Docstoc

JALAN KE ARAH KEJAYAAN

Document Sample
JALAN KE ARAH KEJAYAAN Powered By Docstoc
					       MariMenujuKejayaan.com



         JALAN KE ARAH KEJAYAAN
  KEBEBASAN KEWANGAN ANDA BERMULA DI SINI
Penulisan ini mengandungi pendapat dan buah fikiran pengarangnya dan
direkacipta untuk memberi nasihat dan panduan yang berguna mengenai
topik yang ingin diketengahkan oleh pengarangnya.

Mana-mana rujukan kepada produk atau perkhidmatan di dalam penulisan ini
tidak menjanjikan atau membayangkan sebarang pengesahan atau
cadangan. Pengarang akan sedaya upaya memberi maklumat yang tepat dan
sepenuhnya dalam penghasilan penulisan ini, tetapi tidak memberi jaminan
bahawa maklumat yang diberikan semasa penulisan ini dilakukan akan kekal
tepat dan sepenuhnya ketika pembaca membacanya memandangkan
perubahan pesat yang berlaku pada arena Perniagaan Internet dan
Pemasaran Internet. Pengarang secara spesifiknya menafikan sebarang
tanggungjawab dan liability ke atas mana-mana tanggungan, kerugian atau
kerosakan dalam apa bentuk sekalipun hasil daripada, secara lansung atau
sebaliknya dari pembacaan dan/atau pengunaan mana-mana isikandung
penulisan ini.

Lakaran dan/atau grafik di dalam penulisan ini adalah fail yang boleh
diperolehi secara umum dan digunakan sekadar untuk tujuan pemberitahuan
dan untuk memberi bayangan kepada kebanyakan pendapat di dalam
penulisan ini. Teks dan gambarajah yang diperolehi dari Internet mungkin
mempunyai Hakcipta dan lain-lain Hak Harta Intelek yang dimiliki oleh pihak
ketiga.

Tiada sebarang bahagian dalam penulisan ini boleh di cetak semula, di
pindah milik dalam bentuk apa sekali pun, samada elekronik, mekanikal,
termasuk fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang sistem simpanan, tanpa
kebenaran bertulis dari pihak penulis, kecuali bagi tujuan ulasan.

Zailan Abd Aziz
Pentadbir
MariMenujuKejayaan.com
Email : admin@MariMenujuKejayaan.com
Laman Web : http://www.MariMenujuKejayaan.com
Copyright © 2006 MariMenujuKejayaan.com

                                   -1-
                 ISI KANDUNGAN
BAB     TOPIK                                   HALAMAN
DARI MEJA PENGARANG                               3
BAB 1   Anda Punyai Matlamat Kewangan?             6
BAB 2   Peranan Wang Dalam Kehidupan              10
BAB 3   Keperluan Asas : “Back To Basic”          13
BAB 4   Analisa Keperluan Kewangan Anda           18
BAB 5   Pekerjaan Tetap Sebagai Batu Loncatan     30
BAB 6   Antara Modal Dan Kebebasan Kewangan       36
BAB 7   Kaedah-kaedah Penjanaan Wang              45




                                 -2-
          DARI MEJA PENGARANG


.. dan salam sejahtera kepada anda pembaca budiman. Tahniah!
Sesungguhnya anda telah berada satu tapak lagi ke hadapan menuju ke arah
KEJAYAAN seperti saya. Saya telah mengambil masa selama 40 tahun untuk
berada di tahap ini. Terima kasih di atas sokongan anda ini. Kejayaan saya
ini bukanlah semata-mata untuk diri saya sendiri. Malah, dengan penerbitan
penulisan saya ini, saya kongsikan rahsia kejayaan saya ini untuk kita sama-
sama menuju KEJAYAAN.

Sebelum itu, objektif penulisan saya ini adalah untuk membantu anda :
   1. Menganalisa Keperluan Kewangan anda sekarang,
   2. Meletakkan sasaran Matlamat Kewangan anda, dan
   3. Mencapai Matlamat Kewangan anda tersebut.

Walaupun saya mengambil masa selama 40 tahun untuk berada di sana, di
puncak KEJAYAAN, namun dengan tertulisnya e-Maklumat ini, maka anda
tidaklah perlu menunggu selama 40 tahun seperti saya untuk mencapai
KEJAYAAN. Dengan ilmu dan maklumat yang saya kongsikan bersama anda
ini, diharap ianya dapat memberi manfaat, seterusnya anda dapat
menggunakannya sebaik mungkin untuk kebajikan bersama.

Saya dilahirkan 40 tahun yang lepas di luar negara. Keluarga saya besar dan
kehidupan kami sederhana sahaja. Keperluan asas mencukupi. Ada atap
untuk berteduh dari hujan dan panas. TV, radio, telefon semuanya ada.
Alhamdulillah. Pelajaran saya pun biasa saja, atau boleh saya katakan luar
biasa sikitlah kerana saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia.

Setelah 6 tahun di perantauan, saya pulang ke tanahair dan mula bekerja
dengan sebuah bank sebagai seorang eksekutif pemasaran. Sesuai dengan
latar belakang akademik, saya telah didedahkan kepada “database
marketing”, “retail business”, “consumer business” dan lain-lain lagi. Cukup
menarik sekali kerana di dalam dunia perniagaan, dengan jumlah pelanggan
yang sedemikian yang mempunyai berbagai latar-belakang sosio-ekonomi,
profil demografi, banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk berjaya
dalam perniagaan kita itu. Namun, bukan semudah itu untuk mempunyai
bilangan pelanggan yang banyak. Banyak juga perkara-perkara lain yang
perlu dan mesti ada untuk mencapai ke tahap itu seperti produk yang dijual,
harga produk dan perkhidmatan, dan lain-lain lagi. Namun, dengan adanya
e-Maklumat MariMenujuKejayaan.com ini, anda akan dapat jalan
penyelesaiannya.

                                    -3-
Sepanjang pengalaman kerjaya, saya juga telah didedahkan kepada satu
elemen dalam perniagaan yang berkait rapat dengan “database marketing”
di atas, iaitu “Law of Large Numbers”- LLN (bukannya Lembaga Letrik
Negara ya!). Pada hemat saya, ianya bermaksud bila sesuatu perniagaan itu
sudah mempunyai sejumlah pelanggan yang sebegitu besar, katalah
1,000,000.00 pelanggan, maka adalah mudah untuk syarikat atau
perniagaan tersebut untuk berjaya, dari segi pendapatan jualan (sales
turnover). Umpamanya, syarikat tersebut boleh mengenakan yuran tahunan
kepada semua pelanggannya untuk penggunaan sesuatu produk atau
perkhidmatan, tetapi pada masa yang sama tidak semua pelanggannya itu
akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat
tersebut secara serentak, mungkin disebabkan tidak perlu, belum tiba
masanya untuk menggunakannya, atau ianya adalah sebahagian dari cara
bagaimana syarikat mempakejkan produk atau perkhidmatan tersebut.

Dalam scenario yang sedemikian, katalah syarikat tersebut mengenakan
yuran RM10.00 setahun. Ini bermakna perolehan syarikat tersebut senang-
senang saja boleh mencecah RM10,000,000.00 setahun. Itu baru
RM10/tahun. Kalau RM10/bulan, sudah dapat RM10,000,000.00 sebulan atau
RM120,000,000.00 setahun! Namun, perkara-perkara lain mestilah diambil
kira seperti kos operasi, kos tetap, kos berubah, margin dan lain-lain lagi
yang seumpamanya.

Dari segi kerjaya, saya boleh dikatakan sudah berjaya kerana dari seorang
pekerja yang berpangkat eksekutif hinggalah kepada seorang pengurus, dari
sebuah bank hinggalah ke sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di
Malaysia. Saya perolehi gaji sehingga melepasi RM4,000.00 sebulan. Bonus
pula adakalanya sehingga 8 bulan. Lumayanlah juga kalau nak diikutkan
dengan standard saya.

Namun, saya masih bekerja makan gaji. Kerja dari hari Isnin hingga ke
Jumaat. Bangun pagi pergi ke pejabat mengharungi hujan panas, kesesakan
lalu lintas di Lembah Kelang. Kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad pun kena
pergi pejabat juga. Begitulah kehidupan dalam kerjaya selama 13 tahun.

Berbaloikah semua itu? Dalam mencapai KEJAYAAN dalam kerjaya seperti
itu, sudah pasti ada pengorbanan yang mesti dilakukan. MASA. Masa untuk
keluarga, masa untuk diri sendiri. Mesti ada “trade off”. Berbaloikah?

Sehinggalah tiba era baru di mana teknologi komunikasi dan maklumat
(Information and Communication Technology, ICT) memainkan peranan
penting di dalam kehidupan kita. Baik di rumah, di pejabat atau di mana jua,
semuanya saling berhubungan. Dunia sudah menjadi semakin kecil. Tiada
sempadan. Sebagai contoh, kalau dahulu sesuatu perniagaan yang
beroperasi di Johor Baru hendak menjual produk atau perkhidmatannya
kepada pelanggan di Kangar, antara elemen utama yang mesti diambilkira
ialah logistik, kos pengeluaran yang akhirnya dipindahkan kepada pelanggan.


                                    -4-
Pelanggan terpaksa membayar RM200.00 untuk produk yang mungkin
bernilai RM100.00 sahaja.

Sekarang, dengan adanya teknologi internet, senario sedemikian boleh
berubah. Dalam dunia perniagaan, kos mungkin dapat dikawal dengan lebih
efektif dengan pengunaan ICT. Pelanggan mungkin akan membayar lebih
murah untuk sesuatu produk itu, atau peniaga boleh mengaut lebih
keuntungan darinya. Pasaran sudah menjadi semakin luas. Pelanggan di
Kangar kini cuma membayar RM100.00 ataupun peniaga kini boleh mengaut
keuntungan sehingga 100% atau lebih.

Namun, apa yang hendak dipersoalkan di sini ialah mengapa saya tidak
nampak semuanya itu selama 13 tahun saya bekerja? Selama ini,
pendedahan yang saya terima adalah berkisarkan “LLN”. Selepas itu, saya
didedahkan pula kepada ICT, teknologi internet. Mengapa saya masih lagi
lakukan “trade off” itu? Tidakkah saya mahu melihat anak saya membesar di
depan mata saya, menjadi insan yang terpelajar, berbakti kepada agama,
bangsa dan negaranya? Tidakkah saya mahu zuriat saya mempunyai masa
depan yang cerah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
sebagai bekalan di hari kemudian?

Kita selalu mendengar orang berkata, “Work smart, don’t work hard.” Jika
kita makan gaji, kita kena “work smart”. Kalau kita berniaga, kita kena “work
hard.” Anda setuju? Saya tidak setuju. Memang betul kita kena “work hard”,
baik kerja makan gaji mahupun berniaga. Tetapi, dengan adanya ICT, kalau
kita berniaga, kita juga boleh “work smart”. Ditambah lagi dengan LLN yang
saya maksudkan sebelum ini. Bayangkan dengan konsep LLN tersebut,
dengan teknologi internet, anda menjalankan perniagaan anda. Bolehkah
anda memperolehi hasil jualan sehingga mencecah jutaan Ringgit? Bolehkah
anda mengaut keuntungan yang juga boleh mencecah sehingga jutaan
Ringgit juga? Mustahil? Lihat semula konsep LLN yang saya terangkan di
atas. Malaysia Boleh! Anda Boleh!

MariMenujuKejayaan.com akan membongkar rahsianya satu per satu.
Teruskan perjalanan anda ini. Bacalah. Perjalanan sejuta langkah bermula
dengan satu langkah. Namun anda tidak perlu berjalan sehingga berjuta
langkah untuk menuju KEJAYAAN. Saya telah laluinya selama 40 tahun dan
kini anda cuma gerakkan jari jemari anda sahaja, “sit back and enjoy the
ride”. Tak perlu menunggu selama 40 tahun untuk berada di puncak
KEJAYAAN. Jika kita berusaha, KEJAYAAN itu pasti jadi milik kita.

Wassalam dan Semoga Berjaya.


Zailan Abd Aziz
MariMenujuKejayaan.com




                                    -5-
               BAB 1
        ANDA PUNYAI MATLAMAT
             KEWANGAN?
Apakah Matlamat Kewangan Anda?
Sebelum anda menjawabnya, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan
Matlamat Kewangan itu?
Mengapa perlu ada Matlamat Kewangan?

Kepada sesuatu syarikat atau perniagaan yang mempunyai modal
perniagaan RM10,000,000.00, matlamat kewangannya mungkin untuk
mencapai keuntungan sebelum cukai untuk tahun pertama kewangan atau
tahun pertama operasinya sebanyak RM1,000,000.00. Seterusnya, matlamat
kewangannya di tahun kelima mungkin untuk membuat keuntungan sebelum
cukai sebanyak RM20,000,000.00. Kemudian, dengan adanya Matlamat
Kewangan    tersebut,  pihak  syarikat  akan   membuat    perancangan
perniagaannya, menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan
membawa perniagaannya ke arah mencapai Matlamat Kewangannya.

Mengapa syarikat tersebut perlu ada Matlamat Kewangan yang sedemikian?
Antara lain, jawapannya ialah untuk “Survival”. Untuk mempastikan
perniagaannya akan terus beroperasi dengan membawa keuntungan yang
kemudiannya keuntungan tersebut digunakan sebagai imbuhan, dilaburkan
semula, memperkembangkan lagi perniagaan, terus menjana keuntungan,
dan sebagainya. Jika tidak, alamat “tutup kedai”, “gulung tikar”.

Jadi, begitu juga dengan individu, seperti anda dan saya. Untuk diri saya
sebagai contoh, Matlamat Kewangan saya ialah mempunyai Kebebasan
Kewangan. Mempunyai wang yang secukupnya, malah berlebihan untuk
menampung keperluan kewangan saya dan keluarga seperti membayar bil-
bil utiliti, membayar yuran/keperluan persekolahan anak-anak, rumah
kediaman, kenderaan, pelaburan, takaful/insurans, kesihatan, riadah/
percutian, keperluan/tuntutan keagamaan seperti Haji/Umrah, simpanan di
hari tua dan sebagainya.

Berapakah pula jumlahnya yang saya perlukan untuk mempastikan “survival”
saya dan juga keluarga untuk masa yang terdekat ini dan juga untuk jangka
masa panjang sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir?

RM1,000,000.00 sebagai contoh, cukup untuk menampung keperluan
kewangan saya. Cukup sehingga pencen, cukup sehingga anak-anak sudah
boleh berdikari, cukup pada bila-bila masa.



                                  -6-
Bagaimana pula dengan diri anda?
Adakah sama seperti saya?
Apa yang anda inginkan di dalam kehidupan yang sementara ini?

Sebanyak-banyaknya wang supaya anda tidak perlu bekerja lagi atau wang
untuk membayar segala hutang-hutang keliling pinggang yang bertimbun
dan tidak henti-henti itu. Kemahuan yang melebihi keperluan. Banyak mana
pula keperluan kewangan anda? Lain orang, lain jawapannya. Di bawah ini
adalah satu latihan yang boleh membantu anda memahami apa keinginan
sebenar anda dalam hidup di dunia ini.

