Docstoc

Buat Duit Dengan Emas

Document Sample
Buat Duit Dengan Emas Powered By Docstoc
					Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan   copyright@rahsiaemas.com



PERHATIAN: LAPORAN PERCUMA INI BOLEH DIEDARKAN PERCUMA OLEH ANDA
TANPA MENGUBAH SEBARANG ISI KANDUNGANNYA
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan             copyright@rahsiaemas.com




Laporan Percuma: Emas Sebagai Senjata Kekayaan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hai, nama saya Hafiz selaku penulis dari Team Rahsiaemas.com berasal dari
Kemaman Terengganu. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana
sudi mendownload laporan percuma yang saya sediakan khas untuk anda.


Sekarang saya andaikan anda ‘zero’ knowledge mengenai pelaburan emas. Dan juga
saya andaikan anda adalah seorang yang inginkan kekayaan dan ingin melipat
gandakan pelaburan anda.


Saya juga faham anda sekarang ini masih tercari-cari apakah pelaburan yang terbaik
untuk anda selain dari Asb (Amanah Saham Bumiputra), Hartanah, unit trust dan
juga saham. Jawapannya adalah seperti tajuk laporan percuma ini ☺


Pelaburan emas ini amat senang sekali. Tiada yang merumitkan dan langsung tidak
melibatkan yuran guaman dan juga caj-caj tambahan. Percayakah anda saya
mengatakan sejak 7 tahun yang lepas, kenaikkan emas adalah melebihi 12% pada
setiap tahun???


Jom kita lihat dibawah graf kenaikkan emas ini:
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan              copyright@rahsiaemas.com



Tidak perlu saya huraikan satu per satu statistik bagi graf diatas. Ini kerana dalam
ebook Emas - Emas Yang Hilang saya telah terangkan satu per satu. Malah saya juga
telah dedahkan cara untuk kita memanipulasikan keadaan ini untuk menambahkan
lagi kekayaan kita.


Jom kita lihat pula keratan akhbar dibawah. Apa kata pakar mengenai pelaburan
emas ini.




Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=408643




Berita Penuh:
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) --


CIMB Private Banking menasihati pelanggan yang tinggi aset pelaburannya untuk
melabur dalam emas, kerana logam berharga itu boleh memainkan peranan
penting dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dalam keadaan ekonomi
yang lembap dan pasaran yang turun naik sekarang.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan              copyright@rahsiaemas.com



Ketua bersamanya, Alan Inn, berkata emas merupakan pemelbagai portfolio yang
berkesan kerana ia tiada korelasi bila dibandingkan dengan kebanyakan kelas aset
yang lain, menjadikannya langkah yang sangat sesuai untuk mempelbagai portfolio
pelaburan.Beliau berkata kebanyakan portfolio pelaburan memberikan tumpuan
kepada aset kewangan tradisi seperti saham dan bon.


"Memandangkan keadaan pasaran yang turun naik sekarang, portfolio pelaburan
yang pelbagai diperlukan bagi melindungi portfolio itu daripada keadaan turun naik
nilai satu-satu kelas aset," katanya.Menurut Inn, portfolio yang mengandungi
emas    pada   umumnya      lebih   kukuh   dan   lebih   berupaya    menghadapi
ketidaktentuan dan turun naik pasaran, daripada portfolio yang tidak termasuk
emas.Emas adalah kelas aset yang unik dan telah lama mencapai status
sebagai pelaburan selamat apabila berlaku ketidaktentuan kewangan dan
geopolitik.


Selain merupakan lindung nilai yang amat baik daripada inflasi dan nilai mata wang
sejak 30 tahun lalu, emas juga menstabilkan portfolio pelaburan seseorang, tanpa
mengira faktor saiklikal dan keadaan ekonomi.Pelaburan dalam emas mungkin dalam
bentuk jongkong emas, Dana Dagangan Bursa (ETF), kontrak hadapan emas
ataupun stok.Inn menegaskan bahawa pelabur harus melabur dalam emas untuk
mengimbangi turun naik kelas aset tradisi dan mendapatkan portfolio pelaburan
yang lebih seimbang dan tiada korelasi.—BERNAMA




Bagaimana? Anda faham apa yang ingin akhbar ini sampaikan?


Mudah sahaja, apa yang ingin mereka maksudkan adalah jadikan emas sebagai
salah satu pelaburan anda.




