Globalisasi Pendidikan dan Cabaran Guru Masa Kini
Shared by: 6rlEDhL
-
Stats
- views:
- 76
- posted:
- 6/22/2012
- language:
- Malay
- pages:
- 28
Document Sample


SMK Seri Tanjong, 45000 Kuala Selangor
LADAP 2
25 Mei 2011
(RABU)
Dewan Tanjong
Peningkatan Kompetensi ICT
dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Penceramah
ENCIK ZULKIFLI BIN OTHMAN
[GC ICT SMKST]
Globalisasi Pendidikan dan Cabaran Guru
Masa Kini
Globalisasi pendidikan bermaksud pendidikan
merentasi sempadan dan media. Ini bermakna
pemerolehan ilmu boleh berlaku melalui
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Internet di peringkat antarabangsa.
Proses globalisasi pendidikan menggalakkan
penyelidikan pengajaran dan pembelajaran
dalam metodologi dan psikologi pendidikan
serta penilaian. Ia akan menghasilkan sumber-
sumber yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran sepanjang hayat.
(Profesor Michael Gibbons – Setiausaha Agong
Persatuan Universiti Komanwel : ACU – 2003)
Untuk merebut peluang globalisasipendidikan,
Malaysia telah merancang dan melaksanakan
beberapa program seperti :
1. Menubuhkan Multimedia Super Corridor
(MSC) dan sekolah-sekolah bestari
2. Mereformasikan program sekolah, misalnya
menukar bahasa pengantar daripada
Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris
untuk pembelajaran Matematik dan Sains di
semua peringkat sekolah. PPSMI
3. Menambah peluang pendidikan terbuka
(open education) dengan menubuhkan
universiti terbuka (UNITEM) dan universiti
virtual (UNITAR) untuk warganegara,
khasnya golongan pendidik.
4. Membekalkan prasarana ICT dan latihan
yang sempurna untuk murid dan guru
sekolah supaya mereka dapat menguasai
kemahiran penggunaan komputer dan
menangani cabaran globalisasi pendidikan.
Untuk menghadapi dan menangani cabaran
globalisasi pendidikan, guru hendaklan :
1. Meneruskan proses pembelajaran
sepanjang hayat dengan menggunakan
kemudahan ICT untuk memperolehi ilmu
dan kemahiran yang canggih dan terkini.
2. Menguasai kemahiran penggunaan
komputer dan carian di Internet untuk
memperolehi ilmu, khasnya dalam pedagogi
pendidikan yang terkini.
3. Merebut peluang Pendidikan Jarak Jauh,
demi meningkatkan status guru bestari
dalam erti kata yang sebenar.
Aplikasi Asas Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
Literasi Komputer dan Aplikasi
Pengetahuan Asas Peralatan Komputer :
Sistem Maklumat dan Rangkaian (Network)
Rangkaian (Network) merupakan sekumpulan
komputer yang saling dihubungkan dengan
wayar telefon atau kabel, atau melalui
gelombang radio atau mikro (wave) atau melalui
satelit dengan tujuan membolehkan orang
berkongsi maklumat melalui alat kelengkapan
lain seperti mesin cetak (printer) dan
sebagainya.
Komponen Perkakasan dan Perisian dalam
Rangkaian.
Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian
merangkumi beberapa komponen yang
berbentuk fizikal.
1. Komponen-komponen termasuklah
komputer, peralatan rangkaian seperti
modem, mesin cetak, faks, unit backup,
peranti simpanan fail dan sebagainya.
2. Komponen perkakasan yang lain
termasuklah kabel yang digunakan untuk
menyambungkan beberapa komputer dan
peralatan dalam rangkaian untuk
menyambungkan dua atau lebih rangkaian.
3. Suatu alat dinamakan penyambung
(connectors) mesti digunakan untuk
memudahkan pertukaran maklumat.
4. Jenis penyabung yang digunakan dipanggil
sebagai ”bridge”.
Perisian (software) merupakan sesuatu program
komputer.
1. Ia mengandungi suatu set arahan dalam
bahasa spesifik yang mengarahkan
komputer melaksanakan operasi ke atas
data yang terkandung dalam programnya.
