Apa Itu Kanser Payudara by 7qe8mf2

VIEWS: 50 PAGES: 7

									Apa itu KANSER?

Kanser adalah berasal dari perkataan KETAM yang bermaksud cengkaman……. Kanser
merupakan sejenis virus yang membunuh majoriti panduduk asia kini.....Kanser
Payudara merupakan pembunuh segelintir wanita didunia dan lebih kurang sebanyak
10% wanita didunia diserang oleh penyakit tersebut di semua peringkat usia. Menurut
statistik, walaupun pendedahan serta pencegahan awal diambil oleh mereka yang
menghidapi penyakit Kanser Payudara, namun masih terdapat lebih kurang 20% wanita
yang tidak dapat diselamatkan….

Umum mengetahui, Kanser Payudara adalah kanser kedua tertinggi penyebab kematian
segelintir wanita di Malaysia selepas Kanser Rahim… Kebanyakkan wanita Malaysia
kurang menerima pendedahan serta cetek pengetahuan didalam informasi penyakit-
penyakit berbahaya seperti Kanser Payudara ini, justeru kebanyakkan mereka yang
menghidap penyakit Kanser Payudara dan tidak dapat diselamatkan adalah mereka yang
lambat mengambil tindakan serta tidak serius terhadap langkah-langkah penjagaan
serta rawatan dan pemulihan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera.


Kanser Payudara?

Kanser Payudara merupakan sejenis sel-sel kanser (malignan) yang berkumpul didalam
tisu-tisu payudara dan ia berpunca daripada kumpulan-kumpulan sel yang tidak normal
atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan atau tumor (malignan) yang tumbuh disekitar
kawasan payudara.


Untuk lebih informasi sila layari website : www.oncolink.org/types/article

Dimanakah sebenarnya Kanser Payudara menyerang?

Kanser payudara akan hanya tertumpu disekitar kawasan payudara yang lebih dikenali
sebagai kawasan-kawasan seperti berikut;

   1) Lobus – Kawasan dimana penghasilan susu dibuat dan ini menjadi kawasan
      utama serangan kanser payudara

   2) Duktus – Kawasan dimana susu dialirkan keputing

   3) Tisu lemak payudara adalah kawasan yang jarana menjadi tumpuan kanser
      payudara


Apakah jenis-jenis Kanser Payudara?

Kanser Payudara terbahagai kepada 2 jenis iaitu;

Invasif : Sel-sel kanser telah yang merebak disekitar kawasan Payudara
Tidak Invasif : Sel-sel kanser hanya tertumpu dikawasan asal

Untuk lebih informasi sila layari website : www.cancer.org

Apakah penyebab-penyebab Kanser Payudara?

Punca kanser payudara sebenarnya boleh diklasifikasikan kepada beberapa faktor
seperti;

   1) Faktor risiko tinggi
   2) Faktor risiko sederhana
   3) Faktor risiko lain yang lebih ringan

   1) Faktor risiko tinggi
   - Faktor usia
   - Peranan genetik didalam sejarah keluarga yang pernah menghadapi kanser
      payudara seperti ibu, kakak ataupun adik
   - Pernah mengalami kanser payudara itu sendiri
   - Pernah menghidapi penyakit payudara Benigma Prolifenatif

   2) Faktor risiko sederhana
   - Sejarah kedatangan haid diusia terlalu muda dan mengalami keputusan haid
      dalam tempoh lewat usia
   - Sejarah bagi wanita yang tidak pernah bersalin atau mengandungkan anak
   - Sejarah bagi wanita yang pertama kali melahirkan anak diusia yang selewat 30-
      an
   - Pengambilan Estrogen Eksogenus bagi tujuan perancang keluarga atau
      mengambil apa-apa jenis terapi kearah menggantikan peranan Estrogen
   - Wanita yang pernah menghadapi kanser Ovari atau Rahim
   - Wanita yang pernah atau sering mengambil alkohol berlebihan

   3) Faktor risiko lain yang lebih ringan
   - Pengamal diet yang tidak sekata


Apakah Tanda-Tanda Kanser Payudara?

