PEMBELAJARAN DAN LATIHAN SECARA JARAK JAUH MELALUI WEB: KEPERLUAN

Document Sample
PEMBELAJARAN DAN LATIHAN SECARA JARAK JAUH MELALUI WEB: KEPERLUAN Powered By Docstoc
					International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

    PEMBELAJARAN DAN LATIHAN SECARA JARAK JAUH
 MELALUI WEB: KEPERLUAN ANJAKAN PEMIKIRAN TENTANG
       PEMBELAJARAN DAN CARA MENDEKATINYA

                                     Dr. Wan Zah Wan Ali
                                     Haslinda Abu Hassan
                                  Fakulti Pengajian Pendidikan
                                   Universiti Putra Malaysia



Abstrak
Perubahan dalam budaya kerja telah melahirkan keperluan kepada pembelajaran dan
latihan secara berterusan bagi membolehkan pekerja mempunyai daya saing dan mampu
menghadapi pasaran kerja yang semakin mencabar. Bagi mencapai tujuan ini,
pembelajaran secara tradisional didapati tidak lagi berupaya menampung keperluan semua
golongan pelajar, terutama pelajar bukan tradisional kerana mereka dikekang oleh faktor
kos, masa, tempat, komitmen terhadap pekerjaan dan keluarga. Justeru, pusat pengajian
tinggi dan syarikat swasta di negara ini dan negara Barat telah menawarkan pelbagai
kursus dan latihan secara jarak jauh melalui Internet. Berdasarkan kajian terhadap literatur,
keberkesanan pembelajaran secara dalam talian amat berkait rapat dengan tafsiran pelajar
terhadap pembelajaran dan bagaimana pembelajaran jenis ini didekati. Ini bermakna,
anjakan dalam pemikiran berhubung dengan aspek tersebut adalah amat penting. Kertas
kerja ini cuba membincangkan anjakan pemikiran yang dimaksudkan serta menggariskan
cadangan agar pembelajaran secara ini, yang berkemungkinan menjadi satu kemestian
pada masa akan datang, benar-benar mendatangkan manafaat kepada pelajar.


Pengenalan
        Perubahan yang berlaku di tempat kerja dan persekitaran akibat daripada ledakan
teknologi maklumat telah mewujudkan keperluan terhadap kemahiran dan pengetahuan
yang berterusan. Menurut Berry (2000), sumber yang dapat memastikan kelebihan daya
saing dan kemajuan negara di zaman ini adalah pengetahuan dan pengetahuan itu pula
mestilah sentiasa ada dan berterusan. Ini bermakna, pelajar dan tenaga kerja kini tidak
boleh berpuas hati dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh sewaktu
belajar di universiti kerana pengetahuan itu tidak lagi memadai untuk menghadapi
persaingan di pasaran kerja. Bahkan, mereka dikehendaki pada setiap masa,
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan perkembangan
teknologi dan ekonomi.


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             129
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

         Menyedari tentang kewujudan trend ini, maka pusat pengajian tinggi dan swasta
telah mengambil inisiatif menawarkan kursus jarak jauh melalui web. Di Malaysia,
sebahagian besar pusat pengajian tinggi awam seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tun Abdul
Razak, dan Universiti Multimedia telah menawarkan kursus secara dalam talian bagi
peringkat ijazah dan sarjana. Pembelajaran dalam talian menjadi pilihan terbaik kerana
kelebihan yang dimilikinya berbanding pembelajaran tradisional (Harasim, 1987; Frizler,
1995; Hall, Watkins & Ercal, 2000). Salah satu kelebihan itu terletak pada faktor
keanjalannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, dan ini membolehkan
pengajaran dan pembelajaran itu berlaku di luar sempadan dan jadual bilik darjah.
Dakwaan ini jelas dalam pernyataan Owston (1997, 27) menyatakan "claims have been
made that the Web can free teaching and learning from the physical boundaries of
classrooms and time restraints of class schedules.”
         Oleh kerana keanjalan ini, maka pembelajaran jarak jauh melalui web
memberi peluang kepada pelajar bukan tradisional, khususnya, untuk meneruskan
pelajaran. Pelajar bukan tradisional ialah pelajar yang belajar sambil bekerja.
Mereka tidak dapat mengikuti pengajian seperti biasa kerana terikat dengan
tuntutan kewangan, kerjaya dan keluarga.
         Selain faktor keanjalan ini, pembelajaran dalam talian juga didapati meningkatkan
prestasi pelajar (Freeman, 1997; Dede, 1996), meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
berkaitan komputer dan internet serta kesediaan untuk menghadapi realiti dunia ini (Kemp,
1994; Frizler, 1995).
         Namun, di sebalik kelebihan ini, pembelajaran dalam talian bukanlah mudah.
Warschauer, Turbee dan Roberts (dipetik daripada Hara & Kling, 2000) mendapati
pembelajaran cara ini memerlukan tahap toleransi yang tinggi terhadap keadaan
ketidaktentuan yang terjadi berikutan masalah gangguan dalam talian. Manakala, Hara dan
Kling (2000) mendapati pelajar terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan yang kadang kala
amat mengecewakan mereka. Terdapat juga kajian yang melaporkan wujudnya perasaan
terasing di kalangan pelajar menggunakan pembelajaran dalam talian (Twigg, 1997; Hill,
1997).


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             130
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

        Fenomena tersebut menunjukkan pembelajaran dalam talian adalah sesuatu yang
amat mencabar. Kemungkinan cabaran yang paling besar ialah pemikiran pelajar itu
sendiri terhadap pembelajaran sebagaimana saranan Hills Associates Inc (2000, 2) yang
menyatakan “the biggest challenge to the successful implementation of Web Based
Learning is changing the accepted paradigm for how people learn.”
        Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa suatu anjakan pemikiran tentang
 pembelajaran dan cara mendekatinya perlu dilakukan oleh pelajar kerana persekitaran
 pembelajaran dalam talian jauh berbeza daripada pembelajaran tradisional. Justeru,
 kertas kerja ini cuba membincangkan perkara ini agar pelajar yang mengikuti
 pembelajaran dalam talian dapat dibantu untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.
 Aspek yang akan difokuskan ialah keperluan kepada pembelajaran secara kendiri dan
 berpusatkan pelajar, perkongsian ilmu melalui kerjasama dan interaksi yang lebih
 dinamik, kepekaan terhadap budaya orang lain, kemahiran berfikir pada aras tinggi serta
 etika pembelajaran yang lebih jitu. Memandangkan proses pembelajaran tidak dapat
 dipisahkan daripada aspek pengajaran, perubahan dalam peranan pengajar turut
 dibincangkan. Kesemua perbincangan ini berdasarkan kajian literatur yang
 kebanyakannya dipetik daripada kajian yang dijalankan di negara Barat kerana
 kurangnya kajian berkaitan dalam konteks tempatan. Namun, penemuan di negara Barat
 boleh dijadikan panduan dalam usaha membina budaya pembelajaran dalam talian yang
 bermutu di negara ini.