Perisian Rangkaian (Networking Software)
merangkumi program yang dioperasikan oleh
komputer-komputer dalam rangkaian. Jenis
perisian rangkaian yang lain adalah :
2. Network Driver : iaitu pemacu rangkaian
yang membenarkan komputer
menggunakan kad antara muka rangkaian
(Network Interface Card) untuk
berkomunikasi dengan rangkaian lain.
3. Application Software : merangkumi program
yang digunakan dalam komputer seperti
pemprosesan kata (word processing),
hamparan elektronik (spreadsheet), perisian
persembahan (presentation) dan grafik
(graphics).
4. ServerSoftware : iaitu pelayan atau pemberi
perkhidmatan. Merupakan komputer yang
membolehkan maklumat dan sumber
disalurkan kepada komputer-komputer lain
dalam rangkaian. Ia digunakan untuk
membolehkan ”server” menjalankan sesuatu
tugas spesifik, misalnya memproses email.
5. Management Software : digunakan untuk
mengendalikan lebih daripada 20 buah
komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan
pentadbir rangkaian (web master)
mengorganisasi dan mengendalikan
sesuatu rangkaian secara lebih berkesan.
6. Pakej Perisian : merangkumi pelbagai
aplikasi. Misalnya Microsoft Office boleh
berfungsi sebagai pemprosesan perkataan
dan mereka bentuk laman web,
memanjangkan (forward) dan menerima
(recive) email, memperoleh dan menghantar
data melalui proses muat turun
(downloading) dan muat naik (download)
dan sebagainya.
7. Perisian Keselamatan : mempunyai dinding
kebakaran (firewall) yang kuat. Contohnya
Windows XP SP 2 dan ke atas boleh
melindungi pengguna komputer daripada
serangan virus dan hacker dengan
menyediakan Windows Firewall dalam
perisiannya.
Konsep LAN, MAN, WAN, Intranet, Internet
LAN (Local Area Network)
LAN ialah Local Area Network , iaitu rangkaian
yang banyak digunakan dalam sesuatu
bangunan atau kawasan setempat dengan jarak
kawasan yang tidak begitu jauh.
LAN merupakan rangkaian yang
menyambungkan peralatan dan komputer.
Biasanya bilangannya kurang 100 buah di
sesuatu kawasan bangunan.
LAN membenarkan pengguna-pengguna
berkongsi maklumat, perisian, mesin cetak dan
peralatan lain di dalam kawasan kerja setempat
dengan penyeliaan seorang pentadbir.
MAN (Metropolitan Area Network)
MAN ialah Metropolitan Area Network, iaitu
rangkaian yang meliputi kawasan dengan
kawasan 50km persegi, contohnya kawasan
bandaraya.
Biasanya MAN diusahakan oleh Syarikat
Telekom tempatan yang menggunakan sistem
radio atau gelombang mikro. Ia memberi
perkhidmatan rangkaian kepada setiap
pengguna beberapa rangkaian LAN.
MAN (Wide Area Network)
WAN ialah Wide Area Network, iaitu rangkaian
yang meliputi kawasan di seluruh negara atau
seluruh dunia.
WAN menyambungkan MAN dan LAN dengan
memberi perkhidmatan rangkaian kepada
pengguna melalui sistem gelombang radio atau
microwave, juga melalui satelit.
Intranet
Sistem intranet merupakan salah satu sistem
rangkaian yang beroperasi di dalam sebuah
organisasi.
Ia berfungsi seperti sistem LAN tetapi
perkhidmatan hanya ditawarkan kepada individu
dalam organisasi yang berkenaan sahaja.
Apabila intranet disambungkan dengan LAN,
MAN atau WAN, maka intranet di bawah
organisasi tersebut boleh dicapai oleh ahlinya
dalam rangkaian internet antarabangsa.
Di bawah sistem intranet, pengguna dalam
organisasi tersebut boleh menggunakan
komputer mereka untuk menguruskan data dan
email, mereka bentuk laman web, menyediakan
berita, menggunakan sistem ”chatting” untuk
berkomunikasi dan mengadakan perbincangan,
memindah dan menyimpan fail, memperoleh
maklumat dari perkhidmatan WAN atau internet
dan mengikuti video conferencing.
Internet
Internet merupakan suatu rangkaian komputer
yang meliputi kawasan seluruh dunia.
Ia juga dikenali sebagai Information
Superhighway atau Cyberspace yang membawa
maksud ruang siber.
