KERJA KURSUS PENDEK by 2TjRt76

VIEWS: 94 PAGES: 3

									                  INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


  PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PPISMP)

                             KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK KURSUS: KB 1310D                 SEMESTER : 1
        KEMAHIRAN BELAJAR


TARIKH MULA           28 JULAI 2011        TARIKH SERAHAN      8 SEPT. 2011



Hasil Pembelajaran kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

   1. Menjelaskan kepentingan kemahiran belajar

   2. Menyatakan jenis-jenis sumber maklumat

   3. Menggunakan sumber secara optimum dalam pembelajaran

   4. Mencari dan mengumpul maklumat yang relevan

   5. Memilih dan menggunakan maklumat

   6. Menganalisis, mentafsir, menilai dan mensintesis

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2,3,4 dan 6



Objektif Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:;

   1. Mengenalpasti sumber-sumber pelajaran

   2. Memilih dan memproses maklumat daripada pelbagai sumber

   3. Membuat pengurusan grafik pada bahagian-bahagian sesuai berdasarkan
      tugasan

   4. Menulis cara menulis bibliografi dengan cara yang betul mengikut system
      APA

   5. Menyiapkan tugasan yang diberi dengan kebolehan mentafsir, menilai,
      mensintesis dan menginterpretasi dengan betul
Tajuk Kerja Kursus Pendek (100%)

  Seorang tokoh perguruan pernah mengatakan bahawa tugas seorang guru
  mempunyai dua cabang -.yakni tugas profesional dan tugas kemasyarakatan.
  Menurutnya, jika kedua-dua tugas ini digabungkan bersama, peranan guru ketika
  ini ialah memastikan ia dilaksanakan serentak dalam keadaan yang harmoni dan
  dinamik supaya guru tidak berperanan mengajar di kelas semata-mata, tetapi
  berupaya menjadi peransang dan mentor pertama kepada pengukuhan akhlak
  dan sahsiah pelajar.
                                                  Milenia Julai 2009 (disesuaikan)

  Berdasarkan pernyataan di atas, fokus utama ialah menggunakan sumber
manusia sebagai punca utama untuk menjayakan sesuatu matlamat..

   i.     Bagi setiap tugas guru yang dinyatakan di atas huraikan bagaimana guru
          mendapatkan sumber maklumat.                              (40 markah)

   ii.    Terangkan sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong sumber
          manusia bagi mencapai sesuatu matlamat.             (40 markah)

   iii.   Sediakan pengurusan grafik yang sesuai untuk menggabungkan isi-isi
          penting bagi soalan (i) dan (ii).                    (20 markah)



Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan 2 atau 3 orang dan perlu ada
perbincangan antara ahli-ahli.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.

3. Kulit hadapan hendaklah selaras dengan keperluan tugasan PPISMP dari segi
format dan warna yang ditetapkan dan perlu mengandungi butir-butir berikut:

     i.   Nama anda (mengikut kad pengenalan)
    ii.   Kumpulan / unit
   iv.    Subjek
   v.     Nama pensyarah
   vi.    Tarikh serahan

 4. Sila sertakan juga soalan tugasan bersama-sama tugasan dan tugasan
hendaklah dijilid menggunakan gelung hitam (ring)
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut,
   i.    Fon Arial dalam bentuk ‘justify”
   ii.   Saiz huruf ialah 12
  iii.   Langkau satu setengah baris
  iv.    Rujukan mengikut format APA
   v.   Gambar-gambar rajah perlu dilabel dengan jelas dan dinomborkan
        mengikut urutan secara tertib.termasuk dengan jadual-jadual grafik dan
        lukisan.
 vi.    Lampiran (sumber internet, surat khabar atau majalah)

6. Panjang tugasan adalah antara 3500 hingga 5000 perkataan

7.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut,

   1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

   2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,

      i.     Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan isu yang dibangkitkan

      ii.    Penulisan artikel tersebut mestilah merangkumi empat kemahiran
             memproses maklumat iaitu,
                Mensintesis
                Menganalisis
                Mentafsir
                Menilai

      iii.   Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah
             dikemukakan

      iv.    Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan
             sokongan ilmiah

      v.     Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran

      vi.    Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan
             hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh                               Disahkan oleh

,___________________                     _______________________
( NORDIN BIN TAHIR)                      ( ZULKUFLY BIN MAHAYUDDIN)
Pensyarah,                                Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan                  Jabatan Ilmu Pendidikan

								
To top