CIRI CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

Shared by: wQ80A9
Categories
Tags
-
Stats
views:
11
posted:
5/20/2012
language:
Indonesian
pages:
2
Document Sample
scope of work template
							Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                                     kimia

                                          KIMIA

Salah satu tunjang kepada bidang sains tulen ialah kimia. Sejak pelajar diperkenalkan dengan
mata pelajaran sains, pelajar akan mempelajari perkara mengenai kimia. Pastinya pelajar
masih ingat bagaimana tindak balas hidrogen dan oksigen menghasilkan air dan popular
dengan formula saintifiknya iaitu, H2O.
    Sebenarnya, kehidupan seharian dan persekitaran kita seperti makanan, pakaian, senaman,
penjagaan kesihatan sehinggalah kepada alam sekitar melibatkan bidang kimia.
    Secara umum, kimia rnerupakan suatu disiplin ilmu sains tabii yang membincangkan sifat
dan struktur suatu unsur atau sebatian serta proses pengubahan jirim. Molekul dan atom serta
interaksi yang wujud dalam suatu sebatian dan tindak balas yang berlaku rnenjadi prinsip
kepada kajian bidang kimia.
    Bidang ini melibatkan perkara asas dalam kimia termasuk kimia fizik, organik dan tak
organik dan kimia gunaan yang meliputi kimia analisis, polimer, alam sekitar, farmasi
pemangkinan.
  Mereka yang terbabit dalam bidang ini dan suka melakukan penyelidikan dipanggil ahli
kimia. Ahli kimia mencari dan menggunakan secara praktikal pengetahuan baru tentang
bahan-bahan. Daripada penyelidikan yang dilakukan boleh menghasilkan pelbagai jenis
barangan berasaskan kimia.
  Sebenarnya, kerjaya di bidang ini begitu banyak terdapat sama ada di sektor awam dan
swasta. Di antara kerjaya yang boleh diceburi ialah di bidang penyelidikan, perkhidmatan
analisis, pengurusan industri kimia, farmasi, pembekalan alatan sains dan bidang pendidikan
seperti guru dan pensyarah, perkhidmatan kesihatan, perundingan, industri pembuatan, alam
sekitar dan pengeluaran.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

     (i)       Mempunyai latar belakang bidang sains
     (ii)      Meminati bidang kimia
     (iii)     Kemahiran matematik yang baik
     (iv)      Mempunyai penglihatan yang baik
     (v)       Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan secara berseorangan atau juga
               berkumpulan
     (vi)      Tekun dalam melakukan kerja-kerja penyelidikan saintifik

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana kerajaan menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, bidang ini
juga sememangnya menawarkan skop pekerjaan yang luas maka banyak universiti dan IPT
tempatan menawarkan kursus ini atau kursus yang berkaitan dengannya di peringkat sarjana
muda dan diploma.Universiti dan IPT itu ialah UKM,UM, USM,UPM, UTM, UNIMAS,
UMS, UiTM. Selain itu MARA juga menawarkan kursus kimia di peringkat sarjana muda
iaitu melalui program keluar negara.

BIDANG PENGAJIAN YANG BERKAITAN




Pak Jat/05/20/2012                                                              muka surat 1/2
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                                   kimia
Di peringkat diploma, kursus berkaitan yang ditawarkan oleh universiti/IPT tempatan ialah
seperti teknologi makmal, teknologi makmal perubatan, teknologi tekstil, telnologi makanan,
kimia permndustrian, teknologi getah dan plastik serta kejururawatan.
 Di peringkat sarjana muda pula di antara kursus itu ialah bidang kimia, biokimia,
pendidikan (kimia), bioperubatan, farmasi, teknologi makanan, kimia perindustrian, kimia
petroleum, kejuruteraan kimia, kimia analitis, teknologi polimer dan kimia sumber.


SYARAT KEMASUKAN YANG DIPERLUKAN

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian sama term ada universiti/IPT di dalam
atau luar negara:

Cara pertama: Calon lulus SPM/SPMV aliran sains dengan mendapat kepujian bahasa
Melayu, matematik dan lulus bahasa Inggeris. Selain itu perlu mendapat kepujian mata
pelajaran kimia, fizik dan biologi. Kelulusan ini membolehkan pelajar ditawarkan mengikuti
program matrikulasi/ asasi sains selama satu setengah tahun. Setelah menamatkan pengajian
barulah pelajar ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda.

Cara kedua: Calon perlu lulus SPM dan kepujian bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus
STPM dengan mendapat prinsipal kimia dan mata pelajaran sains lain serta prinsipal mata
pelajaran pengajian am. Calon akan ditawarkan peringkat sarjana muda untuk tempoh tiga
tahun.

Cara ketiga: Di bawah Kes Khas, calon yang memiliki Diploma Sains atau berkaitan dan
USM, UiTM, UPM, serta institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf boleh memohon untuk
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

Cara keempat: Melalui kemasukan saluran kedua seperti yang dianjurkan oleh universiti
tempatan, misalnya di UKM, calon perlu lulus SPM serta mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan seperti pembantu makmal, pembantu
teknik atau mereka yang bekerja melibatkan bidang kimia.

Cara kelima: Di peringkat diploma seperti di USM, UPM, UTM dan UiTM memerlukan
calon lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik serta
kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains termasuk kimia.




Pak Jat/05/20/2012                                                            muka surat 2/2

						
Related docs
Other docs by wQ80A9
Conceptos preliminares - PowerPoint
Views: 16  |  Downloads: 0
Burmistrz Wielunia
Views: 10  |  Downloads: 0
circus stripes ???? 76 ?????
Views: 48  |  Downloads: 0
3 rozw�j eksportu
Views: 3  |  Downloads: 0
Imie i nazwisko: Anna Karpowicz
Views: 23  |  Downloads: 0
spo wkp rozp we 1159 2000
Views: 0  |  Downloads: 0
kite worksheets
Views: 12  |  Downloads: 0
Student Support Plan
Views: 3  |  Downloads: 0