UNDANG-UNDANG - DOC

Document Sample
UNDANG-UNDANG - DOC Powered By Docstoc
					Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                             undang-undang




                                      UNDANG-UNDANG
Negara ini masih kekurangan rakyat yang mencebuni bidang guaman dan disebabkan
oleh kekurangan yang ketara ini mereka yang berkelayakan mempunyai peluang yang
besar dan pasaran yang tinggi.
  Untuk menjadi seorang peguam, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu kelayakan
akademik di bidang undang-undang, berkemahiran dalam penguasaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dengan baik, di samping mempunyai kebolehan untuk menilai, meneliti,
menterjemah dan berpandangan jauh dan mempunyai tabiat suka membaca.
  Tidak memadai jika sekadar berbekalkan ilmu dan pengajian dan universiti semata-
mata untuk menjadi peguam, kerana banyak faktor lain yang perlu sama
dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri secara mental, disiplin dan kematangan
berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam menegakkan keadilan dan
kebenaran.
  Antara tugas seorang peguam ialah menasihat dan menjadi pakar rujuk yang bijak dan
berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesesuaian dengan kes dan keadaan,
menjadi peguambela dan peguamcara yang berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-
hal pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping memperbaiki dan
meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah dan undang-undang itu sendiri.
   Kerjaya di bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi segala aspek kegiatan
manusia, ekonomi, politik dan sebagainya. Dewasa ini mereka yang berkelulusan di
bidang undang-undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau di swasta seperti di
institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan
insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi meneka yang memiliki
pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau perkongsian.
    Bagi yang berpengalaman dan berkaliber, meneka mungkin akan dilantik sebagai
hakim mahkamah rendah dan tinggi, yang lainnya boleh menjadi penasihat undang-
undang kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka juga bertanggungjawab
menangka undang-undang secara tepat dan terperinci. Undang-undang dan akta-akta
polis, askar, jabatan buruh, kastam, jabatan hasil dalam negeri dan jawatan lain di agensi-
agensi kerajaan adalah dalam bidang tugas mereka.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

    (i)      Berminat dengan profesion ini
    (ii)     Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
    (iii)    Memiliki kemahiran berkomunikasi
    (iv)     Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
    (v)      Suka membaca
   (vi)      Mengikuti pekembangan semasa
    (vi)     Bendisiplin dan berfikiran matang

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang (L.L.B.) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan


Manmohan Singh /03/08/2010                                                    muka surat 1/3
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                              undang-undang



Chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang iaitu:

    (i)       Universiti Teknologi Mara (UiTM)

             Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
             mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus
             sarjana muda undan-undang. Bagi yang memohon UiTM dengan
             menggunakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka boleh
             mengikuti Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki
             Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dan UiTM,
             mereka boleh memasuki Universiti Malaya (UM) untuk mengikuti Ijazah
             Pertama Undan-undang.

              (ii) Matrikulasi
              Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi di UiTM selama satu
              setengah tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-
              undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat
              tahun.

              (iii) STPM
              Dengan menggunakan keputusan STPM, para pelajar boleh meneruskan cita-
              cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM,
              UIAM dan UiTM.

              (iv) A level
              Bagi yang memiliki kelulusan A level, mereka biasanya mengikuti kursus
              undang-undang di luar negara seperti di United Kingdom, Ireland, Australia
              dan New Zealand. Kursus di Australia dan New Zealand (STPM juga boleh
              digunakan) memakan masa 4 tahun sementara di United Kingdom dan Ireland
              mengambil masa 3 tahun.

              (v)    South Australian Matriculation
              Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke universiti di Australia tetapi boleh
              digunakan juga untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.

              (vi)   Sijil Amalan Guaman
              Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland
             dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar
             yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal di dalam
             peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain mereka bolehlah
             mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice) di



Manmohan Singh /03/08/2010                                                    muka surat 2/3
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                              undang-undang



           Universiti Malaya. Walau bagaimanpun, tanpa sijil ini mereka masih boleh
          diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan lain seperti di
          badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam.
              Graduan-graduan dan IPT di Singapura, New Zealand dan Australia
          dikecualikan danipada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang
          diikuti adalah pari-materia dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.

CHAMBERING

Untuk melayakkan diri di dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum
diterima menjadi peguam (called to the bar) lulusan itu mestilah membuat chambering
iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang
dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya 7
tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai
ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara
praktikal yang tidak diajar di universiti.
    Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang
dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act.
Pengecualian daripada menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan
keputusan bahasa Melayu peringkat SPM.




Manmohan Singh /03/08/2010                                                    muka surat 3/3

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:19
posted:5/20/2012
language:Malay
pages:3