19412614 perbezaan pandangan antara Teori Fungsionalisme dan konflik mengenai agama

Document Sample
19412614 perbezaan pandangan antara Teori Fungsionalisme dan konflik mengenai agama Powered By Docstoc
					Pengenalan

Teori Fungsionalisme.



Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

Kajian teori ini lebih tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam

kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan masyarakat. Teori ini

beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial

dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme dianggap

seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.



           Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan

dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga

andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti

merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur masyarakat

dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana

sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya.

Manakala evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur
                                                1
masyarakat ke arah pembaharuan.                 Teori ini turut mempengaruhi beberapa ahli

sosiologi moden Amerika seperti Talcott Parson dan Robert K. Merton.



           Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam

sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua

iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara merupakan sesuatu yang

diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi


1
    Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. 2006



                                                    1
ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi.

Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula

merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu,

jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting

bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan

memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.



Teori konflik



        Teori konflik telah diasaskan. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan ahli

ekonomi yang berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh

Weber. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik

ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu “ the Communist Menifesto”. Pandangan teori

konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan

sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku

dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.

konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. 2 Sesuatu konflik yang

berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu

kolompok sosial3. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep

dialektik, determinisme dan aktivisme sosial4. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan

merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang

menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud

asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi.



2
  George Simmen.
3
  Lewis Coser.
4
  Brinkerhoff dan White (1989).


                                          2
Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori

konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber. t



          a) Aliran Marx.



          Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran

sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx,

mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara

menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi

sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga

elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran

politik dan satu pegangan hidup seakan agama5.



          Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah

masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri

dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah

disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti

agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur

masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya

akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.



          b) Aliran Weber.

          Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupun

teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak

bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa

5
    Fatimah Daud (1992).


                                            3
perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas

sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca

daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan
                                                                                 6
faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan                (kristian

protestan).



          Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu

kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut

dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx

yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut

dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan

sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Status bukanlah dinilai

berdasarkan kekayaan,          kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup.

Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu

memaksa orang lain bagi mencapai            matlamat individu ataupun organisasi. Dapat

disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosial

dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan

parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka.



          Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan

perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi

semata-mata         tetapi   disebabkan   memperjuangkan   hak   masing-masing       supaya

dipandang tingi oleh masyarakat.




6
    Weber (1958).


                                              4
PANDANGAN ISLAM (IBNU KHALDUN) DALAM ANALISIS SOSIOLOGI.



Dari segi peradaban islam pula, ilmu sosiologi sebagaisains telah wujud seawal zaman

Ibnu Khaldun. Khaldun telah terkenal sebagai bapa sosiologi Islam. Kajian Khaldun

dalam mukaddimah telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosiologi

moden. Sebenarnya kajian Khaldun telah mendahului kaedah-kaedah kajian klasik Barat

yang hanya muncul beratus tahun setelah peninggalan Khaldun. Namun tidak ramai

yang mahu mengakui Khaldun sebagai bapa sosiologi moden semata-mata disebabkan

tindakan Khaldun yang tidak memisahkan agama dari kehidupan sosial.



Sebenarnya, apa yang dikaji oleh sarjana-sarjana awal Barat telah diteliti oleh Khaldun.

Misalnya sekiranya Comte, Durkheim dan Spencer melihat perubahan sosial, Khaldun

juga telah mengkajinya. Sekiranya Marx tekenal dengan idea yang radikal hingga

melarikan diri ke luar negara, kehidupan Khaldun dipenuhi oleh perjuangan sosial

sehingga menyebabkan beliau dipenjarakan kerana tindakannya mengkritik pemerintah.

Jika Weber terkenal menganalisis kepentingan kelas, status dan kuasa; Khaldun juga

mengkaji faktor-faktor ekonomi,sosial dan politik. Maka dapat lah disimpulkan bahawa

daripada secara umumnya terdapat persamaan antara sosiologi Barat dan sosiologi

Khaldun. Selain itu, daripada segi interaksionisme, Khaldun sebagaimana yang

dinyatakan telah meletakkan landasan ilmunya kepada aga yang sememangnya

menghendaki interaksi antara manusia. Secara keseluruhannya, penyelidikan Khaldun

adalah setara dengan penyelidikan Barat berlandas alasan-alasan berikut; beliau

mengkaji perubahan dan fenomena sosial, mengkaji perkaitan antara institusi sosial,

membezakan antara masyarakat primitif dan moden, menghubungkan penikiran

sosiologimdengan sejarah, penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal.