   -   Wujudnya ketumbuhan atau ketulan disekitar kawasan payudara yang bersifat
       tidak rata ditepian ketulan dan tidak berasa sakit
   -   Keluarnya lelehan berupa darah atau cecair daripada puting secara spontan
   -   Perubahan bentuk atau tekstur payudara seperti kulit yang menebal serta
       berlakunya perubahan kepada warna kulit payudara
   -   Berlakunya pembentukkan lekukan pada kulit payudara atau kulit kelihatan seprti
       kulit buah oren
Apakah Komplikasi Disebalik Kanser Payudara

Komplikasi adalah kesan terhadap sebarang tindakan yang diambil bagi mencegah atau
membuang sesuatu jenis penyakit. Terdapat 2 jenis komplikasi Kanser Payudara seperti;

   1) Komplikasi setempat
   2) Komplikasi disebabkan perebakkan atau lebihdikenali sebagai Metastasis


   1) Kompikasi Setempat
   Pembentukan ulser atau tumor dikawasan sekitar payudara atau pembentukkan
   kanser ditempat yang sama selepas pembedahan

   2) Metastasis
   Pembentukan sel-sel kanser yang mula merebak kebahagian lain daripada kawasan
   serangan asal payudara seperti memasuki saluran darah, saluran limfa yang
   kemudiannya menyerang ke bahagian ogan-organ lain dan terbentuknya sel-sel
   kanser baru. Bahagian yang sering di serang metastasis ini adalah dibahagian
   tulang, hati serta paru-paru


Apakah Ujian-Ujian Saringan Yang Diperlukan?

Terdapat 4 jnis pemeriksaan yang diperlukan bagi mengenalpasti Kanser Payudara
seperti;

   1)   Pemeriksaan fizikal
   2)   Mamogram
   3)   Ultrasonografi
   4)   Biopsi

Setiap ujian saringan tersebut amat penting bagi memastikan kesahihan serta
keberkesanan sesuatu Kanser Payudara tersebut.

   1) Pemeriksaan fizikal
   - Pemerikasaan dibawah lengan bagi memastikan sebarang kewujudan
      ketumbuhan
   - Pemeriksaan fizikal struktur atau bentuk payudara bagi memastikan saiz, tekstur
      serta pergerakan dan mobiliti ketumbuhan tersebut
   - Melalui ujian pemeriksaan fizikal, cadangan supaya ujian mamogram dapat
      diberikan oleh doktor yang merawat

   2) Mamogram
   - Proses mengenalpasti perubahan pada sel serta tisu payudara yang mungkin
      tidak dapat dirasa secara fizikal
   - Ujian mamogram adalah proses x-ray yang perlu dijalani oleh pesakit bagi
      menghasilkan imej payudara pada filem
   -    Melalui ujian mamogram, cadangan pemeriksaan seterusnya akan diberikan
        sekiranya ujian gambarajah mamogram tersebut mencurigakan

   Untuk lebih informasi sila layari website : http://www.hsc.com.my/

   3) Ultrasonografi
   - Proses ultrasonografi merupakan suatu proses gelombang bunyi yang boleh
      menentukan samaada sel kanser payudara tersebut adalah berupa pepejal atau
      cecair

   4) Biopsi
   - Proses biopsi merupakan proses bagi memeriksa dan mengenalpasti tisu-tisu
      kanser dengan mengambil sedikit sampel tisu berkenaan dan akan diperiksa
      secara lebih klinikal dan terperinci dengan menggunakan mikroskop.
   - Proses biopsi ini terbahagi kepada 2 jenis seperti berikut;
         a) Biopsis Aspirasi
              Proses mengeluarkan sampel tisu kanser tersebut dengan menggunakan
              suntikan jarum

           b) Biopsi Pembedahan
              Proses mengeluarkan sampel tisu kanser tersebut dengan memotong
              kawasan yang disyaki untuk pemeriksaan lanjut dengan menggunakan
              mikroskop

Untuk lebih informasi sila layari website : www.megaone.com/kanser


Benarkah Kanser Payudara Mempunyai Peringkat Tersendiri?

