Blog Untuk Cari Duit

Reviews
Stats
views:
132
rating:
not rated
reviews:
0
posted:
9/30/2009
language:
Bahasa Melayu
pages:
0
JANA RM MENGGUNAKAN BLOG BLOG Untuk DUIT Formula Rahsia untuk menjana pendapatan dari blog!! BLOG untuk DUIT 0 Pengenalan Internet telah memperkenalkan satu jenis komuniti siber yang dikenali sebagai BLOG. Setiap orang merupakan webmaster didalam blognya sendiri dimana mereka boleh berkongsi idea, jenaka, emosi, nasihat dan apa-apa saja yang boleh diterjemahkan dalam perkataan. BLOG merupakan laman yang paling popular yang dilawati hampir 10,000 pengunjung dalam sebulan! Di dalam buku ini, kami mengajar anda bagaimana untuk membina BLOG anda sendiri, menjadikannya popular semungkin boleh dan yang paling menarik anda boleh BUAT DUIT darinya. Sebelum anda teruskan membaca, kami ingin berpesan bahawa untuk membina blog yang berjaya menarik ramai pengunjung bukanlah dalam masa yang singkat. Apa saja blog ataupun laman web memerlukan masa dan tumpuan untuk menjadi popular dan berjaya sekaligus menjana wang. Jadi, sekiranya anda mencari skim cepat kaya, buku ini bukan untuk anda!!! Didalam buku ini, kami tunjukkan 10 langkah-langkah untuk membina blog yang menarik, bagus dan menguntungkan sehingga mampu menjana wang 24 jam setiap hari walaupun anda sedang tidur. Ianya tidak mustahil. Kami hanya meminta anda meluangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami isi kandungan buku ini. Antoine Maalouf Director of ATMleb ATMleb Hosting BLOG untuk DUIT 1 Langkah 1 Membuka Blog `Blogging’ adalah salah satu dari sumber yang boleh memberi keuntungan dan ianya mudah untuk dibina dan diselenggarakan. Bayangkan, anda dibayar apabila anda menulis sesuatu perkara yang anda gemari, bila-bila saja anda suka dan dimana saja anda berada. Pertama, anda perlu membuka blog. Ada berbagai-bagai pilihan samada hos blog anda menggunakan domain anda atau menggunakan blog percuma. Untuk permulaan, mari lihat blog percuma. Anda boleh dapatkan blog percuma di www.blogger.com ataupun yang terbaru (lagi bagus) www.wordpress.com. Sekiranya anda penggemar internet, sudah pasti anda biasa mendengar Wordpress, website blog percuma yang semakin berkembang. Blogger.com dimiliki oleh Google, jadi blog anda akan dikesan dengan lebih cepat apabila menggunakan radar Google. Manakala Wordpress.com adalah pilihan baru. Walau bagaimanapun, Wordpress lebih baik dari segi kemudahan seperti `Trackbacks’ dan `Categories’. Anda juga boleh menguruskan `sidebar links’ dengan lebih baik (akan diterangkan kemudian). Dapatkan blog percuma samada di Blogger.com (http://www.blogger.com/signup.g) atau Wordpress (http://wordpress.com/signup/). Setelah itu, mahirkan diri anda dengan menghantar `post’ anda yang pertama didalam blog anda dan mencuba dengan berbagai `option’ dan `templates’. Disini ada beberapa istilah lazim yang boleh membantu : 1) Permalink – link url kepada post individu 2) Trackback – apabila anda post blog post orang lain, post anda akan keluar di bahagian `trackback’ mereka. Walaubagaimanapun, `feature’ ini tidak terdapat didalam blog apabila anda menggunakan akaun Blogger.com. 3) Pinging – Pinging adalah suatu tindakan dimana pengumpul blog tertentu diberitahu apabila anda mengemaskini blog anda dan post anda yang baru boleh dipamerkan di website mereka. