berinformasi yang mempunyai margin keuntungan sehingga 1000%. Menarik sekali walau tanpa mengguna internet dan saya mampu menghasilkan produk dengan kos yang sangat rendah tetapi berkeuntungan sangat tinggi melalui komputer saya. Di andaikan saya meninggalkan kerjaya sebagai perunding bebas saya, saya kini yakin saya boleh ‘cari makan’ hanya menggunakan komputer saya daripada rumah saya sahaja. Saya jamin anda boleh menjana wang melalui salah satu idea projek di dalam buku ini dengan menggunakan komputer anda daripada rumah sahaja! Anda boleh membaca lebih lanjut tentang buku ini di mukasurat akhir nanti.

43

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Inovasikan Perkhidmatan Anda
Tingkatkan Perkhidmatan Anda Melalui Integrasi Dan Innovasi Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatan yang bersifat inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidak puashati dengan kaedah sesuatu perkhidmatan kerana anda sendiri mempunyai ideaidea yang boleh memperbaiki perkhidmatan atau produk tersebut. Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukan pelanggan mesti bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda di depan kedai anda , anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing anda yang menggunakan pesanan melalui telefon,faks mahupun internet. Kini di zaman teknologi maklumat ramai usahawan menawarkan produk yang sama dan menerima pesanan melalui telefon ,faks dan internet . Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk mereka dan perkhidmatan mereka dengan anda , iaitu dengan membuat perhubungan pelanggan melalui berbagai cara , anda sedang menuju ke arah perniagaan yang gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan anda dengan berbagai cara dan memudahkan pelanggan , memberikan pelanggan anda berbagai-bagai pilihan dan sebab baru untuk membelinya, sememangnya mereka akan membeli. Ke Arah Manakah Anda Tuju ? Adakah anda mencipta , menggabungkan atau membuat perubahan menuju masa depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan anda memang ditakdirkan mengikut cara tradisi lama? Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah semudah menggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkan tawaran perkhidmatan berintregrasi yang inovatif . Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC) atau gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan (McDonald) , telefon dengan jam, games, email (telefon bimbit) dan contoh-contoh sebegini masih banyak lagi untuk organisasi anda terokai. Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akan mempunyai perkhidmatan yang inovatif yang berpotensi untuk lebih maju daripada perkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja ! Jangan fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelanggan mengkehendakinya. Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagu semasa berjalan kaki atau meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telah melakukannya dengan memperkenalkan Sony Walkman. Fikirkan , apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untuk memberikan pelanggan sesuatu yang baru , istimewa dan lebih bermanafaat?

44

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya!
Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yang popular dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerja daripada rumah’ , ‘skim dana rakyat’ , ‘surat berantai’ dan seumpamanya. Dengan kewujudan internet skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jika anda perhatikan di dalam internet masa kini terdapat banyak program-program skim cepat kaya yang dianjurkan oleh insan-insan tidak bertanggungjawab ke atas pengguna-pengguna internet. Jika anda seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu dengan skim ini. Namun ramai orang yang terlibat dengannya bersubahat menjadi ‘penipu’ dan seterusnya ‘menipu’ orang lain demi kekayaan cara mudah ini. Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilah skim yang dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an di Itali. Mari kita ‘bedah siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini. Anda dimulakan dengan tawaran untuk melabur, menderma atau sedekah kepada 5 orang katakan seorang RM10. Anda mencari 5 orang 5 orang akan mencari 25 25 orang akan mencari 125 125 orang akan mencari 625 3,125 orang akan mencari 15,625 15,625 orang akan mencari 78,125 78,125 orang akan mencari 390,625 390,625 orang akan mencari 1,953,125 1,953,125 akan mencari 9,765,625 9,765,625 akan mencari 48,828,125 Pada peringkat ini 9 juta orang ini , mereka akan menjadi sukar mencari ahliahli kerana pasaran telah tepu. Mereka akan berusaha untuk mencari ahli-ahli baru kerana telah pun melaburkan wang mereka. Hakikatnya memang MUSTAHIL untuk mencari setiap lima orang lagi kerana penduduk Malaysia adalah hanya 24 juta orang. Inipun setelah dicampur dengan bayi yang di dalam kandungan dan sekalian kanak-kanak. Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pasti berlaku kepada ramai orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti, oleh itu ianya akan tepu dan ramai orang di bawah akan menguntungkan orang di atas , terutamanya si penganjur.

45

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Tali barut Skim Piramid Berita ‘baik’nya ialah ada peserta yang benar-benar mendapat wang dan ‘untung’. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memang sengaja akan mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yang selalu menjadi kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ ini akan menjadi jurucakap atau PRO kepada skim ini. Mereka adalah peserta yang berada di atas. Lebih mengharukan mereka yang ‘untung’ inilah yang menjadi ‘dalang sebenar’ melebihi pihak penganjur itu sendiri. Ini adalah mereka telahpun mendapat wang yang nyata, dan mereka pula secara bermatian-matian mempertahankan sistem ini. Pihak penganjur yang tahu akan hakikat sistem ini, lebih mudah menjalankan kegiatan ini tanpa sebarang campur tangan. Lebih menyedihkan ‘tali barut’ ini akan berkata , “Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50 ajer..kalau rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlah melabur.. Inilah kata-kata yang paling ‘durjana sekali. Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya. Selalunya tali barut atau mereka yang untung ini akan dikecam oleh saudara mara atau rakan taulan mereka yang rugi atas syoran mereka ini. Mereka mungkin untung beberapa ringgit, namun hakikatnya mereka kehilangan kepercayaan kepada ramai orang. Lebih menyedihkan mereka obses dengan sistem-sistem seumpama ini dan berusaha untuk mencari dan memasukinya lagi . Kasihan sekali mereka tidak sedar hakikat ini. Mereka yang sebegini hanya mendapat Illusi di dalam pencarian wang dan kaedah sebenarnya. Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sah memakan wang haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugian yang pasti daripada orang lain. Ini adalah sama dengan prinsip perjudian di mana keuntungan kemenangan seseorang sebenarnya adalah hasil daripada kerugian beribu-ribu orang lain lagi walaupun ribuan yang lain tersebut dengan rela hati memasukinya. Jangan samakan dengan pelaburan tulin , yang mempunyai kebarangkalian untung, skim cepat kaya PASTI ada yang rugi supaya orang lain untung. Itulah perbezaannya. Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebut dengan sedekah atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepada operasinya yang benar-benar haram. Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “Anggaplah sedekah kalau duit anda tu lenyap...tak der ruginya” . Pelik ! Orang sebegini mempermainkan hukum Allah. Mana mungkin niat asal berjudi mereka suka-suka menukarkan niat mereka kemudiannya menjadi sedekah kalau rugi. Saya sekali lagi mengingatkan anda supaya awas, dan jangan sesekali ceburi skim piramid.

