KERTAS KERJA HARI KELUARGA SENIBELADIRI 2009 by 88tEUMYR

VIEWS: 0 PAGES: 10

									    CADANGAN KERTAS KERJA
HARI KELUARGA SENI BELADIRI 2010




              PADA:
        9,10,11 APRIL 2010




           HARI :
     JUMAAT, SABTU, AHAD




          TEMPAT :
          KUANTAN
    PAHANG DARUL MAKMUR
1. PENGENALAN

    Hari Keluarga Seni Beladiri ini yang pertama diadakan bagi mengumpulkan dan
    mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan antara semua ahli-ahli
    seni beladiri di seluruh tanahair bersama-sama keluarga masing-masing.

    Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
    menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli-ahli seni beladiri.
    Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang
    bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara
    warga seni beladiri. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek
    kebudayaan, kerohanian dan sukan.

    Adalah menjadi harapan peserta agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih
    meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


  1.1. TUJUAN

     Dalam kertas kerja ini akan menerangkan bagaimana Kumpulan penganjur
     dapat memastikan:

         Semua penghantaran dapat dikendalikan dengan teratur dan mengikut
          perancangan
         Untuk kenal pasti kaedah, perancangan dan susunan sumber.

     Kertas Kerja ini merangkumi beberapa bahagian seperti:-

           Pengenalan
           Objektif
           Ahli Jawatankuasa
           Tema
           Kawalan Komunikasi
           Perincian program
           Tentatif program
           Penyediaan / Kemudahan
           Bayaran / Kutipan
           Anggaran perbelanjaan
2. RINGKASAN

    Kertas kerja ini adalah berkaitan perancangan untuk menganjurkan Hari
    keluarga Seni beladiri. Hari Keluarga ini mestilah merangkumi aktiviti seperti di
    bawah bagi mengisi aktiviti utama penganjurannya

          Hari Keluarga
          Upacara mengangkat keris

    Dalam memastikan setiap program berjalan lancar, penganjur perlu memastikan
    perkara-perkara yang perlu di ambil kira seperti:

          Lokasi penganjuran
          Peserta
          Program
          Penyediaan sumber
          Kewangan

  2.1. OBJEKTIF HARI KELUARGA

          Menyambung silaturahim ikatan persaudaraan dikalangan ahli-ahli seni
           beladiri.
          Memupuk semangat setiakawan dikalangan ahli-ahli seni beladiri di
           seluruh tanahair.
          Mengenali lebih dekat antara satu sama lain yang berlainan aliran
           beladiri.
          Bersatu memertabatkan seni beladiri.
          Mengenali adat dan adap istana.
          Mengembalikan adat dan adap melayu yang kian dilupakan.

  2.2. TEMA

    Cadangan tema hari keluarga ialah “Bersatu melalui Seni beladiri”.
3. AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA SENI BELADIRI 2009.

     Penaung                    : Dato’ Sri Maharaja Perbajelai Dato Sri Wan Wahid
     Pengurus Program           : En Azlan Jumat B Abdul Ghanie
     Pengarah Program           : En Gadaffi Dzulkifli
     Setiausaha                 : En Hamidi
     Ketua Seketariat           : En Shuhaimi Che Hassan
     Pengurus Kewangan          : En Md Helmi Abd Hamid
     Pengurus Logistik          : En Tengku Musa
     Pengurus Aktiviti          : En Omar A Rahman

     Seketariat
     Promosi / Jemputan         : En Fuad Hamdan
     Pendaftaran                : En Samsul / Sensei Tan
     Protokol / Adat istiadat   : En Imran Azmi
     Penganugerahan             : En Husni
     Hal-Ehwal Wanita           : Pn Shida
     Tugas-tugas khas           : En Muhaimi Tarmuji

     Kewangan
     Kutipan / Penerimaan       : Cik Hanis
     Pembayaran                 : En Md Helmi Abd Hamid

     Logistik
     Pengerusan tempat          : En Fainul
     Cenderahati / Hadiah       : En Dzulfikar
     Pengurus makanan           : En Mazlan
     Pengurus peralatan         : En Sopian Mangsur

     Aktiviti
     Tahlil / Doa selamat       : En Kamaruddin Nadzar
     Pengurus karaoke           : Pn Mazlin
     Pengurus seminar           : En Megat Muslehuddin
     Persembahan / Demo         : En Rozman / En Hanif
     Penganugerahan             : En Sharifudin
     Sukaneka                   : En Omar A Rahman

     Sila lihat Lampiran 1

  3.1. PEMBAHAGIAN TUGAS

     Mereka yang terlibat telah di bahagikan tugas dan unit. Setiap unit diketuai oleh
     ketua yang boleh dihubungi setiap masa. Jika mengalami masalah harus lah
     dirujuk kepada ketua masing-masing.

