Penggunaan Buku Akhma (Buku Skrap) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Document Sample


Penggunaan Buku Akhma Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh :
Mohd. Zakariah bin Mohd. Johar
(SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur)
Wan Salahudin bin Wan Abdullah
(Penyelaras PKG Kg. Pandan, Kuala Lumpur)
dan
Kakitangan Sumber Projek Buku Skrap
Pusat Kegiatan Guru kampung Pandan
“ Sesuatu produk, misalnya suratkhabar, perlu digunakan secara 100 peratus
tanpa ada unsur-unsur pembaziran”.
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Syed Jalaludin Syed Salim
Naib Cancelor Universiti Putra Malaysia (UPM)
ABSTRAK
Langkah yang positif harus difikirkan dalam mempertingkatkan lagi minat di kalangan
pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang ada. Mereka seharusnya diberi penekanan
untuk menambah koleksi sumber rujukan yang tidak ada kepada nota dan buku-buku pelajaran
semata-mata.
Usaha menerapkan penggunaan Buku Akhma sebagai salah satu sumber rujukan para
pelajar boleh dianggap sangat berguna dan merupakan aktiviti yang amat menarik.Dengan
menentukan tajuk atau kategori tertentu, maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan keratan-
keratan akhbar tersebut boleh dibukukan dan dijadikan bahan koleksi untuk pelbagai tujuan yang
terancang
Aktiviti buku Akhma ini juga sebenarnya adalah sebahagian daripada konsep “5R” yang
pernah disarankan oleh Naib Canselor UPM, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Syed Jalaludin Syed
Salim yang merujuk kepada maksud Rethink (Fikir semula), Repair (Memperbaiki), Reuse (Guna
semula), Reduce (Mengurangkan) dan Recycle (Kitar semula).
Penggunaan buku Akhma sebagai salah satu sumber rujukan dilihat amat berguna kepada
guru-guru dalam menambahkan ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Disamping itu,
koleksi yang dihasilkan boleh dijadikan sumber alternatif di pusat sumber sekolah. Akhir sekali
diharapkan pengumpulan sumber daripada akhbar ini dapat menarik minat membaca di kalangan
pelajar-pelajar yang tidak secara langsung akan menjana minda mereka untuk menjadi lebih peka
dan kreatif.
Pengenalan
Buku Akhma adalah singkatan dari perkataan akhbar dan majalah yang menggambarkan
kegunaan keratan akhbar dan majalah untuk dimanfaatkan bersama. Keratan akhbar dan majalah
merupakan salah satu sumber yang tidak terdapat di dalam buku teks. Namun begitu, ia boleh
dianggap sebagai sumber alternatif serta pengayaan di dalam pengajaran dan pembelajaran..
Penggunaannya boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajar. Keratan akhbar yang
dikumpulkan sebagai satu koleksi bersiri berperanan sebagai pembina dan penjana minda untuk
mendapatkan idea-idea yang kreatif dan mempunyai nilai-nilai Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis
(KBKK) yang diperlukan dalam P&P.
Matlamat
Kertas bertajuk Standard Tinggi Kualiti Pendidikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Nazir
dipetik,
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan
hendaklah ditadbir urus secara cekap dan berkesan untuk memenuhi
kehendak dan kesesuaian aktiviti pendidikan supaya potensi atau
keupayaan murid berkembang ke tahap maksimum dengan melakukan
tindakan berikut : (perkara 3 b menyatakan)
:mereka bentuk atau mereka cipta sumber pengajaran dan pembelajaran
menggunakan bahan dari persekitaran atau bahan terbuang.
Oleh yang demikian, Buku Akhma diharap dapat direalisasikan seiring dengan
perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan minda pelajar masa kini. Secara umumnya
Buku Akhma dilihat boleh :
i) Menggalakkan amalan budaya membaca
ii) Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
Rasional
Penggunaan Buku Akhma dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung
dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif. Ini boleh merangsang pelajar di awal proses
pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan minat untuk mengikuti tajuk atau topik yang
diajar. Selain dari itu, diyakini penggunaan Buku Akhma ini akan dapat :
i) Meningkatkan keyakinan diri
ii) Mencungkil dan mengasah bakat
iii) Menggalakkan kerjasama
iv) Memperolehi pengalaman secara langsung
OBJEKTIF
1. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK).