46

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin
Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yang telus dan jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program atau dropship. Setiap satu kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yang asli (genuine) dan anda boleh mendapat keuntungan jika anda bijak mempromosikan produk mereka dan tidak ‘goyang kaki’. Apabila anda untung , ianya adalah kerana keuntungan anda adalah hasil penjualan sesuatu produk yang benar-benar ingin dimiliki oleh pembeli. Ini adalah lumrah dan kaedah biasa di dalam perniagaan. Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lain untuk membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan anda kemudiannya mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalah langkah perniagaan yang telus dan bijak. Program affiliate yang paling popular di dunia sekarang ialah daripada hasil syoran membeli buku di halaman web amazon.com Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hak menjadi pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah anda sendiri berpuashati menggunakannya. Anda akan dibayar sedikit komisen atas syoran anda. Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupun negatif tentang operasinya. Saya secara peribadi dan sebagai seorang yang professional menganggap kejayaan perniagaan MLM memerlukan sedikit kerja keras awalan yang selalunya diselindungi oleh pihak syarikat yang mewarwarkan bahawa program mereka adalah mudah. Masalah syarikat MLM yang tidak jujur ialah mereka telah ‘mengelirukan’ orang ramai untuk memasuki program mereka melebihi bagaimana mereka mendapat faedah daripada menjual produk mereka. Memang benar program tersebut boleh bermula daripada rumah tetapi program tersebut memerlukan anda kerap keluar rumah untuk berjumpa pelanggan ataupun bermesyuarat. Jika anda seorang yang sanggup bekerja keras , MLM adalah bidang anda. Harus diingat skim MLM adalah sah, namun ada juga syarikat MLM yang sah telah diarahkan ditutupkan operasinya kerana menyeleweng daripada kaedah operasi awalnya. Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabung untuk memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLM yang menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lain terpikat untuk memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda kereta BMW mewah milik saya sekarang dan anda menggunakannya untuk balik ke kampung pada hari raya. Tidakkah saudara mara, sepupu, adik beradik anda terperanjat dan ingin menyelidik dan seterusnya menyertai sebarang peluang perniagaan yang sedang anda ceburi ? Fikirkan ....

47

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persediaan Premis SOHO Anda
Semasa jiran saya sedang sibuk bergegas pergi ke kerja dan menempuh jalan raya yang sesak dan jam, saya pula sedang sibuk membancuh kopi dan membaca akhbar di rumah. Kerja saya mungkin bermula sekitar pukul sepuluh . Di mana panggilan telefon daripada pelanggan mula kedengaran. Kadangkala saya menjawab telefon yang mempunyai urusniaga bernilai ribuan ringgit di dalam kain pelikat saya! Namun demikian saya tetap professional dan serius kerana menganggap menjalankan perniagaan daripada rumah adalah satu usaha yang serius. Walaupun anda menjalankan aktiviti perniagaan anda di rumah , namun anda mestilah menyusunatur dan memperuntukkan satu ruang yang khusus untuk anda bekerja. Kemungkinan anda menggunakan bilik utama anda ataupun memberikan sedikit ruang disudut ruang tetamu untuk anda bekerja. PERALATAN DAN PERSEKITARAN 1. Ruang yang bersih, diterangi cahaya dan bebas dari bunyi bising dan gangguan. 2. Ruang untuk duduk dan bekerja (meja, kerusi, lampu dsb) 3. Ruang untuk menyimpan maklumat pelanggan dan perniagaan (komputer, kabinet fail, organizer elektronik dsb) 4. Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan (telefon, faks, email dsb Antara budaya kerja yang perlu anda berikan perhatian: 1. Anda berupaya mendisiplinkan diri. 2. Pastikan bahawa semua ahli keluarga anda telah memahami bidang tugas anda 3. Elakkan bunyi-bunyian yang kurang sesuai yang dapat didengar oleh pelanggan yang menelefon anda. 4. Pengendalian pejabat secara profesional. Elakkan anak kecil daripada menerima panggilan telefon di pejabat anda. 5. Segera layan sebarang pertanyaan samada melalui telefon, faks atau e-mail. Nyatakan terlebih dahulu penerimaan mesej dari mereka supaya mereka tidak tertunggu-tunggu. 6. Bersikap professional namun mempunyai sentuhan peribadi.

48

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan
Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikan produk dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaan anda. Mengapa ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakan bahawa dengan iklan sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan perniagaan mereka mendapat pelanggan yang ramai. Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi. Berikut adalah strategi yang mudah tetapi berkesan di dalam mengatur perancangan promosi perniagaan anda ; 1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis anda kepada pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon. 2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada. 3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing-pesaing anda. 4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas. 5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan. Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda? Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ; pengiklanan , promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam . Dua cara yang pertama tersebut dirangka untuk mempengaruhi jualan secara langsung , dua cara yang kemudiannya adalah untuk meningkatkan imej perniagaan atau individu tersebut. Pengiklanan ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ Yellow Pages Pengiriman Brosur Ke Rumah Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan Brosur, papan notis dan risalah-risalah Pengiklanan Secara "online" dan halaman web

Promosi Jualan ♦ Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon ♦ Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya. ♦ Acara pelancaran, rumah terbuka Perhubungan awam dan Publisiti ♦ Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas ♦ Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat. ♦ Sidang akhbar, artikel dan temuramah.

49

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda?
Saya selalu mengingatkan para peserta kursus perniagaan saya bahawa jangan takut mengeluarkan belanja untuk iklan kerana belanja atau kos yang dikeluarkan adalah satu bentuk pelaburan. Namun anda mestilah berhati-hati di dalam membuat pengiklanan. Membuat iklan yang berulang adalah mahal. Manakala pengiklanan sekali sahaja pula tidak akan memberi kesan. Cari media yang sesuai mengikut belanjawan anda. Fikirkan cara-cara di bawah ; Risalah-risalah Risalah-risalah, katalog atau brosur walaupun kecil mestilah di rekabentuk dengan professional dan dicetak pada kertas yang berkualiti. Bahan-bahan bercetak yang berkualiti ini meningkatkan kredibiliti dengan mendadak. Risalah Kiriman Pos. Surat dan risalah adalah berkesan untuk memperkenalkan nama anda dan memberi pendedahan secara am. Risalah kiriman pos mempunyai kelebihan kerana ianya dihantar khusus kepada alamat pelanggan anda yang tertentu. Cenderahati Pen-pen, kalendar dan lain-lain barangan cenderahati memberikan ingatan yang mesra di dalam minda pelanggan. Ianya tidaklah mahal mengikut jenis dan kesesuaian belanjawan perniagaan anda. Iklan Di Media Bercetak Majalah-majalah dan suratkhabar adalah saluran pengiklanan adalah berkesan tetapi juga mahal. Di dalam industri seperti hartanah ianya perlu kerana tiada cara untuk memberitahu pelanggan selain mengiklankan butiran hartanah yang ingin dijual. Papan-papan Iklan Terdapat banyak papan-papan iklan yang berbagai bentuk dan saiz ditempatkan di lokasi yang strategik. Papan iklan yang disediakan di perhentian bas adalah sesuai untuk usahawan individu . Halaman Web Pengiklanan di dalam halaman web adalah cara pengiklanan masa kini yang semakin kian popular. Ianya adalah satu cara yang paling murah untuk memberitahu para pelanggan diseluruh dunia, pada setiap masa dengan kos yang sangat murah.

