Tumbuhan by andre4088

VIEWS: 95 PAGES: 7

More Info
									Tumbuhan
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang
terdapat di alam semesta.

Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae.
Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis
diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya
matahari untuk menjalani proses fotosintesis.

Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan
makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses
fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan
sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai
dinding sel.

Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-

       1. tumbuhan berbunga sama ada:
            1. pokok berbuah
            2. pokok tidak berbuah
       2. tumbuhan tidak berbunga.

Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup
dalam alam tumbuhan



Kesulitan dalam penakrifan
Istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan
biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan,
sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi
biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai
organisma multicellular, eukaryotic yang biasanya tidak mempunyai
organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar,
batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan
vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan
sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok
janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku
adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak
setiap hari.

Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof (autotroph)
— iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan
mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang
manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan
dalam sistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof
(photoautotrophs)    dalam     Prokaryote,   khususnya    bakteria
photoautotrophik dan cyanobacteria.

Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai alga biru-
hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang,
termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai
tumbuhan, walaupun mushroom adalah badan berbuah (fruiting body)
fungus (Alam Fungi), dan bukannya photoautotrophic sama sekali,
tetapi saprophytic. Dan terdapat agak banyak spesies tumbuhan
berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.

Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk
memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas
pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik;
semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur
tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua
keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam
Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam
alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.

Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri
yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain
memberikan    sekurang-kurangnya    takrifan  teknikal. Masalah
kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhan
adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering
dijumpai dalam rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan
satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia
tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga
tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi
atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap
perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-
pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali
disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan
vaskular seperti ini dan ini dan ini ).

Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik) digunakan oleh para
biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah
digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk
melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan
perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang
hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada
usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas
atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem
pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan
atau memberikan mamlumat mengenainya.

     Untuk tumbuhan sebagaimana ditakrifkan dalam Alam
      Tumbuhan lihat di bawah.
     Untuk alga secara umum, lihat alga atau rumpai laut (seaweed).
     Untuk mushrooms lihat cendawan atau fungi.
     Untuk tumbuhan bukan vaskular secara umum, lihat tumbuhan
      bukan vaskular.
     Untuk tumbuhan vaskular secara umum, lihat tumbuhan
      vaskular.
     Untuk tumbuhan koniferous lihat Pinophyta atau gymnosperm.
     Untuk tumbuhan berbunga lihat angiosperm.
Evolusi dan pengelasan Alam Tumbuhan
Alam tumbuhan Plantae (atau Viridaeplantae) adalah kumpulan
monophyletik eukaryote (organisma dengan sel bernukleas
(nucleated)). Lebih 60 jurai lineages utama eukaryotes telah dikenal
pasti, kebanyakannya adalah bersel tunggal unicellular dan dikelaskan
dalam alam paraphyletik Protista. Alam tumbuhan adalah kumpulan
monophyletik mengandungi organisma eukaryotik yang melakukan
fotosintesis menggunakan klorofil a dan b, menyimpan hasil
fotosintesis sebagai kanji dalam kloroplas (chloroplasts) tempat ia
dihasilkan, mempunyai kloroplast yang diikat oleh selaput berkembar
double membrane, dan mempunyai dinding sel yang diperbuat dengan
selulus (cellulose ). Alam ini mengandungi beberapa kumpulan alga
hijau yang berevolasi dari leleuhur yang sama dengan tumbuhan hijau.
Alga hijau mempunyai beberapa bentuk: flagellate, koloni, berjurai
(filamentous), dan juga multiselular (multicellular) primitif.
Kebanyakannya adalah haploid, tetapi yang lain menunjukkan generasi
perantaraan (alternation of generations) antara haploid dan bentuk
diploid, dikenali sebagai gametophyte dan sporophyte.

Dalam tempoh tertentu semasa Palaeozoik, tumbuhan multiselular,
rumit (Embryophyte) mula muncul di daratan. Dalam bentuk baru ini,
gametophyte dan sporophyte berubah bentuk dan fungsi yang amat
berlainan, sporophyte kekal kecil dan bergantung kepada leluhurnya
sepanjang tempoh hayatnya yang singkat. Kumpulan dalam organisasi
aras ini, secara berkumpulan dikenali sebagai bryophytes, termasuk:

     Division Hepaticophyta (Marchantiomorpha), liverworts
     Division Anthocerotophyta, hornworts
     Division Bryophyta, lumut

