Docstoc

Model Internet Clickbank Paypal

Document Sample
Model Internet Clickbank Paypal Powered By Docstoc
					Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




       Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                           Muka surat 1
               Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




                           Tahniah dan Terima Kasih
                     kerana memuat-turun laporan padat ini!

                        Laporan ini bernilai RM17 dan anda boleh
                        menjualnya pada harga tersebut atau lebih
                                       daripadanya.

                       Secara langsung anda juga mendapat kebenaran
                        penulis untuk menjual, memberi percuma atau
                       memasukkan laporan ini ke dalam pakej jualan
                       barangan anda sama ada di Internet atau pun di
                     dalam bentuk penyiaran yang lain, seperti di dalam
                           cakera padat ataupun di dalam majalah.
                      Satu-satunya syarat yang anda perlu patuhi ialah
                               segala isi kandungan laporan ini
                      (termasuk rujukan ke laman web yang disiarkan)
                                  tidak diubah sama sekali.

                       Anda juga berpeluang untuk manjana pendapatan
                      sampingan daripada laporan ini. Untuk keterangan
                           lanjut, sila klik pautan (link) di bawah.

                      Klik Di Sini Untuk Keterangan Lanjut!




Buku elektronik ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan para pembaca.
Panduan dan nasihat yang terkandung dalam buku ini bartujuan baik dan bersifat umum. Anda
berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang
bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penyebar maklumat ini tidak memberi apa-apa
jaminan terhadap isi kandungan laporan ini dan tidak boleh dipertanggungjawapkan dengan apa-apa
liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang terhasil daripada keputusan yang anda buat.
Penulis juga ingin menegaskan bahawa hak-milik program yang dirujuk di dalam laporan ini seperti
ClickBank, PayPal, PayDotCom, 2Checkout, WorldPay, 1ShoppingCart dan lain-lain adalah dipunyai oleh
pengendali program tersebut. Pihak yang dirujuk tidak pernah menaja atau mengesahkan maklumat yang
terkandung di dalam laporan ini.


                      Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                          Muka surat 2
                    Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




Kandungan

Perniagaan Internet, ClickBank™ dan PayPal™ .............................................................. 4

Model Perniagaan Di Internet............................................................................................. 4

   Model #1 – Menjual produk digital seperti buku elektronik, perisian (software), muat-
   turun audio dan sebagainya............................................................................................. 5

   Model #2 – Menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripada setiap jualan. 5

   Model #3 – Mendapat bayaran dari iklan yang dipaparkan di laman web. .................... 6

   Model #4 – Menjalankan perniagaan Internet MLM...................................................... 6

   Model #5 – Pendapatan dari servis yang anda sediakan................................................. 7

Mengapa ClickBank™ dan PayPal™? .............................................................................. 9

   ClickBank™ ................................................................................................................... 9

   PayPal™ ......................................................................................................................... 9

   Program Rakan Pemasaran (Affiliate Program) ........................................................... 10

Masalah dan Penyelesaian ................................................................................................ 12

Pilihan Alternatif Kepada ClickBank™ atau PayPal™................................................... 12

Kesimpulan ....................................................................................................................... 13

Rujukan ............................................................................................................................. 14




                              Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                                  Muka surat 3
             Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?



                        Perniagaan Internet,
                     ClickBank™ dan PayPal™.
                   Sudahkah Anda Menceburinya?


Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, anda pasti tidak akan terlepas dengan
perkataan ClickBank™ (www.ClickBank.com) dan PayPal™ (www.PayPal.com).

Di sini, saya akan menerangkan mengapa ClickBank dan PayPal begitu banyak diberi
perhatian di dalam laporan ini nanti.

Sebelum itu, mari kita analisa bentuk-bentuk perniagaan di Internet yang diusahakan oleh
kebanyakan individu di seluruh dunia, termasuklah daripada kalangan usahawan-
usahawan Malaysia sendiri.



Model Perniagaan Di Internet

Jangan terkejut sekiranya saya katakan ada di kalangan rakyat
Malaysia yang sudah menjadi jutawan hasil daripada perniagaan
di Internet ini. Sebagai contohnya, Sen Ze dari Kuala Lumpur,
Patric Chan dari Pulau Pinang dan Irfan Khairi dari Selangor.

Sen Ze – www.LowCost-HighProfit.com

Patric Chan – www.YouChanDoIt.com

Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com

Terdapat pelbagai jenis perniagaan di Internet yang mampu anda ceburi. Ada yang
mudah dan ada yang memerlukan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat (IT)
atau komputer.