50

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan
Saya mempunyai satu formula tentang ‘pemasaran’ yang mudah untuk anda ingat dan menjadi kesimpulan kepada mana-mana jenis perniagaan sekalipun. Ianya ialah ; “Tawarkan produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul kepada pelanggan yang betul.” Atau dalam bahasa Inggerisnya... “Promote the right product at the right place with the right price to the right people.” Jika anda dapat menepati ke semua elemen di dalam formula anda di atas saya yakin anda pasti produk atau perkhidmatan anda mendapat sambutan yang luar biasa ke atas mana-mana projek niaga anda. Seterusnya strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi. Dengan keadaan persaingan yang semakin pesat, anda boleh memperolehi keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat mengetahui kehendak pelanggan serta dapat memberikan nilai yang terbaik kepada sasaran pengguna. Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambilkira faktorfaktor berikut : 1. Memahami dan menghayati budaya masyarakat setempat. 2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut dan diingati. 3. Jangan takut mengeluarkan belanja promosi dan pengiklanan - kerana usaha ini dianggap sebagai pelaburan bukannya kos. 4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos. 5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan. Anda mestilah peka dan belajar bagaimana menawan emosi pelanggan. 6. Kekalkan hubungan dengan pelanggan dengan sentiasa mesra. Kesimpulannya anda mestilah membuat penilaian tentang kehendak serta keperluan pengguna terhadap barangan dan servis adalah penting untuk mencapai kejayaan jangka panjang sebagaimana juga penumpuan terhadap pengeluaran yang berkualiti tinggi dengan penggunaan kos yang rendah serta teknik jualan yang dapat meyakinkan pengguna.

51

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak
Sebagai pengusaha daripada rumah sudah pasti anda mempunyai belanja yang terhad untuk membuat pengiklanan. Pengiklanan yang terbaik ialah pengiklanan secara percuma. Publisiti yang hadir di dalam bentuk positif atau negatif adalah sejenis pengiklanan secara percuma. Mendapat liputan di dalam media massa adalah satu taktik promosi yang boleh dirancang. Publisiti memerlukan berita-berita yang berharga dan penting kepada media untuk disiarkan. Berita-berita seperti pelancaran produk, penganugerahan, kontrak besar , penemuan saintifik dan sebagainya adalah dicari-cari oleh pihak media. Berita-berita tersebut boleh dihantar kepada pihak akhbar di dalam bentuk siaran akhbar (press release) untuk disampaikan kepada pihak akhbar. Ianya kemudian akan dicetak sebagai berita atau dibuat susulan berikutnya. Oleh itu bagaimanakah anda boleh mendapat publisiti ? Antaranya ; 1. Jika berita tersebut sememangnya satu berita yang panas sebagai contoh , penemuan baru saintifik , satu artikel yang penuh dan lengkap perlu dilampirkan. Artikel-artikel ini perlu ditulis sebagai berita dan bukannya satu iklan agar wujud kredibiliti. 2. Kadangkala akhbar juga menerima gambar-gambar yang menarik untuk dipaparkan di dalam akhbar mereka. Kenyataan yang dibuat oleh pihak wartawan akan memberikan perhatian kepada produk anda. 3. Surat-surat kepada editor juga boleh bertindak sebagai publisiti. Jika anda sentiasa mengikuti isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan apa yang berlaku di dalam industri anda mungkin boleh memberikan pandangan anda berkenaannya. Sebenarnya orang ramai memang suka mendengar pandangan orang lain yang tertulis di dalam akhbar. Di dalam taktik publisiti, anda hanya berharap semata-mata daripada ikhsan editor, sebab itulah penggunaan firma-firma perhubungan awam perlu. Pengetahuan strategik mereka mengenai perhubungan dengan pihak-pihak editor media massa akan memberikan perniagaan anda satu pendedahan dan liputan berita yang baik.

52

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000
Saya sekali lagi akan membincangkan akan faedah publisiti yang positif di dalam mukasurat ini. Ini adalah kerana saya inginkan anda memahaminya dan menggunakannya jika anda berpeluang. Potensi publisiti yang tepat boleh melonjakkan perniagaan ke tahap yang tidak pernah anda bayangkan. Beberapa tahun dahulu , saya membaca di sebuah majalah yang membincangkan tenang fenomena graduan yang semakin ramai menganggur. Saya sebenarnya sangat prihatin kepada generasi muda yang tidak dapat menggunakan potensi diri mereka yang sebenar. Sesungguhnya sumber manusia adalah kuasa yang paling kuat di dalam sesebuah negara. Atas dasar prihatin saya, saya menulis sebuah artikel yang agak panjang lebar (lebih kurang empat mukasurat penuh) kepada pihak pengarang dan diakhir menyertakan kesediaan saya untuk ditemubual bagi majalah mereka kerana saya mempunyai terlalu banyak lagi idea dan pengalaman lagi untuk dikongsi bersama. Pihak pengarang berbesar hati menemubual saya dan menyiarkan artikel saya di dalam majalah mereka seterusnya. Saya juga berbesar hati dan merasa berpuas hati kerana dapat berkongsi idea untuk faedah bersama kepada generasi muda tersebut. Walaupun niat asal menulis artikel tersebut bukannya kerana hendak mendapat publisiti, tetapi amat menakjubkan kerana selepas sahaja artikel saya dikeluarkan berserta transkrip temubual saya, panggilan telefon saya tidak henti-henti daripada seluruh Malaysia untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang idea-idea saya. Malahan panggilan tersebut juga menjurus kepada peserta-peserta baru yang masuk ke kursus saya dan pembelian bahan-bahan bacaan nukilan saya. Nilai pertambahan peserta kursus-kursus dan bahan-bahan bacaan yang terjual hasil daripada publisiti tersebut mencecah puluhan ribu ringgit. Semuanya hasil daripada publisiti yang saya dapat daripada majalah tersebut, Namun saya ikhlas katakan bahawa tujuan saya membenarkan artikel panjang lebar saya disiarkan percuma atas dasar prihatin saya kepada golongan generasi muda. Kini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan saya bahawa untuk menempah iklan di dalam majalah tersebut sebanyak empat mukasurat penuh adalah berkos kira-kira RM12,000 . Namun saya secara percuma mendapat ‘iklan’ tersebut menerusi publisiti wawancara saya . Dan pihak pengarang majalah juga berterima kasih kerana artikel saya tersebut mendapat sambutan yang baik dan melariskan majalah mereka dan mereka pula tidak perlu membayar saya apa-apa!