Khaldun adalah seorang aktivis, kehidupanya dipenuhi oleh perjuangan sosial. Khaldun


                                           5
sentiasa mempersoalkan keadilan dalam masyarakat. Baginya keadilan diperjuangkan

untuk kesejahteraan manusia.       Khaldun mengiktiraf kewujudan masyarakat yang

berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan.   Ini dibuktikan dengan kesanggupan

berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah, memberi nasihat dan teguran. Khaldun

tidak menganjurkan pertentangan revolusi tetapi mahukan supaya perubahan secara

reformasi sosial. Ini berbeza dengan tradisi konflik marxist yang bergerak dalam tema

revolusi untuk menentang stratifikasi. Maka berdasarkan apa yang di mulakan oleh

Khaldun, sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut iaitu

berteraskan agama, berbentuk aktivisme sosial, mengkaji interaksi mikro dan makro,

konsep utama ialah keadilan untuk keseahteraan masyarakat, dan tidak memisahkan

agama dengan aspek-aspek lain seperti eonomi, soisl dan politik. Sehubungan dengan

pespetif islam tentang sosiologi , Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) telah

mencadangkan supaya sosiologi islam perlu bersifat teoritikal (menerokai prinsip-prisip

kehidupan sosial berlandaskan Al-Quran), kritikal (mengkaji masyarakat berdasarkan

kaedah yang sejajar denga idealisme islam) dan strategik (mempunyai rancangan

mengatasi permasaalahan masyarakat berlandaskan keislaman).             Bagaimanakah

bentuk sosiologi islam?. Pendapat teori interaksionalismemengeai hubungan manusia

telah diperjelaskan dalam islam.    Dalam islam telah dinyatakan bahawa manusia

mempunyai perbagai etnik (manusia dijadikan bersuku-suku dan berbangsa) yang perlu

berinteraksi antara satu sama lain (untuk saling mengenali). Juga dinyatakan bahawa

manusia bertingkahlaku hasil daripada interaksi mereka. Perangai-perangai manusia

adalah pelbagai daripada yang buruk pada satu pihak hingga yang baik pada sebelah

pihak yang lain.   Jika teori interaksionalisme Barat telah membandingkan sifat-sifat

manusia yang lebih baik daripada haiwan; Islam terlebih dahulu telah memaklumka

bahawa manusia adalah makhluk terbaik berbanding segala yang wujud didunia .

manusia sebagai makhluk terbaik tentulah mempunyai kebolehan untuk mendapatkan


                                          6
ilmu pengetahuan yang akhirnya dapat membuat pertimbangan sendiri mengenai

belbagai aspek dalam kehidupan.      Dengan kata lain, dengan fikiran waras yang di

punyai oleh manusia mereka boleh membuat keputusan sendiri tentang aksi mereka.

Sosiologis islam telah menyedari bahawa konflik dalam masyarakat sukar dielakkan

dalam proses berinteraksi antara satu sama lain.      Apa yang menyebabkan konflik

adalah niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak sama dengan

kehendak pihak lain.     Ini berbeza dengan teori konflik Marx yang menyatakan

pergeseran akan tamat apabila wujud sosialisme dan komunisme. Walaupun disedari

konflik tetap berlaku, tidak bermakna pertentangan harus dibiakan.         Perlu wujud

mekanisme supaya masyarakat seimbang. Perundingan perlu berlaku dan konsensus

perlu di capai untuk mengatasi konflik berdasarkan prinsip-prisip keadilan dan kebaikan.

Dengan itu masyarakat akan dapat terus stabil.         Keseluruhanya sosiologi islam

menekankan supaya dicari jalan untuk mencapai kesejahteraan melaui interaksi dalam

masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip keadilan.



PANDANGAN TOKOH TEORI FUNGSIONAL DAN TEORI KONFLIK MENGENAI

AGAMA



TOKOH TEORI FUNGSIONALISME:

Pendapat Emile Durkheim Terhadap Agama.



       Dalam teori fungsionalisme, antara tokoh yang turut memperkatakan mengenai

persoalan agama ialah Emile Durkhiem. Durkheim telah meletakkan dirinya dalam

tradisi positivis yang bermakna apa yang beliau fikir tentang kajiannya berkaitan

masyarakat sebagai bersifat objektif (tidak dipengaruhi perasaan) dan secara sainstifik.




                                           7
Beliau juga berpendapat agama merupakan sesuatu diekspresi daripada kesepaduan

sosial.



