HADITH - TINGKATAN SATU by DlLc8588

VIEWS: 102 PAGES: 11

									HADITH - TINGKATAN SATU
ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN


                          ‫ه ه‬
                    ‫عن أبي بكر رضي للا عنه، عن النبي (ص)، قال: أغد عالما‬
                                                  ‫ه‬   ‫ه‬
                          ‫أو متعلما أو مستمعا أو محِبا ول تكن الخامسة فتهلك‬
                              ‫ه‬              ‫ه‬      ‫ه‬        ‫ه‬         ‫ه‬
                           ) ‫( رواه الطبراني‬



HADIS - TINGKATAN 1

Berdasarkan hadis di atas;

1. Nyatakan pengertian kalimah yang bergaris
2. Siapakah golongan yang terakhir
3. Nyatakan dua saranan yang perlu dilaksanakan oleh manusia
4. Nyatakan dua kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berilmu
5.Nyatakan dua contoh ilmu fardhu Ain dan dua contoh ilmu fardhu kifayah
6. Jelaskan 2 akibat orang yang termasuk dalam golongan kelima.
7. Nyatakan dua akibat yang akan diperolehi oleh orang yang tidak berilmu
8. Akibat termasuk dalam golongan kelima:
9. Mengapakah Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu
10. Jelaskan dua ciri ilmu yang berguna
11. Senaraikan empat ciri orang yang berilmu
12. Apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat mengabaikan tuntutan menuntut
ilmu
13.Nyatakan dua pengajaran hadis




SKEMA JAWAPAN

Berdasarkan hadis di atas;
1. Nyatakan pengertian kalimah yang bergaris
Orang yang mempelajari ilmu pengetahuan         :‫متعلما‬
Orang yang suka dan cinta akan ilmu pengetahuan:‫محبا‬
2. Siapakah golongan yang terakhir ialah:     Golongan yang tidak berilmu

3. Nyatakan dua saranan yang perlu dilaksanakan oleh manusia
- mengajarkan ilmu pd orang lain
- Belajar/menuntut ilmu
- Pergi ke majlis ilmu
- Golongan yg mencintai kepada ilmu

4. Nyatakan dua kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berilmu
- Hidup mulia dan dihormati
- Dapat membangunkan ekonomi umat Islam
- Dapat membezakan antara yang hak dan batil

5.Nyatakan dua contoh ilmu fardhu Ain dan dua contoh ilmu fardhu kifayah
Ilmu Fardhu Kifaayah ;
Fardhu Ain
Solat
Rukun Iman

Fardhu Kifayah
- Guru
- Doktor
- Berniaga

6. Jelaskan dua akibat orang yang termasuk dalam golongan kelima.
 Akibat termasuk dalam golongan kelima:
i. Tidak mempunyai matlamat hidup.
ii. Hidup tidak mendapat keredhaan Allah.
iii. Sentiasa mengikut telunjuk hawa nafsu.
iv. Dipandang hina oleh masyarakat.

7. Mengapakah Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Islam sangat
menggalakkan umatnya menuntut ilmu kerana:
i. Membangunkan ekonomi umat Islam.
ii. Mengangkat mertabat bangsa dan Negara.
iii. Untuk hidup mulia dan dirahmati
iv. Berdaya maju standing dengan bangsa lain
8. Jelaskan dua ciri ilmu yang berguna
Ciri ilmu yang berguna
i. Ilmu yang memantapkan iman
ii. Ilmu yang membawa pengabdian diri kepada Allah.
iii. Ilmu yang mempertingkatkan martabat Islam.
iv. Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan.
9. Senaraikan empat ciri orang yang berilmu
Empat ciri orang yang berilmu
i. Ikhlas
ii. Tawadhuk
iii. Menyebarkan ilmu
iv. Beramal dengan ilmu
v. Berkeyakinan diri
vi. Memyelesaikan masalah

10. Apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat mengabaikan tuntutan
menuntut ilmu
Kesan mengabaikan tuntutan menuntut ilmu .

i. Negara akan mundur.
ii. Ekonomi Negara akan merosot.
iii. Masyarakat akaan dipandang rendah oleh bangsa lain.
iv. Negara akan mudah dijajah.
11. Nyatakan dua pengajaran hadis
1. Orang yg berilmu akan medapat kesejahteraan dunia dan akhirat
2. Ilmu dapat mengangkat mertabat seseorang disisi Allah
3. Allah kasihkan orang yang berilmu