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan trafik. BLOG untuk DUIT 2 Setakat ini, saya akan membiarkan anda untuk mencuba blog anda dengan menggunakan `feature’ yang terdapat didalamnya. Dalam langkah seterusnya, kita akan membincangkan pelbagai kaedah dan cara bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari blog dan juga tip-tip bagaimana untuk menulis `post’ yang mampu menarik ramai pengunjung dan membuatkan mereka datang kembali untuk terus membaca. Langkah 2 Isi Kandungan Blog Kita akan membincangkan isi kandungan yang sesuai untuk blog anda bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Pertama sekali, saya ingin menekankan bahawa tiada skop yang tetap untuk blog anda, maksudnya anda boleh menulis apa-apa saja yang anda gemari. Bagaimanapun, perbezaan di antara blog yang menjana pendapatan dan blog yang tidak menjana pendapatan adalah cara bagaimana sesuatu blog itu ditulis. Cuba renungkan, adakah anda lebih suka membaca artikel kuliah dari professor universiti anda atau novel terbaru karangan penulis kegemaran anda? Sudah pasti anda lebih suka untuk membaca novel tersebut kerana ia lebih menarik perhatian anda daripada artikel kuliah pensyarah anda. Apa yang penting disini ialah kebanyakan orang lebih suka untuk membaca sesuatu yang relaks dan santai. Cuba anda perhatikan, apabila seseorang log masuk ke blog anda, mereka tidak hanya melihat kepada maklumat tetapi mereka juga melihat kepada maklumat yang mudah bagi mereka untuk perolehi. Jadi, untuk menarik lebih ramai pengunjung baru dan membuatkan pengunjung yang sedia ada untuk datang kembali, penting untuk anda memasukkan sentuhan emosi kemanusiaan (human touch) didalam post blog anda. Ini boleh anda lakukan dengan mudah dengan membayangkan seolah-olah anda sedang bercakap tentang sesuatu topik dengan sahabat anda. . Bonus tambahan untuk menarik perhatian pembaca blog anda ialah unsur-unsur jenaka (sense of humour), jadi cuba masukkan komenkomen yang lucu didalam artikel anda dimana-mana yang anda fikirkan sesuai. BLOG untuk DUIT 3 Adalah penting untuk anda mengelakkan pembaca daripada merasakan mereka membaca sebuah ucapan. Anda patut menulis seolah-olah anda sedang berbual dengan seseorang kerana ini akan membuatkan pembaca merasakan anda seperti kawan. Apa yang anda tulis menggambarkan personaliti anda. Manusia adalah makhluk yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi secara natural pengunjung blog anda terdorong untuk mengetahui anda melalui maklumat yang anda tulis. Ianya seolah-olah anda mencipta jenama anda sendiri dimana orang dengan mudah dapat mengingati nama blog anda apabila mereka memerlukan maklumat tentang `gadget’ sama seperti bagaimana orang secara spontan memikirkan McDonald’s untuk rujukan makanan segera dan Nike untuk barangan sukan. Kesimpulannya untuk langkah 2 ialah cuba menulis seolah-olah anda sedang berbual dengan sahabat anda tentang sesuatu topik dan bina personaliti anda melalui tulisan anda. Langkah 3 Memerah Otak Untuk Kandungan Blog Hadapi kenyataan, anda perlu mengemaskini blog anda untuk mengekalkan pembaca yang sedia ada. Anda perlu rajin mencari topiktopik baru untuk ditulis. Apa yang harus anda tulis? Saya rasa artikel pertama yang blogger patut tulis adalah apa yang mereka suka dan gemari. Anda memilih `blogging’ sebagai karier anda kerana mahu melepaskan diri dari kerjakerja yang biasa – anda akan menyiksa diri anda sekiranya memaksa diri untuk menulis sesuatu yang anda tidak minat. Salah satu sebab mengapa saya menyuruh anda menulis sesuatu yang anda ghairah (bukan terhadap seks) kerana ianya menggambarkan perasaan dan emosi anda melalui apa yang anda tulis. Sekiranya anda menulis sesuatu subjek yang bertentangan dengan pendapat anda yang sebenarnya, pembaca anda dapat mengesannya. BLOG untuk DUIT 4 Apabila anda telah menetapkan sesuatu tema untuk blog anda, mulalah menulis post anda mengenai tema tersebut dan jadikan ia sebagai habit untuk menulis post sekurang-kurangnya sekali setiap hari walaupun ianya cuma komen tentang artikel di suratkhabar yang anda baca hari ini. Cuba bayangkan diri anda seperti keretapi raksaksa. Ianya memerlukan kuasa yang besar untuk bergerak. Pada mulanya anda mungkin hanya bergerak seinci dan kemudian merangkak perlahan sehingga akhirnya anda mendapat kelajuan yang sepenuhnya sehingga