          Dalam kajian lapangan berkaitan berkaitan penulisannya yang terkenal

‘Elementary Forms Of Relegions Life’, Durkheim yang juga merupakan seorang

berfahaman sekular berbangsa Perancis, telah melaksanakan kajian selama 15 tahun

bagi mengkaji agama primitif antara masyarakat asli di Australia. Minat dasarnya adalah

untuk memahami bentuk asas sesebuah kehidupan beragama untuk semua

masyarakat. Dalam Elementary Forms, Durkheim menyatakan bahawa agama atau

kepercayaan yang masyarakat asli tersebut hormati sebenarnya adalah ekspresi

terhadap pemahaman dan anggapan mereka tentang masyarakat itu sendiri. Ia bukan

hanya bagi masyarakat orang asli sahaja, malah turut ditujukan kepada semua

masyarakat di seluruh dunia.



          Agama bagi Durkheim, bukanlah rekaan khayalan imaginasi, walaupun beliau

menafikan apa initpati yang diperoleh para penganut agama. Agama merupakan

sesuatu yang sebenar dan hak; ianya merupakan suatu ekspresi oleh sesebuah

masyarakat itu sendiri. Dan sudah tentu tiada suatu masyarakat pun yang tidak

mempunyai agama. Kita melihat agama sebagai suatu kuasa yang lebih besar dan

hebat dari diri kita, di mana ianya adalah kehidupan sosial kita dan memberi persepsi

tersebut sebuah ‘wajah’ supernatural. Kemudian mengekspresikan diri kita secara

beragama dalam kelompok atau kumpulan, di mana bagi Durkheim membuatkan kuasa

simbolik itu lebih bertambah hebat. Agama adalah ekspresi daripada kesedaran

terkumpul kita, yang mana menjadi penyambung bagi kesemua kesedaran individu, di

mana kemudiannya mencipta sebuah realiti tentangnya (agama).




                                          8
      Masyarakat yang kurang kompleks seperti mana masyarakat asli Australia,

mempunyai sistem keagamaan yang juga kurang kompleks, termasuk kepercayaan

yang berkaitan sesetengah klan. Semakin kompleks sesebuah masyarakat adalah

berhubungan dengan masyarakat lain, maka wujud kecenderungan sesebuah sistem

agama berkembang secara universal kepada yang hebat.



      Definisi agama oleh Durkheim, berdasarkan Elementary Forms, adalah seperti

berikut , “sesebuah agama merupakan sesebuah kesatuan sistem kepercayaan dan

amalan yang berelatif dan berkaitan dengan sesuatu yang suci dan agung”.

Kepercayaan dan amalan bersatu ke dalam sesebuah komuniti moral. Marx menyatakan

ianya adalah definisi fungsional terhadap agama yang dimaksudkan beliau adalah Cuma

menerangkan apa yang agama lakukan (fungsi agama) dalam kehidupan sosial.

Durkheim mendefinisikan agama sebagai sebuah perbandingan yang jelas antara

kesucian dan kekarutan. Ini boleh diselarikan dengan perbezaan antara tuhan dan

manusia.



      Definisi ini juga tidak menerangkan dan mencirikan apa sebenarnya yang boleh

dirujuk sebagai suci. Oleh itu, kemudian para ahli sosiologi agama (terutama sekali

Robert Bellah) telah melanjutkan pendapat Durkheim ini untuk memperkataka tentang

tanggapan terhadap agama sivil ataupun agama sesebuah negeri.



Smith, William Robertson (1846-1894).



      Smith merupakan seorang ahli fisiologi, fizik dan arkeologi berbangsa Scotland.

Beliau merupakan tokoh besar dalam perkembangan pandangan fungsionalisme

terhadap agama dan masyarakat. Beliau menjadi antara penteori terawal yang


                                         9
mencadangkan bahawa ajaran agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan

mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam

sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar

terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued.



       Beliau juga mencapai kemasyhuran di atas usahanya untuk mendokumentasikan

aspek kepercayaan totemik pada ritual semitik awal; terutamanya dalam upacara korban

masyarakat Yahudi. Beliau mendapati bahawa kumpulan puak menunjukkan dan

merepresentasikan perpaduan mereka pada tuhan mereka.



TOKOH TEORI KONFLIK:



Pendapat Karl Marx Terhadap Agama.



       Pendapat Marx terhadap agama kebanyakannya adalah berdasarkan idea

Ludwig Feuerbach. “Religion...is the opiate of the masses”. Beliau mengatakan agama

itu sebagai ‘candu’ yang merosakkan masyarakat. Pernyataan tersebut ditulis pada

1843 dalam kajiannya iaitu “A Coutribution to the Critique of Hegel’s Philosophy of

Right”. Marx mempercayai bahawa agama memberi ubat penenang yang salah untuk

mengurangkan penderitaan “pemerintah yang kejam”, menyalahkan kepercayaan

kepada tuhan yang dianggap menjadi penghalang kepada perkembangan fahaman

Marxist.



