BAHASA MELAYU

W
Shared by: lNR8170
Categories
Tags
-
Stats
views:
49
posted:
5/19/2012
language:
pages:
10
Document Sample
scope of work template
							                                  BAHASA MELAYU

MAY

MENENGAH: 2 EKSPRES                                                 MASA: 1 ½ JAM

       Jawab SEMUA SOALAN. Tuliskan jawapan kamu pada kertas soalan ini.

                             BAHAGIAN A: KEFAHAMAN

SOALAN 1 (10 markah)

ARAHAN: Baca potongan karangan di bawah ini dengan cermat, kemudian jawab
        soalan-soalan yang mengkutinya.


             Pagi itu Farid sudah membuat tekad baru. Di kepalanya sudah terlekat satu
rancangan yang kukuh iaitu bagaimana hendak mendapatkan modal untuk kedainya.
Dalam usaha begini dia harus sabar dan tabah. Mesti cekalkan hati. Kalau tidak pasti
kecewa dan diketawakan orang. Ayah dan abangnya Baderol sudah tidak masuk kira
lagi. Mereka berdua sudah dibuangkan jauh-jauh darinya. Mereka bukannya hendak
menolong atau menyokong tetapi merendah-rendahkan pula usaha beraninya itu.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, aku tidak akan cuba mengganggu-ganggu
mereka lagi, tekad Farid.


             Kereta Farid sudah menuruni Bukit Puteri. Ke mana arah tujuannya, tiada
siapa pun yang berhajat hendak tahu. Ibunya sahaja yang bimbang. Dia tidak pula
berhajat untuk menyoal itu dan ini kerana sejak semalam pertengkaran Farid dengan
ayahnya dia selalu muram dan menjauhkan diri. Hawa menjangka tentu Farid juga
jauh hati dengan sikap Encik Halim itu. Farid sampai ke tangga rumah datuknya pagi
benar lagi. Selalunya tidak pernah sepagi itu. Maktuanya kehairanan.


             “Pagi benar sudah sampai. Aku ingatkan ada ap-apa ………. Berderau juga
darahku ……….       Selalu itu tidak begitu.       Tengah hari baru sampai………….”, kata
Maktuanya.     Datuknya senyum-senyum gembira.            Memang hatinya kembang bila
dilawati oleh anak cucunya. Sayangnya cucunya yang lain jarang sekali menjejakkan
kaki ke tangga rumah tua ini. Hanya Farid sahaja yang menunjukkan muka. Dialah



                                              1
menjadi penghibur hati orang tua yang rindukan kasih sayang keluarga. “Naik…..Farid.
Maktua kau ini, ada-ada sahaja yang dicemaskan.” Sampuk haji Samad.


             Mereka minum pagi bersama sambil berbual kecil. Farid tidak lepas dari
bertanya-tanya    hal   orang   kampung.       Hal   kedai   Syarikat   Kerjasama   yang
diusahakannya.     Hal kebun sayur di pantai tanah kerajaan dan lain-lainnya.         Di
kepalanya tetap juga berfikir bagaimana hendak mengatur cakap memulakan hajatnya
yang terpaku di sudut hati yang bergelora itu. Kemudian Farid memberanikan diri. Dia
bersuara lembut. Dia menyampaikan hajatnya yang sebenar iaitu hendak meminjam
wang sebanyak empat atau lima ribu dolar daripada datuknya. Setelah bersoal jawab
beberapa lama, Farid tercapai juga walaupun wang itu sebenarnya untuk Maktua
menunaikan fardu haji ke Mekah. Maktuanya sanggup menangguhkan pemergiannya
itu.



1 Apakah rancangan yang ada dalam ingatan Farid?

       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________


*2 Apakah yang harus dilakukannya untuk menjayakan usahanya itu?
       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________


3 Bagaimanakah sikap ayah dan abangnya terhadap racangan Farid itu?
       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________
       ___________________________________________________________________




                                           2
4 Mengapakah datuknya gembira apabila dilawati oleh Farid?
   ___________________________________________________________________
   ___________________________________________________________________
   ___________________________________________________________________


5 Apakah hajat Farid hendak berjumpa dengan datuknya?            Adakah hajatnya itu
  tercapai?

   ___________________________________________________________________
   ___________________________________________________________________
   ___________________________________________________________________



SOALAN 2 (10 markah)

ARAHAN: Baca dengan teliti potongan karangan di bawah ini.

