SEJAUHMANAKAH TAHAP KEPATUHAN DAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL
Document Sample


TAHAP KEPATUHAN DAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP DI KALANGAN PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP
NOOR HAFIZAH BT. BAHARUM1
SUPLI EFFENDI BIN RAHIM2
1
Mahasiswa Ijazah Kemahiran Hidup Daripada Jabatan Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak
Email : fiza_pdnsdk@yahoo.com.my
² Profesor di Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Email : supli_effendi@upsi.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji sejauhmanakah tahap kepatuhan dan amalan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup di kalangan pelajar kemahiran hidup yang dilaksanakan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap
kepatuhan pelajar apabila melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel Kemahiran
Hidup.Kajian ini dilakukan kepada pelajar-pelajar Kemahiran Hidup di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.Instrumen kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan set
soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata.Data yang diperolehi daripada
responden dianalisis menggunakan kaedah (SPSS) versi 17.0.Penyelidik telah membuat
kajian rintis bagi melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik yang dibuat.Hasilnya
nilai alpha cronbach ialah 0.891.Dalam dimensi pertama nilai alpha cronbach yang
didapati adalah bernilai 0.855.Manakala bagi dimensi kedua nilai alpha cronbach yang
didapati adalah bernilai 0.806.
Kata kunci: tahap kepatuhan, amalan keselamatan bengkel,kemahiran hidup
ABSTRACT
This study examined to what extent the level of compliance and safety practices in the
Life Skills Workshop students life skills are conducted at the Universiti Pendidikan
Sultan Idris.This study was conducted to identify students' level of compliance when
doing practical work in the workshop was conducted to Hidup. Life Skills students at the
Universiti Pendidikan Sultan Idris.Instrumen used is by using a questionnaire using
Likert scale of five points.Data obtained from respondents were analyzed using (SPSS)
version 17.0.Researcher has made a pilot study to determine the reliability item-item
questionnaire Cronbach alpha values were done.The result is 0.891.In first dimension
Cronbach alpha values were found to be valueable for the second dimension 0.855.While
Cronbach alpha values obtained were worth 0.806
Keywords:level of compliance, safety practices workshops,life skills
1.0 Pendahuluan
1.1Pengenalan
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi dan ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3.Mata pelajaran ini digubal bagi melahirkan insan yang berdikari, kenal
faham teknologi dan ekonomi serta mempunyai sifat kreatif, berinisiatif dan yakin diri
dalam keadaan teknologi yang semakin berubah dalam kehidupan seharian.Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang
berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan.Kemahiran Hidup terbahagi
kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Teknikal, bengkel Ekonomi Rumah
Tangga dan bengkel Pertanian.Di antara ketiga-tiga jenis bengkel ini, bengkel Kemahiran
Teknikal paling kerap digunakan.Ini berikutan kerana bengkel telah dibahagikan kepada
empat bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, Bengkel Paip Asas, bengkel
Elektrik dan bengkel Enjin.Persekitaran dan suasana bengkel perlulah sesuai bagi melatih
pelajar untuk menggunakan alatan tangan dan mesin dengan selamat.Oleh itu, pelajar
perlulah menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel di samping menjaga
keselamatan diri dan orang lain.Sikap kesedaran terhadap keselamatan perlu diterapkan
dalam diri setiap pelajar bagi diamalkan semasa menjalankan kerja-kerja amali di
universiti dan seterusnya diamalkan dalam alam pekerjaan.
1.2Pernyataan Masalah
Seperti yang diketahui umum, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
merupakan satu mata pelajaran yang menggunakan proses penyampaian pengajaran yang
berbeza dengan mata pelajaran lain.Proses pengajaran yang dilaksanakan memerlukan
lebih banyak waktu pembelajaran pelajar di dalam bengkel.Persekitaran bengkel perlu
diambil berat dan tidak dipandang ringan agar dapat menimbulkan suasana yang selesa
kepada pelajar mahupun pensyarah.Pengudaraan bagi sesebuah bengkel juga perlu
dititikberatkan untuk memastikan kerja-kerja amali dijalankan dengan selamat.Pensyarah
juga perlu memastikan bahawa ruang kerja bagi pelajar menjalankan kerja amali adalah
bersesuaian dengan bilangan pelajar yang ada.Selain itu juga,wajar kiranya pelajar perlu
mematuhi aspek peraturan keselamatan di dalam bengkel.Aspek keselamatan bengkel
sememangnya penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti kemalangan dan
kecederaan kepada pelajar.