memerlukan kuasa yang besar pula untuk memberhentikan anda. Walaubagaimanapun, tidak kira betapa bagusnya anda mengetahui tentang sesuatu topik, adakalanya otak anda buntu. Jadi disini ada beberapa kaedah untuk memerah otak (brainstorm) bagi idea-idea yang hebat untuk isi kandungan blog anda. 1) Satu cara yang baik ialah dengan melihat apa kata blogger yang lain tentang topik perbincangan anda. Cara terbaik untuk mencari blog yang berkaitan adalah dengan menggunakan http://blogsearch.google.com/ or www.technorati.com. Anda juga boleh membuat carian menggunakan tool carian yang lain. Daripada blog-blog tersebut, anda boleh mendapat lebih banyak pengetahuan untuk topik anda. 2) Apabila anda telahpun mempunyai hubungan (contacts) dengan blogger yang lain yang sama bidang, anda tidak perlu lagi terlalu aktif untuk mencari kandungan artikel untuk ditulis. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih juga buntu, cari artikel-artikel baru mengenai topik anda di suratkhabar ataupun melalui laman web seperti http://news.google.com and http://news.yahoo.com. 3) Anda juga boleh bersembang dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama tentang sesuatu topik dan dari situ anda mendapat topik yang menarik untuk dibincangkan didalam blog anda. Anda boleh turut serta didalam forum-forum berkenaan tema anda tetapi jangan turut serta setiap forum yang ada. Fokus pada satu atau dua forum sahaja yang mempunyai ahli yang ramai yang membincangkan topik yang sama dengan tema anda. Secara tidak langsung ianya akan membawa trafik ke blog anda dan anda berpeluang menjana pendapatan dari blog anda. Ingat, teruskan momentum anda untuk menulis post sekurang-kurangnya sekali setiap hari (atau lebih sekiranya anda mempunyai banyak maklumat dan isi kandungan untuk ditulis), oleh itu enjin carian yang besar (major search engine) akan tahu BLOG untuk DUIT 5 bahawa blog anda mempunyai kandungan atau maklumat baru setiap hari. Ini akan menarik enjin carian untuk mengesan blog anda dan sekaligus dapat membawa trafik. Ingat, tetapkan komitmen anda dengan menulis post setiap hari dan bina momentum anda! Langkah 4 Memaksimakan Enjin Carian Sekarang, anda telahpun mempunyai blog yang sarat dengan isi kandungan yang anda tulis dengan penuh ghairah (eager) dan minat. Walaubagaimanapun, sebagus mana sekalipun isi kandungan blog anda tetapi sekiranya tiada siapa yang membacanya, anda tidak dapat menjana sebarang pendapatan dari blog tersebut. Trafik adalah nyawa kepada blog anda. Trafik maksudnya kesesakan kunjungan ke blog atau laman web anda. Untuk membawa trafik ke blog, anda mesti menawarkan dan memberikan maklumat yang menarik. Cukup mudah. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan trafik ke blog anda, anda perlu fikirkan dimanakah orang akan rujuk apabila mereka memerlukan sebarang maklumat. Ya, selalunya mereka akan menggunakan enjin carian seperti www.google.com, www.yahoo.com and www.msn.com. Jadi, untuk membawa mereka ke blog anda, blog anda memerlukan kedudukan yang tinggi (high rank) pada keputusan carian (result pages) di enjin carian ini. Apabila mereka mencari maklumat melalui enjin carian dan melihat blog anda tersenarai di antara keputusan teratas (top results), selalunya mereka akan klik ke blog anda. Kreativiti untuk membuatkan blog anda tersenarai di kedudukan teratas di `search result pages’ dipanggil search engine optimization (SEO). Ianya merupakan satu subjek atau perkara yang sangat kompleks dan sukar untuk sampai ke tahap pakar atau mahir tetapi ianya tidak membuatkan kami berhenti dari terus mempelajari teknik mudah dan berkesan untuk menakluki (conquer) `search results’ bagi katakunci (keywords) tertentu. BLOG untuk DUIT 6 Sekarang, mari tentukan katakunci yang anda mahu untuk mengoptimakan blog anda. Sebagai contoh, blog anda