Hijrah Dan Latarbelakang Sejarah

Document Sample
Hijrah Dan Latarbelakang Sejarah Powered By Docstoc
					        MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

                 KHUTBAH JUMAAT

       13 FEBRUARI 2004 / 22 ZULHIJJAH 1424

           Hijrah Dan Latarbelakang Sejarah




Ma’asyiral Muslimin wa Zumratal Mukminin
Rahimakumullah


Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada
hadirin sekalian agar bertaqwa kepada Allah s.w.t dan
sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan itu dengan



                          1
giat menjalankan semua perintah Allah s.w.t. dan
menjauhi semua laranganNya.


Sidang Jumaat yang berbahagia


Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan
Muharram bagi tahun 1425 Hijrah. Bulan bersejarah yang
tertanam di dalam jiwa dan terukir kukuh di dalam hati
setiap umat Islam. Bulan ini ialah bulan memperingati
hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dari
Makkah ke Madinah bagi mentaati perintah Allah s.w.t..


Hingga ke hari ini, peristiwa hijrah tetap dikenang. Namun
pernahkah kita umat Islam terfikir apakah sebenarnya
sejarah yang berlaku ketika hijrahnya Baginda dari kota
Makkah ke Madinah? Pernahkah kita terfikir untuk
mengkaji dan mendalami sejarah Islam itu sendiri?


Ketahuilah para hadirin sekalian,


Tahun baru hijrah mempunyai ciri yang tersendiri dan
istimewa. Ia tidak sahaja menjadi alat untuk menghitung
hari dan mencatat sejarah sebagai bermulanya takwim
Islam tetapi amat rapat hubungannya dengan sejarah
akidah dan perkembangan agama Islam.


                             2
Menyingkap peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. kira-kira 14
abad lalu, suatu peristiwa yang dipenuhi pahit manis dan
pelbagai rintangan serta dugaan yang dilalui oleh Baginda
dan para sahabat Baginda semata-mata bagi menyahut
seruan Allah s.w.t. untuk menyelamatkan diri baginda
sendiri dari ancaman orang-orang Quraisy yang bertekad
untuk membunuh Baginda. Peristiwa itu bertujuan untuk
mengembangkan dan menegakkan syiar Islam pada
ketika itu.


Hijrah Nabi s.a.w. merupakan hasil dari kajiannya yang
dilakukan oleh Baginda terhadap keadaan negara dan
rakyat yang menetap di Semenanjung Tanah Arab. Ia juga
merupakan     satu    perancangan     yang    mendalam,
pelaksanaan yang teliti dan gerak kerja yang berterusan
sehingga baginda mencapai apa yang dirancangkan.


Usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai
pengkalan Dakwah Islamiyyah bukan dilakukan dalam
masa yang singkat. Sebelum menyeru umatnya berpindah
ke Madinah, Baginda telah mengkaji dan bertemu sendiri
dengan sekumpulan penduduk Yathrib dan menyeru
mereka kepada Islam. Mereka ini menerima seruan
Rasulullah s.a.w. dan seterusnya membai’ah baginda dan


                            3
menyatakan kesediaan untuk membantu baginda dan
para sahabat baginda. Setelah itu barulah baginda
menyuruh para sahabatnya berhijrah ke Yathrib, yang
dikenali dengan nama Madinah pada hari ini.


Sidang Jumaat yang berbahagia


Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita peringati
sekarang ini bukan sahaja bermaksud perpindahan
baginda dan umat Islam dari Makkah ke Madinah tetapi
membawa        maksud    “membuat         suatu   perubahan”.
Penghijrahan    yang    dipimpin   oleh    Rasulullah   s.a.w.
merupakan suatu dimensi baru kepada umat Islam iaitu
dari suasana yang lama di Makkah kepada suasana yang
baru di Madinah. Peristiwa itu juga merupakan detik
terpenting kepada pembaharuan nilai hidup manusia dan
tidak akan berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan
prinsip umat Islam dalam berhadapan suasana baru.