12. Apakah yang terjadi kepada sesuatu negara jika generasi yg ada sekarang
tidak berusaha mencari ilmu

- Negara akan mundur
- Kemajuan tidak akan tercapai
-Kemajuann tidak akan tercapai
- Negara akan mudah dijajah
- Gejala sosial idakdapat dibendung lagi




HADIS: AL QURAN DAN AL-HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN


     ‫عن أبي هريرة رضي للا عنه، عن النبي (ص)، قال: تركت فيكم امرين لن‬
                                                                               ‫تضلوا‬
                                      ‫ما إن تمسكتم بهما: كتاب للا وسنتة نبيه‬
                      ) ‫( رواه مالك‬

   1. Tulis potongan hadis yang membawa maksud “ Tidak akan sesat selama mana
      kamu berpegang dengan keduanya’
   2. Apakah yang anda faham tentang maksud “ selama mana kamu berpegang
      dengan al-Quran dan al- Hadis”
  3. Apakah yang dikehendaki dengan ‫ امرين‬dan ‫ كتاب للا وسنتة نبيه‬dalam hadis
      di atas
  4. Jelaskan peranan hadis terhadap al-Quran
  5. Apakah hukum orang yang menolak hadis
  6. Jelaskan dua sebab manusia memerlukan al-Quran dan al-Hadis
  7. Nyatakan akibat menolak dan mempersendakan ajaran al-Quran dan al- Hadis.
  8. Terangkan dua cara yang perlu dilakukan supaya kehidupan sentiasa
      berpandukan kepada al-Quran dan al- Hadis.
  9. “Orang yang berpegang kepada al-Quran dan hadis tidak akan sesat” Jelaskan
      dua bukti bagi menyokong pernyataan di atas
  10. Apakah pengajaran yang terdapat dalam hadis di atas




SKEMA JAWAPAN (2)

  1. Tulis potongan hadis yang membawa maksud “ Tidak akan sesat selama
      mana kamu berpegang dengan keduanya’
  J: ‫.1لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما‬

  2. Apakah yang anda faham tentang maksud “ selama mana kamu berpegang
      dengan al-Quran dan al- Hadis”
      i. Sentiasa membaca al-Quran dan hadis.
     ii. Mengkaji dan memahami erti kandungan al-Quran dan hadis.
     iii. Mengamalkan isi kandungan al-Quran dan hadis.
     iv. Sentiasa patuh dengan ajaran al-Quran dan hadis.

  3. Apakah yang dikehendaki dengan ‫ امرين‬dan ‫ كتاب للا وسنتة نبيه‬dalam
     hadis di atas
     Al-Quran dan hadis

  4. Jelaskan peranan hadis terhadap al-Quran
  Peranan hadis terhadap al-Quran:
  i. Menerangkan ayat-ayat al-Quran yang berbentuk umum.
 ii. Mengkhususkan ayat-ayat yang umum.
 iii. Menyatakan hukum yang tidak terkandung dalam al-Quran.

5. Apakah hukum orang yang menolak hadis
      - Murtad
      - Batal iman

6. Jelaskan dua sebab manusia memerlukan al-Quran dan al-Hadis
   Dua sebab manusia memerlukan al_quran dan hadis:
      i. Panduan hidup
       ii. sumber rujukan utama.

7. Nyatakan akibat menolak dan mempersendakan ajaran al-Quran dan al- Hadis.
      - Terkeluar daripada Islam
      - Tidak memperolehi hidayah daripada Allah swt
      - Hilang berkah hidup dan putus rahmat
      - Umat Islam berpecah belah
      - Penyakit sosial berleluasa dalam masyarakat.