Ada juga yang memerlukan banyak masa dan usaha untuk menghasilkan hanya satu
jualan dan ada juga yang apabila diaplikasikan beberapa strategi pemasaran yang
berkesan, terus menghasilkan jualan hari demi hari tanpa perlu menguruskan perniagaan
tersebut dengan lebih terperinci lagi.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat model perniagaan Internet yang saya maksudkan.

Berikut adalah 5 jenis perniagaan yang banyak dipraktiskan oleh usahawan-usahawan
Internet di serata dunia.


                    Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                        Muka surat 4
             Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?


1. Menjual produk digital seperti buku elektronik, perisian (software), muat-turun
audio dan sebagainya.

Empat perkara asas yang diperlukan ialah:

   1. sebuah laman web utama yang menjual produk digital tersebut.

   2. kemudahan pembayaran kad kredit atau cek.

   3. sebuah lagi laman web yang menunjukkan atau memberi arahan bagaimana
      memuat-turun (download) produk digital tersebut.

   4. dan produk digital yang diletak di pelayan web (webserver).

Kelebihan model perniagaan Internet seperti ini ialah ianya ringkas dan proses jual-
belinya boleh berlaku secara kendali-sendiri (autopilot).

Contoh laman web yang beroperasi sebegini ialah:

www.EasyClickMate.com

www.AdsenseSEOQuickGuide.com

Jika anda melalui proses pembelian produk di atas, anda cuma perlu klik dan memesan
barangan tersebut di laman web utama sebelum anda dibawa ke laman web pengendali
bayaran kad kredit. Selepas membuat bayaran, anda akan dibawa ke satu lagi laman web
di mana anda akan diberikan arahan dan cara-cara memuat-turun produk yang anda beli.

Perhatikan dengan teliti. Urusan jual-beli ini tidak perlu melibatkan penjualnya berada di
hadapan komputernya secara langsung.

Begitulah hebatnya model perniagaan Internet ini.


2. Menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripada setiap jualan.

                        Model perniagaan ini berkonsepkan komisen dari setiap jualan
                        yang anda hasilkan. Anda cuma perlu menyertai program rakan
                        pemasaran (affiliate program), dan mempromosikan produk
                        tersebut kepada bakal-bakal pembeli.

                        Saya akan bincangkan model ini dengan lebih lanjut di akhir
                        laporan ini.




                    Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                        Muka surat 5
            Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?



3. Mendapat bayaran dari iklan yang dipaparkan di laman web.

Tahukah anda sekiranya anda mempunyai laman web yang ramai pengunjung, anda
berpeluang menjual ruangan di laman web anda atau memaparkan iklan dari Google
Adsense, Yahoo! Ads dan pengiklan lain.

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai laman forum mengenai masalah menguruskan
badan, dan ianya selalu dilawati oleh pengunjung-pengunjung setia anda. Sekiranya ada
usahawan-usahawan yang menjual produk untuk melansingkan badan, mereka mungkin
akan tertarik untuk mengiklankan produk anda di laman web anda. Ini disebabkan
pengunjung-pengunjung setia laman web anda merupakan pasaran yang bagus untuk
mengiklankan produk melansingkan badan.

Sekiranya berminat, anda juga boleh mendaftar sebagai pemapar iklan Google Adsense di
laman web anda. Bagi setiap klik di iklan Google Adsense, anda akan mendapat kredit
bayaran yang akan dikumpulkan sehingga paling kurang USD $100 sebelum cek komisen
dihantar kepada anda.

Pendaftaran Google Adsense boleh dibuat di www.google.com/adsense.



4. Menjalankan perniagaan Internet MLM.

Konsep perniagaan Internet MLM adalah sama dengan perniagaan
MLM secara konvensional. Perbezaannya adalah anda akan
menggunakan Internet untuk memperkembangkan jaring pemasaran
anda. Ianya bersifat global dan boleh melibatkan pengedar-pengedar dari
seluruh dunia.

Internet MLM juga mampu diusahakan oleh pelbagai pihak disebabkan
yuran bulanannya yang rendah dan anda mungkin akan mendapat
pulangan pelaburan anda semula walaupun hanya berjaya membina
kumpulan pengedar yang terdiri daripada beberapa orang sahaja.

Walau bagaimana pun, untuk berjaya, anda mesti terus membina
kumpulan pengedar anda sendiri. Bercanggah dengan tanggapan yang
anda akan mendapat beribu-ribu dollar dengan hanya goyang kaki,
Internet MLM juga memerlukan usaha, masa dan kreativiti anda.

