JSU SMK Perimbun by nklye

VIEWS: 557 PAGES: 54

									JADUAL SPEKSIFIKASI UJIAN

                               (JSU)
                   oleh:
                Ng Kok Lye

              19 Mei 2012

     SMK PERIMBUN
      Tempat : Blok E, PPD Hulu Langat
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR
    ISU
    Instrumen Pentaksiran yang dihasilkan di
    peringkat sekolah masih belum
    mencapai piawaian di peringkat
    kebangsaan; Sebab guru kurang:

   memahami tujuan sesuatu pentaksiran
    itu dijalankan.
   mematuhi nisbah aras kesukaran item.
   mengklasifikasikan aras kesukaran item.
   mengenal pasti konstruk yang
    ditaksir.
   merujuk HSP / tidak akur kurikulum.
   merujuk kepada kepentingan tajuk /
    konteks.
   menghasilkan item yang mempunyai
    kesahan yang tinggi.
   menilai item mengikut prinsip
    penilaian item.
RASIONAL
   Menyedari masih ramai guru yang
    belum menguasai kemahiran
    membina JSU, item dan menilai
    item maka JPN Selangor
    berhasrat untuk memantapkan
    pengetahuan dan kemahiran
    tersebut dengan mengadakan
    Program Pemantapan JSU dan
    Perealisasian Item.
MATLAMAT
 Meningkatkan kualiti
 instrumen pentaksiran
 sekolah-sekolah dalam
 negeri Selangor.
OBJEKTIF
Guru dapat:

 Menyediakan JSU mengikut
  piawai.
 Membina item yang berkualiti.

 Menilai item mengikut prinsip
  penilaian item.
SASARAN

   Semua guru SMK Perimbun.
METODOLOGI
           AKTIVITI         TEMPOH
1.CERAMAH:
 Pentaksiran

 JSU                        1 JAM
 Pembinaan Item

 Penilaian Item

2. BENGKEL PEMBINAAN JSU     1 JAM
3. BENGKEL PEMBINAAN ITEM    2 JAM
4. BENGKEL PENILAIAN ITEM    1 JAM
5. PEMBENTANGAN KUMPULAN     1 JAM
PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor
dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar
bagi sesuatu tujuan.
DEFINISI PENTAKSIRAN
   SATU PROSES MENDAPATKAN
    MAKLUMAT DAN SETERUSNYA
    MEMBUAT PENGHAKIMAN
    TENTANG PRODUK SESUATU
    PROSES PENDIDIKAN
TUJUAN PENTAKSIRAN
   Proses mendapatkan gambaran
    tentang prestasi seseorang dalam
    pembelajaran.
   Menilai aktiviti / program yang
    dijalankan semasa P&P.
   Mendapatkan maklumat secara
    berterusan keberkesanan P&P.
   Memperbaiki P&P.
   Pensijilan.
RUKUN PENTAKSIRAN
   Pentaksir
   Orang yang ditaksir
   Instrumen
   Respon
   Skor
JADUAL SPEKSIFIKASI UJIAN
         (JSU)
Apakah JSU?
   Jadual yang menggambarkan ciri
    sesuatu ujian dari segi kandungannya.
   Rancangan persediaan item / soalan
    secara terancang dan rapi.
   Test Blue Print / Test Specification.
   Berupa matrik dalam bentuk jadual yang
    menemukan 2 paksi – paksi konteks /
    kandungan dengan paksi konstruk / aras
    kemahiran.
Apakah Konteks?
Apakah Konstruk?
   Konteks / kandungan merujuk
    kepada tajuk-tajuk.

   Konstruk / aras kemahiran
    merujuk kepada taksonomi
    objektif pendidikan / Taksonomi
    Bloom.
    (Jom mai pi tengok konstruk)
      menegak (lajur / column)
 Paksi
 mengukur konteks /
 kandungan tajuk.
      melintang (baris / row)
 Paksi
 mengukur konstruk / aras
 kandungan kognitif.
CIRI-CIRI JSU
1. Tajuk-tajuk / konteks
2. Aras kemahiran - tahap soalan
   (taksonomi Bloom) / konstruk.
3. Pemberatan (% / nisbah)
   konteks dan konstruk
   berdasarkan tempoh masa
   P&P dan kepentingan sesuatu
   kemahiran yang diajar.
4. Bentuk ujian:
  * Objektif
  * Subjektif – esei, struktur, dll/
  * Amali, Kerja kursus.