53

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kelebihan Publisiti Daripada Pengiklanan
Sebenarnya anda juga boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan, kerana jika anda perhatikan memang terdapat ramai pengusaha-pengusaha yang mendapat publisiti positif hasil daripada tersiarnya kisah mereka di akhbar ataupun TV. Cuba perhatikan di TV hampir saban hari ada sahaja tetamu yang diundang untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sesuatu subjek yang boleh menarik perhatian ramai. Topik-topik yang diutarakan adalah pelbagai termasuklah wawancara dengan pakar pemakanan, penggubah bunga hiasan, pendakwah, pakar motivasi, kraftangan, pendidikan dan sebagainya. Adakah anda tergolong di antara mereka ? Apakah Kelebihan Publisiti Berbanding Iklan ? Publisiti adalah cara untuk mendapat liputan dan meningkatkan jualan . Publisiti , tidak seperti pengiklanan , adalah satu strategi promosi secara jangkamasa panjang dan sukar untuk diukur. Manakala pengiklanan pula anda dapat memilih lokasi dan menempatkan iklan anda di dalam media yang anda suka. Walaubagaimanapun kadangkala publisiti lebih berjaya daripada pengiklanan kerana kelebihan-kelebihan berikut ; 1.Kredibiliti Orangramai selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalam akhbar daripada iklan-iklan . Kebanyakkan kita tidak mempercayai iklan, tetapi mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya. 2.Tarikan Orangramai selalunya tertarik membaca peristiwa atau berita yang berlaku disekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat menggunakan dengan sesuai celebriti sukan , hiburan atau sesiapa sahaja untuk menarik perhatian pelanggan. 3.Dramatik Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk/servis perniagaan nampak lebih "hebat". Publisiti juga dapat melakukannya tetapi dengan cara yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesej berikut , " Kami adalah rakan anda, dan berprihatin seperti anda. Mari kita bekerjasama untuk membuat suasana hidup kita lebih baik."

54

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda
Selama ini mungkin anda menilai seorang pelanggan berdasarkan nilai transaksi jual beli yang berlaku dengannya. Cuba anda nilaikan nilai sebenar beliau dengan anda sepanjang hayat beliau menjadi pelanggan setia anda. Katakan saya adalah bakal pelanggan anda. Saya akan berkata, "Katakan saya membuat satu pembelian yang bernilai RM100. Anda mungkin melayan saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM100 dengan layanan yang sepadan dengan nilai tersebut. Tetapi cuba bayangkan saya seorang pelanggan tetap anda dan membuat pembelian sebulan sekali . Ini bermakna nilainya ialah RM1,200. Katakan saya setia kepada anda selama 10 tahun. Dan ini akan membuatkan nilai saya naik menjadi RM12,000. Jika saya cukup berpuashati dan kesetiaan saya amat tinggi untuk berurusan dengan anda, saya mungkin akan mencadangkan perniagaan anda kepada rakan-rakan saya yang lain. Jika terdapat lima rakan saya yang percayakan diri saya dan menjadi pelanggan setia seperti saya setiap seorang akan menyumbang kepada anda sebanyak RM12,000 seorang.. Jika didarab lima orang maka nilainya akan menjadi RM60,000. Di tambah nilai saya sendiri maka perniagaan anda akan menerima nilai sebanyak RM72,000 . Jika anda melihat diri saya seperti seorang yang bernilai RM100, bagaimanakah akan anda layan saya ? Berapa pemurahkah anda kepada saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ? Tetapi jika anda melihat saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM72,000 , bagaimanakah akan anda layan saya? Berapa pemurahkah anda kepada saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ? Apabila berlaku sesuatu komplen atau aduan ,jangan biarkan pelanggan anda hampa dan tidak melanggan anda semula. Kajian menunjukkan bahawa kos untuk mendapat pelanggan baru adalah 6 kali ganda daripada memperbaiki masalah yang dihadapi oleh seorang pelanggan yang setia.

55

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda
Katakan anda bercadang menyediakan khidmat merakam video di dalam acara perkahwinan dan sebagainya. Saya membaca akhbar dan mendapati terdapat dua tiga orang lain yang menawarkan khidmat yang sama. Apakah yang membezakan perniagaan anda daripada lain-lain pesaing anda dan seterusnya memberikan kelebihan kepada anda ? Apakah yang akan anda tulis di dalam iklan anda agar ianya menarik pelanggan ? Katakan seorang pesaing menawarkan iklan seperti berikut ; “Khidmat merakam video untuk segala jenis acara . Hubungi 012-1234567” Bagaimana dengan anda ? Apakah kelebihan anda ? Salah satu taktik yang selalu digunakan oleh pengusaha ialah dengan menggunakan perkataan PERCUMA di dalam iklan mereka. Ya , anda dan saya memang suka sesuatu yang percuma bukan ? Itu adalah naluri biasa manusia dan memang positif kepada kita. Tidaklah bijak jika saya atau anda menolak sesuatu yang PERCUMA . Rezeki jangan ditolak. Di dalam kes ini anda boleh menawarkan khidmat rundingan percuma. Khidmat rundingan percuma sebenarnya adalah cara menarik bakal pelanggan supaya tidak teragak-agak menelefon anda bertanya itu ini supaya mereka berpuashati dan seterusnya memilih anda untuk melaksanakan tugas tersebut. Hakikatnya , soalan-soalan mereka itu serupa sahaja dengan soalan yang akan mereka tanya walaupun anda tidak meletakkan perkataan “khidmat rundingan percuma”. Oleh itu anda mungkin boleh membuat iklan yang sedikit berbeza tetapi saya pasti memberi kesan yang besar . Anda mungkin boleh menulis iklan seperti berikut ... “Khidmat rakaman video. Konsultansi PERCUMA . Hubungi 017-5329 567” Ini hanya satu sahaja taktik yang saya berikan contoh. Sebenarnya terdapat banyak lagi taktik yang boleh digunakan untuk menunjukkan kelebihan anda berbanding dengan pesaing anda. Antaranya ialah : Penghantaran segera , khidmat 24 jam , jaminan gantian setahun/sepanjang hayat, beli 3 percuma 1, diskaun pendaftaran awal dan berbagai-bagai lagi. Cuba anda lihat iklan-iklan di akhbar dan majalah dan catitkan apakah taktiktaktik yang digunapakai oleh para pengusaha. Sememangnya terdapat banyak taktik-taktik yang akan anda temui. Apa yang penting anda MESTILAH mempunyai satu kelebihan sebagai taktik utama di dalam memperkenalkan perniagaan anda tersebut.