     Sila lihat Lampiran 2.
3.1.1. SEKETARIAT

Hal Ehwal Wanita
Tugas-tugas khas           Keselamatan
                           Pegawai Khas
Promosi / Jemputan         Promosi / Pengiklanan
                           Jemputan ahli luar Negara
                           Jemputan ahli dalam Negara
                           Jemputan tetamu perguruan
                           Jemputan tetamu khas
Pengurusan Pendaftaran     Program
                           Penginapan
                           Seminar
                           Jamuan Diraja
Protokol / Adat istiadat   Tetamu khas
                           Pihak istana
                           Tetamu perguruan
Penganugerahan             Senarai penerima
                           Selempang / Sijil


3.1.2. KEWANGAN

Pengurusan penerimaan      Pendaftaran program
                           Pendaftaran seminar
                           Sumbangan
Pengurusan pembayaran      Penginapan
                           Makanan / Minuman
                           Peralatan
                           Sewa tempat
                           Hadiah / Cenderahati


3.1.3. LOGISITIK

Pengurusan tempat          Venue / penginapan
                           Dewan tahlil
                           Dewan makan / Karaoke
                           Dewan Seminar
                           Dewan Jamuan Diraja
                           Padang sukaneka
Cenderahati / Hadiah       Pihak istana
                           Tetamu khas
                           Sukaneka
                           Cabutan bertuah
Pengurusan makanan         Sarapan pagi
                           Makan tengahari
                           Makan malam
                           Jamuan diraja
                           Malam Penganugerahan
                             Seminar
                             Sukaneka
  Pengurusan peralatan       Sejadah
                             Yaasin
                             Set karaoke
                             Sistem PA
                             Pentas Backdrop


  3.1.4. AKTIVITI

  Majlis tahlil              Imam
  Pengurusan Karaoke         EMCEE
                             Cabutan bertuah
                             Peserta / Senarai Lagu
  Pengurusan Seminar         EMCEE
                             Penceramah
                             Susunan majlis
  Persembahan                Pembukaan jamuan
                             Demo silat
  Jamuan Diraja              EMCEE
                             Susunan tetamu
                             Susunan majlis
  Sukaneka                   EMCEe
                             Aturcara
                             Permainan



3.2. KUMPULAN SOKONGAN

  Kumpulan sokongan harus di wujudkan sebagai pembantu dalam menguruskan
  aktivti-aktiviti seperti yang dirancang jika aktiviti yang berlangsung memerlukan
  bantuan.

3.3. KAWALAN KOMUNIKASI

  Kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai
  penganjur haruslah memberikan nama, no telefon / no telefon bimbit dan alamat
  e-mail tujuan untuk komunikasi dan setiap yang terlibat akan berhubung melalui
  telefon / alamat e-mail.

  Sila lihat Lampiran 3.
4.   PERINCIAN PROGRAM

           Tarikh : 9,10,11 April 2010 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
           Tempat : Kuantan, Pahang
           Anggaran Bilangan Peserta : 200 orang


     4.1. LOKASI PENGINAPAN

        Sila lihat lampiran, masih dalam perbincangan.

     4.2. PESERTA

           Semua ahli-ahli seni beladiri yang berminat untuk mengikuti program ini.
           Senarai perguruan yang akan dijemput.

            Sila lihat Lampiran


     4.3. KEMUDAHAN PERSEKITARAN

     Berdasarkan keperluan dan perancangan aktiviti.
            Surau
            Kolam renang
            Pantai
            Set Karaoke


     4.4. TENTATIF PROGRAM

         Aturcara

         Jumaat, 9 Apr 2010
         09.00 AM        :   Berkumpul di Pejabat Setapak
         09.30 AM        :   Bertolak ke Cherating
         12.30 PM        :   Makan Tengahari
         01.15 PM        :   Solat Jumaat
         02.15 PM        :   Pendaftaran Penginapan
         05.00 PM        :   Minum petang & Taklimat
         06.00 PM        :   Aktiviti Bebas
         07.15 PM        :   Solat Maghrib & Tahlil
         08.30 PM        :   Makan Malam
         09.00 PM        :   Program Suaikenal dan Sessi Karaoke
         11.00 PM        :   Aktiviti Bebas
  Sabtu, 10 Apr 2010

