BAHASA MELAYU - DOC by HC120526131025

VIEWS: 0 PAGES: 7

									                                   BAHASA MELAYU
JUN                                                             MASA: 1 ½ JAM

MENENGAH: 3 EKSPRES

                                    BAHAGIAN A

                             SOALAN A1 (10 markah)

Arahan: Dalam tanda kurung di bawah ini di beri 10 patah perkataan. Imbuhkan
        perkataan-perkataan itu dengan imbuhan-imbuhan yang sesuai.
        Kemudian, tuliskan perkataan-perkataan yang berimbuhan itu di tempat
        yang disediakan.

       Soal keciciran murid-murid sekolah yang (ikut) [1]_____________ pelajaran
akademik sering menjadi bahan (bincang) [2] _____________ di kalangan para guru
dan (pimpin) [3] _____________ negara.        Dalam negara yang tiada mempunyai
hasil bumi seperti Singapura, tenaga manusia menjadi sumber penting untuk
menentukan kemakmuran yang (kekal) [4] _____________. Oleh yang demikian,
masalah keciciran ini tidak boleh (abai) [5] _____________ begitu sahaja. Sesuatu
tindakan yang tegas perlu diambil agar murid-murid yang tidak mampu (terus) [6]
_____________ pelajaran akademik mereka diberi latihan yang sesuai dengan
(cenderung) [7] _____________ mereka seperti latihan kejuruan. Setelah (jalan) [8]
_____________ latihan kejuruan, murid-murid ini sekurang-kurangnya akan menjadi
pekerja-pekerja yang (latih) [9] _____________. Pekerja-pekerja serupa ini sangat
diperlukan   dalam   kerja-kerja    pembinaan,   perkilangan   dan   (umpama)   [10]
_____________.

                             SOALAN A2 (10 markah)

Arahan: Tiap-tiap peribahasa di bawah ini diikuti oleh empat kenyataan. Pilih
        kenyataan yang betul untuk menerangkan maksud peribahasa tersebut.
        Tuliskan huruf jawapan yang betul di tempat yang disediakan.

11    kuku besi
      A   Perangai Cikgu Rahmah yang bengis itu sering tidak disenangi oleh
          murid-muridnya.
      B   Ibu Salmah telah memukulnya apabila didapati dia sering melengah-
          lengahkan suruhannya.
      C   Penyelia baru di syarikat itu dibenci oleh para pekerjanya kerana dia suka
          menganiayai mereka.
      D   Pengadil perlawanan bola sepak itu telah memerintahkan Salim keluar
          walaupun kesalahannya kecil.
                                                                                ( )


                                          1
12   Belum duduk sudah berlunjur
     A   Kedatangan rombongan peminangan Farid telah sedia dimaklumi oleh
         keluarga Siti Fatimah.
     B   Kejayaaan yang tidak seberapa itu telah diheboh-hebohkan kepada
         kawan-kawannya.
     C   Pak Dolah bercita-cita untuk berniaga tetapi dia tidak pernah berusaha
         untuk mendapatkan modal.
     D   Oleh kerana Hashim tidak berlatih dengan sungguh-sungguh, dia telah
         kalah dalam perlumbaan lumba lari itu.
                                                                           ( )

13   Bagai meludah ke langit, muka juga yang basah
     A   Dia berasa malu untuk bertemu rakan-rakannya setelah gagal dalam
         peperiksaan yang didudukinya.
     B   Sikapnya yang suka menyalahgunakan wang syarikat telah menyebabkan
         Fauzi dipecat oleh majikannya.
     C   Ibu bapa Ali berasa malu apabila anak kesayangan mereka diberkas polis
         kerana terlibat dalam kegiatan jenayah.
     D   Pak Mansor menasihati anaknya Nadia jangan melawan atau membantah
         orang yang berkuasa, kita juga yang mendapat susah.
                                                                          ( )

14   Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
     A   Sekumpulan belia nakal yang telah merosakkan harta benda awam telah
         dibawa beramai-ramai ke balai polis untuk disoal.
     B   Setelah menyedari kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, Zariah telah
         meminta maaf kepada kedua-dua orang tuanya.
     C   Pengetua sekolah itu telah memberikan amaran bahawa para pelajar akan
         dibuang sekolah jika mereka mengulangi kesalahan itu.
     D Semua murid sekolah itu disuruh balik dan jangan membuang masa di
         kolong blok.
                                                                          ( )

