ebook buat duit online by CheShariff

VIEWS: 59 PAGES: 83

									1   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




                  “Buat Duit ONLINE”
                      Bongkar Rahsia Buat Duit
      RM3,000 Hingga RM16,000 Setiap Bulan
                  Melalui Perniagaan Internet!




                                          Mempersembahkan

                                  Haszoor Muaidi


                 Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
2    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2010 – Colorbox Solution (SA0075111-H)
    Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
    kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
    fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Colorbox Solution.


    Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam e-buku
    ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat
    yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak penerbit dan penulis juga
    tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan.


    PENAFIAN
    Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan maklumat
    berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami penulis dan penerbit
    tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku ini. Pembaca perlu
    mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya memerlukan bantuan.


    Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang
    ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana
    kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.




                    Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
3    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


    Pengenalan



    Chapter 1
    Saat Bermulanya Perubahan ......................................................................................... 6

    Chapter 2
    Bongkar Rahsia Perniagaan Internet .......................................................................... 11

    Chapter 3
    Produk „HOT‟ Poket Masyuk! ........................................................................................ 24

    Chapter 4
    Laman Web Yang Tiada Tandingan! .......................................................................... 50

    Chapter 5
    Rahsia Pengiklanan & Pemasaran .............................................................................. 63

    Chapter 6
    Cara Mudah Buat Duit .................................................................................................. 71

    Chapter 7
    Memulakan Perniagaan Internet Anda ...................................................................... 79




    Kesimpulan




                       Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
4    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



    Pengenalan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,


    Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana sanggup membuat
    pelaburan bagi mendapatkan Ebook Panduan Rahsia Wang Pantas.


    Di dalam ebook ini, saya akan tunjukkan bagaimana menghasilkan
    pendapatan dari RM3,000 sehingga RM60,000 setiap bulan melalui perniagaan
    internet.


    Membina perniagaan internet adalah cara baru, era baru dalam seni
    menghasilkan pendapatan kerana anda hanya perlu berkerja dari keselesaan
    rumah anda sendiri. Tiada urusan luar, tidak perlu berjumpa pelanggan dan
    sebagainya.


    Di dalam ebook ini nanti anda akan didedahkan dengan beberapa perkara
    seperti berikut;


          Bagaimana membina perniagaan internet yang mampu menghasilkan
           pendapatan 5 angka sebulan, 6 angka setahun!

          Bagaimana membuat kajian tentang produk, mencari produk yang hot
           dipasaran seterusnya menghasilkan killer produk anda sendiri.

          Bagaimana anda mampu menjual di internet walaupun tanpa tahu selok
           belok membina laman web.

          Bagaimana mencipta produk dan menjualnya dalam masa 30 hari.

          5 cara buat duit di internet.

          Bagaimana menghasilkan produk dalam tempoh 7 hari! Langkah demi
           langkah ditunjukkan…

                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
5    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



          Bagaimana mendapatkan pelanggan dalam masa 48 jam selepas
           produk anda dilancarkan.

          Ketahui ‘HOT’ tips dalam membina perniagaan internet.

          Perbezaan perniagaan internet dengan pelaburan internet sperti skim
           cepat kaya.

          Dan banyak lagi yang akan dibongkarkan secara eksklusif untuk anda...

    Apa yang penting, sebaik sahaja anda habis membaca panduan ini, anda
    boleh terus sahaja merangka kerja bagaimana memnbina perniagaan internet
    yang berjaya.

    Saya akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk anda
    bermula seterusnya menempa kejayaan dalam bidang perniagaan internet.

    Anda tidak perlu bimbang, membina perniagaan internet tidak susah seperti
    yang anda jangkakan, malahan saya rasa bangun pagi pergi kerja,
    menghadap muka bos dan kena maki pula adalah lebih susah dan perit.

    Jadi semoga dengan panduan ini, ianya akan dapat membuka mata anda
    dan dapat memotivasikan anda dalam membina perniagaan internet yang
    mampu menghasilkan pendapatan di luar jangkaan anda sendiri.




    To Your Business Success,




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
6    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



    Chapter 1 – Saat Bermulanya Perubahan…
    Apakah sebenarnya Buat Duit Online
    Buat Duit Online adalah ebook panduan bagaimana membina perniagaan
    internet yang mampu menghasilkan pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit
    sebulan, ratusan ribu ringgit setahun dengan hanya berkerja dari rumah tidak
    lebih dari 4 jam sahaja sehari!


    Pendapatan banyak, kerja kurang!
    Itu adalah impian setiap orang, jika boleh semua manusia tidak mahu berkerja
    langsung dan hanya mahu terima wang setiap bulan.


    Hakikatnya tidak ramai yang boleh berbuat demikian, hanya 5% sahaja
    manusia yang tidak berkerja tetapi masih menjana pendapatan yang tinggi
    dan berterusan.


    Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya ingin bertanya anda beberapa
    soalan;
    Adakah anda mahu pendapatan 5 angka sebulan?
    Adakah anda bershopping sakan tanpa melihat budget bulanan anda?
    Adakah anda mahu lebih masa bersama keluarga?
    Adakah anda mahu duit banyak tetapi kurang kerja?
    Adakah anda mahu mencapai semua impian anda?


    Jika jawapan anda semuanya YA, anda berada di landasan yang betul. Di
    dalam panduan ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh hidup mewah
    sedikit demi sedikit dengan memulakan perniagaan internet hanya dari rumah
    anda sendiri.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
7    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


    Tiada ruang pejabat, tiada pekerja, tiada traffic jam, tiada lagi masalah tidak
    cukup duit hujung bulan, tiada lagi rungutan!


    Saat permulaan saya menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan…
    Untuk pengetahuan anda, saya masih lagi bukan seorang jutawan, tetapi saya
    yakin masa tersebut akan sampai tidak lama lagi…


    Walau bagaimanapun saya mampu menghasilkan pendapatan 4 angka dan 5
    angka setiap bulan melalui perniagaan internet.


    Bagaimana saya bermula?


    Saya adalah anak seorang peneroka felda di Pahang, keluarga saya tidaklah
    mewah ketika itu, pendapatan keluarga cukup sekadar makan pakai dan
    membeli barang keperluan lain.


    Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi saya berazam
    akan membantu keluarga saya dan mempertingkatkan taraf hidup kami.


    Sejak dari kecil lagi saya sudah berimpian besar. Mahu pakai kereta besar,
    mahu pakai pakaian cantik dan mahal, pendek kata semuanya mahukan yang
    bagus – bagus sahaja.


    Jadi saya bertekad mencari duit tambahan. Saya bermula seawal umur 14
    tahun, ketika itu urusniaga gayapos baru sahaja bermula. Saya juga antara
    yang terawal menjual produk melalui gayapos…




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
8    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


    Walaupun ketika itu saya tidak mempunyai komputer, apatah lagi typewriter…
    yang saya ada hanyalah sebuah impian untuk menghasilkan pendapatan
    tambahan untuk belanja sekolah saya!


    Pada ketika itu, gelombang perniagaan gayapos baru sahaja bermula… tidak
    ramai lagi mengetahui cara buat duit sebegini…


    Produk yang saya jual ketika itu ialah panduan memulakan perniagaan dari
    rumah. Saya mula menjual dengan menempah iklan di akhbar mingguan.


    Produk yang saya jual bernilai RM80 dengan menggunakan surat jualan yang
    saya tampal – tampal seperti kolaj ( potong dan tampal pada kertas A4).


    Sehingga kini saya masih ingat pembeli pertama produk saya…beliau dari
    pada Kuantan Pahang.


    Kemudian pada tahun 1998, ketika saya berumur 15 tahun, saya telah membeli
    satu panduan dari seorang yang sangat pakar mengenai perniagaan gayapos
    di Malaysia. Beliau ialah saudara M. Hamidan Salihen. Buku panduan beliau
    saya beli dengan harga RM50 sahaja.


    Ini ialah titik permulaan saya berniaga cara pos…


    Saya mula menjual produk kedua saya iaitu Rahsia Ilmu Tenaga Dalam,
    panduan tersebut saya dapat daripada persatuan silat.


    Tetapi kerana terlalu sibuk dengan sekolah, saya mula berhenti daripada
    perniagaan tersebut. Saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada
    pelajaran walaupun pada ketika itu saya telah memperolehi RM500 – RM1000


                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
9    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


    sebulan. Untuk remaja berusia 15 tahun, nilai seperti itu memang sudah
    banyak…


    Fast Forward ke dari tahun 2000 hingga 2007.
    Habis sahaja belajar saya mula berkerja dalam bidang „direct selling‟ atau
    jualan langsung. Saya pasti anda pernah terlihat budak – budak berumur 20 –
    25 tahun menjual barang mainan, anak patung, buku, cd pembelajaran dan
    pelbagai lagi menjual di kawasan pejabat.


    Kenapa saya memilih untuk menyertai jualan langsung?
    Percaya atau tidak, saya adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Jadi
    semasa berkerja, banyak pengalaman yang telah saya lalui. Kini saya tidak lagi
    pemalu seperti dulu, malah bukan seorang pendiam sebenarnya 


    Saya pernah kerja sebagai jurujual barang elektrik di giant…
    Saya pernah berkerja sebagai designer di syarikat pengiklanan…
    Saya pernah buat MLM secara part time (buat gila – gila time ni…tetapi masih
    tak berjaya, mungkin tiada rezeki saya).


    Pada 1 Januari 2008, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan
    perniagaan saya sendiri… Walaupun gaji saya ketika itu ialah RM2800 sebulan
    (agak banyak bagi kelulusan diploma seperti saya).


    Tetapi saya nekad untuk berhenti. No turning back!
    Ini adalah permulaan bagaimana saya boleh terlibat di dalam perniagaan
    internet. Ketika itu saya tidak tahu dan tidak mahir langsung dalam perniagaan
    internet…




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
10    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Apa yang saya tahu dan yakin, internet memang mempunyai kuasa di luar
     jangkaan kita. Permulaan pembabitan saya dalam perniagaan agak
     baik…dengan melakukan pemasaran melalui internet, perniagaan yang saya
     bina agak berjaya…


     Perkara yang saya rasa anda patut tahu mengenai saya…

        1. Pernah kerugian wang puluhan ribu ringgit dalam pelaburan internet
           seperti SwissCash, Winli Fund dan sebagainya…
        2. Kerugian wang puluhan ribu ringgit juga melalui pelaburan Forex
        3. Pernah menyertai 2 buah syarikat Multi Level Marketing
        4. Pernah cuba buat duit melalui adsense…(psss, sampai sekarang saya
           tidak berjaya dan saya takkan buat adsense…mungkin cara tersebut
           bukan untuk saya).
        5. Banyak kegagalan yang saya tempuhi selama ini…dan jika anda juga
           sama seperti saya, inilah masanya untuk anda berubah!