      Semangat     kejiranan merupakan     satu unsur utama dalam menentukan
keselesaan hidup seseorang di sesebuah kawasan penginapan, tanpa mengira sama
ada tempat itu merupakan sebuah estet perumahan pangsa atau pun kampung. Tanpa
semangat kejiranan, seseorang itu bukan sahaja akan merasa terasing dari kawasan
sekitar tempat tinggalnya, malah dia akan merasa tidak selesa. Dari itu jika seseorang
ingin hidup selesa di sesebuah tempat, dia haruslah memberikan keutamaan kepada
semangat kejiranan ini.


      Hidup tanpa semangat kejiranan, iaitu semangat ingin berbaik-baik dengan jiran
dan saling bantu membantu bolehlah dianggap sebagai kehidupan “kera sumbang”.


      Sungguhpun ada setengah-setengah orang yang merasa bahawa dengan tidak
mengenali jiran dan mengambil berat akan keperluan-keperluan jiran, mereka merasa
lebih bebas, perasaan demikian tidak boleh akan kekal lama pada diri mereka.
Seseorang itu akan terasa terasing kehidupannya sekirannya semasa berjalan di luar
rumahnya, dia tidak bertemu dengan seorang pun yang dikenalinya.




                                          3
       Perasaan terasing itu akan lebih terasa sekiranya kita mengalami sesuatu
kesulitan dan tidak tahu siapakah di antara jiran-jiran kita akan hubungi untuk
mendapatkan bantuan segera.


       Malah ketiadaan semangat kejiranan itu juga akan membuat jiran-jiran yang
memang tidak bertimbang rasa dan hanya mementingkan diri sendiri tergamak
membuang sampah dan lain-lain barang sembarangan tanpa rasa khuatir bahawa
barang-barang itu akan masuk ke rumah-rumah jiran yang lain.


ARAHAN: Berdasarkan potongan karangan di atas, jawablah soalan-soalan yang
        berikut dengan memilih jawapan yang betul daripada jawapan-jawapan
        yang diberi dan tuliskan hurufnya di dalam tanda-tanda kurung ( ) di
        sebelah kanan.

1 Semangat kejiranan merupakan faktor penting dalam __________________

   A   memastikan keselesaan hidup seseorang itu di kawasan penginapannya
   B   memastikan kesempurnaan hidup seseorang di kawasan penginapannya
   C   memastikan kemahuan hidup seseorang di kawasan penginapannya
   D   memastikan keinginan hidup seseorang di kawasan penginapannya      (   )


2 Seseorang itu akan terasa _______________

   A   terkecuali
   B   terasing
   C   tergolong
   D   terkumpul

   dari sekitar tempat tingglnya sekiranya dia tidak mempunyai semangat ingin
   berjiran.                                                         ( )


3 Jika seseorang itu ingin hidup selesa dengan jiran-jirannya, semangat kejiranan
  harus _____________________

   A   diabaikan keutamaannya
   B   dikembalikan keutamaannya
   C   diberi keutamaan
   D   disanjung keutamaannya                                             (   )




                                         4
4 Setengah-setengah orang berpendapat bahawa lebih bebas jika mereka tidak kenal
  dan ________________________

   A   mencuaikan keperluan jiran-jiran mereka
   B   mengambil berat tentang keperluan jiran mereka
   C   menyokong keperluan jiran mereka
   D   membantu keperluan jiran mereka                                     (    )


5 Perasaan terasing akan dirasai oleh seseorang itu apabila dia menghadapi
  kesukaran dan _____________________

   A   tiada bantuan
   B   tiada orang memberi bantuan
   C   tiada perlukan bantuan
   D   tiada orang menderma bantuan                                        (    )


6 Tiadanya semangat berbaik-baik dengan          jiran   boleh   menyebabkan   orang
  melakukan

   A   apa yang mereka utamakan kepada tempat kediaman mereka
   B   apa yang mereka suka kepada tempat kediaman kita
   C   apa yang mereka pentingkan kepada tempat kediaman kita
   D   apa yang mereka termampu kepada kediaman kita                       (    )


7 Jika jiran kita tidak mengenali kita _________________

   A   mereka tidak memberi perasaan kasih kepada kita
   B   mereka tidak mempunyai perasaan timbang rasa kepada kita
   C   mereka tidak berperasaan terhadap kita
   D   mereka tidak memiliki perasaan kasih sayang terhadap kita           (    )


8 Peribahasa “Kera sumbang” dalam potongan karangan di atas bermakna

   A   orang yang suka bergaul dengan orang ramai
   B   orang yang suka digauli oleh orang ramai
   C   orang yang berkecuali
   D   orang yang suka mengasingkan diri daripada orang lain               (    )


9 “Tergamak” dalam potongan karangan di atas bererti _________________

   A   berupaya
   B   berdaya
   C   mampu
   D   sanggup                                                             (    )
                                          5
10 Bila kita berpindah ke tempat lain, kita harus berikhtiar untuk menjalin perhubungan
   dengan jiran-jiran kita melalui ______________

   A   permainan
   B   menghadiri majlis perkahwinan
   C   perkenalan
   D   perjumpaan                                                                (   )


SOALAN 3 (5 markah)

ARAHAN: Isikan tempat-tempat kosong di dalam potongan karangan di bawah ini
        dengan perkataan-perkataan yang sesuai bagi melengkapkan potongan
        karangan tersebut.