Perlu diingatkan bahawa Internet MLM bukanlah skim cepat kaya. Ianya
mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk mencapai matlamat
yang anda impikan.




                   Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                       Muka surat 6
            Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?


Sebagai panduan, pilihlah program Internet MLM yang mempunyai produk yang
memberi manfaat kepada anda, yang mempunyai reputasi baik dan yang mempunyai
sistem yang senang diikuti.

Tanya pada diri anda samaada anda akan masih menggunakan produk yang ditawarkan
sekiranya tiada komisen diberikan. Dalam erti kata lain, jangan pentingkan wang semata-
mata. Kemudian, kalau jawapannya ‘ya’, barulah anda menyertainya.

Pastikan yang anda memahami model perniagaan MLM ini sebelum anda menceburinya.

Buku “Mailbox Money” karangan Richard Brooke mampu menerangkan konsep MLM
dengan mudah. Bagi yang masih lagi keliru dengan model perniagaan MLM, anda boleh
mendapatkan buku percuma ini di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney.pdf atau
versi Bahasa Malaysia di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf.

Untuk panduan anda, laman web di bawah adalah contoh program Internet MLM yang
saya ceburi.

Success University – www.awesome.successuniversity.com/specialoffer

Kiosk (melalui SetAndForget) – www.setandforget.ws/r/specialoffer


5. Pendapatan dari servis yang anda sediakan.

Sebahagian besar daripada anda mungkin tidak berminat untuk menjual produk tetapi
mempunyai kemahiran mereka cipta atau menyediakan perkhidmatan sendiri. Jika begitu,
kemahiran anda boleh juga digunakan untuk menjana pendapatan melalui Internet.

Sila lawati laman web di bawah.

www.CheapestCovers.com

www.SoloBis.com/zamri

Ini merupakan dua contoh bagaimana usahawan Internet Malaysia memperolehi
pendapatan daripada servis atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Setiap pesanan daripada pelanggan akan dipenuhi dengan mereka-cipta kulit buku
elektronik pelanggan (CheapestCovers) atau membantu mereka memulakan perniagaan
Internet tanpa melalui proses yang menyukarkan (SoloBis).

Untuk pengetahuan anda, grafik kulit buku untuk laporan ini adalah contoh hasil kerja
dari perekacipta di CheapestCovers.com. Lihatlah betapa bagusnya hasil rekaan mereka.




                   Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                       Muka surat 7
             Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?


Oleh itu, fikir sejenak. Sekiranya kemahiran yang anda ada dapat dimanfaatkan untuk
dijadikan sumber pendapatan tambahan anda, mungkin model perniagaan Internet ini
bakal menjadi salah satu model perniagaan yang anda idamkan.


Terdapat banyak lagi jenis perniagaan di Internet yang saya tidak dapat huraikan di sini
kerana ianya mungkin akan mengambil sebuah buku untuk menerangkan walaupun satu
model perniagaan Internet tersebut.

Cukuplah sekadar penerangan ringkas mengenai 5 model perniagaan Internet seperti di
atas sebagai permulaan.

Sekiranya berminat, Sen Ze, di dalam buku elektroniknya "Mini Encyclopedia of Low-
Cost, High-Profit Internet Business Models" ada menerangkan 19 model perniagaan
Internet dengan lebih mendalam. Buku elektonik tersebut boleh diperolehi di
www.LowCost-HighProfit.com.




                    Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                        Muka surat 8
            Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




Mengapa ClickBank™ dan PayPal™?

Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana ClickBank dan PayPal memainkan peranan
yang penting di dalam urusan di Internet.

ClickBank dan PayPal merupakan perantara bagi para usahawan Internet mendapatkan
bayaran daripada pembeli.

Contohnya, sekiranya seseorang ingin membeli produk dari sesebuah laman web, beliau
dikehendaki membayar melalui kad kredit, cek atau wang kiriman pos.




ClickBank memudahkan pemindahan wang dengan menyediakan kemudahan menerima
bayaran melalui kad kredit.

Tambahan lagi, ClickBank juga menerima bayaran melalui akaun PayPal pembeli.

Dengan membayar yuran pendaftaran akaun ClickBank sebanyak USD49.95, anda akan
mendapat kemudahan menerima bayaran kad kredit di laman web anda. Hasil jualan
produk anda akan dikumpulkan di ClickBank dan cek akan dihantar kepada anda setelah
jumlah hasil jualan anda mencecah tahap pengeluaran minima yang anda tetapkan di
ClickBank.