Satu perkara yang hampir pasti adalah keperluan manusia yang pertama
adalah WANG. Kerana dengan adanya wang, anda dapat melakukan apa saja
dalam hidup ini. Ramai mengatakan bahawa duit bukan segala-galanya,
tetapi apabila masalah mula timbul, selalunya akan berkaitan dengan
kewangan juga dan anda akan mesti mula berfikir betul-betul samada
kenyataan bahawa “MONEY IS EVERYTHING” boleh di guna pakai. Carta di
bawah akan menerangkan bagaimana setiap keperluan manusia ada kaitan
dengan wang. Saya akan cuba mencungkil ke semua keperluan dalam
kehidupan manusia :

      Keperluan Hidup
No.                        Kaitan dengan KEWANGAN
      MANUSIA
1.    Ilmu                 Pelajaran dan pembelajaran bukan sesuatu yang
                           murah! Dari peringkat Tadika hinggalah ke
                           Universiti. Untuk diri sendiri mahupun untuk
                           anak-anak. Kosnya dari puluhan Ringgit
                           hinggalah ke puluhan RIBU Ringgit. Malah ada
                           yang mencecah RATUSAN RIBU Ringgit!
                           Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda
                           tercicir dalam pelajaran, tidak berkualiti?
                           Diperli, diejek kerana konon-kononnya tidak
                           cukup pelajaran… Semua kerana anda!
2.    Kerja/Berniaga       Untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil
                           dengan gaji atau pakej yang bagus
                           kebiasaannya berkait rapat dengan pencapaian
                           atau peringkat pembelajaran seperti Ijazah,
                           MBA, phD. Lagi tinggi tahap yang hendak
                           dicapai, lagi tinggilah kosnya. Begitu juga
                           dengan perniagaan. Kepelbagaian dalam
                           perniagaan boleh mengurangkan risiko. Jika
                           besar modalnya, maka akan lebih jitulah
                           perniagaannya. Berapa besar pula modal yang
                           diperlukan untuk tujuan ini?
3.    Untuk si Dia/Cinta   Di Malaysia, anda perlukan sekurang-kurangnya
                           RM20,000++ untuk berkahwin. (Itu baru satu
                           “cawangan”!). Kemudian, keperluan asas seperti
                           rumah dan kenderaan pun sudah tentu kena

                                  -7-
                            “standby”. Mungkin ada yang beli secara tunai,
                            bayar RM50,000.00 – RM100,000.00 untuk
                            membeli rumah atau kenderaan. Tetapi berapa
                            keratlah sangat. Akhirnya, ambil pinjaman dan
                            seterusnya ansuran bulanan mesti dimasukkan
                            dalam bajet rumahtangga. Kalau bajet “lari”
                            sampai 2 – 3 bulan, alamat kena “tarik”. Pening
                            dan malu, bukan?
4.   Keluarga               Kos untuk melahirkan anak, menghantar anak-
                            anak ke sekolah hari ini cukup memeningkan
                            kepala! Tak termasuk kos kenduri kendara
                            anak-anak anda nanti! Bagaimana pula dengan
                            keperluan asas yang lain, contohnya seperti
                            keperluan pengangkutan. Mungkin sebelum
                            berkahwin dahulu anda dan si dia boleh
                            “survive” dengan motosikal “kapcai”. Tapi bila
                            dah ada seorang dua anak, takkanlah nak
                            dibonceng semuanya dibelakang? Tapi jangan
                            terperanjat kerana masih ada lagi orang yang
                            berbuat demikian. Sedih bukan? Perihal
                            keselamatan keluarga diabaikan. Tapi bila nak
                            “upgrade” ke motokar, perlukan wang.
5.   Kesihatan              Semuanya naik. Tak lepas juga kos untuk
                            membeli perubatan naik setiap tahun dan
                            kebanyakan ubat yang terbaik datang dari luar
                            negara? Di masa tua, keperluan ini akan
                            menjadi tersangat penting.
6.   Agama/Kebajikan        Kos pembinaan dan penyelengaraan masjid atau
                            mana-mana rumah kebajikan sekarang ini
                            melambung setiap tahun. Setiap sen yang anda
                            dapat berikan ke masjid memang cukup
                            bermakna!
7.   dan lain-lain lagi…    WANG! WANG! WANG!




SENARIO 1 : FIKIR APA PEKERJAAN SEBENAR ANDA?

Cari masa yang sesuai untuk anda berfikir, samada sebelum anda tidur atau
semasa anda sedang berehat di rumah anda. Nampak agak luar biasa juga
latihan ini, tetapi ini akan membantu anda lebih memahami diri anda sendiri.
Bayangkan satu hari anda telah menerima wang sebanyak RM1 juta secara
tiba-tiba. Mulai dari saat itu wang bukan lagi menjadi masalah kerana wang
akan sentiasa datang kepada anda. Apakah pekerjaan yang ingin anda betul-
betul lakukan? Anda mahu menjadi seorang “Mat Lepak” dan duduk tidak
buat apa-apa sepanjang hari? Atau anda ingin menjadi seorang sukarelawan?
Anda ingin menjadi seorang guru? Doktor, peguam, pemuzik, penghibur,
pensyarah, nelayan atau apa-apa sahaja. Tidak ada apa yang salah. Itu

                                    -8-
sebenarnya adalah keinginan anda sendiri. Satu lagi latihan ialah, semasa
anda kecil apa yang anda impikan. Adakah anda telah mencapai apa yang
anda hajati sebelum ini? Jadi mungkin setelah anda bebas kewangan itulah
sebenarnya apa yang anda ingin lakukan!

Money is everything…tetapi berapa banyakkah yang cukup untuk anda?
Adakah seratus ribu, sejuta? Adakah sebilion baru mencukupi? Ataupun
memiliki sebuah BMW, Mercedes, atau cukup sekadar Perdana V6? Mungkin
cukup sebuah “kapcai” atau Kancil? Yang anda PERLU atau yang anda MAHU?

Cuba latihan di bawah ini untuk memahami kembali setiap kemewahan yang
anda ingini selama ini :

SENARIO 2 : KEMAHUAN SELALUNYA BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA

Pernahkah dalam hidup anda, suatu masa dahulu mengingini sesuatu
sehingga anda sanggup bekerja 24 jam bermati-matian dan menyimpan
sebanyak-banyak wang supaya anda dapat memiliki sesuatu barang itu.
Contoh yang mudah, suatu masa dulu saya betul-betul ingin memiliki sebuah
Home Theatre System dan sanggup menyimpan segala wang yang saya
boleh ambil dari mana-mana untuk memilikinya, tetapi setelah saya
memilikinya beberapa tahun lepas, saya sudah mula jemu dan langsung
tidak menghargainya lalu memberikannya kepada adik saya. Ada setengah-
setengah kawan menjualnya seperti menjual kain buruk sahaja. Jadi, apa-
apa keinginan itu adalah sementara sahaja. Yang penting adalah keperluan
hidup anda seperti kebebasan, kesenangan, kemudahan, kesihatan,
kekeluargaan dan lain-lain. Jadi, adakah betul-betul berbaloi memiliki sebuah
BMW 3 Series idaman anda itu? Satu masa nanti anda akan jemu juga, dan
BMW itu akan buruk juga!




                                    -9-
                BAB 2
         PERANAN WANG DALAM
              KEHIDUPAN
Ya! Anda sudah memahami dan bersiap-sedia untuk memantapkan segala
asas-asas anda? Sebelum kita melangkah ke bab-bab seterusnya, mari kita
mendalami dan memahami rahsia duit yang mungkin nampak mudah tetapi
amat penting untuk anda memahaminya kerana ia adalah kunci untuk anda
membuka rahsia mencapai kebebasan kewangan ini. Secara ringkasnya anda
perlu memahami mengenai rahsia-rahsia duit ini :

RAHSIA 1 : HARGAI DUIT

Perlu bekerja untuknya:
Apabila anda bekerja keras anda akan menghargai setiap sen wang anda.
“Work Hard For Your Money”. Namun, jangan sampai jadi hamba duit. “Let
The Money Work Hard For You”. Bagaimana? Teruskan perjalanan anda ini di
MariMenujuKejayaan.com ini.

Pentingnya amalan menderma:
Dermalah sekurang-kurangnya 10% wang anda.

Pentingnya menyimpan:
Simpanlah 10% selebihnya ke dalam tabung anda /bank /ASB.

Prihatin:
Tahu dan prihatin ke mana setiap sen wang anda pergi.

RAHSIA 2 : KAWAL DUIT

Bina suatu sistem mudah untuk menyusun kewangan anda. Gunakan
Program Excel untuk menyusun perbelanjaan anda. Secara ringkasnya, anda
perlu menutup segala kebocoran dalam perbelanjaan anda. Saya akan
menceritakan dengan lebih mendalam mengenai perbelanjaan anda dan
cara-cara untuk memahami dan mengatasi segala kebocoran dalam sistem
perbelanjaan anda. Di bawah ini adalah latihan-latihan mudah untuk anda
kuasai Rahsia Nombor 2 ini :
   1. Rancang perbelanjaan anda. Hadkan perbelanjaan dan senaraikan
      barang-barang yang anda perlukan sahaja sebelum pergi membeli-
      belah dan tuliskannya di atas kertas.
   2. Ambil sedikit masa untuk memantau harga pasaran dan pergi ke dua
      buah kedai sebelum membeli sesuatu.
   3. Tawar dan cari harga terendah sedaya upaya anda.


                                  - 10 -
   4. Ambil resit dan minta sekiranya tidak diberikan.
   5. Perhatikan resit yang diterima kerana mungkin berlaku kesilapan.
   6. Kategorikan resit anda untuk perbelanjaan rumah, belanja makan dan
      lain-lain lagi.
   7. Selalu imbangkan akaun anda.
   8. Masukkan resit ke dalam fail-fail yang telah dikategorikan khas!

RAHSIA 3 : SIMPAN DUIT

Objektif kebebasan kewangan ini adalah untuk menyimpan segala sen yang
anda dapat ketika bekerja. Simpankan wang ini untuk pelaburan yang dapat
menanggung perbelanjaan masa depan anda. Setiap sen patut di kira kerana
contohnya 1sen yang anda simpan sehari akan menjadi 365 sen setahun
atau RM3.65 setahun. Jika anda mendapat dividen 10%, ia akan menaik
sehingga RM4.00 dalam masa setahun. Tidak mustahil selepas 50 tahun, 1
sen yang anda simpan tiap-tiap hari akan menjadi satu juta! Rahsia untuk
menyimpan sebenarnya adalah merancang perbelanjaan anda dan
meletakkan sasaran untuk menyimpan satu jumlah sehari! Misalannya, jika
anda membeli-belah di pasaraya seperti Giant/Carrefour, anda boleh
sekurang-kurangnya berjimat sebanyak 10% dari perbelanjaan anda. Jika
anda dapat membeli pack yang lebih besar, anda boleh berjimat lagi.
Katakan 10% dalam RM60.00 yang anda belanjakan, anda dapat berjimat
setiap bulan semata-mata kerana memilih pasaraya dari pergi ke kedai runcit
biasa. RM60.00 setiap bulan akan menjadi RM720.00 setahun. RM720.00
kalau dibiarkan dalam ASB, akan menjadi RM13,000.00 dalam masa 30
tahun. Terlalu mudah! Bayangkan tiap-tiap bulan selama 30 tahun anda
dapat jimat 10%, anda sudah boleh bersara dengan mudah kerana memilih
pasaraya dari kedai runcit anda.

RAHSIA 4: LABUR DUIT

Saya akan menceritakan rahsia ini dengan lebih mendalam. Tetapi secara
ringkas, letak duit anda dalam pelaburan-pelaburan seperti Amanah Saham
dan lain-lain daripada meninggalkannya sahaja dalam bank akaun anda!

RAHSIA 5: JANA DUIT

Dalam buku panduan ini, tumpuan khas akan diberikan bagaimana untuk
menjana wang dengan menggunakan sistem MariMenujuKejayaan.com.
Bagaimanapun, ada pelbagai cara yang lain juga untuk menjana wang dalam
mencapai matlamat kebebasan kewangan anda. Antaranya yang paling
bagus dan mudah adalah melalui internet, hartanah, bursa saham dan
macam-macam lagi termasuk dari pekerjaan anda, jika anda bekerja makan
gaji. Internet juga merupakan salah satu kunci untuk anda menjana
pendapatan yang cepat. Di zaman sekarang ini, ianya boleh diibaratkan
sebagai lombong emas.



                                   - 11 -
Soalan : Kenapa anda perlu menjana kewangan dengan cepat dan tidak
bergantung kepada pekerjaan anda atau simpanan KWSP anda untuk masa
depan dan hari tua nanti?
Jawapan : Anda tidak boleh membiarkan diri anda bergantung kepada
syarikat/organisasi ataupun kerajaan untuk menanggung anda. Memang ada
orang yang sebegini. Sudah sebati di dalam “comfort zone” mereka. Boleh
dianggap sebagai penumpang yang kadang kala membebankan. Namun,
semuanya bergantung kepada diri anda. Tidak ada keadilan dalam dunia ini,
anda sendiri mesti mencipta keadilan itu. Jika anda tidak menguasai masa
depan atau takdir anda, orang lain akan datang dan mengambil alihnya
daripada anda. Pada masa itu baru anda akan menyesal kerana tidak
mengambil langkah-langkah yang sepatutnya di awal hidup anda ini.

Baik, anda telah memahami peranan duit dalam kehidupan anda, tiba
masanya sekarang anda mendalami perbelanjaan asas anda. Ini adalah
tersangat penting sebelum kita memasuki bab-bab yang lain.




                                  - 12 -
                     BAB 3
                KEPERLUAN ASAS:
                “BACK TO BASIC”
Sekarang anda sudah memahami bahawa anda sememangnya memerlukan
wang untuk memenuhi segala keperluan anda. Tanggapan yang selalu salah
adalah anda mesti pergi ke universiti dan memperolehi segala kemahiran
dalam hidup ini di sana. Memang benar pelajaran itu penting. Pelajaran yang
bagaimana? Mestilah pelajaran yang berkualiti. Yang sudah tentu
memerlukan wang untuk mendapatkannya. Atau anda perlukan nasib atau
anda perlu ada kaitan dengan mana-mana ahli politik. Saya tidak mahulah
berbicara tentang politik di sini. Nanti 7 hari 7 malam pun tak selesai juga!
Tetapi yang selalu kita dengar ialah Politik itu Kuasa, Kuasa itu Wang.
Akhirnya … Politik Wang! Jadi, biarlah perkara tersebut ahli politik sahaja
yang memikirkannya.

Berbalik kepada permasalahan kita itu tadi yang mana kita perlukan
pelajaran tinggi, politik, nasib dan sebagainya untuk mendapat wang. Yang
sebenarnya jawapannya adalah...

