12 10 2007 TuntutanMenyambutSyawaldanGanjaranBagiMerekayangBarjayayawal rumi

Document Sample
12 10 2007 TuntutanMenyambutSyawaldanGanjaranBagiMerekayangBarjayayawal rumi Powered By Docstoc
					            TUNTUTAN MENYAMBUT SYAWAL DAN GANJARAN
                             BAGI MEREKA YANG BERJAYA
                   ( 12 Oktober 2007 / 30 Ramadhan 1428 H )


    ‫ل‬        ‫م َ ْ ْ د ال ِال هلل‬                                 َّ          ‫د ال َي‬
َ‫اْلحَمْ ُ ِهللِ َّذِيْ بَّنَ لَنَا الطرِيْقَ الْ ُسْتقِيمَ. أَشهَ ُ أَنْ َّ إِلَهَ إ َّ ا ُ ََْْدَ ُ ال‬
        ِ       ‫ه َّ ُم َل َل‬                     ‫ه ْ د ن ُ َم دل‬                               َ
‫شرِيْكَ َل ُ. َْأَشهَ ُ أَ َّ مح َّدًا عَبْ ُ ُ َْرَسُوُْل ُ. الله َّ ص ِّ َْس ِّمْ ْبَاركْ عَلَى‬
                                                       َ ِ َ                     ْ ‫َي ُ َم‬
                                                .َ‫سِّدِنَا مح َّدٍ َّعَلَى أَِلهِ ْصحْبهِ أَجْمعِيْن‬

          َ            َ                                   ‫ق‬                 ‫ب‬          ‫َم د‬
َ‫أ َّا َبعْ ُ، فَيَا عَِادَ اهللِ، اَِّت ُوا اهللَ أُْْصِيْكُمْ ََْنفْسِيْ بِتقْوَى اهللِ فقَدْ فَاز‬
                                                                                                ‫َّق‬
                                                                                           .َ‫الْمُت ُوْن‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan penuh keimanan dan keikhlasan, melakukan segala suruhan-Nya
dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi
insan yang bertakwa, beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.


SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Kita umat Islam pada hari ini telahpun memasuki hari terakhir bulan
Ramadan. Inilah saat dan ketikanya bagi kita merebut peluang terakhir
untuk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita untuk memperolehi
ganjaran yang berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Persoalannya         sekarang        ialah     sejauh      manakah         usaha       kita    dalam
menjalani ibadah puasa ini benar-benar mampu mendidik dan membawa
perubahan dalam diri kita kerana kita tidak tahu samada kita akan
dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang atau pun tidak.




SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
                          1
Dengan berakhirnya Ramadan yang mulia ini, umat Islam akan
meraikan kedatangan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Tentunya
kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatanganya dan
dalam masa yang sama kita merasa sedih untuk berpisah dengan bulan
Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatannya. Pada masa ini
tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun
membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri
atau hari raya, antaranya keperluan-keperluan seperti menyediakan
pakaian baru, menghias rumah, menyediakan kuih-muih, minuman dan
sebagainya. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan hari raya
agar disambut dalam suasana gembira.


Perlu diingat dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut
kedatangan Syawal atau Aidil Fitri, janganlah kita lali dan alpa tentang
kewajipan yang perlu kita laksanakan iaitu membayar zakat khususnya
zakat fitrah. Kewajipan ini merupakan pelengkap ibadah puasa kita dan
juga sebagai penutup kepada kecacatan-kecacatan yang terdapat
sewaktu kita mengerjakan ibadah puasa.


Justeru, dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, kita
perlulah mengamalkan sifat kesederhanaan dan tidak berlebih-lebih atau
bermegah-megah sehingga membawa kepada sifat riya' lebih-lebih lagi
membawa kepada pembaziran. Allah SWT mengingatkan bahawa orang-
orang yang membazir itu adalah bersaudara dengan syaitan. Firman
Allah dalam surah al-Isra’ ayat 26-27:




                                       ، ‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

                                   2
Maksudnya: “Dan berikanlah kepada kerabat-kerabatmu, dan orang
miskin serta orang musafir akan hak masing-masing Dan janganlah
engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pola adalah mahkluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya.”


MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Sebenarnya kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri adalah bertujuan untuk
meraikan kejayaan kita yang telah berjaya menjalani ibadah puas
sepanjang bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan.
Dalam hal ini Islam menggariskan panduan tentang cara bagaimana kita
merayakan hari raya agar semua yang kita lakukan menjadi ibadah.
Contohnya, dalam kita menyambut malam hari raya, kita disunatkan
menghidupkannya    dengan    memuji    kebesaran   Allah   melaungkan
kalimah-kalimah takbir, tahmid, bersolat tasbih, berdoa, berzikir dan
sebagainya. Kerana itu, janganlah kita merayakan malam hari raya
tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang merugikan kita lebih-
lebih lagi yang boleh mendatangkan bahaya, kemudaratan, menganggu
ketenteraman orang ramai seperti membakar mercun, berlumba di jalan
raya dan sebagainya. Dan elakkan daripada membuat persiapan di saat-
saat akhir sehingga larut malam yang boleh menjejaskan peluang untuk
kita bersembahyang sunat hari raya.