     Saya yakin pasti ada salah satu cerita ini, mungkin pernah terjadi pada anda.
     Tetapi jangan bimbang, tujuan saya bercerita mengenai pengalaman saya
     adalah untuk memberitahu anda, kita hanya akan gagal bila kita berhenti
     berusaha!

     Jadi jangan sesekali anda berhenti atau give up!

     Kejayaan sebenarnya telah menunggu anda, tunggu anda sahaja untuk
     berusaha ke arahnya…

     “Live by Design, Not by Default”

     By Dr. Billy Kueek




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
11    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 2 – Bongkar Rahsia Perniagaan Internet
     Perniagaan Internet Satu Revolusi!
     Apakah sebenarnya perniagaan internet?
     Perniagaan internet melibatkan penjualan produk atau pun perkhidmatan.
     Perniagaan internet adalah sama sahaja dengan perniagaan offline diluar
     sana. Yang membezakannya ialah medium yang digunakan.


     Jika perniagaan biasa memerlukan kedai, perniagaan internet juga sama,
     Cuma kedainya berbeza. Jika berniaga di luar sana memerlukan produk,
     perniagaan internet juga tidak terlepas daripadanya.


     Cuma yang menariknya, perniagaan internet anda tidak memerlukan masa
     yang lama untuk membinanya. Berikut saya sertakan beberapa perkara
     mengenai perniagaan internet;

        1. Kos permulaan atau modal yang rendah.
        2. Tidak perlukan pekerja yang ramai (anda seorang sahaja sudah cukup)
        3. Tidak perlu menjaga kedai (hampir semuanya automatik).
        4. Masa berkerja yang singkat dan fleksibel (tidak lebih 4 jam sehari).
        5. BUKAN Pelaburan Internet seperti SWISSCASH, EA Index dan sebagainya!
        6. BUKAN Skim Cepat Kaya!
        7. BUKAN Pelaburan Berisiko Tinggi seperti FOREX!
        8. BUKAN Multi Level Marketing (MLM) atau Sistem Pemasaran Berperingkat!
        9. BUKAN Autosurf atau Randomizer!
        10. BUKAN Adsense!

     Apa yang menarik mengenai tentang Internet ialah, perkembangannya yang
     begitu pesat…lebih maju daripada mana – mana industri.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
12    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


           Pada Disember 1995, dicatatkan lebih kurang seramai 16 juta pengguna
            internet.
           Pada Januari 2000, perkembangannya meningkat sehingga 248 juta
            pengguna.
           Pada Jun 2005 pula, peningkatan mendadak sehingga 938 juta. Satu
            angka yang luar biasa.
           Di anggarkan peningkatan ini berlaku setiap hari tanpa henti.

     Sekarang hampir 1.2 billion pengguna yang keluar masuk melalui internet.
     Bayangkan betapa pesatnya perkembangan yang berlaku. Jadi sebab itulah
     anda perlu memulakan perniagaan internet.

     Dengan teknologi yang anda, anda boleh menjual produk anda ke luar negara
     dengan kos yang murah!

     Tidak perlu mempunyai cawangan di sana. Tidakkah itu dinamakan
     perniagaaan global? Perniagaan offline pun tidak mempunyai peluang
     sebegini. Jadi jangan sesekali memandang rendah perniagaan internet.

     Melalui perniagaan internet, anda boleh berniaga 24 jam sehari, 7 hari
     seminggu, 365 hari setahun!

     Tiada yang lebih hebat daripada itu!

     5 Cara Buat Duit Di Internet

     Sebenarnya terdapat berpuluh – puluh cara untuk buat duit di internet, tetapi
     saya hanya fokuskan kepada 5 cara sahaja. Kerana 5 cara tersebut adalah
     cara paling mudah, ringkas, kurang berisiko tetapi mampu memperolehi
     keuntungan yang lumayan.

        1. Menjual produk fizikal
        2. Menjual produk digital
        3. Menjual produk affiliate
                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
13    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


        4. Menjual perkhidmatan
        5. Menjual ruang pengiklanan

     Menjual Produk Fizikal

     Apakah yang dimaksudkan dengan produk fizikal? Produk fizikal adalah produk
     yang boleh dipegang dan disentuh. Produk zahir. Contohnya seperti jam
     tangan, bunga, kasut, seluar dan sebagainya.

     Produk fizikal boleh dijual menerusi laman web anda sendiri ataupun
     menggunakan lama web pihak ketiga seperti Ebay.com.my dan
     Lelong.com.my.




     www.Lelong.com.my




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
14    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.Ebay.com.my




     Menjual Produk Digital

     Produk digital adalah produk maya. Produk digital biasanya produk yang
     berbentuk ebook, audio dan video. Produk yang mudah untuk dimuat turun
     seperti ringtone, lagu, video klip dan sebagainya.

     Kebiasaannya produk digital adalah produk dalam bentuk informasi dan
     hiburan. Pelanggan biasanya dengan mudah boleh memuat turun daripada
     laman web penjual.

     Contoh laman web yang menjual produk digital seperti ebook dan lagu.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
15    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.KillerFollowUp.com




     www.iTunes.com



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
16    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Menjual Produk Affiliate

     Apakah maksud affiliate? Affiliate atau lebih dikenali sebagai agen. Maksudnya
     untuk menjual produk affiliate, anda perlu mendaftar sebagai agen. Berita
     baiknya, jika anda tidak tahu untuk menghasilkan produk sendiri, saya sarankan
     anda mulakan dengan produk affiliate.

     Menjual produk affiliate sama dengan menjual produk orang lain. Anda hanya
     ambil keuntungan daripada komisen jualan anda. Tidak perlu mencipta produk,
     tidak perlu membina laman web dan tidak perlu melayan karenah pelanggan
     anda!

     Terdapat beribu – ribu produk affiliate yang ada di pasaran. Jika anda berminat
     untuk menjual di pasaran antarabangsa, anda boleh mulakan dengan
     Clickbank. Terdapat beribu – ribu produk digital yang terdapat di dalamnya.

     Tetapi jika anda hanya memfokuskan pada pasaran tempatan, anda boleh
     menyertai forum usahawan internet seperti Wang Cyber. Kebanyakan Internet
     Marketer (IM) tempatan membuat pelancaran produk terbaru mereka di forum
     tersebut.

     Ini adalah cara terbaik untuk anda mengenali komuniti usahawan internet.
     Anda boleh jumpa ramai pakar IM di sana. Saya juga ada di sana 




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
17    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.Clickbank.com




     www.WangCyber.com




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
18    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Menjual Perkhidmatan

     Selain menjual produk fizikal, digital dan affiliate. Anda juga boleh memilih untuk
     menjual perkhidmatan di internet. Contoh – contoh perkhidmatan di internet
     ialah seperti perkhidmatan membuat rekaan grafik, perkhidmatan menjahit
     baju, perkhidmatan teksi, perkhidmatan menghantar barang dan sebagainya.

     Jika anda mempunyai idea untuk menjual perkhidmatan anda, internet adalah
     cara terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan anda.

     Antara laman web yang menjual perkhidmatan.




     www.VirtualNiaga.com




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
19    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.ClickCovers.com

     Menjual Ruang Pengiklanan

     Menjual ruang pengiklanan biasanya dilakukan oleh tuan punya laman web
     atau blog. Jika and mempunyai laman web yang ber‟traffic‟ tinggi, adalah
     disarankan anda untuk menjual ruang pengiklanan.

     Lebih tinggi traffic ke laman web anda, lebih tinggi harga yang anda boleh jual.
     Biasanya ruang pengiklanan yang dijual adalah dalam bentuk banner.

     Berikut adalah antara laman web yang menjual ruang pengiklanan.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
20    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.BHarian.com.my




     www.MalaysiaKini.com.my

                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
21    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Selain 2 laman web tersebut, laman web Google antara penyumbang besar
     dalam industri pengiklanan menerusi laman web. Google mencatatkan
     keuntungan yang memberangsangkan setiap tahun.

     Ini disebabkan kebanyakan dari kita melayari internet menggunakan browser
     Google. Jadi Google mengambil peluang ini untuk menjual ruang pengiklanan
     kepada Pengiklan yang sanggup membayar bagi mendapatkan pelanggan.




     www.Google.com.my/adsense




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
22    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Model Yang Terbaik!

     Itulah antara 5 cara buat duit yang biasa digunakan oleh ramai IM. Jadi yang
     mana satu yang terbaik untuk anda?

     Kesemua cara tersebut adalah yang terbaik, walau bagaimanapun, jika anda
     bertanya kepada saya…

     Saya akan memilih untuk menjual produk digital dan produk affiliate. Ini kerana
     menjual kedua – dua jenis produk ini adalah mudah, cepat dan ringkas. Kedua
     – dua produk ini juga saling berkaitan antara satu sama lain.

     Contohnya, jika anda sudah pandai menjual produk affiliate, anda boleh mula
     mencipta produk digital anda sendiri dan ikut cara yang sama ketika anda
     menjual produk affiliate.




     3 Elemen Penting Membina Perniagaan Internet

     Terdapat 3 langkah mudah dalam membina perniagaan internet.

        1. Produk
        2. Laman Web
        3. Promosi

     3 elemen ini cukup penting dalam memastikan kejayaan anda dalam
     membina perniagaan internet. Jadi untuk berjaya anda wajib fokus kepada
     ketiga – tiga bahagian ini.

     Produk

     Terdapat 2 cara, samada anda menjual produk orang lain atau mencipta
     produk anda sendiri. Untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk
     dijual,anda perlulah membuat sedikit kajian.


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
23    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Anda tidak boleh sewenang – wenangnya menjual produk sesuka hati.
     Bimbang produk anda tidak akan laris dan akhirnya perniagaan anda
     kecundang. Setia produk yang dihasilkan mestilah mempunyai permintaan
     dahulu.

     Buat kajian mengenai permintaan, barulah anda putuskan untuk menjual
     sesuatu produk.

     Laman Web

     Salah satu elemen penting yang sering dilupakan ialah laman web, percaya
     atau tidak, laman web mampu meningkatkan kadar jualan produk anda.

     Kerana melalui laman web, anda dapat menarik lebih ramai pelanggan serta
     dapat membantu anda membina kredibiliti sebagai penjual di internet.

     Promosi

     Elemen paling penting yang saya ingin tekankan ialah mengenai promosi. Jika
     anda mempunyai produk yang hebat, laman web yang cantik, tanpa promosi
     yang berkesan, sudah pasti produk anda tidak akan berjaya dijual.

     Jadi jangan sekali – kali mengabaikan promosi.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
24    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 3 – Produk ‘HOT’ Poket Masyuk!
     Buat Duit Dengan IDEA / INFORMASI / MAKLUMAT
     Adakah anda tahu, rahsia sebenar untuk menjadi jutawan ialah dengan
     menjual idea anda! Idea merupakan perkara yang paling berharga untuk
     didagangkan. Idea adalah kunci kepada setiap kekayaan!