“Inflasi- pembunuh nilai matawang”
Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu inflasi? Baiklah saya akan terangkan
kepada anda apa itu inflasi. Saya suka rela mengelarkan inflasi ini sebagai “senjata
yang membunuh nilai wang anda”.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan               copyright@rahsiaemas.com




Disini saya tidak akan menggunakan istilah-istilah yang rumit kerana saya tahu anda
yang membaca ini tidak semua yang mengambil kursus ekonomi, perdagangan
ataupun akaun.


Ok baiklah, tahun lepas (2008) harga cendol RM1 sahaja. Sekarang tahun 2009
harga cendol RM1.50...apa kes ini tiba-tiba saja naik harga???


Cuba anda bandingkan harga barang 10 tahun yang lalu dengan harga barang
sekarang. Anda boleh bandingkan harga minyak masak, harga gula dan pelbagai
lagi. Barang itu harganya semakin naik atau tidak? Mesti akan naik. Malah kos
rawatan perubatan pun tiap-tiap tahun pasti akan meningkat.


Ini bermakna nilai matawang kita semakin berkurang. Bukannya harga barang
tersebut semakin mahal. Kenapa nilai matawang kita semakin berkurang? Ada
banyak sebab dan salah satunya adalah pencetakkan wang tanpa had dan tidak
bersandarkan kepada emas.


Kini anda telah sedar semakin hari semakin kurang nilai matawang kita. Lihat sahaja
matawang Indonesia, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawaan di Indonesia kerana
nilai wang kertas mereka yang terlalu rendah.


Secara purata, inflasi di negara kita adalah sebanyak 4% setahun. Ini bermakna nilai
RM1000 duit kita sekarang akan menjadi RM 960 pada tahun hadapan. Nampak
bukan bagaimana duit anda begitu senang sekali menyusut nilainya.


Kita bekerja keras tiap-tiap hari. Keluar kerja pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang.
Itulah rutin kita tiap-tiap hari sampailah kita pencen. Tetapi alangkah sedihnya tiap-
tiap tahun duit yang kita kerja keras tiap-tiap hari semakin lama semakin hilang
nilainya. Itu belum lagi ditolak dengan cukai pendapatan dan pelabagai lagi cukai
yang ada di Malaysia.


Dengan situasi politik yang tidak stabil, kita mesti mencari sesuatu untuk melindungi
kita kelak. Pihak yang berkuasa sekarang mampu melakukan apa sahaja terhadap
kewangan kita untuk kepentingan peribadi dan juga negara.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan               copyright@rahsiaemas.com




Jika negara kita dilanda wabak penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi,
maka wang kertas perlu lagi dicetak untuk menampung kos berkenaan. Jika negara
kita ingin berperang atau melengkapkan kelengkapan ketenteraan, negara kita perlu
membeli dengan negara pengeluar. Sekali lagi wang kertas kita perlu dicetak.


Ingat! Kita adalah negara pengguna dan bukan negara pengeluar. Jadi kewangan
kita sentiasa berisiko atas apa jua dasar yang diputuskan oleh pemimpin negara.


“Emas sebagai alternatif penganti wang kertas”


Oleh itu kita perlu berwaspada dan mencari alternatif untuk melindungi harta kita.
Mungkin mustahil kata anda untuk negara kita berperang. Ya, sekarang kita hidup
dalam keadaan aman dan tenteram. Dan anda mengatakan ianya amat mustahil
untuk terjadinya perang!!!


Tetapi bagaimana tekaan saya betul dan tekaan anda salah. Jiran kita singapura dan
Thailand tiba-tiba menyerang kita. Masa itu sempatkah anda pergi ke bank untuk
mengeluarkan RM200 ribu wang anda? Kemudian cuba bayangkan anda keluar dari
Malaysia dengan wang sebanyak itu. Sekurang-kurangnya ia memerlukan 2 beg
galas yang besar untuk memikul wang kertas tersebut!


Tidak cukup dengan itu, adakah negara asing yang anda pergi itu sudi menerima
wang kertas anda tersebut? Kita lihat apa yang terjadi di Iraq. Dengan sekelip mata
sahaja wang kertas mereka tiada nilai...


Jika anda mempunyai emas, hanya dengan 3 kg sahaja emas anda, anda mampu
survive di negara asing. Ini kerana semua negara di dunia ini mengiktiraf ‘nilai’ emas
itu. Jika matawang Malaysia, hanya di Malaysia sahaja ia sah diperakukan.