8. Terangkan dua cara yang perlu dilakukan supaya kehidupan sentiasa
   berpandukan kepada al-Quran dan al- Hadis.
      - Sentiasa membaca al-Quran dan hadis
      - Berzikir
      - Sentiasa melakukan solat hajat


9. “Orang yang berpegang kepada al-Quran dan hadis tidak akan sesat” Jelaskan
   dua bukti bagi menyokong pernyataan di atas

      -   Ajaran Al-Quran dan hadis tidak boleh dipertikaikan kebenarannya
      -   Mereka akan diberi hidayah dan rahmat
      -   Dapat membezakan antara yang hak dan yang batil

10. Apakah pengajaran yang terdapat dalam hadis di atas
       - Al-Quran dan hadis panduan utama umat Islam
       - Umat Islam yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan hadis tidak
          akan sesat
TAJUK :         PENGENALAN HADIS


1.       Nyatakan pengertian hadis dari segi bahasa dan istilah.
2.       Apakah hukum terhadap orang yang tidak mempercayai hadis sebagai sumber
         hukum ?
3.       Nyatakan dua peranan hadis sebagai sumber perundagan dalam Islam.
4.       Nyatakan tiga perbezaan antara al-Quran dengan hadis Nabawi.
5.       Terangkan dua perbezaan antara hadis Nabawi dengan hadis Qudsi.
6.       Nyatakan pengertian hadis al-Aqwal dan hadis al-Af’al.
7.       Berikan contoh hadis al-Af’al dan pengertiannya.
8.       Apakah yang dimaksudkan dengan perawi Hadis?
9.       Tuliskan tiga syarat perawi hadis.
10.      Terangkan dua tujuan ditetapkan syarat-syarat tersebut bagi perawi hadis.



TAJUK :         AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN



            ‫عن أبي هريرة رضى هللا عنه، عن النبي صلى هللا عليه وسلم، قال : تركت فيكم امرين‬
                                           .‫لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب هللا وسنة نبيه‬

          Maksudnya : daripada abu Hurairah r.a , Daripada nabi S.A.W. bersabda : Aku
          tinggalkan kepda kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu
          berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabinya.



      1. Melalui hadis di atas Rasulullah S.A.W. menjelaskan tentang dua perkara yang
         ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya. Nyatakan dua perkara tersebut.
      2. Apakah hukum berpegang kepada dua perkara tersebut.
      3. Berikan dua sikap orang yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan hadis.
      4. Jelaskan dua kelebihan orang yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan
         hadis.
      5. Nyatakan tiga ganjaran Allah S.W.T. kepada mukmin yang berusaha membaca
         dan memahami al-Quran dan hadis.
      6. Tuliskan dua contoh percakapan orang yang mempersendakan hadis.
      7. Nyatakan dua akibat terhadap mereka yang menolak ajaran al-Quran dan hadis.
      8. Nyatakan dua kesan buruk mentafsir al-Quran dan hadis berdasarkan fikiran
         sendiri.
      9. Jelaskan dua pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.
TAJUK :      ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN

              ‫عن أبى بكر رضى هللا عنه عن النبي قال : أغذ عالما أو متعلما أومستمعا أو محبا‬
                                              ) ‫(رواه لطبراني‬      ‫وال تكن الخا مسة فتهلك‬



1.    Hadith di atas menjelaskan tentang kewajipan menuntut ilmu.
      Sebutkan tiga golongan yang dikategorikan sebagai menuntut ilmu.
2.    Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan ke lima?
3.    Nyatakan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menjadi orang yang
      berilmu?
4.    Orang yang menghayati saranan hadith diatas akan berusaha menuntut ilmu di
      mana sahaja mereka berada.
      Jelaskan cara-cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan?
5.    Nyatakan dua kepentingan ilmu kepada sesebuah Negara?
6.    Jelaskan tiga akibat kepada golongan ke lima?
7.    Ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
      Nyatakan ciri-ciri ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
8.    Bagaimanakah usaha anda untuk menangani sifat malas belajar di kalangan
      rakan-rakan anda.
9.    Pada fikiran anda, mengapakah terdapat segelintir pelajar yang ponteng kelas?
10.   Jelaskan dua ciri pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan.




***********************************************************************




SKIMA JAWAPAN

TAJUK :   PENGENALAN HADIS

1.    - Hadis pada bahasa bererti khabar atau berita.
      - Hadis pada istilah bererti setiapa ucapan , perbuatan , pengakuan, dan
        sifat yang di sandarkan kepada Rasulullah.

2.    - Akidah akan rosak

3.    - Hadis sebagai sumber hukum kedua selepas al-Quran
      - Hadis menghuraikan dengan terperinci ayat-ayat al-Quran yang
          berbentuk umum.