56

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah
Kebanyakkan usahawan masih keliru di antara ciri-ciri dengan faedah-faedah semasa di dalam persembahan jualan. Ciri-ciri ialah aspek produk/servis yang wujud walaupun pelanggan tidak memerlukannya. Faedah-faedah pula ialah penggunaan atau kelebihan seseorang pelanggan hasil daripada penggunaan ciri-ciri daripada produk/servis tersebut. Sebagai contoh seorang pelanggan yang ingin menyewa sebuah kereta sewa anda untuk pulang ke kampung berkemungkinan tidak memerlukan ciri-ciri sebuah kereta pacuan empat roda. Tetapi jika beliau memandu di atas jalan yang tidak bertar dan berbukit-bukau ataupun di kawasan pendalaman, ciriciri pacuan empat roda tersebut menjadi faedah kepada beliau. Faedah ialah ciri-ciri produk/servis yang sedang beraksi. Kebanyakkan pelanggan, terutamanya pada peringkat pengguna akhir dalam urusniaga runcit, berfikir daripada aspek faedah-faedah produk/servis. Mereka tidak memikirkan sangat tentang ciri-cirinya. Semasa persembahan anda harus tahu individu jenis apakah yang akan anda hadapi. Jika anda menjual kepada seorang jurutera, anda harus menerangkan ciri-ciri dan juga faedah-faedahnya sekali. Tetapi kebanyakkan kes, anda tidak memerlukan penerangan ciri-ciri yang panjang lebar, kerana kebanyakkan pembuat-pembuat keputusan memikirkan apakah faedah-faedah yang dapat diperolehi. Cuba cungkil dan ajak pelanggan sertai di dalam perbincangan faedah/ciri-ciri melalui teknik soalan Maklumbalas Ciri-ciri Faedah. Contohnya. Anda : "Komputer ini mempunyai kapasiti simpanan cakera keras sebanyak 100 Gigabyte . Bagaimanakah ini penting kepada encik?" Pelanggan :"Saya tak pasti. Adakah ianya berupaya untuk menyimpan senarai nama pelanggan saya yang berjumlah 200,000 orang?" Melalui teknik ini anda melakukan dua perkara ; 1. mencungkil sebarang kekurangan pengetahuan dan kesediaan untuk memberi nasihat 2. menerangkan faedah yang penting yang ada pada produk. Di dalam persembahan anda haruslah sentiasa merujuk kepada faedah-faedah ini kepada pelanggan. Ingat juga bahawa satu ciri-ciri sebenarnya boleh membuahkan lebih daripada satu faedah. Sebagai contoh , sebuah unggun api bukan sahaja memanaskan badan anda ketika sejuk tetapi juga membantu anda memanggang makan.

57

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (I)
Kena menjual ?!!! Inilah respon yang selalu didengari daripada individu yang baru menceburi bidang perniagaan. Mungkin anda juga demikian ??? Relaks saya tak salahkan anda kerana saya juga dahulu seperti anda. Kejurujualan adalah salah satu aspek di dalam perniagaan yang amat tersangat tidak digemari oleh pengusaha-pengusaha yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Saya mempunyai satu formula tentang kejurujualan. Sebenarnya formula kejurujualan adalah seakan hampir dengan formula pemasaran telah anda baca pada mukasurat lepas. Cuma ada perubahan yang sedikit. “Jual produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul kepada pelanggan yang betul.” Ikuti kisah saya di bawah, dan perhatikan sendiri samada anda dapat mengesan kegunaan formula tersebut di dalam kisah saya ini. Kisah Saya Yang Melucukan Tentang Kejurujualan Sekitar tahun 2001, saya telah diundang untuk ke sebuah stesen radio untuk membincangkan topik-topik berkaitan dengan keusahawanan. Topik tersebut mendapat sambutan daripada pendengar di sekitar Lembah Kelang. Saya diundang selama satu jam, dan pelbagai soalan saya jawab daripada pendengar ketika itu. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda yang sangat phobia tentang menjual. Berikut adalah perbualan dengan beliau di dalam telefon. Setelah mengucapkan salam dan berkenalan, saya ringkaskan isi perbualan saya dengan beliau melalui telefon. “Encik Amin, encik menceritakan tentang topik kejurujualan. Saya rasakan sukar, kerana saya rasakan formula yang encik berikan hanya bersesuaian dengan bidang kerjaya encik. Mungkin formula tersebut tidak sesuai dengan saya, kerana saya menjual produk, encik hanya seorang konsultan. Saya rasakan encik sukar untuk menjual apa yang saya niagakan” Ketika ini juruhebah di konti, mengerutkan kening dan merasakan ini satu cabaran untuk saya. “Hmmm.... mari kita lihat. Apa yang ingin saudara minta saya jualkan “ “Saya ada merekacipta pasu-pasu kecil yang cantik . Hah...banyak di depan mata saya ni. . Hmm....ceritakan pada saya bagaimana encik Amin hendak menjualnya kepada saya sekarang?”

58

Jutawan Yang Belum Anda Kenali Saya berfikir sejenak (sebenarnya saya tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan oleh Encik Ahmad mengenai pasu-pasu rekaannya dan beliau nampaknya seakan cuba menekan saya) dan berkata , “Oohhh..begitu , encik Ahmad, boleh beritahu saya kenapa pula encik berminat dengan pasu-pasu tersebut dan ingin membelinya? “Saya rasakan ianya comel dan sesuai untuk dibuat perhiasan di dalam rumah” “Warnanya menarikkah ? Buatan tangankah ? Adakah ianya unik dan tidak dapat di mana-mana ?” “Warnanya memanglah menarik dan pelbagai, dan memanglah buatan tangan dan tidak dapat di mana-mana, ianya adalah asli dan original dari segi strukturnya.” “Ada apa-apa kegunaan istimewa lagi tentang pasu tersebut ?” “Pasu kecil ni..ada juga pelbagai saiz dan boleh dibuat untuk mengisi pokokpokok. Selain itu boleh juga diisi pensel dan pen ...Isi habuk rokok pun boleh” “Sesuai untuk dibuat sebagai hadiah atau cenderamata ?” “Sesuai sekali!” “Hmmm...berapakah harga yang patut dan sesuai rasanya encik Ahmad sanggup bayar kepada pasu tersebut ?” Ketika ini juruhebah telah memberikan saya isyarat agar memendekkan perbualan saya kerana ingin memberi peluang agar orang lain menelefon saya. Beliau memberi isyarat saya mempunyai hanya 20 saat lagi. “Saya rasa sanggup bayar RM5 untuk sebuah pasu. Kira harga patutlah” “Kalau ambil dua pasu, encik sanggup ke bayar RM9....sebab mungkin cantik diberi sebagai cenderahati kepada sesiapa..” “OKLAH, kalau RM9 ..saya sangguplah ambil dua yang berlainan warna..” “Betul ke encik , sanggup ?” “Yerlah saya sanggup dan setuju dengan harga itu” “Kalau begitu saya jual kan dua pasu tersebut dengan harga RM9, kepada encik...Terima kasih..kerana menelefon saya!” “SAYA BELI. Sama-sama..err”. Klik. Urusniaga selesai.