memperkatakan tentang teknologi peralatan kecil (tech gadgets). Sekarang, cuba periksa di dalam Google samada ianya katakunci yang ada persaingan. Sewaktu menulis buku ini, ada 29,000,000 search results tentang `tech gadgets’. Adakah anda fikir anda boleh menandingi 29,000,000 laman web tersebut untuk percubaan pertama kali? Saya fikir tentu sekali tidak. Sekarang, cuba khususkan atau spesifikkan skop anda. Cuba lihat “technological gadgets” selain “tech gadgets”. Google menyenaraikan 792,000 keputusan. Katakunci ini lebih baik daripada “tech gadgets” tetapi anda perlu mencari katakunci yang lebih fokus. Walaubagaimanapun, cuba optimakan blog anda untuk katakunci “technological gadgets” untuk tujuan pembelajaran. Pertama, anda harus memberikan perhatian pada tajuk blog anda. Oleh kerana anda mahu mengoptimakan katakunci untuk “technological gadgets”, anda perlu meletakkan rangkaikata yang tepat pada tajuk blog anda. Contohnya rangkaikata seperti “Your Best Technological Gadget Blog!” cukup baik. Anda boleh menukar tajuk blog anda di panel kawalan Blogger atau Wordpress sewaktu anda membina blog. Selain daripada itu, kepala mukasurat (page heading) anda juga perlu ada rangkaikata yang mahu anda optimakan. Ini penting kerana ia memberitahu enjin carian tentang kandungan mukasurat anda (dalam kes contoh ini, “technological gadgets”).

tags selalunya adalah merujuk kepada tajuk post, jadi jangan lupa untuk memasukkan rangkaikata dimana-mana yang boleh dan sesuai. Perbanyakkan perkataan “technological gadgets” di dalam blog anda dimana yang sesuai. Kekerapan menggunakan rangkaikata ini di blog anda akan memberikan isyarat kepada enjin carian bahawa blog anda memang berkaitan dengan topik yang dicari. Yang paling penting sekali ialah selalu ingat bahawa anda menulis untuk memberi maklumat kepada pembaca blog anda, jadi jangan rosakkan blog anda dengan meletakkan katakunci di tempat yang tidak betul! Jika berlaku demikian, enjin carian akan menandakan blog anda sebagai `spamming’ dan membuatkan kedudukan anda di enjin carian jatuh sehingga tiada didalam senarai … jadi ingat selalu! Tulislah untuk manusia, bukan untuk enjin carian! BLOG untuk DUIT 7 Langkah 5 Offpage Search Engine Optimization (SEO) Anda telah mengoptimakan blog anda kepada kedudukan yang baik untuk keputusan carian (search result) bagi katakunci tertentu yang telah anda tetapkan. Tetapi apa yang malangnya, ianya hanya memberi kesan yang kecil kepada kedudukan carian anda. Walaubagaimanapun, jangan skip langkah ini kerana walaupun ianya terlalu remeh tetapi ia masih boleh membantu dalam persaingan kedudukan enjin carian! Sekarang, kita beralih kepada offpage search engine optimization. Faktor ini tiada di dalam blog anda tetapi ianya memberi kesan yang besar kepada kedudukan enjin carian (search engine rankings). Terdapat banyak faktor-faktor offpage, kita akan melihat satu persatu. Pertama ialah jumlah pautan (links) kepada blog anda. Secara amnya, semakin banyak pautan kepada blog anda, ianya akan menaikkan kedudukan blog anda di enjin carian kerana ia menghantar isyarat kepada enjin carian bahawa blog anda sememangnya bagus untuk carian berkenaan topik yang dicari. Walaubagaimanapun, lakukan pemerhatian kepada kualiti pautan blog tersebut. Contohnya, 1,000 pautan dari blog yang tidak sesuai seperti laman mencari jodoh tidak akan membantu menaikkan kedudukan blog anda kerana ianya tiada kaitan dengan blog anda yang berkenaan barangan teknologi. Sebaliknya walaupun terdapat hanya 1 pautan dari laman web yang berwibawa tentang teknologi peralatan kecil (technological gadgets) ianya akan menaikkan kedudukan blog anda dalam enjin carian. Bagaimanapun, cara yang paling baik untuk mendapatkan pautan yang berkualiti dari laman web yang berwibawa adalah dengan meminta kebenaran dari mereka. Sekiranya