Pembelajaran Bersifat Kendiri
        Sepertimana yang telah diketahui, pembelajaran dalam talian tidak terhad kepada
persekitaran fizikal bilik darjah sahaja (Relan & Gillani, 1997). Pembelajaran yang bersifat
anjal dan dinamik ini boleh berlangsung di mana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut
keperluan pelajar. Ini bererti, pembelajaran berasaskan internet menyediakan peluang
kepada pelajar menguruskan pembelajaran mereka sendiri. Bagaimanapun, peluang ini
akan menjadi sia-sia jika pelajar tidak memahami ciri-ciri pembelajaran dalam talian.
Antara keperluan tersebut ialah pelajar mempunyai motivasi yang tinggi, mampu
mengendalikan pembelajaran yang bersifat kendiri (Barron, 1999), serta mempunyai
autonomi ke atas diri sendiri. Sikap ini penting kerana pembelajaran dalam talian
Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             131
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

memerlukan pelajar yang mampu mengenal pasti objektif pembelajaran, menetap dan
merancang matlamat pembelajaran, memilih dan menggunakan strategi pembelajaran yang
sesuai dengan aktiviti pembelajaran, mempunyai cara belajar yang sesuai dengan tahap dan
keperluan diri dan akhir sekali mereka mampu menilai tahap pencapaian diri sendiri
(McCarthy, 1990).
         Seterusnya, pembelajaran dalam talian mengkehendaki pelajarnya sentiasa
memahirkan dan membiasakan diri dengan teknologi, menentukan kekerapan untuk
melayari internet, mencari dan memberikan maklum balas dan menguruskan kesamaran
teks (Eastmond, 1995). Mereka juga perlu mampu menangani ciri bukan linear yang
terdapat pada web, kerana jika tidak, mereka mungkin tersesat di alam siber
(Romiszowski, 1997).
        Berdasarkan fakta tersebut, nyatalah pembelajaran melalui web meletakkan
tanggungjawab yang amat berat di bahu pelajar. Mereka perlu membuat segala macam
keputusan yang sudah pasti memerlukan bukan sahaja disiplin dan motivasi yang tinggi,
tetapi kemahiran tertentu dan perubahan dalam cara berfikir tentang pembelajaran.
Tegasnya, pelajar perlu bersedia untuk berubah sikap dan menerima hakikat pembelajaran
dalam talian. Misalnya, berhubung dengan tanggapan terhadap tanggungjawab
pembelajaran. Dalam persekitaran pembelajaran tradisional, guru biasanya dilihat
bertanggungjawab terhadap pembelajaran pelajar, dialah penyampai maklumat dan pelajar
adalah penerima. Tetapi dalam budaya pembelajaran dalam talian peranan guru telah
berubah. Di sini, guru adalah pemudah cara atau mentor. Perubahan ini perlu diakui oleh
pelajar. Sekiranya pelajar tidak bersedia menukar sikap dan menerima hakikat bahawa
maju mundur pembelajarannya sekarang terletak pada keupayaan diri menjalankan
tanggungjawab ini, kemungkinan besar mereka akan menemui kegagalan. Mereka
biasanya tercicir daripada pengajian. Barangkali kerana itu, kadar keciciran di kalangan
pelajar dalam talian agak tinggi berbanding pembelajaran konvensional di bilik darjah
(Carr, 2000; Hall, Watkins dan Ercal, 2000).
        Pembelajaran dalam talian mempunyai banyak tarikan yang boleh melencongkan
matlamat asal pembelajaran pelajar. Penumpuan pelajar mudah terganggu kerana
mudahnya membuat hubungan dengan pelbagai laman web yang lain sewaktu mencari
bahan pembelajaran atau membaca arahan daripada fasilitator. Kadang kala e-mail atau

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             132
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

chat room yang sepatutnya berfungsi sebagai media untuk berinteraksi dan berbincang
dengan pengajar dan rakan tentang bahan atau isu berkaitan pembelajaran digunakan untuk
tujuan interaksi sosial yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Andainya
perbuatan ini sering dilakukan, maka kesannya akan ditanggung oleh pelajar sendiri. Oleh
itu, tahap penumpuan dan daya kawalan kendiri yang tinggi perlu ada untuk memastikan
pembelajaran diteruskan. Mereka harus sedar bahawa dalam suasana ini, pengajar tidak
berada dalam kelas untuk menegur tindak tanduk mereka.
        Jelaslah, belajar melalui web menagih disiplin yang bukan sedikit. Untuk itu,
pelajar perlu diberi bimbingan dan dibantu agar mereka dapat mengurus pembelajaran
dengan teratur. Sesetengah pusat pengajian tinggi menyediakan kursus orientasi literasi
komputer dan internet sebelum pelajar mengikuti kursus. Dengan kursus ini, pelajar
sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas untuk berdepan dengan teknologi
maklumat. Terdapat juga institusi yang melatih pelajar tentang kemahiran belajar dan
kemahiran menilai tahap pencapaian sendiri. Misalnya, dengan menyediakan satu senarai
semak untuk pelajar meneliti perancangan pembelajaran dan membuat penilaian
terhadapnya. Menerusinya, pelajar boleh melihat dan membuat pengubahsuaian di mana-
mana bahagian dalam pembelajaran sesuai dengan kemampuan dan pencapaian sendiri.
        Di samping itu, pelajar perlu diberi bahan pembelajaran serta tugasan yang boleh
diaplikasikan kepada persekitaran sebenar. Black (dipetik daripada Frizler, 1995)
mendapati cara ini dapat meningkatkan motivasi dan komitmen pelajar terhadap kursus
yang diikuti. Menurut beliau lagi, pengetahuan dan kemahiran yang relevan mempunyai
nilai di mata pelajar dan sekaligus menjadikan pembelajaran tidak lagi berfungsi sebagai
batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu kedudukan, tetapi sebagai penjana pengetahuan
dan kemahiran yang realistik.
        Sebagai rumusan, pelajar dalam talian perlu disedarkan tentang peri pentingnya
mempunyai sikap autonomi, bermotivasi dan berinisiatif. Dengan sikap ini, pelajar dapat
menyiapkan diri membina kemahiran dan pengetahuan di sepanjang hayat mereka, seperti
yang dijelaskan oleh McGarry (dipetik daripada McCarthy, 1998, 1) berikut:
        Students who are encouraged to take responsibility for their own work, by
        being given some control over what, how, and when they learn, are more
        likely to be able to set realistic goals, plan programmes of work, develop
        strategies for coping with new and unforseen situations, evaluate and assess