Internet atau internetwork ini berfungsi sebagai
rangkaian perantaraan.
Melalui Pembekal Perkhidmatan Internet
(Internet Service Provider) – ISP – adalah
sebuah organisasi yang membekalkan
rangkaian perantaraan untuk pengguna-
pengguna internet berkomunikasi secara global.
1. Melalui email, antara satu sama lain.
2. Memperoleh maklumat yang dikehendaki
melalui WWW (World Wide Web)
Web menghantar fail-fail multimedia dengan
beberapa protokol yang dikenali sebagai TCP/IP
(Tranmission Control Protocol / Internet
Protocol). Ia membawa maklumat yang diminta
oleh pengguna dengan menyalurkannya melalui
ISP yang akan menghantar kepada pengguna
dalam rangkaian.
Untuk mendapat maklumat dengan cepat dan
berkesan, pengguna komputer hendaklah
memasang modem di antara kabel telefon
dengan komputernya.
Modem merupakan alat yang boleh
menterjemah isyarat digital kepada analog, iaitu
isyarat komputer kepada isyarat telefon, dan
sebaliknya. – (modulator-demodulator)
Fungsi dan Jenis Perkhidmatan Rangkaian
World Wide Web (WWW, Web)
Suatu perkhidmatan internet merangkumi satu
set komputer yang digunakan dalam sesuatu
sistem yang memudahkan pengguna untuk
mendapatkan maklumat dengan cara bergerak
di antara sumber-sumber perkhidmatan.
Web Servers (Pelayan Web)
Sebuah komputer yang disambungkan ke
internet supaya laman web dapat disalurkan
kepada pengguna-pengguna ke merata tempat
di dunia.
Sebuah web server boleh menyimpan beratus-
ratus Web Sites.
Web Sites (Lokasi Web)
Koleksi laman web yang diselenggarakan oleh
agensi kerajaan, institusi pendidikan, syarikat
atau individu.
Web Sites memberikan perkhidmatan atau
mempromosikan produk sesebuah organisasi
kepada berjuta-juta pengguna komputer dalam
rangkaian internet di seluruh dunia. Contohnya
Microsoft Internet Explorer
(www.microsoft.com/ie),
Netscape Communicator Navigator
(www.netscape.com),
Apple Computer
(www.apple.com),
Cable News Network – CNN
(www.cnn.com) dan sebagainya.
Web Page (Laman Web)
Merupakan dokumen atau fail yang terdapat
dalam Web Site. Laman web juga dikenali
sebagai Hypertext Markup Language (HTML). Ia
mengandungi gambar, bunyi, video, animasi dan
teks.
Ia mengandungi set arahan yang mengandungi
Uniform Resource Locator (URL) yang
digunakan untuk mendapatkan alamat web.
Apabila fail HTML dibaca melalui Web Brouser,
ia akan mengikut arahan dari teks dan URL
untuk mengesan lokasidan dokumen fail
tersebut, seterusnya menayangkan
kandungannya pada skrin komputer.
Web Browser (Pelayar Web)
Suatu program perisian yang membolehkan
pengguna komputer memerhati dan meneroka
alamat dan laman web dalam WWW di internet.
Hari ini web brouser membolehkan individu
menggunakan email dan membaca berita dari
agense-agensi yang membekalkan
perkhidmatan berkenaan.
Hyper Text Markup Language (HTML)
Merupakan fail yang mengandungi teks dan
arahan.
Arahan dikenali sebagai tags, bertujuan
menayangkan teks dan imej dan sebagainya
dalam laman web.
Kemahiran Aplikasi Perisian
Perisian Pemprosesan Perkataan
Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Word
Processing Software.
Perisian ini merupakan suatu program yang
membolehkan pengguna komputer melakukan
kerja-kerja menulis, mengedit dan menyimpan
seterusnya mencetak dokumen berbentuk surat,
manuskrip, laporan dan sebagainya.
Oleh kerana kebanyakan pengurusan komputer
berorientasikan Bahasa Inggeris, maka
penggunaan menu dan arahan adalah
menggunakan Bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun ada juga menggunakan bahasa
lain seperti Thai. Arabic, Tamil Cina dan
sebagainya.
Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah
Microsoft Office Word, OpenOffice.org Writer,
Word Perfect dan sebagainya.