2. Memupuk minat membaca.
3. Mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan.
4. Memupuk nilai murni yang dipelajari secara langsung dan tidak langsung.
5. Memperkayakan pengetahuan pengguna Buku Akhma.
Sasaran
Penggunaan Buku Akhma tidak ada batasnya, ianya merentas umur dan sesiapa sahaja
yang boleh manfaatkan koleksi ini. Dalam kertas ini, dicadangkan beberapa modul penggunaan
Buku Akhma dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, modul-modul ini boleh
diubah suai mengikut keperluan dan tahap kecerdasan pelajar atau kumpulan sasar.
Kaedah dan Amalan Penggunaan Buku Akhma
1. Buku Akhma boleh diamalkan dalam P&P sekiranya kita mempunyai daya kreativiti
untuk mengaitkan sumber ini dengan mata pelajaran yang diajar.
2. Dengan cara ini, guru tidak tertumpu kepada kaedah penyampaian ketika proses P&P
berlangsung di dalam kelas. Tetapi pelajar itu sendiri menggunakan kreativiti mereka
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
3. Ini merupakan nilai tambahan dalam teknik mengakses maklumat selain dari teknik-
teknik yang sedia ada.
4. Guru dibekalkan dengan sumber dan modul supaya memperolehi keberkesanan di dalam
P&P.
5. Selain dari itu, Buku Akhma ini boleh dijadikan sebagi hobi serta jalinan dan perangsang
untuk menyemai minat membaca di kalangan para pelajar.
Kepentingan Buku Akhma
1. Sumber maklumat terkini yang sentiasa diperolehi secara meluas tanpa sempadan.
2. Menjadi sumber rujuk ilmu pengetahuan, ekonomi dan sosial selain dari mengakses di
internet.
3. Memupuk nilai-nilai murni (sabar dan tekun), menghargai bahan terbuang (akhbar dan
majalah lama) dan mengisi masa lapang dengan terancang.
4. Memudahkan pencarian sumber alternatif untuk tajuk-tajuk tertentu dan sebagai
ensaikopedia kreatif yang boleh dihasilkan sendiri.
Sumber Dapatan
Sumber dari akhbar dan majalah
Lazimnya selepas membaca dan meneliti kandungan di dalam akhbar serta majalah,
sebagai pembaca kita tidak lagi menyimpan naskah tersebut. Malah ada yang beranggapan bahan
bacaan ini sebagai bahan terbuang.
Jika kita boleh mengadakan sedikit usaha dan kerajinan serta ketekunan, nescaya naskah
akhbar dan majalah boleh dijadikan koleksi Buku Akhma yang mempunyai seribu satu
maklumat. Ini boleh membantu kita di dalam pelbagai hal khususnya pembelajaran dan sumber
ilmu pengetahuan.
Kriteria
i) tidak bercanggah dengan sukatan pelajaran
ii) releven dengan kurikulum
iii) selaras dengan prinsip pedagogi
iv) memberi maklumat terkini.
v) mudah diperolehi, mudah digunakan dan mudah disenggara
vi) dapat digunakan berulang kali dan dalam mata pelajaran yang berlainan.
Penerapan Nilai-nilai
Apa ada pada nama jika sesuatu yang dilaksanakan (Buku Akhma) tidak dihidangkan
dengan penerapan nilai-nilai yang sememangnya menjadi tonggak proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.
Antara lain penggunaan Buku Akhma dapat menerapkan :-
i) Nilai-nilai Murni
ii) Kemahiran Berfikir Secara Kraetif dan Kritis
iii) Memelihara Alam Sekitar
iv) Konsep Ilmu Seluas Lautan.
Penggunaan Modul
1. Menentukan nilai, matlamat dan tajuk yang sesuai dengan sukatan pelajaran.
2. Aktiviti boleh dipelbagaikan supaya ia lebih mencabar kemahiran, pengetahuan dan kreativiti
pelajar.