Anti – Semitisme.




                                        10
           Karl Marx sering dilabel sebagai anti-semitisme ataupu dipanggil membenci

yahudi. Ianya disebabkan kenyatannya ini, “money is the jealous god of israel, in face of

which no other god may exist”, “the god of the jews has become secularized and has

become the god of the world. The bill of exchange is the real god of Jew. His god only

an illusory bill of exchange”, dan juga kenyataan ini, “what is the worldly religion of the

Jew? Huckstering. What is his worldly. God? Money...”7




           Walaupun begitu, kata-kata bermetafora dan sindiran terhadap yahudi hanyalah

merujuk kepada yahudi pada zamannya.




Max Weber.

Max Weber berbeza dengan Karl Marx dan Emile Durkheim berkaitan dengan apa yang

beliau fokuskan dalam kajiannnya tentang kesan tindakan agama dan ketidakadilan

agama. Disampingkan membincangkan agama sebagai suatu salah faham (candu

kepada menusia) atau perpaduan sosial, Weber tidak cuba mengurangkan intipati

agama. Beliau mengkaji bagaimana idea dan kumpulan agama berinteraksi dengan

aspek lain dalam kehidupan sosial. Oleh itu, Weber sering berusaha untuk mendapatkan

maksud subjektif agama kepada individu.



           Weber memberi penghargaan kepada agama kerana membentuk imej

seseorang di dunia ini dan imej dunia ini boleh memberi kesan kepada pandangan

mereka terhadap minat mereka dan bagaimana mereka membuat keputusan untuk

mengambil tindakan.

7
    http://www. Wikipedia. Org/karl marx.


                                            11
       Bagi Weber, agama adalah terbaik difahami sebagaimana ia bertindak balas

kepada kehendak manusia tentang ketuhanan. Manusia menghadapi pelbagai masalah,

beliau mengatakan, dengan persoalan tentang ketuhanan – persoalan bagaimana kuasa

luar biasa tuhan yang suci berkait rapat dengan ketidaksempurnaan dunia yang telah

dicipta- Nya. Manusia harus tahu, sebagai contoh, mengapa wujud ketidaklayakan

‘nasib baik’ dan penderitaan dunia. Agama menawarkan jawapan yang telah

menyediakan peluang untuk ‘penyelamatan’ – terlepas dari penderitaan dan makna

ketenangan. Pemburuan kepada penyelamatan adalah sama dengan pemburuan

kekayaan (menjadi sebahagian motivasi manusia).



       Ini kerana agama membantu mendefinisikan motivasi. Weber percaya bahawa

agama (khususnya Protestant Calvinisme) sebenarnya membantu membangkitkan

kapitalisme moden seperti mana yang dinyatakan dalam kajiannya yang paling terkenal

dan kontroversi iaitu “The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalisme”.



       Dalam    The    Protestant   Ethic,   Weber    menyatakan     bahawa   kapitalisme

berkembang di Eropah sebahagiannya kerana bagaiman kepercayaan terhadap takdir

diinterpretasikan oleh Puritan Inggeris. Teologi Puritan adalah berdasarkan pandangan

Calvinis di mana bukan semua orang harus diselamatkan, hanya beberapa insan terpilih

yang boleh mengelakkan kemusnahan dan ini menyimpang daripada ketentuan tuhan.



       Secara praktikalnya, Weber menegaskan ianya sukar secara psikologinya :

manusia benar-benar mahu mengetahui sama ada mereka akan menghadapi

kemusnahan atau tidak. Masa berlalu, tabiat bersama-sama semangat kapitalisme

kehilangan signifikan dan makna agama mereka.


                                             12
      Tesis The Protestant Ethic telah banyak dikritik, ditapis dan dipertikai, tetapi ia

masih lagi sumber yang hidup mengenai debat teori dalam sosiologi agama.