Berlakunya hijrah baginda dari Makkah ke Madinah bukan
sahaja mencatat sejarah dengan tertubuhnya sebuah
pengkalan Dakwah Islamiyyah tetapi baginda berjaya
membangunkan sebuah daulah Islamiyyah dan sekaligus
menyumbang kepada perkembangan agama Islam ke




                             4
seluruh   pelusuk    samada       di   dalam    atau   di   luar
Semenanjung Tanah Arab.


Antara faktor-faktor yang telah menyumbang kepada
kejayaan baginda dalam membangunkan sebuah negara
Islam adalah :-


Pertama : Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang
merupakan pembawa Risalah Allah dan juga pemimpin
umat Islam ketika itu. Kewibawaan baginda sebagai
pemimpin dapat dilihat dari aspek keperibadiannya yang
sanggup berkorban demi untuk menegakkan syiar Islam.
Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. juga dapat dilihat
dari sudut pemikirannya yang berpandangan jauh dalam
mengatur strategi dakwahnya.


Faktor Kedua: Kecekalan yang ditunjukkan oleh kaum
Muhajirin yang telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w.
supaya berhijrah ke Madinah dengan tujuan untuk
menegakkan syiar Islam. Mereka sanggup meninggalkan
rumah     dan     harta   benda        mereka    semata-mata
mempertahankan prinsip yang mereka pegang dan untuk
mendapat keredhaan Allah s.w.t.




                              5
Ketiga: Kesatuan dan kesepaduan umat Islam hasil dari
terbangunnya sebuah daulah Islamiyyah di Madinah. Nabi
Muhammad s.a.w. telah melaksanakan berbagai-bagai
usaha demi untuk menyatukan golongan Muhajirin dan
Ansar, Aws dan Khazraj agar menjadi sebuah umat yang
bersatu.     Sesebuah     negara   tidak   akan       mampu
dibangunkan tanpa mempunyai umat yang boleh hidup
dalam keadaan harmuni dan makmur.


Keempat: Pertolongan dari Allah s.w.t. Sudah tentunya
setiap     usaha   yang   menghasilkan     kejayaan    amat
bergantung rapat dengan pertolongan Allah s.w.t. Usaha
seseorang tidak akan berjaya tanpa pertolongan dan
ma’unah dari Yang Maha Esa. Lebih-lebih lagi dalam
usaha untuk menegakkan syiar Islam dan Risalah Nabi
Muhammad s.a.w. Allah berfirman dalam surah Ali Imran
ayat 160:




Bermaksud: “Jika Allah menolong kamu maka tiada apa
yang dapat mengalahkan kamu, Jika Allah membiarkan
kamu maku siapakah yang dapat menolong kamu selain
dari Allah sesudah itu, kerana itu hendaklah orang-orang
mukmin bertawakkal”

                             6
Sidang Jumaat yang berbahagia


Kita perlu menghayati erti pengorbanan Baginda dalam
peristiwa    hijrah   supaya   lebih     bersemangat    dalam
meneruskan setiap usaha dakwah. Kesabaran dan
pengorbanan merupakan kunci utama keimanan yang ada
pada diri Rasulullah s.a.w. pada ketika itu. Sumbangan
seperti itu sama ada pengorbanan dari segi tenaga dan
juga harta, perlu dihayati dan dicontohi umat Islam dalam
menghadapi kehidupan hari ini.


Sebagai      umat     Islam,   marilah     kita     sama-sama
menanamkan semangat untuk lebih mendalami dan
menghayati sejarah Islam itu sendiri serta mencontohi dan
meneladani setiap pengajaran yang boleh dijadikan iktibar
dan panduan untuk mencorak langkah menuju ke arah
melahirkan     umat     yang       cemerlang      dan   mampu
menyumbang ke arah pembangunan negara.




                               7
8

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:19
posted:5/25/2012
language:
pages:8