15   Ayam terlepas tangan berbau tahi
     A   Oleh kerana terdapat butir-butir palsu dalam borang permohonannya,
         rayuannya telah ditolak.
     B   Dia berasa malu setelah didenda kerana cuba meniru semasa
         peperiksaan akhir tahun sekolahnya.
     C   Sungguhpun mereka telah mengaku tidak bersalah tetapi mereka telah
         ditahan kerana disyaki melakukan jenayah itu.
     D   Mereka cuba menyeludup mercun tetapi rancangan mereka telah
         dibatalkan sebelum mereka tiba di pusat pemeriksaan kastam.
                                                                       ( )

                            SOALAN A3 (5 markah)

Arahan: Dalam potongan karangan berikut terdapat 5 patah yang bergaris bawah.
        Pilih 5 frasa yang sesuai daripada 10 frasa yang diberi di bawah ini bagi
        menggantikan perkataan-perkataan itu. Tuliskan frasa itu di ruangan yang
        disediakan.

                                       2
         menyusur masuk                sasaran yang tepat
         menduga akan terjadi          masuk secara haram
         pertanda yang ditemui         menetapkan masa berlaku
         yang dapat menjejaki          perhatian yang sepenuhnya
         masuk secara bersembunyi      melindungi supaya tidak kelihatan

       Pegawai-pegawai dari Biro Narkotik Pusat, Jabatan Kastam dan pasukan
polis telah memperketatkan kawalan di tempat-tempat masuk ke Singapura. Ini
dilakukan kerana pemerintah [16] menjangkakan kes [17] penyeludupan dadah akan
bertambah. Anjing-anjing [18] pengesan dadah atau anjing narko telah digunakan.

      [19] Tumpuan terhadap kegiatan penyeludupan dadah akan diperhebatkan di
Pusat Pemeriksaan Woodlands. Sejak akhir-akhir ini pemerintah mendapati bahawa
pengedar-pengedar dadah cuba ke Singapura dan [20] menyembunyikan
bungkusan-bungkusan dadah di dalam kenderaan mereka.

16._______________
17._______________
18._______________
19._______________
20._______________

                           SOALAN A4 (15 markah)

Arahan: Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan
        yang diberi. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat yang disediakan.

21   semenjak     :______________________________________________

22   menuduh      :______________________________________________

23   cagaran :______________________________________________

24   kecelakaan   :______________________________________________

25   berbakat     :______________________________________________


                           SOALAN A5 (10 markah)

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan
        sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian, tulis
        jawapan kamu di tempat yang disediakan.

      Setiap pagi ramai pelajar menggunakan kenderaan awam untuk pergi ke
sekolah. Para pelajar yang tinggal [26] _______________ Pusat Pertukaran Bas
jarang [27] _______________ masalah. Mereka tentu dapat [28] _______________
bas-bas ke sekolah mereka. [29] _______________ samping itu, mereka dapat [30]
_______________ duduk. Bagi pelajar-pelajar yang [31] _______________ menaiki

                                      3
bas di perhentian [32] _______________ disediakan di sepanjang jalan [33]
_______________, mereka kerap mengeluh dan [34] _______________ hampa.
Bas-bas yang berulang-alik [35] _______________ sudah tentu penuh sesak
dengan penumpang. Adakalanya bas-bas itu tidak mahu berhenti langsung apabila
ditahan.




                           BAHAGIAN B (12 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan cermat dan jawab semua
        soalan yang mengikutinya.

       Teknologi maklumat dijangka menjadi agenda utama dunia pada abad ke-21
apabila kecanggihan teknologi hasil daripada gabungan telekomunikasi dan
komputer membolehkan manusia berhubung, memperoleh dan menyalurkan
pelbagai maklumat dengan pantas tanpa mengira ideologi politik negara.

        Perkembangan pantas revolusi maklumat itu dibantu oleh pembentukan
sistem rangkaian komputer yang menghubungkan 44,000 sistem rangkaian lain di
seluruh dunia atau lebih popular dikenal sebagai internet. melalui internet,
pengguna dapat memilih maklumat yang hendak digunakan atau disimpan serta
dapat dibaca berulang kali berbanding dengan televisyen atau radio yang
mempunyai jadual penyiaran yang tertentu dan tidak dapat ditonton atau didengar
lagi jika terlepas.