PERBEZAAN      ANTARA        TEORI    FUNGSIONALISME          DAN   TEORI     KONFLIK

BERKENAAN AGAMA



Perbezaan dari segi definisi agama:

Dalam teori fungsionalisme, Definisi agama oleh Durkheim, berdasarkan Elementary

Forms, adalah seperti berikut , “sesebuah agama merupakan sesebuah kesatuan sistem

kepercayaan dan amalan yang berelatif dan berkaitan dengan sesuatu yang suci dan

agung”. Agama bagi Durkheim, bukanlah rekaan khayalan imaginasi. Agama

merupakan sesuatu yang sebenar dan hak; ianya merupakan suatu ekspresi oleh

sesebuah masyarakat itu sendiri. Ini bermakna beliau berpendapat bahawa agama

merupakan satu elemen yang sangat penting bagi sesebuah masyarakat. Pembentukan

perpaduan masyarakat lebih mudah terbentuk dengan adanya elemen agama yang

bertindak sebagai panduan.



      Ianya berbeza pula dengan pendapat Marx dalam teori konflik. Marx

berpendapat bahawa “Religion...is the opiate of the masses”. Beliau mengatakan agama

itu sebagai ‘candu’ yang merosakkan masyarakat. Selain itu, Marx mempercayai

bahawa agama memberi ubat penenang yang salah untuk mengurangkan penderitaan

oleh “pemerintah yang kejam”, dan menyalahkan kepercayaan kepada tuhan yang

dianggap   menjadi   penghalang      kepada    perkembangan   fahaman     Marxist.   Jadi




                                          13
maksudnya    di   sini,   beliau   beranggapan   bahwa   agama   akan   melembabkan

perkembangan kemajuan manusia malah menyusahkan.




Perbezaan sudut pandangan mengenai agama:



       Apa yang dapat dilihat ialah teori fungsionalisme oleh Durkheim berpandangan

positif terhadap agama. Namun sebaliknya bagi teori konflik oleh Marx. Durkheim

memandang peranan agama dalam membawa perkembangan sesebuah masyarakat

manakala Marx memandang kepada kesan tindakan dalam agama (peraturan dalam

agama). Teori konflik Weber pula menekankan aspek persoalan ketidak adilan tuhan.



       Smith menyatakan bahawa agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan

mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam

sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar

terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued. Maksudnya di sini ialah nilai yang

terdapat dalam ajaran agama akan memperkuat semangat perpaduan masyarakat yang

mana apabila sesebuah masyarakat itu mempunyai perpaduan yang kukuh, maka

mereka dapat memajukan kelompok mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.



Perbezaan anggapan dari aspek fungsi agama:



Marx berpendapat agama hanyalah sumber kegembiraan, maka ianya bersifat khayalan

dan sementara. Jadi beliau menganggap agama bukanlah sesuatu yang penting dalam


                                           14
kehidupan. Berbeza dengan teori fungsionalisme oleh Durkheim, agama membantu

sesebuah masyarakat membezakan antara kesucian (kebenaran) dan kekarutan

(penipuan). Maksud pernyataan ini ialah agama menunjukkan jalan kepada manusia

apakah jalan yang betul ataupun yang salah dalam membuat keputusan. Dalam konteks

masyarakat, agama umpama elemen penyatuan sosial masyarakat.



KESIMPULAN:



Agama merupakan salah satu elemen dalam masyarakat. Pembinaan komuniti dan

kerajaan awal manusia juga berteraskan ketuhanan sepertimana kerajaan Islam di

Makkah. Masyarakat di atur dan ditadbir berdasarkan nilai-nilai agama. Jika sesebuah

kerajaan tidak mempunyai nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni kemanusiaan,

maka negaranya akan menjadi negara yang tidak bermoral di mana rakyatnya

melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak diri.



       Sepertimana pendapat Ibnu Khaldun, agama tidak seharusnya dipisahkan dari

kehidupan sosial. Malah agama itu sendiri adalah salah satu elemen penting dalam

kehidupan sosial. Segala permasalahan atau konflik boleh diselesaikan melalui

pendekatan agama sebagaimana yang dicadangkan oleh para sosiologis Islam. Iaitu,

menekankan pencarian jalan untuk mencapai kesejahteraan melalui interaksi dalam

masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip-prinsip keadilan. Tidak seperti

yang dicadangkan oleh teori konflik Marx. Iaitu pergeseran akan tamat apabila muncul

sosialisme dan komunisme yang menekan pengenepian hak sesuatu pihak atau perkara

bagi menyelesaikan masalah. Sedang masalah dan konflik tetap akan timbul.




                                        15
       Prinsip keadilan dalam agama sudah cukup untuk mengelakkan konflik. Itupun

jika ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jujur. Ini kerana konflik timbul

adalah disebabkan niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak

sama dengan kehendak pihak yang lain. Maka apabila wujud keadlan di kedua-dua

belah pihak, maka konflik dapat dielakkan dan diatasi.




                                           16

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:42
posted:6/15/2012
language:Malay
pages:16