IA BERGANTUNG KEPADA ANDA! Apa yang anda usahakan. Berapa ramai
jutawan di Malaysia ini yang mempunyai sebarang ijazah? Ramai jutawan
terutamanya yang berbangsa Cina boleh berjaya tanpa sebarang kaitan
dengan ahli politik! Jika anda mahu menjadi kaya...anda tentu boleh. Tetapi
mari kita selami apa asas-asas yang perlu ada untuk mencapai kebebasan
kewangan terutamanya dengan program MariMenujuKejayaan.com ini. Sila
lihat gambarajah berikut. Anda memang perlukan semua ini sebelum kita
melangkah ke bab yang seterusnya.

Mari kita lihat satu persatu dan cuba memahami dan mengambil langkah-
langkah serta-merta dalam masa 8 hari ini untuk memantapkan atau
memperbaiki diri anda berdasarkan asas-asas yang akan diperbincangkan
nanti.




                                    - 13 -
                         KEJAYAAN




                         OBJEKTIF


               FIZIKAL              WANG



        ILMU                               REHAT




                                                   MASA
AGAMA                    KELUARGA




                         - 14 -
HARI PERTAMA : ASAS KEAGAMAAN / SPIRITUAL / EMOSI

Tidak kira samada anda beragama Islam, Buddha, Hindu, Christian atau apa-
apa sahaja, asas ini adalah amat penting kerana ia akan memberi
keseimbangan dalam hidup anda ini. Ia juga dapat membantu anda mencari
tujuan sebenar mengapa anda mencari kebebasan kewangan dalam dunia
ini. Jadi, cuba mulai dari hari ini pergi ke masjid dan bersolat serta berdoa
kepada Tuhan supaya anda dapat mencapai matlamat kebebasan kewangan
ini. Ini adalah asas yang paling penting antara semua ini kerana sebanyak
mana modal anda atau betapa pandainya anda, jika emosi atau spiritual
anda runtuh, semuanya akan mula hilang satu persatu. Sudah banyak
contoh yang kita dapat lihat di Malaysia ini. Ada orang sanggup membunuh
semata-mata kerana sebuah telefon bimbit!

HARI KEDUA : ASAS FIZIKAL

Ini adalah asas yang sering dilupakan. Saya ingin bertanya sesuatu. Adakah
berguna jika anda mendapat segala yang di ingini berkat wang yang banyak
tetapi anda tidak mempunya kesihatan fizikal untuk menikmatinya? Adakah
anda bangun tiap-tiap pagi berasa segar dari hari sebelumnya. Atau anda
berasa begitu letih dari hari sebelumnya? Anda mesti memberi perhatian
utama kepada kesihatan anda kerana anda tidak akan dapat mencapai
segala yang diceritakan dalam e-Maklumat ini jika anda tidak mempunyai
kesihatan fizikal yang mencukupi. Mengurangkan berat badan adalah antara
cara terbaik. Saya bukan seorang doktor, jadi sila dapatkan nasihat pakar
mengenai kesihatan anda. Antara lain, anda boleh melakukan seperti di
bawah ini :

Langkah   1   –   Berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan fizikal
Langkah   2   –   Kira BMI (Body Mass Index). Tanya doktor anda mengenai ini.
Langkah   3   –   Cuba kurangkan makan tetapi jangan tinggalkan makanan juga!
Langkah   4   –   Minum 8 gelas air kosong tiap-tiap hari!
Langkah   5   –   Senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Langkah   6   –   Cuba berhenti merokok dan minuman keras.
Langkah   7   –   Dapatkan tidur yang secukupnya.
Langkap   8   –   Pergi bercuti dengan orang tersayang.

HARI KETIGA : ASAS KELUARGA

Apa gunanya segala kekayaan dan kuasa di dunia ini jika anda tiada sesiapa
untuk berkongsi segala-galanya. Ini adalah tersangat penting dalam hidup
kita… Apatah lagi jika anda adalah seorang ibu tunggal atau bapa tunggal.
Satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul, bukan?




                                       - 15 -
HARI KEEMPAT : ASAS KEWANGAN

Lebih 90% di dalam e-Maklumat ini menceritakan bagaimana memperkuat
asas kewangan anda. Kalau “Money Is Everything”, sudah tentu anda dapat
membantu agama, bangsa dan negara dengan apa cara sekali pun mengikut
lunas undang-undang yang ada, dan tak kurang juga dengan sifat
tanggungjawab di dalam diri anda.

HARI KELIMA : ASAS REHAT

Pepatah “Mat Salleh” ada mengatakan “All work makes Jack a dull boy!”.
Bermakna anda akan cepat letih dan bosan jika anda bekerja tanpa berhenti-
henti sepanjang tahun. Ambil cuti dan pergi ke mana-mana sekurang-
kurangnya 4 kali dlam setahun. “Jalan-jalan cari makan”. Mengikut amalan
“Mat Salleh”, riadah sebegini adalah termasuk di dalam matlamat kewangan
mereka. Jika di Malaysia, kita ada Cuti-cuti Malaysia, Jauh berjalan, luas
permandangan, banyak pengalaman.

HARI KEENAM : ASAS ILMU

Ilmu itu penting tetapi tidak semestinya ada perlu pergi ke universiti untuk
mendapatkan ilmu. Dengan membaca e-Maklumat mudah ini mungkin anda
akan menjadi jauh lebih pandai daripada graduan-graduan Monash atau
Oxford yang bekerja siang malam tanpa arah tujuan! Jadi carilah mentor dan
belajar dari pengalaman dunia kerana ini lebih jauh berharga dari scroll
ijazah anda itu. Pelajari Bahasa Inggeris, skill menggunakan komputer dan
berbagai-bagai lagi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda memang perlu mahir dalam
penggunaan Bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku panduan, buku ilmu
dan yang paling penting penggunaan komputer memerlukan kemahiran
Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia yang kebanyakannya
digunakan secara meluas dalam semua sastera di Internet. Salah satu cara
untuk menjana kewangan dalam buku panduan ini adalah menggunakan
Internet. Jadi memang anda tidak boleh elak dari menggunakan bahasa
antarabangsa ini.




                                   - 16 -
HARI KETUJUH : ASAS MENETAPKAN OBJEKTIF ANDA

Anda mesti mempunyai Objektif atau matlamat yang nyata dalam masa
beberapa hari lagi. Masih ingat lagi contoh Matlamat Kewangan
RM1,000,000.00 sebuah syarikat perniagaan yang diterangkan di atas tadi?
Dengan adanya objektif yang cerah dan nyata anda boleh mengemudi haluan
anda supaya objektif ini tercapai. Anda juga boleh menumpukan lebih
banyak tenaga dan sumber-sumber yang lain untuk mencapai objektif anda
ini. Jadi jika anda mempunyai 2 mata pencarian, anda perlu lihat yang mana
satu yang akan menghasilkan kebebasan kewangan untuk anda dalam masa
6 bulan lagi. Jika anda bandingkan dengan kerja anda, kebebasan kewangan
mungkin anda capai setelah anda pencen berbanding dengan menggunakan
e-Maklumat dalam program MariMenujuKejayaan.com ini. Anda mungkin
mencapai Matlamat Kewangan anda dalam masa 3 bulan saja lagi!

HARI KELAPAN : PENGURUSAN MASA

Masa adalah emas. Ditambah pula di zaman digital ini, Internet adalah
Lombong Emas! Jadi, rancangkan penggunaan masa anda. Duduk dan buat
jadual masa harian anda. Lihat di mana anda boleh “optimize”kan masa dan
pastikan anda memperuntuk masa khas untuk membuat duit dalam masa
satu hari, contohnya anda mungkin memperuntuk selama 1 jam sehari untuk
menumpukan masa dalam perniagaan MariMenujuKejayaan.com anda ini.
Jangan lupa juga memberikan masa yang secukupnya untuk lain-lain aktiviti
yang penting dalam hidup anda seperti bersenam, bersama keluarga,
bersolat, berdoa, berzikir dan sebagainya.

Jadi, anda perlu memulakan setiap hari langkah-langkah untuk memperkuat
dan memperbaiki asas-asas seperti di atas atau pepatah Inggeris “One Day
At A Time”. Jika, anda pasti anda boleh memperkuatkan asas-asas anda ini,
anda sekarang sudah bersedia untuk memahami bagaimana untuk mencapai
Matlamat Kewangan anda.




                                  - 17 -
                  BAB 4
            ANALISA KEPERLUAN
             KEWANGAN ANDA
Ini adalah bab terpenting dalam buku panduan ini. Ambil sehari atau dua
untuk memahami sepenuhnya keperluan hidup dan segala perbelanjaan anda
yang berkait terus dengan wang. Inilah yang dinamakan Keperluan
Kewangan anda. Kenali perbelanjaan anda sekarang dan sediakan matlamat
jangka pendek untuk mengawal kewangan anda dan juga jenis perbelanjaan
yang anda akan tanggung setelah anda bebas kewangan nanti. Matlamat
utama anda nanti adalah sampai ke perbelanjaan yang akan memastikan
kebebasan kewangan anda dahulu dan kemudiannya secara perlahan anda
akan dapat berbelanja untuk apa-apa keperluan yang lebih daripada asasi
anda itu. Ramai beranggapan kebebasan kewangan adalah ada wang dan
mampu berbelanja sesuka hati anda, tetapi yang sebenarnya menguasai dan
mengawal perbelanjaan kita adalah kunci kebebasan kewangan anda. Kita
cukup bertuah di Malaysia kerana sistem ekonomi kita adalah bebas dan
akan menghargai sesiapa yang bekerja keras.

Pertamanya, mari kita memahami konsep hutang. Sebenarnya, ada 2 jenis
hutang iaitu hutang baik dan hutang buruk. Apakah hutang baik? Hutang
baik adalah wang yang anda pinjam untuk membayar aset yang memberi
pulangan sekarang dan juga di masa akan datang. Contohnya, seperti yang
saya terangkan sebelum ini, syarikat yang mahu memulakan perniagaan
akan membuat pinjaman modal. Dengan modal yang besar seperti
RM10,000,000.00 dan dengan pengurusan yang efektif dan strategik,
perniagaan itu akan berjaya, boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
“If you borrow, you borrow BIG”.

Bagi individu pula, pinjaman perumahan adalah hutang baik kerana anda
akan menjual rumah itu untuk keuntungan yang jauh lebih tinggi dari faedah
atas pinjaman itu. Juga, jika anda mengambil pinjaman persendirian untuk
melabur dalam perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan, itu adalah
hutang baik.

Bagaimanapun, hutang buruk pula adalah hutang yang tidak mendatangkan
sebarang pulangan kepada anda dan aset akan susut nilai. Contoh terbaik
adalah pinjaman kereta. Nilai kereta akan jatuh sebaik sahaja anda
membelinya, dan anda akan hilang semua duit anda. Bagaimanapun, kereta
memang keperluan di Malaysia, tetapi jangan beli kereta yang besar.
Sekadar yang mampu dan yang penting anda dapat melakukan tugas anda
dengan cukup baik.



                                  - 18 -
                       Makanan
       Petrol
                                   Rumah


                    ASAS
                  KEHIDUPAN           Air

Pengangkutan
                                   Elektrik
            Internet     Telefon




                        - 19 -
Mari kita mulakan dengan langkah-langkah seperti di bawah :-

LANGKAH 1 : MENGANALISA KOS PERBELANJAAN ANDA SEKARANG
Ambil sehari dua untuk menganalisa resit-resit anda, penyata bank anda,
penyata kad kredit anda atau pergi ke pasaraya satu hari dan analisa berapa
anda betul-betul berbelanja dalam sebulan. Guna program Microsoft Excel
untuk menyenaraikan semuanya, print dan lekat di dinding rumah anda. Mari
kita kategorikan perbelanjaan anda dari terpenting sehingga kurang penting
seperti di bawah:

1. Tempat Tinggal / Tempat Berlindung

   Anda memerlukan tempat berlindung yang selesa, sementara anda
   merancang untuk mencapai kebebasan kewangan anda ini. Ia sepatutnya
   sebuah rumah yang selesa dengan Internet Jalur Lebar (broadband) dan
   kemudahan untuk membeli barangan keperluan. Kalau boleh berdekatan
   dengan pasaraya. Anda tidak perlu mencari tempat di Bangsar atau Bukit
   Damansara. Asalkan suatu tempat yang anda dapat praktikkan segala apa
   yang di ajar dalam buku panduan ini sudah cukup memadai. Dan perkara
   utama dan terpenting ialah kalau boleh anda belilah rumah tersebut.
   Kenapa saya berkata begitu? Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut
   lagi betapa untungnya membeli rumah pertama anda dari segi kebebasan
   kewangan. Cuba dapatkan pinjaman perumahan bank/kerajaan/swasta.
   Jika anda sedang menyewa sekarang, cuba dari sekarang mencari sebuah
   rumah yang boleh anda beli. Ramai mengatakan bahawa mereka tidak
   mampu memiliki rumah/apartmen dan akan menyewa buat sementara
   waktu. Selagi anda tunggu, anda akan berada dalam kerugian dan tidak
   dapat mencapai kebebasan kewangan anda. Saya akan memberi satu
   contoh bagaimana anda boleh mengaut keuntungan dari rumah anda.

   Contoh : Kita buat perbandingan antara menyewa dan membeli rumah
   kediamanan.

   Katalah anda menyewa sebuah apartmen 3 bilik di Kota Damansara dan
   kadar sewanya adalah sebanyak RM800.00 sebulan.

   Apartmen 3 bilik di Kota Damansara berharga dalam lingkungan
   RM75,000.00 (termasuk yuran guaman & MRTA) sebuah. Jika anda
   membeli dengan 95% pinjaman perumahan iaitu RM71,250.00 dengan
   bayaran pendahuluan tunai sebanyak RM3,750.00 dan faedah sebanyak
   6% setahun, anda sepatutnya membayar bank dalam RM554.17 sebulan
   selama 30 tahun. Dicampur pula yuran penyelenggaraan sebanyak
   RM100.00, kesemuanya RM654.17 sebulan yang anda perlu belanjakan.

   Jadi, perbandingan antara beli dan sewa rumah, anda sudah sepatutnya
   dapat berjimat sebanyak RM145.83 sebulan jika dibandingkan dengan
   menyewa apartmen tersebut.


                                   - 20 -
  Jika anda menyimpan ini semua di dalam ASB dengan 10% setahun,
  berapakah pulangan yang akan anda dapat dalam masa 3 tahun lagi?

  Mari pula kita anggarkan harga sebuah rumah naik dalam 20% setahun.
  Jika anda menjual rumah ini dalam masa 3 tahun lagi, harga rumah
  sepatutnya dalam RM129,600.00 dan setelah ditolak principal, faedah
  pinjaman dan deposit, anda sepatutnya sudah untung RM38,400.00
  berbanding dengan hanya memilih untuk membeli rumah dari menyewa.
  Jika ini adalah rumah pertama anda, sepatutnya tiada capital gains tax.
  Saya akan menerangkan nanti bagaimana untuk menggunakan
  sepenuhnya duit simpanan KWSP anda untuk tujuan pembelian rumah.
  Iaitu anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk membeli rumah.