59

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (II)
Anda telah pun diberitahu tentang formula peribadi saya tentang kejurujualan. Namun itu hanyalah formula asas. Hakikatnya saya mempunyai hampir 100 lagi formula atau taktik untuk menjual apa sahaja barang yang diberi kepada saya. Ramai peserta yang tahu akan taktik tersebut setelah sanggup membayar yuran kursus yang beratus ringgit. Tapi seperti saya cakapkan bukannya tujuan saya mempromosi diri saya di dalam buku ini. Seorang rakan saya selalu bertanya kepada saya, “Apakah 1 taktik kau sampai boleh kau menjual kepada beratus-ratus orang ?” Saya selalu menjawab.. “Aku tak ada satu taktik tapi aku ada beratus-ratus taktik yang digunakan untuk menjual kepada 1 orang.” Rahsia Jurujual Kereta Kira-kira tujuh tahun lepas, saya membeli sebuah kereta yang baru. Saya telah berhenti ke sebuah kedai menjual kereta di Kuala Lumpur dan kehadiran saya telah disambut dengan mesra oleh seorang jurujual kereta tersebut. Kasihan juga saya melihat dia bersungguh-sungguh memujuk saya untuk membeli sebuah kereta. Mungkin beliau berharap benar saya membeli daripadanya, agar membolehkan beliau mendapat komisen yang tinggi kerana kereta yang sedang saya tinjau adalah kereta yang agak mahal harganya. Sebenarnya saya tidak perlu dipujuk lagi, kerana saya sememangnya sudah berniat hendak membeli kereta tersebut. Namun itu cerita lain. Apa yang hendak saya beritahu anda di sini ialah kisah seterusnya. Membeli sesuatu yang agak mewah dan mahal mestilah memerlukan pemerhatian dan pemerhatian ini disulami dengan pemujukan si jurujual. Di pendekkan cerita jurujual tersebut , saya namakan beliau Bakar, akhirnya menjadi seakan rakan lama pada hujung pertemuan tersebut. Saya tidak tahulah berapakah nilai komisen yang diterima oleh Bakar hasil daripada penjualan kereta tersebut, apa yang saya kasihankan ialah beliau sendiri masih menaiki motor ke tempat kerjanya. Bakar akhirnya menceritakan bahawa beliau baru sahaja bekerja di sini hampir dua tahun dan tempat tersebut amat baru dan kurang pelanggan. Dalam diam-diam beliau menyalahkan majikannya kerana kurang membuat iklan mengenai kedai mereka. Kekurangan pelanggan menyebabkan komisen jualan juga berkurang. Hendak diharap gaji pokok memanglah tidak cukup. Serta merta saya teringatkan idea jurujual terbaik di dunia iaitu Joe Girard, yang dinobatkan sebagai jurujual terbaik di dunia di dalam buku Guinness Book of World Record. Joe Girard telah menjual hampir 13,000 buah kereta sepanjang 13 tahun beliau menjadi jurujual kereta sebelum bersara untuk menjadi konsultan jurujual.

60

Jutawan Yang Belum Anda Kenali Kini, saya ingin dedahkan rahsia Joe Girard kepada Bakar. Rahsia ini saya ketahui daripada buku tulisan Joe Girard bertajuk “How To Sell Anything to Anybody” yang saya beli beberapa tahun dahulu. Sukar untuk mendapat buku ini sekarang. Bakar mendengarnya dengan minat dan berapi-api untuk memulakannya. Beliau seperti menemui ilham yang ditunggu-tunggu selama ini. Kasihan Bakar, kerana jika beliau rajin membaca, rahsia ini sudah tentu lama diketahui. Tapi saya tidak salahkan Bakar seratus peratus kerana buku Joe Girard tersebut sekarang susah sukar saya cari kini. Inilah faedahnya bila jika anda membaca. Anda tidak tahu bilakah pengetahuan yang sedikit itu dapat mengubah hidup anda atau orang lain. Saya bersyukur juga kerana ilmu pengetahuan yang saya baca tersebut hanya perlu saya terangkan tidak sampai setengah jam. Namun kesannya kepada kerjayanya dan kehidupannya apabila saya berjumpanya setahun kemudian. Beliau kini Sukar mencari sudah mampu pun memakai kereta yang dibayar dengan buku ini sekarang! pinjaman selama tiga tahun sahaja. Harga kereta yang dibeli oleh Bakar saya anggarkan dalam lingkungan RM80,000.00. Anda hendak tahu apakah rahsianya ? Rahsianya mudah dan murah. Inilah yang perlu ditiru 100% daripada cara Joe Girard, iaitu Bakar perlu lakukan ialah meminta pelanggan lama beliau seperti saya, mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli kereta daripada kedainya dengan menemui beliau. Secara praktikalnya, Bakar hanya perlu memberi beberapa kad bisnes tambahan dengan mempunyai tandatangannya di belakang kad bisnes tersebut. Dengan ini Bakar akan tahu pelanggan baru yang datang menemuinya adalah hasil daripada syoran pelanggan lama beliau yang tertentu. Bakar akan memberikan sedikit komisen kepada pelanggan yang mengsyorkan beliau itu. Secara matematiknya anda boleh melihat penggandaan akan berlaku kerana setiap orang yang berpuashati membeli kereta daripada Bakar akan mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli daripadanya. Mereka akan mendapat faedah kerana Bakar sedikit saguhati/komisen kepada mereka. Katakan 1 orang memberitahu 2 orang rakannya dalam sebulan maka Bakar akan mendapat pertambahan pelanggan yang hadir sebanyak 200% tanpa usaha beliau. Malahan mereka yang disyorkan oleh rakan-rakan lain adalah lebih mudah untuk dijual daripada pelanggan yang datang tanpa disyorkan. Saya memberitahu Bakar bahawa konsep ini berjaya jika Bakar telus menunaikan pembayaran komisen sebagaimana yang dijanjikan. Tiada mungkir janji walaupun kata-kata beliau kepada pelanggan adalah secara janji cakap mulut sahaja. Alhamdullilah Bakar patuh kepada prinsip tersebut dan hasilnya adalah amat memberangsangkan kerana jumlah pelanggan yang datang kemudiannya menjadi berlipat ganda sebanyak 300%! Ini bermakna pendapatan beliau kini setahun samalah dengan jumlah pendapatan beliau selama jumlah tiga tahun lepas.

61

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing
Menawan atau "Mencuri" pelanggan-pelanggan pesaing adalah satu perkara yang biasa terjadi di dalam kehidupan seorang usahawan. Para pelanggan menjadi kurang berpuashati dan kemudiannya bertukar selera membeli daripada syarikat lain. Pasaran anda akan meningkat jika pelangganpelanggan ini datang kepada anda. Berikut adalah cara-cara bagaimana anda "mencuri" mereka ; 1. Fikirkan Secara jangkamasa Panjang Jangan cepat berputus asa apabila anda mendengar , "Saya sudah berpuashati." Kepuasan hati hanyalah bersifat sementara. Kehendak pelanggan anda boleh berubah dan ini memerlukan anda menyediakan sebab-sebab yang kukuh mengapa mereka jangan berubah. 2. Bina Perhubungan Anggap pelanggan sebagai sahabat. Dengar dan ambil peranan sebagai perunding di dalam memahami kehendak pelanggan. Mungkin maklumat yang anda sampaikan tidak membuatkan seorang pelanggan membeli daripada anda pada hari tersebut, tetapi kerana perhubungan yang terjalin mereka mungkin akan mengsyorkan beberapa rakan mereka kepada anda pada suatu hari nanti. 3. Pelajari Kehendak Pelanggan Ambil masa anda untuk melakukan penyelidikan dan bertanyakan seberapa banyak soalan-soalan yang tidak menekan kepada bakal pelanggan anda dan dapatkan sebab mengapa mereka merasa tidak berpuas hati dengan servis/produk pesaing. Kunci utama ialah mencari ruang kosong mereka dan tawarkan sesuatu untuk ruang tersebut. 4. Jual Diri Anda Penampilan diri adalah penting dan juga pengetahuan anda. Tunjukkan bahawa anda bersemangat , ikhlas , professional , beretika, pakar yang prihatin yang menjadi asset untuk sesiapa berusuniaga. Berikan idea-idea baru kepada mereka dan tunjukkan kepada mereka bahawa anda adalah di pihak mereka walaupun mereka tidak membelinya.