     Apakah itu IDEA?
     Idea adalah hasil buah fikiran anda atau lebih mudah kita panggil INFORMASI
     atau MAKLUMAT. Contohnya Idea untuk makan. Jika sebelum ini kita makan
     menggunakan tangan, hari ini kita boleh dilihat ramai yang menggunakan
     sudu, garfu, chopstick dan sebagainya.


     Semua itu adalah idea, idea tercipta untuk menghasilkan sesuatu, tidak kira
     apa sahaja asalkan ianya boleh membantu anda. Saya beri contoh lagi,
     terhasilnya kereta adalah hasil dari idea yang kreatif, kemudian setiap tahun
     keadaan atau rupa kereta berubah mengikut peredaran masa.


     Adakah anda tahu berapa syarikat yang mengeluarkan kereta seperti Honda,
     Toyota serta Nissan bayar pada mereka yang memberi idea menghasilkan
     kereta? Mungkin ratusan ribu ringgit, mungkin juga jutaan ringgit!


     Adakah anda sudah faham sedikit sebanyak mengenai idea?


     Saya beri 1 contoh lagi. Idea untuk membina rumah.


     Jika dulu manusia yang kurang bertamadun tinggal didalam gua, kini kita lihat
     perubahan mendadak berlaku. Sudah ada banglo, semi-d, apartment dan
     pelbagai jenis rumah lagi. Semua itu adalah hasil dari cetusan IDEA!


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
25    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     Kenapa Perlu Menjual Idea / Informasi / Maklumat?
     Menjual idea / informasi / maklumat adalah perkara paling mudah, kerana
     semua orang mempunyai idea, cuma apa yang anda tidak tahu adalah
     bagaimana mengenal pasti idea yang boleh dijual.


     Kenapa Idea Boleh Dijual?
     Mudah sahaja, sampai bila – bila pun semua orang memerlukan idea /
     informasi / maklumat. Idea merupakan “Master” kepada setiap persoalan
     dibumi ini. Bila wujudnya masalah, akan muncul pula penyelesaiannya.


     Penyelesaian itulah yang dinamakan idea. Semua orang perlukan idea, jadi
     adalah mudah untuk anda menjual idea!


     Idea Yang Boleh Dijual
     Kalau diikutkan semua idea boleh dijual, cuma anda perlu tahu bagaimana
     cara – cara untuk menjual idea tersebut. Saya akan memfokuskan mengenai
     idea yang boleh dijual di muka surat hadapan nanti.


     Saya Tidak Ada Idea!
     Inilah rungutan yang sering saya dengar. “saya tidak ada idea”. Adakah anda
     sedar, anda tidak perlu bersusah payah mencari idea jika tidak pandai. Selain
     menjual idea sendiri, anda juga boleh menjual idea orang lain! Bagaimana?


     Diluar sana terdapat banyak idea yang boleh anda jual. Tengok sahaja
     keadaan sekeliling, cari masalah, kemudian cari jalan penyelesaiannya.


     TIPS mencari IDEA: Cari MASALAH – Cari Jalan PENYELESAIAN
     Contohnya:


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
26    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Masalah = Malas basuh baju
     Penyelesaian = Kedai Dobi


     Masalah = Malas masak
     Penyelesaian = Kedai Makan


     Masalah = Demam
     Penyelesaian = Panadol


     Sekarang anda tahu sedikit sebanyak untuk mencari idea?


     Ya, pertama sekali cari masalah dahulu, kemudian cari jalan penyelesaiannya.


     Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Buat Duit?
     Terdapat 5 cara untuk mendapatkan idea. 5 cara ini sering saya guna pakai
     dalam menghasilkan pendapatan lumayan di internet.
        1. Ilmu Pengetahuan
        2. Pengalaman
        3. Kemahiran
        4. Minat
        5. Bakat


     Bagaimana Buat Duit Dengan Ilmu Pengetahuan
     Saya yakin 100% setiap orang dianugerahkan dengan ilmu, anda tidak perlu
     jadi genius untuk buat duit. Cukup sekadar mempunyai sedikit ilmu
     pengetahuan.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
27    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Ramai yang beranggapan, bahawa mereka mestilah orang yang bijak pandai
     dalam pendidikan, mendapat skor tertinggi di university barulah anda boleh
     kaya.
     Sedar atau tidak, semua itu tidak diperlukan langsung!
     Jika anda mempunyai sedikit pengetahuan bagaimana menguruskan badan
     tanpa perlu bersenam – idea sebegitu memang sangat diperlukan.


     Ramai orang diluar sana mencari kaedah atau teknik menguruskan badan
     tanpa senaman dan ubat – ubatan. Jadi sememangnya idea anda boleh
     dijual!


     Bagaimana Buat Duit Dengan Pengalaman
     Anda ada banyak pengalaman? Sudah pasti bukan… jadi apakata anda
     kongsikan pengalaman anda dan jual!


     “Boleh ke Haszoor?”


     Sudah tentu, apa yang anda perlukan ialah mengenal pasti samada
     pengalaman anda mempunyai nilai untuk dijual atau tidak.


     Contoh anda mempunyai pengalaman berpuluh kali ditipu oleh penjual telefon
     tangan, apakata anda buat satu ebook tentang pengalaman anda.


     Ceritakan mengenai kisah anda kemudian beritahu pembaca bagaimana
     mereka mampu mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual telefon tangan!


     Bagaimana Buat Duit Dengan Kemahiran
     Ada sesetengah daripada kita mempunyai kemahiran yang tinggi, kemahiran
     seperti memanjat gunung, kemahiran berenang dan pelbagai lagi.


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
28    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Jadi apakata anda kongsi kemahiran anda. Anda tiada kemahiran langsung?
     Tidak mengapa, anda boleh guna kemahiran orang lain, sahabat anda,
     saudara anda atau sesiapa sahaja yang anda kenal.


     Tiada masalah bukan?


     Bagaimana Buat Duit Dengan Minat
     Ini adalah salah satu cara yang paling saya suka… Kenapa?
     Kerana kini anda boleh buat duit melalui minat anda. Anda minat memancing?
     Mungkin anda boleh kongsi teknik memancing.


     Anda minat melukis, mungkin anda boleh jual lukisan anda di internet, ataupun
     membuat perkhidmatan melukis gambar untuk sesiapa yang berminat.


     Bagaimana Buat Duit Dengan Bakat
     Buat duit dengan bakat, salah satu cara yang jarang digunakan, tetapi sedar
     atau tidak, ianya sememangnya boleh mendatangkan pendapatan lumayan.


     Anda berbakat dalam bermain gitar? Jual ebook cara bermain gitar!
     Anda berbakat dalam nyanyian? Jual ebook cara memantapkan vokal!
     Anda berbakat dalam bercinta? Jual ebook mengenai percintaan!


     Jadi bagaimana?
     Adakah anda telah mendapat sedikit idea daripadanya?


     Jadi gunakan sebaik mungkin 5 cara bagi mendapatkan idea untuk
     memulakan perniagaan internet.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
29    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Bagaimana Mencipta Produk Yang Laris Seperti Pisang Goreng Panas
     Pertama sekali anda perlu pastikan apakah jenis produk yang anda ingin
     mulakan dalam perniagaan internet. Saya sarankan anda bermula dengan
     produk digital.


     Kenapa produk digital?
     Kerana cara untuk menghasilkannya sangat mudah dan cepat. Percaya atau
     tidak, anda mampu menghasilkan 1 produk digital hanya dalam tempoh 30
     hari! Bila sudah pakar, anda akan mengambil masa 15 hari sahaja untuk
     menghasilkan produk digital.


     Bukankah ianya sesuatu yang menarik?


     Anda hanya perlu berkerja 30 hari kemudian bercuti selama 6 bulan!
     Ya itulah antara cara berkerja yang dilakukan hampir semua usahawan
     internet.


     Jadi saya nasihatkan anda memulakan perniagaan internet dengan menjual
     produk digital.


     Kelebihan menjual produk digital;
           Ianya cepat, ringkas dan mudah untuk dicipta. Jika anda pandai menulis,
            merakam audio atau merakam video, semuanya akan menjadi mudah.


           Produk digital hanya dicipta sekali sahaja, tiada kos lain. Anda cipta
            kemudian jual seberapa banyak unit yang anda mahu.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
30    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


           Produk digital tidak perlu dihantar secara pos, jadi penjimatan telah
            berlaku disini. Anda hanya perlu memberi link muat turun kepada
            pelanggan anda.


           Hampir keseluruhan sistem perniagaan anda menjadi automatik, tugas
            anda hanya perlu hantar link muat turun selepas pelanggan membelinya.


           Anda akan menerima keuntungan 100% kerana tiada kos tambahan.


     Sebab tulah saya sendiri memilih menjual produk digital. Jadi saya mahu anda
     ikut sahaja cara saya dan berjaya!


     Antara beberapa kategori produk digital;
        1. Produk Affiliate
            Produk affiliate juga kebanyakannya adalah produk digital, jadi anda
            boleh ambil peluang ini dan buat duit dengan mudah. Anda tidak perlu
            membina laman web, tidak perlu menghasilkan produk dan tidak perlu
            menguruskan pelanggan anda.


        2. Produk Resale Rights
            Produk Resale Rights adalah produk yang diberi hak jualan. Ini bermakna,
            anda beli sekali, kemudian anda jual produk tersebut dan ambil
            keuntungan 100%. Tidak seperti produk affiliate yang mana keuntungan
            anda bergantung pada komisen yang diberikan oleh tuan punya affiliate
            produk.


        3. Produk Private Label Rights (PLR)
            Produk ini juga hampir sama dengan produk Resale Rights, anda beli
            kemudian jual dan kaut semua keuntungan. Tetapi, apa yang lebih


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
31   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          menarik, anda boleh menjadikan produk ini sebagai produk anda sendiri.
          Anda boleh menukar isi kandungan produk dan meletakkan nama anda
          sebagai tuan punya produk. Jadi anda sekali lagi tidak perlu mencipta
          produk dan tidak perlu membina laman web. Kebanyakan produk PLR
          sudah disediakan dengan laman web. Jadi anda hanya perlu promosi
          dan ambil semua keuntungan.


       4. Mencipta Produk Anda Sendiri
          Ini adalah bahagian yang paling menarik sekali. Anda cipta produk anda
          sendiri, kemudian jual. Mencipta produk sendiri mempunyai kelebihan
          yang tinggi seperti;


                 Anda adalah tuan punya produk, jadi apa sahaja yang anda
                  mahu lakukan pada produk anda,terpulang kepada diri anda
                  sendiri. Anda berkuasa sepenuhnya!


                 Anda boleh mulakan affiliate program. Anda boleh lantik mana –
                  mana agen / affiliate untuk menjual produk anda. Anda akan lihat
                  bagaimana dengan cara ini akan membuatkan kadar keuntungan
                  jualan produk anda berlipat ganda.


                 Anda dapat membina kredibiliti perniagaan internet anda, selain
                  itu ia juga boleh menaikkan nama anda.