5. Bilangan item yang mengikut
   konteks & konstruk.
6. Peratus / nisbah kesukaran
   item (5:3:2 atau 6:3:1 – 20%
   hingga 80%).
KEPENTINGAN JSU
1. Menjamin ujian dibina secara
   tersusun dan berobjektif.
  (sembarangan tanpa perancangan rapi)


2. Menjamin kualiti kertas ujian.
  (kesahan & kebolehpercayaan ujian)
Apakah KESAHAN?

 Sesuatuujian sepatutnya
 mengukur apa yang
 sepatutnya diukur .
KEBOLEHPERCAYAAN?
   Tahap ketekalan antara skor-skor
    ujian yang senantiasa tetap dengan
    tidak adanya ralat pengukuran
    (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA)


   Merupakan satu pertunjuk bagi
    konsistensi skor-skor antara
    pemeriksa, mengikut masa, atau
    tugasan-tugasan yang berlainan atau
    item-item yang mengukur perkara
    yang sama
   (http://www.cresst96.cse.ucla.edu/glossary)
Masih dalam hal Kepentingan JSU...




3. Menimbulkan rasa pentingnya setiap
   tajuk kepada guru yang mengajar
   mengikut penekanan yang diberi
   dalam peperiksaan awam.

4. Memastikan terdapatnya
   keseimbangan dan kesesuaian di
   antara tajuk-tajuk / konteks dengan
   aras kemahiran / konstruk.
5. Membiasakan pelajar-pelajar
   dengan bentuk / format dan
   penekanan tajuk dalam
   peperiksaan awam.

6. Menjadi panduan membentuk
   soalan.

7. Membolehkan ujian yang sama
   boleh dibina oleh guru lain.
8. Memudahkan guru membuat
   analisis jawapan pelajar bagi
   tujuan pemulihan setiap kali
   selepas ujian.

9. Menstabilkan taraf dan aras
   kesukaran ujian dari semasa
   ke semasa / satu tahun ke
   tahun lain.
10. Soalan dibina berasaskan
    objektif P&P.
11. Mengambil kira bilangan masa
    yang diperuntukkan untuk
    sesuatu tajuk.
12. Perbandingan dapat dibuat
    antara satu ujian dengan ujian
    yang lain.
LANGKAH-LANGKAH
MEMBINA JSU
LANGKAH 1:
1.1 Tentukan topik yang
    hendak ditaksir.
    Misalnya dari Topik 1.1 hingga 1.3

1.2. Tentukan bilangan masa
     pengajaran
    Misalnya 40 waktu
Contoh: Tajuk Dan Masa/Waktu P&P
 BIL.                     TAJUK P&P           MASA / WAKTU

        Sejarah Perkembangan BM
        * Asal Usul BM                             5
 1.1
        * BM Sebelum Merdeka                     WAKTU
        * BM Selepas Mereka
        Liguistik
        * Pengenalan Liguistik                     15
 1.2
        * Definisi dan Sejarah                   WAKTU
        * Linguistik Deskriptif
        Fenologi
        * Definisi
                                                   20
 1.3    * Alat Artikulasi, Cara Penghasilan
                                                 WAKTU
        * Fenom Segmental
        * Fenom Suprasegmental
                                                   40
                           JUMLAH
                                                 WAKTU
LANGKAH 2:
2.1 Tentukan jenis ujian
    Ujian objektif, Struktur dan/atau Esei

2.2 Tentukan jumlah item akan dibina
    Misalnya 10 item.

2.3 Tentukan pemarkahan setiap item
    Misalya 5 markah bagi 1 item

2.4 Hitung berapa waktu P&P mesti dibina bagi
    satu item
    = 40 = 4 waktu = setiap 4 waktu P&P dibina 1 item
      10                          atau
                   = setiap 1 item bagi 4 waktu P&P.
ATAU:
2.5. Hitung Bilangan Item Bagi Setiap Topik;

    Jumlah Waktu P&P Topik   x Jumlah Item
    Jumlah Waktu Keseluruhan

    Contoh: Tajuk 1.2.