  Bagaimanapun, mari kita ramalkan kos untuk mendapatkan tempat
  tinggal termasuk cukai pintu adalah RM600 sebulan.

2. Kenderaan

  Untuk mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin, CLK sudah
  memadai. Anda perlulah membeli sebuah kereta baru ataupun kereta
  terpakai yang dalam lingkungan RM25,000.00 sahaja. (Mana ada
  Mercedez CLK dapat RM25,000.00?? Maksud saya C-Cute L-Little K-
  Kancil!!) Bayaran bulanan anda sepatutnya dalam lingkunan RM265.00
  sebulan. Masukkan dalam pengiraan ini, jumlah insurans tahunan anda
  sebanyak RM600.00 setahun akan menjadi RM50.00 sebulan. Juga,
  masukkan kos penyelenggaraan kereta dalam RM400.00 setahun akan
  menjadi sebanyak RM33.33 sebulan. Jumlahkan kesemua dalam
  RM350.00 sebulan. Memang anda boleh membeli sebuah motosikal,
  tetapi kereta adalah keperluan yang penting untuk membeli barangan
  harian dan bermacam-macam lagi, termasuk membawa keluarga ke sana
  ke mari.

3. Minyak

  Tidak dapat dinafikan, harganya sentiasa naik tahun demi tahun. Dari
  RM1.10 seliter hinggalah RM1.92 seliter. Jangan terkejut jika ianya boleh
  memcecah RM2.00 seliter! Apa-apa pun, peruntukkan dalam RM120.00
  sebulan untuk minyak kereta. Lagi sekali rancang betul-betul perjalanan
  anda dan gunakan Bonuslink/Real Rewards setiap kali anda mengisi isi
  minyak. Anda juga mungkin ingin menggunakan motosikal pergi ke
  tempat kerja dan gunakan kereta apabila pergi untuk membeli-belah
  sahaja.




                                  - 21 -
4. Makanan dan barangan harian

  Lagi sekali, beli secara pukal di pasaraya seperti Carrefour/Tesco/Giant
  dan cuba membeli jenama Carrefour/Tesco/Giant sekali-sekala. Pastikan
  anda mempunyai sebuah boot kereta anda besar, sebuah bilik stor yang
  besar di rumah anda dan juga peti ais yang extra besar untuk menyimpan
  segala    barang-barang    dan     menikmati   penjimatan     kerananya.
  Perbelanjaan ini termasuklah kos gas memasak, membeli berus gigi,
  sabun mandi dan berbagai-bagai lagi. Peruntukan satu hari pergi ke
  pasaraya dan tulis kesemua perbelanjaan anda supaya anda betul-betul
  tahu berapakah jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan. Cuba letakkan
  belanjawan anda RM180.00 sebulan untuk barangan harian anda dan
  cuba bersarapan di rumah dan membawa bekalan makanan ke pejabat
  seperti roti. Mungkin perbelanjaan di atas ini adalah lebih besar atau
  mungkin lebih kurang sahaja. Letakkan belanjawan keluarga anda yang
  sebenar untuk mengetahui kedudukan perbelanjaan sebenar anda.

5. Kos Telefon Bimbit

  Sesuatu yang anda tidak boleh lupakan sekarang. Gunakan kad prepaid
  dan cuba lebihkan sms lagi. Jika anda membeli telefon bimbit, jangan beli
  yang canggih-canggih. Kebanyakan ciri-ciri yang canggih anda tidak akan
  guna pun. Jumpa sahaja kawan-kawan dari sentiasa menelefon mereka.
  Lawat-lawat ke rumah mereka. Cuba letak belanjawan sebanyak
  RM30.00 sebulan untuk telefon bimbit anda.

6. Telefon Talian Tetap

   Anda memerlukan ini untuk kecemasan. Bayar sewa telefon sebanyak
   RM27.30 sebulan. Lagi sekali gunakan IDD kad untuk panggilan murah.
   Letak belanjawan sebanyak RM30.00 sebulan.

7. TNB – Elektrik

   Cuba hidup tanpa bekalan elektrik untuk satu hari dan anda memang
   tidak mampu hidup tanpanya. Bayar RM50 sebulan untuk bil elektrik,
   tidak termasuk jika ada penggunaan “air-cond” 1.5hp.

8. Air dan Indah Water

   Bayar RM 30 sebulan untuk bil ini.




                                  - 22 -
9. Internet Access – Broadband

   Jangan fikir dua tiga kali lagi kerana Internet memang akan menjadi
   antara cara utama yang akan membantu anda membina dan menjana
   wang tanpa henti-henti dan memberi access kepada anda ke seluruh
   dunia. Kos adalah RM66.00 sebulan untuk mendapatkan Tmnet
   Streamyx. Cari kawasan rumah yang boleh menerima Tmnet Streamyx
   ini.

Senarai keperluan asas anda ini adalah seperti ditunjukkan di Jadual di
bawah ini.

No. Kategori Perbelanjaan                   Jumlah Sebulan      % dari
                                                 (RM)        Perbelanjaan
 1. Tempat Tinggal                              600.00           41%
 2. Pengangkutan/Kereta                         350.00           24%
 3. Minyak                                      120.00            8%
 4. Makanan dan keperluan harian                180.00           12%
 5. Caj Telefon Bimbit                           30.00            2%
 6. Telefon Talian Tetap                         30.00            2%
 7. TNB – Elektrik                               50.00            3%
 8. Air dan Indah Water                          30.00            2%
 9. Internet – Broadband                         66.00            5%
Jumlah Keperluan                               1,456.00         100%


Setelah anda jumlahkan perbelanjaan di atas, mari kita senaraikan lagi
keperluan-keperluan anda yang selebihnya :

10. Simpanan

  Pastikan anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya RM10.00 sehari.
  Ini perbelanjaan yang perlu anda lebihkan lagi sekiranya anda mendapat
  kenaikan gaji yang anda idamkan. Perbelanjaan yang lain sepatutnya
  adalah tetap dan hanya simpanan sahaja yang perlu ditambahkan lagi.

11. Insurans dan perubatan

   Ini adalah takaful anda dan insurans perubatan sekiranya apa-apa terjadi
   kepada anda. Katalah RM80.00 untuk keperluan ini.

12. Rehat, Pelancongan dan Hiburan

   Anda boleh menghadkan sedikit kategori ini tetapi anda perlu berbelanja
   juga, mungkin sebanyak RM100.00.



                                   - 23 -
13. Derma

     Satu amal kebajikan yang mulia. Kita sering diingatkan bahawa tangan
     yang di atas (tangan yang menghulurkan derma) itu adalah lebih mulia
     dari tangan yang meminta. Lakukanlah dengan niat yang ikhlas dan tidak
     menunjuk-nunjuk walaupun jumlahnya sedikit. Namun, jika anda sudah
     mencapai kebebasan kewangan, jumlah yang didermakan tidak menjadi
     isu lagi.

     Jadi, jangan lupa menderma ke masjid-masjid, surau-surau, badan
     kebajikan dan lain-lain. Mungkin RM10.00 untuk tujuan ini.

14. Perbelanjaan Perniagaan

      Akan diterangkan selepas ini dengan lebih lanjut lagi. Contohnya,
      membeli e-Maklumat ini adalah satu perbelanjaan perniagaan.


Semua perbelajaan asas yang tersebut di atas boleh diletakkan dalam jadual
seperti di bawah ini. Inilah jadual perbelanjaan yang anda perlu untuk
memenuhi kehidupan asas anda. Jadi mari kita senaraikan kesemuanya satu
persatu :

No.    Kategori Perbelanjaan           Jumlah         % dari Perbelanjaan
                                    Sebulan (RM)
1.     Subtotal Keperluan             1,456.00                73%
2.     Simpanan (RM10 sehari)          300.00                 15%
3.     Takaful dan Perubatan            80.00                  4%
4.     Rehat, Pelancongan dan          100.00                  5%
       Hiburan
5.     Derma                                 10.00             1%
6.     Lain-lain                             54.00             2%
       Jumlah Perbelanjaan
                                        2,000.00             100%
       Besar

Jadi, dari 2 Jadual di atas, kita bolehlah rumuskan bahawa anda perlukan
sekurang-kurangnya RM2,000.00 sebulan untuk menjalankan kehidupan
anda dengan kesederhanaan sahaja, tetapi yang pentingnya ialah semua
keperluan asas, tempat tinggal, makan minum adalah terjaga. (Sesetengah
orang mungkin mempunyai keperluan asas yang berbeza. Jadual-jadual di
atas adalah sebagai panduan sahaja. Terpulang kepada anda untuk
mengubah suai Jadual tersebut mengikut keperluan kewangan anda sendiri).




                                    - 24 -
LANGKAH 2 : MENGATUR SEGALA PERBELANJAAN ANDA

Menyediakan sistem filing adalah mudah. Anda perlu dapatkan 14 manila fail
folder dan catat nombor 1 hingga 14 bagi setiap fail. Setiap hari, terus
kategorikan dan failkan segala perbelanjaan anda. Akhir bulan nanti,
imbangkan akaun anda dan senaraikan kesemua perbelanjaan dan
pendapatan anda. Anda akan akhirnya mendapat duit yang selebihnya.

LANGKAH 3 : BANDING DAN PERBAIKI

Di akhir setiap bulan, bandingkan perbelanjaan sebenar anda dengan
perbelanjaan belanjawan dan lihat di mana anda boleh memperbaiki
kesilapan dalam perbelanjaan anda. Di mana anda boleh berjimat,
berjimatlah.

Umpamanya, penjimatan penggunaan minyak/petrol kenderaan anda boleh
dilakukan seperti berikut :
    • mengubah cara pemanduan, tidak tergesa-gesa (jangan asyik tekan
      minyak nak “race” saja!),
    • elakkan dari “traffic jam”,
    • elakkan dari melalui jalan yang banyak lampu isyarat,
    • jika anda memandu kereta automatik, pastikan transmisi atau “gear”
      berada di “neutral” ketika berhenti di lampu isyarat,
    • memilih kenderaan yang kapasiti enjinnya kecil,
    • jika boleh gunakan kenderaan manual daripada automatic (lagi pun
      harganya pun murah),
    • periksa tahap angin tayar,
    • jangan bawa muatan yang berlebihan,
    • matikan enjin jika berhenti terlalu lama,
    • pastikan tiada kebocoran minyak enjin,
    • pastikan talaan enjin (timing) yang sempurna,
    • .. dan sebagainya.

Tambahan lagi, lebih elok jika anda membeli kenderaan baru kerana kos
untuk penyelenggaraan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan
kenderaan terpakai, seperti jaminan alatganti sehingga 2-3 tahun, dan
sebagainya. Kenderaan terpakai yang sudah melebihi 3 tahun kebiasaannya
memerlukan “engine overhaul”, penukaran alat-alat tertentu yang
kebiasaannya membawa kepada kos yang sangat tinggi.

LANGKAH 4 : MATLAMAT PERBELANJAAN

Jadi, dengan corak perbelanjaan keperluan asas anda seperti di atas itu,
pekerjaan tetap anda mesti memberi gaji bulanan selepas cukai dan KWSP
lebih kurang RM2,000.00 sebulan. Jika anda tidak boleh mencapai ini
dengan bonus-bonus anda, anda boleh samada mengurangkan setengah-
setengah perbelanjaan seperti hiburan dan pengangkutan. Tetapi tolong
jangan kurangkan simpanan atau batalkan takaful anda. Itu

                                  - 25 -
sepatutnya menjadi perhatian utama anda dalam perbelanjaan anda.
Malahan, anda patut menambah jumlah simpanan atau takaful bila keadaan
mengizinkan atau bila mendapat lebihan pada pendapatan anda. Kaedah
perbelanjaan sebegini adalah salah satu daripada cara-cara untuk mencapai
Matlamat Kewangan anda. Sila rujuk gambarajah di dalam Bab 7 : Kaedah-
kaedah Penjanaan Wang.


Saya akan terangkan dengan lebih mendalam lagi keperluan untuk
mempunyai sebuah kerja yang tetap di bab seterusnya. Lagi sekali, jika anda
mempunyai gaji RM2,000.00 sebulan atau mungkin lebih, simpan yang
selebihnya sehingga anda mencapai kebebasan kewangan anda. Bila tiba
masa itu nanti, anda boleh mula merasai sedikit kesenangan tetapi tetap
mengutamakan kebebasan kewangan seumur hidup.

Lagi sekali jangan gunakan Penjana Wang yang akan saya terangkan selepas
ini untuk memenuhi RM2,000.00 sebulan matlamat perbelanjaan anda. Kerja
tetap harian anda mesti digunakan untuk memenuhi perbelanjaan asas anda.
Segala taktik mencipta wang dalam Penjana Wang yang saya akan tunjukkan
nanti harus digunakan untuk membina modal kebebasan kewangan anda.

Anda mungkin berfikir agak mustahil untuk mendapat gaji tetap bulanan
sebanyak RM2,000.00 sebulan dari pekerjaan tetap anda. Cuba bayangkan
jika eksekutif swasta boleh mendapat RM1,800.00 sebulan dengan bonus 2
bulan gaji. Itu sudah bermakna gajinya sama juga dengan RM2,100.00
sebulan. Jika anda tukarkan sedikit perbelanjaan anda, anda mudah
mencapai matlamat perbelanjaan ini. Tambahan lagi, jika anda campurkan
dengan gaji isteri/suami anda, matlamat ini lagi mudah dicapai. Untuk
pengetahuan, mereka yang bergaji RM2,000.00 ke bawah tidak perlu
membayar cukai pendapatan.

LANGKAH 5 : GUNAKAN KAD KREDIT

Sepatutnya anda buang dan potong semua kad kredit anda dan tinggalkan
satu sahaja untuk penggunaan harian anda. Sebenarnya ada terlalu banyak
menggunakan kad kredit ini dalam mencapai kebebasan kewangan anda.
Cuma ramai menyalahgunakan kad kredit dengan menggunakannya melebihi
dari kemampuan atau membayar lewat atau menggunakan kad kredit untuk
tujuan berhutang. Nasihat saya adalah gunakan sepenuhnya kad kredit ini
tetapi pastikan anda membayar penuh setiap kali menerima bil. Juga
pastikan anda menggunakan “post dated” cek iaitu sebelum tarikh tamat
untuk membayar supaya anda dapat menggunakan sepenuhnya apa-apa
dividen di dalam bank anda.