      Penggunaan internet dapat juga menjimatkan masa. Misalnya, kita dapat
mencapai pengkalan data milik Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik
Amerika Syarikat (NASA) untuk mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan
sistem solar atau misi angkasa lepas negara berkenaan. Kita tidak perlu tergopoh-
gapah dan bersesak di jalan raya bagi mendapatkan bahan berkenaan di
perpustakaan.

       Bagaimanapun     internet   bukan    setakat   sistem   rangkaian   yang
menghubungkan beribu-ribu komputer dan mencapai pelbagai maklumat dari
seluruh dunia, malah lebih daripada itu. Pengguna internet dapat menghantar dan
menerima mesej melalui mel elektronik, menghadiri forum diskusi yang dianggotai
oleh sebahagian besar penduduk dunia, menghantar fail menggunakan Protokol
Pertukaran Fail, berbincang dengan rakan dalam saluran Internet Relay Chat,
memanfaatkan sistem pelayan atau pelanggan gopher dan mencari maklumat dalam
Jaringan Saentero Dunia.

      Pengguna internet bukan sahaja mendapat pelbagai perkara menarik malah
dapat berkomunikasi, mendengar muzik atau menonton tayangan gambar dalam
satu masa.




                                       4
        Walaupun internet mempunyai pelbagai maklumat yang berguna dan tidak
berguna, keupayaannya sebagai alat untuk meningkatkan ilmu tidak dapat
dipertikaikan.  Penggunaannya selaras dengan hasrat negara mewujudkan
masyarakat yang kaya dengan maklumat menjelang dekad yang mendatang kerana
mereka yang berpengetahuan dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan dan
penipuan.


Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang diberi, jawab soalan-soalan berikut
        dengan memilih jawapan yang sesuai bagi setiap butiran. Kemudian, tulis
        huruf jawapan kamu di kertas Jawapan yang disediakan.


36   Nyatakan agenda utama dunia yang dijangka pada abad ke 21 kelak.
     A   teknologi maklumat.
     B   komputer.
     C   internet.
     D   mel elektronik.

37   Apakah Internet?
     A   komputer yang boleh bercakap.
     B   komputer yang boleh menyimpan pelbagai maklumat.
     C   sistem rangkaian komputer yang menghubungkan 44,000 sistem
         rangkaian lain di seluruh dunia.
     D   sistem media massa yang dapat berhubung dalam masa serentak.

38   Apakah kelebihan internet berbanding dengan media massa yang lain?
     A   internet mempunyai banyak siaran untuk ditonton.
     B   internet mempunyai rancangan-rancangan yang lebih padat.
     C   internet membolehkan sesuatu maklumat itu dipilih, disimpan dan diulang
         pembacaannya.
     D   internet banyak mempunyai siaran yang diulang tayang.

39   Bagaimanakah yang dikatakan dengan penggunaan internet kesesakan di jalan
     raya dapat dikurangkan?
     A    Pelbagai maklumat boleh diperolehi melaluinya dan tidak perlu lagi
          bersesak di jalan raya.
     B    Pengguna berpeluang mendapatkan bahan-bahan daripada NASA.
     C    Pengguna boleh mengetahui jalan yang mengalami kesesakan.
     D    Pengguna tidak perlu keluar rumah untuk mendapat barang keperluan.

40   Antara berikut manakah yang tidak menunjukkan kelebihan daripada
     penggunaan internet itu?
     A    Pengguna internet boleh menghadiri forum dunia.
     B    Pengguna dapat menghantar fail menggunakan mel elektronik.
     C    Pengguna internet dapat berbincang dengan rakan.
     D    Pengguna internet boleh mengesan maklumat dengan lebih cepat dan
          tepat.




                                       5
41   Apakah hasrat negara pada masa akan datang?
     A   supaya semua orang mahir menggunakan internet.
     B   supaya negara setaraf dengan negara-negara dunia yang lain.
     C   supaya pengguna internet boleh membezakan antara maklumat yang
         berguna dan tidak berguna.
     D   masyarakat yang kaya dengan ilmu dan tidak mudah diperdaya.



                            BAHAGIAN C (28 markah)

Arahan: Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini.        Kemudian jawab
        soalan-soalan yang mengikutinya.