blog anda mempunyai isi kandungan yang berkualiti dan asli dan menyumbang maklumat yang berharga kepada pembaca, ianya akan menarik minat `webmaster’ lain untuk melakukan pautan kepada blog anda dan mungkin juga menulis tentang anda! Bagaimana hendak meminta webmaster dari laman yang berwibawa untuk melakukan pautan ke blog anda? Cara yang paling mudah ialah dengan menghantar email terus kepada webmaster tersebut dengan BLOG untuk DUIT 8 syarat blog anda benar-benar kaya dengan maklumat untuk pembaca yang mencari topik yang berkenaan. Cuba lakukan carian di enjin carian untuk katakunci yang telah anda tetapkan. Dalam kes ini, kita cari katakunci “technological gadgets”. Keputusan enjin carian yang keluar ialah www.t3.co.uk dan www.acarplace.com/brands/gm/gadgets.html. Ini adalah laman web komersial, jadi abaikan. Kita mencari laman web berasaskan komuniti dan blog lain yang mempunyai akses yang tinggi. Nampaknya laman web www.gizmodo.com adalah pilihan yang bagus! Jadi, hantar email kepada webmaster laman web www.gizmodo.com (anda boleh lihat email webmaster di laman web). Mula dengan menyatakan bagaimana anda menemui laman web mereka (contohnya “mencari maklumat gadget” dan bukannya “mencari rakan pautan” (link partners)!) dan bagaimana anda rasa laman web mereka mengandungi maklumat berguna. Pada asasnya, nyatakan sesuatu yang baik dan bagus tentang laman web mereka secara jujur. Kemudian, anda boleh mencadangkan bahawa kandungan blog anda mungkin boleh dipautkan dengan laman web mereka atau sebaliknya memandangkan mempunyai persamaan tema. Letak pautan (link) mereka di blog anda dan bertanya secara memberi pilihan samada mereka juga ingin meletakkan pautan blog anda di laman web mereka supaya boleh memberi faedah kepada laman web mereka dan blog anda. Kemungkinan juga anda akan berjumpa dengan orang yang langsung tidak menjawab email anda, tidak mengapa, lupakan tentang web mereka dan teruskan dengan yang lain. Padam pautan mereka dari blog anda sekiranya mereka tidak menjawab email anda dalam masa dua minggu. Teruskan membuat perkara yang sama kepada 30 keputusan carian dan lama kelamaan blog anda sudah ada beberapa pautan dari laman web yang bagus. BLOG untuk DUIT 9 Langkah 6 Sumber Trafik Mendapatkan pautan dari website lain bukanlah satu-satunya cara untuk menarik pengunjung untuk melawat blog anda. Ada lagi cara lain untuk menarik trafik ke blog anda secara percuma ataupun berbayar. Perkara pertama yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan trafik ialah dengan mengemaskini kandungan post anda sekerap mungkin. Jadikan blog anda tempat bagi mereka yang mempunyai masalah untuk membuat rujukan dengan menulis “manuals” ataupun artikel atau menawarkan maklumat berguna dan hantar post anda ke direktori artikel. Apabila anda menghantar artikel kepada direktori artikel, anda dapat mendedahkan nama anda kepada beribu-ribu pengunjung secara percuma! Kebanyakkan direktori artikel menyediakan ruang untuk anda meletakkan maklumat anda, biodata ringkas dan sebagainya. Berikut adalah senarai direktori artikel www.eZineArticles.com www.ultimatearticledirectory.com www.submityourarticle.com Satu lagi cara untuk mendapatkan trafik ialah dengan turut serta dalam forum yang berkaitan dengan blog anda. Untuk turut serta dalam forum, anda cari menggunakan enjin carian dengan memasukkan “katakunci” anda dan “forum” contohnya “technological gadgets forum”. Sertai forum yang mempunyai paling ramai ahli yang turut serta dan aktif. Untuk mengetahui samada forum itu aktif atau tidak, periksa tarikh kiriman yang terkini. Apabila anda turut serta dalam sesuatu perbincangan tentang bidang anda dan memberikan post yang berguna dan bagus, peserta lain akan mula mengenali anda dan memberikan perhatian kepada apa yang anda katakan. Kebanyakan forum, anda