                 Dengan mencipta produk anda sendiri, anda akan dapat
                  mengenal pasti sasaran pasaran anda. Jadi lebih mudah untuk
                  menjual.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
32    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


                  Tiada yang lebih baik daripada menjual produk sendiri. Saya pasti
                   anda akan dapat menikmati satu kepuasan yang unik apabila
                   berjaya menjual produk anda sendiri.


     Baiklah sebelum anda mencipta produk digital anda sendiri. Anda perlulah
     membuat sedikit kajian mengenai pasaran produk anda.


     Bagaimana Memastikan Pasaran Produk Anda
     Pertama sekali anda perlu buat sedikit kajian mengenai produk anda. Jangan
     sesekali sewenang – wenangnya menghasilkan produk tanpa membuat sedikit
     kajian.


     Cara membuat kajian;
        1. Anda boleh gunakan laman web Google untuk membuat kajian
           pasaran. Caranya mudah sahaja, anda pergi ke www.Google.com.my.
           Kemudian anda masukkan keyword atau kata kunci yang anda
           mahukan. Maknanya produk yang ingin anda hasilkan.
        2. Kemudian anda lihat berapa jumlah „result‟ kata kunci tersebut. Saya
           ambil contoh keyword „kuruskan badan‟.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
33    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


        3. Cuba anda lihat, ada 287,000 pada results yang ditunjukkan. Ini
           bermakna sangat ramai yang tercari – cari produk yang berkaitan
           kuruskan badan. Jika anda teliti betul – betul, terdapat juga results pada
           keywords yang lain seperti kuruskan perut, kuruskan lengan dan kuruskan
           muka. Ini bermakna terdapat permintaan dalam pasaran.
        4. Bermakna produk mengenai cara untuk menguruskan badan
           mempunyai permintaan yang tinggi.


     Sekarang anda sudah tahu serba sedikit bagaimana untuk membuat kajian.
     Jadi saya akan teruskan dengan cara untuk mencipta produk pula.


     Cipta Produk Digital Anda
     Produk digital terbahagi kepada;
        1. Ebook – ebuku dalam bentuk PDF file dan EXE file
           Jika anda pandai menulis, mengarang ayat, ebook antara produk yang
           sentiasa laris. Walaupun banyak ebook diluar sana yang boleh didapati
           secara percuma, tetapi berdasarkan kajian, ebook masih lagi mendapat
           permintaan yang tinggi.


           Ebook biasanya terdapat dalam 2 bentuk, PDF dan EXE. Ebook biasanya
           mempunyai antara 20 hingga 150 muka surat. Tetapi terdapat juga
           ebook yang mempunyai lebih daripada 200 muka surat. Tetapi saya tidak
           sarankan anda berbuat demikian.


           Biasanya ebook ditulis dalam bentuk yang mudah dibaca, ayat yang
           santai, serta tidak terlalu rasmi. Maknanya anda boleh menulis ebook
           secara terus, tidak perlu panjang seperti membuat karangan di zaman
           sekolah, cukup sekadar menerangkan perkara penting sahaja seperti
           membuat bullet point dan sebagainya.


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
34   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




          www.CollectFreeGits.com ialah laman web yang menjual Ebook.


       2. Audio
          Jika anda suka bercakap, anda juga boleh menghasilkan produk digital
          dalam bentuk audio. Biasanya produk digital berbentuk audio lebih
          mahal.


          Sangat sesuai jika anda tidak suka menulis, jadi anda hanya perlu
          rakamkan apa yang anda ucapkan kemudian buat satu file MP3.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
35   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Kebiasaan tempoh rakaman antara 3 minit hingga 2 jam. Jika boleh
          anda bahagikan kepada beberapa bahagian audio.contohnya dalam
          satu produk terdapat 5 rakaman audio selama 15 minit setiap satu.


          Ianya bagi menarik minat pendengar. Lagipun audio yang terlalu lama
          pasti membuatkan pendengar bosan. Kecuali anda menyampaikan
          sesuatu yang betul – betul penting yang mahu didengar oleh pelanggan
          anda.




          www.SecretsofSelf-MadeMillionaires.com menjual produk audio.



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
36   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


       3. Video
          Video pula gabungan audio dan gambar. Biasanya produk berbentuk
          video juga mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu produk video
          biasanya dijual agak mahal berbanding produk ebook dan audio.


          Produk sebegini biasanya mempunyai nilai yang tinggi. Buat masa ini,
          produk seperti amat kurang di pasaran. Bukannya tiada permintaan,
          cuma cara untuk menghasilkannya agak lama dan leceh.


          Tidak semua produk boleh dijadikan video kerana video lebih teliti bagi
          saya. Produk seperti ini lebih memberi kepuasan kepada pelanggan.
          Kerana ada di antara pelanggan yang tidak suka membaca, jadi
          menonton video adalah salah satu teknik pembelajaran yang lebih
          efektif.


          Panjang video bergantung pada isi kandungannya, antara produk digital
          yang sesuai dijadikan video ialah cara – cara senaman untuk kuruskan
          badan, cara – cara make up dan sebagainya.


          Walau bagaimanapun, jika anda mampu menghasilkan gabungan 3
          jenis produk digital ini iaitu ebook, audio dan video, saya yakin produk
          anda pasti memberi kepuasan yang maksima kepada pelanggan.


          Lebih tinggi nilai produk anda, lebih ramai yang akan membelinya!




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
37   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




          www.VideoUsahawan.com menjual produk video.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
38    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Teknik Brainstorming atau Sesi Memerah Otak
     Kebiasaan yang saya lakukan selepas melakukan kajian tentang produk, saya
     akan memulakan sesi brainstormingmenggunakan peta minda dan bullet point.




           Contoh peta minda.

                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
39    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Kenapa perlukan peta minda?
     Ianya untuk memudahkan anda dalam usaha mendapatkan idea. Gunakan
     peta minda dan bullet point untuk mendapatkan isi – isi penting yang ingin
     anda sampaikan.


     Jadi anda hanya perlu tulis isi penting dahulu, kemudian beri penerangan
     mengenai isi – isi penting tersebut.


     Contohnya Ebook Menguruskan Badan.
     Anda boleh buat peta minda seperti meletakkan tajuk Teknik Kuruskan Badan
     sebagai yang paling utama atau penting.


     Jadi kedudukannya mesti di tengah – tengah peta minda anda. Kemudian
     huraikan isi – isi penting contohnya, kuruskan badan dari segi senaman, teknik
     pemakanan, teknik motivasi diri dan sebagainya.


     Kemudian daripada isi tersebut, huraikan lagi lebih mendalam, contohnya
     senaman seperti apa yang mampu menguruskan badan, senaraikan jenis
     makanan untuk kuruskan badan, kemudian mungkin boleh tambah kaedah
     motivasi diri dalam menguruskan badan seperti menampal gambar artis
     berbadan cantik dan langsing sebagai pemangkin semangat.


     Begitulah caranya saya membuat brainstorming! Biasanya sesi brainstorming ini
     siap dalam tempoh 24 jam sahaja!


     Lakukan sesi brainstorming dengan menggunakan internet. Dapatkan informasi
     penting mengenai sesuatu tajuk. Jadi, adakah anda tahu serba sedikit
     bagaimana melakukan sesi brainstorming dalam mencipta produk anda?



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
40    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     5 Kategori Produk Paling Laris di Malaysia
     Buat masa ini saya senaraikan 5 kategori produk paling laris di pasaran
     Malaysia. Apa yang anda perlukan ialah cipta produk anda sendiri
     berdasarkan 5 kategori produk paling hot ini.


     1. Produk Buat Duit / Jana Pendapatan / Kewangan
     Produk paling mendapat sambutan hangat ialah sperti Idea Buat Duit,
     bagaimana menjana pendapatan tambahan dan produk – produk informasi
     kewangan.


     Anda jual apa sahaja berkaitan idea untuk buat duit, pasti akan ada yang
     membelinya. Faktor yang menjadikan ianya laris ialah kerana begitu banyak
     permintaan mengenai cara untuk buat duit atau tambah pendapatan.


     Masalah = Tiada Duit, Hutang Banyak!
     Penyelesaian = Buat Duit / Bina Pendapatan Tambahan / Informasi Kewangan


     Jadi tidak hairanlah mengapa begitu banyak iklan buat duit dihasilkan. Anda
     jangan risau, walau banyak manapun produk buat duit dijual dipasaran, tetap
     akan ada pembeli dan pelanggan. Pasaran anda TIDAK AKAN TEPU!


     Kenapa? Sebab memang lumrah dunia, produk buat duit tidak akan habis
     pembelinya, walau sekaya manapun seseorang itu, mereka tetap membeli
     idea – idea baru untuk buat duit bagi menggandakan pendapatan mereka.


     Jadi anda tidak perlu risau langsung tentang menjual idea buat duit. Tetap
     akan ada pelanggan sampai bila – bila, percayalah!




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
41    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     2. Produk Seksual
     Produk kedua yang mendapat sambutan paling hangat di Malaysia ialah
     produk berkaitan seksual. Apa yang dikatakan idea seksual? Adakah ianya sah
     disisi undang – undang?


     Produk seksual yang saya nyatakan disini adalah sah jika kena pada gayanya.
     Contohnya idea berikut;




     1. Rahsia Lelaki gagah – mampu melayan nafsu wanita sehingga pagi! Ianya
     ialah ebook berkaitan teknik senaman untuk lelaki, teknik jaga pemakanan,
     teknik melayan pasangan anda dan pelbagai lagi. Jadi ianya sah disisi undang
     – undang. Yang salah ialah jika anda menjual servis Lelaki (Gigolo) kepada
     perempuan yang dahagakan seks!




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
42    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Jadi adakah anda faham sedikit sebanyak bagaimana menjual idea seksual
     kepada orang ramai? Masih kabur?


     Seperti di awal ebook ini tadi, saya ada menyatakan tentang 2 jenis produk.
     Fizikal dan digital, contoh produk fizikal untuk kategori seksual ialah seperti alat
     senaman memanjangkan zakar, krim membesarkan payudara dan
     sebagainya.


     Produk digital pula ialah seperti ebook panduan bagaimana untuk tahan lama
     ketika bersama isteri, ebook bagaimana untuk hamil dan lain – lain.


     3. Produk Kecantikan
     Produk ketiga pula ialah produk mengenai kecantikan. Mengapa kecantikan?
     Siapa yang mahu beli? Kecantikan biasanya berkaitan dengan wanita jadi
     sudah tentulah sasaran pembeli anda ialah kaum wanita.
     FAKTA; Hampir 70% pembeli di internet ialah wanita! Jadi ambil kesempatan
     kuasa membeli ini. Memang telah terbukti ramai kaum wanita yang membeli
     belah menggunakan internet. Ianya mudah dan tidak perlu membuang
     banyak masa.