Juga, jangan gunakan kad kredit anda jika ada sesiapa yang ingin
mengenakan caj 3% (surcharge) untuk menggunakannya, anda memang
rugi di situ. Mengikut peraturan, mereka tidak boleh berbuat demikian.
Namun, jika anda perhatikan betul-betul, beginilah caranya mereka

                                   - 26 -
mengawal kos operasi perniagaan mereka. Kos yang sepatutnya mereka
tanggung, mereka pindahkan kepada pembeli/pengguna. Tetapi, pilihan di
tangan anda.
Walau bagaimanapun, ini adalah sedikit sebanyak kelebihan menggunakan
kad kredit :

1. Dapatkan mata ganjaran

  Setiap kali menggunakan kad kredit anda, anda akan mendapat mata
  ganjaran daripadanya. Mata ini diperolehi dari setiap ringgit yang anda
  belanjakan. RM1.00 = 1 Mata, atau RM1.00 = 5 Mata, atau sebagainya.
  Contohnya, jika anda membeli barangan keperluan harian dari Giant
  setiap bulan dengan membelanjakan RM300.00 melalui kad kredit, anda
  akan memperolehi 300 mata. Perbelanjaan minyak kenderaan anda
  dalam RM200.00 sebulan, bil TNB, bil Telekom, takaful, bil telefon bimbit.
  Jadi sebagai contohnya anda sudah dapat 650 mata sebulan. Jadi dalam
  setahun anda akan mendapat 7,800 mata. Selalunya, anda tidak perlu
  membayar yuran tahunan sampai bila-bila jika anda kerap menggunakan
  kad kredit anda. Mata ganjaran ini anda dapat gunakan untuk membeli
  petrol, melancong atau mendapat baucer di kedai-kedai tertentu. Jadi
  pastikan anda sentiasa menggunakan kad kredit selagi yang anda
  mampu.

2. Untuk track belanjawan anda

  Simpan semua penyata dan cuba imbangkan akaun anda dengan resit.
  Anda juga boleh melihat perbelanjaan anda melalui Internet di zaman
  sekarang.

3. Untuk bisnes internet

  Untuk bisnes Internet, saya akan terangkan dengan lebih mendalam lagi
  selepas ini, lebih baik mempunyai kad kredit. Namun, kad kredit bukan
  segalanya. Tanpa kad kredit pun, anda masih lagi boleh menjalankan
  perniagaan internet, jika anda mahu.

4. Kelebihan dari dividen dalam ASB/bank akaun

  Ramai yang tidak menyedari ini. Jika anda lewatkan pembayaran, anda
  akan mendapat sedikit dividen/faedah daripada usaha melewatkan
  pembayaran ini. Sebagai contohnya, semua duit anda dalam ASB atau
  akaun simpanan anda sekarang. Anda bercadang untuk membeli TV 29”
  berharga RM2,000.00 di bulan itu. Anda gunakan kad kredit anda 17
  April. Penyata kad kredit akan hanya sampai 11 Mei dan tarikh akhir
  dalam 31 Mei sahaja. Pembayaran tertangguh. Jadi duit yang anda dapat
  lewatkan dalam ASB dengan dividen sebanyak 10% (sebagai contoh)
  adalah sebanyak RM17.00, wang percuma atas angin. RM17.00 ini jika
  anda letak dalam unit trust risiko tinggi mungkin dapat menjana wang

                                   - 27 -
   yang banyak nanti. Anda tidak akan rugi apa-apa kerana wang RM17.00
   ini adalah percuma! Anda akan mendapat duit untuk dilaburkan dan juga
   mata untuk melancong semata-mata kerana menggunakan kad kredit.
   Pernah anda terfikir sebelum ini? Tetapi pastikan anda mempunya displin
   yang teguh untuk membayar tepat pada masanya.

LANGKAH 6 : GUNAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ONLINE

Untuk membayar segala bil, gunakan pembayaran penuh melalui internet.
Gunakan        kemudahan    pembayaran      dengan      kad     kredit   di
http://www.payonline.com.my. Pastikan anda cetak email dan failkan segala
resit-resit ini. Kaedah pembayaran melalui Internet adalah lebih cekap dan
jadi gunakannya sebaik mungkin.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit, tak mengapa. Kemudahan
pembayaran online melalui Perbankan Internet boleh juga digunakan
dengan meluasnya sekarang. Berbanding dengan kad kredit, semua
transaksi adalah secara tunai. Yang pentingnya di sini, saya akan
terangkan kemudian betapa mudah dan untungnya jika anda
membuat pembayaran atau menjalankan perniagaan internet anda
melalui Perbankan Internet ini.

LANGKAH 7 : PERABOT DAN BARANGAN ELEKTRIK

Kita telah berbincang selama ini mengenai perbelanjaan bulanan anda.
Bagaimana pula dengan duit yang akan anda gunakan untuk membeli
perabot dan barangan elektrik anda? Jika anda telah ada semua ini, sila
abaikan bahagian ini dan pergi ke bab seterusnya. Peraturan no. 1 jangan
gunakan pinjaman persendirian untuk membeli barangan ini. Bayar bila anda
mampu menggunakan wang yang akan diajar melalui Penjana Wang. Untuk
pembeli rumah pertama, membeli barangan perabot dan elektrik
memerlukan wang yang cukup besar. Cuba gunakan wang tunai dan
membeli kesemuanya tanpa sebarang hutang. Gunakan kad kredit dan bayar
bila tiba masanya nanti sebulan lagi. Mari kita mendalami secara terperinci
satu persatu dan mulakan secara kecil-kecilan dahulu :

   1. Grill besi - ini adalah keperluan yang penting pada masa sekarang. Jika
      anda duduk dalam apartmen 3 bilik, RM500.00 sudah mencukupi.
   2. Lampu dan kipas - jangan membeli mengikut perasaan. Belanja
      RM200.00 untuk ini sahaja.
   3. Kabinet Dapur dengan dapur gas – Beli kabinet dapur bergerak
      bersama dapur gas. Keseluruhan belanja RM200.00.
   4. Mesin Basuh - Yang murah hanya RM200.00 bukan automatik.
   5. Peti Ais - Kos hanya RM600.00.
   6. Set bilik utama - Beli set yang murah sahaja RM600.00 sudah
      mencukupi. Anda akan mendapat sebuah kabinet TV, 2+3 sofa dan
      satu coffee table. Mungkin anda tidak memerlukan ini lagi sehingga


                                    - 28 -
      anda dapat menguasai taktik mencipta wang menggunakan Penjana
      Wang yang akan saya tunjukkan selepas ini.
   7. Set Bilik Tidur - Ada satu set bilik tidur hanya berharga RM800.00.
   8. Set bilik pejabat – Agak penting, supaya anda dapat menjalankan
      perniagaan anda melalui Penjana Wang secara lancar. Beli satu set
      dari Makro/Carrefour berharga RM300.00 yang merangkumi meja
      pejabat, kerusi, fail kabinet dan sebuah meja komputer.

Jika anda baru memulakan segalanya, anda boleh memasuki sebuah
apartmen dengan hanya berbelanja RM3,400.00 sahaja. Anda tidak perlu
membayar ini semua sekaligus sahaja. Anda boleh perlahan-lahan membeli
sehingga lengkap. Setelah anda mula membuat duit, baru anda naiktaraf
sedikit demi sedikit. Boleh jadi nanti anda sudah mampu untuk membeli peti
ais yang lebih besar atau boleh memasang kabinet dapur yang lebih baik
atau TV plasma 42 inci.

Sekarang anda telah berjaya menganalisa perbelanjaan anda secara
terperinci dan wang permulaan untuk membeli perabot, barang elektrik,
komputer dan lain-lain, anda memang memerlukan sebuah pekerjaan tetap
siang hari untuk menampung ini semua sementara anda membina empire
kebebasan kewangan anda.

Jadi, anda mesti juga memastikan segala kos perbelanjaan ini jugalah apa
yang anda akan hadapi apabila anda bersara atau berhenti kerja dan
menikmati kebebasan kewangan anda nanti.




                                  - 29 -
              BAB 5
     PEKERJAAN TETAP SEBAGAI
         BATU LONCATAN
Biar apa pun yang anda fikir, memiliki pekerjaan tetap di siang hari adalah
penting untuk menampung diri anda buat permulaan dan sementara waktu
ini sebelum anda menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Tetapi
jangan beranggapan bahawa pekerjaan anda adalah jawapan akhir atau “the
last resort”. Anggaplah pekerjaan tetap ini sebagai tempat persediaan atau
tempat untuk menimba ilmu, pengalaman, jaringan kenalan, sumber
kewangan dan lain-lain lagi.

Pekerjaan siang atau malam hari anda adalah hanya jawapan sementara
untuk anda mencapai matlamat kewangan anda iaitu mencapai kebebasan
kewangan. Setelah tercapainya kebebasan kewangan tersebut, sebagai
contoh, anda tidak perlu risau lagi untuk mengambil cuti menghantar anak-
anak pergi ke sekolah atau bimbang mengenai bil-bil bulanan dan lain-lain
lagi yang berkaitan dengan MASA dan kewangan anda.

Sejarah Pekerjaan

Tiada siapa tahu secara sebenar bagaimana pekerjaan bermula dalam
sejarah manusia ini. Tetapi saya mempunyai satu teori yang juga telah
diperkatakan oleh beberapa pakar sosiologi sebelum ini. Suatu masa dahulu
mungkin di benua Eropah, manusia biasa mengutip makanan dan memburu
untuk kegunaan sendiri. Kemudian mereka mula belajar kaedah pertanian
dan juga menangkap ikan. Suatu hari seorang kaki buli kampung yang
mempunyai kekuatan dan berkuasa telah datang memberi perlindungan
kepada yang lemah. Dari hari ke hari, yang kuat bertambah kuat dan yang
lemah telah tertidur dan terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak
memerlukan perlindungan daripada yang kuat. Jadi sistem itu sekarang telah
bertukar ke versi moden apabila anda merasa selesa dengan pekerjaan tetap
anda dan tidak mahu mengambil risiko untuk mencapai kebebasan kewangan
anda. Saya bukan mengatakan anda lemah kerana perlu bekerja untuk orang
lain. Sebenarnya ia menguntungkan anda juga kerana mereka memerlukan
anda untuk mengikuti sistem mereka.

Strategi anda adalah untuk bekerja dalam sistem pekerjaan buat sementara
waktu tetapi anda perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk mencapai
KEBEBASAN KEWANGAN PENUH seperti dalam rancangan anda.




                                   - 30 -
Sekarang, saya akan menghuraikan          keuntungan   mempunyai   sebuah
PEKERJAAN TETAP DI SIANG HARI.

1. PEKERJAAN HARIAN dapat membayar segala bil-bil

  Pekerjaan harian anda dapat membayar segala keperluan harian dan juga
  pinjaman PTPTN (jika ada) sehingga anda mencapai matlamat kebebasan
  kewangan anda. Jadi jangan berhenti kerja anda lagi.

2. PEKERJAAN HARIAN dapat memudahkan anda mendapat pinjaman
   dari bank

  Anda memerlukan pekerjaan harian anda supaya Borang J dan Borang EA
  anda terurus. Dengan ini, anda mudah sedikit mendapat pinjaman
  perumahan dan pinjaman kereta anda. Ini semua akan membantu anda
  mencapai matlamat kebebasan kewangan anda.

3. PEKERJAAN HARIAN dapat membantu membina simpanan untuk
   modal anda.

  Anda boleh bermula dengan simpanan RM10.00 sehari dengan gaji dari
  pekerjaan harian anda. Anda mesti memastikan kerja anda boleh
  membantu anda menyimpan wang ini.

4. PEKERJAAN HARIAN dapat memberikan latihan

  Pekerjaan harian sepatutnya menyediakan anda dengan segala kemahiran
  berkomputer, kemahiran pejabat, kemahiran sistem, kemahiran
  berbincang dan bermesyuarat, kemahiran berkomunikasi dan berbagai-
  bagai lagi. Gunakan sepenuhnya setiap peluang yang syarikat anda
  hantar untuk mendapatkan sebarang kemahiran.

5. PEKERJAAN HARIAN dapat memantapkan displin diri anda

  Anda perlu bangun awal tiap-tiap hari dan mengikuti jadual 8-6 setiap
  hari. Ini akan memberi anda konsistensi dalam kehidupan anda.

6. PEKERJAAN HARIAN dapat membina KWSP anda

  Ya, anda menyimpan di dalam KWSP sehingga umur anda 55 tahun kelak
  dan berharap dividen setahun 4.5% mencukupi di hari tua anda nanti.
  Sementara itu anda bebas menghabiskan segala gaji dari pekerjaan
  harian anda untuk memiliki sebuah kereta besar dan sebuah rumah besar
  di masa anda berusia 55 tahun kelak. Sesetengah orang mempunyai
  Matlamat Kewangan yang sedemikian. Tetapi harus diingat, kita sering
  mendengar cerita ramai yang tidak berjaya mengawal perbelanjaan
  mereka bila mendapat wang KWSP mereka. Dengan sekelip mata, wang
  yang beratus ribu dan ada yang mencecah juta, habis dibelanjakan tanpa

                                 - 31 -
     memikir keperluan kewangan mereka sementara menunggu hembusan
     nafas terakhir!

     Tetapi, jika anda boleh mencapai Matlamat Kewangan anda dalam masa 3
     tahun lagi atau mungkin lebih awal dari itu, bukankah lebih afdal?
     Bukankah wang KWSP itu anda boleh peruntukkan untuk kegunaan lain,
     untuk keluarga, anak atau cucu dan sebagainya. Anggapkan KWSP itu
     sebagai BONUS.

     Anda bertuah kerana e-Maklumat ini bertujuan untuk mengajar
     anda mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin. Saya akan
     tunjukkan bagaimana untuk menggunakan KWSP dalam mencapai
     kebebasan kewangan anda. Ini berdasarkan keadaan sekarang, kerajaan
     boleh menukar apa-apa polisi berkenaan KWSP.

     Secara ringkasnya tekniknya adalah anda boleh mengeluarkan kesemua
     wang dari Akaun 2 KWSP anda untuk membiayai pinjaman perumahan
     anda. Kemudian anda akan dapat menjual rumah ini bersama sebarang
     kenaikan harga rumah untuk membina modal yang akan dimasukkan ke
     dalam ASB yang mana akan dapat menjana dividen yang lebih besar
     sebanyak 9-10%. Selepas itu anda boleh membeli sebuah rumah lain
     yang lebih murah dan mendapatkan pinjaman perumahan lain pula.

7. PEKERJAAN HARIAN dapat membina semangat anda

     Pekerjaan harian dapat membina semangat anda untuk mengambil risiko
     luar yang lebih tinggi seperti pelaburan hartanah, saham dan lain-lain
     lagi. Anda akan mempunyai keselamatan kewangan untuk mencuba
     perkara-perkara baru dan membina secara perlahan-lahan modal untuk
     kebebasan kewangan anda.

8.    PEKERJAAN     HARIAN    membolehkan      anda   mempunyai     ramai
     kenalan

     Anda dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi orang jika anda tidak
     bekerja tetapi anda boleh berjumpa dengan ramai orang semasa waktu
     pejabat. Anda juga dibayar untuk berjumpa dan berkenalan dengan
     orang. Anda boleh mula menjual MLM produk anda kepada mereka dan
     mempelajari daripada mereka juga.