           Skim Pondok Polis Kejiranan dimulai pada      bulan April 1978 di kawasan
rumah pangsa yang ramai penduduknya.              Kini, setelah lima tahun berlalu,
______________ Pondok Polis Kejiranan ternyata mencapai ______________ yang
besar sekali.   Lebih banyak ______________ Polis kejiranan telah ditubuhkan di
______________ perumahan awam. Apakah kejayaan yang ______________ dicapai
oleh Skim Pondok Polis ______________ ini?         Pertama, kejadian jenayah seperti
______________, pecah rumah, mencuri kenderaan, merampas ______________ dan
pembunuhan sudah jauh berkurangan. ______________ disebabkan kerjasama erat
yang terjalin ______________ orang ramai dengan pihak polis.



SOALAN 4 (5 markah)

ARAHAN: Pada tiap-tiap soalan di bawah ini diberi 4 ayat, tetapi hanya satu ayat
        sahaja yang betul. Ayat-ayat yang lain mengandungi berbagai-bagai
        kesalahan dari segi tatabahasa; penggunaan perkataan atau susunan ayat.
        Pilihlah ayat yang betul dan tuliskan hurufnya dalam tanda kurung (  ) di
        sebelah kanan.


1 A    Saya bapa anak itu
  B    Saya bapa dari anak itu
  C    Saya merupakan bapa dari anak itu
  D    Saya adalah merupakan bapa dari anak itu                              (       )




                                           6
2 A   Pembetukan jembatan itu jelas tidak baik
  B   Perubahan jembatan itu jelas tidak baik
  C   Pendirian jembatan itu jelas tidak baik
  D   Pembinaan jembatan itu jelas tidak baik                          (       )


3 A   Tiada siapa yang akan mengakui kesalahannya
  B   Tiada siapa mengakui yang akan kesalahannya
  C   Tiada siapa akan mengakui yang kesalahannya
  D   Tiada siapa mengakui akan yang kesalahannya                      (       )


4 A   Menerusi fikiran saya dia seorang yang boleh dipercayai
  B   Menurut fikiran saya dia seorang yang boleh dipercayai
  C   Atas fikiran saya dia seorang yang boleh dipercayai
  D   Dalam fikiran saya dia seorang yang boleh dipercayai             (       )


5 A   Kereta yang mana saya gunakan sudah rosak
  B   Kereta yang saya gunakan dulu rosak
  C   Kereta yang dulu saya gunakan sudah rosak
  D   Kereta yang mana dulu saya gunakan sudah rosak                   (       )


SOALAN 5 (5 markah)

ARAHAN: Bagi tiap-tiap perkataan atau frasa yang bergaris bawah di dalam soalan-
        soalan berikut, gantikan perkataan-perkataan yang sama ertinya dengan
        perkataan yang disenaraikan di bawah ini. Pilih jawapan kamu dari senarai
        perkataan di bawah ini dan isikan ke dalam tanda kurung (      ) yang di
        hujung tiap-tiap soalan.

          Sekolah        mendidik      mualaf       peramah     dermawan
          Madrasah       pelatih       alim         pahala      cikgu


1 Abdullah ialah orang yang baru memeluk agama Islam.           (          )

2 Ramai orang kampung memberi sedekah kepadanya untuk mencari ganjaran
  daripada Tuhan.                                    (          )

3 Gurunya ialah bekas guru yang sedang menerima latihan.        (          )

4 Ia sangat suka mengajar dan mengasuh anak-anak muda.          (          )

5 Cikgu Rhmah sangat mesra dan suka bertegur sapa.              (          )




                                         7
SOALAN 6 (5 markah)

ARAHAN: Bagi tiap-tiap soalan di bawah ini terdapat perkataan kata kerja yang
        berlainan imbuhan. Buatkan ayat bagi menunjukkan cara penggunaan
        yang betul.

1 hadir

   ___________________________________________________________________

   ___________________________________________________________________


2 hadirin

   ___________________________________________________________________

   ___________________________________________________________________


3 kehadiran

   ___________________________________________________________________

   ___________________________________________________________________


4 menghadiri

   ___________________________________________________________________

   ___________________________________________________________________


5 dihadiri

   ___________________________________________________________________

   ___________________________________________________________________




                                      8
SOALAN 7 (5 markah)

ARAHAN: Di dalam potongan karangan berikut ini terdapat tempat-tempat kosong.
        Gunakan kata depan atau kata penghubung yang sesuai mengikut konteks
        ayat-ayat tersebut.