   = 15 x 10 = 3.75 ~ 4 item bagi topik 1.2.
     40
LANGKAH 3:
3.1 Tentukan model aras kesukaran item
    (menggunakan Taksonomi Bloom)

3.2 Untuk Domain kognitif;
   Aras 6:   Penilaian     Sukar
   Aras 5:   Sintesis
   Aras 4:   Analisis
   Aras 3:   Aplikasi
   Aras 2:   Kefahaman
   Aras 1:   Pengetahuan   Mudah
Pengiraan Bil. Item Mengikut Topik:
                                             MASA /   Anggaran Jumlah   Jumlah
BIL.              TAJUK P&P
                                             WAKTU         Item          Item

       Sejarah Perkembangan BM
       * Asal Usul BM                          5         5 X 10
1.1
       * BM Sebelum Merdeka                  WAKTU                        1
                                                           40
       * BM Selepas Mereka

       Liguistik
                                                         15 X 10
       * Pengenalan Liguistik                  15
1.2
       * Definisi dan Sejarah                WAKTU         40             4
       * Linguistik Deskriptif
       Fenologi
       * Definisi                                        20 X 10
                                               20
1.3    * Alat Artikulasi, Cara Penghasilan
                                             WAKTU         40             5
       * Fenom Segmental
       * Fenom Suprasegmental
                                               40
                    JUMLAH
                                             WAKTU
                                                            10           10
LANGKAH 4:
3.1 Tentukan bilangan item bagi
    setiap komponen (sekiranya
    pelbagai bentuk ujian dibina –
    objektif, struktur dan / atau esei)
3.2 Tentukan aras kesukaran setiap
    item dan mengikut pemberatan
    5:3:2 atau 6:3:1 atau antara 20% -
    80%
LANGKAH 5:
5.1 Bina jadual dan lengkapkan
    dengan semua ciri yang telah
    ditentukan.
5.2 Susun nombor item mengikut
    tajuk.
5.3 Tuliskan mata pelajaran dan
    tingkatan.
PEREALISASIAN ITEM
Perealisasian item ialah satu siri
aktiviti yang dirancang untuk
melahirkan pembina item yang
berpengetahuan, berkemahiran dan
bersahsiah tinggi dalam kerja-kerja
pembinaan item dan penilaian item
selaras dengan prinsip dan prosedur
pentaksiran.
        ITEM ?
• PERKARA ATAU ALAT YANG
  DIGUNAKAN UNTUK
  MENDAPATKAN RESPONS YANG
  MERUPAKAN MAKLUMAT YANG
  BOLEH DIPERTIMBANGKAN DALAM
  PENTAKSIRAN ATAU PENGUKURAN
  KONSTRUK
KOMPONEN ITEM
1. RANGSANGAN
 – Mengandungi maklumat khusus dalam
   bentuk petikan, rajah, jadual, dll.

2. TUGASAN
 – Apa yang perlu diberikan sebagai
   respons.
3. ARAHAN
  - Bagaimana cara memberikan respons.

4. PERATURAN PEMARKAHAN /
   SKEMA PENSKORAN
  (bagi item subjektif)

5. PILIHAN JAWAPAN
  (bagi item objektif aneka pilihan)
      CIRI-CIRI ITEM
1. KEAKURAN
  –   Kurikulum
  –   Peluang
  –   Spesifikasi Ujian
2. KETEPATAN
  –   Menepati konstruk yang ditaksir
  –   Menepati konteks yang ditetapkan
3. KESESUAIAN
  –   Aras kesukaran seperti yang dihasratkan
  –   Kepentingan dari segi konteks-situasi
  –   Adil bagi semua pihak
      PIAWAIAN MEMBINA
            ITEM
1. MEMBINA ITEM MENGIKUT
   SPESIFIKASI
  –   Konstruk
  –   Tajuk / Konteks
  –   Jenis Item
  –   Aras Kesukaran
2. PIAWAIAN PROSES
   Menyemak keakuran item dengan
   speksifikasi ujian dari aspek:
 – Keakuran (Kurikulum, Speksifikasi
   Peluang)
 – Ketepatan (Konstruk – Tajuk / Konteks)
 – Kejelasan (Tugasan, Arahan)
 – Kesesuaian (Kepentingan, Aras, Adil)
KEAKURAN KURIKULUM
* Perkara yang ditaksir/dinilai mestilah
  sebahagian daripada kurikulum.

* Terdapat dan terkandung dalam SP &
  HSP.