9. PEKERJAAN HARIAN dapat memudahkan urusan dengan Lembaga
   Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan hal-hal cukai

     Ini adalah salah satu kelebihan sebelum anda mencapai kebebasan
     kewangan anda. Anda berpeluang untuk mendapatkan kemahiran
     berurusan dengan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI di masa akan datang.




                                    - 32 -
10. PEKERJAAN HARIAN dapat memudahkan anda mendapat kad
   kredit.

   Saya telah menjelaskan di dalam bab sebelum ini betapa pentingnya
   mempunyai kad kredit.

Jadi setelah apa yang diterangkan di atas betapa perlunya anda mempunyai
sebuah pekerjaan harian. Bagaimanapun, anda tidak perlu berasa risau
mengenai bonus atau kenaikan pangkat kerana anda berada di situ adalah
untuk tujuan di atas sahaja. Anda hanya perlu bersabar sehingga tiba masa
itu nanti. Jadi sementara itu, buat kerja seperti biasa dan berikan yang
terbaik. Pastikan anda berikan nilai anda kepada syarikat itu tetapi jangan
terlalu mengharap dari mereka.

Gaji anda perlu mencukupi untuk memenuhi keperluan asas anda seperti
yang telah dijelaskan dalam bab sebelum ini.

Saya telah menerangkan dengan panjang lebar mengapa anda perlukan
sebuah pekerjaan harian. Bukankah bagus juga jika anda bekerja seumur
hidup dan mendapat segala kenaikan gaji dan bonus. Anda berkemungkinan
mendapat duit daripada KWSP anda yang berjumlah RM1 juta apabila anda
berumur 55 tahun. Jika anda telah membeli e-Maklumat ini, pastinya anda
ingin menjadi kaya atau menjadi jutawan dengan memiliki kebebasan
kewangan secepat yang mungkin.

Jadi, jika anda mula percaya bahawa PEKERJAAN HARIAN tetap anda bagus
kerana ulasan-ulasan yang saya berikan di atas, ini adalah antara sebab atau
kerugian jika anda bergantung kepada PEKERJAAN HARIAN anda demi
keselamatan kewangan anda :

1. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana TIADA KEADILAN DALAM
   DUNIA PEKERJAAN INI

   Tiada keadilan dalam dunia ini, jika anda membiarkan nasib anda di
   tangan orang lain. Dunia pekerjaan ini tidak sempurna, syarikat atau
   sesebuah organisasi sebersih mana pun, tidak ada satu pun yang
   sempurna!

2. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana SETIAP HARI ADA
   SYARIKAT YANG BANKRAP ATAU DIAMBIL ALIH

   Jika anda bergantung kepada satu syarikat selama seumur hidup, cuba
   anda bayangkan apa akan terjadi jika syarikat anda bankrap atau syarikat
   anda diambil alih. Syarikat sebesar-besar Enron atau Arthur Anderson
   pun boleh bankrap satu malam sahaja, inikan pula syarikat anda.
   Melainkan anda bekerja dengan kerajaan, itu tidak akan mendatangkan
   sebarang masalah. .Jadi bayangkan satu hari syarikat anda telah diambil
   alih oleh syarikat lain. Syarikat baru itu telah meletakkan matlamat untuk

                                    - 33 -
  memotong 50% daripada segala kos perbelanjaan. Anda mungkin akan
  menjadi antara orang pertama yang akan diberhentikan dengan 3 bulan
  gaji pampasan. Bayangkan bagaimana anda ingin membayar segala
  perbelanjaan keperluan anda. Jika anda berkeluarga, ini akan
  menimbulkan pelbagai masalah. Anda pun sudah berumur 40 tahun, jadi
  siapa yang akan mengambil anda bekerja?

3. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana GLOBALISASI DAN
   KECEKAPAN AKAN MEMOTONG MANA-MANA PEKERJAAN DALAM
   DUNIA

  Banyak syarikat berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain di dunia
  ini. Bila melihat keadaan yang kurang memberangsangkan dari segi
  keuntungan mereka akan pergi mencari keuntungan yang jauh lebih
  tinggi dengan berpindah ke tempat yang lain yang kosnya lebih rendah.

4. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana POLITIK PEJABAT

  Politik ada di mana-mana sahaja begitu juga dengan pejabat anda.
  Lambat-laun samada anda suka atau tidak, anda juga akan menjadi
  mangsa keadaan ini. Namun, ada juga yang berpendirian sebaliknya, “If
  you can’t beat ‘em, you join ‘em”.

5. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana KETAMAKAN MANUSIA

  Saya telah menerangkan sebelum ini, dunia pekerjaan tidak sempurna
  kerana manusia tidak sempurna.

6. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana BOS BERTUKAR

  Satu hari anda seorang pekerja yang terbaik tetapi untuk satu hari yang
  lain anda akan menjadi seorang pekerja yang terburuk di syarikat anda,
  hanya kerana bos anda bertukar.

7. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana JIKA ANDA SAKIT, ANDA
   AKAN DIBERHENTIKAN!

  Jika anda sakit atau menghadapi masalah keluarga yang berpanjangan,
  lambat laun syarikat akan mencari jalan untuk anda keluar. Syarikat
  ditubuhkan secara khususnya untuk mencari keuntungan dan selalunya
  bukan untuk tujuan amal jariah.

8. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana ANDA HARUS BANGUN
   AWAL SETIAP HARI!

  Ada sesetengah hari anda langsung tidak ada mood untuk bekerja dan
  anda akan jauh lebih produktif bekerja pada setengah-setengah hari saja.
  Malangnya sistem pekerjaan selalunya tidak dapat memahami masalah

                                  - 34 -
      anda. Ini membuatkan anda membuang masa begitu saja datang ke
      pejabat. Ditambah pula jika anda terpaksa mengharungi hujan dan panas,
      “traffic jam” yang begitu popular di Lembah Kelang, motor pancit tayar,
      rosak dan sebagainya.

9. PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana ANDA TIDAK MELAKUKAN
   APA YANG SEHARUSNYA

      Kebanyakan orang sebenarnya tidak melakukan kerja yang mereka suka.
      Ramai orang bekerja di sebuah syarikat semata-mata kerana nama
      syarikat dan keselamatan pekerjaan atau hanya untuk wang sahaja.

10.    PEKERJAAN HARIAN tidak bagus kerana SYARIKAT PERLU
      MEMOTONG KOS SETIAP TAHUN

      Syarikat-syarikat setiap tahun mahukan keuntungan yang lebih tinggi dari
      tahun selepasnya. Sementara kos makin meningkat setiap tahun seperti
      kos membayar gaji pekerja, inflasi, kos pengeluaran. Jadi syarikat
      terpaksa mengurangkan kos sebanyak 5% setiap tahun supaya
      keuntungan akan juga naik sebanyak 10% setiap tahun. Mereka akan
      mula befikir bagaimana cara terbaik dan paling kreatif dengan
      pertolongan konsultan untuk menghilangkan pekerjaan.

11.     PEKERJAAN     HARIAN     tidak   bagus   kerana    BIROKRASI      DAN
      INFLASI

      Inflasi selalu naik hampir 2% setiap tahun dan barang-barang lain seperti
      rumah dan dan lain-lain naik hampir 5% setahun. Tetapi gaji anda hanya
      naik sekadar RM50 setahun! Jadi, dari tahun ke tahun keadaan semakin
      lama semakin terdesak untuk anda. Kenaikan pangkat bukan perkara
      yang mudah, kadang-kadang selepas 10 tahun baru satu kenaikan
      pangkat, ini tidak akan dapat mengatasi segala kenaikan kos kehidupan
      kita pada zaman ini. Jika anda lihat bagaimana kita telah mengikuti
      secara mendalam dan memahami kos kehidupan keperluan anda, anda
      memang tahu hanya dengan gaji anda, anda tidak akan menerima
      pencen yang selesa di hari tua nanti.

Perlu saya terangkan lagi? Jika anda telah membeli e-Maklumat ini bermakna
anda memang yakin bahawa anda perlu ada cara lain untuk mengatasi
masalah kewangan anda dan pekerjaan seumur hidup pasti bukan
jawapannya.




                                      - 35 -
                BAB 6
          ANTARA MODAL DAN
         KEBEBASAN KEWANGAN
Saya boleh membuat satu kesimpulan di sini bahawa hanya jalan yang
terbaik untuk menjamin 100% KEBEBASAN KEWANGAN ANDA ialah
melalui MODAL. Banyak telah diperkatakan mengenai kebebasan kewangan
melalui pendapatan residual atau membuat duit dari rumah atau dari
perniagaan sendiri seperti membuka kedai sendiri atau bermacam-macam
lagi. Tetapi cuba anda fikirkan, hakikat sebenarnya jika anda jatuh sakit atau
anda terpaksa berhenti kerja sebentar untuk menyelesaikan masalah
keluarga anda atau anda pergi melancong ke mana-mana, perniagaan dan
mata pencarian anda akan terjejas, bukan? Ini semuanya kerana anda
berada di dalam situasi yang dikatakan, “You Work Hard For The Money”.

Oleh itu, dalam mencapai status kewangan yang bebas atau dalam situasi
“Let The Money Work Hard For You” pula, anda patut melihat di
sekeliling anda. Anda seharunya menilai diri anda di kategori-kategori yang
manakah anda berada, iaitu samada anda berada di kategori “Learner”, atau
“Worker”, atau “Businessman”, ataupun anda sebagai “Investor”.

Jadi, bagaimana hendak menjadi Investor atau Pelabur? Mudah, anda perlu
membina sebanyak-banyaknya modal sehingga modal ini dapat menampung
segala perbelanjaan asas/keperluan anda sehingga akhir hayat anda! “Let
The Money Work Hard For You”. Dan tinggalkan zaman, “You Work Hard
For The Money”.

Oleh itu, rahsia kebebasan kewangan adalah untuk menjadi seorang
PELABUR MODAL atau INVESTOR!

Timbul pula satu soalan. Bolehkah anda membina modal sebanyak itu supaya
anda boleh bertahan selama-lamanya? Bagaimanakah caranya membina
modal itu?

Berikut adalah beberapa langkah yang praktikal yang anda boleh ikuti :

LANGKAH 1 : MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN ANDA DENGAN MODAL

Sebenarnya anda boleh membuat duit secukupnya dengan hanya
menggunakan MODAL anda, sebagai contoh, di dalam ASB dan memperolehi
dividen, cukup untuk membayar perbelanjaan asas anda setiap bulan. Ya,
dengan modal pendahuluan sebanyak RM265,000.00 (tunai dan bukannya
diperolehi secara pinjaman ASB), dengan dividen 9-10% setahun sudah
cukup untuk membiayai perbelanjaan sebanyak RM2,000.00 sampai bila-bila

                                    - 36 -
dan MODAL anda juga tidak akan berkurang malah sepatutnya akan
bertambah lagi.

Lihat jadual di bawah ini yang menunjukkan bagaimana jika anda sudah
mempunyai RM265,000.00 dan perbelanjaan asas bulanan anda adalah
RM2,000.00.

Sekarang cuba bayangkan RM2,000.00 adalah jumlah wang yang anda perlu
untuk mempertahankan dan membayar segala kos perbelanjaan anda setiap
bulan jika anda tidak melakukan apa-apa. Berapa banyak modal yang anda
perlukan untuk mendapatkan RM2,000.00 setiap bulan dan modal anda
masih tidak berganjak? Jawapannya jika anda meletakkan RM265,000.00
dalam ASB yang memberi dividen 10% setahun, duit ini dapat membayar
perbelanjaan RM2,000.00 anda setiap bulan. Anda boleh menggabungkan
kuota ASB suami isteri (jika anda sudah berkahwin) untuk mencapai lebih
daripada had RM200,000.00 ASB ini.

Carta di bawah ini boleh memberi gambaran kasar jumlah modal yang anda
perlukan dengan pelaburan di dalam ASB :


           No.               1         2           3         4         5         6
Bulan / Tahun              1/06      2/06        3/06      4/06      5/06      6/06
Baki b/f dalam ASB (RM)   265,000   263,000     261,000   259,000   257,000   255,000
Belanja sebulan (RM)       2,000     2,000       2,000     2,000     2,000     2,000
Baki c/f dalam ASB (RM)   263,000   261,000     259,000   257,000   255,000   253,000
Dividen ASB
                           2,191     2,175       2,158     2,141     2,125     2,108
sebulan (RM)


                             7         8           9        10        11        12
          Samb.            7/06      8/06        9/06     10/06     11/06     12/06
Baki b/f dalam ASB (RM)   253,000   251,000     249,000   247,000   245,000   243,100
Belanja sebulan (RM)       2,000     2,000       2,000     2,000     2,000     2,000
Baki c/f dalam ASB (RM)   251,000   249,000     247,000   245,000   243,000   265,100
Dividen ASB
                           2,091     2,075       2,058     2,041     2,025     2,008
sebulan (RM)



                            13
          Samb.            1/07
Baki b/f dalam ASB (RM)   265,100
Belanja sebulan (RM)        n/a
Baki c/f dalam ASB (RM)     n/a
Dividen ASB
                             n/a
sebulan (RM)




                                       - 37 -
Ini bermakna, jika anda mempunyai modal sebanyak RM265,000.00 dan
diletakkan ke dalam ASB yang memberi dividen sebanyak 10% setahun dan
anda mengeluarkan dari ASB tiap-tiap bulan untuk membayar segala
perbelanjaan asas anda sebanyak RM2,000.00, modal anda akan
kekal sampai bila-bila dan juga akan bertambah sedikit demi sedikit setiap
tahun (dalam contoh di atas, modal ASB anda bertambah menjadi
RM265,100.00 di tahun ke-2). Kenaikan modal ini dapat membiayai kadar
inflasi 1-2% setiap tahun di Malaysia. Manakala, dividen ASB dianggarkan
dalam 10% setahun. Bagaimanapun, dividen sebenarnya turun naik antara 7
ke 10%. Jadi, cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan
modal di dalam pelaburan-pelaburan yang lain. Ringkasannya seperti di
bawah ini :


Modal Tahun 1            :   RM 265,000.00
Perbelanjaan sebulan     :   RM 2,000.00
Kadar Dividen setahun    :   10% setahun
Jumlah Dividen setahun   :   RM24,100.00
Purata Dividen sebulan   :   RM 2,008.33
Modal di Tahun 2         :   RM 265,100.00


Setelah anda berjaya mencapai status kebebasan kewangan dengan semua
perbelanjaan atau tanggungan anda dapat dibayar penuh dengan dividen
ASB, barulah anda boleh bebas menggunakan segala kreativiti anda untuk
mencari lebih banyak wang lagi. “Manusia itu tidak pernah puas, bukan?”
Modal ini adalah untuk membebaskan pemikiran kerisauan anda itu. Segala
tanggungan anda sudah terjamin!