     Jadi idea mengenai kecantikan sememangnya boleh dijual dan mampu
     menghasulkan pendapatan lumayan. Contoh produk kecantikan;




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
43    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     Apakah yang dikatakan produk kecantikan?


     Produk kecantikan ialah seperti ebook Bagaimana Menjadi Kurus Dalam 30 Hari
     Dengan Hanya Menggunakan Air Oren Sebagai Sarapan.


     Idea yang mudah dan ringkas biasanya mendapat perhatian berbanding idea
     yang panjang berjela. Idea untuk kuruskan badan & kekal cantik melalui
     sarapan pagi memang mudah & senang difahami. Jadi hanya tumpukan
     kepada idea – idea ringkas tetapi padat & yang paling penting, BERKESAN!


     Selain itu mungkin anda ada idea bagaimana menghilangkan jerawat dalam
     masa sehari, bagaimana menghilangkan bau badan dan sebagainya!




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
44    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Tahukah anda semua idea tersebut boleh dijual, dan yang pastinya memang
     ada pasaran.


     4. Produk Kesihatan
     Produk seterusnya yang boleh anda jual ialah produk mengenai kesihatan.
     Jangan bimbang, sememangnya terbukti produk mengenai kesihatan
     mendapat sambutan yang agak baik sekarang. Kerana hampir semua orang
     diseluruh dunia sedang sibuk untuk menjaga kesihatan.


     Jadi ambil peluang ini dengan segera. Idea mengenai kesihatan boleh ditulis
     begini; Rahsia Hilangkan Lelah Dengan Air Sejuk bercampur Ramuan Rahsia!


     Ambil sahaja contoh produk kesihatan yang mendapat sambutan yang baik
     seperti Susu Alpha Lipid dan Jus Manggis. Produk ini mendapat permintaan
     yang tinggi di pasaran, jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang menyertai
     Multi Level Marketing (MLM). Kerana produk mereka sememangnya bagus!


     Sebenarnya apa sahaja idea mengenai kesihatan mampu dijual, cuma anda
     perlu tahu sasaran untuk pasaran produk anda serta beberapa hal mengenai
     pemasaran.


     Chapter seterusnya akan menerangkan bagaimana anda boleh melakukan
     pemasaran berkesan yang mampu menghasilkan pendapatan 5 angka secara
     tetap setiap bulan!


     5. Produk Hobi / Minat
     Produk terakhir antara 5 produk HOT ialah produk mengenai hobi atau pun
     minat. Kini setiap hobi serta minat boleh dijadikan ebook serta mampu dijual
     dipasaran. Apa yang dikatakan dengan hobi atau minat?


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
45    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     Contoh produk hobi atau minat;




     Seperti yang anda tahu, hobi ialah perkara yang kita suka lakukan ketika masa
     lapang. Contohnya hobi mencantikkan kereta dengan pelbagai aksesori yang
     menarik. Hobi tersebut sahaja mengeluarkan modal yang tinggi, jadi apa
     salahnya anda kongsi sedikit hobi tersebut dengan orang ramai. Bagaimana?


     Mudah sahaja…
     Apakata anda tulis mengenai cara mendapatkan aksesori cantik dengan
     harga yang murah. Jadi didalam ebook itu nanti anda boleh letakkan
     “supplier” barang – barang aksesori yang pernah berurusniaga dengan anda.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
46    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Teknik mendapatkan harga murah dengan barang yang berkualiti dan
     pelbagai lagi. Terdapat pelbagai lagi idea yang boleh dijual, hanya tunggu
     anda membongkarkannya sahaja!
     Mungkin anda suka memancing, jadi buat satu panduan bagaimana
     memancing dengan betul, tidak perlu tunggu berjam – jam lamanya semata –
     mata untuk mendapatkan seekor ikan!


     Jadi bagaimana? Adakah anda sudah dapat sedikit pembayang idea – idea
     yang boleh anda gunakan dalam menjalankan perniagaan internet anda…


     Saya Memilih Produk Digital
     Jika anda tanya saya, mana satu pilihan saya? Saya dengan selesa menjawab
     saya akan menjual produk digital. Noktah!
     Kenapa produk digital?


     1. Mudah dihasilkan
     2. Kos permulaan hampir zero atau „0‟
     3. Mudah dihantar, tidak perlu kos penghantaran. Semuanya boleh dihantar
     melalui link download.
     4. Untung hampir 100%


     Jika anda hasilkan produk fizikal, anda perlu bayar banyak kos, contoh nasi
     lemak. Kos untuk membuat nasi lemak hampir 50% sehingga 80%. Kos beras,
     santan, timun, kacang dan sebagainya. Jika ebook, kos yang anda keluarkan
     hanya sekali sahaja. Menarik bukan?


     Cukup 4 sebab mengapa saya memilih untuk menjual produk digital dipasaran
     internet. Anda tidak perlukan banyak sebab untuk memulakan perniagaan.



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
47    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Terlalu banyak sebab akan membuatkan anda banyak berfikir, terlalu banyak
     berfikir boleh membantutkan kerja – kerja memulakan perniagaan internet
     anda. Jika lambat sangat, bila anda mahu kaya?


     Kenal Pasti Produk Anda!
     Perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan
     internet anda sendiri ialah kenal pasti produk anda.


     Ya, kenal pasti produk anda terlebih dahulu, anda mesti master produk anda
     sebelum anda boleh menjual kepada orang lain. Bimbang jika ada yang
     bertanya soalan yang pelik, anda mula garu kepala mahu menjawabnya!


     Lancar Produk Anda & Untung Dalam Masa 48 Jam
     Anda mahu melancarkan produk anda sendiri & yang paling penting mahu
     memperolehi keuntungan dalam masa 48 jam?


     Jawapannya, gunakan 5 jenis produk „hot‟ yang saya nyatakan diatas tadi
     untuk menjana pendapatan dalam masa 48 jam! Tidak PERCAYA?


     Tidak mengapa, kerana anda masih belum mencubanya, jika anda buat, anda
     pasti berterima kasih pada saya setelah memperolehi hasil serta keuntungan
     dalam masa 48 jam sahaja. Di chapter hadapan nanti ada dinyatakan teknik
     yang saya gunakan untuk menjana RM4,000 dalam masa 48 jam. Jadi teruskan
     pembacaan anda.


     7 Hari Yang Paling Menguntungkan!
     Adakah anda tahu dengan kuasa internet, anda mampu memperolehi
     keuntungan 200% dalam masa 7 hari sahaja.



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
48    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Tips Mudah: Anda perlu ada 3 perkara penting ini.


     1. Web jualan
     2. Iklan
     3. Autoresponder


     3 perkara utama ini sememangnya mampu menjana keuntungan berganda.
     Anda hanya perlu aplikasikan dalam perniagaan internet anda dan “BOOM”
     duit akan masuk bertubi – tubi ke akaun anda!


     1. Surat Jualan & Web Jualan
     Surat Jualan merupakan brosur atau risalah yang menerangkan kelebihan
     berkenaan produk tersebut. Contohnya jika anda menjual Magik Pen. Didalam
     risalah tersebut mestilah menerangkan secara teliti mengenai pen tersebut
     seperti kegunaannya, kelebihannya, cara menggunakan pen tersebut, harga,
     serta mengapa mereka perlu membeli pen tersebut. Begitu juga web jualan,
     semua ini adalah wajib untuk anda memulakan penjualan IDEA dan MAKLUMAT
     dari rumah.


     2. Iklan & Teknik Pemasaran
     Ini adalah bahagian paling penting dalam penjualan IDEA dan MAKLUMAT
     anda. Hampir 95% gagal memperolehi apa – apa keuntungan kerana
     mengabaikan bahagian pemasaran. Kenapa pemasaran begitu penting?


     (Saya ambil contoh pen di atas tadi) Pertama sekali anda perlulah
     memberitahu ramai orang bahawa anda mempunyai Magik Pen dan sedang
     mencari pelanggan yang berminat mendapatkan pen tersebut.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
49    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Kemudian melalui surat jualan tersebutlah para pelanggan akan meneliti
     adakah mereka betul – betul perlukan pen tersebut. Pemasaran bertujuan
     untuk menggembar – gemburkan sesuatu produk atau perkhidmatan.


     3. Autoresponder
     Autoresponder adalah bahagian ketiga yang anda perlu tahu dalam
     menjalankan perniagaan menjual idea dan maklumat dari rumah. Kerana
     hampir 80% kerja anda akan dipermudahkan disini. Saya akan bercerita lebih
     lanjut mengenai autoresponder ini kepada anda di muka surat hadapan nanti.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
50    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 4 – Laman Web Yang Tiada Tandingan!
     Bina Laman Web & Jual Produk Anda
     Ok, sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk mencari pasaran produk
     anda dan telah tahu serba sedikit jenis – jenis produk yang laris di pasaran.


     Apa yang menarik mengenai perniagaan internet ialah ianya beroperasi 24 jam
     tanpa henti. Ya, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.


     Menarik bukan? Tidak seperti kedai biasa diluar sana, buka jam 9 pagi tutup
     jam 10 malam. Perniagaan internet mempunyai kelebihan tersendiri. Semuanya
     automatik, dan paling bagus ialah anda boleh menjual produk anda ke
     pasaran luar negara walaupun anda hanya tinggal di Malaysia.


     Itulah yang uniknya mengenai perniagaan internet. Perniagaan internet satu
     perniagaan global!


     Jadi untuk membina laman web yang mampu menjual 24 jam untuk anda,
     anda wajib tahu beberapa perkara sebelum bermula.
        1. Domain
        2. Web Hosting


     Nama Domain
     Nama domain adalah umpama nama kedai anda. Contohnya
     www.RahsiaWangPantas.com. Nama domain adalah sama macam nama
     kedai perniagaan biasa di luar sana, cuma di dalam perniagaan internet ia
     dipanggil nama domain.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
51    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Contoh perniagaan di luar sana menggunakan nama kedai seperti Warung
     Shuib. Jadi jika ingin buka perniagaan di dalam internet,anda boleh daftarkan
     nama www.WarungShuib.com.


     Semua nama dimulakan dengan www atau World Wide Web. Anda boleh
     memilih samada menggunakan .com, .net, com.my atau sebagainya.


     Tetapi saya sarankan anda gunakan .com kerana ianya lebih mesra dengan
     enjin carian seperti Google dan Yahoo.


     Kos untuk nama domain adalah sangat murah. RM30 – RM38 bagi .com. untuk
     tempoh setahun. Daftar perniagaan pun RM70 setahun!


     Tips Memilih Nama Domain
        1. Pilih .com untuk nama domain anda. Seperti yang saya nyatakan
           sebelum ini, .com lebih mesra enjin carian seperti Google dan Yahoo.
           Selain itu ianya lebih global berbanding anda gunakan .com.my yang
           mana nama domain tersebut mengikut negara. Contohnya .com.my
           melambangkan Malaysia,.co.jp melambangkan Japan.