        Jam di dinding bilikku menunjukkan pukul 12.45 tengah malam. Aku masih
lagi terbaring di atas katil. Mataku tidak mahu lelap. Kawan-kawan sebilikku telah
pun hanyut dibuai mimpi. Ketika itu, aku teringat kampung halamanku. Aku
teringatkan ibu dan adik-adikku. Aku amat merindui mereka semua.

      Sudah hampir dua belas minggu aku tidak pulang menjenguk mereka. Aku
berharap agar mereka memahami keadaan aku. Kerja pejabat yang bertimbun-
timbun sejak kebelakangan ini telah memutuskan hubungan aku dengan kampung
buat sementara waktu. Aku teringin sangat hendak menulis tetapi mata serta
badanku sering lesu apabila pulang dari pejabat.

      Ya, peristiwa 12 tahun masih jelas di dalam ingatanku. Ketika itu aku berusia
15 tahun. Ayah pergi meninggalkan kami. Kehidupan kami semasa arwah ayah
masih hidup memang susah. Apatah lagi setelah ketiadaannya. Hidup kami
sekeluarga serba kekurangan. Oleh itu, ibu terpaksa bekerja kuat untuk menyara
kehidupan kami anak-beranak. Aku kasihan melihat penderitaan ibu, bak kata
pepatah betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

      Adik-adikku yang masih kecil belum mengenal susah payah pada masa itu.
Bagi mereka hidup ini seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah. Walaupun
aku sedar akan kesusahan yang dilalui oleh ibu, aku tidak dapat berbuat apa-apa.

       Pada suatu hari, aku menyatakan keinginanku untuk berhenti sekolah kepada
ibu. Tujuanku adalah untuk mencari pekerjaan. Ibu tidak bersetuju. Ibu mahu aku
terus belajar dan belajar ke tahap yang paling tinggi. Kata ibu, biarlah dia sahaja
yang bekerja.

      Aku akur dengan kemahuan ibu.          Namun, aku dengan sedaya cuba
membantu ibu dengan kerja-kerja rumah. Selain itu, aku memberi kelas tuisyen
kepada anak jiran-jiran kami. Sekurang-kurangnya pendapatan itu dapat membiayai
yuran serta belanja persekolahanku. Dalam pada itu, pelajaran tidak aku abaikan.
Aku telah meminta nasihat daripada guru kelas. Beliau telah mengajar aku cara
membahagikan masa dengan bijak. Akhirnya, dengan berkat ketekunan yang tidak
pernah mengenal penat dan lelah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Aku gembira, begitu juga dengan ibu dan adik-adikku.


                                        6
       Setelah tiga tahun bergelumang dengan buku-buku dan bergelut dengan
peperiksaan di universiti, aku berjaya menjawat jawatan penting di sebuah firma
swasta. Gaji yang kuperolehi agak lumayan juga. Oleh itu, aku telah menyuruh ibu
supaya berhenti sahaja daripada mengambil upah menjahit dan membasuh. Malah,
segala perbelanjaan persekolahan adik-adikku menjadi tanggungjawabku. Biarlah
kini mereka merasa kehidupan yang lebih senang.

       Allahhuakhbar…Allahhuakhbar…tiba-tiba      lamunanku terputus  apabila
kedengaran sayup-sayup suara azan subuh dari masjid. Perlahan-perlahan aku
bangun untuk mengambil air sembahyang. Dalam hati kecil, aku mengakui
kebenaran peribahasa yang berbunyi “berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”


Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang diberi, jawab soalan-soalan berikut
        dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan
        kamu di tempat yang disediakan.

42   Di manakah agaknya penulis tinggal?
     _____________________________________________________________

43   Mengapakah penulis tidak dapat tidur pada malam itu?
     _____________________________________________________________

44   Berapakah umur penulis sekarang? Mengapakah penulis pernah berhajat
     untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan?
     _____________________________________________________________

45   Kepada siapa penulis meminta nasihat dan apakah nasihat beliau?
     _____________________________________________________________

46   Nyatakan usaha yang dilakukan oleh penulis untuk menambahkan pendapatan
     keluarganya.
     _____________________________________________________________

47   Berikan satu contoh yang menunjukkan bahawa penulis seorang kakak yang
     bertanggungjawab.
     _____________________________________________________________

48   Pada pendapat kamu adakah penulis telah berjaya dalam hidupnya? Berikan
     sebab-sebabnya?
      _____________________________________________________________




3E-Jun


                                       7

								
To top