Perisian Hamparan Elektronik
Perisian hamparan elektronik di sebut sebagai
Spreadsheet dalam Bahasa Inggeris.
Perisian ini berbentuk lejar atau helaian kerja
saintifik yang luas dengan ruang (sel) yang
tersusun mengikut baris dan lajur.
Helaian kerja saintifik atau Spreadsheet ini
digunakan untuk mencipta dan mengolah
paparan tertentu berkaitan data seperti :
1. Membuat jadual pengiraan merangkumi
susunan sel yang mana data dan formula
boleh dimasukkan untuk kiraan cepat.
2. Membina graf dan carta untuk persembahan
yang menarik.
Dengan adanya perisian hamparan elektronik
ini, semua kerja pengiraan dapat diurus dengan
mudah.
Contoh perisian hamparan elektronik ialah
Microsoft Office Excel, OpenOffice.org Calc dan
sebagainya.
Perisian Persembahan
Perisian persembahan adalah Presentation
Software dalam Bahasa Inggeris.
Persembahan yang dihasilkan adalah dalam
bentuk persembahan slaid.
Kegunaannya ialah untuk mempersembahkan
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio,
video dan animasi.
Gabungan pelbagai media akan membolehkan
aplikasi persembahan lebih dinamik, seperti
hidup dan lebih menarik.
Dengan adanya perisian persembahan
multimedia seperti Microsoft Office PowerPoint
dan OpenOffice.org Impress, maklumat dan
mesej yang dipersembahkan dapat disampaikan
dengan menarik dan mudah difahami.
Perisian Pelayar Web
Internet Explorer merupakan perisian yang
digunakan secara meluas dalam penggunaan
pelayar web.
Bagi komputer beroperasikan Windows, perisian
Internet Explorer biasanya dipasangkan
bersama semasa proses installasi windows.
Perisian ini dikenali sebagai web browser.
Contoh perisian pelayar web ialah Microsoft
Internet Explorer, Mozila Firefox, Google
Chrome, Safari, Opera, Netscape Navigator,
Camino, Seamonkey, K-Meleon, Galeon dan
banyak lagi.
Email
Email merupakan mel elektronik yang
membolehkan pengguna berkomunikasi dengan
pengguna lain dalam bentuk mesej elektronik.
Aplikasi email ini digunakan secara meluas
dengan membenarkan komunikasi lebih
daripada dua hala.
Penghantaran dan penerimaan email dapat
dilakukan dengan cara yang pantas.
Setiap pengguna email hendaklah mendaftarkan
diri di bawah agensi rasmi atau agensi kerajaan
untuk mendapatkan user name dan password
sebelum dapat menmggunakan perisian email.
Email yang meluas digunakan adalah dari
agensi yang dinamakan sebagai Gmail, Zoho-
Mail, AIM mail, GMX mail, Yahoo Mail,
Gawab.com, Hotmail dan sebagainya.
Peraturan Penggunaan Kemudahan ICT
Undang-Undang Siber
Sehingga kini, beberapa peraturan utama yang
digubal secara permuafakatan di antara negara-
negara maju adalah seperti berikut :
1. Protokol : Peranti rangkaian adalah direka
bentuk selaras dengan standard protokol
seperti yang diluluskan oleh kerajaan
sebagai satu langkah menyekat
penyalahgunaannya.
2. Protokol TCP/IP merupakan sekumpulan
protokol yang membenarkan komunikasi di
antara rangkaian dengan menggunakan
sistem komputer yang berbeza.
3. Mengharamkan sebarang aktiviti
penggunaan internet yang membawa
keburukan imej dan integriti negara.
4. Menetapkan undang-undang antivirus dan
hukuman terhadap hackers serta
pelanggaran hak cipta.
Net Etiquette
Di antara kod etika rangkaian ialah :
1. Mematuhi undang-undang siber.
2. Meneroka carian internet dengan tujuan
yang murni.
3. Menghormati pengguna komputer lain dan
hak-hak mereka.
4. Mematuhi etika email.
5. Mematuhi etika website.
6. Menghormati hak cipta orang lain.
7. Tidak menyediakan perisian program yang
membawa keburukan kepada perkakasan
atau perisian komputer.