3. Penilaian tugasan atau kerja pelajar boleh dilakukan melalui penggunaan Buku Akhma.
Pelaksanaannya mengikut kesesuaian dan tahap pencapaian pelajar.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Kaedah Pelaksanaan
Buku Akhma ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikannya menerusi pelbagai cara. Ini bergantung kepada guru dan kesesuaian senario
di tempat masing-masing. Adalah dicadangkan teknik-teknik berikut dilaksanakan di dalam
penggunaan Buku Akhma.
1. Perbincangan
2. Bercerita
3. Simulasi
4. Perbahasan
5. Kuiz
Di dalam kertas prosiding ini dilampirkan bebarapa contoh Modul Penggunaan Buku Akhma
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ini bukanlah kemestian bagi guru atau
pihak yang ingin menggunakan Buku Akhma ini mengikuti langkah-langkah di dalam modul
seratus peratus. Ia boleh diubah suai mengikut keadaan dan kemampuan masing-masing.
Rumusan
Buku Akhma boleh dilihat sebagai satu sumber alternatif untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu ia boleh juga berfungsi sebagai satu aktiviti yang
menarik dan bermanfaat bagi para pelajar.
Bagi menghasilkan koleksi Buku Akhma yang boleh digunakan secara maksimum,
beberapa langkah perlu diambil kira seandainya mahu usaha ini menjadi kenyataan. Kita boleh
menjalankan aktiviti mengumpul dan menghasilkan Buku Akhma melalui :
i) Aktiviti Kelab dan Persatuan di sekolah
ii) Aktiviti semasa kelas ganti (relief)
iii) Minggu Intergrasi
iv) Aktiviti Panitia Mata Pelajaran.
Selain dari itu, minat dan kecenderungan merupakan pokok utama penghasilan Buku
Akhma yang akan dijadikan sumber rujukan. Kerjasama semua pihak yang terlibat perlu
digembeling seandainya ingin melihat kejayaan projek jangka panjang seperti Buku Akhma. Ini
bermakna ciri yang penting dalam projek ini ialah kesediaan untuk mengumpul dan menghasilkan
Buku Akhma itu sendiri.
Buku Akhma yang digunakan boleh juga dianggap suatu bahan sumber yang merentas
semua mata pelajaran. Seandainya Buku Akhma yang dihasilkan itu berkisar tentang tajuk
Kesihatan, ia boleh digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya. Ini
terpulang kepada kebijaksanaan guru mengaplikasikan bahan itu.
Seterusnya, Buku Akhma ini boleh diandaikan satu hobi yang bermanfaat dan banyak
faedahnya. Jika dulu kita menggalakkan hobi mengumpul setem dan duit syiling atau sebagainya.
Kini tidak mustahil salah satu sumber yang boleh kita jadikan hobi adalah, Buku Akhma .
Penutup
Usaha ini adalah hasil dari gabungan cetusan idea daripada En. Mohd. Zakariah yang
telah mengumpulkan koleksi Buku Akhma yang lebih mirip sebagai hobi beliau. Tetapi dengan
sedikit kreativiti dan usaha, beliau telah dapat mengaplikasikan bahan sumber ini untuk
digunakan di dalam bilik darjah sewaktu kelas ganti (relief). Hasilnya beliau dapati bahawa
pelajar ingin menggunakan sesuatu sumber alternatif dalam mencari dan mendapatkan maklumat.
Jesteru itu, kami memberanikan diri untuk mengorak langkah mengadakan bengkel
penghasilan Buku Akhma dan seterusnya menghasilkan modul bagi penggunaan Buku Akhma
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Projek ini masih lagi diperingkat awal dan masih perlu diperhalusi dan dimantapkan lagi
supaya ianya akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Teguran dan tunjuk ajar yang diberikan
akan dijadikan inspirasi untuk memastikan penggunaan Buku Akhma ini dapat diperkembangkan
lagi.