Perlu diingat bahawa ClickBank hanya menyediakan perkhidamatan untuk jualan produk
digital seperti buku elektronik atau perisian (software/scripts) sahaja.




PayPal mempunyai kemudahan menerima bayaran daripada kad kredit dan juga wang
yang ada di dalam akaun PayPal pembeli.

Kelebihan menggunakan PayPal ialah anda tidak memerlukan had minima untuk
mengeluarkan hasil jualan anda. Semua hasil jualan anda akan dimasukkan ke dalam
akaun PayPal dan anda boleh mengeluarkan wang anda bila-bila masa.

                   Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                       Muka surat 9
             Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




Satu lagi kelebihan PayPal ialah ianya boleh digunakan oleh pengguna di Internet untuk
urusan jual-beli di lawan web lelong seperti eBay.com dan untuk jualan produk fizikal.
PayPal juga tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran.



Program Rakan Pemasaran (Affiliate Program)

Secara praktikalnya, kedua-dua perkhidmatan menerima bayaran kad kredit ini boleh
digunakan untuk tujuan menjual produk sendiri. Walaubagaimanapun ClickBank dan
PayPal juga digunakan untuk menerima komisen dari hasil jualan produk orang lain.

Contohnya, ClickBank mempunyai program rakan pemasaran yang memberikan
pulangan puratanya dari 25%-75% untuk setiap jualan produk di dalam jaringan produk
ClickBank.

Apa yang anda perlu lakukan ialah menyertai program rakan pemasaran sesuatu produk
dan menjual barangan tersebut kepada orang lain.

Untuk memahaminya dengan lebih terperinci, mari kita lihat contoh program rakan
pemasaran yang disediakan oleh ClickBank.

Laman web www.LowCost-HighProfit.com yang menjual “Mini
Encyclopedia of Low-Cost, High-Profit Internet Business Models”
menggunakan ClickBank sebagai perantara untuk memproses
bayaran melalui kad kredit. Pada masa yang sama, ianya juga
mempunyai program rakan pemasaran yang akan membayar 50%
komisen bagi setiap jualan yang anda hasilkan (tolak yuran transaksi
yang dikenakan oleh ClickBank).

Oleh itu sekiranya anda menyertai program rakan pemasaran produk ini dan dapat
menghasilkan satu jualan, anda akan dibayar 50% daripada USD $97 (harga buku
elektronik ini). Cek komisen akan di hantar kepada anda 2 kali sebulan sekiranya wang
yang dikumpulkan mencecah had minima pengeluaran yang anda tetapkan.

Jelaslah yang anda tidak perlu produk sendiri untuk menjana pendapatan dari Internet.
Anda boleh menjadi rakan pemasaran produk orang lain dan mendapat komisen dari
setiap jualan.

Lebih menarik lagi, anda tidak perlu membayar ClickBank sebanyak USD $49.95 untuk
menjadi rakan pemasaran produk ClickBank. Ianya percuma. Cuma apabila anda hendak
menjual produk anda sendiri sahaja, anda akan dikenakan yuran di atas.




                    Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                        Muka surat 10
            Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?


Sama seperti ClickBank, PayPal juga digunakan untuk bayaran komisen.

Terdapat program rakan pemasaran yang menggunakan perkhidmatan selain daripada
ClickBank dan membayar komisen hanya melalui PayPal. Sekiranya anda tidak
mempunyai akaun PayPal, anda mungkin tidak dapat menyertai program rakan
pemasaran mereka.

Satu lagi contoh bagaimana PayPal digunakan untuk tujuan jual-beli dan program rakan
pemasaran ialah perkhidmatan yang disediakan oleh www.PayDotCom.com.
Perkhidmatannya hampir sama dengan ClickBank. Cuma ianya percuma untuk produk
pertama anda jual melalui PayDotCom.




                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG
                 HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASD
                 FGHJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890
                 -=\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFGHJ
                 KLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG
                 HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG
                 HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASD
                 FGHJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890
                 -=\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFGHJ
                 KLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?
                 QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG
                 HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890-
                 =\[];’,./{}:”<>?




                   Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                       Muka surat 11
            Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




Masalah dan Penyelesaian

Walaupun ClickBank dan PayPal mempunyai banyak kelebihan dan digunakan secara
meluas, timbul dua masalah besar kepada usahawan-usahawan di Malaysia.