dibenarkan meletakkan pautan ke laman web anda di bahagian tandatangan yang terletak di bawah setiap post yang anda hantar di forum. Pembaca akan klik dan melawat blog anda sekiranya mereka merasakan post anda banyak membantu dan penuh dengan maklumat. Secara tidak langsung trafik dari forum akan melimpah ke blog anda dan sekiranya blog anda ada menjual produk BLOG untuk DUIT 10 atau program affiliate, mereka begitu yakin untuk turut serta kerana anda telah meyakinkan mereka bahawa anda adalah seorang yang pakar. Katakanlah anda mempunyai 100 pengunjung setiap hari. Apakata anda sediakan satu laporan yang menarik ataupun hadiah dan letakkan diblog anda, dengan menawarkannya secara percuma kepada pengunjung sekiranya mereka dapat merujuk 3 orang kawan mereka untuk melawat blog anda. Sekiranya laporan anda memang benar-benar menarik atau hadiah anda memang unik, ianya akan menarik pembaca blog anda dan sudah tentu mereka akan merujuk 3 kawan mereka untuk melawat blog anda. Anda boleh menggunakan teknik “blog dan ping” yang disebut-sebut oleh ramai orang. Secara dasarnya, apabila anda mengemaskini blog anda, anda boleh memberitahu blog portals seperti www.technorati.com dengan `pinging’ mereka. Anda boleh `ping’ beberapa portal yang lain dengan sekali saja dengan menggunakan www.pingomatic.com secara percuma. Selain daripada teknik-teknik yang saya nyatakan, ada juga kaedah berbayar seperti membeli pautan daripada `high-ranking pages’ atau membeli banner di ruang iklan. Seperkara yang perlu diingat apabila membeli trafik pastikan anda mendapat keuntungan darinya, sekiranya anda tidak dapat apa-apa hasil, hentikan ia sebelum anda mengalami kerugian. Langkah 7 Menjana Wang Dari Blog Anda Anda telah berusaha sebaik-baiknya untuk menghasilkan blog yang berkualiti, mempunyai kandungan yang asli dan berjaya menarik sebahagian besar trafik ke blog anda. Dengan trafik yang ramai anda tidak mendapat sebarang hasil jika anda tidak mengubah trafik itu menjadi pendapatan untuk anda. Ada beberapa cara untuk menjana pendapatan daripada pengunjung blog anda. Google’s Adsense programme menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan dengan begitu mudah. Pertama, lawati website mereka di http://adsense.google.com/. Anda akan dapat lebih BLOG untuk DUIT 11 maklumat tentang program pengiklanan mereka. Ini ada sedikit tips yang ingin saya beritahu kepada anda. Pertama, Google’s Adsense programme memang satu cara yang paling bagus untuk anda menjana wang dari blog anda. Setelah pengguna selesai membaca post terbaru di blog anda dan apabila mereka ingin keluar dari blog anda, dan secara kebetulan sekiranya iklan Adsense anda dipaparkan di blog anda, kemungkinan besar mereka akan klik pada iklan tersebut. Hah! Senang-senang anda mendapat wang dari situ! Akan tetapi, sekiranya iklan Adsense anda berada di tempat yang tidak tepat, anda akan menjana pendapatan yang sedikit sahaja. Rujuk https://www.google.com/support/adsense/bin/static.py?page=tips.html untuk melihat “heat map” untuk blog anda. Setelah anda dapat akaun Google Adsense, anda boleh ubah warna teks dan pautan iklan anda. Anda boleh letakkan warna yang sama dengan blog anda. Sekiranya teks blog anda berwarna hitam dan pautan berwarna merah, buat yang sama pada iklan Adsense anda. Satu lagi cara untuk meraih keuntungan dari blog anda ialah dengan mencadangkan beberapa produk kepada pembaca. Apabila pengunjung membeli produk daripada pedagang (merchants) yang anda cadangkan, anda mendapat komisyen. Ini dipanggil sebagai pemasaran affiliate (affiliate marketing). Ianya terlalu mudah untuk dimulakan kerana anda tidak perlu pening-pening kepala untuk mencipta produk anda sendiri atau servis. Bagaimanapun, mari rujuk semula kepada contoh blog kita, technological gadgets. Katakan anda terjumpa produk Gadget X di