Di bawah ini pula diterangkan berapa contoh modal ASB yang anda perlu
untuk mempertahankan perbelanjaan bulanan yang mungkin berbeza-beza :-

No. Perbelanjaan Bulanan (RM) Keperluan Modal (RM)
 1.           1,000                132,000.00
 2.           1,500                200,000.00
 3.           2,000                265,000.00
 4.           2,500                330,000.00
 5.           3,000                396,000.00
 6.           3,500                463,000.00
 7.           4,000                528,000.00
 8.           4,500                595,000.00
 9.           5,000                660,000.00
10.           6,000                792,000.00




                                  - 38 -
Sebagai contoh, jika perbelanjaan bulanan anda adalah sebanyak
RM5,000.00 sebulan, anda perlu meletak RM660,000.00 ke dalam ASB anda
untuk mempertahankan modal anda itu sampai bila-bila dan pada yang sama
segala keperluan kewangan anda terjamin.

[Penulis memberikan anggaran pendapatan berdasarkan kefahaman dari prospektus yang
diperolehi daripada Amanah Saham Bumiputera. Penulis tidak akan bertanggungjawab dalam
sebarang perubahan polisi ASB. Pembaca sepatutnya memperolehi nasihat daripada
professional, guaman dan/atau kewangan dan juga dari Permodalan Nasional Berhad.]

LANGKAH 2 : MENGENALI PERBELANJAAN IDEAL ANDA SETELAH
BERSARA

Kita telah berbincang mengenai perbelanjaan keperluan anda dan apakah
perbelanjaan optimum yang sepatutnya. Dalam contoh di atas, saya
menggunakan RM2,000.00 sebulan sebagai matlamat perbelanjaan asas
anda. Ini hanya dengan menggunakan jumlah keperluan RM2,000.00 sebulan
yang boleh membayar semua perbelanjaan untuk hidup di dunia ini.

Jadi, dengan modal RM265,000.00 anda boleh membayar segala
perbelanjaan asas anda. Duit yang selebihnya boleh lagi diusahakan untuk
mempelbagaikan perniagaan anda, pelaburan dan lain-lain lagi. Jadi anda
sudah bebas untuk melakukan apa saja yang anda mahu kerana
perbelanjaan bulanan telah dibayar sepenuhnya oleh modal RM265,000.00
anda di dalam ASB itu tadi.

Saya bukan mengatakan anda sudah boleh makan, minum, tidur sepanjang
hari, tetapi anda perlulah berusaha mencari lebih banyak lagi pendapatan.
Anda perlu berusaha untuk lebih berjaya. “Manusia itu tidak pernah puas,
bukan?” Anda mahu standard atau kualiti kehidupan yang lebih tinggi dan
sempurna. Ini akan mengubah Keperluan Kewangan anda dan seterusnya
juga Matlamat Kewangan anda. Tetapi jika anda sudah berpuas hati dengan
Matlamat Kewangan anda itu, maka anda tidak perlu mengubah standard
atau kualiti kehidupan anda. “Let everything remain the same or status-quo”.

LANGKAH 3 : MODAL YANG TERBINA SELEPAS 3 TAHUN

Anda sudah pun melihat dan mengetahui berapa modal yang anda perlukan
jika anda ingin membayar perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2,000.00,
iaitu anda perlu mencari RM265,000.00 dalam masa 3 tahun lagi ataupun
kurang. Saya percaya, ramai di antara kita tidak mempunyai wang tunai
sebanyak itu sekarang untuk dilaburkan ke dalam ASB.

Jadi, bagaimana hendak mendapatkan modal sebanyak itu? Secara
ringkasnya, anda perlu menyimpan segala gaji dari pekerjaan tetap anda ke
dalam ASB mulai sekarang, menanam modal ke dalam saham-saham
tertentu, membeli dan menjual rumah baru dan paling penting adalah
menjana wang dari kaedah-kaedah yang akan saya terangkan secara
terperinci di bab yang berikutnya.

                                        - 39 -
Lihat jadual bawah ini. Mari kita anggarkan pendapatan dari gaji keluarga
anda sekarang adalah RM3,000.00 sebulan. Matlamat perbelanjaan yang
anda perlukan adalah RM2,000.00 sebulan. Jadi anda memerlukan modal
sebanyak RM265,000.00 untuk memenuhi Keperluan Kewangan anda ini.

Di tahun keempat, anda sudah mencapai Matlamat Kewangan anda,
malah melepasi sasaran RM265,000.00 tersebut. Ini bermakna, anda
sudah mempunyai lebihan sebanyak RM985.00 setiap bulan!

No. Keterangan                 Tahun 1     Tahun 2   Tahun 3   Tahun 4
 1. Baki bawa ke hadapan
                                   0       52,953    102,962    197,798
    (RM)
 2. Simpanan dari gaji tetap
                                12,000     12,000    12,000     12,000
    Setiap bulan RM1,000
 3. Pendapatan Kedua setiap
                                36,000     36,000    36,000     36,000
    bulan RM3,000
    Jumlah Simpanan (RM)        48,000     48,000    48,000     48,000
    Modal Terkumpul @ 10%
                                52,943     102,962   162,998    276,830
    Dividen p.a. (RM)
 4. Modal dari jualan rumah
                                  n/a        n/a     34,800       n/a
    (RM)
    Jumlah Modal
                                52,943     102,962   197,798   276,830
    Keseluruhan (RM)


Untuk memenuhi Keperluan Kewangan sebanyak RM2,000.00 sebulan
tersebut dan juga untuk mencapai Matlamat Kewangan lebih suku juta
Ringgit selepas 3 tahun dari sekarang, anda mestilah :

   1. Menabung sebanyak RM1,000.00 sebulan,
   2. Melabur dalam amanah saham seperti ASB, hartanah dan
      perniagaan yang memberi sumber pendapatan sampingan yang
      berlebihan.

TENTUKAN MATLAMAT UNTUK BEBAS KEWANGAN

Jadi, anda boleh lihat betapa mudahnya mencapai kebebasan kewangan
selepas 3 tahun dari sekarang, iaitu anda boleh mencapainya jika anda
mengikuti langkah-langkah di bawah :

   1. Dapat pekerjaan tetap dengan gabungan gaji suami isteri
      RM3,000.00 sebulan sampai 3 tahun.
   2. Menyimpan RM1,000.00 sebulan dari pekerjaan tetap anda selama
      3 tahun lagi.
   3. Mengikuti kaedah-kaedah penjanaan wang yang akan diajar dalam
      e-Maklumat ini sebagai panduan untuk membuat sekurang-kurangnya
      TAMBAHAN RM3,000.00 sebulan selama 3 tahun lagi.

                                  - 40 -
   4. Melabur dalam pelaburan yang memberi pulangan antara 10% ke
      15% selama 3 tahun lagi.
   5. Menjual rumah/hartanah anda untuk keuntungan yang berlipat
      ganda dalam masa 3 tahun lagi.

Untuk mencapai Matlamat Kewangan dengan menggunakan Langkah 3 ini,
ianya bolehlah digambarkan seperti gambarajah di bawah ini :



 RM



                                                    JUMLAH
                                                  SIMPANAN/
                                                  PELABURAN
                                                     YANG
                              SIMPANAN            TERKUMPUL




                                                        TAHUN


LANGKAH 4 : MODAL YANG TERBINA SELEPAS 10 TAHUN

Bagaimana pula jika pelaburan anda itu bertahan sehingga 10 tahun? Kita
andaikan anda masih mempertahankan keperluan kewangan anda sebanyak
RM2,000.00 sebulan. Dengan mengikuti Langkah 3 di atas, kita juga
membuat andaian yang anda menyimpan RM1,000.00 setiap bulan dengan
melabur dalam ASB. Dalam tempoh 10 tahun itu juga anda membeli 2
rumah/hartanah. Bermakna, anda membeli dan menjual rumah kedua dan
rumah ketiga anda. Rumah kedua anda membeli dengan harga
RM150,000.00 dan selepas 3 tahun dengan kenaikan 20%, anda mendapat
keuntungan sebanyak RM76,800.00. Manakala rumah ketiga pula, anda
membeli dengan harga RM300,000.00 dan menjualnya dengan mendapat
keuntungan RM153,600.00. Ini bermakna, dari sekarang hingga 10 tahun
yang akan datang ini, modal yang akan terkumpul adalah sebanyak
RM1,116,389.00. Kenapa, tak percaya? Cuba lihat jadual di mukasurat
seterusnya.

Perhatikan dividen yang anda perolehi setiap bulan. Ia bertambah sehingga
boleh mencecah RM10,000.00 sebulan. Jika anda masih lagi mengamalkan
Langkah 3 di atas, dengan simpanan dan pelaburan, menjadi “Pelabur”,
Matlamat Kewangan anda memang boleh tercapai! 10 tahun yang akan
datang, anda sudah bergelar JUTAWAN.


                                  - 41 -
     No.             1           2           3           4           5           6
Bulan/            1/2012      2/2012      3/2012      4/2012      5/2012      6/2012
Tahun
Baki b/f dalam
                  495,988     495,421     504,289    513,230     522,246     531,338
ASB (RM)
Simpanan
                   4,700       4,700       4,700      4,700       4,700       4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                  491,288     500,121     508,989    517,930     526,946     536,038
ASB (RM)
Dividen ASB
                   4,133       4,168       4,242      4,316       4,391       4,467
sebulan (RM)


                     7           8           9         10          11          12
    samb.         7/2012      8/2012      9/2012     10/2012     11/2012     12/2012
Baki b/f dalam
                 540,505     549,748      559,068    568,467     577,943     587,498
ASB (RM)
Simpanan
                  4,700       4,700        4,700      4,700       4,700       4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                 545,205     554,448      563,768    573,167     582,643     592,198
ASB (RM)
Dividen ASB
                  4,543       4,620        4,698      4,776       4,855       4,935
sebulan (RM)

     No.             1           2           3           4           5           6
Bulan/            1/2015      2/2015      3/2015      4/2015      5/2015      6/2015
Tahun
Baki b/f dalam
                  970,279     973,664     986,517    999,478     1,012,546   1,025,723
ASB (RM)
Simpanan
                  4700.00      4,700       4,700      4,700       4,700       4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                  965,579     978,364     991,217    1,004,178   1,017,246   1,030,423
ASB (RM)
Dividen ASB
                   8,086       8,153       8,260      8,368       8,477       8,587
sebulan (RM)



                     7           8           9         10          11          12
    samb.         7/2015      8/2015      9/2015     10/2015     11/2015     12/2015
Baki b/f dalam
                 1,039,010   1,052,407   1,065,916   1,079,538   1,093,274   1,107,123
ASB (RM)
Simpanan
                  4,700       4,700        4,700      4,700       4,700       4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                 1,043,710   1,057,107   1,070,616   1,084,238   1,097,974   1,111,823
ASB (RM)
Dividen ASB
                  8,698       8,809        8,922      9,035       9,150       9,265
sebulan (RM)


                    13
    samb.         1/2016
Baki b/f dalam
                 1,116,389
ASB (RM)




                                         - 42 -
Apakah wawasan negara kita? Ingin mencapai status negara maju di tahun
2020, Itulah dia Wawasan 2020. Jika anda masih mengamalkan seperti
Langkah 3, mari kita tengok pula apa yang akan berlaku pada anda pada
waktu negara Malaysia mencapai wawasannya, iaitu Wawasan 2020, 14
tahun dari sekarang. Berapa banyak modalkah yang bakal anda kumpul?
Perhatikan saja jadual di bawah ini :



     No.             1            2            3            4            5            6
Bulan/            1/2020       2/2020       3/2020       4/2020       5/2020       6/2020
Tahun
Baki b/f dalam
                 2,245,605   2,259,618     2,283,188    2,306,953    2,330,917    2,355,081
ASB (RM)
Simpanan
                   4,700       4,700         4,700        4,700        4,700        4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                 2,240,905   2,264,318     2,287,888    2,311,653    2,335,617    2,359,781
ASB (RM)
Dividen ASB
                  18,713       18,869        19,066       19,264       19,463       19,665
sebulan (RM)



                     7           8           9           10           11           12
    samb.         7/2020      8/2020      9/2020       10/2020      11/2020      12/2020
Baki b/f dalam
                 2,379,445   2,404,013   2,428,786     2,453,765    2,478,952    2,504,349
ASB (RM)
Simpanan
                  4,700       4,700        4,700        4,700        4,700        4,700
sebulan (RM)
Baki c/f dalam
                 2,384,145   2,408,713   2,433,486     2,458,465    2,483,652    2,509,049
ASB (RM)
Dividen ASB
                  19,868      20,073       20,279       20,487       20,697       20,909
sebulan (RM)



Di saat Malaysia meraikan ketibaan Wawasan 2020, iaitu 14 tahun lagi yang
akan datang ini, anda sudah pun mengumpul modal sebanyak
RM2,245,605.00. Malaysia Boleh! Anda Boleh!

Adakah anda mempunyai wawasan sebegini? Jadi, apakah ini wawasan anda?
Menjadi jutawan? Atau yang lebih penting, adakah untuk mencapai
KEBEBASAN KEWANGAN itu wawasan anda?

          BAGAIMANA ANDA BOLEH MENCAPAI
              KEBEBASAN KEWANGAN?

Jawapannya.. sila lihat mukasurat sebelah untuk gambarannya.




                                         - 43 -
         BIAYAI KEPERLUAN KEWANGAN
                       PERBELANJAAN
                       PERBELANJAAN
                           ASAS
                           ASAS



                             DEN
                        DIVI
                          ASB

            KUMPUL & BINA MODAL
                        MODAL
•INTERNET                                  PEKERJAAN
•HARTANAH                                  TETAP
•TAKAFUL
•UNIT TRUST
 dan lain-lain.
                  MariMenujuKejayaan.com




                            - 44 -
            BAB 7
   KAEDAH-KAEDAH PENJANAAN
            WANG
Anda sudah tiba ke bab yang terpenting dalam usaha mencapai kebebasan
kewangan anda. Di sinilah segala-galanya bermula. Tetapi perlu diingatkan
anda perlu berlatih semula segala asas-asas yang perlu diperkuatkan
sebelum kita memasuki peringkat ini iaitu peringkat membina wang anda.

Sebenarnya, ada 1001 cara untuk menjana wang di dunia ini. Ia bergantung
100% kepada kreativiti dan juga samada anda berani atau tidak mengambil
risiko untuk melakukannya. Saya akan hanya menceritakan secara ringkas
beberapa kaedah-kaedah yang berguna untuk anda melakukannya dengan
cepat dan juga semasa anda berada dalam pekerjaan tetap anda. Tetapi
sebelum ini mari kita belajar prinsip Pareto atau prinsip 80/20.