Pensyarah dan pembantu bengkel pula perlu menguasai segala ilmu yang berkaitan
dengan keselamatan bengkel.Ini bagi memudahkan proses penerapan peraturan
keselamtan bengkel kepada pelajar yang perlu diingatkan dari semasa ke semasa.Kajian
ini dijalan bagi mengenalpasti tahap kepatuhan dan amalan keselamatan Bengkel
Kemahiran Hidup di kalangan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.Antara
aspek-aspek yang dikaji ialah aspek kelengkapan, keselamatan, pengurusan keselamatan
dan persekitaran di bengkel.Walaupun di setiap bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
terdapat peraturan keselamatan tetapi sejauhmanakah pelajar-pelajar mematuhi peraturan
tersebut sewaktu menjalankan kerja-kerja amali.Langkah yang wajar perlu diambil bagi
memastikan pelajar mematuhi dan mengamalkannya ketika berada di dalam bengkel.
1.3 Objektif Kajian
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek tahap kepatuhan
pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap peraturan keselamatan di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
Objektif khusus kajian :
i. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap disiplin di bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu.
ii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap keselamatan penggunaan
alatan tangan dan mesin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
iii. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap pengurusan keselamatan di
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
iv. Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar terhadap penggunaan peti pertolongan cemas
dan alat pemadam api di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Pengenalan
Kajian ini dijalan untuk mengkaji dan mengumpulkan maklumat yang terperinci
mengenai tahap kepatuhan dan amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup pelajar-
pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Di dalam bab ini beberapa perkara yang
berkaitan dengan kajian akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian, populasi dan sampel
kajian, intrumen kajian dan analisis data.
2.2 Rekabentuk kajian
Kajian ini dijalan dalam bentuk tinjauan iaitu dengan menggunakan borang kaji
selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan
Sultan Idris di daerah Tanjung Malim, Perak.Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk
mendapat maklumbalas terhadap sejauhmanakah tahap kepatuhan dan amalan
keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di kalangan pelajar Kemahiran Hidup yang
dilaksanakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2.3 Populasi dan sampel kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional mengandungi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Kemahiran Hidup, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah
Tangga dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian.Penyelidik telah memilih
seramai 50 pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Kemahiran Hidup.Penyelidik telah memilih 50 responden yang
menggunakan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup untuk dijadikan sampel kajian.
2.4 Nilai skala likert
Borang soal selidik yang dibina menggunakan skala likert untuk menjawab
soalan-soalan yang diperuntukkan.Nilai 1 merupakan sangat setuju manakala nilai 2
menjadi indikator terhadap setuju.Nilai 3 pula menjadi penunjuk aras kepada tidak
pasti.Manakala bagi kelompok tidak setuju nilainya adalah 4.Manakala kelompok sangat
tidak setuju bernilai 5.
Jadual 3.1 Nilai skala Likert
Skala Nilai
________________________________________________________________________
Sangat setuju 1
Setuju 2
Tidak pasti 3
Tidak setuju 4
Sangat tidak setuju 5
________________________________________________________________________
2.5 Analisis Data
Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil
kajian.Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah SPSS, versi 17.0.Nilai
peratusan, min dan frekuensi akan dihuraikan dalam bentuk jadual.Untuk mendapatkan
min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur kemudiannya dibahagi dengan
keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min
rendah,sederhana dan tinggi.
2.6 Keesahan dan kebolehpercayaan
Kajian rintis dijalankan dengan responden seramai 50 orang yang mengambil
major Pendidikan Kemahiran Hidup.Bagi keseluruhan dimensi borang soal selidik
didapati bahawa alpha cronbach adalah 0.891 dengan jumlah item sebanyak 30.Didapati
bahawa keesahan dalaman adalah tinggi.Manakala bagi dimensi amalan 4M didapati
bahawa alpha cronbach bernilai 0.855 dengan jumlah item sebanyak 15.Bagi dimensi
kedua iaitu keselamatan am didapati alpha cronbach adalah bernilai 0.806 dengan jumlah
item adalah 15.Kesimpulannya, kedua-dua dimensi mempunyai alpha cronbach yang
tinggi.Maka, soal selidik mempunyai keesahan yang tinggi.
Jadual 3.2 Nilai alpha cronbach
Perkara Nilai alpha cronbach
Nilai keseluruhan 0.891
Dimensi pertama(amalan 4M) 0.855
Dimensi kedua(keselamatan am) 0.806
3.0 ANALISIS DATA
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menganalisi data yang telah diperolehi daripada
respondan melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang
mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan
Sultan Idris,Tanjung Malim,Perak.Data dan maklumat yang diperolehi secara automatik
menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan kekerapan, min dan
peratusan.Keputusan kajian ini akan menjawab persoalan serta objektif kajian penyelidik
dan ianya dimasukkan dalam nentuk jadual.Hasil dapatan kajian ini, dikhususkan kepada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Bahagian A merupakan analisis terhadap
biodata responden.Sebanyak 6 soalan di peruntukkan pada bahagian A.Penghuraian
Bahagian B akan dijalankan dengan cara menjawab 30 item soalan kajian mengikut skop
kajian yang telah ditetapkan.