website pedagang dan mereka menawarkan program affiliate. Apa yang perlu anda lakukan ialah tulis satu post di dalam blog anda tentang Gadget X dan buat rujukan tentang Gadget X. Terangkan faedah tentang produk ini dan masukkan pautan yang diberikan oleh pedagang kepada anda supaya pengunjung boleh membeli Gadget X melalui pautan anda. Seandainya pengunjung klik dan membeli produk tersebut, pedagang akan mengesan pautan anda dan pembelian akan dirujuk kepada pautan anda. Mereka akan memberikan komisyen kepada anda. Bayangkan sekiranya hanya seorang daripada 100 pengunjung yang membeli produk tersebut dan komisyen untuk 1 produk itu ialah $27.00, BLOG untuk DUIT 12 jika ada 10,000 pengunjung dalam satu bulan, bermakna anda mendapat komisyen sebanyak $2,700 dengan hanya menulis 1 post tentang produk tersebut. Program affiliate merupakan satu cara yang paling bagus untuk menjana pendapatan. Tetapi bagaimana mencari program affiliate yang berkenaan dengan tema anda? Senang saja, pergi saja ke Google dan cari katakunci anda + ”affiliate programmes”. Satu lagi cara ialah pergi ke http://www.associateprograms.com/search untuk mencari program affiliate yang berkenaan dengan blog anda. Langkah 8 Pilihan Menjana Wang Kita telah membincangkan tentang program Google Adsense dan program affiliate untuk menjana pendapatan dari blog anda. Bagaimanapun, ada berbagai-bagai cara dan pilihan lagi untuk menjana pendapatan dari blog. Pilihan pertama ialah Chitika (www.chitika.com). Chitika adalah program pengiklanan baru yang sangat baik kerana ia memberikan maklumat yang lengkap tentang iklan. Contohnya, untuk blog technological gadget, Chitika akan memaparkan iklan untuk `tech gadgets’ seperti iPods. Cara mereka memaparkan iklan adalah berbeza, satu untuk “Best deals”, yang satu lagi untuk “details”, satu lagi untuk “reviews” dan seterusnya. Dengan cara ini, ianya memberikan maklumat yang terperinci kepada pengunjung dan bukan semata-mata untuk iklan dan selalunya jumlah klik adalah banyak. Anda boleh memohon disini https://chitika.com/application.php?type=mm Anda juga boleh menjadi affiliate untuk Amazon.com. Amazon menawarkan pelbagai produk tetapi yang paling banyak adalah ebook. Apa-apa pun ebook yang anda cari yang berhubungkait dengan blog anda, pasti ada. Sertai program mereka di https://associates.amazon.com/gp/flex/associates/apply-login.html/ Setelah anda sertai program mereka, anda boleh merujuk pengunjung blog anda kepada mereka dan anda mendapat bayaran komisyen sehingga 10%. Sekiranya anda boleh merujuk ramai pengunjung, BLOG untuk DUIT 13 Amazon adalah sesuai untuk anda. Program ini benar-benar berjaya apabila anda boleh menggunakan template mereka tentang item-item terkini dan sekiranya item itu bersesuaian dengan kriteria yang anda setkan, anda boleh fokuskan iklan anda pada spesifik item atau anda boleh letakkan saja pautan anda di blog anda. Yang terakhir, anda boleh menjual ruang iklan di dalam blog anda sekiranya blog anda benar-benar popular. Cuba lihat blog seperti http://xiaxue.blogspot.com. Blog ini menerima 10,000 pembaca setiap hari dan lazimnya pedagang suka berurusan dengan pemilik blog untuk meletakkan iklan-iklan mereka. Sekiranya anda berjaya menarik sebegitu banyak trafik seperti blog tersebut, sudah pasti ada pembaca yang mahu membeli ruang iklan di blog anda dengan harga dari $150 sebulan bergantung kepada populariti blog anda. Untuk melihat berapa ramai pembaca blog dan pengunjung blog anda setiap hari, gunakan tool percuma di www.statcounter.com. Sekiranya blog anda tidak mempunyai pengunjung yang ramai, anda masih boleh menjual ruang iklan di blog anda dengan dasar `per click’ atau `per impression’. Lawati website www.adbrite.com. Untuk senarai lengkap tentang laman web ini, layari http://performancing.com/node/60. Diharapkan, ini