Memang betul ada pelbagai cara untuk membina wang tetapi anda mesti
belajar untuk memberi keutamaan pada kaedah yang tertentu sahaja. Saya
akan menceritakan pelbagai cara untuk membina wang tetapi anda mesti
sendiri bijak memilih mana yang akan menjana duit paling banyak untuk
anda. Secara ringkasnya prinsip 80/20 atau peraturan Pareto telah dijumpai
oleh seorang posmen/ahli sosiologi Itali lebih kurang 100 tahun dahulu. Dia
mengatakan bahawa 80% perkara yang kita lakukan adalah sebenarnya
tidak penting manakala 20% perkara yang kita lakukan itu yang sebenarnya
kritikal. Jadi sebenarnya hanya 20% usaha kita yang akan mendatangkan
80% pendapatan kita. Ia juga boleh dibuktikan dengan contoh bahawa 80%
kekayaan negara terletak di tangan 20% populasi sahaja. Juga, 20% dari
negara-negara kaya dunia menguasai lebih dari 80% kekayaan dunia! Jadi
saya akan memberi cadangan dan rancangan bagaimana untuk memberikan
keutamaan segala usaha-usaha anda. Sebelum itu mari kita melihat antara
kaedah-kaedah menjana wang yang boleh anda gunakan.

KAEDAH 1 – SIMPANAN MELALUI TAKAFUL/INSURANS

Sebenarnya, dari bab-bab yang sebelum ini, kita asyik memberi tumpuan
kearah menjadi seorang Pelabur. Memang benar, dari contoh-contoh yang
diberikan kita bermula dengan “we work hard for the money”. Dengan
pekerjaan tetap, mengumpul harta, modal dan sebagainya. Bila masa berlalu
segala penat lelah kita itu akan diganti dengan senang lenang bila hasilnya
sudah kita kecapi, dengan modal yang terkumpul sebegitu banyak.

Seperti yang saya pernah bertanya di dalam bab sebelum ini, jika anda jatuh
sakit, anda terpaksa berhenti kerja atau meninggal dunia, di mana
perniagaan, mata pencarian, pelaburan dan anda akan terjejas, bukan?

                                   - 45 -
Bukan setakat itu saja, apa akan jadi pada tanggungan anda? Kita sudah
bincangkan sebelum ini mengenai hutang. Bagi individu, pinjaman
perumahan adalah hutang baik kerana anda akan menjual rumah itu untuk
keuntungan yang jauh lebih tinggi dari faedah atas pinjaman itu. Juga, jika
anda mengambil pinjaman persendirian untuk melabur dalam perniagaan
yang memberi pulangan yang lumayan, itu adalah hutang baik. Masalahnya,
siapa yang nak meneruskan liabiliti anda seperti hutang-hutang untuk
membuat pelaburan, seperti ansuran pinjaman rumah, kenderaan, dan
sebagainya?

Jika di dalam contoh di atas, kita membuat andaian anda bergabung
pendapatan suami isteri untuk membayar keperluan perbelanjaan bulanan,
membuat simpanan dan sebagainya untuk mencapai kebebasan kewangan
keluarga anda, untuk membina dan mengumpul harta. Anda menunggu
selama 3 tahun, 10 tahun malah 14 tahun untuk berada di tahap itu.
Bagaimana jika ditakdirkan salah seorang atau pun kedua-duanya tiada lagi
di dunia ini? Pernahkah anda terfikir hingga ke tahap itu?

Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Takaful atau pun Insurans. Saya
tidak akan memberi ulasan yang panjang mengenai perkara ini. Secara
ringkasnya, Takaful/Insurans itu adalah berbentuk simpanan dan juga
pelaburan. Ianya lebih kepada simpanan paksaan (forced savings). Sebelum
ini, anda telah didedahkan kepada instrumen pelaburan melalui ASB di mana
anda menyimpan RM1,000.00 – RM4,000.00 sebulan untuk mencapai
matlamat kewangan anda untuk tempoh jangka masa yang tertentu seperti
10 – 14 tahun. Di akhir tempoh tersebut, barulah anda akan menikmati
habuannya.

Lain pula dengan takaful/insurans. Sebenarnya, anda membina matlamat
kewangan anda sekarang. Iaitu anda atau pasangan anda atau tanggungan
anda akan dapat menikmati hasil pelaburan di saat pemergian anda atau
pasangan anda atau kedua-duanya sekali. Matlamat Kewangan anda adalah
terjamin.

Seperti yang saya katakana sebelum ini, kaedah pelaburan seperti ini adalah
salah satu daripada cara-cara untuk mencapai Matlamat Kewangan anda.
Sila perhatikan gambarajah di mukasurat yang berikut bawah ini :




                                   - 46 -
RM




                JUMLAH
              SIMPANAN/
              PELABURAN
                 YANG
               TERSEDIA                      SIMPANAN




                                                       TAHUN


KAEDAH 2 – MELABUR DALAM SAHAM DAN SAHAM AMANAH

Jika anda berani, ini adalah cara termudah untuk melakukannya. Cuma anda
perlu meletakkan sedikit sahaja wang ke dalam pelaburan saham ini. Buku
panduan ini tidak akan memberikan penumpuan kepada kaedah ini. Ada
pelbagai lagi sumber-sumber yang jauh lebih canggih dalam menerangkan
kaedah ini. Cuma satu sahaja anda perlu untuk memulakan penjanaan wang
daripada kaedah ini. Anda memerlukan wang sebagai modal untuk
permulaan. Jadi saya tidak akan menyentuh mengenai kaedah ini. Jika besar
modal anda, maka besarlah keuntungan anda. “High Risk, High Returns”.
Banyak bergantung kepada beberapa perkara seperti factor luaran,
kecekapan membuat keputusan dan disiplin diri.

KAEDAH 3 – HARTANAH

Ini cara termudah dan cara pertama yang patut anda gunakan untuk
menjana wang. Rumah anda sekarang adalah senjata untuk anda mencapai
kebebasan kewangan anda. Anda patut menetapkan matlamat untuk
menjual rumah itu bersama-sama Akaun 2 KWSP anda dan merancang untuk
berpindah ke kawasan lain yang lebih murah dan juga berpatutan. Misalnya,
anda boleh membeli sebuah rumah dengan harga yang sedikit tinggi kerana
anda mengetahui kawasan ini mempunyai potensi tinggi dan berdekatan
dengan tempat kerja anda seperti di Kota Damansara dan menjualnya
selepas 3 tahun dan berpindah ke kawasan seperi Puchong, Seremban
ataupun Rawang! Ada pelbagai sumber maklumat berkenaan pelaburan
hartanah ini yang boleh diperolehi di luar sana seperti dari Azizi Ali dan
banyak lagi. Saya tidak akan menyentuh mengenai kaedah ini. Hanya anda
perlu melakukannya sebagai Langkah pertama untuk menjana wang anda.




                                  - 47 -
KAEDAH 4 – MENJUAL MAKLUMAT

Ini adalah rahsia yang tidak diketahui ramai. Anda sebenarnya boleh
membuat duit atas angin dengan hanya menjual maklumat yang berguna
kepada orang ramai. Mungkin anda terfikir hanya ahli-ahli akademik
terpelajar sahaja yang boleh menulis sebuah buku panduan yang boleh
membantu orang ramai. Jawapannya, tidak. Sesiapa sahaja boleh menulis
apa-apa. Asalkan ia mudah difahami oleh sesiapa yang membacanya dan
yang paling penting segala sumber datang dari diri anda sendiri juga.
Pengalaman dan sejarah hidup anda adalah sumber yang terbaik kerana ia
adalah kisah benar yang boleh juga dimanfaatkan oleh orang lain. Anda juga
mungkin terfikir yang anda perlu mempunyai modal yang besar dan juga
kenalan dalam MPH, penerbit, pencetak, pengarang dan bermacam-macam
lagi, tetapi realitinya anda boleh menjualnya terus dengan hanya
mengiklankannya di akhbar harian.

Samada anda sedar atau tidak, ini adalah sebahagian dari ciri-ciri perniagaan
MariMenujuKejayaan.com ini. Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai
perkara ini di bab yang seterusnya.

KAEDAH 5 – MLM/JUALAN LANGSUNG/MENJUAL INSURANS

Ini memerlukan sedikit tenaga dan masa untuk menjayakannya dan anda
perlu menebalkan muka juga untuk melakukannya. Memang ramai telah
berjaya melakukan dengan jayanya, mengapa anda tidak? Walau
bagaimanapun, cuma 10% sahaja yang benar-benar berjaya dalam bidang
ini. Mereka inilah upline yang betul-betul berdedikasi, bekerja keras keluar
pagi balik malam bila menjalankan perniagaan ini. “They really work hard for
their money”. Hanya kerana mereka benar-benar percaya terhadap Matlamat
Kewangan mereka dan mereka bekerja keras untuk mencapainya.

Ia juga merupakan tempat latihan percuma untuk menjual apa-apa yang
terbaik. Saya tidak akan menceritakan dengan panjang lebar mengenai topik
ini, apa yang anda perlu lakukan adalah mencari seorang mentor atau upline
yang akan menceritakan segalanya kepada anda.

KAEDAH 6 – INTERNET

Inilah rahsia membina wang zaman ini yang tidak ramai sebenarnya tahu.
Ada ramai orang telah membina wang dari internet, menjana pendapatan
dalam Dollar US dari rumah dengan memakai baju tidur sahaja. Untuk
menjana wang dengan jayanya dengan menggunakan komputer dan
Internet, anda memang perlu mahir dalam Bahasa Inggeris. Saya telah
menerangkan secara terperinci di dalam bab sebelumnya mengapa Bahasa
Inggeris itu penting. Jadi inilah masanya untuk menggunakan kemahiran
Bahasa Inggeris anda untuk membina wang “atas angin” dari Internet di bilik
tidur anda sahaja.


                                    - 48 -
Namun, MariMenujuKejayaan.com tidak menekankan sangat penggunaan
Bahasa Inggeris. Untuk permulaan anda boleh menggunakan Bahasa Melayu
dan memberi focus pasaran di Malaysia. Pastikan anda membaca e-Maklumat
ini kerana ia mengandungi maklumat lengkap serta terperinci bagaimana
untuk memulakan perniagaan Internet dari bilik tidur anda tanpa
memerlukan sebarang modal atau pinjaman perniagaan beribu-ribu Ringgit.
Hanya satu perkara penting yang saya minta iaitu anda perlu mahir dalam
mengendalikan komputer. Jika perlu, anda boleh mengeluarkan sedikit wang
untuk mengikuti latihan penggunaan komputer.

Tapi, tunggu! Masih ingat lagi pesanan saya berkenaan pekerjaan tetap
anda? Tak perlu berbelanja untuk menghadiri latihan-latihan di luar,
kemahiran-kemahiran ini juga boleh digunakan dalam pekerjaan tetap anda
yang juga akan mendatangkan gaji yang lebih tinggi. Tahukah anda betapa
sukarnya mencari pekerja yang mampu menggunakan komputer di pasaran
sekarang?

Di sini saya ingin menyatakan bahawa anda mungkin sudah mengetahui
bahawa rahsia untuk menjana wang dalam Internet adalah melalui
pemasaran produk orang lain dan juga Jualan Langsung internet. Tetapi
MariMenujuKejayaan.com ini akan menunjukkan kepada anda
bahawa anda akan menjadi tersangat berjaya jika anda memasarkan
produk sendiri di internet. Saya memang yakin anda mampu
melakukannya.

KAEDAH 7 – PROGRAM MariMenujuKejayaan.com

Ya, inilah rahsia segala rahsia. Telah tiba masa anda untuk menjadi seorang
yang lebih berjaya. Sebenarnya bukanlah menjadi seorang jutawan (kalau
boleh, apa salahnya?). Tetapi lebih kepada berjayanya anda dalam mencapai
Matlamat Kewangan anda. Itu yang paling penting. Tak begitu?

Sebenarnya, formulanya adalah mudah untuk anda gunakan dalam mencipta
sebuah Model Perniagaan Internet yang boleh membuat duit atau
menjanakan modal untuk anda. Apa yang anda perlu buat ialah MENELITI
betul-betul atau memahami apa yang TERSURAT dan apa yang TERSIRAT di
sebalik usaha-usaha yang dibuat oleh Usahawan Internet yang sudah
berjaya. Anda perlu ada MODEL yang seumpamanya.

Bagaimana?

Anda boleh membangunkan Perniagaan Internet anda sebagaimana yang
dijalankan oleh Usahawan Internet tersebut. Anda boleh menjual produk
anda sendiri. Anda boleh menjual produk yang sama seperti yang dijual oleh
Usahawan Internet tersebut. Atau anda boleh menjual produk-produk lain
mengikut kepakaran anda, kefahaman anda, minat dan sebagainya.




                                   - 49 -
Baiklah, mungkin ramai yang berfikir bahawa satu-satunya jalan untuk
menjana modal atau membuat duit di Internet ialah dengan MENJUAL
produk. Betul? Jawapannya ialah salah! Anda sebenarnya BOLEH membuat
duit TANPA menjual apa-apa pun!

Kenapa, tak percaya?

Sebenarnya, anda BOLEH! Jika anda tak perlu menjual apa-apa pun, ini
bermakna anda tak perlu pun ada sebarang produk untuk dijual, tetapi masih
mendapat duit.

Masih lagi tak percaya?

Bila dah tak perlu menjual apa-apa disebabkan tiada produk pun yang nak
dijual, ini bermakna anda tidak perlu pun memproses sebarang pembayaran.
Seterusnya, anda tidak perlu ada sebarang mesin atau membuka akaun
“merchant” dengan bank yang akan mengenakan caj perkhidmatan sampai
beribu-ribu Ringgit untuk kemudahan tersebut. Tambahan lagi, anda tak
perlu bersusah payah untuk pergi ke bank atau pejabat pos tiap-tiap hari
untuk membuat urusan cek/wang pos. Tambahan lagi, disebabkan tiada
produk yang anda jual, ini bermakna anda tak perlu menghantar produk
kepada sesiapa pun.

Masih tak percaya lagi?

Kadang kalanya, anda tidak perlu langsung membangunkan atau mencipta
satu laman web demi untuk menjana pendapatan, buat duit, kumpul modal,
dan seumpamanya. Ini bermakna, anda tidak perlu menghabiskan wang
ringgit dan tenaga untuk membina laman web tersebut. Bila tiada laman web
untuk dibangunkan, anda tak perlu pun berbelanja mengeluarkan duit untuk
membayar perkhidmatan web hosting, sebab anda sememangnya tidak
mempunyai sebarang laman web pun!

Saya rasa anda sudah boleh berjimat beratus Ringgit atau mungkin sampai
beribu Ringgit disebabkan anda tidak perlukan semuanya di atas itu.

Maka itulah dia MariMenujuKejayaan.com. Dengan membeli e-Maklumat ini,
anda sudah pun melangkah ke arah Perniagaan Internet.

Walau bagaimanapun, saya tinggalkan anda di sini dahulu dengan ilmu-ilmu,
pandangan, nasihat dan panduan yang saya telah tuliskan untuk anda
renungkan dan praktikkan demi untuk mencapai Matlamat Kewangan anda.

Ikutilah MariMenujuKejayaan.com di dalam penulisan saya yang seterusnya
di penerbitan yang akan datang..

                          Wassalam & Semoga Berjaya.
Zailan Abd Aziz

                                    - 50 -

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:333
posted:10/1/2009
language:Malay
pages:50