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             133
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

        their own work and, generally, to learn how to learn from their own
        successes and failures in ways which help them to be more efficient learners
        in the future.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
        Pembelajaran secara kendiri bukan satu-satunya yang diperlukan dalam
pembelajaran melalui internet. Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu lagi
cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar dan pengajar. Ini kerana keseluruhan
pembelajaran melalui web menggunakan pendekatan ini, berikutan daripada fungsi
teknologinya yang membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk bertindak-balas
secara aktif dengan dunia ini. Misalnya, ciri hipermedia yang mempunyai nod serta
struktur jaringannya yang dinamik mendorong pelajar menggunakan pendekatan
penerokaan atau experiental learning (Relan & Gillani, 1997). Di sini, pelajar boleh
meneroka laman web lain secara tidak linear dalam usaha mendapatkan lebih banyak
maklumat.
        Web juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif (Knussen,
Tanner & Kibby, 1991). Teknologi komunikasi internet seperti e-mail, chat room dan
MOO membolehkan individu dari seluruh pelusuk dunia berhubung dengan mudah dan
cepat secara segerak atau tidak segerak. Bagi pelajar yang gemar belajar secara
berkumpulan, fasiliti ini sudah tentu membolehkan mereka mendapatkan sumber
pembelajaran sokongan dengan lebih mudah berbanding cara tradisional.
       Satu lagi kelebihan persekitaran pembelajaran dalam talian ialah ia tidak
membezakan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang lemah tidak akan disisihkan.
Semua pelajar bebas untuk membina kefahaman sendiri tanpa terikat kepada pandangan
guru atau rakan sekelas sahaja. Namun, kefahaman ini hanya terhasil daripada
perbincangan aktif pelajar dengan pelbagai sumber dan perspektif. Tegasnya, pembelajaran
menggunakan web tidak akan memperbaiki pembelajaran seseorang secara automatik
(Bostock, 1997). Andainya pelajar tidak mengambil inisiatif untuk melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran (Hill Associates Inc., 2000) maka, kebaikannya tidak akan
dapat dikecapi. Untuk itu, sekali lagi, perubahan dalam tanggapan pelajar terhadap
pembelajaran amat diperlukan.



Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             134
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

        Jika budaya pembelajaran tradisional dibawa ke dalam persekitaran dalam talian,
seperti pelajar bertindak pasif, tidak bertanya soalan dan berbincang tentang masalahnya,
maka masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pengajar adalah lebih besar berbanding kelas
tradisional. Ini disebabkan dalam persekitaran internet, pelajar dan pengajar tidak
menerima kiu fizikal seperti bahasa badan atau mimik muka, tetapi maklumat bertulis.
Maka, jika pelajar tidak dapat mentafsirkan maklumat ini, kekeliruan boleh berlaku
dengan lebih kerap. Salah faham yang berlaku bukan hanya menurunkan paras motivasi
tetapi menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan pelajar (Hara & Kling, 2000).
        Justeru, masalah ini perlu di atasi dan salah satu cara adalah dengan melibatkan
pelajar dengan aktiviti berbentuk projek. Banyak kajian mendapati aktiviti berbentuk
projek membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan sedia (Freeman,
1997; Owston, 1997, Kerka 1996). Sementara aktiviti yang relevan, anjal serta melibatkan
interaksi dapat meningkatkan rasa tanggungjawab di kalangan pelajar. Mereka turut
menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran berasaskan web walaupun masih
belum cukup berpengalaman menggunakannya (Freeman, 1997).
        Sebagai kesimpulan, pembelajaran dalam talian memerlukan penyesuaian diri yang
bukan sedikit. Pembelajaran berpusatkan guru yang menjadi kebiasaan pelajar tidak boleh
diguna pakai dalam persekitaran Internet. Justeru, pemupukan budaya pembelajaran
berpusatkan pelajar perlu disemai dari sekarang melalui aktiviti pembelajaran yang
melibatkan kerja berkumpulan, bersifat interaktif dan relevan dengan persekitaran pelajar.


Pembelajaran Berteraskan Kerjasama Dan Interaksi Tidak Bersemuka
        Satu lagi ciri pembelajaran dalam talian ialah interaksi yang berlaku adalah secara
tidak bersemuka. Ciri ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun jika
ditangani dengan baik, manafaatnya akan dapat dikecapi olah pelajar. Dari sudut
kelebihannya, Frizler (1995), Freeman (1997), Williams dan Peters (1997) dan Owston
(1997) mendapati interaksi tidak bersemuka mendorong penglibatan pelajar yang aktif lagi
mendalam. Hal ini terjadi kerana pelajar dapat menyembunyikan identiti mereka. Bagi
pelajar yang kurang keyakinan diri, mereka tidak berasa malu untuk mengutarakan
pandangan. Pelajar yang lemah pula tidak perlu berasa risau akan ditertawakan oleh pelajar
lain (Hill Associates Inc., 2000). Mereka semua berpeluang berinteraksi secara langsung
Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             135
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