CONTOH MODUL YANG DIHASILKAN
Tajuk : Pantun Nasihat
Bil. Murid : 35 orang
Tahun : 6
Masa : 8.30 pg – 9.30 pg
Objektif : Murid dapat :-
1. Menulis pantun mengikut format yang betul.
2. Melafazkan pantun mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai.
Kemahiran :
1. Melafazkan puisi mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai. (19.8)
2. Menyesuaikan kadar dan nada membaca daripada pelbagai bahan. (19.2)
Penerapan mata pelajaran :
1. Pendidikan Moral
2. Kajian Tempatan
3. Pendidikan Islam
Langkah-langkah
Set Induksi
1. Memperdengarkan lagu duet dendangan Siti Nurhaliza dan Dato S.M Salim yang bertajuk “Pandang –
pandang Jeling-jeling”
2. Guru memetik beberapa rangkap lirik lagu dan menjelaskan bahawa lirik itu adalah pantun.
3. Guru menjelaskan ciri-ciri pantun.
Langkah 1
1. Murid diminta memilih pantun yang ada dalam buku skrap.
2. Beberapa orang murid diminta melafazkan pantun daripada Buku Akhma.
3. Murid yang lain mencatatkan perkataan-perkataan baru yang kurang difahami.
4. Mengadakan perbincangan dua hala untuk mendapatkan makna perkataan.
Langkah 2
1. Pembentukan kumpulan sekurang-kurangnya 5 orang satu kumpulan.
2. Melalui perbincangan kumpulan, murid diminta merujuk Buku Akhma untuk menghasilkan pantun
sendiri.
3. Setiap ahli kumpulan diminta mempersembahkan pantun yang telah dihasilkan.
Langkah 3
1. Murid dan guru menyanyikan bersama-sama lagu rasa sayang sambil menyelitkan pantun yang telah
dihasilkan mengikut alunan muzik.
Langkah 4
2. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta semua murid melengkapkan baris-baris pantun yang
dikosongkan mengikut rima yang sesuai.
Penutup
3. Rumusan tentang pantun
4. Meminta murid menyatakan semula ciri-ciri pantun.
CONTOH LEMBARAN KERJA
Nama :______________________________
Tahun :______________________________
Isi baris-baris pantun berikut dengan jawapan yang sesuai.
1. Pekerti mulia jadi bualan,
Juga sanjungan rakan dan taulan,
____________________________
____________________________
2. Adat dipegang budaya dijunjung,
Warisan abadi pusaka bangsa,
______________________________
______________________________
3. Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
______________________________
______________________________
4. Pokok semalu tumbuh melata,
Dibawa orang mudik ke hulu,
______________________________
______________________________
Nama : _____________________________________
Tahun : _____________________________________
Isi baris-baris pantun berikut dengan jawapan yang disediakan.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya tidak mendapat malu.
Ilmu dicari buat bekalan,
Hidup sejahtera aman berkekalan.
Ilmu dunia tiada penghujung,
Tersalah langkah kelak binasa.
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
1. Pekerti mulia jadi bualan, 3. Bintang tujuh sinar berseri,
Juga sanjungan rakan dan taulan, Bulan purnama datang menerpa,
____________________________
___________________________
____________________________
___________________________
2. Adat dipegang budaya dijunjung, 4. Pokok semalu tumbuh melata,
Warisan abadi pusaka bangsa, Dibawa orang mudik ke hulu,
____________________________ ____________________________
____________________________ ____________________________
Mata pelajaran : Sains
Tingkatan : 2
Masa : 80 minit.
Bil. Pelajar : 30 orang.
Tajuk : Kegigian herbivor dan karnivor
Objektif umum : 1. Meningkatkan KBKK.
Mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
Objektif khusus : 1. Pelajaran menyatakan jenis-jenis gigi haiwan
herbivor dan karnivor.
I. Mengenalkanpasti bahagian-bahagian gigi dan
melabelkannya.
II. menyatakan fungsi-fungsi gigi pada haiwan herbivor
dan karnivor.
Kaedah/model : 1. perbincangan
- Kuiz
Kemahiran saintifik : Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi.
KBKK : Menjana idea, membanding beza.
Sikap saintifik & : Minat dan bersifat ingin tahu tentang gigi,
nilai murni mensyukuri nikmat Tuhan.
Pengetahuan Sedia : Pelajar mengetahui haiwan herbivor dan
Ada karnivor.
Objektif Tingkah laku : 1. Menceritakan pemakanan haiwan.
I. Mengkaji kegigian haiwan.
II. Menunjukkan cara haiwan makan.
III. Menamakan jenis-jenis gigi.
Sumber P&P : Buku Akhma, carta, model, transpirensi, lembaran kerja.