8. Tidak menjadi hacker.
e-Mail Etiquette
Di antara kod etika email ialah :
1. Jangan menulis mesej dengan
menggunakan semua HURUF BESAR. Ia
membawa makna suara memekik kepada
penerima mesej.
2. Menulis mesej dengan ringkas, jelas dan
mengikut konteks.
3. Jangan menggunakan bahasa menyindir
atau bahasa pasar semasa menulis mesej.
4. Gunakan tulisan yang betul dan ejaan tepat
serta elakkan penggunaan trengkas.
5. Jangan mendesak atau menghasut demi
mengelakkan serangan balik dari penerima
email.
6. Menulis nama penuh supaya penerima
email dapat menjawab dengan hati yang
terbuka.
7. Elakkan menghantar mesej yang
terkandung perkara yang kurang sesuai
dibaca oleh orang ramai kerana mesej
dalam email juga kadang-kadang boleh
dibaca oleh pengguna lain.
8. Jangan respon email yang aneh atau dari
sumber yang tidah diketahui.
9. Menjawab email dengan cermat dan teliti.
Jangan respon secara tergesa-gesa.
10. Hanya simpan email yang perlu digunakan
untuk rujukan pada masa hadapan.
Web Sites Etiquette
Di antara kod etika Web Sites ialah :
1. Gunakan bahasa yang betul dan mudah
dibaca oleh pengguna-pengguna komputer .
2. Bertanggungjawab dengan maklumat yang
disediakan.
3. Gunakan bahasa yang bebas dari
kesalahan ejaan, nahu dan tatabahasa.
4. Maklumat yang terkandung dalam laman
web hendaklah tepat dan lengkap. Elakkan
khabar angin dan cakap kosong.
5. Menghormati hak cipta orang lain.
6. Jangan menerbitkan berita atau rencana
yang boleh memburukkan imej pengguna
internet.
7. Jangan menyediakan maklumat tidak sah
atau ada tujuan lain seperti menipu,
mengejek atau mengkritik.
8. Jangan mengubahsuai gambar orang lain
dengan tujuan mengejek atau membawa
malu kepadanya.
9. Mematuhi polisi internet.
Isu-Isu Hak Cipta (Copyright).
Mengikut undang-undang kebanyakan negara,
perisian aplikasi yang asal adalah dilindungi.
Apabila membeli sesuatu perisian pastikan anda
mendapat kad pendaftaran atau lesen
perjanjian. Ini menandakan pembeli telah
mendapat kebenaran untuk menyediakan satu
salinan sebagai backup dengan tujuan untuk
kegunaan jika berlaku masalah kepada salinan
asal.
Aktiviti cetak rompak seperti menyalin,
mengedar, menjual atau menyewa perisian yang
tidak mendapat kebenaran adalah dianggap
telah melanggar hak cipta di bawah undang-
undang siber.
Organisasi atau individu yaang malakukan cetak
rompak terhadap perisian disebut sebagai
pencuri perisian dan mereka boleh didakwa dan
didenda mengikut undang-undang hak cipta
negara.
Panduan Penggunaan Bahan Hak Cipta :
1. Media bergerak (contoh klip video) :
sehingga !0% atau 3 minit – mana yang
terdekat.
2. Teks : sehingga 10% atau 1000 patah
perkataan – mana yang terdekat.
3. Puisi : sehingga 250 patah perkataan atau 3
puisi bagi seorang penyair. Dihadkan hanya
5 penyair sahaja dalam sesebuah antologi –
mana yang terdekat.
4. Muzik : 10% atau 30 saat – mana yang
terdekat.
5. Gambar foto atau imej : sehingga 5 karya
daripada seorang pemilik. 10% atau 15
karya daripada sesuatu koleksi – mana yang
terdekat.
6. Pangkalan data : sehingga 10% atau 2500
sel – yang mana terdekat.
7. Bahan yang digunakan hanya untuk tujuan
pendidikan sahaja.
8. Setiap bahan yang diunakan perlu dicatat
sumber dibawahnya.
9. Jangkamasa penggunaan ialah 2 tahun
sahaja.
Sumber rujukan :
http://www.libralies.psu.edu/mtss/fairuse/guidline
doc.html)
Menjaga Keselamatan Data
Menjaga keselamatan data rangkaian adalah
menjadi tanggungjawab utama bagi web master
dan pengguna.