dengan pengajar. Interaksi seperti ini memungkinkan pelajar mendapat bimbingan dan
penerangan yang diperlukannya secara khusus, di samping menyemai keyakinan pada diri
pelajar untuk bersoal jawab secara kritikal dengan pengajar.
        Dengan adanya interaksi yang aktif di antara pelajar dan pengajar, pelajar dengan
pelajar yang lain, dan pelajar dengan pakar dalam sesuatu bidang, maka banyak maklumat
dapat dikumpulkan (McKenna, Avery & Schuchardt, 2000; Warschauer, 1995; Frizler,
1995; Owston, 1997; Relan & Gillani, 1997). Maklumat yang terkumpul ini boleh
disimpan dalam sebuah pusat simpanan maklumat supaya ia dapat dikongsi oleh pelajar
yang lain. Secara tidak langsung, usaha ini dapat memupuk semangat bekerjasama di
kalangan pelajar (Teh, 1999).
       Namun, interaksi tidak bersemuka ada kekurangannya berbanding kelas tradisional
(Owston, 1997). Akibat daripada kurangnya pertemuan secara bersemuka, pelajar
menerima sentuhan peribadi yang amat minimum sama ada menerusi hubungan fizikal
mahupun komunikasi lisan (McKenna, Avery & Schuchardt, 2000). Ini boleh
menyebabkan pelajar merasakan dirinya terasing dan kurang mempunyai ikatan sosial
(Abrahamson, 1998; Twigg, 1997; Kubala, 1998).
       Bagi mengatasi masalah ini, aktiviti yang pelbagai perlu diadakan bagi
meningkatkan kerjasama dan ikatan sosial di antara pelajar. Contohnya, dengan
mengadakan aktiviti berkumpulan yang menitikberatkan kerjasama dan perkongsian.
Frizler (1995) mendapati pendekatan ini tidak menimbulkan persaingan, bahkan
menyemai semangat toleransi dan kerjasama. Ini disebabkan laman Web tidak menghalang
sesiapa untuk berkongsi pendapat dan mengakses maklumatnya dan lantaran itu interaksi
dan kerjasama boleh menjangkau hingga ke luar lingkungan kelas maya dan melibatkan
masyarakat global (Relan & Gillani, 1997). Dengan saling membantu, pelajar dapat
menambah pengetahuan (Frizler, 1995; Freeman, 1997). Kerjasama ini juga dapat
meningkatkan komunikasi pelajar dengan setiap insan di dunia ini. Berge dan Collins
(dipetik daripada Frizler, 1995, 4) menyebut perkara ini seperti berikut:
        The active environment of social learning provided by computer with access
        to local, national, and international networks increases interaction and
        communication among students, their teachers, peers, parents and other
        members of the world community.


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             136
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

        Satu lagi cara mengalakan interaksi dalam pembelajaran melalui internet adalah
dengan menyediakan ruangan forum dalam laman web kursus. Ini membolehkan pelajar
bersoal jawab dan berbincang sesama sendiri dan dengan pengajar, serta individu luar.
Kajian Freeman (1997) melaporkan ruang forum yang memberi akses kepada pakar dapat
meningkatkan penglibatan pelajar.
        Jelaslah, interaksi yang berkesan amat penting bagi pelajar dalam talian. Selain
daripada menggurangkan perasaan terasing, interaksi turut membantu dalam meningkatkan
penumpuan, kefahaman, mengatasi masalah pembelajaran dan memupuk semangat
bekerjasama. Carr (2000) melaporkan pensyarah dalam talian yang berjaya kerap
menghantar e-mail kepada pelajar, memberi maklum balas pada kadar segera dan
mewujudkan sentuhan peribadi dalam laman web kursus mereka, seperti meletakkan
gambar pengajar.
        Pendek kata, pembelajaran dalam talian memberi peluang kepada pengajar dan
pelajar berfikir dan berkomunikasi dengan cara yang baru. Justeru, kemahiran berinteraksi
secara tidak bersemuka dan bertulis amat penting dikuasi.


Pemikiran Aras Tinggi
        Internet menyediakan maklumat yang banyak. Tetapi, tidak semua maklumat ini
sesuai untuk digunakan. Ini disebabkan Internet membenarkan sesiapa sahaja untuk
menerbitkan penulisan mereka dan tidak ada badan atau panel juri yang akan menilai
kebolehpercayaan kandungan penulisan tersebut. Maka kesahihan atau kerelevanan
maklumat tersebut boleh dipertikaikan. McKenna, Avery, dan Schuchardt (2000, 2)
mengulas perkata ini dengan berkata:
        More information of dubious merit appears on the Internet through wild
        rumours, junk science, and misinformation. People, especially those in their
        teens and 20s have not learned the necessary skills to seek out alternatives
        sources and verify information. There are also increased opportunities for
        students to turn in dishonest work.

        Pernyataan ini menunjukkan bahawa pelajar dalam talian harus berhati-hati dan
tidak menerima bulat-bulat maklumat yang disiarkan. Mereka perlu menapis dan
menganalisis kesahihan dan kerelevanannya. Ini bermakna, kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif amat penting dikuasai oleh pelajar.
Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             137
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

        Justeru, pelajar perlu mengubah sikap dan tidak belajar secara menghafal. Cara ini
hanya akan membebankan pelajar. Mereka mungkin terpilih bahan yang tidak relevan
walaupun setelah memperuntukkan masa yang panjang bagi mendapatkannya. Sebaliknya,
mereka perlu banyak membuat refleksi dan tidak lagi bergantung kepada daya ingatan
semata-mata. Kajian Boeglin, Campbell dan Picard (1999) mendapati hasil daripada
berfikir pada aras tinggi, pelajar dapat membentuk kefahaman dan kerangka pengetahuan
berdasarkan perspektif, pengetahuan dan pengalaman pelajar. Justeru itu, pembelajaran
menjadi lebih bermakna kepada pelajar dan sesuai dengan konteks persekitarannya.
Komunikasi bertulis pula membantu menajamkan lagi keupayaan berfikir kerana pelajar
membuat assimilasi serta refleksi sebelum menjawab atau menghantar maklum balas
(Owen, 1993; Ramiszowski, 1997; Wiliams dan Peters, 1997).
        Aktiviti yang berorientasikan projek merupakan salah satu cara yang difikirkan
dapat membantu pelajar mendekati kemahiran pemikiran aras tinggi. Ini adalah kerana
kerja projek melibatkan dan menggalakan penyatuan pelbagai kemahiran belajar.
        Bagi memperkukuhkan penguasaan kemahiran ini, penilaian yang dilaksanakan
perlu melibatkan pendekatan yang serupa. Andainya penilaian yang dilaksanakan
berdasarkan kebolehan pelajar menghafal dan mengeluarkan semula fakta, maka pelajar
berkemungkinan akan lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan lama. Strommen
(1992, 5) menegaskan seperti berikut:
        As education becomes a collective effort between students, and educational
        methods come to emphasize the actual process of children’s construction of
        new ideas, new techniques for measuring performance will be necessary.

