kepercayaan dan pantang larang masyarakat Minangkabau

Document Sample
kepercayaan dan pantang larang masyarakat Minangkabau Powered By Docstoc
					MINANGKABAU
                   PENGENALAN

   Merupakan penduduk asal kawasan yang kini
    dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia.

   Kebudayaan mereka bersifat keibuan.

   Harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada
    anak perempuan, agama dan politik merupakan
    urusan kaum lelaki.

    Kini sekitar 4 juta orang Minang tinggal di
    Sumatra Barat, sementara lagi 3 juta berada di
    kebanyakan bandar dan pekan di Indonesia.
   Suku Minangkabau kuat pegangan agama Islam
    dan mengamalkan amalan turun-temurun yang
    digelar adat.

    Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari
    fahaman animisme dan agama Hindu yang telah
    lama bertapak sebelum kedatangan Islam.

    Pengaruh agama Islam masih kuat di dalam
    adat Minangkabau, seperti yang tercatat di
    dalam pepatah mereka, Adat basandi syara',
    syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat
    (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan
    hukum Islam bersendi Al Qur'an.
            MITOS ASAL-USUL NAMA
   Perkataan Minangkabau merupakan gabungan
    dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud
    "menang" dan kabau untuk "kerbau".

   Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada
    peristiwa perselisihan di antara kerajaan
    Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa
    yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu.

   Bagi mengelakkan diri mereka daripada
    berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan
    pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak.
   Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor
    kerbau yang besar dan ganas dan rakyat
    setempat pula hanya menonjolkan seekor anak
    kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang
    telah ditajamkan.

   Semasa peraduan, si anak kerbau yang
    kelaparan dengan tidak sengaja merodok
    tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin
    mencari puting susu untuk meghilangkan
    kelaparannya.

   Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan
    berjaya menyelesaikan pergelutan tanah
    dengan cara yang aman.
             BUDAYA MINANGKABAU
   Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat
    matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta
    pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu

    Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat
    inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki
    Minangkabau merantau di serata Nusantara untuk
    mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan
    berdagang.

   Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya
    akan meninggalkan rumah untuk tinggal di surau
    di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat
    Minangkabau.
   Apabila remaja, mereka digalakkan untuk
    meninggalkan perkampungan mereka untuk
    menimba ilmu di sekolah atau menimba
    pengalaman daripada luar kampung dengan
    harapan yang mereka akan pulang sebagai
    seorang dewasa yang lebih matang dan
    bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari
    (kampung halaman).

   Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa
    masyarakat rantauan Minangkabau di bandar
    dan tempat-tempat lain di Indonesia.

    Namun ikatan mereka dengan Ranah Awak
    (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan
    lagi.
   Satu contoh kawasan yang didiami oleh
    masyarakat Minangkabau dan masih
    mengamalkan adat dan budaya Minangkabau
    adalah Negeri Sembilan di Malaysia.
                 SUKU MINANGKABAU

   Masyarakat Minang, terbahagi kepada beberapa buah suku,
    iaitu, Suku Piliang, Bodi Caniago, Tanjuang, Koto,
    Sikumbang, Malayu dan Jambak.

   Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam
    satu rumah besar yang dipanggil Rumah Gadang.

   Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan
    masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur
    dalam bahasa ibunda mereka iaitu, bahasa Minangkabau.
    Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa
    dengan bahasa Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan
    dan juga tatabahasa hingga menjadikannya unik dari
    bahasa Melayu.
                   MAKANAN

   Salah satu aspek terkenal mengenai orang
    Minang adalah makanan tradisional mereka
    seperti rendang, soto padang (makanan
    sup), sate padang dan dendeng balado
    (daging dendeng berlada).

   Restoran Minangkabau yang sering digelar
    "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata
    Indonesia dan di negara-negara jiran yang
    lain.
           UPACARA DAN PERAYAAN

   Turun mandi - upacara memberkati bayi
   Sunat rasul - upacara bersunat
   Baralek - upacara perkahwinan
   Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu.
    Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di
    mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua
    dari kampung yang lain akan dijemput
   Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong
   Manyabik - upacara menuai padi
   Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidilfitri
   Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidiladha
   Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada
    ibu mentua sewaktu bulan Ramadhan
   Tabuik - perayaan Islam di Pariaman
   Tanah Ta Sirah - perlantikan seorang Datuk
    (ketua puak) apabila Datuk yang sebelumnya
    meninggal dunia silang beberapa jam yang lalu
    (tidak payah didahului dengan upacara batagak
    pangulu)
   Mambangkik Batang Tarandam - perlantikan
    seorang Datuk apabila Datuk yang sebelumya
    telah meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu
    (mengisi jawatan yang telah lama dikosongkan)
       SENI TRADISIONAL MINANGKABAU

   Randai - teater rakyat dengan memasuki
    pencak, musik, tarian dan drama
   Saluang Jo Dendang - serunai bambu dan
    nyanyian
   Talempong - muzik bunyi gong
   Tari Piring
   Tari Payung - menceritakan kehidupan muda-
    mudi Minang yang selalu riang gembira
   Tari Indang
       KRAFTANGAN TRADISIONAL
            MINANGKABAU


 Kain songket
 Sulaman
 Ukiran kayu
 Menukang emas dan perak
                       Agama

   Sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka,
    terdapat banyak persamaan di antara fahaman
    Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa
    kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang
    membezakan satu daripada lain.

   Seperti contoh:

Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.
  Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki
  mesti meninggalkan rumah mereka untuk
  tinggal dan belajar di surau (langgar, masjid).

Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan
untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang
kekal dan binasa untuk meningkatkan iman
kepada Allah.

 Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh
dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia
tidak mahu berkahwin.
  Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan
   dengan siapa yang mereka ingin berkahwin.

Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau
(meninggalkan kampung halaman) untuk menimba
 ilmu dan bertemu dengan orang dari berbagai
 tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk
 mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah
 merantau juga bererti melatih orang Minang untuk
 hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda
 Minang berniat merantau meninggalkan
 kampungnya, dia hanya membawa bekal
 seadanya.
   Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali
    lebih dari bapa.

   Fahaman Minangkabau: ibu adalah
    pemimpin/pengambil keputusan di Rumah
    Gadang.

   Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat
    Minang sehingga mereka yang tidak
    mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar
    dari masyarakat Minang.
Pantang Larang Orang Tua-Tua
Melayu Negeri Sembilan

   Wujudkan pantang larang yang
    menakutkan agar perangai yang kurang
    sopan tidak dilakukan oleh anak-anak dan
    cucu-cucu mereka, justeru itu pantang
    larang ini telah menjadi kepercayaan dari
    generasi ke generasi.
   Ini sengaja dilakukan supaya pantang
    larang yang telah diucapkan kepada
    generasi muda ini dapat menjadi panduan
    ataupun pegangan hidup didalam
    masyarakat Melayu amnya. Pantang
    larang yang telah disenaraikan telah dan
    masih di bawa dari generasi ke generasi,
    Cuma penggunaannya kurang pada ketika
    ini.
Peradaban Ketika Duduk
   Duduk di atas bantal, kena bisul
   Duduk dihujung tikar, penjatuh
   Duduk di atas nyiru, akan jatuh ke dalam perigi
   Duduk dhujung hyiru, akan ditempik orang
   Duduk diatas upeh(pinang), jatuh ketika memanjat
   Duduk di atas dulang, jatuh kedalam perigi
   Duduk diatas batu, berat punggung
   Duduk dihujung bendol, mahal rezeki
   Duduk ditiang tengah, di tembak petir
   Duduk didalam lesong, jika lelai medapat buasir,
    perempuan pula mendapat tombong
Pantang Larang Ketika Makan
   Makan Bergondol (Tidak Bersongkok), akan
    mati isteri
   Makan Bertinggong (Mencanggung), akan
    mahal rezeki
   Makan Bertatang, akan mati anak kecil
   Makan Berlunjur, akan menjadi Pemalas
   Makan bertekan tangan sebelah ke lantai, akan
    cepat lemah badan
   Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua
   Makan didalam pinggan sumbing, akan sumbing
    bibir anak
Pantang Larang Ketika Tidur
   Tidur waktu senjakala, datang penyakit
   Tidur waktu tengahari, pendek umur
   Tidur membawa emah(nasi), mimpi dikejar harimau
   Tidur bersarongkan tikar, diukur hantu
   Tidur berbantalkan bendul, lambat dapat rezeki
   Tidur di atas tanah, diludahkan hantu
   Tidur diatas bengkalai (rumah/tempat yang dalam proses
    penyiapan), ditanduk lembu.
   Tidur di atas ikar sembahyang(sejadah) kena kurap
   Tidur membujur dengan tiang alang, mengigau
   Tidur berselang-seli, pantang pencuri
   Tidur menjunjung tangan, kegemaran hantu
   Tidur menyiarap bertatangkan kaki, mati emak
   Tidur melentang (perempuan), datang ular
   Jika tak tahan berpanas , isteri akan dilarikan orang .
   Bersiul dalam kampung , akan lari semangat padi .
   Bersiul diatas rumah , mahal rezeki ataupun akan naik
    ular , atau sial.
   Memanjat tiang , lambat besar .
   Memanjat pokok pisang , busung perut .
   Membaling waktu petang , kena kepala hantu .
   Membaling waktu senja , kalau-kalau terkena mata anak
    hantu .
   Membaling tulang bumbung rumah , mengganas
    harimau .
Pantang Larang - Rumah
   Kayu meranting (tidak berdaun) dibuat rumah , alamat rumah itu
    akan terbakar .
   Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , tukang rumah
    bersiul , kayu rumah itu akan dimakan kumbang .
   Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , rukang
    rumah ke tandas buang air besar .alamat kayu rumah itu dimakan
    bubuk.
   Mengesat hujung kayu atas bumbung sebelah-sebelah mengganas
    musang .
   Menyambung atap bertentangan dengan pintu alamat akan orang
    yang tinggal dirumah itu bertikam / membunuh sesama sendiri .
   Tiang rumah menyosang , alamat tuan rumah itu tidak kekal tinggal
    disitu .
   Tunggul teras ditengah pelantar ,lambat senang penyakit .
   Tiang guntung membelah jampar (tiang yang tergantung rumah
    tiang 16) tak berhenti penyakit
Pantang Larang - Makan
   Makan kepala lutut keluar, akan mati isteri
   Makan dalam periuk, akan buruk muka anak
   Makan dlam belanga, comot rupa anak
   Makan dengan penyucuk, dapat penyakit mencucuk meradak
   Makan diatas bendol, lambat mendapat rezeki
   Makan diwaktu senjakala, akan makan bersama hantu
   Makan tak membasuh pinggan (selepas makan) bagi orang
    perempuan, akan mati kelaparan
   Makan beremah (comot dengan nasi) sampai kepipi akan mendapat
    anak tiri
   Jika makan, di suruh orang menambah nasi lagi, dan jika tidak
    mahu menambah lagi, kita akan menjadi orang yang tidak melawan
    orang.
   Makan selalu minta kuah, memoton kayu atau buluh tidak sekata
    (sama) jatuhnya
Sekian,   terima kasih

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:140
posted:5/28/2012
language:Malay
pages:27