Majlis Ugama Islam Singapura

Document Sample
Majlis Ugama Islam Singapura Powered By Docstoc
					              Majlis Ugama Islam Singapura
                     Khutbah Jumaat
             6 May 2005 / 27 Rabiul Awal 1426
                Membina Keluarga Berilmu




Maasyiral Muslimin rahimakumullah,
Saya menyeru pada diri saya sendiri dan saudara-saudara
sekelian   agar   bertaqwa   kepada    Allah   s.w.t,   dengan
melaksanakan segala perintahNya, dan kita meninggalkan
segala laranganNya.


Antara perintah Allah s.w.t adalah agar kita membina keluarga
berilmu. Anak yang berilmu. Isteri yang berilmu. Kerana antara
ciri masyarakat Islam yang cemerlang adalah kemampuan
masyarakat Islam dalam memahami isu masa kini dan yakin

                              1
bahawa ilmu itu perlu dicari dan dipelajari tak kira dari sesiapa
jua... Maka atas dasar ini amat penting kita membina
masyarakat yang berilmu, dan untuk membina masyarakat
yang berilmu, perkara yang paling asas adalah membina
dahulu keluarga yang berilmu.


Sesebuah keluarga yang berjaya bukanlah sebuah keluarga
yang mewah kebendaan dan harta semata-mata. Tetapi
keluarga yang berjaya adalah sebuah keluarga yang kaya
dengan    ilmu   pengetahuan.       Kekayaan   dunia   hanyalah
sementara. Ia boleh datang dan pergi dalam sekelip mata.
Tetapi kekayaan ilmu yang ada dalam dada, itulah yang
membentuk manusia yang berbudi pekerti, dan manusia yang
tahu matlamat hidup.


Begitu penting menuntut ilmu dalam Islam, sehinggakan
Rasulullah s.a.w memerintahkan kita agar terus belajar dan
menutut ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w:




(Hadith riwayat Ibn Majah)
Maksudnya: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.




                                2
Kewajipan menuntut ilmu tidak terhad pada satu-satu peringkat
dalam hidup manusia. Ia tidak terhad ketika waktu kecil atau
waktu muda sahaja. Akan tetapi, kewajipan menuntut ilmu itu
kekal sepanjang hayat, dari kecil hingga tua. Dan inilah
pegangan dan falsafah orang-orang Cina. Ada kata-kata
hikmah mereka, iaitu: Orang tua terus belajar, kerana jika
berhenti belajar, otaknya akan menjadi lembab. Dan ini
sebenarnya sesuai dengan Islam yang menggalakkan umatnya
agar terus belajar.


Saudara-saudara kaum Muslimin rahimakumullah,
Bulan ini adalah musim peperiksaan bagi anak-anak kita, cucu-
cucu kita, atau adik-adik kita yang sedang bersekolah. Mereka
sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri mereka untuk
mengambil peperiksaan tersebut.


Kita sebagai ibu-bapa, atau datuk, walaupun tidak lagi
menduduki peperiksaan sekolah seperti mereka, seharusnya
kita melakukan dua perkara.


Pertama, kita perlu memberikan galakan kepada mereka untuk
belajar. Galakan tersebut boleh datang dalam dua bentuk.




                              3
Pertama adalah dengan memberikan kata-kata perangsang
dan semangat. Ini akan mendorong mereka untuk terus
berkorban tenaga dan masa untuk mengulang-kaji pelajaran
mereka.


Janganlah dihamburkan kata-kata negatif kepada mereka,
hanya kerana mereka mendapati pelajaran yang sedang
mereka ulang-kaji itu, susah bagi mereka. Kerana kata-kata
negatif akan menutup minda dan hati mereka. Kata-kata
negatif, terutama dari orang-orang yang mereka sayang dan
hormati, ibu bapa, atau abang kakak, atau datuk nenek, akan
menyebabkan       mereka      merasakan      bahawa      mereka
sememangnya bodoh dan tidak mahir dalam pelajaran. Ini akan
meletakkan sesuatu had dan penghalang yang hakikatnya tidak
wujud.


Tiada orang yang tahu kemampuannya yang sebenarnya. Dia
mesti terus berusaha, kerana tiada yang mustahil di dunia ini,
kecuali penyekutuan kepada Allah. Sekiranya Allah kehendaki,
nescaya apa yang dihajati akan dapat tercapai.