       Ringkasnya, ketidaksamaan antara pendekatan pembelajaran dan penilaian perlu
dielakkan supaya tidak timbul percanggahan yang hanya akan menyukarkan perubahan
sikap berlaku. Bagi mencapai hasrat ini, pengajar boleh menggunakan ciri yang terdapat
pada internet untuk memberikan maklum balas segera kepada pelajar. Contohnya, akses
kepada soalan serta jawapan untuk peperiksaan dan kuiz dapat membantu pelajar membuat
penilaian terhadap diri sendiri (Freeman, 1997). Satu strategi lain adalah dengan
menggalakkan pelajar mencari dan menilai kerelevanan maklumat pada laman web
pembelajaran serta membuat ulasan terhadapnya.



Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             138
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

Peka Kepada Budaya Orang Lain
        Pembelajaran melalui web juga memerlukan pelajar yang berfikiran terbuka dan
sensitif kepada latar belakang pelajar yang pelbagai. Ini kerana kebanyakan kursus dalam
talian disertai oleh pelajar dari serata dunia. Maka, pastinya pengalaman dan budaya
mereka dibawa bersama ke dalam kelas. Kemungkinan ada di antara pengalaman dan
budaya itu bercanggah dengan budaya atau pengalaman pelajar. Justeru, pelajar perlu
belajar menerima pandangan yang berbeza untuk mengelakkan diri daripada terjerat
dengan ‘perdebatan berbentuk emosi’ dengan pelajar lain. Mereka juga perlu belajar
menghormati pandangan pelajar lain dan bersikap adil terhadapnya.
        Di sini, kemahiran berinteraksi dan menangani konflik secara tidak bersemuka
perlu diasah agar kelas dapat diikuti dengan lancar dan objektif asal dapat dicapai. Ini
mungkin dimulakan dengan sesi suai kenal sebelum kursus bermula. Seterusnya, aktiviti
yang melibatkan interaksi sosial diadakan seperti aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti
serupa ini, pelajar didorong meneroka dan memahami budaya pelajar lain dengan
mendalam yang akhirnya meningkatkan kepekaan mereka kepada suasana silang budaya.
Aktiviti ini juga akan menjadikan pelajar semakin kaya dengan pelbagai pengalaman dan
lebih positif dalam menghadapi suasana pembelajaran dalam talian. Perkara ini disokong
oleh Barker, van Schaik, dan Hudson (1999) yang mendapati perkongsian pengetahuan
berdasarkan pengalaman pelajar yang berasal dari tempat yang berbeza dapat merangsang
pembelajaran.
        Bagaimanapun, budaya perkongsian ilmu mungkin merupakan satu cabaran kepada
sesetengah pelajar. Sebilangan pelajar mempunyai tanggapan bahawa perkongsian adalah
sesuatu yang merugikan kerana cara ini membuatkan ilmu hilang kuasanya. Justeru,
menurut Berry (2000, 3) tanggapan seperti ini perlu diubah, sepertimana katanya:
        One of the biggest impediments to successful knowledge management is
        changing traditional notions that knowledge is power and should be
        hoarded rather than shared freely.

        Oleh yang demikian, pelajar harus disedarkan tentang tujuan internet diwujudkan
yang tidak lain untuk menghubungkan individu daripada serata dunia agar mereka dapat
berkongsi maklumat, pengalaman dan pandangan (Frizler, 1995) dengan cepat dan mudah
(Poncia, 1999). Ia bukan dicipta untuk mewujudkan persaingan tetapi memupuk

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             139
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

persafahaman, sejajar dalam budaya kerja masa kini yang menitikberatkan kerjasama. Bagi
memboleh pelajar melihat kepentingan aspek ini, mereka perlu dibawa melawat laman web
sesebuah organisasi atau syarikat yang bergerak berasaskan kerjasama dan perkongsian
maklumat ini.


Etika Pembelajaran Yang Jitu
        Pembelajaran melalui internet juga memerlukan pelajar mempunyai etika
pembelajaran dan tahap kejujuran yang tinggi. Banyak sebab mengapa perkara ini
diperlukan. Pertama, komunikasi tidak semuka menyebabkan pengajar tidak dapat
mengenal sekiranya hasil kerja pelajar adalah yang asli. Ini kerana kurangnya ikatan sosial
dan hubungan peribadi. Kedua, maklumat yang terdapat dalam internet memberi peluang
kepada pelajar untuk meniru dan menciplak idea individu lain dengan mudah. Mereka
perlu potong dan tampal sahaja. Ada juga laman web yang mengiklankan penjualan atau
pemberian kertas kerja dan bahan untuk diciplak secara terbuka (Leland, 2000). Ketiga,
aktiviti menciplak sukar dikesan oleh tenaga pengajar kerana banyaknya maklumat di
dalam Internet. Bagaimanapun, enjin pencarian maklumat yang ada dapat digunakan untuk
mengesan sekiranya pelajar menciplak bulat-bulat hasil kerja penulis lain (Ryan, 1999).
        Aktiviti menciplak dalam persekitaran internet mungkin dicetuskan oleh konsep
hakcipta yang kurang jelas. Menurut Pfaff-Harris (1996), World Wide Web dipenuhi
dengan pelbagai maklumat yang kebanyakannya diletakkan dalam domain awam atau
public domain. Ini menyebabkan orang ramai beranggapan maklumat boleh disalin secara
percuma. Justeru, konsep yang kabur ini perlu dijelaskan dan diterapkan sepertimana yang
berlaku pada penerbitan buku dan jurnal. Misalnya, dengan mengadakan perbincangan
tentang isu menciplak dan membawa pelajar ke laman web seperti CMIS Evaluation
(http://www.eddept.wa.edu.au/centoff/cmis/eval/technology/usenet/use1.htm) yang boleh
membantu pelajar memahami isu menciplak.
        Pada masa sama, pelajar perlu didedahkan kepada etika penulisan akademik dan
kepentingan kejujuran dan integriti kendiri dalam mencari ilmu. Dengan tidak menciplak,
mereka sebenarnya menunjukkan rasa hormat terhadap idea penulisnya. Mereka perlu tahu
bahawa pengetahuan sebenarnya terbina daripada pemahaman sendiri hasil daripada