62

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

5. Tambah Nilai Kebanyakkan produk dan servis adalah "benda-benda" di pasaran yang susah untuk dibezakan diantara satu sama yang lain. Oleh kerana itulah anda seharusnya menjual diri anda untuk mendapatkan perhatian pembeli. Anda harus membezakan produk/servis anda dengan menerangkan tentang jaminan, servis yang baik, penghantaran cepat dan sebagainya. 6. Suruh Mereka Mencuba Tanpa Risiko Kebanyakkan pelanggan telah pun menjadi pelanggan kepada pesaing-pesaing anda. Tetapi mereka akan mencuba menggunakan produk anda jika anda memberikan mereka "langganan tanpa risiko". Pastikan kepuasan pelanggan di dalam jangkamasa ini supaya pelanggan memberikan tanggapan yang paling positif dan seterusnya melanggan produk/servis anda.

Jadikan Pelanggan ‘Duta’ Anda
Jika anda tidak boleh menganggap pelanggan sebagai raja, jadikanlah mereka duta anda Saya bernasib baik kerana ramai bekas peserta kursus saya menjadi sahabat saya. Setakat yang saya kenali, mereka yang pernah mengikuti kursus saya mengenai panduan perniagaan ramai yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Ada yang berjaya membuka bengkel, berjaya menjadi pengusaha butik dan sebagainya. Pelanggan adalah rakan anda. Bagi usahawan daripada rumah , menjadikan pelanggan rakan anda adalah satu kemestian. Siapakah duta ? Duta ialah mereka yang membawa nama baik anda kepada orang lain. Untuk membuatkan pelanggan berpihak kepada anda seterusnya menjadi rakan anda berikan layan yang terhormat , penuh semangat , ikhlas , telus dan mesra. Untuk orang yang bagaimana keras pun akan berlembut dan memahami bahawa perniagaan anda mahukan yang terbaik untuk anda. Ingat, lima daripada enam pelanggan yang datang membuat komplen kepada anda akan terus datang menjadi pelanggan anda walaupun anda tidak memperbaiki apa yang beliau komplenkannya. Ini adalah kerana mereka melihat anda sebagai seorang yang menerima komplen itu dengan mesra, prihatin , bersemangat dan komited kepada perhubungan. Manakala pelanggan yang tidak berpuashati akan memberitahu secara purata lapan hingga 20 orang-orang lain mengenai pengalaman buruk mereka itu. Yang manakah situasi anda ?

63

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan
Anda disoal : Apakah yang amat bernilai oleh seorang pelanggan ? Jawapannya : Ia sebenarnya bergantung kepada pelanggan sendiri ! Apa yang penting kepada seseorang tidak penting pula pada seseorang yang lain. Katakan anda menyediakan perkhidmatan sebuah kapalterbang lewat tiba daripada luar negara selama beberapa jam . Apakah yang dirasai oleh penumpang yang lewat tersebut ? § § § § Seorang ibu dengan anak-anaknya mahu pergi membawa anaknya untuk menukar lampin dan membeli sebotol susu. Seorang eksekutif ingin mencari telefon untuk memberitahu kelewatan yang tidak dapat dielakkan tersebut. Seorang pasangan yang hendak bercuti tidak sabar-sabar melihat negara baru yang hendak dilawatinya . Tetapi seorang lelaki yang tertarik dengan seorang pramugari yang jelita di dalam kapalterbang pula berharap agar kelewatan ini dapat diteruskan selama beberapa jam lagi!!!

Setiap pelanggan menilai dari persepsi yang berlainan . Dan memang mereka betul. Untuk meningkat mutu perkhidmatan pelanggan anda mestilah tahu apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki ,diperlukan dan diingini oleh pelanggan. Adakah Anda Tahu Persepsi Nilai Sebenar Pelanggan Anda ? Bagaimana Mendapat Tanggapan Pertama Pelanggan Yang Positif Tanggapan pertama atau 'first impression' adalah penting kepada persepsi pelanggan anda. Anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk mendapat 'first impression' kerana sememangnya tiada istilah 'second impression' kepada pelanggan. Oleh itu pastikan anda lakukannya dengan betul! Berikan perhatian lebih kepada iklan-iklan, pintu depan , halaman web , risalah-risalah promosi , ucapan selamat panggilan telefon dan perhubungan pertama dengan pelanggan.

64

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui Penggunaan Internet
Pada masa sekarang, penggunaan media internet menjadi semakin penting dan tidak boleh diketepikan oleh usahawan professional. Halaman-halaman web, e-mail , forum on-line dan chat room menyediakan pilihan kepada anda dan pelanggan anda untuk bertemu pelanggan-pelanggan baru anda. • Dengan menyertai forum dan newsgroup yang membincangkan bidang minat bersama anda atau syarikat anda, anda boleh membina satu reputasi sebagai seorang yang berpengetahuan dan menjana lebih banyak jualan. Katakan anda menjual satu produk yang khusus untuk kanak-kanak . Dengan menyertai forum yang berkaitan dengan kanak-kanak, anda akan dapat berjumpa secara on-line mereka yang terlibat dengan bidang ini. Gunakan perkhidmatan maklumat on-line untuk membantu anda mencari maklumat yang diperlukan oleh anda. Kemudian hantarkan maklumat yang telah diperolehi kepada pelanggan anda melalui e-mail. Tinjau di dalam halaman-halaman web syarikat-syarikat yang berkaitan dengan produk/servis yang akan anda jual. Catat daripada halaman-halaman web yang berkenaan butir-butir seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya untuk maklumat simpanan anda. Bangunkan sebuah halaman web yang berkaitan dengan produk anda yang menawarkan "nilai-nilai tambah". Anda mungkin boleh memberikan resepi atau satu maklumat yang berguna untuk pelanggan anda yang sukar di dapati di mana-mana sebagai penarik untuk pelanggan mengunjungi halaman web anda. Untuk lebih berkredibiliti , masukkan surat-surat akuan dan senarai nama pelanggan-pelanggan anda di dalam halaman web anda. Pastikan anda mencetak alamat halaman web anda pada semua bahan-bahan promosi bercetak anda. Saling bertukar alamat-alamat dengan pelanggan-pelanggan anda. Jawab segala pertanyaan dengan pantas yang diajukan oleh pelanggan melalui email anda serta-merta!. Ini adalah kerana masa di dalam dunia siber dikira dengan lebih pantas daripada dunia nyata.