Berbanding dengan matawang, emas adalah logam yang sukar diperolehi. Ia juga
sukar untuk dimusnahkan. Manakala matawang pula senang dicetak dan senang
dimusnahkan.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan          copyright@rahsiaemas.com



Jika berlaku kebakaran di bank, semua wang kertas akan terbakar tetapi emas
hanya lebur sahaja. Dalam keadaan lebur itu juga, ia satu sen pun tidak kurang
nilainya!


“Beli barang dengan harga murah pada masa hadapan”
Sekarang saya ingin ceritakan kepada anda bagaimana anda dapat membeli sesuatu
barang yang hajati lebih murah pada masa hadapan. Semuanya adalah bergantung
kepada emas.


Contoh pertama:


Pada tahun 2005, kos untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji adalah sebanyak
RM7000. Manakala pada tahun 2008 kos menunaikan haji adalah sebanyak
RM10500.
Disini kita dapat lihat tiap-tiap tahun memang terjadi kenaikkan kos untuk
menunaikan haji ke Mekah.
Pada tahun 2005, emas segram adalah RM40. manakala pada tahun 2008 adalah RM
109 segram.


Untuk menunaikan haji pada tahun 2005, anda memerlukan emas sebanyak 175
gram.
Untuk menunaikan haji pada tahun 2008, anda memerlukan emas sebanyak 96
gram sahaja.


Tiap-tiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat tetapi jika wang anda
ditukarkan dalam bentuk emas, kos menunaikan haji semakin berkurang!


Lihat, anda dapat menunaikan Haji dengan kos yang lebih murah jika menukarkan
wang kertas anda kedalam bentuk emas.


Contoh kedua:


Pada tahun 2003 harga emas segram adalah RM30. harga kereta honda civic baru
ketika itu adalah RM90k. jadi ia memerlukan 3000 gram emas untuk membeli kereta
honda civic.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan             copyright@rahsiaemas.com



Tetapi, pada tahun 2009 harga emas segram adalah RM115. manakala harga kereta
honda civic yg baru adalah RM130k.


Jadi ia memerlukan 1130 gram emas untuk membeli kereta honda civic baru pd
tahun 2009.


Anda sendiri lihat, walaupun terdapat kenaikkan harga kereta tetapi bagi emas harga
sesebuah kereta itu semakin menurun.


Pada 2003, untuk membeli kereta anda perlukan 3000gram emas. Tetapi pada tahun
2009 kos untuk membeli kereta adalah 1130 gram emas sahaja.


Contoh 3.


Pada tahun 2004, sebuah rumah semi D di Gong Limau Chukai, Kemaman berharga
RM125,000. Dan harga emas sgram ketika itu adalah RM30.


Pada tahun 2009, harga rumah berkenaan melonjak kepada RM250,000. Manakala
harga emas segram pada tahun 2009 adalah RM115. Jadi adakah rumah berkenaan
semakin meningkat value nya? Jom kita lihat apabila nilai rumah berkenaan
ditukarkan dalam bentuk berat emas.


Pada tahun 2004, sebanyak 4167 gram emas diperlukan untuk membeli rumah semi
D. Manakala pada tahun 2009, hanya sebanyak 2174 gram emas diperlukan untuk
membeli rumah berkenaan.


Jadi kesimpulannya, rumah berkenaan semakin murah harganya dan value wang
kertas semakin menurun.


Kita dapat lihat disini semakin lama semakin meningkat value/nilai emas berkenaan.
Perbandingan menunjukkan semakin lama semakin ‘murah’ harga sesebuah barang
pada masa hadapan jika kita menyimpan emas!


Dengan 3 contoh diatas anda tidak perlu lagi memeningkan kepala memikirkan
kenaikkan harga barang pada masa akan datang. Yang penting sekarang kita
tukarkan wang kertas kita yang ada sekarang dalam bentuk emas.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan              copyright@rahsiaemas.com



Bagaimana untuk kita menukarkan wang kita dalam bentuk emas? Dalam ebook
emas sebagai senjata kekayaan ada saya terangkan secara lebih lanjut dan begitu
terperinci sekali.




“Realiti pelaburan emas yang sebenar”


Sekarang saya harap anda sudah tahu kenapa kita perlu memilih emas sebagai aset
pelaburan kita. Pada mulanya saya tidak yakin akan potensi pelaburan emas ini
sehinggalah saya berjumpa dengan En Syukor (admin JutawanEmas.com) yang
merupakan Pensyarah Di salah sebuah Universiti swasta di Melaka.