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             140
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

penglibatan yang aktif dengan maklumat yang diterima. Daripada sini, pengetahuan baru
dijana dan disebarkan. Apabila ini terjadi, pembelajaran akan lebih bermakna.
        Seterusnya, pelajar perlu diajak untuk berfikir secara kritis agar mereka tidak
mudah diselewengkan oleh maklumat palsu. Satu pendekatan yang dicadangkan oleh
Leland (2000) adalah dengan membawa pelajar ke laman web yang menawarkan khidmat
menjual kertas kerja, tesis atau tugasan. Dengan cara ini, pelajar tahu bahawa pengajar
sedar akan kewujudan laman ini dan masalah menciplak di kalangan mereka. Latihan serta
strategi penulisan akademik turut membantu pelajar daripada menciplak hasil kerja
individu lain. Dalam latihan ini, pengajar perlu menunjukkan perbezaan antara penulisan
berkualiti dengan yang tidak.
        Tabiat negatif ini juga boleh diatasi dengan pengajar membuat ulasan tentang setiap
laman web yang dihubungkan dengan laman kursus supaya pelajar dibimbing ke laman
yang sesuai dan khusus dengan keperluan pembelajaran. Dalam pada itu, pengajar perlu
mengadakan aktiviti bercorak penilaian, seperti penilaian terhadap proses pencarian
maklumat, suntingan kertas kerja dan cara membuat dan menulis rujukan. Pendek kata,
dalam pembelajaran melalui web, aspek proses dan produk sama-sama dititikberatkan
(McKenzie, 1998), agar pelajar dibina dengan sikap yang positif dan mempunyai intergriti
diri yang tinggi.


Penutup
        Sememangnya, pembelajaran dalam talian begitu anjal, tetapi ini tidak bermakna
ia boleh didekati sesuka hati. Pembelajaran dalam talian memerlukan anjakan dalam
pemikiran tentang pembelajaran di kalangan pelajar mahupun pengajarnya. Untuk berjaya,
mereka tidak boleh bergantung kepada pemikiran tradisional yang amat pasif dalam
menggerakkan minda pelajar. Jadual 1 merumuskan anjakan pemikiran yang dimaksudkan.




Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             141
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

  Jadual 1: Perbandingan Pemikiran Tentang Pembelajaran Antara Pembelajaran
               Tradisional Berbanding Pembelajaran Dalam Talian

           Pembelajaran Tradisional                           Pembelajaran dalam Talian


Pembelajaran dikawal dan ditentukan oleh           Pembelajaran ditentukan dan kendalikan oleh
guru.                                              pelajar.

Pembelajaran berpusatkan guru.                     Pembelajaran berpusatkan pelajar.

Pembelajaran bersifat persaingan dan lebih         Pembelajaran bersifat kerjasama dan
bercorak individu.                                 melibatkan interaksi dalam kumpulan.

Kemahiran mengingat dan menghafal serta            Keperluan kepada pemikiran aras tinggi seperti
meluahkan semula fakta.                            pemikiran kritikal, analitikal, kreatif dalam
                                                   menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berlaku dalam kumpulan                Pembelajaran bercorak global dalam kumpulan
homogenous dan latarbelakang budaya yang           heterogenous yang memerlukan kepada
hampir sama – kurangnya penekanan kepada           kepekaan dan kemahiran komunikasi silang
komunikasi silang budaya.                          budaya.

Pembelajaran dihadkan oleh persekitaran            Pembelajaran bercorak anjal dan boleh berlaku
fizikal bilik darjah.                              dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Akses kepada pakar adalah sukar dan terhad.        Pembudayaan perkongsian ilmu digalakkan
Ilmu juga dilihat sebagai simbol kuasa yang        untuk meningkatkan penjanaan ilmu dan
perlu dikawal.                                     komuniti yang belajar secara berterusan.


Maklumat lebih sukar untuk diciplak kerana         Keperluan kepada etika pembelajaran yang
maklumat melalui bahan bercetak menekankan         lebih jitu kerana maklumat melalui internet
konsep hak cipta. Hak cipta bahan bercetak         lebih mudah diperolehi dan diciplak kerana
juga lebih diiktriaf dan diterima oleh pelajar     kewujudannya di dalam domain umum
berbanding maklumat melalui internet.              menjadikan kefahaman mengenai hak ciptanya
                                                   lebih samar di kalangan pelajar.

Guru berperanan sebagai pengajar dan               Pengajar berperanan sebagai fasilitator atau
merupakan pakar yang mencurahkan ilmu              pembimbing kepada pelajar dan membantu
kepada pelajar.                                    pelajar belajar untuk belajar.


        Anjakan pemikiran sahaja tidak cukup untuk menghadapi pembelajaran dalam
talian. Ini perlu diikuti dengan pendekatan yang sesuai. Jadual 2 memaparkan rumusan
perbincangan tentang perkara ini.


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran               142
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

                            Jadual 2: Pendekatan Pembelajaran Dalam Talian

Pembelajaran             Melatih pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang membentuk kemahiran
Terarah Kendiri          belajar terarah kendiri seperti perancangan objektif pembelajaran dan
                         menentukan tahap pencapaian melalui penilaian kendiri.
                         Contohnya, sediakan ‘senarai semak untuk pelajar merancang
                         pembelajaran.

                         Gunakan bahan pembelajaran yang relevan kepada keperluan dan
                         persekitaran pelajar supaya pelajar dapat menggunakan pengalaman dan
                         pengetahuan sedia ada dalam pembelajaran.

                         Beri peluang kepada pelajar mengaplikasi dan memindahkan pengetahuan
                         dan kemahiran yang dipelajari ke dalam konteks sebenar dan relevan.

Pembelajaran             Sediakan tugasan dan aktiviti yang menarik dan pelbagai, relevan dan
Berpusatkan Pelajar      yang menggalakan pelajar melibatkan diri dengan aktif. Contohnya, kerja
                         projek atau kajian kes yang berkaitan dengan bidang kerja atau keperluan
                         pelajar.