•

• •

•

•

65

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda
J.PAUL GETTY
J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak. Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun. Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data. " Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. ", dia berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama nasib anda.". Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini : Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

66

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Datuk Low Boon Siew
Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

67

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari
Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

68

LANGKAH TINDAKAN ANDA HARI INI!
IQRA, Bacalah... itulah perintah Allah yang pertama iaitu membaca. Anda tidak
tahu bagaimana besarnya kesan kepada seseorang apabila membaca satu buku yang bagus. Saya telah pun menceritakan kepada anda pengalaman kisah saya dan Bakar, sijurujual kereta yang mampu memakai kereta yang berharga RM80,000 hanya setelah menggunakan sedikit pengetahuan yang saya berikan melalui pembacaan buku Joe Girard, “How To Sell Anything, To Anybody”. Membeli dan membaca buku adalah satu pelaburan, di sini saya syorkan kepada anda buku-buku yang mesti anda dapatkan sekarang! “Working from Home”, tulisan Paul and Sarah Edwards, membentangkan bagaimana anda boleh berjaya bekerja daripada rumah dan strategi menjayakan perniagaan SOHO anda. Dapatkan di kedai buku seperti Popular Book Store. “Jutawan daripada Planet Jupiter” nukilan Azizi Ali, adalah buku tentang pengurusan kewangan yang boleh menempatkan anda pada landasan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik. Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang senang diikuti tetapi sarat dengan langkah-langkah yang dapat memperbaiki situasi kewangan anda dengan sertamerta dan juga strategi jangka panjang. “Jutawan Senyap” hasil nukilan Dr Rusly Abdullah, Phd PJK atau dikenali sebagai Chef Li. Pengasas Institut KULINARI dan Kursus Motivasi. Jika anda berminat dengan bidang masakan, anda boleh dapatkan buku Chef Li dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai teknik menjadi usahawan berasaskan makanan. Chef Li juga menyediakan kursus keusahawanan di institusi beliau iaitu pada kadar yang berpatutan. Buku ini amat popular kini dan boleh di dapati melalui kedai-kedai buku utama di kediaman anda. “How To Sell Anything To Anybody” oleh Joe Girard. Joe Girard telah dinobatkan sebagai jurujual terbaik oleh Guinness Book of World Record. Beliau kini telah menjadi pakar motivasi dan membuka firma perunding. Sukar saya cari buku ini lagi di pasaran kerana ianya adalah seperti buku panduan rahsia kepada jurujual. Kali terakhir saya belinya di Kinokuniya , KLCC. “Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda”, nukilan R.Roma. Jika anda berminat dengan komputer, dan inginkan projek jana wang yang pantas, praktikal, mudah dan margin keuntungan yang tinggi , saya syorkan anda mendapatkan buku ini sekarang. Satu-satunya buku yang telah saya lakukan secara praktikal idea yang diketengahkan dan mendapat hasil tidak sampai sebulan. Dengan minat dan hobi sedia ada anda, saya jamin anda boleh jana wang melalui komputer anda. Buku ini patut dimiliki oleh anda jika anda tahu menggunakan komputer. Buku ini hanya boleh dimiliki secara esklusif melalui pos, oleh itu saya sediakan di bawah ini kupon pesanan daripada pihak pengedar supaya anda boleh memesannya sekarang.

Kini saya pasti bahawa jika memiliki komputer tetapi tidak dapat mencari sedikit pendapatan daripadanya adalah kerugian paling besar. Anda perlu dapatkan buku ini. Anda hanya perlu cetak kupon pesanan ini dan poskan bersama kiriman bayaran ke alamat pengedar tersebut. Anda boleh menghubungi terus kepada pengurus syarikat (017-3150572, Encik Zal) untuk sebarang keterangan lanjut..

‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda’
BAGAIMANA MENJANA

PENDAPATAN UMAYAN
L
MELALUI

YA! Bukankah sepatutnya mesin secanggih komputer menjana wang untuk anda ? Mesin jahit yang kuno itu sahaja mampu menjadikan pemiliknya meraih pendapatan kehidupan. Komputer lebih berkuasa!. Buku ini akan dedahkan langkah demi langkah untuk anda jayakan 30 idea projek praktikal yang terbukti menjana wang melebihi pendapatan gaji anda jika anda mahu. • • • • Ketahui konsep dan prinsip sebenar kegunaan komputer untuk menjana wang dari rumah. Hasilkan produk anda sendiri hanya dengan komputer anda. Keuntungan 100% untuk anda! Rahsia bagaimana bagaimana seorang remaja mampu menjana wang sebanyak RM2,000 dalam masa dua jam melalui komputer beliau yang boleh anda tiru. Pelajari bagaimana seorang yang hampir muflis menjana hampir RM500,000 setahun dengan bantuan komputernya tanpa menggunakan internet. Teknik membuatkan projek anda berjalan secara sifar kos, auto, berganda dan membuatkan orang berlumba-lumba mempromosikan projek anda.

KOMPUTER
$$

ANDA!

Idea Projek, Teknik, Strategi Dan Pelan Tindakan Untuk Menjana Pendapatan Melalui Komputer Anda Di Rumah

80 mukasurat (8 inci x 5.5 inci) Spesifikasi : saddle stiched HARGA RM20

•

Kupon Pesanan
Bersama-sama ini saya sertakan cek/kiriman pos/kiriman wang no : .......................................................................................................... Bernilai RM 20.00 atas nama RAKANET COMMUNICATIONS sebagai bayaran buku “Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda!”. (Belanja pos percuma) Nama Penuh :....................................................................................... No. K\P : ................................................... Alamat Pos : ......................................................................................... ............................................................................................................... ...............................................................................................................

POSKAN HARI INI!

ID001

Sila poskan borang ini bersama kiriman bayaran anda kepada (sila tulis dengan terang dan jelas): RAKANET COMMUNICATIONS 2A-02-09, MENARA JADE , Jalan Lengkungan Bukit Indah 3/14, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang Selangor. Tel : 017-315 0572 (En.Zal) • Nota : BONUS PERCUMA sebuah booklet istimewa bertajuk “How You Too Can Be Rich Fast!”. Stok adalah terhad. Sila isi borang pesanan hari ini juga, untuk mengelak kekecewaan. Buku pesanan anda akan diterima selewatlewatnya dalam masa 7 hari setelah kiriman pembayaran anda kami terima. Masalah pengendalian dari pihak pos boleh berlaku, oleh itu jika terdapat kelewatan selepas 7 hari sila hubungi saya secara terus 017-315 0572 (En.Zal) atau SMS segera jika talian sibuk atau sukar dicapai.

•

............................................................................................................... Telefon : ................................ email : .......................................... Tarikh : .......................... Tandatangan : ..............................................

$


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:1074
posted:10/1/2009
language:Malay
pages:71