        2. Pilih nama yang tepat dan ringkas. Contohnya www.BabyShirt.com.
           Menjual baju – baju bayi atau kanak – kanak.


        3. Pilih yang mempunyai keyword yang sama dengan produk anda. Jika
           anda menjual ebook kuruskan badan, lihat semula keyword semasa
           anda buat kajian pasaran. Jika keyword kuruskan perut lebih tinggi
           daripada keyword lain. Saya sarankan anda gunakan keyword kuruskan
           perut daripada menggunakan keyword kuruskan badan.



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
52    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Web Hosting
     Selepas membeli nama domain untuk perniagaan internet anda. Langkah
     seterusnya ialah mendapatkan web hosting. Web hosting adalah perkhidmatan
     yang menawarkan ruang untuk laman web anda.


     Ia umpama tapak kedai, jadi anda perlu menyewa tapak kedai maya untuk
     laman web jualan anda. Tetapi jangan bimbang, kos web hosting adalah jauh
     lebih murah daripada apa yang anda bayangkan.


     Dengan permulaan sebanyak RM50 sahaja setahun, anda boleh mendapatkan
     perkhidmatan web hosting ini.


     Senarai Tempat Menjual Nama Domain & WebHosting




     www.ecommercemastery.com



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
53    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.exabytes.com


     Surat Jualan Laman Web Anda
     Langkah seterusnya ialah bagaimana menghasilkan surat jualan untuk laman
     web anda. Surat jualan adalah sangat penting dalam membuat jualan. Ia
     umpama jurujual kepada produk anda.


     Terdapat pelbagai kaedah dalam menulis surat jualan. Surat jualan akan
     berfungsi sebagai jurujual anda 24 jam sehari. Tanpa surat jualan yang bagus
     adalah amat mustahil sekali untuk anda menjual produk anda.


     Kelebihan surat jualan sangat banyak, kerana anda tidak perlu lagi
     memberitahu setiap pelanggan mengenai produk anda. Jika ada 10 orang
     pelanggan, saya yakin anda tidak akan mampu bercerita semua perkara
     mengenai produk anda kepada pelanggan.


     Jadi disinilah gunanya surat jualan!




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
54    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Surat Jualan Ajaib
     Saya harap anda beri lebih banyak perhatian pada teknik menulis surat jualan.
     Kerana surat jualan sangat, sangat, sangat penting dalam menghasilkan jualan.


     Menulis surat jualan antara perkara yang perlu anda pelajari jika anda serius
     dalam menjalankan perniagaan internet.


     Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan pakar IM antarabangsa sangat
     mementingkan teknik menulis surat jualan, kerana kesannya begitu tinggi. Surat
     jualan yang hebat, mampu memberikan anda pendapatan lumayan.


     Ok, sekarang kita akan pelajari bagaimana menulis surat jualan yang hebat.


        1. Headline & Sub Headline
           Headline dan subheadline adalah perkara paling penting sekali dalam
           penulisan surat jualan. Anda wajib menulis headline dan sub headline
           yang mampu menarik minat pelanggan anda.


           Biasanya headline dan sub headline akan memaparkan secara terus
           tentang produk yang anda jual. Saya biasa menulis surat jualan
           berdasarkan 2 perkara.


           2 perkara ini sangat mudah dan secara terus ditujukan kepada
           pelanggan anda. Bina headline dan sub headline berdasarkan;


           1. Masalah
           2. Penyelesaian




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
55   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Masalah
          Bagaimana menggunakan masalah sebagai headline dan sub headline
          surat jualan anda. Pertama sekali kenal pasti produk anda. Contohnya
          anda menjual produk penjagaan kulit.


          Jadi anda senaraikan dahulu masalah penyakit kulit yang melanda
          orang ramai. Kemudian anda jadikan headline dan sub headline surat
          jualan anda.


          Contohnya; Produk penjagaan kulit
          Headline: Kulit Anda Berjerawat? Malu Berjumpa Rakan – Rakan?


          Anda lihat masalah yang saya gunakan dalam headline, jadi masalah
          tersebut ditujukan secara terus kepada pelanggan yang mempunyai
          masalah jerawat. Selain itu saya juga turut menggunakan masalah malu
          dalam headline tersebut.


          Jadi menggunakan masalah dalam headline adalah teknik yang tepat
          dalam penulisan surat jualan.


          Penyelesaian
          Seterusnya ialah menggunakan penyelesaian kepada masalah yang
          anda nyatakan tadi. Gabungan masalah dan penyelesaian adalah cara
          terbaik dalam penulisan surat jualan.


          Kita ambil masalah di atas tadi. Masalah jerawat. Kini anda beri mereka
          jalan penyelesaiannya. Contohnya;


          Kini Dengan Krim Ajaib, Jerawat Anda Pasti Hilang Dalam 7 Hari!


                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
56   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Sekarang kita lihat gabungan 2 cara ini, masalah dan jalan
          penyelesaiannya.


                      Kulit Anda Berjerawat? Malu Berjumpa Rakan – Rakan?
                Kini Dengan Krim Ajaib, Jerawat Anda Pasti Hilang Dalam 7 Hari!


          Inilah contoh yang akan anda perolehi apabila menggunakan masalah
          dan penyelesaian dalam headline dan sub headline anda.


       2. Huraian Masalah
          Langkah kedua dalam penulisan surat jualan ialah huraian masalah.
          Biasanya saya menyatakan setiap masalah yang berlaku dalam bentuk
          bullet point.


          Tadi saya menyatakan tentang headline yang menceritakan tentang
          masalah dan penyelesaiannya. Kini langkah kedua ialah menghuraikan
          lebih banyak masalah secara bersistematik.


          Apakah masalah mengenai penjagaan kulit?
          Masalah dari segi emosi ialah seperti malu, tidak suka bercampur dengan
          orang lain, rasa rendah diri dan sebagainya.


          Masalah dari segi fizikal pula ialah seperti kulit berjerawat, kulit hitam, kulit
          bertompok – tompok dan tidak sekata,kulit mengelupas dan sebagainya.
          Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat sedikit huraian terhadap
          masalah ini, kemudian letakkan dalam bentuk bullet point.


          Ya itu sahaja yang perlu anda lakukan!



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
57   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


       3. Pengenalan / Bina Kredibiliti
          Langkah seterusnya ialah memperkenalkan diri anda. Siapa anda
          sebenarnya, mungkin anda juga berpengalaman dalam menghadapi
          situasi seperti yang dinyatakan dalam masalah tadi


          Terangkan satu persatu kenapa anda ingin berkongsi rahsia produk anda
          dengan orang lain dan sebagainya.


          Bina kredibiliti anda supaya bakal pelanggan tidak akan ragu – ragu
          dengan produk anda.


          Selain itu anda boleh beritahu kenapa anda layak untuk berkongsi
          mengenai produk tersebut.


       4. Perkenalkan Produk
          Sekarang tibalah masanya untuk anda memperkenalkan produk anda
          kepada bakal pelanggan. Beritahu dengan jelas tentang produk
          tersebut.


          Beritahu mengenai kelebihannya, isi kandungannya serta keberkesanan
          produk anda. Beritahu sebab, mengapa mereka perlu dapatkan produk
          anda.


          Nyatakan dengan tepat mengapa produk anda begitu unik dan wajib
          dimiliki oleh mereka. Pelanggan membeli dengan sebab, jadi pastikan
          anda menyatakan perkara – perkara penting mengenai produk anda.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
58   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Jika anda menjual sesuatu produk yang biasa kelihatan di pasaran biasa,
          anda perlu menyatakan dengan jelas kenapa bakal pelanggan perlu
          membeli daripada anda.


          Adakah disebabkan tawaran harga anda atau adakah kerana
          keberkesanannya yang luar biasa dan sebagainya.


          Sekali lagi saya ingatkan, pastikan anda nyatakan dengan jelas
          mengenai produk anda.


       5. Testimoni
          Seterusnya pula ialah meletakkan testimoni mengenai produk anda.
          Pastikan anda mempunyai testimoni yang bagus untuk diletakkan pada
          surat jualan anda.


          Jika boleh, pastikan testimoni itu datangnya daripada bekas pelanggan
          anda yang telah berjaya mendapat kelebihan daripada produk anda.


          Meletakkan testimoni pada surat jualan besar faedahnya…
          Ianya akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan
          kepada produk anda. Lebih banyak testimoni lebih bagus!


          Testimoni biasanya dalam bentuk teks ataupun video. Adalah
          dinasihatkan anda meletakkan gambar pemberi testimoni bersama
          dengan teks tersebut.


          Selain itu testimoni dalam bentuk video sangat digalakkan. Kesannya
          lebih hebat berbanding testimoni teks.



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
59   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


       6. Tawaran
          Tawaran antara bahagian paling penting. Selepas menyatakan semua
          perkara mengenai produk anda, inilah masanya anda membuat closing
          atau penutup pada surat jualan anda.


          Berikan tawaran kepada bakal pelanggan anda. Tanpa tawaran, tiada
          siapa yang mahu beli!


          Terdapat beberapa bentuk tawaran yang boleh anda lakukan.
          Kebiasaannya inilah masa untuk anda nyatakan dengan jelas tentang
          harga produk anda dan buat sedikit kesimpulan ringkas mengenai
          kelebihan yang pasti bakal pelanggan anda perolehi apabila membeli
          produk anda.


          Selain itu anda juga boleh menyatakan kepada bakal pelanggan anda
          tentang kesan buruk yang bakal terjadi kepada bakal pelanggan anda
          jika tidak mendapatkan produk anda secepat mungkin.


          Seperti saya nyatakan di atas tadi, berikan bakal pelanggan anda
          sebab, untuk mereka membeli produk anda.


       7. Bonus Tambahan
          Langkah terbaik selepas memberikan tawaran kepada bakal pelanggan
          anda ialah dengan menambah beberapa bonus kepada mereka.
          Semua orang sukakan bonus.


          Jadi ambil kesempatan ini, dan berikan mereka bonus tambahan
          bersama dengan produk anda!



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
60   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Untuk nampak lebih menarik, anda perlu nyatakan dengan jelas tentang
          nilai yang bakal pelanggan anda perolehi. Letakkan harga pada bonus
          tambahan yang anda beri, jika boleh berikan bonus – bonus yang betul –
          betul mempunyai nilai yang tinggi.


          Sekiranya bonus anda menarik, ia dapat meningkatkan kadar jualan,
          ramai di luar sana membeli sesuatu produk berdasarkan bonus yang
          diberi, jadi jangan sia – siakan teknik ini.


       8. Jaminan
          Berikan jaminan kepada bakal pelanggan. Jaminan biasanya dari segi
          kualiti dan harga. Salah satu jaminan yang biasa digunakan oleh
          usahawan internet ialah jaminan wang dikembalikan jika tidak berpuas
          hati dengan produk anda.


          Jaminan seperti ini sangat penting bagi meningkatkan kepercayaan
          bakal pelanggan kepada anda dan juga produk anda.