                         Libatkan pelajar di dalam proses penilaian.

Interaksi bertulis dan   Biasakan pelajar dengan persekitaran interaksi dalam talian dengan
tak bersemuka            membina interaksi dan kerjasama ke dalam aktiviti kursus seperti tugasan
                         pembelajaran yang memerlukan kepada perbincangan, kerja
                         berkumpulan.

                         Sediakan ruang forum yang boleh membantu menggalakan pelajar
                         berkomunikasi dan bertukar pandangan.

                         Galakan pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran
                         dengan selalu memberi maklum balas dan berhubung dengan pelajar,
                         terutama pelajar yang tidak begitu aktif.

Kemahiran berfikir       Gunakan aktiviti yang mengalakan penerokaan atau experiental learning
aras tinggi              seperti tugasan berbentuk projek yang memerlukan pelajar menyelesaikan
                         masalah.

                         Sediakan penilaian yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal
                         dan soalan yang bersifat terbuka.

                         Berikan maklum balas segera kepada pelajar supaya pelajar boleh
                         membuat refleksi kepada jawapan mereka dan menilai pencapaian.

Kepekaan kepada          Gunakan kepelbagaian latar belakang sebagai satu kelebihan untuk
latar belakang           mendapat perspektif yang berbeza.
pelajar yang
pelbagai                 Bina kemahiran berinteraksi silang budaya dengan menggalakkan pelajar
                         berkenalan dan bertukar pandangan.


Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran              143
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

Perkongsian ilmu        Timbulkan suasana pembelajaran yang menyokong perkongsian ilmu,
                        contohnya aktiviti berkumpulan, atau aktiviti yang memerlukan pelajar
                        mencari maklumat dan berkongsi dengan rakan pelajar lain.

Etika pembelajaran      Beri kesedaran bahawa pengajar sedar tentang laman
yang jitu               web yang menawarkan bahan untuk diciplak, contohnya bawa pelajar ke
                        laman web tersebut.

                        Berikan contoh tugasan yang lemah dan yang baik supaya pelajar dapat
                        melihat keperluan kursus dan bantu pelajar dengan keperluan penulisan
                        akademik.

                        Hubungkan pelajar ke laman web yang sesuai dan boleh membantu
                        menyokong pembelajaran pelajar seperti laman web yang memberikan
                        strategi penulisan akademik .

                        Bina hubungan yang baik dan jujur dengan pelajar serta dedahkan pelajar
                        kepada isu menciplak dan hak cipta bahan dalam talian.

                        Galakan penilaian yang berbentuk proses dan bukan produk akhir.

Peranan pengajar        Menyediakan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih
                        aktif di dalam proses pembelajaran mereka, seperti menggunakan aktiviti
                        berbentuk projek atau kajian kes.

                        Membantu mengubah tanggapan pelajar tentang pembelajaran ke arah
                        penglibatan yang lebih aktif dan pembelajaran terarah kendiri, contohnya
                        dengan mengubah pendekatan pengajaran supaya lebih berpusatkan
                        pelajar.

                        Mengenal pasti laman web yang boleh menyokong pembelajaran pelajar
                        dan menggalakan pelajar berkongsi maklumat dan bekerjasama.

                        Galakkan pelajar untuk bertukar pandangan sesama sendiri atau dengan
                        pakar dan kurangkan pergantungan kepada pengajar.

                        Sediakan penilaian yang lebih menitikberatkan proses dan hasil
                        pembelajaran.



        Perubahan pemikiran dan pendekatan terhadap pembelajaran yang dipaparkan
dalam kertas kerja ini menunjukkan bahawa pengajar dan pengajar perlu membuat
persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi pembelajaran dalam talian. Perubahan ini
tidak dapat dielakkan kerana pengajaran dan pembelajaran perlu bergerak selari dengan
perubahan teknologi dan keperluan pada masa kini. Dalam dunia hari ini, kejayaan menjadi
milik mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta mampu berubah

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             144
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

mengikut peredaran masa dan teknologi. Lantas, pembelajaran dan pengajaran harus
difokuskan ke arah membina individu yang anjal, mampu berfikir dan membuat keputusan
tentang proses pembelajarannya. Maka usaha yang paling bermanafaat daripada seorang
pendidik kepada pelajarnya adalah dengan memberikan pelajarnya kemahiran belajar
untuk belajar sepanjang hayatnya.


Rujukan
Abrahamson, C.E. (1998). Issues in interactive communication in distance education.
   College Student Journal, 32(1), 33-43.

Andrew, P., Hart, G. (2000). Impact of the introduction of Web-based teaching on
   academic staff. URL
   http://curry.edschool.virginia.edu/aace/conf/webnet/html/135a.htm.
Akses pada 8/9/00.

Barker, P., van Schaik, P., dan Hudson, S. (1999). Mental modes and lifelong learning.
   International Journal of Educational Technology and Innovations. 35(4), 310-317.

Barron, A.E. (1999). A teacher’s guide to distance learning. URL
   http://fcit.coedu.usf.edu/DISTANCE/DEFAULT.HTM. Akses pada 8/8/00.

Berry, J. (2000). Traditional training fades in favour of e-learning. Internetweek. Februari
   2000, Issue 800, 33-34.

Boeglin, J. A., Campbell, K., & Picard, J. (1999). Alternative teaching and learning
   strategies: Lessons from an introductory psychology course. Interactive Multimedia
   Electronic Journal of Computer Enhanced Learning. Wake Forest University. URL
   http://imej.wfu.edu/articles/1999/2/06/index.asp#1. Akses pada 10/9/00.

Bostock, J. (1997). Designing Web-based instruction for active learning. In Badrul Khan
   (Ed.). Web-based instruction. NJ Engelwood Cliffs: Educational Technology
   Publications, 225-230.

Carr, S. (2000). As distance education comes of age, the challenge is keeping the students.
   The Chronicle of Higher Education – Information Technology. URL
   http://chronicle.com/free/V46/i23/23a00101.htm . Akses pada 8/6/00.

Dede C. (1996). Emerging technologies in distance education for business. Journal of
   Education for Business, 47(4), 197-204.