En Syukor banyak mengajar saya cara-cara pelaburan emas yang sebenar. Maksud
sebenar disini adalah kita yang membeli emas dan kita jualah yang menguruskan
emas tersebut tanpa melibatkan orang tengah. Orang tengah disini adalah syarikat
atau company yang menguruskan emas kita.


Saya telah banyak didedahkan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan
keuntungan yang begitu lumayan. Bayangkan dengan membeli emas sebanyak
100gram anda layak mendapat tiap-tiap bulan hibah (habuan) sebanyak RM300.
Tetapi ini bukan pelaburan emas yang sebenar! Melalui skim-skim ini risiko anda
untuk mengalami kerugian adalah tinggi.


Oleh itu dengan wujudnya ebook emas sebagai senjata kekayaan memberikan anda
panduan yang lengkap bagaimana untuk menguruskan emas anda sendiri. Anda
akan didedahkan bagaimana untuk memulakan pelaburan emas ini serta memasang
strategi agar keuntungan yang diperolehi adalah optimum. Terima kasih kepada En
Syukor kerana mendedahkan perkara mengenai risiko skim-skim pelaburan emas ini
dan bagaimana menjana keuntungan melalui pelaburan emas ini.


Seperti juga anda melabur didalam ASB, anda juga akan memperolehi keuntungan
yang lebih lumayan melalui emas. Disebabkan permintaan terhadap emas yang
sentiasa tinggi dan tidak pernah dicatatkan oleh sejarah emas luput dimakan inflasi,
maka pelaburan emas adalah sesuatu yang wajib anda penuhi dalam portfolio
pelaburan anda.
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan           copyright@rahsiaemas.com




Akhir kata dari saya, jika anda serius ingin melipat gandakan pulangan pelaburan
anda, anda wajib memilih emas sebagai salah satu pelaburan anda. Saya tahu
sekarang ini anda mungkin sudah mempunyai portfolio pelaburan hartanah, saham,
bon dan sebagainya namun pelaburan emas tidak sesekali mengecewakan anda.


Jika anda serius memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda, maka
penuhkan dahulu ilmu berkaitan emas di dalam dada anda (no knowledge, no
gain)...


Dengan ebook emas sebagai senjata kekayaan akan mendedahkan segala ilmu-ilmu
berkaitan emas dan pelbagai teknik pelaburan emas yag anda sendiri boleh ikuti
dengan mudah dan tidak merumitkan.


Sekian,


Yang ikhlas
Admin rahsiaemas.com




Dapatkan Ebook Ebook Utama – Emas-Emas Yang Hilang Dengan Segera!
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan                copyright@rahsiaemas.com




         Ebook pelaburan emas pertama di Malaysia. Dapatkannya di
                          http://www.rahsiaemas.com


                Topik-topik yang dibincangkan dalam ebook ini:


Topik 1: Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan..........................
         -   Antara Emas Dan Wang Kertas
         -   Emas Dan Inflasi
         -   Kenapa Harga Emas Sentiasa Naik
         -   Emas Sebagai Portfolio Pelaburan
Topik 2: Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?............................
         -   Prestasi Emas Dalam 30 Hari
         -   Prestasi Emas Dalam 6 bulan
         -   Prestasi Emas Dalam 1 Tahun
         -   Prestasi Emas Dalam 5 Tahun
         -   Prestasi Emas dalam 10 Tahun
Topik 3: Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?................
Laporan Percuma : Emas sebagai Aset pelaburan                          copyright@rahsiaemas.com



          -    Bagaimana hendak buat untung dengan barang kemas?
          -    Bagaimana ingin membuat untung melalui emas Public Gold?
          -    Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa
               yang pendek & panjang?
          -    Bagaimana menjana keuntungan melalui Public Bank Gold Investment
               Account (GIA).
Topik 4: Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas.................
          -    Nilai Matawang Menyusut, Inflasi Meningkat
          -    Kenaikkan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham
          -    Harga emas yang rendah pada tahun ‘90an
          -    Penyusutan Matawang Dollar
          -    Kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan
Topik 5: Strategi Pelaburan Emas.........................................................
Topik 6: Untungkah Dengan Mengadai Emas?.....................................
Topik 7: Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur .................


Topik 8: Antara Kelebihan Dinar Emas................................................
Topik 9: Di sebalik Keistimewaan Barang Kemas...............................
Topik 10: Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas.............

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:21
posted:6/1/2012
language:Malay
pages:12