soalan tugasan kkp kb1311d1 2012
Document Sample


TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
KURSUS/PROGRAM PPISMP Ambilan Januari 2012
Nama pelajar : No.K.P :
Angka giliran : Unit/Semester :
Tajuk Kerja Kursus Pendek (100%)
Rangsangan
Seorang tokoh perguruan pernah mengatakan bahawa tugas seorang guru mempunyai dua cabang -.yakni tugas profesional
dan tugas kemasyarakatan. Menurutnya, jika kedua-dua tugas ini digabungkan bersama, peranan guru ketika ini ialah
memastikan ia dilaksanakan serentak dalam keadaan yang harmoni dan dinamik supaya guru tidak berperanan mengajar di
kelas semata-mata, tetapi berupaya menjadi peransang dan mentor pertama kepada pengukuhan akhlak dan sahsiah pelajar.
Milenia Julai 2009 (disesuaikan)
Soalan Tugasan
Berdasarkan pernyataan di atas, fokus utama ialah menggunakan sumber manusia sebagai punca utama untuk menjayakan
sesuatu matlamat..
i. Bagi setiap tugas guru yang dinyatakan di atas huraikan bagaimana guru mendapatkan sumber maklumat.
(40 markah)
ii. Terangkan sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong sumber manusia bagi mencapai sesuatu matlamat. (40
markah)
iii. Sediakan pengurusan grafik yang sesuai untuk menggabungkan isi-isi penting bagi soalan (i) dan (ii).
(20 markah)
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:
1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan 2 atau 3 orang dan perlu ada perbincangan antara ahli-ahli.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Kulit hadapan hendaklah selaras dengan keperluan tugasan PPISMP dari segi format dan warna yang ditetapkan dan perlu
mengandungi butir-butir berikut:
i. Nama anda (mengikut kad pengenalan)
ii. Kumpulan / unit
iii. Subjek
iv. Nama pensyarah
v. Tarikh serahan
4. Sila sertakan juga soalan tugasan bersama-sama tugasan dan tugasan hendaklah dijilid menggunakan gelung hitam (ring).
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut,
i. Fon Arial dalam bentuk ‘justify”
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Gambar-gambar rajah perlu dilabel dengan jelas dan dinomborkan mengikut urutan secara tertib.termasuk dengan jadual-
jadual grafik dan lukisan.
vi. Lampiran (sumber internet, surat khabar atau majalah)
6. Panjang tugasan adalah antara 3500 hingga 5000 perkataan.
7.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut,
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,
i. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan isu yang dibangkitkan
ii. Penulisan artikel tersebut mestilah merangkumi empat kemahiran memproses maklumat iaitu,
Mensintesis
Menganalisis
Mentafsir
Menilai
iii. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
iv. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.
v. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.
vi. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara
analitikal.
Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
......................................................
( NORDIN BIN TAHIR )
Get documents about "