TUGASAN INTERNET by W0bfO4HM

VIEWS: 20 PAGES: 4

									SOALAN 1

Jaringan tanpa wayar

Bayangkan anda menggunakan PDA untuk membeli hadiah untuk isteri dan
anak-anak ketika tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Anda juga boleh
memeriksa e-mel ketika tiba di lapangan terbang sebuah negara asing. Capaian
maklumat di mana sahaja dan pada bila-bila masa merupakan sebuah janji
daripada rangkaian data tanpa wayar. Situasi ini merupakan sedikit gambarab
nerkenaan dengan penggunaan jaringan tanpa wayar (wireless)

Berikut merupakan istilah-istilah yang berkenaan dengan Jaringan tanpa wayar.

Jelaskan istilah-istilah di bawah :

i.     Jaringan Tanpa Wayar

iii.   CDPD (Cellular Digital Packet Data)

iii.   Inframerah

iv.    Bluetooth




SOALAN 2

Perdagangan elektronik - saluran perniagaan baru

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa
Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan
jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama
telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-
penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang
ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil
pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak
menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang
menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran
elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

i.     perkembangan e-dagang di Malaysia

ii.    ciri-ciri E-dagang
iii.   contoh laman-laman web e-dagang

iv.    Kelebihan E-dagang




SOALAN 3

E-Learning : Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan

Ledakan IT meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan
waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi
telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya
mengalami evolusi yang begitu pantas. Namun, IT bagi pandangan masyarakat
lebih tertumpu kepada komputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain
seperti yang dinyatakan diatas. Ketika komputer mula-mula popular seawal dekat
80-an, penggunaanya lebih menjurus kepada permainan kanak-kanak serta
kerja-kerja penaipan data di pejabat, tidak lebih daripada itu.

Begitu juga dengan perkakasan komputer yang semakin berteknologi tinggi serta
boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Kepesatan IT ini telah
mempengaruhi iklim ataupun atmosfera kemodenan sedunia. Semuanya tidak
mahu ketinggalan. Semua sektor ingin mengetahui, mempelajari serta mengkaji
apa yang boleh disumbangkan serta penyumbangan yang boleh dilakukan oleh
dunia IT sendiri. Dari sektor perubatan, ekonomi, perkapalan, astronomi,
hartanah, pendidikan dan sebagainya,semuanya ketika ini berlandaskan IT.
Pendidikan amnya mengalami perubahan yang sangat ketara. Bermula dengan
penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih kepapan putih,
kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya yang terkini
pembelajaran secara on-line ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini e-
learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi
keperluan semenjak web mendominasi Internet.

i.     konsep e-learning

ii.    Amalan e-learning di Malaysia

iii.   Kelebihan pembelajaran e-learning

iv.    Kekangan/masalah perlaksanaan e-learning
SOALAN 4

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang
tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia
disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot
sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus
tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus
tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara
termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan
maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam
kelesuruha! n cakera keras "hard disk".

i.     konsep virus

ii.    cara virus merebak

iii.   kesan dan ancaman virus

iv.    Jenis-jenis virus

v.     contoh-contoh perisian antivirus




SOALAN 5

Terbukti, storan lapok PUPUS jua akhirnya!

Terbuktilah sekarang..! Kelibat storan lapok seperti cakera liut atau disket
akhirnya hampir tiada, samada di rumah atau di tempat kerja, yang
menggunakan PC. Jika ada yang masih menggunakanya hanya segelintir
sahaja, mungkin kerana terpaksa atau tiada pilihan lain. Antara sebabnya, PC
versi lama masih digunakan.

Saiz yang besar adalah satu kesalahan besar untuk rekabentuk sebuah peranti
kecil. Jika anda ingin membeli kamera digital, PDA atau pemain MP3, anda pasti
mahukan saiz yang kecil kerana ia lebih menarik dan mudah dibawa.

Bagi pengeluar saiz yang kecil pasti akan menarik pembeli tetapi ia pasti
perlukan storan untuk menyimpan data bagi memberikan kemudahan kepada
pengguna. Tidak mungkin ia menggunakan cakera keras atau CD-R atau CD-
RW atau cakera Zip kerana saiz storan-storan ini lebih besar daripada saiz
peranti itu.
Ada di antara peranti kecil ini menggunakan storan dalaman yang tidak boleh
dialih atau ditukar. Biasanya anda hendaklah menyambungkan peranti ini
kepada komputer untuk memindahkan data. Ada di antara peranti boleh
digunakan dengan storan luar seperti kad memori iaitu sejenis storan cip silikon.
Ia tidak meruap dan boleh menyimpan data walaupun bekalan kuasa terputus.
Kad memori mudahalih mudah digunakan kerana ia kecil dan ringan serta
mudah menyimpan gambar dan fail.

       i.        Memory Flash
       ii.       Smart Media
       iii.      Compact Flash
       iv.       Multimedia Card ( MMC )
       v.        Secure Digital ( SD )
       vi.       Hard Disk ( Cakera Keras )




SOALAN 6

Ketika ini perkembangan blog-blog dalam internet semakin meluas, terdapat
banyak jenis blog percuma yang ditawarkan oleh Internet. Akhir-akhir ini ramai
yang menggunakan blog untuk meluahkan pendapat dan berkongsi apa jua
bahan dalam bentuk digital. Perkataan blog adalah singkatan dari perkatan
weblog.Ia berbeza sedikit dari website kerana ia mempunyai ruangan komen dan
susunan post yang kronologi serta mengikut masa.

i.            Apa itu Blog

ii.           Sebab-sebab blog diperlukan

iii.          Jenis-jenis Blog yang popular

iv.           Secara ringkas, bagaimana anda membuat blog

v.            Kelebihan Blog

								
To top