Punca-Punca Ancaman Data Rangkaian
Kegagalan komputer kerana kerosakan
perantinya. Misalnya kerosakan peranti storan
disebabkan jangka hayat yang lama. Ia akan
menghapuskan semua data yang disimpan
dalam peranti tersebut.
Kekurangan kemahiran teknikal seseorang
pengguna komputer boleh memusnahkan data
atau lebih teruk lagi memusnahkan peranti yang
digunakan untuk menyimpan data tersebut.
Kemalangan menyebabkan kehilangan data.
Misalnya seseorang juruteknik komputer
terpadam secara tidak sedar kandungan dari
storan komputer semasa membaiki atau
menservis komputer.
Kecuaian pengguna boleh juga menjadikan
maklumat hilang kerana lupa menyelamatkan
data. Data perlu disimpan lebih daripada satu
storan.
Kebakaran kerana litar pintas boleh juga
memusnahkan semua data yang disimpan.
Bencana seperti gempa bumi atau banjir sering
memusnahkan semua malumat dalam
komputer.
Jenayah seperti hacking, virus dan kecurian
komputer pula boleh membawa ancaman
kepada keselamatan data.
Strategi Menjaga Keselamatan Data.
Menyediakan Backup.
1. Backup bermaksud sokongan atau bantuan.
2. Di dalam sistem komputer, backup
merupakan tindakan utama yang bertujuan
melindungi maklumat dalam rangkaian
daripada hilang. Caranya ialah dengan
memindahkan data kepada peranti storan
lain seperti CD, portable harddisk dan
sebagainya.
3. Kebanyakan sistem backup mengandungi
tiga ketagori :
a. Full backup – menyalin semua fail
dalam komputer.
b. Incremental backup – menyalin fail yang
telah berubah sejak backup terdahulu.
c. Daily backup – menyalin fail yang telah
berubah pada hari tersebut.
4. Sesetengah pakej perisian seperti Microsoft
Office Word dan Word Perfect melakukan
backup secara automatik semasa aplikasi
sedang digunakan.
5. Sesetengan perisian backup pula khasnya
untuk web servers mempunyai perlindungan
daripada bencana alam seperti gempa bumi,
banjir, kebakaran dan sebagainya.
Gunakan Proses Recovery
1. Di dalam sistem komputer, recovery ialah
proses yang digunakan untuk
menyelesaikan konflik atau situasi kesilapan
yang timbul semasa pemindahan data.
[Mencari data yang hilang – Nasib]
2. Proses recovery dapat menggerakkan
pemindahan data secara lancar seterusnya
melindungi data daripada hilang dalam
sistem komputer.
3. Fungsi recovery membolehkan operasi
disambung semula selepas berlakunya
kegagalan.
Perlindungan Daripada Serangan Virus
1. Virus merujuk kepada satu set arahan
komputer yang sengaja disembunyikan dan
ianya dicipta dengan tujuan membawa
kepada kerosakan.
2. Ia boleh diibaratkan seperti berlakunya
infeksi atau jangkitan yang boleh hidup di
bawah keadaan “dorman” – lama tersimpan
dalam sistem komputer, disket, pendrive
atau perisian komputer.
3. Apabila sistem komputer diaktifkan,
contohnya masa menbuka fail, virus akan
aktif dan menyerang sistem komputer
dengan mempersembahkan mesej
kesilapan atau terus memusnahkan fail atau
semua maklumat.
4. Virus boleh disalurkan/dipindahkan dari
sebuah komputer kepada yang lain melalui
disket, pendrive, harddisk dan storan lain
juga melalui rangkaian internet semasa
muat turun (downloading).
5. Di antaranya ialah Trojan – merupakan
suatu bentuk virus yang boleh membiak
dengan cepat.
Untuk melindungi serangan virus :
1. Gunakan antivirus terkini dan selalu update.
2. Pastikan tidak memuat turun (downloading)
bahan daripada sumber yang tidak diketahui
sumbernya – bebas virus atau tidak.
3. Tidak membuka email dari sumber yang
tidak diketahui pengirimnya.
Akhirnya :
Sentiasalah
Setting niat,
Upgrade iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update doa,
Dan
Top up ilmu,
Supaya
Dapat REDEEM pahala.
TERIMA KASIH.
Get documents about "