Kesemua bentuk ini adalah kecil dan terhad kepada persekitaran
lembab, bergantung kepada air untuk menyebarkan spora. Dalam
tempoh Silurian, embryophytes baru muncul dengan adaptasi
membolehkan mereka mengatasi had ini, yang mengalami radiasi
perubahan besar-besaran dalam tempoh Devonian, menguasai daratan.
Kumpulan ini biasanya mempunyai ketahanan kutikel (cuticle) kepada
kekeringan (desiccation), dan mempunyai tisu vaskular, yang
mengangkut air keseluruh organisma, dan dengan ini dikenali sebagai
tumbuhan vaskular. Dalam kebanyakan tumbuhan ini, sporophyte
bertindak sebagai individual terasing, dengan gametophyte kekal
amat kecil. Taxa tumbuhan vaskular merangkumi:

     Division Lycopodiophyta (Lycopsida), lumut belantan club mosses
     Division Equisetophyta (Equisetopsida), horsetails
     Division Pteridophyta (Filicopsida), paku-pakis
         o Psilotophyta (Psilotales), paku-pakis whisk
         o Ophioglossophyta       (Ophioglossales),    adders-tongues,
            moonworts dan paku-pakis anggur grape-ferns
         o Marattiopsida
         o leptosporangiate atau paku-pakis sebenar "true ferns


Spermatophytes, atau tumbuhan berbiji benih (seed plants)
merupakan kumpulan tumbuhan vaskular yang berpecah (diversified )
pada akhir Palaeozoic. Dalam bentuk ini, gametophytelah yang
mengecut sepenuhnya, dan sporophyte muda memulakan kehidupannya
dalam biji benih yang terbentuk pada pokok tua. Kumpulan
spermatophytes yang masih hidup termasuk:

     Division Cycadophyta (Cycads)
     Division Ginkgophyta (Ginkgo)
     Division Pinophyta (Conifers, Coniferophyta)
     Division Gnetophyta (Gnetae)
     Division Magnoliophyta (tumbuhan berbunga, Anthophyta)

Division ini dibahagikan kepada gymnosperms (empat yang
pertama:benih terdedah naked seeds), dan tumbuhan berbunga atau
angiosperms. Angiosperms adalah kumpulan tumbuhan terakhir
muncul, ketika tempoh Jurassik, dengan perkembangan radiation
utama dalam tempoh Cretaceous yang menyebabkan Angiosperms
menjadi tumbuhan darat utama dalam kebanyakan biome.
Kategori tumbuhan
Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau
pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat
juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di
sini.

Tumbuhan boleh diatur menurut pola tumbuhan bermusim. Walaupun
tumbuhan ringkas seperti alga secara individual mempunyai tempoh
hayat yang ringkas dan istilah berikut tidak boleh digunakan, tetapi
peningkatan populasi alga biasanya bermusim.

     Tahunan: hidup dan membiak dalam tempoh satu musim sahaja.
     Dwitahunan ( Biennial): hidup selama dua musim, selalunya
      membiak pada tahun kedua.
     Saka (Perennial): hidup lama selama beberapa musim; terus
      membiak apabila mencapai tahap matang.

tumbuhan vaskular samada herba (tidak berkayu) atau berkayu.
tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang
dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa
batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.

Tumbuhan saka vaskular mungkin malarhijau, dan mengekalkan daun
mereka sepanjang tahun, atau desiduous dan kehilangan daun mereka
pada sebahagian tahun. Kebanyakan tumbuhan desiduous, biasanya
dijumpai di kawasan iklim sederhana (temperate) dan boreal,
kehilangan daun mereka pada musim sejuk, dan sesetengah tumbuhan
tropika dan subtropika kehilangan daun mereka pada musim kemarau.

Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan mereka. Tanaman
makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba, dan rempah.
Maklumat tumbuhan umum
Kadar pertumbuhan tumbuhan amat berbeza, antara kurang dari 1
&mikro;m/h (contoh sesetengah lumut), kebiasaannya 25-250 µm/h
dalam kebanyakan pokok, dan sehingga 12,500 µm/h dalam sesetengah
spesies memanjat yang tidak perlu membazir tenaga untuk
menghasilkan tisu penyokong yang keras (contoh Pueraria montana)

Jenis Tumbuhan, Pokok, Kulat & Alga
      Pokok

Tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok apabila ia mempunyai akar,
batang, dahan, ranting, dan daun. Secara am pokok-pokok boleh
dikelaskan seperti berikut:

  1.   Pokok saka
  2.   Pokok palma
  3.   Pokok renek
  4.   Pokok herba
  5.   Pokok parasit/tumpang
  6.   Pokok rumput/rumpai

      Kulat dan Cendawan

								
To top