4.    Perbezaan al-Quran dan hadis Nabawi

                Al-Quran                                 Hadis Nabawi
1. Lafaz dan makna daripada Allah           1. Lafaz dan makna daripada Rasulullah
2. Sumber pertama dalam perundangan         2. Sumber kedua selepas al-Quran
   Islam
3. Al-Quran tidak boleh dibaca ketika       3. Boleh dibaca ketika berhadas besar
berhadas besar

5.    Perbezaan hadis Nabawi dengan hadis Qudsi

             Hadis Nabawi                                 Hadis Qudsi
1. Maksud adalah daripada Rasulullah        1. Maksud adalah daripada Alla
2. Segala perbuatan , perkataan dan         2. Hadis Qudsi adalah daripada wahyu
   pengakuan dalam hadis Nabawi adalah         Allah
   daripada Rasulullah

6.    - Hadis Al-Aqwal ialah perkataan atau ucapan nabi S.A.W.
      - Hadis Al-Af’al ialah hadis yang disampaikan berdasarkan perbuatan nabi

7.
      ‫كان رسول هللا (ص) يعجبه التيمن في تنعله وترجله وطهوره وفي شأنه كله‬
      maksudnya : Daripada Aisyah berkata : Rasulullah S.A.W. suka mendahulukan
      sebelah kanan pada menyikat rambut, memakai kasut, bersuci dan pada semua
      keadaan

8.    - Perawi hadis ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada
        Rasulullah.

9.    -   Islam
      -   Baligh
      -   Berakal
      -   Adil

10.   - Untuk membezakan di antara perawi yang benar dengan perawi yang palsu
      - Untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis



TAJUK :       AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN


1.    - Al-Quran dan sunnah nabi
2.   - Wajib

3.   - Sentiasa melakukan kebaikan
     - Berakhlak mulia dalam pergaulan

4.   - Selamat hidup di dunia dan di akhirat
     - Jiwa dan perasaan sentiasa tenang

5.   - Memperoleh pahala daripada Allah
     - Memperoleh hidayah Allah
     - Dapat membezakan di antara yang hak dengan yang batil

6.   - “ Aku tidak akan potong kuku walaupun ianya sunnah ”
     - “ hadis tidak sesuai diamalkan pada waktu sekarang ”

7.   - Terbatal iman
     - Semua amalan kebaikan tidak diterima Allah

8.   - Akan membawa kesesatan
     - Masyarakat akan berpecah belah

9.   - Kita hendaklah berpegang dengan al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya
       merupakan panduan hidup umat Islam
     - Kita hendaklah menjauhi diri daripada mempersendakan al-Quran dan hadis
       kerana perbuatan tersebut akan membatalkan iman


TAJUK :       ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN

1.   - Orang yang berilmu
     - Orang yang mempelajari ilmu
     - Orang yang memanfaatkan ilmu

2.   - Golongan yang membenci ilmu

3.   -    Belajar bersungguh-sungguh
     -    Rajin mengulangkaji
     -    Sentiasa membaca
     -    Rajin bertanya
     -    Mendampingi orang berilmu

4.   -    Membaca
     -    Media massa (yang sesuai)
     -    Belajar di sekolah
     -    Ceramah / kelas pengajian di masjid dan surau

5.   - Mengangkat martabat Negara
     - Membangunkan ekonomi Negara
      - Setanding dengan Negara-negara lain

6.    -   Sesat
      -   Ketinggalan dalam semua aspek kehidupan di dunia
      -   Rugi di akhirat
      -   Hidup binasa

7.    -   Ilmu   yang   memantapkan iman
      -   Ilmu   yang   mempertingkatkan martabat umat Islam
      -   Ilmu   yang   tidak membawa kesesatan
      -   Ilmu   yang   membangunkan masyarakat
      -   Ilmu   yang   membawa kejayaan
      -   Ilmu   yang   membentuk akhlak dan sifat terpuji

8.    -   Menasihati
      -   Membaca hadith di atas
      -   Menerangkan akibat tidak berilmu
      -   Mengajak berjumpa kaunselor

9.    -   Tiada kesedaran
      -   Belum mencintai ilmu
      -   Tidak seronok beajar
      -   Tiada niat belajar

10.   - Suka membaca bahan ilmiah
      - Rajin mengulangkaji
      - Rajin bertanya guru

								
To top