Ya…. Kanser Payudara terbahagi kepada 5 peringkat. Ia dikenalpasti sebagai;

   1)   Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)
   2)   Peringkat Pertama
   3)   Peringkat ke 2
   4)   Peringkat ke 3
   5)   Peringkat 4

Apa itu?

   1) Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)
   - Linkungan peringkat kanser yang paling awal sekitar 15 – 20% daripada kanser
      payudara sebenar
   - Risiko ulangan mendapat kanser payudara adalah 25% dalam jangkaan masa 25
      tahun yang akan datang
   - Jenis Kanser Setempat ini pula terbahagi kepada 2 jenis seperti;
         a) Kanser Lobular
         b) Kanser Duktus
2) Peringkat Pertama
- Ketumbuhan yang dikenalpasti sebesar 2sm dan belum merebak kebahagian-
   bahagian lain

3) Peringkat ke 2
- Ia lebih dikenalpasti sekiranya si pesakit mengalami salah satu daripada tanda-
   tanda yang berikut;
       a) Ketumbuhan tumor yang berukuran kurang daripada 2sm tetapi telah
          merebak ke nodus limfa di bawah lengan
       b) Ketumbuhan tumor yang berukuran 2sm hingga ke 5sm yang mungkin
          telah ataupun belum merebak ke nodus limfa dibawah lengan
       c) Ketumbuhan tumor yang berukuran lebih daripada 5sm tetapi masih
          belum merebak ke nodus limfa dibawah lengan

4) Peringkat ke 3
- Kanser Payudara diperingkat ini terbahagi kepada 2 bahagian IIIA dan IIIB
- Berikut adalah senarai Kanser Payudara diperingkat IIIA;
       a) Ketumbuhan tumor yang berukuran kurang daripada 5sm dan telah
          merebak kebahagian nodus limfa dibawah lengan serta nodus-nodus
          limfa berkenaan telah bercantum sesama sendiri atau ianya telah melekat
          dengan bahagian lainnya
       b) Ketumbuhan tumor yang lebih besar daripada 5sm dan telah merebak
          kebahagian lain

-   Berikut adalah senarai Kanser Payudara diperingkat IIIA;
        a) Ketumbuhan tumor yang telah tumbuh serta merebak ke kawasan sekitar
            payudara samaada kulit atau dinding dada yang terdiri daripada tulang
            rusuk serta otot dikawsan dada
        b) Ketumbuhan tumor yang telah merebak teruk kebahagian nodus limfa, di
            dalam dinding dada di sepanjang tulang dada

5) Peringkat 4
- Tumor dikenalpasti telah merebak kebahagian lain seperti organ-organ tulang,
   paru-paru, hati ataupun otak
- Tumor telah mula merebak kebahagian lain seperti ke kulit dan nodus linfa di
   leher yang berha,piran dengan tulang selangka

Apakah Rawatan Yang Diperlukan?

Sebagai pesakit yang mengalami Kanser Payudara, terdapat pelbagai rawatan yang
dicadangkan oleh para pakar serta psikologi mengikut pelbagai peringkat Kanser
Payudara serta mengikut kesesuaian si pesakit itu sendiri.

Pendekatan psikologi lebih kepada mendorong si pesakit untuk mengharungi hari-
hari berikutnya dengan berusaha tanpa mengambil kira apa yang dihadapi kini.
Kanser payudara bukanlah penamat segala hari kerana masih ada cara-cara
perubatan moden yang mampu mengatasinya jika ia dapat dikenalpasti lebih awal
serta tindakan drastik yang diambil oleh si pesakit.
Bagi mencegah atau mengenalpasti Kanser Payudara diperingkat awal, pelbagai
tindakan yang boleh diambil oleh para wanita dengan melakukan pemeriksaan
sendiri serta pemeriksaan berkala setiap bulan.... Pengetahuan am yang mendalam
serta sikap ambil tahu berhubung Kanser Payudara juga memainkan peranan
penting bagi wanita supaya lebih berhati-hati serta prihatin terhadap penjagaan diri
terutamanya pemeriksaan sendiri yang digalakkan.