Fasa Isi kandungan Aktiviti P&P Sumber
Orientasi Semua benda hidup iaitu - Murid diminta berada di dalam
(5 minit) manusia dan haiwan kumpulan masing-masing.
memerlukan makanan untuk - Guru mengedarkan Buku Akhma
hidup. Manusia dan haiwan kepada setiap kumpulan Buku Akhma
makan menggunakan gigi. - Guru mengemukakan soalan kepada
murid:-
I. Apakah gambar yang kamu
lihat? Nilai
II. Apakah yang diperlukan I. Kerjasama
oleh manusia dan haiwan untuk II. Prihatin
hidup?
III. Benda hidup ini makan
menggunakan apa?
Pencetusan Idea Haiwan herbivor - haiwan IV. Murid diminta
(10 minit) memakan tumbuhan. menyenaraikan haiwan herbivor
Haiwan karnivor – haiwan dan karnivor daripada Buku Buku Akhma
memakan daging. Akhma .
Jenis gigi : V. Murid diminta menyatakan
- Kacip perbezaan haiwan herbivor dan
- Taring karnivor. Nilai
- Geraham VI. Murid diminta memberi - Teliti
nama gigi pada haiwan herbivor
dan karnivor yang diketahui.
VII. Guru memperkenalkan
tajuk.
Penstrukturan Kegigian Karnivor I. Guru memberikan carta gigi
Semula Idea tanpa label kepada setiap
(20 minit) kumpulan. Transperansi
II. Murid diminta menyatakan
jenis gigi dan fungsinya. Carta
III. Murid berbincang di dalam
kumpulan.
IV. Murid membentangkan hasil
kerja kumpulan dengan Nilai
bimbingan guru. - berhati-hati
V. Guru menerangkan kegigian - kerjasama
haiwan herbivor dan karnivor
jenis dan fungsinya berpandukan
transperansi.
VI. Murid diminta meneka dan
melabel bahagian gigi pada carta
yang ditunjukkkan.
VII. Murid menyusun label
bahagian gigi yang disediakan
oleh guru.
Aplikasi idea Gambarajah tengkorak I. Murid diminta
(40 minit) haiwan herbivor dan karnivor melengkapkan rajah pengurusan
serta melabelkannya. grafik secara individu. Carta
I. Kacip dan (membuat kategori)
taring, pedap keras II. Guru membincangkan Kad imbasan
bahagian depan secara lisan hasil rajah
II. Diastema – pengurusan grafik yang telah Grafik
antara kacip dan dilengkapkan.
geraham.
III. Geraham kecil
dan geraham-
bahagia belakang.
Membuat kategori
I. Murid diminta berada di Soalan kuiz
Pertandingan kuiz dalam kumpulan masing-masing.
- nama haiwan herbivor dan II. Guru menjalankan aktiviti Nilai
karnivor kuiz sebagai latihan - tolong menolong.
- perbezaan haiwan. pengukuhan.
- jenis gigi III. Guru membimbing hasil
- fungsi gigi jawapan yang diberi oleh murid.
Refleksi Rumusan keseluruhan tajuk 1. Guru menyoal kembali mengenai isi
(5 minit ) pelajaran. pelajaran pada hari ini.
- Apakah yang kamu belajar pada hari Lembaran kerja
- Kegigian herbivor dan ini?
karnivor. (jenis, perbezaan - Apakah perbezaan antara gigi manusia
dan fungsi) dan haiwan? Nilai
- Bagaimanakah untuk mengekalkan - bersyukur
lembaran kerja. kesihatan gigi? - yakin.
(rujuk lampiran 3) 2. Murid menjawab dengan yakin dan
berani.
3. Murid diedarkan lembaran kerja
sebagai tindakan susulan guru.
4. Penerangan nilai
- mensyukuri nikmat Allah
- menghargai
- bekerjasama.