   1. Anda tidak dibenarkan membuka akaun ClickBank sekiranya anda menggunakan
       alamat di Malaysia.

   2. Anda boleh membuka akaun PayPal tetapi anda tidak dapat menyalurkan wang
       yang anda kumpul di PayPal ke dalam akaun bank anda di Malaysia.

Kedua-dua masalah ini mempunyai rahsia penyelesaiannya sendiri
tetapi hanya diketahui oleh segelintir usahawan-usahawan
perniagaan Internet di Malaysia, sehinggalah salah seorang daripada
mereka menghasilkan sebuah buku elektronik untuk menerangkan
bagaimana untuk menyelesaikannya.

Saya tidak akan menghuraikan dengan panjang lebar mengenai
penyelesaian tersebut tetapi sekiranya anda berminat, anda bolehlah
berkunjung ke www.MissingChapter.com.



Pilihan Alternatif Kepada ClickBank™ atau PayPal™

Anda tidak terhad kepada ClickBank atau PayPal sahaja untuk perkhidmatan menerima
pembayaran kad kredit di Internet.

Berikut saya senaraikan tiga perkhidmatan yang lazimnya menjadi pilihan alternatif
kepada kebanyakan usahawan Internet.

www.2CheckOut.com

www.WorldPay.com

www.1ShoppingCart.com

Setiap perkhidmatan mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Ada yang memerlukan bayaran sekali sahaja untuk pendaftaran dan ada yang
mengenakan bayaran bulanan untuk setiap perkhidmatan.

Ada yang mempunyai program rakan pemasaran masing-masing dan ada yang tidak
menyediakan perkhidmatan ini.


                   Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                       Muka surat 12
              Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?


Walaupun ClickBank dan PayPal mempunyai banyak kelebihannya, tidak semestinya
anda perlu atau wajib menggunakan perkhidmatan mereka.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual barangan kepada rakyat Malaysia sahaja, anda
boleh menggunakan perkhidmatan MayBank2U.com. MayBank2U.com mempunyai
kemudahan perbankan Internet yang memudahkan pemindahan wang dari satu bank ke
bank yang lain.


Kesimpulan

Saya harap laporan ini dapat membuka mata sesetengah rakyat Malaysia yang ingin
menceburi atau memahami perniagaan di Internet.

Lihatlah contoh-contoh laman web yang saya berikan di dalam laporan ini. Majoritinya
adalah hasil usaha anak-anak Malaysia yang berjaya menjana pendapatan yang
membanggakan di bidang e-dagang, teknologi maklumat atau perniagaan Internet.

Hari demi hari, semakin ramai rakyat Malaysia menceburi perniagaan maya ini.

Anda juga mungkin akan menceburinya suatu hari nanti.

Orak langkah anda. Anda pasti akan berjaya.

                           “Malaysia Boleh – Anda Pun Boleh!”

Terima kasih kerana membaca laporan ini dan saya doakan yang ianya akan memberi
manfaat kepada anda.




Yang Benar,




www.ZamriNanyan.com
www.MLMLessons.com

                     Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                         Muka surat 13
             Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?




Rujukan

Usahawan-usahawan Internet dari Malaysia.

1.   Sen Ze – www.LowCost-HighProfit.com
2.   Patric Chan – www.YouChanDoIt.com
3.   Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com
4.   Adrian Ling – www.EasyClickMate.com
5.   Khairil Iszuddin Ismail (a.k.a Kidino) – www.AdsenseSEOQuickGuide.com
6.   Najmi dan Hafiz – www.CheapestCovers.com
7.   Solobis Team – www.SoloBis.com/zamri
8.   Gobala Krishnan – www.MissingChapter.com
9.   Zamri Nanyan – www.ZamriNanyan.com

Lain-lain.

1. ClickBank – www.ClickBank.com
2. PayPal – www.PayPal.com
3. PayDotCom – www.PayDotCom.com
4. 2Checkout – www.2Checkout.com
5. WorldPay – www.WorldPay.com
6. 1ShoppingCart – www.1ShoppingCart.com
7. Google Adsense – www.google.com/adsense
8. Mailbox Money (English) – www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney.pdf
9. Mailbox Money (Bahasa) – www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf
10. Success University – www.awesome.successuniversity.com/specialoffer
11. Kiosk (melalui SetAndForget) – www.setandforget.ws/r/specialoffer




                    Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved.
                                        Muka surat 14

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:18
posted:6/5/2012
language:
pages:14