   07.30 AM       :   Sarapan Pagi
   08.00 AM       :   Pendaftaran Seminar
   08.30 AM       :   Seminar I
   10.00 AM       :   Rehat Pagi
   10.30 AM       :   Seminar II
   12.30 PM       :   Makan Tengahari & Solat
   02.00 PM       :   Majlis Menjunjung keris
   05.30 PM       :   Sukaneka
   07.15 PM       :   Solat Maghrib
   08.00 PM       :   Pendaftaran Malam Penganugerahan
   08.30 PM       :   Ketibaan Tetamu VIP
   08.35 PM       :   Kata Aluan Pengerusi Majlis
   08.40 PM       :   Bacaan Doa
   08.45 PM       :   Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
   08.50 PM       :   Ucapan VIP
   09.00 PM       :   Jamuan Makan Malam
   09.15 PM       :   Persembahan Silat
   09.45 PM       :   Penyampaian Penganugerahan
   10.30 PM       :   Majlis Berakhir

   Ahad, 11 Apr 2010
   07.30 AM       :   Sarapan Pagi
   08.30 AM       :   Pendaftaran Sukaneka
   09.00 AM       :   Sukaneka Pantai
   10.50 AM       :   Penyampaian Hadiah
   11.30 AM       :   Bergambar
   12.00 PM       :   Check-out
   12.30 PM       :   Bertolak ke Kuala Lumpur


4.5. TAKLIMAT PENGINAPAN

  Penyelia penginapan harus mengadakan taklimat penginapan dan penerangan
  aktiviti sebelum kesemua peserta dibahagikan bilik masing.


4.6. TAHLIL / DOA SELAMAT

        Imam : Ustaz Hapizon (Setia Bakti)


4.7. SEMINAR

        Tajuk seminar      : Adat Melayu dan Istiadat Istana
        Penceramah         : En Azlan Jumat B Abdul Ghanie
4.8. Upacara mengangkat keris


   Sabtu, 10 Apr 2009 (petang)

       02.00PM       :   Pendaftaran Jamuan Di Raja
       02.30PM       :   Ketibaan DYMM Sultan Pahang
       02.35PM       :   Kata Aluan Pengerusi Majlis
       02.40PM       :   Bacaan Doa
       02.45PM       :   Ucapan Aluan President/ Penaung Silat Melayu Keris Lok 9
       02.50PM       :   Titah DYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
       03.00PM       :   Upacara mengangkat Keris
       03.20PM       :   Santapan Diraja
       03.45PM       :   Persembahan silat
       04.00PM       :   Bergambar
       04.20PM       :   Keberangkatan pulang DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
       04.30PM       :   Majlis Berakhir (Peserta bersurai)


4.9.       KOD PAKAIAN

   Lelaki
   Kod 1 : Baju Melayu hitam, kain samping, songkok hitam (tanpa lilitan bunga)

   Kod 2 : Baju Silat, kain samping, setanjak, keris

   Wanita
   Kod 1 : Baju kurung, tudung

   Kod 2 : Baju Silat, kain samping, setanjak, keris

4.10.      SUKANEKA

   Aktiviti sukaneka sila lihat lampiran.


4.11.      SENARAI HADIAH / CENDERAHATI

   Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

4.12.      MAKANAN

   Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

4.13.      SESI KARAOKE

   Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

4.14.      JAMUAN MAKAN MALAM
     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

  4.15.      MAJLIS PENGANUGERAHAN SELEMPANG

     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

  4.16.      PERSEMBAHAN SILAT

     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

  4.17.      BERGAMBAR

     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

  4.18.      PENYEDIAAN / KEMUDAHAN

     Pihak penganjur akan menyediakan senarai penyediaan dan kemudahan,
     kemudian akan diserahkan kepada pihak resort selewat-lewatnya1 minggu
     sebelum tarikh program bermula. Kesemua penyediaan dan kemudahan akan
     disediakan oleh pihak Resort berdasarkan senarai yang diberi.

     1.   Backdrop
     2.   Banner
     3.   Set karaoke
     4.   Aktiviti Telematch
     5.   Makanan

     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan


5. ANGGARAN PERBELANJAAN

     Sila lihat Lampiran. masih dalam perbincangan

								
To top