Eastmond D. V. (1995). Alone but together: Adult distance study through computer
   conferencing. Cresskill N.J.: Hampton Press.

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             145
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

Freeman, M. (1997). Flexibility in access, interactions, and assessment: The case for Web-
   based teaching programs. Australian Journal of Educational Technology. 13(1), muka
   surat 23-39. URL http://cleo.murdoch.edu.au/ajet/ajet13/wi97p23.html. Akses pada
   10/9/00.

Frizler, K. (1995). The Internet as an educational tool in ESOL writing instruction. URL
    http://thecity.sfsu.edu/~funweb.html. Akses pada 10/3/00.

Harasim, L.M. (1987). Teaching and learning online: Issues in computer mediated
   graduate courses. Canadian Journal of Educational Communication, 16 (2), 117-135.

Hall, R.H., Watkins, S. E., & Ercal, F. (2000). The horse and the cart in Web- based
   instruction: Prevalence and efficacy. Paper presented at the annual meeting of the
   American Educational Research Associations (AERA), April 2000, New Orleans, LA.
   URL http://www.umr.edu/~rhall/aera2000/efficacypaper.doc. Akses pada 25/9/00.

Hara, N., & Kling, R. (2000). Student’s distress with a Web-based distance education
   course. CSI Working Paper. URL http://www.slis.indiana.edu/CSI/wp00-01.html.
   Akses pada 5/8/00.

Hill Associates Inc. (2000). Why Web-based learning (WBL)?. URL
    http://www.hill.com/products/led_classroms/whyhow_wbl.html. Akses pada 1/9/00.

Hill, J.R. (1997). Distance learning environments via the World Wide Web. In Badrul
    Khan (Ed.). Web-based instruction. NJ Engelwood Cliffs: Educational Technology
    Publications, 75-80.

Kemp, F. (1994). The limits of proof in writing instruction. Paper presented at the
  Conference on College Composition and Communication, Nashville, TN. Computer
  Mediated Communication Magazine. URL
  http://www.rpi.edu/~decemj/cmc/mag/archive.html . Akses pada 9/8/99.

Kerka, S. (1996). Distance learning, the Internet, and the World Wide Web. ERIC
   Clearinghouse on Adult Career and Vocational Education. Columbus Ohio: Eric Digest
   395214.

Knussen, C., Tanner, G.R., & Kibby, M.R. (1991). An Approach to the evaluation of
   hypermedia. Computers Education, 17(1), 13-24.

Kubala, T. (1998). Addressing student needs: Teaching on the Internet. Technological
   Horizons in Education Journal (T.H.E.), 25(8), 71-74.

Leland, B. (2000). Plagiarism and the Web. URL
   http://www.wiu.edu/users/mfbhl/wiu/plagiarism.htm. Akses pada 6/8/00.



Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             146
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000

McCarthy, C. P. (1998). Learner training for learner autonomy. Internet TESL Journal.
  IV(7). URL http://www.aitech.ac.jp/~iteslj/Techniques/McCarthy-Autonomy.html .
  Akses pada 21/12/99.

McKenna, J., Avery, R., & Schuchardt, J. (2000). Technology strategies for enhancing
  learning. Consumer Interests Annual. Issue, 46, 200-205.

Mckenzie, J. (1998). The new plagiarism. Seven antidotes to prevent highway robbery in
  an electronic age. From Now On. 7(8), URL
  http://www.fno.org/may98/cov98may.html. Akses pada 8/8/00.

Owen, T. (1993). Wired writing: The writer in electronic residence program. In R. Mason
  (Ed.). Computer Conferencing: The Last Word. Victoria, BC: Beach Holme, 125-147.

Owston, R.D. (1997). The World Wide Web: A technology to enhance teaching and
  learning. Educational Researcher, 26(2), 27-33.

Pfaff-Harris, K. (1996). Copyright issues on the Web. The Internet TESL Journal. 2(10)
    URL http://www.aitech.ac.jp~iteslj/Articles?Harris-Copyright.html. Akses pada
    15/7/00.

Poncia, W. C. (1999). Web-based learning for a digital generation. Innovation Learning
   Group Inc. URL http://www.nlginc.com/nlglibrary/articles/webbasedlearning.htm.
   Akses pada 13/7/00.

Relan, A.,& Gillani, B. (1997). Web-based instruction and the traditional classroom:
   Similarities and differences. In Badrul Khan (Ed.). Web-based instruction. NJ
   Engelwood Cliffs: Educational Technology Publications, 41-46.


Romiszowski, A. J. (1997). Web-based distance learning and teaching: Revolutionary
  invention or reaction to necessity. In Badrul Khan (Ed.) Web-based instruction. NJ
  Engelwood Cliffs: Educational Technology Publications, 25-37.

Ryan, J.C.H. (1999). Student plagiarism in an online world. URL
   http://www.asee.org/prism/december/html/student_plagiarism_in_an_onlin.htm.
   Akses pada 4/8/00.

Strommen, E.F. (1992). Constructivism, technology and the future of classroom learning.
    URL http://www.ilt.columbia/edu/k12/livetext/docs/construct.html. Akses pada
    2/9/99.

Teh, G.P.L. (1999). Assessing students perceptions of Internet based online learning
   environments. International Journal of Instructional Media, 26(4), 397-402.

Twigg, C.A. (1997). Is technology a silver bullet? Educom Review. March/April, 28-29.

Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             147
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan
International Conference ‘Educational & ICT in the New Millennium’ at Parkroyal Kuala Lumpur,
27th – 28th October 2000



Van Dusen, G. (1997). The virtual campus: technology & reform in higher education.
   ASHE-ERIC Higher Education Report. 25 (5). Washington DC.

Warschauer, M. (1995). E-mail for English teaching. Alexandria, Virginia: TESOL
  Publications, Inc.

Williams, V., & Peters, K. (1997). Faculty incentives for the preparation of Web-based
   instruction. In Badrul Khan (Ed.). Web-based instruction. NJ Engelwood Cliffs:
   Educational Technology Publications, 107-110.




Pembelajaran Dan Latihan Secara Jarak Jauh Melalui Web: Keperluan Anjakan Pemikiran             148
Tentang Pembelajaran Dan Cara Mendekatinya: Wan Zah Wan Ali & Haslinda Abu Hassan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:67
posted:6/27/2012
language:
pages:20