Justeru, pendekatan perubatan moden kini telah mengambil alih kepakaran dengan
mengenalkan beberapa rawatan yang diperlukan bagi pesakit kanser payudara
seperti berikut;

1) Pembedahan
   Rawatan drastik dengan menjalani proses pembuangan payudara dengan
   memotong kawasan yang dijangkiti sel-sel kanser serta kawasan berhampiran
   dengannya bagi mengelakkan jangkitan seterusnya berlaku.

    Proses pembedahan terbahagi kepada beberapa peringkat pembedahan seperti;
       a) Lumpektomi
       o Pembedahan paling ringan
-
       b) Prosedur pembuangan sebahagian daripada payudara
       c) Mastektomi


2) Rawatan Kemoterapi
   Proses ini lebih dikenali sebagai rawatan yang menggunakan antikanser dimana
   penggunaanya lebih kepada mencegah kanser agar tidak berulang kembali.
   Kaedah ini akan meresap kesaluran darah sipesakit dan akan mematikan segala
   sel-sel kanser yang terdapat disaluran darah berkenaan.
   Selain itu, rawatan ini turut mambantu mengecutkan ketumbuhan tumor
   sebeblum pembedahan dijalankan. Rawatan ini turut dipercayai mampu
   mengawal sel-sel kanser ini bergerak aktif merebak ke bahagian-bahagian lain
   yang belum tercemar dengan sel-sel kanser tersebut.

    Rawatan ini diberi mengikut 2 kaedah berbeza iaitu;
       d) Suntikan terus kepada saluran darah
       e) Pengambilan ubat

    Berikut adalah jenis-jenis ubatan rawatan kemoterapi yang sering digunakan;
    a) Siklofosfamid
    b) Metotreksat
    c) Doksirubicin
    d) Flurourasil (CMF)

3) Terapi Sinaran
   Rawatan tersebut adalah proses mengenakan sinaran x-ray (radiasi) kepada
   tempat yang dikenalpasti bagi mematikan sel-sel kanser berkenaan
   4) Rawatan Terapi Hormon
      Rawatan ini pula merupakan rawatan yang menggunakan anti-estrogen bagi
      menyekat sel-sel kanser ini daripada terus merebak dan menjangkiti ke
      bahagian-bahagian organ lain.

Untuk lebih informasi sila layari website : http://www.breastcancer.org

Apakah Kesan Sampingan Terhadap Rawatan Tersebut?

Setiap rawatan perubatan mempunyai kesan atau komplikasi tersendiri. Begitu juga
dengan Pembedahan, Rawatan Kemoterapi serta Rawatan Terapi Hormon tersebut.

   1)   Komplikasi Pembedahan
   -    Bengkak
   -    Sakit dan keras dibahagian pembedahan
   -    Kesukaran menggerakkan lengan dan bahu sejurus selepas beberapa hari
        pembedahan dijalankan

   2)   Komplikasi Rawatan Kemoterapi
   -    Pening kepala
   -    Muntah-muntah
   -    Hilang selera makan
   -    Keguguran rambut didalam kadar yang banyak serta luar biasa
   -    Ketidakselesaan sekitar kawasan mulut
   -    Perubahan waktu kedatangan haid

   Nota : Keadaan ini bergantung kepada jangkamasa, kuantiti kadar ubat yang diambil
   serta ketahana diri seseorang

   3) Komplikasi Rawatan Terapi Sinaran
   - Payudara terasa bengkak dan berat
   - Perubahan kepada kulit disekitar kawasan payudara

   5) Komplikasi Rawatan Terapi Hormon
   - Berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau
      pembiakkan wanita
   - Pendarahan melalui faraj dan bukan kedatangan haid
   - Peningkatan berat badan
   - Gangguan emosi
   - Pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki

Untuk lebih informasi sila layari website : www.radiologymalaysia.org/breasthealth

								
To top