3.2 Analisis data
Amalan 4M
Keselamatan Am
Rajah 4.3 Nilai Keseluruhan Min Bagi Dua Dimensi
Amalan 4M
Keselamatan Am
Rajah 3.1 Nilai Keseluruhan Sisihan Piawaian Bagi Dua Dimensi
Min keseluruhan item bagi dimensi amalan 4M ialah 1.744 dan sisihan
piawaian ialah 0.40504 manakala min keselurukan bagi dimensi keselamatan am
ialah 1.8987 bersamaan dengan 0.43690 sisihan piawaian.
Jadual 3.1 Nilai Keseluruhan Min,Sisihan Piawaian Bagi Dua Dimensi
________________________________________________________________________
Perkara N Minimum Maksimum Min Sisihan piawaian
________________________________________________________________________
amalan 4M 50 1.00 2.53 1.7440 0.40504
Keselamatan am 50 1.27 3.07 1.8987 0.43690
_______________________________________________________________________
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
4.1 Pengenalan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelajar-pelajar
mematuhi kesemua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.Pelbagai faktor yang
perlu diambil kira bagi pelajar mematuhi kesemua peraturan keselamatan seperti faktor
persekitaran, pencahayaan dan pengurusan dari pensyarah dan pembantu
bengkel.Persekitaran yang tidak terurus boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan.Kekemasan dan kebersihan di dalam bengkel bukan sahaja dapat menjauhi
kemalangan tetapi dapat mempertingkatkan kualiti hasil projek.Pencahayaan di dalam
bengkel perlulah mencukupi kerana pencahayaan yang tidak mencukupi boleh
mengakibatkan pelajar tidak berminat untuk belajar dan akan meningkatkan risiko
kemalangan.Selain itu juga, pensyarah dan pembantu bengkel perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang aspek-aspek pengurusan bengkel.Apabila kesemua
aspek ini dapat dilakukan, keselamatan semua pelajar akan terjamin.
4.2 Cadangan
Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, penyelidik telah menyertakan beberapa
cadangan untuk diberi perhatian sewajarnya.Cadangan-cadangan ini adalah penting bagi
penambahbaikan kepada masalah yang dihadapi ini di masa akan datang.
(i) Pensyarah perlu memastikan kelengkapan bengkel seperti alatan tangan,
mesin dan bahan yang diperlukan ketika amali dipertingkatkan
penyelenggaraannya dan dapat diuruskan dengan baik.
(ii) Pensyarah perlu memastikan kelengkapan keselamatan bengkel seperti
kotak kecemasan dan alat pemadam api diselenggara dan diurus dalam
keadaan yang baik.Ini adalah bagi memastikan apabila berlaku perkara
yang tidak diingini,alat-alat bantuan keselamatan boleh membantu
menyelesaikan.
(iii) Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menambah bilangan jawatan
pembantu bengkel bagi kesemua bengkel Kemahiran Hidup bagi
membantu pensyarah menguruskan bengkel dengan lebih berkesan.
(iv) Pensyarah perlu mengawal dan memastikan pelajar-pelajar mengikuti
peraturan bengkel supaya perkara yang tidak diingini.
(v) Pihak universiti dan pensyarah perlu prihatin dan peka dengan
persekitaran seperti aspek pengudaraan,lantai dan bunyi bising agar dapat
memantapkan fungsi bengkel.
4.3 Kesimpulan
Hasil kajian mendapati bahawa mengamalkan peraturan keselematan merupakan
aspek terpenting ketika berada di dalam bengkel.Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
memantapkan lagi keselamatan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu di Universiti
Pendidikan Idris.Pelajar perlu mengambil berat dan tidak memandang rendah terhadap
peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.Pensyarah,pembantu bengkel dan pihak
pengurusan perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap peraturan keselamatan yang
diwujudkan di dalam bengkel.Ini adalah kerana bengkel-bengkel Kemahiran Hidup ini
akan menghasilkan guru-guru yang bakal menyumbangkan jasa kepada negara Malaysia.
5.0 Rujukan
Ahmad Fuad Md. Idris (1995). Kepentingan Amalan Keselamatan di Bengkel
Kimpalan dan Fabrikasi Logam di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu,
Kemaman dan Besut Negeri Terengganu: Satu Tinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Azhari Md Salleh(1992). Pengurusan Industri.Johor Bahru.JJ Computer
Publication
Azizi Yahaya(2008).Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Dalam Bengkel Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik DI Negeri
Sembilan : Satu Tinjauan.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Gardner, H. 1983. Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New
York: Basic Book.
Hassan Salim(1997). Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah.Edisi Pertama.
Kuala Lumpur.
Hayati Mustapha (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan
pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana
Muda.
Kamus Dewan Edisi Baru (2001), Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairul Azhar Mohd Zulpakar(2008). Amalan Keselamatam Bengkel Di
Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan
Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti: Satu Tinjauan:
Tesis Sarjana Muda.
Get documents about "