dapat membantu untuk memaksimakan pendapatan dan keuntungan dari blog anda. Langkah 9 Tindakbalas Antara Blog-Blog Sekiranya kandungan blog anda bertambah dan baik, pembaca yang didalam bidang yang sama akan bercakap tentang anda di antara satu sama lain tentang kepandaian ataupun betapa menariknya tulisan anda. Apabila orang berkata tentang anda, anda perlu berterima kasih kepada mereka atas kata-kata pujian yang baik dengan memberikan tindakbalas kepada mereka. BLOG untuk DUIT 14 Apabila anda menggunakan skrip `traffic tracking’ seperti www.statcounter.com, anda boleh lihat dari mana trafik itu datang. Sekiranya sebahagian besar pengunjung datang dari blog yang tertentu, berkemungkinan besar mereka ada menyebut tentang anda didalam post terkini mereka atau dari pautan di blog mereka. Apa yang patut anda lakukan ialah mengunjungi laman web atau blog mereka dan letakkan komen yang baik dan bina jaringan anda dengan mereka. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat ramai kawan-kawan yang sealiran bidang. Sekiranya anda ketandusan idea untuk menulis post di blog anda, anda boleh menemuduga pemilik blog yang lain. Lazimnya, secara semulajadi orang ingin mengenali si penulis sesuatu artikel mahupun blog yang sering mereka baca. Sekiranya anda menggunakan Wordpress, Textpattern, MovableType atau sebarang enjin blog yang lain, anda boleh letakkan pautan post trackback di post anda. Maksudnya anda boleh postkan artikel tentang post orang lain! Post anda nanti akan keluar sebagai pautan kepada post yang anda tulis mengenainya. Ini sememangnya cara yang hebat untuk mendapat trafik sekiranya anda menulis post yang bagus di blog yang popular. Memandangkan blog itu sudah popular dan mempunyai pembaca yang tetap, ini merupakan jalan pintas untuk anda mendapatkan pengunjung. Yang penting pastikan post anda benar-benar bagus dan baik atau anda akan dicap sebagai spammer. Sekiranya anda menggunakan Blogger, anda tidak boleh menggunakan pautan `trackback’. Bagaimanapun, anda boleh post komen yang menarik dan tidak menyimpang dari tajuk di dalam blog orang lain dan letakkan pautan ke blog anda. Buat ianya seolah-olah anda merujuk kepada sesuatu maklumat di blog anda untuk mengaitkan sesuatu yang anda tulis. Teknik ini boleh digunakan untuk semua pengguna blog untuk menarik traffik. BLOG untuk DUIT 15

Related docs
buat-duit-cari-duit-dengan-internet
Views: 131  |  Downloads: 20
75 situs siap cari duit
Views: 72  |  Downloads: 5
Forex Untuk Pemula
Views: 149  |  Downloads: 19
seo untuk blog
Views: 21  |  Downloads: 6
Ebook Buat Duit Di Rumah
Views: 171  |  Downloads: 54
STEP BY STEP BLOG IN WORDPRESS
Views: 87  |  Downloads: 8
Blog_Profits_Blueprint
Views: 0  |  Downloads: 0
9 Langkah Panduan ngeblog dapat duit
Views: 119  |  Downloads: 17
Sukses promosi blog
Views: 107  |  Downloads: 29
Cara Beternak blog
Views: 294  |  Downloads: 14
cara meningkatkan trafik ke blog anda
Views: 609  |  Downloads: 24
Slide 1 - Think Blog_ Think Blog
Views: 0  |  Downloads: 0
premium docs
Other docs by Mohamad Saat S...
Panduan Mengurus Wang Anda
Views: 512  |  Downloads: 16
Million Dollar Emails
Views: 164  |  Downloads: 5
Melabur Wang Anda
Views: 280  |  Downloads: 5
Laporan Rahsia VISA Jutawan
Views: 238  |  Downloads: 13
Jutawan yang Belum Anda Kenali
Views: 366  |  Downloads: 31
JALAN KE ARAH KEJAYAAN
Views: 172  |  Downloads: 2
FORMULA TSUNAMI WANG LUAR BIASA
Views: 208  |  Downloads: 8
Formula Paip Wang
Views: 102  |  Downloads: 2
DIY Internet Marketing
Views: 93  |  Downloads: 2
Sistem Mesin Uang Otomatis
Views: 24  |  Downloads: 4
e-Usahawan
Views: 349  |  Downloads: 12
Dari Sifar Menjadi Usahawan
Views: 25  |  Downloads: 3
Cara Memikat Wanita Idaman Anda
Views: 477  |  Downloads: 18
Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet
Views: 63  |  Downloads: 10