Soalan kuiz
1. Apakah kegunaan pedap keras rahang atas herbivor ?
_______________________________________________________
2. Mengapakah gigi taring pada karnivor menghala ke belakang ?
_______________________________________________________
3. Apakah fungsi gigi kacip pada haiwan herbivor?
_______________________________________________________
4. Berikan satu perbezaan antara gigi harimau dengan gigi kambing?
_______________________________________________________
5. Jenis gigi haiwan yang manakah yang berfungsi untuk memotong dan mengikis daging dari tulang?
________________________________________________________
6. Apakah fungsi diastema pada haiwan herbivor?
_________________________________________________________
Rujukan :
Yulpisman Asli. Keratan Akhbar bertajuk Konsep 5R : Perlu jadi amalan masyarakat.
Ade Irma Suryani Che’ Leh. Keratan Akhbar bertajuk Jumpa intan dalam akhbar
Watan Minggu Ahad 1 Dis 1996
Jabatan Nazir. Kertas bertajuk Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.
Nor Bi bt. Abd. Rahman. A Simple And Easy Approach Of Teaching English Language.
Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan.
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan. Modul Meningkatkan Tabiat Membaca.
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Buku Sumber Bahan Pengajaran-Pembelajaran Jilid 2.
Kementerian Pendidikan Malaysia..(1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Jilid 4
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran., Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng (1997). Siri Diploma Perguruan, Pedagogi I, Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah
(Semester II). Shah Alam. Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Dr. Hasan Hj. Mohd. Ali (1996). Siri Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar Utusan-Akrab, Strategi Belajar
Yang Berkesan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd dan Akademi Keluarga
Bahagia Malaysia (AKRAB).
Mok Soon Sang (1994). Siri Pendidikan Perguruan, Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
(Mengikut Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Asas Lima Semester, Jun 1993)
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Penghargaan
Pn. Ainun bt. Md. Hashim Ketua Penolong Pengarah, PSPN WPKL
En. Mohd. Sanusi b. Abdullah Penolong Pengarah, PSPN WPKL
Pn. Sumiaton bt Mokri Pegawai Teknopen, PSPN WPKL
Pn Azizah bt. Budin SMK Convent Jln Peel, Kuala Lumpur.
Pn. Wan Robiah bt. Mohd. Nor SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur.
Pn. Noorzila bt. Zakaria SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Pn. Mara’aini bt. Mat Soh SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur.
Cik Khairani bt. Zainor SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur.
Pn. Siti Aishah bt. Sidek SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Cik Fadhlina bt. Zakari SK Puteri Pandan (1) , Kuala Lumpur.
Cik Norasfalina bt. Ibrahim SK Jalan Peel, Kuala Lumpur.
En. Fakruddin b. Musa SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.
Cik Siti Rokiah bt.Mohamad SK St. John (2) , Kuala Lumpur.
Cik Yusnida bt. Md. Ghazali SK Puteri Pandan (2) , Kuala Lumpur.
Pn. Fuzainah bt. Taahyadin SK St. Gabriel, Kuala Lumpur.
En. Laksamana b. Saad SK Desa Pandan, Kuala Lumpur.
En. Hamizan b. Bujang SK Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Rakan Penyelaras PKG WPKL
Warga PSPN WPKL
Biodata
Mohd. Zakariah b. Mohd. Johar, dilahirkan pada 30 September1957, di Kelang. Bertugas
sebagai guru selama 21 tahun di SMK Seri Ampang Kuala Lumpur. Kini bertukar untuk bertugas
di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur. Pernah melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di
Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Aktif dalam Pasukan Pengakap dan terlibat secara
langsung dalam Pasukan Anti Dadah Kebangsaan. Merupakan Jurulatih Skim Lencana Anti
Dadah (SLAD) peringkat Kebangsaan.
Wan Salahudin b. Wan Abdullah, dilahirkan pada 21 Julai 1969. Merupakan bekas
pelajar kepada En. Mohd. Zakariah. Bertugas sebagai guru selama 7 tahun di SK AU Keramat,
Kuala Lumpur. Setelah tamat Kursus Pendidikan Komputer di Maktab Perguruan Teknik Kuala
Lumpur, bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai Pegawai Kurikulum. Kini bertugas
sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru di Kampung Pandan Kuala Lumpur.
Related docs
Other docs by nw2n0Lu
Komputer dalam Generasi Kelima mempunyai ciri pemprosesan yang lebih cepat dan
Views: 9 | Downloads: 0
Get documents about "