Apabila anak-anak kita sedang bertungkus-lumus mengulang-
kaji pelajaran, sewajarnya kita berikan kepada mereka kata-
kata positif yang akan membuka minda dan hati mereka untuk
terus giat belajar. Kata-kata perangsang seperti, pandai, cerdik,


                                4
rajin, mampu faham kalau terus belajar, dan sebagainya, akan
membakar semangat mereka untuk memberikan prestasi
terbaik mereka. Inilah bentuk galakan pertama, iaitu dengan
memberikan kata-kata positif kepada anak-anak kita.


Adapun bentuk galakan kedua, adalah dari segi rohani. Iaitu,
kita terus mendoakan kejayaan mereka dunia dan akhirat. Kita
tidak boleh merasa malas untuk mendoakan kejayaan bagi
anak-anak kita, kerana kejayaan mereka adalah kejayaan kita.
Anak yang soleh adalah satu aset yang amat berharga bagi
kita, dunia dan akhirat. Ia adalah satu aset yang tiada
tandingannya, melebihi segala harta dan kemewahan dunia.
Oleh itu, Islam sangat-sangat menganjurkan ibu bapa agar
mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka. Sehinggakan


Rasulullah s.a.w bersabda:




(Hadith riawayat Imam Ahmad)
Ertinya: Tiga golongan manusia yang mustajab doa mereka:
orang yang belayar, ibu-bapa dan orang yang dizalimi.


Begitu penting doa ibu bapa bagi anak-anak mereka,
sehinggakan Allah s.w.t mengajar kita lafaz doanya dalam
surah Al-Furqan, ayat 74:


                               5
Ertinya: Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami,
anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam
bagi orang-orang yang bertakwa.


Allah juga berfirman dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15:




                                                               
Ertinya: Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat
Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu
bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang
Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi
kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang berserah diri.




Maka janganlah kita berasa lokek untuk mendoakan agar anak-
anak kita berjaya dalam peperiksaan mereka, diberikan

                               6
kesenangan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, dan
agar ilmu yang mereka pelajari tersebut memberikan manfaat
kepada mereka dunia dan akhirat. Doa seorang ibu atau bapa
kepada anaknya diterima oleh Allah s.w.t.


Maasyiral muslimin rahimakumullah,
Perkara kedua yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kita
terutamanya dalam bulan peperiksaan ini, adalah untuk
menyediakan suasana yang tenteram dan aman damai bagi
mereka mengulang-kaji pelajaran mereka. Sebagai ibu-bapa,
atau datuk nenek, sepertimana kita ingin mereka bertimbang-
rasa kepada kita, kita juga perlu bertimbang-rasa kepada
mereka. Mereka juga ada hak. Dan hak mereka ketika sedang
menghadapi peperiksaan sekolah ini, adalah untuk mempunyai
suasana yang tenteram di rumah.


Oleh itu, adalah amat baik sekali jika kita dapat mengorbankan
waktu berhibur kita di hadapan televisyen untuk seketika agar
dapat memberikan suasana yang tentang dan tenteram bagi
anak-anak kita mengulang-kaji pelajaran mereka. Jika kita terus
tonton televisyen atau mendengar radio sewaktu anak kita
sedang ulang-kaji pelajaran mereka, keseronokan yang akan
diterima hanya sementara sahaja.
Sebaliknya, jika kita sanggup bekorban, manfaatnya akan
kekal. Penghormatan dan kasih-sayang yang akan kita terima


                               7
dari anak-anak kita akan bertambah dan berkekalan. Mereka
akan terus mengingati pengorbanan kita tersebut. Dan ia akan
menjadi ikutan mereka apabila mereka mempunyai anak kelak.
Dan ini akan menambahkan lagi pahala kita, walaupun kita
sudah    meninggal    kelak.    Sabda    Rasulullah   s.a.w     yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi:




Ertinya: Barangsiapa memulakan sesuatu perbuatan yang baik,
dan perbuatan tersebut diikuti oleh orang lain, maka dia akan
mendapat pahala atas perbuatan baik tersebut, dan juga
pahala orang yang mengikuti perbuatan itu, tanpa kurang
sedikitpun dari pahala itu.


Mudahan-mudahan dengan pengorbanan kita tersebut, kita
akan    dapat   membina       generasi   yang   mempunyi      ciri-ciri
masyarakat Islam yang cemerlang kelak, amen.




                                  8
9

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:12
posted:5/20/2012
language:Malay
pages:9