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,



                                  3
Perlulah diketahui bahawa ada beberapa amalan sunat yang perlu
dilakukan pada pagi hari raya seperti disunatkan mandi dengan niat
kerana kedatangan Aidil Fitri dan bukannya mandi semata-mata hanya
untuk membersihkan diri. Disamping itu kita disunatkan memakai bau-
bauan yang harum, memakai pakaian yang baru kerana hari raya
merupakan hari untuk berhias-hias. Manakala perkara yang paling
penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita
menyambut hari raya ialah menunaikan sembahyang sunat hari raya
sebagaimana Hadis Rasulullah SAW:


     َ            ْ                             ‫َ النِي‬                  َ
ِ‫"عَنِ الْبرَاءِ، قَالَ خرَجَ َّب ُّ صلى اهلل عليه ْسلم يَوْمَ أَضحً إِلَى الْبقِيع‬
                ْ            ‫ِن َْ نس‬                   ِْ                        ‫ُم‬            ْ ‫َل‬
ْ‫فَص َّى رَكعَتَيْنِ، ث َّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجههِ َْقَالَ "إ َّ أ َّلَ ُ ُكِنَا فِي يَومِنَا هَذَا أَن‬
                                                                                    َّ
                                                            ".)‫نَبْدَأَ بِالصالَةِ.....(اْ كما قال‬
Maksudnya: “Dari al-Barra’ katanya Rasulullah SAW keluar pada hari
raya Aidil Adha ke kubur Baki’ lalu Baginda solat sunat dua rakaat,
kemudian Baginda mengadap ke arah kami dan bersabda:
sesungguhnya yang terawal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya)
ialah sembahyang.”

                                                                            (Riwayat al-Bukhari)


MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,
Sebagaimana kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita di
Malaysia bagi memeriahkan suasana hari raya ialah dengan amalan
ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara,
guru-guru kita, jiran tetangga dan sahabat handai sambil bermaaf-
maafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.


Dalam hal ini, apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam
kegembiraan tersebut kita lupa peringatan Agama dan hari raya
dicemari oleh perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa serta

                                                    4
bertentangan dengan hukum syara’ seperti memakai pakaian yang
mendedahkan aurat dan menjolok mata, menjamu dengan benda-benda
haram dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya
kerana perbuatan sedemikian tidak memberi barakah tetapi sebaliknya
mendatangkan bala dan laknat Allah SWT.


SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKALIAN,
Di kesempatan penghujung Ramadan ini, mimbar Jumaat sekali lagi
menyeru para jemaah dan seluruh umat Islam supaya peningkatan
ibadah yang kita lakukan di sepanjang Ramadan diteruskan. Begitu juga
kemuliaan syakhsiah kita perlulah dipelihara, janganlah pula kita
bertukar perwatakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan. Seterusnya
kepada yang ingin pulang menyambut hari raya di kampung halaman
bersama keluarga dan sanak saudara, utamakan keselamatan ketika
memandu, jangan memandu mengikut perasaan, memandulah dengan
mengikut peraturan dan undang-undang, memastikan kenderaan dalam
keadaan baik, janganlah kita cuai serta memandu dengan melebihi had
laju yang dibenarkan kerana ia boleh mengundang kecelakaan dan
membunuh. Sayangilah nyawa keluarga dan para pengguna jalan raya
yang lain. Marilah kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan dengan
memandu secara berhemah, berdisiplin dan bertimbang rasa. Di
samping sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah memohan
keselamatan dan keberkatan di sepanjang perjalanan kita.


Akhirnya, marilah sama-sama kita mera’ikan hari kemenangan yang
akan menjelang esok dengan mentaati apa yang telah diajarkan oleh
Agama Islam. Mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita kerjakan
salam ini diterima oleh Allah SWT. Kita doakan semoga kita diberi
keberkatan dan keampunan serta dipanjangkan umur bertemu dengan
Ramadan akan datang.

                                  5
                                                       ‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم ،‬




‫‪Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal‬‬
‫‪yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat‬‬
‫‪syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan‬‬
‫”.‪bagi orang-orang yang bertakwa‬‬

                                                               ‫)331 : ‪(Surah Ali Imran ayat‬‬



                ‫ْ‬              ‫ِي‬         ‫َ‬                      ‫ُ‬                      ‫َ هلل‬
‫بَاركَ ا ُ لِيْ َْلَكُمْ فِى اْلقرْآنِ اْلعَظِيْمِ ََْنفعَنِي َْإَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ األيَاتِ‬
                   ‫ِم‬              ‫َّه الس‬                          ‫َب ِن َ‬                        ‫َالذ ْ‬
‫ْ ِّكرِ اْلحَكِيْمِ ََْتقَّلَ مِّي ْمِنْكُمْ تِالَْتَهُ إِن ُ هُوَ َّمِيعُ اْلعَليْ ُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ‬
         ‫م‬         ‫م ْ‬                                                        ‫َ ْ ِر‬
‫هَذَا َْأَسْتغف ُْا اهللَ اْلعَظِيْمَ لِيْ َْلَكُمْ َْلِسَاِئرِ الْ ُسْلِمِينَ َْالْ ُسْلِمَاتِ‬
‫َ ر‬             ‫َ ْ ِ ل َّه‬                ‫َ‬         ‫ْ‬                      ‫ْ‬          ‫ْ ْ‬
‫َْالْمُؤمِنِينَ َْالْمُؤمِنَاتِ األََْيَاءِ مِنهُمْ َْاألمْوَات فَاسْتغفرُْْ ُ إِن ُ هُوَ اْلغفُوْ ُ‬
                                                                                               ‫الر م‬
                                                                                              ‫ََِّيْ ُ.‬




                                                   ‫6‬

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7
posted:6/12/2012
language:
pages:6