MDNASIRALISX 015166 AWD 04 by 61o2DR8

VIEWS: 5 PAGES: 4

									                                       BAB 1




                      PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PROJEK




1.0    Pengenalan




       Dalam bab ini akan di bincangkan perkara-perkara berkenaan dengan pengenalan
kepada pengurusan projek. Bab ini akan memberi        huraian berkenaan dengan latar
belakang kajian. Selain itu bab ini juga akan menerangkan perkara-perkara berkenaan
dengan penyataan masalah kajian, matlamat dan objektif kajian, skop kajian dan yang
terakhir adalah berkenaan dengan metodologi kajian.




1.1    Latar belakang Kajian




Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan aktiviti pembangunan
atau inovasi dalam sesuatu kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti seperti merancang dan
                                                                                    -2-


mengawal sesuatu projek dengan bergantung kepada kekangan belanjawan supaya
sesuatu projek dapat di sempurnakan dan di serahkan mengikut tempoh yang telah di
tetapkan. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam pengurusan projek yang perlu di ketahui
dan di fahami oleh setiap inidividu dan pelbagai pihak adalah perancangan, penjadualan
dan pengawalan. Kesemua aktiviti ini akan di aplikasikan oleh pengurus projek dalam
teknik-teknik pengurusan seperti PERT ( Programme Evaluation & Review Techniques ),
Kaedah Laluan Kritikal       (Critical Path Method – CPM ) dan Carta Grantt. Setiap
pengurus perlu mengetahui kaedah untuk menguruskan pasukan projek dan sistem matrik
organisasi dan kemudian pengurus akan menentukan bagaimana perancangan,
pengawalan dan penjadualan sesuatu projek berfungsi dengan baik.(Rujukan dari : Prisip
Asas Pengurusan 2002 – Dr. Suhaiza Hanim Mohd Zailani, Mohd Hanizam Zalzilah dan
Shahimi Mukhtar )




1.2    Penyataan Masalah Kajian




       Di antara permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah tidak
memahami dan mengetahui secara umum dan secara menyeluruh terhadap konsep-
konsep penting dalam pengurusan projek serta matlamat –matlamat utama yang hendak
di capai dalam pengurusan projek. Selain itu tiada pengetahuan yang mendalam terhadap
prinsip-prinsip dan teknik-teknik dalam pengurusan projek. Banyak pihak juga masih
keliru dengan maksud berkenaan dengan Pengurus Projek dan Perunding Pengurus
Projek. Pelantikan firma perunding pengurusan projek sering di kaitkan dengan kualiti
kerja yang di hasilkan amat tidak memuaskan dengan mengambil contoh terbaik
berkenaan dengan pembinaan makmal komputer sekolah di seluruh negara dan hal ini
telah merubah tahap kepercayaan banyak pihak terhadap kemampuan dan peranan yang
di mainkan oleh perunding pengurusan projek dalam menguruskan projek. Banyak pihak
yang tidak memahami serta mengetahui tentang peranan-peranan yang di sumbangkan
                                                                                   -3-


oleh perunding pengurusan projek dalam industri pembinaan di Malaysia contohnya
projek pembangunan dan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di
Sepang.




1.3    Matlamat Dan Objektif Kajian.




       Matlamat kajian ini adalah untuk menerangkan peranan perunding pengurusan
projek dalam industri pembinaan di Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini beberapa
objektif telah di kenal pasti antaranya :-
              Mengenalpasti kriteria-kriteria untuk memilih Pengurus Projek
              Mengkaji peranan perunding pengurusan projek dalam industri pembinaan
               di Malaysia.
              Mengenalpasti keberkesanan perunding pengurusan projek




1.4    Skop Kajian.




Kajian terhadap peranan perunding pengurusan projek ini telah memfokuskan kepada
perkara-perkara berikut :-
              Fokus kepada Pengurus Projek secara individu.
              Fokus kepada firma pengurusan projek yang beroperasi secara profesional.
              Fokus kepada projek-projek kerajaan di seluruh Malaysia.
                                                                               -4-


1.5   Metodologi Kajian




      Metodologi kajian adalah di tunjukkan dalam gambarajah di bawah:




                        PERANAN PERUNDING PENGURUSAN PROJEK
                             DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
                                    DI MALAYSIA



                                  KAJIAN LITERATUR




                                                             MENGENALPASTI
        MENGENALPASTI KRITERIA-     MENGKAJI PERANAN
                                                             KEBERKESANAN
           KRITERIA MEMILIH            PERUNDING
                                                               PERUNDING
           PENGURUS PROJEK         PENGURUSAN PROJEK
                                                           PENGURUSAN PROJEK


                                   PENGUMPULAN DATA


                                     ANALISIS DATA


                                      KESIMPULAN




                      Gambarajah 1.1 : Metodologi Kajian

								
To top