* Akur dengan objektif dan kandungan
  SP dan HSP.
KEAKURAN SPEKSIFIKASI
Konstruk yang dibina mesti akur dengan;
•   Spesifikasi ujian.
•   Masa dan bilangan item yang sesuai
•   Selari dengan kebolehan pelajar.
•   Aras mudah, sederhana dan tinggi.
    KEAKURAN PELUANG
• Pelajar yang diuji mesti diberi peluang yang
  sama dan mencukupi dalam mempelajari perkara
  yang ditaksir.
• Mempelajari perkara yang sama, dari segi
  kemudahankelengkapan, tenaga pengajar dan
  kepakaran dalam menyampaikan ilmu.
• Item yang dibina mesti ada kaitan dengan
  pengalaman serta pengetahuan harian pelajar.
• Contoh: Item tentang LRT, adakah pelajar
  kawasan pedalaman dapat membayangkannya
  atau tahu tentang LRT ?
    KETEPATAN KONSTRUK
- Item yang dibina menepati konstruk
  yang ditaksir.

- Istilah, ayat, petunjuk dalam item
  tepat dan dapat menjana pemikiran
  pelajar mengemukakan evidens yang
  relevan (jawapan)
 KETEPATAN TAJUK/KONTEKS
• Pelajar mesti biasa dengan perkara atau
  idea yang dikemukakan.

• Bina item ikut tajuk yang telah dipelajari.
  Jangan biarkan pelajar tidak dapat
  menjawab kerana belum belajar tajuk yang
  ditaksir bukannya kerana mereka tidak
  menguasai item yang diberi.
          KEJELASAN
- Item yang dibina mesti jelas dari segi
 tugasan dan arahan yang diberi, supaya
 dapat difahami dan rangsangan (stimulus)
 yang berlaku sesuai dengan kehendak item.

- Respons yang ada juga tidak boleh
  dipertikai dan pelajar tidak dapat
  meneka dengan mudah respons yang
  dikehendaki.
         KESESUAIAN
1. Kepentingan
  - Oleh kerana item yang dikemukakan
    itu merupakan perwakilan bagi
    beberapa konstruk/tajuk, maka adalah
    penting untuk memastikan bahawa
    idea,isi, kandungan yang dikemukakan
    dalam item adalah perkara yang
    penting dalam pembelajaran pelajar.
          KESESUAIAN
3. Adil
  - Item yang dikemukakan mestilah tidak
    memberikan faedah secara sistematik
    / automatik kepada golongan tertentu
    dalam masyarakat sama ada mengikut
    ras, jantina, tempat tinggal atau
    status ekonomi.
  - Item yang dibina mestilah tidak
    merugikan pihak yang lain.
        KESESUAIAN
3. Aras Kesukaran
   - Items yang dibina mestilah menepati
     aras kesukaran yang dihasratkan,
     sama ada aras kesukaran rendah (R),
     sederhana (S), atau tinggi (T).
   - Aras kesukaran tidak menguntungkan
     sebelah pihak sahaja
   ARAS KESUKARAN
ARAS RENDAH (R)
- Item yang mampu dijawab oleh calon
  berkebolehan rendah, sederhana dan tinggi.
ARAS SEDERHANA (S)
- Item yang mampu dijawab oleh calon
  berkebolehan sederhana dan tinggi.
ARAS TINGGI (T)
- Item yang mampu dijawab oleh calon
  berkebolehan tinggi sahaja.
PENILAIAN ITEM
( SISTEM 9 POIN )

A1   –   Akur Kurikulum
A2   –   Akur Speksifikasi
A3   –   Akur Peluang
A4   –   Akur Konstruk
A5   –   Akur Konteks
S6   –   Sesuai Jelas
S7   –   Sesuai Kesukaran
S8   –   Sesuai Penting
S9   –   Sesuai Adil
         ASPEK                         NOMBOR ITEM
       PENILAIAN            1             2             3             4
   A1 – Kurikulum*          √             √             √             √

   A2 – Speksifikasi*       √             √             √             √

   A3 – Peluang*            √             √             √             √

   A4 – Konstruk*           X             √             √             √

   A5 – Kontek*                           √             √             √

   S6 – Jelas**                           √             √             √

   S7 – Kesukaran**                       X             √             √

   S8 – Penting**                         √             √             √

   S9 – Adil**                            √             √             √



   Item ini tidak perlu lagi           Item ini boleh diubahsuai aras
   dinilai, terus digugurkan           kesukarannya - KIV

Nota: * Satu atau lebih prinsip tidak dipenuh – item ditolak
     ** Satu atau lebih prinsip tidak dipenuh – item diubahsuai KIV
  TAMAT

   SEKIAN
TERIMA KASIH

								
To top