           Keadaan     kesihatan    Pak       Awang   semakin    bertambah     buruk
______________ kematian isterinya. Setiap hari dia terpaksa berulang-alik ke hospital
untuk mendapat rawatan.     ______________ tidak, penyakitnya akan menjadi tenat
semula.   ______________ penyakitnya bertambah tenat, dia akan dikejarkan ke
hospital secepat mungkin. ______________ terlambat, dia terpaksa diberi suntikan
ubat yang banyak, demi menyelamatkan nyawanya. Kita seharusnya memelihara dan
membela orang tua kita yang telah tua ______________ sakir-sakit pula.



SOALAN 8 (5 markah)

ARAHAN: Di dalam potongan karangan berikut terdapat lima patah perkataan di dalam
        tanda kurung ( ). Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan-perkataan
        itu dan tuliskan perkataan yang telah diimbuh itu di garisan yang
        disediakan.


           Pada hari ini, seni mempertahankan diri telah menjadi satu (giat)
____________ riadah dan     hiburan.   Peminat seni ini sungguh ramai.    Persatuan-
persatuan telah (tubuh) ____________ bagi meluaskan aktivitinya serta (tinggi)
____________ taraf seni tersebut. Di samping itu, persatuan ini (pasti) ____________
bahawa jurulatih yang mengajar mempunyai (layak) ____________ serta pengalaman.
Pada setiap tahun, persatuan-persatuan ini akan mengadakan peraduan dan
pertunjukan.




                                          9
SOALAN 9 (5 markah)

ARAHAN: Di bawah ini terdapat sepuluh peribahasa. Pilih peribahasa yang sesuai
        dan isikan di tempat-tempat kosong di dalam ayat-ayat tersebut.

A bagai hujan jatuh ke pasir               F tiada rotan akar pun berguna juga
B bagai menatang minyak yang penuh         G bagai si buta kehilangan tongkat
C seperti pahat dengan pemukul             H anak ayam kehilangan ibu
D rosak tapai kerana ragi                  I   sudah dapat gading bertuah,
                                               tanduk tidak berguna lagi
E hendak menegakkan benang basah           J   gajah berak besar, kancil pun
                                               Hendak berak besar



1 Sejak kematian pemimpin mereka yang berkebolehan itu, nasib kaum itu terbiar
  seperti __________________________.

2 Anaknya yang bungsu itu sangat degil. Semua nasihat yang diberikan kepadanya,
  ibarat ___________________________.

3 Walaupun si Faridah itu anak angkatnya tetapi dengan hati-hati dan penuh kasih
  dan sayang ia menjaga si Faridah bagai _____________________.

4 Rancangan melawat sambil belajar yang dianjurkannya itu telah menjadi kelam-
  kabut dan kacau kerana tidak dirancangkan dengan cermat seperti kata peribahasa
  _________________________.

5 Kita janganlah sombong dan lupa kepada rakan-rakan lama apabila kita mendapat
  kawan baru, janganlah kita bersikap seperti _______________________.


SOALAN 10 (5 markah)

ARAHAN: Bubuhkan tanda baca yang sesuai bagi potongan karangan di bawah ini.

           Kira-kira selepas sejam mandi (        ) Cikgu Adam pun menyuruh semua
murid-muridnya naik ke darat kerana makan tengahari. Amboi (          ) sedap sungguh
makan di tepi laut. Sambil makan sambil ketawa (       ). Di dalam sekelip mata sahaja
nasi dan lauk-lauk pun habis dimakan mereka (        ) Seleapas makan murid (           )
murid berehat dan ada yang mengambil peluang berjalan hilir mudik di tepi pantai itu.


                                       SELESAI
2E-May
                                          10

						
Related docs
Other docs by lNR8170
N5523611Q0004 Statement of Work NECO
Views: 4  |  Downloads: 0
CALIFORNIA HEALTH OFFICERS DIRECTORY
Views: 10  |  Downloads: 0
GOLD RUSH Lecture Outline History 20
Views: 35  |  Downloads: 0
SWFDP REGIONAL SUBPROJECT IN RA I
Views: 3  |  Downloads: 0
finger scan ???????? microphone
Views: 11  |  Downloads: 0
Ortografie / ortoepie �rationala� vs
Views: 7  |  Downloads: 0
064 Annual Oplan Poly 2012 2013
Views: 174  |  Downloads: 0
Content Analysis Revised
Views: 70  |  Downloads: 0
English Learner Advisory Committee (ELAC)
Views: 37  |  Downloads: 0