          Jaminan tempoh masa yang biasa diberikan kepada pelanggan adalah
          30 hari, 60 hari, 90 hari ada juga 365 hari!


          Jadi terpulang kepada daya kreatif anda dalam memberikan jaminan
          kepada pelanggan anda.


       9. Tempahan
          Inilah masa yang ditunggu – tunggu, iaitu tempahan. Minta bakal
          pelanggan anda membuat tempahan secepat mungkin. Anda boleh
          buat sedikit rumusan di sini.



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
61   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Contohnya, anda boleh letakkan harga asal produk dengan harga baru
          yang ditawarkan. Selain itu anda boleh nyatakan mengenai bonus yang
          bakal mereka perolehi


          Nyatakan dengan jelas kaedah pembayaran yang boleh digunakan
          untuk membeli produk anda. Anda juga boleh mengingatkan bakal
          pelanggan anda tentang jaminan yang anda berikan.


          Selain itu anda juga digalakkan meletakkan kelebihan dan keberkesanan
          produk anda pada ruang tempahan.


          Anda boleh letakkan „order button‟ jadi lebih mudah untuk mereka
          melihat langkah – langkah membuat tempahan.


       10. Post Scripts (P.S)
          Akhir sekali jangan lupa meletakkan P.S. pada surat jualan anda.
          Biasanya isi kandungan P.S. ialah rumusan kepada semua tawaran yang
          ada dalam surat jualan anda.


          Contohnya seperti diskaun yang anda beri, bonus tambahan berserta
          produk anda, kelebihan produk dan jaminan yang anda berikan.


          Post Scripts sangat penting sebenarnya, kerana mengikut kajian, hampir
          70% pembeli, melihat headline surat jualan anda, kemudian terus pergi ke
          bahagian akhir surat jualan anda.


          Di sini mereka akan melihat jika anda memberikan tawaran istimewa, jadi
          gunakan Post Scripts dengan bijak.



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
62    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Outsource Kerja Anda
     Tahukah anda rahsia sebenar usahawan internet dalam menjimatkan masa
     mereka ialah dengan mengagihkan kerja – kerja mereka. Ya saya juga berbuat
     demikian.


     Laman web saya dibina oleh programmer lain.
     Design atau rekaan ebook serta minisite produk saya – saya upah designer
     Upload semua laman web – upah programmer
     Upload produk serta bonus – juga programmer yang lakukan


     Tetapi jangan bimbang, semua kos tersebut sungguh murah, tidak sampai
     RM500. Hampir 70% kerja anda telah disiapkan. Jadi teknik outsource ini
     memang berbaloi.


     Kenapa saya katakan demikian? Anda menjual produk mungkin untuk setahun
     hingga 2 tahun. Kos yang anda keluarkan tadi akan anda perolehi pada bulan
     pertama pelancaran produk anda.


     Jadi jangan kedekut. Money makes money!




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
63    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 5 – Rahsia Pengiklanan & Pemasaran
     Bagaimana Membawa Trafik ke Laman Web Anda
     Pengiklanan dan pemasaran adalah perkara penting dalam membina
     perniagaan internet. Tanpa pengiklanan yang betul, pemasaran yang tepat
     akan menyebabkan perniagaan anda berkubur.


     Jika anda berbakat dalam penghasilan produk, pandai menghasilkan laman
     web jualan produk anda, tetapi anda gagal di bahagian pengiklanan dan
     pemasaran, perniagaan internet anda pasti gagal.


     Anda perlu belajar bagaimana untuk menjual!


     Apa jua perniagaan sekalipun, teknik atau strategi dalam menghasilkan jualan
     adalah sangat penting. Pengiklanan dan pemasaran umpama nadi kepada
     perniagaan internet anda.


     Tanpa nadi, saya jamin, anda tidak akan bertahan lama dalam perniagaan
     internet. Jadi bagaimana melakukan pengiklanan dan pemasaran yang
     berkesan?


     Pertama sekali saya nyatakan apakah maksud sebenar pengiklanan.
     Pengiklanan adalah salah satu teknik atau kaedah untuk memberitahu orang
     ramai mengenai kewujudan produk anda.


     Objektif pengiklanan adalah untuk menggembar – gemburkan produk.
     Maksudnya untuk menarik perhatian bakal pembeli.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
64    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Pemasaran pula ialah salah satu strategi dalam mengatur kempen pengiklanan
     anda. Pemasaran adalah kepala kepada pengiklanan. Saya tidak akan
     bercerita lanjut mengenai maksudnya sahaja.


     Bimbang anda pening kepala mendengarnya. Jadi saya akan terus kepada
     teknik melakukan pengiklanan dan pemasaran yang berkesan. Berkesan
     maksudnya, produk anda mampu dijual di pasaran.


     Kekuatan pengiklanan dan pemasaran adalah tonggak kejayaan sesebuah
     produk. Jadi saya nasihatkan anda belajar mengenai pengiklanan dan
     pemasaran supaya mudah untuk anda menjual apa sahaja jenis produk
     kepada sasaran pasaran anda.


     Trafik ke Laman Web
     Pertama sekali anda patut tahu mengenai trafik, trafik adalah jumlah lawatan
     bakal pelanggan ke kedai anda. Maksudnya orang yang masuk ke laman web
     anda, dan melihat tawaran anda.


     Trafik penting, kerana tanpanya, tiada jualan akan terhasil.


     Lebih tinggi trafik, lebih tinggi hasil jualan produk anda. Jadi membawa trafik
     yang tinggi ke laman web anda adalah perkara nombor satu!


     Kedua, bagaimana untuk menukar trafik kepada pembeli.
     Jadi saya akan mulakan dengan membawa trafik ke laman web anda dulu.


     3 Cara Membawa Trafik ke Laman Web Anda
        1. Pay Per Click (PPC) daripada Adwords



                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
65   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Paling mudah untuk membawa trafik ke laman web anda ialah dengan
          menggunakan kaedah pay per click (adwords).


          Pay per click adalah alatan penting bagi usahawan internet dalam
          memperkenalkan produk mereka ke pasaran. Pay per click ialah jenis
          iklan berbayar berdasarkan jumlah klik.




          Yang bulat berwarna merah itu adalah PPC atau pay per click. PPC
          adalah salah satu produk pengiklanan daripada Google. Ia dinamakan
          Adwords.


          Untuk membuka akaun adwords, anda hanya perlu ada akaun gmail
          sahaja. Jadi daftar akaun gmail anda dan anda akan menerima features
          adwords di dalamnya.


          Apa yang menarik mengenai PPC ialah kerana Google itu sendiri salah
          satu syarikat yang terbesar dalam menyediakan pengiklanan berbentuk
          bayar berdasarkan klik.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
66   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Ramai pengguna internet menggunakan enjin carian Google dalam
          mencari segala maklumat yang mereka mahu. Jadi Google mengambil
          peluang ini, dan menyediakan satu platform untuk anda mengiklankan
          produk anda dengan kos yang murah tetapi begitu efektif.


          Kos PPC berdasarkan jumlah yang anda letak sendiri, jadi anda adalah
          penentu bajet!


          Anda berhak menentukan berapa kos yang anda mahu keluarkan atau
          gunakan di dalam PPC.


          Bagaimana Mengiklankan Produk Anda Menggunakan Adwords.
          Langkah 1
          -Sila klik http://adwords.google.com
          -Klik Start Now




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
67   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




          -Pilih Standard Edition
          -Masukan email/password utk gmail
          -Pilih bayaran (currency) Malaysian Ringgit
          -Klik 'Sign in to your AdWords account'


          Langkah 2
          -Klik 'Create your first campaign'
          -Target customers by language - pilih English
          -Target customers by location - pilih Malaysia
          -Tuliskan iklan anda:


          Langkah 3
          -Masukkan keywords produk anda
          -Pastikan anda letakkan keywords yang bersesuaian dengan produk
          anda


          Langkah 4
          -Masukkan daily budget
          -Anda yang tentukan sendiri bajet anda.
          -Masukan Maximum CPC bid: RM0.20 ~ RM0.50 sen. Ini bermakna setiap
          orang yang klik iklan anda, 20 ~ 50 sen akan dicaj ke akaun kad kredit
          anda.(Anda boleh mengubah CPC jika mahukan lebih banyak dedahan)


          - Verify dengan klik link di email anda.
          - Masukan payment - kad kredit paling mudah.
          (Jika tiada kad kredit anda boleh gunakan Bank Transfer - iaitu anda
          deposit min RM40 (RM20 topup & RM20 pendaftaran) ke akaun google di



                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
68   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          RHB Bank. Anda perlu masukan no akaun RHB google dan no reference).
          * Akaun anda active bila payment disahkan!


          Kos pengiklanan PPC adalah sangat murah, tetapi awas, jika tersalah
          guna ia akan menjadi virus kepada perniagaan anda.


          Anda mesti pantau kos dengan keuntungan jualan produk anda. Jika kos
          pengiklanan anda RM50 sehari, anda perlu untung RM100 sehari. Itu
          adalah cara terbaik dan selamat!


       2. Pengiklanan Banner
          Cara kedua yang sering saya guna pakai ialah pengiklanan produk
          melalui banner. Jadi anda wajib mempunyai banner produk anda.
          Kemudian cari forum, blog atau apa sahaja laman web yang
          menawarkan pengiklanan banner.




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
69   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Antara laman web yang menawarkan pengiklanan jenis banner;
          Harian Metro - http://www.hmetro.com.my/
          Berita Harian - http://www.bharian.com.my/
          Utusan Online - http://www.utusan.com.my/
          Harakah - http://www.harakahdaily.net/
          Malaysia Kini - http://www.malaysiakini.com/
          Lelong - http://www.lelong.com.my/


          Untuk mengetahui kos iklan, anda perlu ke laman web tersebut. Tetapi
          percayalah, pengiklanan banner memang memberi kesan yang baik
          terhadap perniagaan internet anda.


       3. Affiliate
          Cara terakhir yang biasa saya gunakan adalah melantik agen atau
          affiliate bagi mempromosikan produk anda. Di luar sana terdapat ramai
          affiliate yang mencari produk yang sesuai untuk mereka promosikan dan
          menerima komisen yang lumayan.


          Yang menariknya, anda tidak perlu membayar kos promosi yang mereka
          lakukan, anda cuma bayar komisen jika ada affiliate anda yang
          membuat jualan. Menarik bukan?


          Komisen affiliate bergantung pada anda, tetapi saya sarankan anda
          memberi komisen 35% hingga 75% keuntungan. Kerana kos anda
          percuma. Jadi tidak ada masalah besar untuk bayar komisen affiliate
          anda.


          Kebiasaan komisen yang saya tawarkan ialah 50% daripada harga
          produk. Jika produk saya berharga RM100, komisen affiliate ialah RM50.


