Docstoc

PERKEMBANGAN B.MELAYU SATU SEJARAH

Document Sample
PERKEMBANGAN B.MELAYU SATU SEJARAH Powered By Docstoc
					SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara
bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman
bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu
Moden.      Secara    ringkasnya,    berdasarkan       pengklasifikasi   zaman-zaman
perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan
mempunyai sejarah penyebarannya.

2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa      Melayu   Purba   ialah   bahasa   Melayu     yang    wujud   pada   zaman
prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada
masa itu.

Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan
oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan.
Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno
bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad
ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di
Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan
bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno
wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai
kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu
Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera.
Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh
diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima
pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa
Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui
aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India
belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat
menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka.
Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai
tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan
Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke
Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para
pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat
pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.

2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa
Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.
Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara
penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada
pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa
Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit
adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu
Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat
yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar
Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada
abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis
tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu
bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan
dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M
dan   batu,   Jawa   Tengah   yang bertarikh     832   Masihi ditulis dalam     huruf
Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa
Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah
dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu
bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa
Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu
bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan
perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh
itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa
konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa
Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan
bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan
pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi
sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan,
keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:22
posted:6/17/2012
language:Malay
pages:3