                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
70   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


          Rahsia membina keuntungan melalui affiliate adalah sangat mudah,
          lantik seberapa ramai affiliate untuk mempromosikan produk anda! Lebih
          ramai lebih untung.


          Andainya anda mempunyai 10 affiliate yang aktif, anda mampu
          menghasilkan 2 atau 3 jualan sehari. Jika satu produk anda untung RM50,
          3 produk dah RM150. Lumayan bukan. Yang penting anda tidak
          mengeluarkan modal untuk mempromosikan produk anda.


          Sebab itulah ramai usahawan internet melantik affiliate sebagai agen
          promosi. Dan mereka menawarkan komisen lumayan kepada affiliate.
          Jadi berlaku win – win situation!




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
71    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 6 – Cara Mudah Buat Duit
     Baiklah sekarang anda sudah tahu bagaimana menghasilkan produk,
     membina surat jualan dan bagaimana membuat promosi untuk mendapatkan
     jualan dan sebagainya.


     Kini ramai bakal pelanggan yang melihat produk anda. Daripada 100 orang
     yang melihat, hanya seorang sahaja yang membelinya, jadi conversion rate
     anda ialah 1%.


     Bagaimana untuk meningkatkan conversion rate tersebut?
     Jawapannya ialah dengan membina senarai nama dan emel bakal
     pelanggan anda!


     Kenapa?
     Supaya mudah untuk anda melakukan follow up kepada bakal pelanggan
     yang masih belum membeli produk anda.


     Jadi bagaimana mahu membina senarai nama dan emel?
     Jawapannya ialah menggunakan Autoresponder.


     Autoresponder umpama mesin pencetak wang untuk anda. Ianya berkerja 24
     jam untuk anda dan mampu menyiapkan hampir 80% kerja – kerja promosi!


     Melalui autoresponder, anda boleh melakukan follow up secara bersistematik
     dan berkesan. Jadi conversion rate anda akan dapat di tingkatkan.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
72    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Jika 100 orang melawat laman web anda, seorang sahaja yang membeli, so 99
     lagi akan meninggalkan laman web anda begitu sahaja. Inilah masanya untuk
     menggunakan autoresponder.


     Dari 100 orang yang melawat tadi, 20% - 55% biasanya akan memberikan nama
     serta emel mereka untuk kita follow up. Mereka mungkin tidak membeli pada
     hari tersebut, tetapi tidak mustahil di lain masa, mereka akan membelinya.


     Jadi secara tidak langsung, jumlah jualan anda, daripada 1 akan bertukar jadi
     2, 3, 4 atau 10!


     Inilah kekuatan yang ada pada autoresponder!


     Autoresponder
     Buat masa ini terdapat 2 jenis autoresponder yang selalu digunakan oleh
     usahawan internet. Anda perlu tahu, sistem autoresponder adalah sistem yang
     perlu disewa setiap bulan.


     Maknanya, anda perlu bayar setiap bulan untuk menggunakan khidmat
     autoresponder. Tetapi jangan risau, kadar bayaran yang dikenakan agak
     setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi.


     Berikut saya senaraikan 2 jenis autoresponder tersebut.
        1. Aweber – www.Aweber.com
        2. Getresponse – www.Getresponse.com




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
73   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.Aweber.com




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
74   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




     www.Getresponse.com




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
75    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Kelebihan
        1. Aweber – Lebih murah berbanding Getresponse




           Pricing Plan Aweber
           Subscribers Monthly Price
           501 - 2,500 – Hanya USD10 sebulan
           2,501 - 5,000 – Hanya USD30 sebulan
           5,001 - 10,000 – Hanya USD50 sebulan
           10,001 - 25,000 – Hanya USD130 sebulan




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
76   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


       2. Getresponse – Lebih menarik dari segi features, selain itu saya sendiri
          menggunakan Getresponse 




          Pricing Plan Getresponse
          Subscribers Monthly Price
          501 - 2,500 – Hanya USD28 sebulan
          2,501 - 5,000 – Hanya USD45 sebulan
          5,001 - 10,000 – Hanya USD65 sebulan
          10,001 - 25,000 – Hanya USD145 sebulan




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
77    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Model Terbaik
     Sebenarnya kedua – dua jenis autoresponder tersebut adalah bagus. Tetapi
     saya sarankan anda menggunakan Getresponse, kerana saya sendiri
     menggunakannya. Walaupun agak mahal, tetapi sangat berbaloi.


     Selain itu, mungkin lebih mudah untuk saya ajar anda menggunakannnya.
     Kalau anda guna Aweber, terpaksalah anda belajar sendiri.


     Bagaimana Mendapatkan Senarai Nama & Emel Pelanggan
     Rahsia sebenar dalam membina senarai nama dan emel ialah dengan
     menggunakan opt-in. contoh borang opt-in.




     Bakal pelanggan akan memasukkan nama serta emel mereka pada kotak
     kosong tersebut. Autoresponder akan „capture‟ secara automatik nama dan
     emel mereka.


     Inilah caranya membina senarai nama dan emel. Senarai ini sangat berharga,
     kerana melalui senarai inilah anda membuat keuntungan demi keuntungan.


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
78    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk membina senarai nama. Jadi
     saya akan teruskan dengan langkah seterusnya ialah melakukan follow up
     untuk mendapatkan jualan dan membina kredibiliti anda.


     Teknik Follow Up
     Follow up adalah perkara penting untuk anda menggandakan keuntungan,
     tanpa follow up, anda seumpama meninggalkan duit di atas meja. Maknanya
     anda tinggalkan keuntungan anda begitu sahaja.


     Follow up biasanya dilakukan tanpa henti. Anda boleh menghantar follow up
     sekali sehari atau 3 hari sekali ataupun 7 hari sekali.


     Semuanya bergantung pada produk anda. Jika anda seorang yang aggresif
     dalam jualan, satu emel follow up sehari adalah cara terbaik.


     Saya nasihatkan anda membuat follow up tanpa henti, kerana saya yakin
     melalui follow up, kadar peratus jualan produk anda pasti dapat ditingkatkan.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
79    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Chapter 7 – Memulakan Perniagaan Internet Anda
     Langkah demi langkah
     Kini tibalah masanya untuk anda memulakan perniagaan internet anda sendiri.
     Dengan panduan langkah demi langkah yang akan saya tunjukkan di sini,
     sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memulakan langkah pertama
     anda dalam perniagaan internet yang sebenar.


     Langkah 1
     Buat sedikit kajian mengenai produk yang ingin anda jual. Buat kajian pasaran,
     dan buat kajian pesaing yang ada. Sebaiknya, anda mulakan dengan produk
     digital kerana ianya ringkas, cepat dan mudah untuk dihasilkan.


     Pilih 1 di antara 5 kategori produk paling laris di pasaran tempatan sekarang.


     Langkah 2
     Cipta produk anda, buat brainstorming mengenai produk anda. Anda boleh
     memilih samada membuat produk anda sendiri, atau dapatkan produk
     tersebut daripada orang lain.


     Selain itu, anda boleh pilih samada produk digital anda berbentuk ebook,
     audio atau video. Pastikan anda menghasilkan produk percuma untuk
     diberikan pada subscriber anda.


     Pastikan produk percuma tersebut ada kaitan dengan produk yang ingin anda
     jual. Memberi produk percuma bertujuan untuk membina senarai nama dan
     email bakal pelanggan anda. Ini penting untuk tujuan follow up nanti.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
80    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Langkah 3
     Bina laman web anda. Buat surat jualan mengenai produk anda. Gunakan
     teknik outsource dalam pembikinan laman web jualan produk anda. Teknik
     outsource lebih mudah berbanding anda sendiri yang cuba menghasilkannya.


     Jangan kedekut wang, pelaburan anda untuk outsource kerja membina laman
     web adalah cara terbaik untuk menjimatkan masa dalam menghasilkan produk
     anda. Saya sendiri sehingga kini tidak pernah membina laman web produk
     saya. Semuanya saya outsource.


     Anda boleh outsource grafik produk anda jika anda menjual produk digital.
     Anda boleh outsource programmer untuk bina laman web anda, upload
     semua file dan segala berkaitan dengan pembikinan laman web.


     Jangan pening kepala buat sendiri, kerana 95% gagal membina perniagaan
     internet kerana tersalah fokus. Anda sepatutnya fokus pada promosi laman
     web anda!


     Langkah 4
     Sekarang masanya untuk anda beli domain dan hosting untuk laman web
     anda. Kemudian minta programmer upload semua laman web anda ke dalam
     hosting.


     Langkah 5
     Jika boleh sewa autoresponder. Ini buktinya anda serius dalam perniagaan
     internet. Autoresponder adalah untuk membina senarai nama dan emel,jadi
     tersangatlah penting untuk anda berjaya dalam perniagaan internet.




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
81    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!


     Langkah 6
     Buat affiliate untuk produk anda, jemput rakan affiliate untuk membantu anda
     dalam mempromosikan produk anda.


     Langkah 7
     Lancarkan produk anda dan buat iklan. Pelbagaikan iklan untuk membawa
     trafik yang tinggi ke laman web anda.


     Langkah 8
     Buat pemeriksaan semula, lihat mana yang kurang dalam pelancaran produk
     anda. Kadang kala ketika ini akan terdapat sedikit masalah seperti bakal
     pelanggan tidak dapat masuk ke laman web anda. Affiliate sistem mengalami
     masalah dan sebagainya.


     Jadi langkah terbaik ialah sentiasa membuat pemeriksaan dan
     penyelenggaraan.


     Langkah 9
     Ulang semua langkah untuk mencipta lebih banyak produk. Buat matlamat
     dalam perniagaan internet anda. Jika setahun anda boleh menghasilkan 4
     atau 5 produk yang mampu memberikan keuntungan RM1000 untuk 1 produk,
     jadi sebulan anda sudah mempunyai RM5,000.


     Bukankah ianya sangat lumayan. Yang penting, menghasilkan produk digital
     sangat mudah. Anda hanya hasilkan sekali, tetapi mampu menghasilkan
     pendapatan selama – lamanya.


     Bukankah itu dinamakan pendapatan pasif? Buat kerja sekali tetapi
     memperolehi pendapatan berkali – kali.


                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
82    Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!



     Kesimpulan
     Jangan Bertangguh, Jangan Beri Alasan
     Kini anda sudah tahu secara asas bagaimana membina perniagaan internet.
     Apa yang anda perlu lakukan ialah mulakan langkah pertama anda. Tanpa
     langkah pertama, tidak akan ada langkah kedua.


     Membina perniagaan internet umpama membina rumah, asas perlu kuat,
     usaha perlu konsisten, tidak boleh berputus asa dengan mudah.


     Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!




     Demi Kejayaan Perniagaan Anda,




                   Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010
83   Buat Duit Online – Rahsia Buat Duit RM3,000 hingga RM60,000 Setiap Bulan!




                                                TAMAT




                  Buat Duit Online | Hak Cipta Terpelihara © Colorbox Solution | Januari 2010

								
To top